bab 6,7,8 kekeluargaan dan kemasyarakatan

50
BAB 7 KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN DISEDIAKAN OLEH: HEZRIN HIDAYU MD YUSOF

Upload: atiqah-nadirah

Post on 27-Jun-2015

1.876 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

BAB 7KEKELUARGAAN DAN KEMASYARAKATAN

DISEDIAKAN OLEH:HEZRIN HIDAYU MD YUSOF

Page 2: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan
Page 3: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

Kasih KekasihTak Perlu Aku Ragui

Sucinya Cinta Yang Kau Beri Kita Saling Kasih Mengasihi

Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui Menyarung Cincin Di Jari

Dengan Rahmat Dari Ilahi Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan Syariat Tetap Membataskan Pelajari Ilmu Rumahtangga Agar Kita Lebih Bersedia Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih

Bersabarlah Sayang Saat Indah Kan Menjelma Jua

Kita Akan Disatukan Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina Tugu Cinta Mahligai Bahagia

Semoga Cinta Kita Di Dalam Redha Ilahi

Berdoalah Selalu Moga Jodoh Berpanjangan

Page 4: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

KELUARGA ASAS PENYUMBANG TAMADUN

• Keluarga dan masyarakat menjadi asas dan sumber pembinaan Tamadun. Segala pencapaian dan kekuatan Tamadun (termasuk Tamadun Islam) bermula dari keluarga dan masyarakat.

• Keluarga dan masyarakat merupakan institusi asas yang menjana perkembangan ilmu, budaya, undang-undang, adat resam, kepercayaan dan lain-lain, yang membentuk sistem hidup individu, keluarga, negara dan bangsa yang dikenali sebagai Tamadun Kemanusiaan.

Page 5: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

• Sesebuah Tamadun merupakan gambaran dan rakaman berbagai kriteria kejayaan dan pencapaian sesuatu bangsa yang berasal dari kejayaan dan pencapaian institusi keluarga dan masyarakat dalam berbagai aspek kehidupan.

Page 6: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PEMBINAAN INSTITUSI KELUARGA

Konsep Kekeluargaan Islam• Menurut Islam, keluarga

merupakan institusi yang amat penting dalam Islam kerana keluarga adalah kesatuan masyarakat kecil yang menjadi asas di dalam pembentukan masyarakat.

Page 7: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

KELUARGA

• Keluarga merupakan unit organisasi manusia paling asas untuk pembentukan masyarakat dan pembinaan Tamadun Manusia.

• Keluarga bermula dengan perkahwinan dan berkembang dalam suatu organisasi manusia dan menerima berbagai unsur pembinaan Tamadun Manusia.

Page 8: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

KEPENTINGAN PEMBENTUKAN KELUARGA

• Mengekalkan kesinambungan generasi manusia kerana pengabaiannya akan menyebabkan kehancuran masyarakat.

• Memelihara akhlak, tata susila dan kemuliaan manusia melalui ikatan perkahwinan.

• Mencapai kebaikan, kebahagiaan, kasih sayang dan keharmonian sesama manusia.

• Membentuk umat yang kuat dan mantap kerana ia dibentuk oleh ibu bapa.

• Memupuk dan mencetuskan semangat pengorbanan, tolong menolong, kerjasama dan perpaduan dalam jiwa setiap anggota keluarga.

Page 9: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

ASAS PEMBENTUKAN KELUARGA

1. Persiapan Perkahwinan• Pemilihan Jodoh • Kafa’ah (Sekufu) 2. Peminangan dan Pertunangan3. Perkahwinan (ijab & qabul)

Page 10: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

Persiapan Perkahwinana.Pemilihan Jodoh• Aspek pemilihan pasangan sebelum perkahwinan

dilangsungkan amat ditekankan dalam Islam. Ini kerana kebahagiaan rumahtangga serta kehidupan yang harmoni banyak bergantung kepada faktor pemilihan jodoh yang baik.

• Pasangan yang ingin berkahwin perlu mengetahui bakal suami atau isteri dan keluarganya sekali. Perkara ini ditegaskan dalam sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

• "Nabi telah bertanya kepada seorang lelaki yang akan berkahwin dengan seorang perempuan, "Sudahkah engkau melihat dia?". Lelaki itu menjawab: "Belum" Sabda Rasulullah s.a.w lagi: "Pergilah dan lihatlah dia."

Page 11: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

b. Kafa’ah (Sekufu)• Kafa’ah bermaksud kesepadanan di antara

suami dan isteri dalam perkara-perkara tertentu.

• Faktor utama kafa’ah di antara suami dan isteri dalam pembentukan institusi kekeluargaan Islam bertujuan melahirkan keserasian dalam rumahtangga.

• Aspek yang perlu lihat ialah:i. Keagamaan dan akhlak.ii. Keilmuan.iii. Keturunan.iv. Status peribadi (hamba atau merdeka).v. Pekerjaanvi. Harta kekayaanvii. Keselamatan dari kecacatan.

Page 12: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PEMINANGAN DAN PERTUNANGAN

• Setelah calon pasangan yang dicari telah diperolehi maka proses seterusnya ialah peminangan.

• Peminangan bermaksud menyatakan keinginan berkahwin dengan perempuan yang berkenaan dengan memberitahu hasratnya itu kepadanya atau kepada walinya.

• Peminangan boleh dilakukan secara langsung oleh lelaki yang hendak berkahwin atau melalui wakilnya.

Page 13: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

• Setelah peminangan itu diterima dan sementara menanti masa ijab Kabul maka tempoh itu dikatakan tempoh pertunangan.

• Islam mengharamkan peminangan ke atas tunangan orang lain selagi mana pertunangan tersebut tidak putus.

• Pertunangan hanyalah perjanjian untuk berkahwin.

• Kedua-dua bakal suami isteri belum menjadi suami isteri yang sah di sisi syarak. Mereka masih terikat dengan batas pergaulan antara ajnabi.

Page 14: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERKAHWINANPengertian Perkahwinan

• Perkahwinan dalam Islam ditandai dengan akad, iaitu ijab dan kabul. Ijab ialah

• kata-kata yang disebut oleh wali atau wakil pihak perempuan. Manakala kabul pula ialah jawapan yang diberikan oleh pihak lelaki.

• Kebiasaannya lafaz Ijab ialah “Saya nikahkan kamu si anu bin si anu dengan si anu binti si anu dengan mas kahwin sekian tunai.”Manakala lafaz Kabul pula ialah “Saya terima nikahnya dengan si anu binti si anu dengan mas kahwin sekian tunai.”

• Selesainya ijab kabul ini menandakan pasangan tersebut sah sebagai suami dan isteri.

Page 15: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

HUKUM PERKAHWINAN Harus• Hukum asal perkahwinan.

Wajib• Bagi yang berkemampuan dan luapan nafsu

syahwatnya begitu tinggi hingga boleh membawa ke lembah zina. Bagi yang tidak berkemampuan wajib ia berpuasa untuk menahan nafsunya.

Sunat• Bagi mereka yang berhajat, cukup syarat dan

berkemampuan.

Page 16: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

Haram• Bagi yang tidak cukup syarat, tidak

berkemampuan dan tidak bertanggungjawab kerana dikhuatiri akan merosakkan rumah tangga dan masa depan isteri serta anak-anaknya.

Makruh• Bagi yang berkemampuan memberi

nafkah, tetapi bakal isteri dengan rela hati sanggup menyara keluarga.

Page 17: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

Rukun Nikah

• Rukun nikah ada lima iaitu:• Suami: pengantin lelaki.• Isteri: pengantin perempuan.• Wali yang adil.• Dua orang saksi yang adil.• Ijab dan Kabul. (Tawaran dan

Penerimaan)

Page 18: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

DEFINISI PERKAHWINAN DAN KESAN POSITIF KELUARGA

• Definisi Perkahwinan boleh dilihat dari berbagai sudut:

a. Dari Sudut Keperluan Jantina (seksual).

b. Dari Sudut Kemuliaan dan Kehormatan Wanita

c. Dari Sudut Kemanusiaan Umum

Page 19: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

DARI SUDUT KEPERLUAN JANTINA (SEKSUAL)

• Perkahwinan ialah akad (perjanjian) di antara lelaki dan wanita yang bukan muhrim, berdasarkan syariat Islam untuk menghalalkan pergaulan dan hubungan seksual di antara keduanya.

• Wanita dan lelaki secara semula cipta mempunyai keinginan untuk merasai pergaulan dan hubungan seksual, apabila mencapai kematangan usia dan kesediaan fizikal dan spritual.

Page 20: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

DARI SUDUT KEMULIAAN DAN KEHORMATAN WANITA

• Perkahwinan ialah akad perjanjian penyerahan amanah penjagaan dan perlindungan seorang wanita di antara Wali (Bapa atau Penjaga Wanita yang sah) dengan seorang lelaki (suami).

• Dengan berlakunya akad perjanjian perkahwinan, maka segala tanggungjawab

Page 21: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

seorang wali akan berpindah kepada suami. Suami terikat dengan segala perjanjian untuk menunaikan segala hak wanita yang menjadi isterinya.

• Wanita adalah makhluk mulia yang sentiasa dijaga dan dilindungi oleh lelaki (wali atau suami).

• Sebagaimana firman Allah dalam surah an-Nisa’ ayat 34.

Page 22: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

DARI SUDUT KEMANUSIAAN UMUM

• Perkahwinan merupakan akad perjanjian yang disempurnakan oleh wali dan lelaki yang bermaksud membolehkan seseorang lelaki dan wanita menerima segala hak dan tanggungjawab perkahwinan sebagai suami isteri secara rela dan bersama.

Page 23: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

• Di samping menghalalkan pergaulan dan perkelaminan dan menjadi kaedah yang sah dan mulia untuk menerima zuriat dan kesan-kesan perkahwinan (keluarga) dan proses sosialisasi sepanjang perkahwinan mereka.

Page 24: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

KESAN-KESAN POSITIF PERKAHWINAN

a. Perkahwinan dan Pengukuhan Keimanan

b. Perkahwinan: Penyempurnaan (Sunnat Allah) (Undang-undang Semulacipta)

c. Perkahwinan: Saluran Sek yang Muliad. Pernikahan: Jalinan Psikologi yang

Indah, Harmoni dan Suci

Page 25: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

e. Perkahwinan: Proses Kelahiran Zuriat (Insan Baru) Mulia.

f. Perkahwinan: Pembinaan Institusi Kehidupan.

g. Perkahwinan: Ketahanan Maruah dan Kehormatan Manusia.

Page 26: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERKAHWINAN DAN PENGUKUHAN KEIMANAN

• Penciptaan lelaki-wanita mempunyai ‘rahsia’ kewanitaan dan kelakian sama ada fizikal, spritual, watak, kebolehan dan lain-lain yang menjadi bukti kebesaran Tuhan.

• Melalui perkahwinan, lelaki dan wanita akan menemui rahsia-rahsia ini dan mendorong manusia mengakui kebesaran Tuhan.

Page 27: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

• Penemuan-penemuan Baru dalam alam perkahwinan mengukuhkan lagi keimanan dan kasih sayang suami isteri keluarga.

• Ini jelas dalam firman Allah S.W.T dalam surah al-Rum ayat 21, surah al-Nahl ayat 72 dan surah al-A’raf ayat 189.

Page 28: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERKAHWINAN: PENYEMPURNAAN (SUNNAT ALLAH) (UNDANG-UNDANG

SEMULACIPTA)

• Tuhan mencipta Makhluk berpasangan manusia lelaki-wanita saling memerlukan dan saling lengkap melengkapi.

• Naluri ingin kepada lelaki/wanita adalah fitrah yang sentiasa berkembang mengikut usia, fizikal, psikologi sehingga matang.

• Perkahwinan, menjadi saluran yang sah untuk memenuhi keperluan fitrah secara mulia. Lihat surah an-Nisa ayat 1 dan surah al-Hujurat ayat 13

Page 29: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERKAHWINAN:SALURAN SEK YANG MULIA

• Sek luar nikah adalah hina, kotor disisi manusia dan Agama.

• Sek luar nikah bersifat nafsu semata-mata, bernilai hiburan dan perdagangan.

• Pernikahan menjadikan sek sabagai mulia, bernilai ibadat dan bebas dan tekanan kehinaan manusia dan tuhan.

• Kejadian anak melalui sek hina adalah hina, berbeza dengan anak melaui sek nikah adalah mulia(ibu bapa dan anak).

Page 30: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERNIKAHAN: JALINAN PSIKOLOGI YANG INDAH,

HARMONI DAN SUCI

• Perkahwinan akan menjalin dan menyatuan realiti cinta yang suci di antara lelaki dan wanita

• Nilai-nilai mulia, mengukuhkan kerukunan hidup suami isteri dan ahli keluarga.

Page 31: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERKAHWINAN: PROSES KELAHIRAN ZURIAT (INSAN BARU) MULIA

• Hubungan kelamin suami isteri menjadi kaedah kejadian insan baru (zuriat) secara mulia.

• Hubungan sek suami isteri, menjadi hak anak yang paling awal yang mesti ditunaikan oleh suami isteri melalui perkawinan.

Page 32: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERKAHWINAN: PEMBINAAN INSTITUSI KEHIDUPAN

• Perkahwinan menjalinkan tanggungjawab bersama di antara suami isteri secara rela.

• Perkahwinan membina institusi keluarga yang melahir Institusi Pendidikan, kepimpinan, Institusi Ekonomi dan lain-lain.

• Kejayaan dan kegagalan diperingkat institusi-institusi dalam keluarga mempunyai pengaruh langsung terhadap individu, masyarakat Negara dan Ummah.

Page 33: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERKAHWINAN:KETAHANAN MARUAH DAN KEHORMATAN

MANUSIA

• Perkahwinan Syariat yang membezakan martabat manusia dan haiwan di antara kejahatan dan kemuliaan.

• Perkahwinan, kesinambungan manusia dalam berbagai bidang, sentiasa mulia, bermaruah dan istimewa.

Page 34: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

• Islam membangunkan Tamadun berasaskan kepada pembangunan keluarga berkualiti berdasarkan Syariat Islam. Dalam sistem perundangan Islam (syariat) terdapat suatu bidang “Syariat (Fiqh)Munakahat” (sistem Perundangan Perkahwinan dan Keluargaan). Bidang ini mengandungi semua peruntukan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan termasuk perkara prinsip peraturan, nilai, undang-undang yang menjadi panduan pembinaan perkahwinan dan keluarga bahagia.

Page 35: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

• Kewujudan disiplin Ilmu Fiqh al-Munakahat sebagai disiplin teras dalam ilmu-ilmu Islam, membuktikan bahawa Tamadun Islam terbina berasaskan pembangunan manusia secara sepadu dan seimbang di antara petunjuk tuhan (hidayah) dengan keupayaan manusia.

Page 36: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

KELUARGA BERKUALITI1. Pra-perkahwinan:

Persiapan/Persediaan Persiapan ILMU. Pencarian,

psikologi, teman hidup (Kesuamiisterian/keibubapaan)

2. Kuatkuasa Perkahwinan Rukun Nikah, Panduan Awal

Suami/isteri, pemantapan psikologi perkahwinan

Page 37: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

3. Kehamilan, kelahiran Insan Hak awal Bayi, Pendidikan Awal dan

Asas Kekeluargaan.4. Pemantapan Keluarga Pendidikan, latihan sosiolisasi,

pencapaian keluarga.5. Hasil Output Insan Mulia Berkualiti dan

Menyumbang

Page 38: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB

Tanggungjawab Suami Terhadap Isteri

memberi kasih sayang dan layanan yang baik kepada isteri.

memberi nasihat, bimbingan dan didikan kepada isteri.

memberi perlindungan dan penjagaan yang baik.

Page 39: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

memberi nafkah batin. memberi nafkah zahir. memberi mahar.

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami

mentaati suami. memberi layanan yang baik

kepada suami. menjaga maruah suami.

Page 40: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

menjaga kehormatan diri. meminta izin sebelum keluar

rumah. menjaga harta suami.

Tanggungjawab Ibu Bapa Terhadap Anak.

memberi nafkah. menyusukan anak. memberi perlindungan dari

ancaman fizikal dan akhlak.

Page 41: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

memberikan pendidikan agama dan moral.

memberikan pelajaran sebagai persediaan ke arah kehidupan berdikari.

memberikan kasih serta layanan yang adil.

Page 42: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa

mentaati dan melayani kedua ibu bapa dengan baik.

menanggung nafkah ibu bapa yang telah tua dan tidak berdaya.

mendoakan kesejahteraan ibu bapa semasa hayat dan selepas meninggal dunia.

Page 43: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

melaksanakan wasiat ibu bapa. mengeratkan hubungan

silaturrahim dengan keluarga, kerabat serta sahabat handai ibu bapa.

Page 44: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

ADAB-ADAB DI DALAM PERGAULAN DAN PERHUBUNGAN• Amanah• Berbudi Mulia• Berbuat Baik• Memberi Nasihat• Pemaaf

Page 45: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

KELUARGA NUKLEAR DAN KELUARGA LUAS

• Keluarga Nuklear• Keluarga yang mempunyai ahli yang terdiri

daripada suami, isteri dan anak-anak.

• Keluarga Luas• Satu institusi yang meliputi keluarga nuklear,

malahan lebih besar daripada itu.• Ini bermakna ia merupakan keluarga yang

mempunyai ahli yang terdiri daripada ibu bapa, anak dan ahli keluarga lain seperti datuk, nenek, cucu, menantu, ibu saudara, sepupu dan saudara mara yang lain.

• Keluarga luas boleh terdiri daripada tiga generasi atau lebih.

Page 46: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

PEMBENTUKAN KEMASYARAKATAN

• Masyarakat ialah kelompok manusia yang terdapat di dalam sesebuah Negara.

• Masyarakat Islam ialah kelompok manusia yang beragama Islam yang hidup bersama-sama golongan bukan Islam dalam satu kelompok masyarakat.

• Masyarakat ini terlaksana nilai-nilai keislaman dengan kewajipan ke atas bahu semua orang Islam.

• Masyarakat Islam yang pertama dibentuk ialah masyarakat yang didirikan oleh Rasulullah s.a.w dan para sahabat Baginda di Madinah pada tahun 622 Masihi.

• Di Malaysia, masyarakat yang wujud ialah masyarakat majmuk, yang terdiri daripada banyak rumpun bangsa. Namun, hanya tiga rumpun bangsa yang besar iaitu Melayu, Cina dan India.

Page 47: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

HAK DAN TANGGUNGJAWAB ANGGOTA MASYARAKAT

1. Hak Hidup Dengan Aman dan Tenteram.

2. Hak Kebebasan Berfikir, Beragama, dan Melahirkan Pendapat.

3. Tiada Konsep Pemisahan Kawasan. 4. Hak Menegakkan Kebaikan dan

Menentang Kemungkaran. 5. Hak Perlindungan. 6. Hak Bekerja dan Menuntut Ilmu.

Page 48: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

UMMAH PERTENGAHAN DAN UMMAH TERBAIK

Ummah Pertengahan• Iaitu umat yang adil dan umat

pilihan yang sentiasa memiliki aspek kesederhanaan.

• Mereka tidak melampaui dan tidak keterlaluan dalam segala hal.

• Umat Islam ialah umat yang hidup di dalam kesederhanaan.

Page 49: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

Ummah Terbaik• Umat yang terbaik kerana mereka

mempunyai keimanan kepada Allah dan • tidak menyekutukan Allah.• Golongan ini mempunyai kelebihan

berbanding umat-umat yang lain.• Golongan ini sentiasa berdakwah ke jalan

kebaikan dengan menyeru masyarakat supaya melakukan kebaikan dan meninggalkan kemungkaran.

Page 50: Bab 6,7,8 Kekeluargaan Dan Kemasyarakatan

LATIHAN1.Senaraikan beberapa persiapan yang perlu

dilakukan sebelum berlangsungnya sesebuah perkahwinan.

2.Jelaskan tanggungjawab suami, isteri, ibu bapa dan anak.

3.Terangkan adab umat Islam dalam perhubungan dan pergaulan.

4.Huraikan perbezaan antara konsep keluarga nukleus dengan keluarga luas.

5.Ummah pertengahan dan ummah terbaik merupakan dua perkara berbeza. Jelaskan.