sistem kekeluargaan islam_2

Upload: abdul-malik-fadhir-shamsudin

Post on 08-Mar-2016

466 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

adasd

TRANSCRIPT

  • 1

    KONSEP KEKELUARGAAN ISLAM.

    Istilah keluarga adalah berbeza antara suatu masyarakat

    dengan masyarakat yang lain berdasarkan iklim dan

    kebudayaan masyarakat itu sendiri. Walaubagaimanapun ia

    berlegar samada dalam bentuk keluarga berkelompok (

    nuklear family - ibu + ayah + anak-anak) atau keluarga

    berkembang (extended family ayah & ibu + anak-anak +

    pasangan anak-anak + cucu /saudara terdekat).

    Keluarga menurut Islam adalah suatu struktur yang bersifat

    khusus di mana setiap individu yang berada di dalamnya diikat

    oleh satu ikatan, samada hubungan darah atau ikatan

    pernikahan. Ikatan inilah yang membawa kepada wujudnya

    rasa saling mengharap (mutual expectation) yang sesuai

    dengan ajaran Islam.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 2

    Menurut Islam keluarga tidak semestinya ia wujud dalam bentuk berkelompok kerana mungkin ia boleh berkembang atau kepada sebuah keluarga yang besar dan berpisah-pisah. Namun Islam tidak terikat kepada kepada kedua-dua bentuk keluarga ini samada berkelompok atau berkembang (polygamous) kerana yang penting adalah wujudnya rasa saling mengharap antara anggota keluarga tersebut.

    Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam ialah untuk menjamin wujudnya suasana di mana nilai-nilai Islam dapat tumbuh dan berkembang di dalam jiwa, diri dan peribadi ahli keluarga. Maka melalui institusi inilah :

    a. Generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam dan menghayatinya.

    b. Generasi muda dididik mendokong aspirasi yang dikehendaki dan diredai Islam.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 3

    Ikatan kekeluargaan ini juga menjadi bertambah kuat dan intim kerana kemantapan Islam menyusun fitrah manusia sejajar dengan nature semulajadi manusia yang inginkan kepada pembentukan masyarakat dan saling suka menyukai / sayang menyayangi antara satu sama lain melalui perhubungan perkahwinan. Firman Allah : Wallahu jaala lakum min anmfusikum azwaja..

    Islam juga mengambil kira bentuk fizikal kejadian manusia di mana Melalui perkahwinan telah menggariskan dua dasar utama berikut:

    i. Si suami adalah bertanggungjawab untuk bekerja menafkahkan usrah semenjak dari mula pembentukannya maka ia hendaklah bertanggungjawab penuh dalam bidang tanggungjawabnya.

    ii. Kepimpinan memerlukan kepada pemikiran yang rasional bagi menghadapi rintangan dan halangan kehidupan sesuai dengan tabiat lelaki.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 4

    Ini bukanlah bermaksud Islam telah mengurangkan hak kaum perempuan apabila ia menyandarkan kuasa kepimpinan kepada kaum lelaki, tetapi ia adalah suatu bentuk penyusunan sistem kemasyarakatan Islam yang telah digubal dengan begitu unik dan teliti bagi menjadikan manusia mampu memelihara kestabilan keluarga tanpa melihat terhadap perbezaan gender.

    Situasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila Islam telah memberikan hak kelayakan yang mutlak bagi kaum wanitadalam melakukan sebarang tindakan dan menggunakan harta dan milikannya tanpa perlu merujuk kepada kebenaran suami.

    maka kepemimpinan si Suami ke atas keluarga adalah berbentuk hak pengurusan ke atas rumahtangga dan ianya dibantu oleh si isteri. Firman Allah al-Rijal qawwam..

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 5

    PERKAHWINAN SEBELUM ISLAM

    Masyarakat Arab pada dasarnya juga bertanggapan bahawa kestabilan keluarga hendaklah berlaku melalui akad perkahwinan, namun mereka tidak mempunyai suatu sistem kemasyarakatan yang tersusun dan adil.

    oleh yang demikian mereka telah membentuk suatu sistem kehidupan yang direka dengan harapan ia mampu memberikan keadilan dan kebahagiaan yang maksimum. Antara jenis perkahwinan masy. Arab sebelum Islam ialah :

    1. Nikah al-Baghaya Iaitu seorang perempuan yang melakukan perhubungan dengan sebilangan lelaki yang disukainya dan apabila melahirkan anak maka ia berhak untuk memilih lelaki mana yang dikehendakinya bagi menjadi bapa kepada anaknya.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 6

    2. Nikah al-Safah iaitu seorang suami mengatakan kepada isterinya apabila engkau telah suci dari haidh maka pergilah kepada si polan (idola) untuk melakukan persetubuhan bagi mendapat zuriat daripadanya (suami tak akan dekati sehinggalah jelas mengandung).

    3. Nikah al-Badal ialah si suami masing-masing bersetuju untuk bertukar-tukar pasangannya.

    4. Nikah al-Sighar iaitu si bapa bersetuju mengahwini anaknya kepada sipolan dengan syarat sipolan pun bersetuju melakukan perkara yang sama.

    5. Nikah Mutah iaitu seorang lelaki telah berkata kepada seorang perempuan, aku kahwini engkau secara kontrak dalam tempoh tertentu dan dengan maskahwin yang tertentu. Apabila tamat tempoh maka berakhirlah perkahwinan itu

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 7

    BENTUK-BENTUK PERKAHWINAN YANG WUJUD DLM MASYARAKAT.

    1. Perkahwinan Monogami iaitu perkahwinan yang berlaku antara seorang suami + seorang isteri adalah merupakan bentuk yang paling popular dan ideal yang diamalkan masyarakat.

    2. Poligami iaitu perkahwinan yang berlaku antara seorang suami dengan beberapa orang isteri bukan sahaja dalam Islam.

    3. Poliandari iaitu perkahwinan yang berlaku antara seorang isteri dengan beberapa orang suami biasanya berlaku dalam agama hindu kerana dalam Islam ia adalah diharamkan.

    Antara sebab diharamkan Poliandari :

    i. Bertentangan dengan kemampuan isteri.

    ii. Bertentangan dengan konsep iddah iaitu mengetahui kebebasan isteri daripada sebarang hubungan dengan suami yang terdahulu.

    iii. Merosakkan struktur keluarga susah untuk menentukan nasab keturunan dan hak pusaka.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 8

    SKOP UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN ISLAM.

    Undang-undang kekeluargaan Islam dalam dalam Bahasa Arab di panggil Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah adalah merupakan istilah baru yang digunakan dalam perkara yang pada umumnya melibatkan urusan kekeluargaan seperti Nikah, Talak, Iddah, Rujuk, Khulu, lian, nafakah, Hadanah dan radhah. Ia juga meliputi perkara berkenaan pewasiatan, pusaka/faraidh, Hebah dan Waqf.

    Di Malaysia skop undang-undang kekeluargaan adalah merujuk kepada Enakmen Keluarga Islam di negeri-negeri sekarang menrangkumi aspek pertunangan, pernikahan, pendaftaran perkahwinan, pendaftaran perceraian, perceraian, mutaah, hakam, nafakah, wasiat, warisan dan harta sepencarian.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 9

    PERKAHWINAN DALAM ISLAM

    Perkahwinan adalah merupakan sunnatullah pada setiap kejadian dan pembentukan alam sejagat meliputi alam manusia, alam haiwan dan alam pokok.

    Ia merupakan kaedah khusus yang bertujuan untuk perkembangkan zuriat dan baka setiap hidupan. Walaubagaimanapun Allah tidak mahu menjadikan kehidupan manusia seperti alam lain dengan membiarkan kehendak nafsu berkeliaran tanpa susunan yang rapi. (hubungan lelaki + perempuan tanpa sempadan). Malahan Allah telah meletakkan suatu sistem yang sejajar dengan sifat kepimpinannya di atas mukabumi ini bertujuan untuk menjaga kemuliaan dan kehormatannya, maka berlakulah perhubungan lelaki + perempuan secara harmoni dan aman damai.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 10

    Hikmat Perkahwinan.

    Perkahwinan merupakan suatu ikatan perhubungan yang kuat dan sistem kemasyarakatan yang mampu mempertingkatkan status kemanusiaan daripada situasi kehaiwanan kepada hubungan ruhani serta dari kehidupan individu/personel kepada kebahagiaan dan kemasyarakatan. Antara hikmat perkahwinan yang ketara menurut perspektif Islam ialah :

    1. Menenangkan Jiwa (nafs) dan menghindarkannya daripada perasaan lesu dan boring. Ia juga merupakan tunggak kepada pembentukan masyarakat manusia dari dahulu sehinggalah .

    2. Perkahwinan membentuk sifat-sifat kemanusiaan yang unggul seperti sifat toleransi, berkorban (ithar), kasih sayang dan dapat mengetahui apakah hak-hak manusia dan tanggungjawab yang perlu dilaksana dan dipenuhi.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 11

    3. Perkahwinan mampu menjaga baka manusia secara sempurna dan berkembang kepada sebuah keluarga yang bahagia hasil daripada perhubungannya yang mulia. Manakala perbuatan zina membawa kepada kepupusan baka, malahan ia hidup dalam situasi yang hina dan dicemuh masyarakat.

    4. Perkahwinan memberikan kerehatan yang hakiki kepada suami dan isteri. Suami takkala balik dari kepenatan berkerja akan mendapati siisteri yang lemah lembut menyambut kepulangannya dengan senyuman dan layanan memberikan kerehatan jiwa. Manakala isteri akan merasa tenang dan berpuashati dengan pekerjaan dan rezki yang di bawa oleh semuanya. Oleh yang demikian ia akan menguruskan rumahtangga dengan sebaik yang mungkin serta mendidik anak-anaknya.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 12

    5. Perkahwinan mengharuskan perhubungan jenis bagi setiap

    pasangan suami dan isteri bagi memenuhi keinginan seks

    masing-masing melalui cara yang tersusun bagi menjaga

    keturunan dan maruah dari segala kotoran.

    6. Perkahwinan telah memenuhi tuntutan syarak, akal dan

    naluri semulajadi manusia.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 13

    STATUS PERKAHWINAN.

    Memandangkan peri pentingnya perkahwinan dalam menyusun sistem kekeluargaan dan kemasyarakatan yang aman dan makmur Islam telah menggariskan status perkahwinan kepada setiap individu manusia seperti berikut:

    I. Wajib Jika ia memiliki kemampuan kewangan, mampu berlaku adil, sihat tubuh badan dan nafsu yang kuat ditakuti terhumban kelembah perzinaan.

    ii. Sunat/Harus Jika ia berada dalam situasi yang seimbang, tidak ditakuti terhumban kepada zina, memiliki kemampuan yg diperlukan dan cukup syaratnya.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 14

    iii. Haram Jika ia memiliki kemampuan tetapi ia

    merasakan pasti tidak dapat berlaku adil/zalim.

    iv. Makruh Jika ia tidak memiliki kemampuan/ditakuti

    berlaku zalim.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 15

    KEPERLUAN SUBSTANTIF DALAM PERKAHWINAN

    1. PERTUNANGAN

    Islam adalah suatu agama yang menyusun kehidupan manusia

    supaya ianya berlangsung dengan sistematik dan beretika. Oleh itu

    sebelum berkahwinan Islam telah mensyarakkan proses awal

    perkenalan dan kesesuaian - sebelum berlangsung perhubungan

    yang kekal antara dua jiwa iaitu pertunangan iaitu suatu

    permohonan awal pihak yang terlibat bagi menandakan

    persetujuan nikah.

    Pertunangan tidak dianggap sebagai satu kontrak atau ikatan

    perkahwinan kerana ia adalah suatu janji awal untuk berkahwin.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 16

    Pertunangan berlaku apabila pihak lelaki/perempuan mengemukakan permohonan atau pinangan kepada pihak perempuan samada secara langsung atau tidak langsung.

    LARANGAN MELAKUKAN PERTUNANGAN

    Pertunangan boleh dilakukan kepada gadis atau janda yang telah habis iddahnya. Jika ppuan dalam iddah talak bain diharuskan secara sindiran. Firman Allah, al-Baqarah 235 menyatakan..dan tidak salah kepada kamu untuk meminang perempuan secara sindiran..

    Walaubagaimanapun peminangan adalah dilarang dalam situasi berikut :

    i. Peminangan ke atas perempuan yang masih dalam iddah rajiyyah suami boleh kembali.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 17

    ii. Peminangan ke atas pinangan orang lain.

    Sabda Rasulullah saw.. seorang mukmin adalah saudara orang

    mukmin, maka tidak halal bagi seseorang mukmin meminang

    seorang perempuan yang sedang dipinang saudaranya sehinggalah

    nyata ditinggalkan.

    PEMUNGKIRAN PERTUNANGAN

    Oleh kerana ikatan pertunangan bukanlah ikatan yang mengikat

    pihak-pihak yang terlibat daripada memutuskannya sebagaimana

    ikatan perkahwinan maka ia bukanlah suatu kesalahan pada

    pandangan syarak. Namun begitu beberapa isu yang timbul berkaitan

    pertunangan turut mendapat perhatian yang serius dikalangan

    fuqaha Islam seperti hadiah pertunangan, maskahwin & sebagainya.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 18

    Di Malaysia peruntukkan undang-undang keluarga dinegeri-negeri Malaysia adalah berbeza :

    1. Selangor, N. Sembilan, P.Pinang, Melaka dan Perak telah

    diperuntukkan bahawa,

    Menjadi suatu kesalahan bagi seseorang yang telah mengikat

    sesuatu kontrak pertunangan mengikut hukum Syarak samada

    secara lisan atau bertulis, melalui jalan perantaraan atau

    persendirian dan kemudiannya enggan meneruskan perkahwinan

    dengannya. Berdasarkan undang-undang tersebut maka pihak yang

    mungkir bertanggungjawab membayar apa-apa bayaran yang telah

    dipersetujui dalam pertunangan tersebut.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 19

    2. Kelantan, Terengganu, Kedah dan W. Persekutuan telah

    menyatakan bahawa pihak yang mungkir samada lelaki atau

    perempuan bertanggungjawab memulangkan pemberian

    pertunangan jika ada atau nilainya dengan membayar apa-apa

    wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh pihak yang

    satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu,

    dan yang demikian boleh dituntut melalui Mahkamah.

    Malahan kes ini di Malaysia juga boleh dituntut di Mahkamah

    sivil di atas asas pemecahan kontrak.

    Kes Nafsiah V Abd. Majid

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 20

    PERBEZAAN AKAD PERTUNANGAN DAN AKAD KAHWIN.

    Akad perkahwinan adalah akad yang dilakukan khusus untuk mengharuskan perhubungan seks antara lelaki dan perempuan sedangkan pertunangan adalah merupakan permintaan awal untuk mendapat persetujuan kahwin. Dengan ini menunjukkan akad tunang berbeza dengan dengan akad kahwin, antaranya :

    1. Akad nikah mempunyai rukun dan syarat tertentu dan tidak sah nikah tanpanya tunang tak ada syarat. Contoh saksi.

    2. Akad nikad mengikat kedua pihak sedangkan akad tunang tidak mengikat antara kedua mereka boleh batalkan.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 21

    3. Akad nikah mengharuskan perhubungan jenis sedangkan tunang status tetap sama iaitu sebagai ajnabi.

    4. Si isteri dalam akad nikah tidak boleh diikat oleh orang lain, malahan akad tersebut adalah terbatal dari awalnya lagi. Tunang makruh, malahan sebahagian fuqaha berpendapat ia digalakkan jika tunang pertama fasik.

    5. Perpisahan yang berlaku melalui Talak pernikahan mewajibkan ke atasnya keseluruhan Mahar jika berlaku selepas bersetubuh dan sebahagian jika berlaku talak sebelum persetubuhan. Manakala dalam pertunangan pihak lelaki atau perempuan tidak dikenakan apa-apa balasan gantirugi sebaik sahaja hubungan terputus.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 22

    ASAS PEMILIHAN CALUN ISTERI/SUAMI

    Islam amat prihatin terhadap kebahagiaan keluarga dan sehubungan dengan itu ia telah menyediakan segala elemen yang boleh memperkukuhkan asas kekeluargaan ini yang bermula pada awal kehidupan perkahwinan dengan meletakkan hak-hak yang saling diperlukan oleh setiap individu dan hak bersama bagi memastikan bahaya yang mendatang serta meletakkan penyelesaian yang tuntas antara mereka.

    Islam menggalakkan perkahwinan dan menganggapnya sebagai suatu sunnah para nabi dan menganggap mereka yang tidak mempunyai isteri atau suami sebagai orang yang miskin. Sabda Rasulullah saw, Sungguh miskin 3x bagi lelaki yang tidak ada perempuan, Sahabat tanya sekalipun mereka punyai harta yang banyak ? Jawab rasulullah sekalipun ada harta yang banyak..demikian juga perempuan.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 23

    Oleh yang demikian lelaki/ppuan hendaklah berusaha memilih bakal teman hidupnya secara rasional, fikiran yang tenang dan seimbanmg dan bukan berdasarkan kepada runtunan nafsu semata-mata atau kepentingan sementara yang akan hilang jua akhirnya kerana semuanya itu akan memadamkan tarikan cinta dan mewujudkan perasaan jiwa yang kaku. Ini perlu diberi perhatian dalam kontek perkahwinan kerana ia bukan memilih pakaian yang akan dibuangnya apabila ia bencikannya tetapi ia memilih teman sehidup semati dalam menempuh liku kehidupan.

    Sehubungan dengan itu bagi mengelakkan hubungan yang berantakkan ini maka Islam telah meletakkan garispanduan dan asas yang utuh serta mantap bagi memastikan pemilihan yang terbaik dan diharapkan akan dapat diikuti oleh ummahnya, antara asas-asas tersebut ialah :

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 24

    I. Agama

    Sabda Rasulullah saw, Kahwinilah perempuan kerana empat perkara hartanya, maruahnya, kecantikannya dan agamanya, dan hendaklah kamu memberi priority kepada yang memiliki agama.

    - Agama menjadikan seseorang perempuan menunaikan tanggungjawabnya patuh kepada tuhannya dan suaminya.

    - Perempuan yang soleh adalah merupakan syurga dunia kerana ia menjaga harta, maruah, anak-anak dan suami dengan baik. Sabda Rasulullah, Dunia adalah kenikmatan/keindahan, dan sebaik-baik kenikmatan adalah perempuan yang soleh.

    Perempuan yang soleh asas kebahagiaan jika disuruh ia akan mentaatinya, jika dipandang padanya melahirkan ketenangan dan jika tiada ia akan menjaga diri, maruah dan hartanya.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 25

    Tujuan perkahwinan adalah untuk memperkukuhkan benteng diri seseorang manusia maka perempuan yang solehahlah benteng utamanya.

    ii. Akhlak mulia.

    Akhlak adalah merupakan harta yang berharga sepanjang hayat manusia harta akan pergi dan habis, kecantikan akan luntur dan yang kekal adalah akhlak yang baik.

    Akhlak memberi kesan yang mendalam kepada kebahagiaan keluarga sebagaimana sabda Rasulullah, Empat perkara yang membawa kesusahan iaitu jiran yang buruk, tunggangan yang buruk, perempuan yang buruk perangainya, rumah yang sempit. Dan empat perkara yang membahagiakan, perempuan yang soleh, tempat tinggal yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa.

    apabila telah menemui pasangan yang mempunyai agama dan akhlak yang baik maka kahwinilah ia

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 26

    iii. Berketurunan/ramai anak

    Telah datang seorang lelaki kepada baginda rasul dan berkata, aku telah berjumpa dengan perempuan yang cantik dan berkedudukan dan ia tidak melahirkan anak, adakah baik untuk aku mengahwininya ? Rasulullah menjawab, tak payah di ulangnya beberapa kali, lalu rasulullah bersabda, kahwinilah perempuan yang boleh melahirkan banyak anak kerana aku berbangga dengan kamu.

    iv. Anak dara

    Rasululah menggalakan kahwin anak dara (bikr) Kahwinilah dara kerana mereka lebih menarik kata-katanya, lebih banyak melahirkan anak dan ridha dengan yang sedikit.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 27

    vi. Kecantikan

    Islam tidak menongkah arus malahan mengiktiraf bahawa

    Kecantikan adalah sesuatu yang menjadi kesukaan jiwa dan

    membawa ketenangan hati. Kecantikan membawa kepada

    kesucian jiwa/tak cari yang selain isterinya. Oleh yang demikian

    rasulullah dalam sabdanya meletakkan cantik sebagai salah satu

    sifat yang diperlukan dalam memilih jodoh. Tetapi permasalahan

    yang timbul bila kecantikan semata-mata yang menjadi sandaran

    dan meninggalkan ciri-ciri yang lain.

    vii. Harta Kekayaan.

    viii. Kufu dan setaraf dara/teruna/berpendidikan

    ix. Bukan dari satu rumpun.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 28

    AKAD PERKAHWINAN

    Nikah pada bahasa bermaksud himpun atau watie. Manakala pada istilah ialah, Suatu ikatan (melalui akad) yang bertujuan untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim mengikut syarat dan rukun yang telah ditetapkan syarak

    Dalam konteks ini al-quran telah menyatakan bahawa perkahwinan adalah merupakan suatu perhubungan yang suci dan berasaskan keadilan dan tanggungjawab dan amanah Allah. Dalam surah al-nisa, 21 Allah menyatakan, ..Dan mereka (isteri2mu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang utuh..

    Untuk menjadikan sesuatu akad perkahwinan itu sah dan diakui syarak maka ia hendaklah memenuhi beberapa rukun dibawah :

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 29

    RUKUN NIKAH.

    Sebuah perkahwinan akan diakui syarak apabila ia

    mencukupi rukun-rukunnya iaitu :

    i. Lafaz Ijab dan Qabul

    ii. Lelaki

    iii. Perempuan.

    iv. Wali

    v. Dua orang saksi - waras, adil, muslim, merdeka dan

    cukup umur

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 30

    i. Lafaz Ijab dan Qabul

    Tidak ditentukan lafaznya dalam bahasa yang tertentu tetapi

    memadai dengan lafaz yang menunjukkan kepada keinginan

    berkahwin atau melalui penulisan atau isyarat.

    Ijab dan Qabul mestilah mempunyai syarat tertentu, iaitu:

    i. Lafaz ijab dan qabul mestilah berhubungan tidak sah jika ia

    diselangi dengan perkara lain atau diam yg lama.

    ii. Mempunyai kaitan antara Ijab dan Qabul.

    iii. Menyebut secara khusus perempuan yang dinikahi.

    iv. Didengar oleh dua orang saksi lelaki.

    v. Tidak dikaitkan dengan batasan waktu.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 31

    ii. Wali Pihak yang diberikan kuasa oleh syarak untuk melakukan

    akad perkahwinan yang terdiri daripada ahli keluarga yang hampir dengan pengantin Perempuan. Perkahwinan tanpa keizinan wali adalah tidak sah di mana Islam telah menetapkan bagi perempuan perlu dinikahkan oleh walinya kerana mereka mudah terpedaya dan perlukan pengawasan.

    Wali dalam perkahwinan ini terbahagi kepada dua bahagian :

    i. Wali Mujbir iaitu bapa atau datuk daripada sebelah bapa hingga ke atas bagi seorang gadis.

    ii. Wali bukan Mujbir iaitu wali-wali selain daripada bapa dan datuk.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 32

    Wali mujbir mempunyai kuasa yang mutlak dan boleh mengahwinkan anak gadisnya sekalipun tanpa mendapat keizinan daripada anaknya terlebih dahulu samada sudah cukup umur atau belum. Walaubagaimanapun perkahwinan itu hendaklah memenuhi syarat yang tertentu :

    i. Tidak ada permusuhan antara wali mujbir dan anak gadis.

    ii. Tidak ada permusuhan antara gadis dan lelaki yang bakal dikahwinkan.

    iii. Lelaki yang dikahwinkan dengan perempuan itu adalah kufu.

    iv. Pengantin lelaki mampu membayar maskawin kepada gadis yang dikahwinkan.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 33

    Walaubagaimanapun adalah disunatkan bagi wali mendapat keizinan sigadis terlebih dahulu senyum atau diam. Keadaan ini berbeza bagi perempuan yang telah berkahwin atau janda di mana wali hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan daripadanya kata2 yang jelas.

    Secara lebih khusus wali terbahagi kepada dua iaitu :

    a. wali Nasab

    b. wali Hakim.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 34

    Susunan wali nasab adalah seperti berikut :

    1. Bapa

    2. Datuk lelaki dari sebelah bapa hingga ke atas.

    3. Adik beradik lelaki seibu sebapa.

    4. Adik beradik lelaki sebapa.

    5. Anak-anak saudara lelaki seibu sebapa.

    6. Anak-anak saudara lelaki sebapa.

    7. Bapa saudara seibu sebapa.

    8. Bapa saudara sebapa.

    9. Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa.

    10. Anak lelaki dari bapa saudara sebapa.

    Wali yang paling atas dipanggil wali akrab dan wali selepasnya sebagai wali abad di mana jika masih ada wali akrab maka wali abad tidak boleh menikahkannya.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 35

    WALI HAKIM.

    Wali Hakim biasanya diwakili oleh sultan atau wakilnya. Apabila wali

    nasab tidak wujud, maka perempuan itu akan dinikahkan oleh wali

    hakim. Antara sebab seseorang perempuan berkahwin menggunakan

    wali hakim ialah kerana :

    1. Tiada wali Nasab.

    2. Wali akrab tidak mempunyai syarat yg cukup dan wali abad juga

    tidak ada.

    3.Wali akrab hilang/menghilangkan/menyembunyikan diri dan tiada

    wakilnya.

    4. Wali akrab ditahan/dipenjara.

    5. Wali akrab dalam ihram.

    6. Wali akrab enggan menikahkannya.(Azizah Mat v Mat bin Salleh)

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 36

    SYARAT WALI ;

    Seseorang yang menjadi wali hendaklah memenuhi syarat

    berikut :

    1. Islam.

    2. Baligh

    3. Merdeka.

    4. Lelaki.

    5. Bukan dalam ihram.

    6. Adil.

    7. waras

    8. Persamaan agama dengan orang yang dinikahkan

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 37

    HAK DAN TANGGUNGJAWAB PERKAHWINAN.

    1. HAK ISTERI KE ATAS SUAMI.

    Isteri berhak menuntut ke atas suaminya suasana kehidupan yang lebih selesa dan bahagia. Antara hak isteri kepada suami ialah :

    I. Hak keadilan dalam kehidupan rumahtangga dan mendapatkan apa yang sepatutnya diperolehi seperti jaminan keselamatan dan kebajikan, pakaian, tempat tinggal dan seumpamanya.

    2. Hak mendapatkan Mahar ia adalah miliknya yang mutlak sebagai ganti kepada maruahnya.

    3. Hak Nafkah Merupakan kewajipan kepadanya sebagai balasan menjaga rumah.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 38

    HAK SUAMI KE ATAS ISTERI

    I. Hak kepimpinan dalam keluarga.

    2. Hak ketaatan dan kesetiaan pada yang tidak maksiat.

    3. Tidak membawa masuk/berkawan dengan mereka yang

    tidak disukai suami.

    4. Menjaga harta suami + melayani suami zahir & batin.

    5. Menjaga maruah dan akhlak.

    6. Bersama sama suami dalam apa jua situasi.

    7. Hak keizinan keluar dari rumah.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

  • 39

    HAK BERSAMA SUAMI ISTERI

    I. Kedua-dua berhak untuk menikmati keseronokan dari

    aspekm hubungan seks.

    ii. Bertanggungjawab mengeratkan hubungan sialturrahim

    antara kedua-dua keluarga kedua pihak.

    iii. Kedua pihak berhak mewarisi apabila berlakunya

    kematian.

    SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM