keruntuhan institusi kekeluargaan akibat penyalahgunaan gadget

19
TAJUK KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGY SEMESTER 1, TAHUN AKADEMIK 2016/2017 SKS 1362 NAMA PENSYARAH PUAN SHAHNITA BINTI SHAHARIN NAMA PELAJAR SYARUL AZHAR BIN MURAD MATRIK 1161481

Upload: syarul-azhar

Post on 15-Apr-2017

465 views

Category:

Technology


3 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

TAJUK KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN AKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI INFORMATION AND COMMUNICATION TECHNOLOGYSEMESTER 1, TAHUN AKADEMIK 2016/2017SKS 1362NAMA PENSYARAH PUAN SHAHNITA BINTI SHAHARINNAMA PELAJAR SYARUL AZHAR BIN MURADMATRIK 1161481

PENGENALANOBJEKTIF ISI KANDUNANKERUNTUHAN INSTITUSI KEKLUARGAANAKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGILANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INSTINTUSI KEKELUARGAANKESIMPULANRUJUKANCONTOH video

Marcapada, di arus perkembangan dunia, dapat kita saksikan pelbagai pihak yang berusaha untuk mengembangkan serta memajukan Negara. Pelbagai cara dan alternatif yang telah digunakan bagi membantu Negara kita mencapai tahap yang maju. Antara cara yang digunakan adalah melalui teknologi yang berkembang pesat pada hari ini sesuai dengan peredaran zaman yang sedang membangun . Teknologi dapat didefinasikan sebagai Semakin hari, semakin banyak aplikasi dan laman sesawang atas talian yang boleh digunakan oleh orang awam hatta kanak-kanak seperti facebook, instagram, whatsapp, telegram dan sebagainya. Kewujudan aplikasi dan laman sesawang ini diwujudkan bagi memudahkan perhubungan sosial di mana perhubungan yang melangkawi sempadan negara. PENGENALAN

Kembali ke isi kandungan

Banyak kebaikan yang boleh disenaraikan hasil penggunaan teknologi secara berhemah seperti mengumpul derma atau sumbangan kebajikan dengan mengiklankan di media sosial, menambah kenalan baru daripada pelbagai negara.bangsa dan agama, meneroka negara-negara yang lain dengan melihat gambar-gambar yang diletakkan dalam laman sesawang seperti google images, membaca buku-buku eletronik dan mengumpul maklumat dengan pantas. Di samping kebaikan yang boleh didapati dengan penggunaan teknologi yang berhemah, wujud keburukan yang banyak seandainya teknologi disalahgunakan. Antara penyalahgunaan teknologi ialah menggunakan kamera untuk mengintip keburukan orang lain, menjalankan perniagaan dengan niat menipu, menonton video lucah dan keganasan melampau, menggodam akaun milik orang lain dan menyebarkan ideologi yang bertentangan dengan islam.

Kembali ke isi kandungan

Menganalisa sebab kes-kes keruntuhan rumah tangga akibat penyalahgunaan teknologi.

2. Mencadangkan langkah mengatasi penyalahgunaan teknologi dalam pengurusan institusi rumah tangga. OBJEKTIF

Kembali ke isi kandungan

Institusi rumah tangga ialah sebuah institusi yang dibina atas dasar cinta dan kepercayaan terhadap satu sama lain. Agama Islam amat menggalakkan perkahwinan dan Nabi Muhammad SAW amat bangga mempunyai umat yang ramai. Perkahwinan akan mewujudkan keharmonian dalam kalangan masyarakat dengan wujudnya perhubungan antara dua keluarga besar secara tidak langsung menyumbang kepada keharmonian negara. KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAANKERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Kembali ke isi kandungan

Kes perceraian dalam tempoh 6 tahun lalu merekodkan lebih 274,000 pasangan Islam di Malaysia bercerai.Rekod Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia turut mendedahkan sebanyak 38,035 pasangan bercerai sepanjang tempoh Januari hingga Ogos tahun lalu.Berdasarkan statistik itu, secara purata sebanyak 156 kes perceraian berlaku setiap hari atau enam kes bagi setiap jam.Selain itu, statistik perceraian pasangan Islam dalam tempoh lima tahun lalu juga menunjukkan peningkatan begitu ketara iaitu daripada 43,749 kes pada 2011 kepada 53,870 kes pada 2014, naik sebanyak 10,121 kes.Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim berkata, kebanyakan kes perceraian yang direkodkan itu melibatkan usia perkahwinan lima tahun ke bawah.Kajian menunjukkan tempoh perkahwinan yang berakhir dengan perceraian adalah dalam tempoh lima tahun ke bawah iaitu 37.2 peratus bagi wanita dan 35.4 peratus bagi lelaki.

Kembali ke isi kandungan

Bagaimana teknologi memberi kesan sehingga meruntuhkan institusi rumah tangga. Sebagai contoh aplikasi whatsapp dan laman sesawang facebook. Kedua- dua media sosial yang sepatutnya dijadikan sebagai permudah cara perhubungan dan kerja menjadi tempat luahan seseorang yang sedang marah. Kes ini sering terjadi sehingga mampu menyebabkan perceraian kerana bahasa yang digunakan dalam aplikasi tidak sama dengan nada yang sepatutnya didengari jika bercakap secara langsung. Akibat daripada salah faham ini mampu membawa kehancuran rumah tangga seperti hubungan kekeluargaan menjadi renggang, tidak bertegur sapa dan lebih dahsyat, ia mampu menyebabkan perceraian kata Pakar Psikologi dan Dekan Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Prof Madya Dr Mariani Mohd Nor. Keadaan perhubungan yang tidak sihat juga boleh berlaku dalam media sosial sehingga mendorong kepada perbuatan curang seperti berkongsi gambar yang tidak senonoh, bermesraan dengan lelaki atau perempuan lain, tidak menjaga sensitiviti pasangan dengan memuat naik gambar dan status yang tidak sesuai.

Kembali ke isi kandungan

Menjadi kewajipan semua pihak bekerjasama menyedar masyarakat akan kepentingan memanfaatkan teknologi sebaiknya. Pasangan suami isteri sepatutnya tahu dan sedar akan kepentingan mengawal diri ketika menggunakan kemudahan teknologi dan menjaga sensitiviti pasangan serta mengawal penggunaan gadjet dan mengelakkan ketagihan. Pasangan seharusnya mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang komunikasi berkesan,kaedah pengurusan konflik, dan psikologi keluarga. Bagi pihak kerajaan pula, silibus kursus perkahwinan perlu dikaji semula bagi memastikan penyalahgunaan teknologi dapat dikurangkan seterusnya memanfaatkannya untuk kebaikan bersama.

Kembali ke isi kandungan

Penggunaan teknologi kadangkala boleh menghubungkan serta merapatkan hubungan antara insan. Seperti yang selalu dikatakan orang, Yang Jauh Kita Dekatkan Yang Dekat Kita Rapatkan. Hal ini kerana, seseorang itu boleh terus berhubung dengan seseorang yang lain tanpa perlu berjumpa dengan individu tersebut. Fungsi ini sangat berguna, melalui penciptaan pelbagai aplikasi yang cukup terkenal seperti, wechat, whatsapp, line dan banyak lagi. Namun perlu diingati bahawa melalui aplikasi ini juga hubungan seseorang juga boleh musnahAKIBAT PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI

Kembali ke isi kandungan

Tidak perlu diperkatakan lagi, bahawasanya wechat popular dalam kalangan masyarakat termasuk pasangan yang telah berkahwin. Kebanyakan wanita meluahkan perasaan mereka tentang suami yang menghubungi perempuan lain melalui wechat. Tambahan pula,ada juga isteri yang mula melayan lelaki lain. Hal ini kerana, terdapat fungsi-fungsi yang boleh membawa kemudharatan seperti fungsi look around di mana seseorang itu boleh mencari mana-mana pengguna wechat yang berdekatan. Andaikan apabila seorang suami atau isteri itu berseorangan, look around di wechat membolehkan mereka berjumpa dengan orang lain yang mungkin hanya berada berdekatan. Hebat bukan teknologi zaman sekarang? Hebat dalam merosak dan meruntuhkan rumahtangga jika tidak digunakan dengan betul.Antara kesan yang berlaku akibat permainan wechat adalah isteri berasa syak pada suami yang berahsia. Perkara ini sering terjadi kerana si suami leka melayan aplikasi wechat bahkan lebih teruk lagi melayan perempuan lain secara rahsia. Hal ini menyebabakan si isteri berasa terpinggir justeru merenggangkan hubungan mereka suami isteri.

Kembali ke isi kandungan

Kemudahan Facebook mudah didapati dan diakses samaada melalui komputer mahupun telefon pintar. Majoriti masyarakat kebiasaanya meluangkan masa yang banyak hanya untuk scroll facebook. Perbuatan ini menjadi satu tabiat buruk kerana hampir setiap masa diluangkan dengan telefon pintar di tangan. Seperti realiti yang berlaku hari ini, walaupun ketika makan bersama si isteri atau suami masih sibuk melayan facebook di tangannya. Akibatnya, pasangan mengabaikan komunikasi bersama bahkan lebih teruk lagi mengabaikan tanggungjawab masing-masing. Demikian hal inilah yang menjadi punca keruntuhan rumahtangga kerana sikap dan perangai yang buruk akibat penyalahgunaan teknologi

Kembali ke isi kandungan

Instagram merupakan salah satu laman social yang terkenal bukan sahaja di Malaysia bahkan seluruh dunia. Dalam instagram disediakan fungsi memuat naik gambar ataupun video. Justeru masyarakat dapat berkongsi cerita rutin kehidupan mereka. Hal ini tampak baik pada asalnya, namun jika disalahgunakan mengakibatkan banyak kesan buruk antaranya perselisihan dalam rumahtanggaDaripada pemerhatian terhadap kes yang berlaku berpunca dari laman sosial, masalah persilisihan terjadi akibat isteri yang suka memuat naik gambar yang menarik perhatian lelaki seperti gambar selfie dan sebagainya. Oleh itu, rentetan daripada komen-komen dan like dalam instagram menyebabkan si suami mudah cemburu kepada isteri. Hal ini bertambah buruk apabila si isteri turut melayan komen-komen tersebut dengan mesra. Maka terjadilah pergaduhan dalam rumahtangga akibat penyalahgunaan aplikasi tersebut.

Kembali ke isi kandungan

LANGKAH-LANGKAH MENGATASI PENYALAHGUNAAN TEKNOLOGI DALAM INSTINTUSI KEKELUARGAAN MEMPERBANYAKKAN AKTIVITI KEKELUARGAANHal ini akan memupuk komunikasi yang baik sesama pasangan dalam keluarga dan dapat menguatkan lagi kefahaman antara ahli keluarga.

Kembali ke isi kandungan

2. MAKAN BERSAMAElakkan makan sendirian. Makan bersama memberi ruang dan masa pada pasangan untuk berkomunikasi tanpa bermain gadget.

3. BERKONGSI PRIVASI DI LAMAN SOCIAL BERSAMA PASANGANPerkara ini memberi kesan yang positif dan sangat baik kerana keraguan pasangan antara satu sama lain dapat dielakkan Di samping itu, kemesraan dapat diperkukuhkan antara pasangan

Kembali ke isi kandungan

Di samping kebaikan yang boleh didapati dengan penggunaan teknologi dalam institusi rumahtangga wujud juga keburukan yang banyak seandainya teknologi disalahgunakan. Antara kelebihan dan kekurangan yang dapat dilihat adalah : KELEBIHAN TEKNOLOGI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN ANDAI DIGUNAKAN DENGAN BAIKMudah menghubungi pasangan dan ahli keluargaMengeratkan hubungan kekeluargaan dan pasanganKESIMPULAN

Kembali ke isi kandungan

KEKURANGAN TEKNOLOGI DALAM INSTITUSI KEKELUARGAAN ANDAI DISALAHGUNAKAN

1- Rahsia antara pasangan semakin banyak2- Hubungan semakin renggang kerana sibuk dengan gadget3- Timbul fitnah kepada pasangan berpunca dari laman social4- Masa bersama keluarga semakin berkurang

Kembali ke isi kandungan

1. https://siraplimau.com/mobile-app-menjadi-perosak-punca-perceraian-malaysia/2. https://keluarga.com/1234/8-cara-facebook-dapat-merusak-rumah-tangga-anda3. http://zahirzainudin.blogspot.my/2016/08/impak-facebook-terhadap-masa-hadapan.html?m=1RUJUKAN

Kembali ke isi kandungan

CONTOH VIDEO

Kembali ke isi kandungan

See You Again - www.SongsLover.pk Wiz Khalifa Ft. Charlie PuthFast And Furious 7 Wiz Khalifa2015223935.67eng - Sort Showwww.SongsLover.pkeng - www.SongsLover.pk