persamaan kekeluargaan

4
Persamaan Kekeluargaan Semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):- Anak patuh pada ibu bapa Adik patuh pada abang Isteri patuh pada suami Murid patuh pada guru Rakyat patuh pada raja Islam juga menyeru kepada perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan – berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan – pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan; - Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna

Upload: nahkoda-aiman

Post on 12-Jan-2016

26 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

titas

TRANSCRIPT

Page 1: Persamaan Kekeluargaan

Persamaan Kekeluargaan

Semua tamadun menekankan pembinaan nilai & etika yang baik - penting dalam sebuah masyarakat yang bertamadun

Ajaran Islam, Buddha, Konfusian berbeza namun pandangan hampir sama dalam membicarakan hal kekeluargaan dan kemasyarakatan

Agama Confucius meletakkan lima hubungan asas antara manusia dengan manusia (konsep li):-

Anak patuh pada ibu bapa Adik patuh pada abang Isteri patuh pada suami Murid patuh pada guru Rakyat patuh pada raja

Islam juga menyeru kepada perkara yang sama iaitu pentingkan kekeluargaan – berdasarkan al-Quran – hubungan anak dan ibu bapa berdasarkan hak & tanggungjawab

Tamadun India juga mementingkan institusi kekeluargaan – pembinaan keluarga mempunyai matlamat untuk membentuk sistem sokongan yang berbentuk fizikal & kerohanian serta penerus keturunan

Tamadun Islam yang berasaskan ajaran al-Quran memberi kepentingan dalam

hubungan kekeluargaan. Hubungan anak-anak dengan ibu bapa berasaskan

kepada hak dan tanggungjawab. Islam menegaskan hak terhadap anak mestilah

dilaksanakan sejak anak itu di dalam kandungan;

- Ibu bapa bertanggungjawab memberi pendidikan yang sempurna

kepada anak-anak-merangkumi pendidikan agama dan kemahiran.

- Anak-anak tidak boleh menderhaka terhadap ibu bapa kerana

keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa.

- Konsep keadilan menjadi asas di dalam sistem keluarga Islam.

Page 2: Persamaan Kekeluargaan

Tamadun China

Keluarga merupakan unit asas dalam Tamadun China. Ajaran Confucius menjadi

asas kepada Tamadun China-pentingkan hubungan kasih sayang dan hierarki

kuasa. Konsep ‘li’ menekankan 5 jalinan hubungan sesama manusia:-

a) hubungan maharaja dengan rakyat

b) hubungan bapa dengan anak

c) hubungan abang dengan adik

d) hubungan suami dengan isteri

e) hubungan kawan dengan kawan

Anak-anak tidak boleh menderhaka kepada kedua ibu bapa.Konsep ketaatan yang kental kepada ibu bapa menyebabkan masyarakat cina mengadakan upacara mengingati nenek moyang-bertujuan mengucapkan terima kasih dan menunjukkan ketaatan kepada nenek moyang dan ibu bapa yang telah meninggal.

Komuniti Tamadun Islam

Komuniti atau masyarakat adalah unit yang penting dalam Tamadun Islam.

Ikatan sesama anggota komuniti tidak hanya ditentukan oleh hubungan

kekerabatan, malah hubungan sesama agama (ukhwah) dan hubungan sesama

manusia yang merangkumi hubungan orang Islam dengan jiran yang bukan

Islam.

Tamadun Islam menggariskan hak dan tanggungjawab individu Islam terhadap

jirannya dan peringkat-peringkat ikatannya dengan jiran tersebut.

Asas hubungan individu dalam Islam:

a) ikatan kekerabatan

Page 3: Persamaan Kekeluargaan

b) persamaan agama

c) ikatan kemanusiaan

Hubungan sesama anggota masyarakat berasaskan konsep egalitarian

bermaksud sama rata. Dalam pengertian sebenar ajaran Islam, tidak wujud

sistem kelas dalam masyarakat-tidak membezakan kdudukan lelaki dan wanita.

Konsep sama rata wanita dalam Islam ialah berdasarkan konsep keadilan.

Ini bermakna fungsi dan peranan wanita adalah merangkumi bidang pekerjaan

yang sesuai dengan sifat kewanitaan dan fizikalnya.

Komuniti Tamadun China

Pembentukan komuniti cina banyak dipengaruhi oleh sistem kekeluargaan

masyarakat cina.

a) kuasa lelaki dan bapa.

b) Sistem kekerabatan berasaskan hubungan darah.

c) Sistem kelas dalam komuniti ditentukan oleh tahap pendidikan dan

kemahiran.