persepsi peneroka felda air tawar 5 dan felda … · air tawar 5 and felda semenchu, kota tinggi...

26
PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA SEMENCHU, KOTA TINGGI JOHOR TERHADAP PENCAPAIAN PROGRAM EDIBLE GARDEN MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: nguyentu

Post on 25-May-2019

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA SEMENCHU, KOTA

TINGGI JOHOR TERHADAP PENCAPAIAN PROGRAM EDIBLE GARDEN

MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA

SEMENCHU, KOTA TINGGI JOHOR TERHADAP

PENCAPAIAN PROGRAM EDIBLE GARDEN

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya _ _______MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN ____

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia.

2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara

institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau

kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam

AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat Tetap:

PROFESSOR DR. MUHAMMAD

RASHI BIN HJ. RAJUDDIN

NO 514, Nama Penyelia

FELDA AIR TAWAR 5,

81900 KOTA TINGGI,

JOHOR

Tarikh: 6 APRIL 2011 Tarikh: 6 APRIL 2011

CATATAN * Potong yang tidak berkenaan

** Jenis tesis ini SULIT dan TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi

berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai

SULIT atau TERHAD.

o Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan

atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana

Muda (PSM).

Page 3: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

ii

PENGESAHAN PENYELIA

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya, karya

ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)”

Page 4: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

iii

PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA SEMENCHU, KOTA

TINGGI JOHOR TERHADAP PENCAPAIAN PROGRAM EDIBLE GARDEN

MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

2011

Page 5: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

iv

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang

tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”

Tandatangan :

Nama Penulis : MOHAMAD SHAHRIZAD BIN SAIAAN

Tarikh : 6 APRIL 2011

Page 6: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

v

Dedikasi

Alhamdulillah

Kupanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi

Memberikan kesempatan serta kekuatan hingga ke penghujung.

Setulus kasih buat ayahanda serta bonda

Encik Saiaan Bin Hj Sirat dan Puan Zainab Kermat

Yang mendoakan kesejahteraan dan kejayaan anakmu ini

Buat ahli keluargaku yang tercinta

Terima kasih diatas kata-kata azimat selama ini

Terima kasih kepada pensyarah-pensyarah Fakulti Pendidikan

Yang mebantu memberi idea dan pandangan

Buat sahabat seperjuangan

Nooraqma Aqmal, Muhammad Ikhwan, Muhamad Fikri

Ahmad Ridhwan, Khairul Ihsan, Elyas,Izran, Azman, Syarifah Norbaini

Dan wargaSph ambilan Disember

Terima kasih diatas dorongan

Untuk terus berjuang

Kupanjatkan doa

Untuk kesejahteraan kita bersama

Amin…

Page 7: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

vi

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah

kurnia-Nya saya dapat menyiapkan kajian ini. Disini saya ingin mengambil kesempatan

untuk merakamkan setinggi-tinggi jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada

penyelia saya iaitu Professor Dr. Muhammad Rashid Bin Hj. Rajuddin yang banyak

memberi tunjuk ajar sehinggalah kajian ini dapat disiapkan dengan sempurna.

Pertolongan dan dorongan yang diberikan hanya Allah S.W.T sahaja yang dapat

membalasnya.

Terima kasih juga ditujukan kepada semua rakan-rakan yang terlibat dalam kajian

ini samada secara langsung ataupun tidak. Sekalung penghargaan juga kepada semua

warga peneroka Felda Air Tawar 5 dan Felda Semenchu yang terlibat didalam kajian ini

kerana tanpa kerjasama kalian, kajian ini mungkin tidak dapat dihasilkan dengan jayanya.

Akhir sekali, semoga kajian ini dapat memberikan manfaat kepada sesiapa sahaja

yang merujuk kajian ini sebagai kajian ilmiah.

Sekian, Wassalam.

Page 8: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

vii

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji persepsi peneroka Felda Air Tawar 5 dan

Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor terhadap pencapaian program Edible Garden.

Terdapat empat objektif yang ingin dicapai. Pertama, mengenalpasti sama ada program

Edible Garden mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti. Kedua, mengenalpasti sama

ada sayur-sayuran dari program Edible Garden dipasarkan secara komersial. Ketiga,

mengenalpasti sama ada program Edible Garden dapat mewujudkan landskap yang

menarik. Keempat, mengenalpasti sama ada program Edible Garden berjaya

meningkatkan ekonomi peneroka. Untuk mencapai objektif-objektif tersebut, borang soal

selidik yang dibina sendiri oleh penyelidik telah diedarkan dan seramai 100 responden

memberi kerjasama. Data daripada soal selidik dianalisis dengan menggunakan Statistical

Package for The Social Sciences (SPSS) versi 16. Analisis data kajian menggunakan

kekerapan dan peratusan. Hasil kajian mendapati bahawa program Edible Garden telah

menghasilkan tanaman yang berkualiti. Program ini juga telah terbukti dapat

mewujudkan landskap yang menarik. Walaubagaimanapun dari segi pemasaran sahaja

Pihak FAMA dan juga Felda perlu mempergiatkan lagi usaha mereka untuk memastikan

hasil tanaman yang dihasilkan dapat dikomersialkan sekaligus dapat membantu

meningkatkan ekonomi peneroka. Beberapa cadangan kajian lanjutan bagi pengkaji yang

ingin meneruskan kajian ini di masa akan datang turut dicadangkan.

Page 9: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

viii

ABSTRACT

This research was carried out to study the perceptions of Felda settlers at Felda

Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible

Garden Program. There are four objectives to be achieved. First, whether the Edible

Garden Program produce a quality agricultural products. Second, whether the products of

the Edible Garden program can be marketed commercially. Third, whether the Edible

Garden program will create an attractive landscape. Fourth, whether the Edible Garden

program will increase the economy of the Felda settlers. To achieve these objectives,

researcher-structured questionnaires were distributed and a total of 100 respondents

participated. Data from the questionnaires were analyzed using Statistical Package for the

Social Sciences (SPSS) version 16. The data were analyzed using frequencies and

percentages. This study found that the edible garden program produced quality crop and

has also proven to create attractive landscape. However, in terms of marketing FAMA

and Felda should help to ensure that the product can be commercialized as well as to help

increase the settler economy. Some suggestions for further research in the future were

discussed.

Page 10: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

ix

KANDUNGAN

BAB PERKARA HALAMAN

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS i

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN PENULIS

ii

iii

iv

DEDIKASI v

PENGHARGAAN vi

ABSTRAK vii

ABSTRACT viii

KANDUNGAN

SENARAI JADUAL

SENARAI RAJAH

SENARAI SINGKATAN

SENARAI LAMPIRAN

ix

xiii

xv

xvi

xvii

1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Masalah 3

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

Page 11: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

x

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 8

1.6.1 Peneroka 9

1.6.2 Pengurusan Felda Semencu, Air Tawar 5,

Kota Tinggi, Johor

9

1.6.3 Belia Felda 9

1.6.4 FAMA 10

1.7 Skop Kajian 10

1.8 Definisi Istilah 10

1.8.1 Edible Garden 10

1.8.2 Felda 11

1.8.3 Persepsi 11

1.8.4

1.8.5

Peneroka

Program

12

12

2

TINJAUAN PENULISAN

2.1 Pengenalan 13

2.2 Pendekatan Sikap Terhadap Pertanian 14

2.3 Pengetahuan Petani Terhadap Teknologi 15

2.4

2.5

2.6

2.7

2.8

Pemasaran Hasil Pertanian

Meningatkan Ekonomi

Landskap Yang Menarik

Kualiti Hasil

Rumusan

16

17

18

20

21

Page 12: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

xi

3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 22

3.2 Reka Bentuk Kajian 22

3.3 Kerangka Operasi 23

3.4 Populasi Dan Sampel Kajian 26

3.5 Instrumen Kajian 26

3.5.1 Bahagian A 27

3.5.2 Bahagian B 28

3.6 Kesahan Intrumen Kajian 29

3.7 Analisis Data 30

3.7.1 Analisis Bahagian A 30

3.7.2 Analisis Bahagian B 31

3.8 Andaian Kajian 31

4

ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 32

4.2 Keputusan Analisis Data Bahagian A 33

4.2.1 Taburan Kekerapan Mengikut Jantina 34

4.2.2

4.2.3

4.2.4

4.2.5

4.2.6

4.2.7

4.2.8

Taburan Kekerapan Mengikut Bangsa

Taburan Kekerapan Mengikut Umur

Taburan Kekerapan Mengikut Pendidikan

Tertinggi

Taburan Kekerapan Mengikut Pendapatan

Bulanan

Taburan Kekerapan Mengikut Bilangan

Tanggungan

Taburan Kekerapan Mengikut Bilangan Anak

Taburan Kekerapan Mengikut Tempoh

Tinggal Di Rancangan Felda

35

35

36

37

38

39

40

4.3 Keputusan Analisis Bahagian B 40

Page 13: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

xii

4.3.1 Adakah Program Edible Garden Mengeluarkan

Hasil Pertanian Yang Berkualiti?

4.3.2 Adakah Sayur-Sayuran Dari Program Edible

Garden Dipasarkan Secara Komersial?

4.3.3 Adakah Program Edible Garden Dapat

Mewujudkan Landskap Yang Menarik?

4.3.4 Adakah Program Edible Garden Berjaya

Meningkatkan Ekonomi Peneroka?

41

44

47

50

4.4

4.5

Rumusan

Kesimpulan

53

54

5

RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 55

5.2

5.3

Rumusan

Perbincangan

56

57

5.3.1

5.3.2

Latar Belakang Responden

Bahagian B

5.3.2.1 Hasil pertanian yang berkualiti

5.3.2.2 Sayur-sayuran dari program Edible

Garden tidak dipasarkan secara

Komersial

5.3.2.3 Program Edible Garden dapat

mewujudkan landskap yang menarik

5.3.2.4 Program Edible Garden tidak berjaya

meningkatkan ekonomi peneroka

58

59

59

60

62

63

5.4

5.5

5.6

Cadangan

Cadangan Penyelidikan Di Masa Hadapan

Penutup

65

66

67

BIBLIOGRAFI

LAMPIRAN

Page 14: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

xiii

SENARAI JADUAL

NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT

3.1 Taburan Responden Mengikut Kawasan 26

3.2

Taburan Soalan Berdasarkan Persoalan

Kajian Dan Jenis Skala Yang Digunakan

28

4.1 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Responden Mengikut Jantina

34

4.2 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Responden Mengikut Bangsa

35

4.3 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Responden Mengikut Umur

35

4.4 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Responden Mengikut Pendidikan

Tertinggi

36

4.5 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Responden Mengikut

Pendapatan Bulanan

37

4.6 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Responden Mengikut Bilangan

Tanggungan

38

4.7 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Responden Mengikut Bilangan

Anak

39

Page 15: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

xiv

4.8 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Responden Mengikut Tempoh

Tinggal Di Rancangan Felda

40

4.9 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Program Edible Garden

Mengeluarkan Hasil Pertanian Yang

Berkualiti

41

4.10 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Sayur-Sayuran Dari Program

Edible Garden Dipasarkan Secara

Komersial

44

4.11 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Program Edible Garden Dapat

Mewujudkan Landskap Yang Menarik.

47

4.12 Taburan Bilangan Kekerapan dan

Peratusan Program Edible Garden Berjaya

Meningkatkan Ekonomi Peneroka.

50

4.13 Keputusan Bagi Keseluruhan dalam Purata

Peratusan

53

Page 16: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

xv

SENARAI RAJAH

NO RAJAH TAJUK MUKA SURAT

3.1 Carta Alir Kerangka Operasi 25

Page 17: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

xvi

SENARAI SINGKATAN

Felda - Federal Land Develoment Authority

R&D - Research And Development

GLC - Government Linked Company – Syarikat Berkaitan

Kerajaan

DPN - Dasar Pertanian Negara ke-Tiga

UPP - Unit Pembangunan Peserta

KDNK - Keluaran Dalam Negara Kasar

FAMA - Federal Agriculture and Marketing Authority

JKKK - Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung

SPSS - Statistical Package For Social Science

WTO - World Trade Organization

AFTA - ASEAN Free Trade Area

EAO - Entrepreneurial Attitude Orientation Scale

Page 18: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Kesahan Kandungan 71

B Surat Pengesahan Fakulti 72

C Keputusan Kajian 73

D Borang Soal Selidik 83

E Gambar Edible Garden 87

Page 19: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

1

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Kepentingan pertanian di Malaysia pada masa kini memang tidak boleh disangkal.

Membangunkan sektor pertanian adalah satu keperluan didalam sesebuah negara. Ini kerana

hasil dari pertanian memberi banyak manfaat kepada manusia. Bidang pertanian yang kini

menjadi tumpuan dan sandaran sebagai penggerak utama pertumbuhan ekonomi negara

menjanjikan limpahan kemakmuran dan kesejahteraan hidup bagi rakyat. Namun, semuanya

tidak mungkin dapat dicapai sekiranya sektor pertanian negara tidak diurus dengan penuh

minat, bijaksana dan terancang, selain diberikan sokongan secara sepadu oleh semua pihak.

Asmak (2006) menyatakan bahawa pertanian perlu dijadikan satu bidang pekerjaan

yang dipandang mulia kerana nilai tambahnya bukan setakat untuk meningkatkan ekonomi

malah ia berperanan dalam memartabatkan ketaatan masyarakat umat Islam dalam

menunaikan perintah dan larangan Allah.

Page 20: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

2

Menurut Asmak (2006), sektor pertanian memainkan peranan yang penting terhadap

pembangunan kerana menyumbang kepada ekonomi negara melalui peluang pekerjaan,

pengeksportan produk-produk pertanian, kutipan zakat tanaman, zakat ternakan dan zakat

fitrah. Pertanian yang diusahakan juga merupakan sumber bekalan makanan kepada orang

ramai kerana produk terpenting pertanian adalah bekalan makanan seperti beras, sayur-

sayuran, buah-buahan, daging dan ikan.

Pelbagai langkah dan strategi disusun bagi mencorakkan sektor pertanian. Antaranya

ialah mengamalkan kaedah pertanian terkini melalui aplikasi teknologi moden dan penemuan

Penyelidikan dan Pembangunan (R&D), termasuk bioteknologi. Menjadikan negara sebagai

pusat pemprosesan, pembungkusan dan pemasaran hasil pertanian ke pasaran global serta

membangunkan sumber tenaga mahir dan sebagai pusat kecemerlangan pendidikan pertanian.

Langkah lain ialah menggalakkan syarikat swasta, terutama GLC (Government linked

company – syarikat berkaitan kerajaan) untuk menjadi pemangkin dalam usaha

mengkomersialkan sektor pertanian. Bagi tujuan ini, kerajaan mewujudkan satu dana bernilai

RM300 juta sebagai bantuan modal. Sektor pertanian dalam pembentangan belanjawan tahun

2006, telah mendapat peruntukan dana pembangunan pertanian berjumlah RM2.8 billion

yang bertujuan untuk menjenamakan semula pertanian secara komersil sebagai pemacu

ekonomi negara. Kesan positif ini akan diterima oleh golongan pengusaha sektor pertanian di

seluruh negara khususnya kepada 750 ribu hingga sejuta warga masyarakat di Felda seluruh

negara (Felda Aspirasi Glokal, 2008).

Limpahan daripada keperihatinan pihak kerajaan dan swasta yang terdiri daripada

institusi-institusi utama, pihak-pihak berkepentingan dan pelaksana-pelaksana pelan tindakan

pembangunan dalam Dasar Pertanian Negara ke-Tiga (DPN) telah menjadikan warga Felda

setaraf masyarakat golongan menengah yang berkecimpung dalam pelbagai bidang pertanian

seperti usahawan penternakan, kraftangan, herba, makanan, pertanian dan perusahaan kecil

dan sederhana (Dasar Pertanian Negara, 2006).

Page 21: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

3

Sehingga pada tahun 2006, Felda melalui Unit Pembangunan Peserta (UPP), telah

mengorak langkah sebagai pelaku global yang berjaya di persada antarabangsa kerana visi

dan misinya. Unit ini telah memastikan sektor pertanian terus mengalami perubahan dan

pembangunan sejajar dengan pengkorporatan Felda, untuk meningkatkan lagi penglibatan

sebagai agen perubahan pembangunan sosio-ekonomi dengan memacu ekonomi negara

melalui kemahiran, kecekapan dan penggunaan teknologi tinggi (Dasar Pertanian Negara,

2006).

1.2 Latar Belakang Masalah

Sektor pertanian di Malaysia telah mengalami kemerosotan semenjak pihak kerajaan

memberi lebih tumpuan kepada sektor industri dan perkhidmatan dalam tahun 1990 an.

Kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dijangka menurun dari 13.5

peratus untuk tahun 1995 kepada 7.2 peratus pada tahun 2010. Sebelum itu, sektor pertanian

sebelum Malaysia merdeka sehingga tahun 1980an telah memainkan peranannya yang

signifikan dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi yang berpanjangan,

pembasmian kemiskinan, dan keselamatan makanan negara (Quah, 1999).

Dalam arus pembangunan sekarang, sektor pertanian di Malaysia perlu bergerak

beriringan dengan sektor lain kerana sekiranya dilihat pada peringkat global pun, sektor

pertanian setakat ini masih menunjukan kejayaan dalam pengeluarannya, dan selari dengan

pertambaban penduduk sejak 10 tahun Sidang Kemuncak di Rio diadakan (Varley, 2002).

Pertanian mapan sejak satu dekad yang lalu telah menjadi agenda penting untuk menjamin

pemgeluaran hasil pertanian yang berterusan disamping meningkatkan ekonomi para petani.

Walaupun Malaysia semakin menuju kepada negara industri, sektor pertanian masih

merupakan sektor penting kepada ekanominya. Sumbangan sektor pertanian semakin

Page 22: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

4

berkurangan, tetapi ia masih merupakan satu-satunya sektor yang sumbangannya agak

signifikan dan memberi kestabilan semasa negara menghadapi kegawatan ekonomi pada

tahun 1986-87 dan 1997-98. Sumbangan sektor pertanian kepada KDNK telah berkurang

daripada 31.5 peratus pada tahun 1965 kepada 30.8 peratus pada tabun 1970,27.7 peratus

pada tahun 1975 dan terus turun kepada 22.9 peratus pada tahun 1980. Pada tahun 1985 dan

1990 sumbangan sektor pertanian kepada KDNK merosot kepada 20.8 peratus dan 18.7

peratus dan terus berkurang kepada 13.4 peratus pada tahun 2000. Di antara tahun 1971-75,

sektor pertanian mengalami pertumbuhan purata yang agak tinggi, iaitu 5.7 peratus tetapi

kadar ini menurun kepada 3.2 peratus pada tahun 1981-1985, 5.2 peratus pada tahun 1986-90

dan 3.5 peratus pada tahun 1991-2000 (Chamburi, Abd. Malik. dan, Abdul Hamid, 1999).

Dari segi guna tenaga, sumbangan sektor pertanian berkurang daripada 53.5 peratus

pada tahun 1970 kepada 47.6 peratus pada tahun 1975, 37.2 peratus pada tahun 1980, 3.3

peratus pada tahun 1985, 27.8 peratus pada tahun 1995. Jumlah tenaga kerja tahun 1995

dengan seramai 1,524.000 orang dijangka menurun sebanyak 2.8 peratus setiap tahun

sehingga tinggal 930,OOO orang pada tahun 2010.

Sementara dari segi eksport, sumbangan eksport pertanian juga terus menurun

daripada 60.2 peratus daripada jumlah eksport pada tahun 1970 kepada 42.8 peratus pada

tahun 1980, 22.3 peratus pada tahun 1990 dan 13.1 peratus pada tahun 1995 dan tinggal 4

peratus pada tahun 2000. Kemerosotan sumbangan ini disebabkan oleh kejatuhan relatif

bahagian eksport barangan pertanian termasuk getah, koko, hasil kayu dan kelapa sawit

berbanding dengan eksport barangan perkilangan (Mohd. Rosli dan Mohamed Aslam, 2000).

Sektor pertanian mempunyai potensi yang luas untuk dimajukan dan dijangka akan

menjadi punca utama pendapatan negara melalui program pemodenan dan menjadikan

pertanian sebagai salah satu enjin pertumbuhan ekonomi negara. Walaupun sumbangan

pertanian kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) masih kecil iaitu hanya 8.2% pada

tahun 2003 berbanding sektor perkhidmatan dan pengilangan yang masing-masingnya

sebanyak 56.8% dan 30.6%, namun sektor ini dijangka akan mencapai kegemilangan di masa

akan datang melalui penggunaan teknologi yang dihasilkan berasaskan aktiviti penyelidikan

dan pembangunan (Roslee Abdul Wahab, 2009).

Page 23: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

5

Berdasarkan Dasar Pertanian Negara, jaminan bekalan makanan menjadi salah satu

objektif dalam Dasar Pertanian Negara Ketiga. Namun, isu jaminan bekalan makanan tidak

diberi penekanan dan hanya diberi perhatian serius selepas berlakunya krisis makanan dunia

(Dasar Pertanian Negara, 2006).

Berdasarkan daripada kepentingan pertanian, ia adalah merupakan salah satu sumber

pendapatan. Ini kerana hasil daripada sektor pertanian mampu dijual berdasarkan harga

pasaran. Selain itu juga bidang pertanian memberi peluang pekerjaan. Jika dilihat dari

perspektif pekerjaan, peneroka adalah golongan yang telah menceburi bidang pertanian.

Peluang pekerjaan ini adalah penglibatan mereka didalam mengisi masa lapang.

Pelaksanaan program Edible Garden melibatkan lebih 112 ribu peneroka dari 317

tanah rancangan Felda, dengan matlamat menambah pendapatan mereka. Menurut Datuk Seri

Najib, projek itu juga memberi peluang kepada peneroka, menjadi pengeluar bahan makanan

utama dan menguntungkan rakyat dan negara terutama warga peneroka Felda (Utusan

Malaysia, 2008).

Didalam menjalankan aktiviti pertanian, penguasaan ilmu pengetahuan dan kemahiran

perlu dititik beratkan dalam kalangan peneroka. Ini amat penting supaya mereka dapat

menerima pakai penemuan-penemuan penyelidikan, melaksanakan amalan pertanian yang

baik dan mengurus sumber semula jadi. Disebabkan kekurangan pengetahuan tentang

teknologi moden, kebanyakan peneroka tidak mengguna baka benih atau klon yang berdaya

pengeluaran tinggi yang terkini, tidak menggunakan baja dan bahan kimia secara optimum

dan betul, tidak melaksanakan pembaik pulih tanah dan mengamalkan adat dan budaya tradisi

yang tidak mendorong ke arah memperoleh daya pengeluaran yang tinggi. Di samping itu,

institusi yang terlibat dalam pertanian seperti Pertubuhan Peladang, pihak Felda dan FAMA

hendaklah menyelaras dan menggembleng peneroka supaya menjadi lebih progresif dan

berdaya saing memandangkan mereka memainkan peranan penting dalam pengeluaran

makanan negara (Felda Aspirasi Glokal, 2008).

Page 24: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

6

Berdasarkan kepada matlamat program Edible Garden ini, usaha untuk menjadikan

projek ini satu kebanggaan seolah-olah tidak terlaksana. Oleh itu tindakan perlu dilakukan

bagi meningkatkan daya pengeluaran aktiviti pertanian dan membantu mengurangkan

masalah terhadap tanaman tersebut.

1.3 Pernyataan Masalah

Namun sejak kebelakangan ini, usaha-usaha yang telah dijalankan seperti tidak

mendapat hasil seperti yang diharapkan. peneroka Felda yang pada mulanya cenderung

menanam tanaman sayuran di sekitar kawasan rumah seperti kurang berminat untuk

meneruskan aktiviti ini.

Berdasarkan matlamat program Edible Garden ini, ianya adalah untuk mengeluarkan

hasil tanaman yang berkualiti, memasarkan hasil pertanian secara komersial, mewujudkan

lanskap yang menarik dan juga meningkatkan ekonomi peneroka. namun diatas beberapa

faktor, matlamat program ini seakan gagal dicapai.

Walaupun peneroka mempunyai hasil pendapatan yang tetap melalui kelapa sawit,

mereka digalakkan untuk menanam sayur-sayuran yang boleh dimakan (edible) di sekitar

kawasan rumah mereka. Ia bertujuan memenuhi dan memaksimakan penggunaan tanah

terbiar di sekeliling kawasan rumah mereka. Penggunaan ruang tanah juga dapat mewujudkan

landskap yang menarik terutama dengan penanaman sayuran yang pelbagai warna.

Namun terdapat juga segelintir peneroka yang hanya bergantung kepada hasil

tanaman kelapa sawit sahaja tanpa membuat kerja sampingan untuk menambahkan

pendapatan ekonomi. Melalui program edible garden peneroka mampu meraih pendapatan

Page 25: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

7

sampingan kerana hasil tanaman akan dipasarkan melalui pihak Felda dan juga FAMA yang

bekerjasama didalam memasarkan hasil ke sekitar kawasan perniagaan.

Oleh itu, penyelidik ingin mengenalpasti persepsi peneroka terhadap pencapaian

program ini didalam membantu menghasilkan tanaman yang mampu memberikan pulangan

serta kebaikan berdasarkan matlamat program Edible Garden.

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan daripada pernyataan masalah yang telah dinyatakan sebelum ini,

penyelidik telah menetapkan empat objektif kajian yang akan dijadikan sebagai garis

panduan untuk mencapai tujuan kajian yang akan iaitu :

i. Mengenalpasti sama ada Program Edible Garden mengeluarkan hasil pertanian

yang berkualiti

ii. Mengenalpasti sama ada Sayur-sayuran dari program Edible Garden

dipasarkan secara komersial

iii. Mengenalpasti sama ada Program Edible Garden dapat mewujudkan kawasan

yang menarik

iv. Mengenalpasti sama ada Program Edible Garden berjaya meningkatkan

ekonomi peneroka.

Page 26: PERSEPSI PENEROKA FELDA AIR TAWAR 5 DAN FELDA … · Air Tawar 5 and Felda Semenchu, Kota Tinggi Johor on the achievement of the Edible Garden Program. There are four objectives to

8

1.5 Persoalan Kajian

Berdasarkan kajian ini, terdapat empat soalan kajian yang akan menjawab kepada

pernyataan masalah yang telah disebutkan terdahulu. Antara persoalan kajian yang digariskan

ialah :

i. Adakah program Edible Garden mengeluarkan hasil pertanian yang berkualiti?

ii. Adakah sayur-sayuran dari program Edible Garden dipasarkan secara

komersial?

iii. Adakah program Edible Garden dapat mewujudkan kawasan yang menarik?

iv. Adakah program Edible Garden berjaya meningkatkan ekonomi peneroka?

1.6 Kepentingan Kajian

Kajian ini akan mengenalpasti hasil kejayaan program Edible Garden yang dijalankan

di Felda Air Tawar , Kota Tinggi Johor kepada peneroka. Oleh yang demikian, penyelidik

berharap dapatan kajian ini akan berguna untuk mengatasi masalah individu (peneroka) atau

kumpulan berhubung kejayaan yang dikehendaki khususnya kepada pihak pengurusan Felda,

Peneroka Felda, agensi-agensi terlibat dan pengkaji masa depan.