persediaan dokumen semasa interview

2
PERSEDIAAN DOKUMEN semasa interview.. :: 1. Dokumen ASAL Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah: • Kad Pengenalan • Sijil Kelahiran • Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan) • Sijil Berhenti Sekolah • Sijil SPM asal • Sijil STPM asal (jika ada) • Diploma asal (jika ada) • Transkrip diploma asal (jika ada) • Ijazah sarjana muda asal. • Transkrip sarjana muda asal. • Ijazah sarjana asal (jika ada) • Transkrip sarjana asal (jika ada) • Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negar • Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti) • Dokumen-dokumen lain yang berkaitan. **(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3) Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga.Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga. 2.Salinan Fotostat Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru- guru berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA. Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan

Upload: venus-allamanda

Post on 17-Nov-2015

233 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

untuk graduan PISMP

TRANSCRIPT

PERSEDIAAN DOKUMEN semasa interview.. ::

1. Dokumen ASAL

Dokumen asal yang perlu dibawa ke pusat temuduga ialah: Kad Pengenalan Sijil Kelahiran Sijil Kewarganegaraan (jika berkaitan) Sijil Berhenti Sekolah Sijil SPM asal Sijil STPM asal (jika ada) Diploma asal (jika ada) Transkrip diploma asal (jika ada) Ijazah sarjana muda asal. Transkrip sarjana muda asal. Ijazah sarjana asal (jika ada) Transkrip sarjana asal (jika ada) Surat Pengiktirafan Kelayakan JPA (bagi ijazah Luar Negar Sijil/Surat Keterangan Koko (mulai Tingkatan 4 hingga ke Universiti) Dokumen-dokumen lain yang berkaitan.**(Sijik akademik dan koko semasa sekolah rendah, tingkatan 1 hingga PMR tak payah bawa. Penemuduga hanya akan menilai sijil selepas tingkatan 3)

Sebaik-baiknya semua dokumen di atas dimasukkan ke dalam "CLEAR FOLDER" dan disusun mengikut senarai di atas. Pastikan semuanya sudah tersusun bila sampai ke pusat temuduga.Satu perkara lagi tentang dokumen asal ini ialah dokumen berkenaan MESTI dibawa ke pusat temuduga.

2.Salinan Fotostat

Bagaimana pula dengan salinan fotostat ? . . . Semua salinan fotostat hendaklah difotostat dengan jelas. Selepas difotostat, dapatkan pengesahan. Setiap keping salinan fotostat hendaklah DISAHKAN oleh pihak-pihak yang dibenarkan seperti penghulu, ketua kampung, ketua balai, guru besar, pengetua sekolah atau pegawai kerajaan Bahagian 1 seperti pensyarah maktab dan guru-guru berijazah. Jangan datang ke pusat temuduga dengan semua salinan fotostat belum disahkan. Salinan fotostat yang tiada pengesahan TIADA NILAINYA.

Semua dokumen dah difotostat, dah disahkan, kemudian MESTI disusun mengikut susunan sijil-sijil asal seperti disenaraikan di atas. Kemudian "staple" di bahagian atas sebelah kiri. Satu staple sahaja dah mencukupi. Jika salinan dokumen banyak, guna staple besar dan mungkin kena staple dua kali dari depan dan belakang. Jangan guna "paper clip" sebab dokumen mudah tertanggal dan bertaburan di lantai.

3.Borang Maklumat Diri Calon ...

Apabila seseorang calon dipanggil untuk ditemuduga, ada dikepilkan satu borang yang dipanggil Borang Maklumat Diri Pemohon untuk Mengikuti Kursus Perguruan Lepas Ijazah. Maklumat yang perlu diisi dalam borang ini ialah seperti :1. Maklumat kursus yang anda pohon - seperti nama kursus, kod dan tahun ambilan.2. Butir diri calon - seperti gambar terkini, nama, nombor K.P., jantina, tarikh lahir dll3. Butiran keluarga - seperti maklumat bapa / suami / isteri4. Butiran akademik - iaitu keputusan SPM, STPM / Matrikulasi, maklumat ijazah, CGPA dan bidang.5. Pengakuan yang calon, tarikh dan tandatangan

Sijil kepujian dekan diletakkan slps transkrip Boleh letakkan resume (susunan yg terakhir sekali) Sijil koko merupakan sijil-sijil sokongan dan bukan sebagai sijil utama akademik. Jadi semasa menyusun, nak diletak dari tktn 4 hingga universiti pun boleh, nak diletak dari universiti hingga ke bawah pun boleh. Biasanya semasa menyemak aktiviti koko, penemuduga akan menyemak sijil berhenti sekolah terlebih dahulu sebab di dalam sijil berhenti sekolah tercatat banyak maklumat - sukan, persatuan dan unit beruniform. Tak ramai calon KPLI yang ada aktiviti semasa di U. Jika anda mempunyai banyak aktiviti di U, lebih baik sijil-sijil sokongan ini diletak terlebih dahulu. Sebab aktiviti semasa di U skornya lebih tinggi. Dan ini sekali gus menonjolkan diri kita aktif dalam koko dan inilah antara watak guru yang dicari..