persediaan mengajar sastera hang tuah

19
RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR KESUSASTERAAN MELAYU. Nama guru pelatih Norazalina Binti Haji Tahir ( 07B0204) Tarikh 27 hb September 2010. Hari Isnin. Kelas Tingkatan 6 bawah. Bilangan Pelajar 14 Orang. Masa 60 Minit ( 8.00-9.00 Pagi ). Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu. Tajuk Pelajaran Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah Bab 24 ( Hang Tuah Jatuh Sakit ). Alat Bantu Mengajar/ Belajar 1. Projektor 8.Sampul surat 2. Komputer riba 9.Penanda markah bewarna hijau. 3.Tayangan video 10.Penanda markah bewarna merah 4.Tayangan slaid 11.Papan tulis putih

Upload: didamin

Post on 23-Jun-2015

430 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Persediaan mengajar sastera hang tuah

RANCANGAN PERSEDIAAN MENGAJAR KESUSASTERAAN MELAYU.

Nama guru pelatih Norazalina Binti Haji Tahir ( 07B0204)

Tarikh 27 hb September 2010.

Hari Isnin.

Kelas Tingkatan 6 bawah.

Bilangan Pelajar 14 Orang.

Masa 60 Minit ( 8.00-9.00 Pagi ).

Mata Pelajaran Kesusasteraan Melayu.

Tajuk Pelajaran Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah Bab 24 ( Hang Tuah Jatuh Sakit ).

Alat Bantu Mengajar/ Belajar 1. Projektor 8.Sampul surat

2. Komputer riba 9.Penanda markah bewarna hijau.

3.Tayangan video 10.Penanda markah bewarna merah

4.Tayangan slaid 11.Papan tulis putih

5.Marker pen 12.Alat pembesar suara.

6.Manila kad 13.Latihan kerja rumah

7. Nota edaran

Page 2: Persediaan mengajar sastera hang tuah

Pengetahuan Sedia Ada Pelajar sudah membaca Hikayat Hang Tuah bab 24.

Pendekatan Koperatif.

Pennggabungjalin Kemahiran lisan, kemahiran mendengar, kemahiran menulis, kemahiran berfikir.

Teknik Penerangan, soal jawab, perbincangan, kuiz.

Kaedah Mengajar Kaedah berfokus.

Fokus utama: Peristiwa-peristiwa penting.

Fokus sampingan: Nama-nama watak.

Objektif am Mengenali peristiwa-peristiwa penting.

Objektif khas Melalui sesi pengajaran ini, pelajar diharapkan mampu:

1) Menyatakan peristiwa-peristiwa penting menggunakan ayat sendiri.

2) Menyatakan nama-nama watak yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah bab 24.

Penyerapan Nilai -Bekerjasama.

-Menghargai pendapat rakan.

-Persaingan sihat ( kuiz ).

Penyerapan Ilmu -Teknik membentang.

Aktiviti -Berbincang dalam kumpulan.

Page 3: Persediaan mengajar sastera hang tuah

-Membentang dapatan.

-Kuiz.

Bahan Rujukan - Kassim Ahmad, penyelenggara ( 1991 ). Hikayat Hang Tuah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

-Mohd.Noor Yunus ( 1997 ). Hikayat Hang Tuah Karya Agung. Kuala Lumpur: Pustaka Delta Pelajaran Sdn.

Bhd.

-Rozaiman Makmun ( 2008 ).Buku 1 Bimbingan Memahami Hikayat Hang Tuah.Tungku Link Universiti Brunei

Darussalam.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN KESUSASTERAAN MELAYU .

Aktiviti

Page 4: Persediaan mengajar sastera hang tuah

Langkah Isi Pelajaran Catatan dan Alat Bantu

Mengajar

Guru

( Pengajaran )

Pelajar

( Pembelajaran )

Pendahuluan:

( 2 minit )

-Memberi salam dan

membaca doa

sebelum memulakan

pengajaran dan

pembelajaran.

Guru memberi salam dan

memulakan bacaan doa

sebelum mengajar bersama-

sama pelajar.

Pelajar menjawab salam dan

membaca doa sebelum belajar

beramai-ramai

Induksi set:

( 5 minit )

-Tayangan video

mengenai

peperangan.

Guru mengarahkan pelajar

untuk menumpukan perhatian

terhadap tayangan video.

Guru bertanya pendapat

pelajar mengenai video yang

ditayangkan.

a)Apakah pendapat kamu mengenai

tayangan video tadi?

Para pelajar memberi perhatian

terhadap video yang ditayangkan.

Pelajar-pelajar menjawab

pertanyaan guru dengan

mengemukakan pendapat mereka

mengenai video tersebut.

CATATAN:

-Teknik soal jawab.

-Kemahiran lisan.

ABM:

-Komputer riba

-Projektor

-Alat pembesar suara

-Tayangan video

Page 5: Persediaan mengajar sastera hang tuah

Guru mengaitkan tayangan

video tersebut dengan isi

pelajaran pada hari ini iaitu

mengenai peristiwa-peristiwa

penting.

Pelajar memberi maklumbalas

dengan berinteraksi dengan guru.

Langkah

Perkembangan:

Langkah 1:

( 10 minit )

-Maksud peristiwa,

peristiwa-peristiwa,

peristiwa-peristiwa

penting.

-Peristiwa-peristiwa

penting dalam

Hikayat Hang Tuah

pada awal bab 24.

( hal.514-518)

-Nama-nama watak

Guru bertanya kepada pelajar:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan

a)Peristiwa.

b)Peristiwa-peristiwa.

c)Peristiwa-peristiwa penting.

Guru menayangkan slaid serta

memberi penerangan tentang

pengertian peristiwa,

peristiwa-peristiwa, dan

peristiwa-peristiwa penting.

Para pelajar menjawab

pertanyaan guru dengan

mengemukakan idea-idea mereka

mengenai maksud peristiwa,

peristiwa-peristiwa dan

peristiwa-peristiwa penting.

Pelajar menumpukan perhatian

pada tayangan slaid dan

berinteraksi dengan guru.

CATATAN:

-Teknik soal jawab.

-Kemahiran berfikir

dan lisan.

ABM:

-Komputer riba.

-Projektor.

-Tayangan slaid.

Page 6: Persediaan mengajar sastera hang tuah

dalam bab 24.

Guru bertanya kepada pelajar

mengenai peristiwa-peristiwa

penting yang terdapat dalam

Hikayat Hang Tuah bab 24.

Guru memilih beberapa orang

pelajar untuk mengenali

peristiwa-peristiwa penting.

Guru memberikan penerangan

tentang beberapa peristiwa

penting yang terdapat di awal

bab 24.

Pelajar memberikan maklum

balas dengan menjawab

pertanyaan guru mereka.

Beberapa orang pelajar dipilih

untuk mengenalpasti peristiwa-

peristiwa penting yang terdapat

dalam Hikayat Hang Tuah bab

24.

Pelajar memberikan perhatian

dan maklumbalas terhadap

penerangan guru.

Langkah 2:

( 20 minit )

- Aktiviti

berkumpulan

pembentangan.

Guru mengarahkan para

pelajar untuk membentuk 2

kumpulan.

Para pelajar dibahagikan kepada

2 kumpulan iaitu kumpulan 1 dan

kumpulan 2.

CATATAN:

-Teknik perbincangan.

-Kemahiran berfikir

Page 7: Persediaan mengajar sastera hang tuah

-Peristiwa-peristiwa

penting dalam

Hikayat Hang Tuah

(hal 519-528).

Guru mengarahkan pelajar

mengadakan perbincangan.

Guru akan memantau

perbincangan pelajar dari satu

kumpulan ke satu kumpulan

yang lain.

Guru mengarahkan pelajar

untuk melakukan

pembentangan selepas pelajar

mengadakan perbincangan.

Guru membandingkan

jawapan pelajar dengan

menayangkan slaid mengenai

peristiwa-peristiwa penting

-a)Setiap kumpulan

mengandungi 7 orang pelajar.

-b)Setiap pelajar dalam setiap

kumpulan akan mengadakan

perbincangan tentang:

b i)Kumpulan 1 akan mengenal pasti

dan menyatakan peristiwa peristiwa

penting yang terdapat dalam Hikayat

Hang Tuah dari halaman 519 hingga

halaman 524.

b ii)Kumpulan 2 akan mengenalpasti

dan menyatakan peristiwa-peristiwa

penting yang terdapat dalam Hikayat

Hang Tuah dari halaman 524 hingga

-Kemahiran menulis.

-Kemahiran lisan

.ABM:

-Kad Manila

-Pen marker.

Page 8: Persediaan mengajar sastera hang tuah

yang terdapat dari halaman

519 hingga halaman 528

dalam Hikayat Hang Tuah.

Guru mengarahkan beberapa

orang pelajar untuk membaca

beberapa peristiwa penting

yang ditunjukkan melalui

tayangan slaid.

Guru mengedarkan nota

peristiwa-peristiwa penting

dan nama-nama watak bab 24.

halaman 528.

Para pelajar akan

membentangkan hasil dapatan

mereka.

Pelajar membaca peristiwa-

peristiwa penting yang

dipaparkan melalui tayangan

slaid.

Aktiviti

pengukuhan:

-Aktiviti kuiz Guru mengarahkan wakil

setiap kumpulan untuk

memilih nombor soalan

melalui sampul surat yang

Kedua-dua kumpulan akan

memilih nombor soalan daripada

sampul surat yang

CATATAN:

-Kemahiran

mendengar, lisan dan

Page 9: Persediaan mengajar sastera hang tuah

Langkah 3

( 16 minit )

disediakan.

Guru mengendalikan kuiz

dengan mengajukan beberapa

soalan kepada peserta-peserta

dalam setiap kumpulan secara

bergilir-gilir.

disediakan.Rujuk lampiran 2.

Para pelajar menjawab soalan

kuiz dari nombor satu hingga

nombor 10 dan juga soalan

bonus.

Kumpulan yang mengutip

markah yang paling banyak akan

memenangi kuiz tersebut.

berfikir.

ABM:

-Komputer riba

-Projektor.

-Tayangan slaid

-Sampul surat.

-Penanda markah

bewarna hijau.

-Penanda markah

bewarna merah

Langkah 4:

( 5 minit )

-Rumusan peristiwa-

peristiwa penting

dalam bab 24.

Guru membuat rumusan.

tentang peristiwa-peristiwa

penting dalam bab 24.

Pelajar memberikan perhatian

dan maklumbalas terhadap

rumusan guru.

CATATAN:

-Kemahiran

mendengar, lisan dan

Page 10: Persediaan mengajar sastera hang tuah

-Latihan kerja rumah. Guru memberikan latihan

kerja rumah kepada pelajar.

( Rujuk lampiran 3 )

berfikir.

ABM:

-Latihan kerja rumah

Penutup:

( 2 minit )

-Selesai pengajaran

dan pembelajaran

Guru menutup pengajaran

dengan membaca doa

( Surah Al’As ) beramai-

ramai.

Pelajar membaca doa ( Surah

Al-‘As ) setelah selesai

pengajaran dan pembelajaran.

Jumlah

….......

60 minit.

……….

Penilaian Kendiri

Page 11: Persediaan mengajar sastera hang tuah

Catatan Guru

Tanda Tangan Ketua Jabatan

(….......................................)

Tanda Tangan Pengetua

(….......................................)

LAMPIRAN 1. NOTA

HIKAYAT HANG TUAHBAB 24- HANG TUAH JATUH SAKIT.

Page 12: Persediaan mengajar sastera hang tuah

Peristiwa-peristiwa penting dalam Hikayat Hang Tuah bab 24:

1-Mahkota Raja Melaka terjatuh ke laut di Selat Singapura ketika tunduk melihat ikan emas yang berenang-renang di bawah kapal kenaikan.

2-Hang Tuah sanggup menyelam ke dalam laut semata-mata untuk mengambil mahkota Raja Melaka namun terlepas kembali apabila seekor buaya

putih meragut keris Taming Sari.

3-Raja Melaka sedih kehilangan Mahkota begitu juga Hang Tuah jatuh sakit kerana kehilangan keris Taming Sari.

4-Raja Melaka tidak mahu Hang Tuah bersedih lalu menghadiahkan keris warisan Bukit Siguntang Mahabiru.

5-Dong Manila dan Dong Cuala, nakhoda Feringgi yang dikalahkan oleh Hang Tuah di Cina membalas dendam dan dengan bantuan Raja Portugal,

mereka menyerang Melaka dengan 500 buah kapal perang.

6-Orang Sakai terlihat kehadiran kapal Feringgi dan mengkabarkannya kepada Penghulu Sakai.

7-Penghulu Sakai dan pengikutnya mengintip dan berjaya menangkap beberapa orang tawanan untuk mendapatkan maklumat.

8.Penghulu Sakai segera belayar ke Melaka menyampaikan khabar Feringgi dalam pelayaran menyerang Melaka.

9-Oleh sebab Hang Tuah sedang sakit, Bendahara Paduka Raja mengambil tugas Hang Tuah untuk menjaga Melaka daripada diserang oleh orang-

orang Feringgi.

10-Raja Melaka menitahkan Maharaja Setia dan Maharaja Dewa mengintip armada Feringgi.

Page 13: Persediaan mengajar sastera hang tuah

11-Maharaja Setia dan Maharaja Dewa berjaya menawan dua kapal Feringgi yang paling hadapan.

12-Hang Tuah sihat sedikit lalu mencadangkan agar Melaka menghadapi Feringgi di laut.

13-Hang Tuah membawa Maharaja Setia dan Maharaja Dewa serta tentera meninjau barisan hadapan armada Feringgi dan berjaya menewaskan 4

kapal Feringgi manakala 6 kapal berundur mendapatkan bantuan.

14-Armada Feringgi mara menyerang balas namun Dong Suala dan Kapitan Gabernador terkena bedilan.

15-Hang Tuah terjatuh dalam air akibat terkena bedilan namun tidak cedera.

16-Armada Feringgi berundur setelah Kapitan Gabernador meninggal dunia manakala Dong Suala sakit tenat.

17-Raja Melaka melawat Hang Tuah setelah mendapat berita bahawa Hang Tuah terkena bedilan.

18-Hang Tuah tidak sihat dan sering demam-demam, selama tiga hari tiga malam Hang Tuah tidak makan, tidur dan bercakap.

19-Pada hari ke empat Hang Tuah beransur sihat dan pergi mengahadap Raja Melaka.

Watak-watak yang terlibat:

Raja Melaka, Hang Tuah, Buaya Putih, Tun Teja, Raden Emas Ayu, Seluruh isi istana, Dong Manila, Dong Suala, Armada Feringgi, Kapitan

Gabernador, Raja Portugal, Orang Sakai, Pengulu Sakai, Maharaja Setia, Maharaja Dewa dan beberapa watak sampingan yang lain.

Page 14: Persediaan mengajar sastera hang tuah