perpaduan or united

10
Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang didokong oleh gabungan masyarakat pelbagai kaum. Keunikan masyarakat 1 Malaysia ialah sikap saling bertolak-ansur yang diamalkan sejak laungan merdeka mewarnai bumi bertuah ini. Ironinya, simpulan perpaduan itu mula goyah apabila terdapat campur tangan anasir-anasir jahat yang mempunyai agenda sulit. Maka, masyarakat Malaysia perlu segera celik akan kepentingan perpaduan kaum dan berusaha membenihkan semula semangat bersatu teguh bercerai roboh agar terus bercambah serta menjadi pegangan hidup. Tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang harmoni merupakan kesan perpaduan kaum yang utuh. Penerimaan adat dan budaya kaum lain merupakan elemen penting dalam menjana perpaduan. Amalan ini mencetuskan rasa saling menghormati dan sudah pasti setiap kaum akan mengelakkan sebarang insiden yang boleh mengguris hati kaum yang lain. Percampuran budaya yang tercetus hasil perkahwinan campur juga menjadi bonus ke arah perpaduan antara kaum, sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni di Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan kaum yang teguh akan melahirkan masyarakat yang harmoni. Seterusnya, keharmonian yang tercetus hasil daripada ikatan perpaduan yang erat mampu memajukan ekonomi negara. Hal ini boleh dijelaskan melalui peningkatan jumlah pelabur asing yang berminat untuk menjana perniagaan mereka di Malaysia kerana persekitaran perniagaan yang aman pasti mendatangkan keuntungan yang maksimum kepada mereka. Jika jumlah pelaburan asing tinggi di Malaysia, peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia akan terbuka luas. Secara tidak langsung, bukan sahaja ekonomi negara meningkat secara global tetapi ekonomi rakyat juga akan semakin rancak disebabkan peluang-peluang yang menjelma. Hal ini cukup membuktikan bahawa perpaduan kaum mampu meningkatkan ekonomi negara. Perpaduan kaum yang utuh juga memangkin kehidupan yang berkualiti sehingga menjadikan negara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Imej sebagai sebuah negara berbilang kaum yang sentiasa berpaksikan perpaduan sentiasa menjadi buah mulut negara luar. Banyak negara yang kagum akan dasar-dasar kerajaan yang berjaya mentransformasikan negara ke arah negara maju tanpa meminggirkan nilai- nilai kemanusiaan terutamanya semangat perpaduan antara kaum. Pengiktirafan Malaysia sebagai penanda aras dalam memacu hubungan rakyat yang mesra merupakan satu tanda penghargaan negara luar terhadap keistimewaan acuan kemajuan negara kita sendiri. Jelaslah bahawa perpaduan kaum menjadikan imej negara kita menarik pada pandangan masyarakat dunia. Selain itu, asimilasi pelbagai budaya rakyat Malaysia diterima sebagai satu budaya unik di bawah satu bumbung. Hal ini menjadi satu elemen menarik yang menggamit minat pelancong asing untuk datang bertandang dan menyaksikan sendiri kehebatan bangsa 1 Malaysia. Rakyat Malaysia yang sudah terdedah dengan konsep berkompromi selagi tidak mencuit isu sensitif berkaitan agama merupakan rakyat yang ramah dan mesra serta mudah menerima kedatangan rakyat asing ke dalam kelompok peribadi mereka. Jadi, tidak hairanlah jika rakyat Malaysia yang bersatu padu sedia

Upload: koay-kang-hao

Post on 14-Dec-2015

27 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

This tells us how to write perpaduan essay and use it in examination

TRANSCRIPT

Page 1: PerPaduan or United

Malaysia merupakan sebuah negara berdaulat yang didokong oleh gabungan masyarakat pelbagai kaum. Keunikan masyarakat 1 Malaysia ialah sikap saling bertolak-ansur yang diamalkan sejak laungan merdeka mewarnai bumi bertuah ini. Ironinya, simpulan perpaduan itu mula goyah apa-bila terdapat campur tangan anasir-anasir jahat yang mempunyai agenda sulit. Maka, masyarakat Malaysia perlu segera celik akan kepentingan perpaduan kaum dan berusaha membenihkan sem-ula semangat bersatu teguh bercerai roboh agar terus bercambah serta menjadi pegangan hidup.Tidak dapat disangkal bahawa masyarakat yang harmoni merupakan kesan perpaduan kaum yang utuh. Penerimaan adat dan budaya kaum lain merupakan elemen penting dalam menjana perpad-uan. Amalan ini mencetuskan rasa saling menghormati dan sudah pasti setiap kaum akan menge-lakkan sebarang insiden yang boleh mengguris hati kaum yang lain. Percampuran budaya yang tercetus hasil perkahwinan campur juga menjadi bonus ke arah perpaduan antara kaum, sekaligus melahirkan masyarakat yang harmoni di Malaysia. Sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan kaum yang teguh akan melahirkan masyarakat yang harmoni.Seterusnya, keharmonian yang tercetus hasil daripada ikatan perpaduan yang erat mampu mema-jukan ekonomi negara. Hal ini boleh dijelaskan melalui peningkatan jumlah pelabur asing yang berminat untuk menjana perniagaan mereka di Malaysia kerana persekitaran perniagaan yang aman pasti mendatangkan keuntungan yang maksimum kepada mereka. Jika jumlah pelaburan asing tinggi di Malaysia, peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia akan terbuka luas. Secara tidak langsung, bukan sahaja ekonomi negara meningkat secara global tetapi ekonomi rakyat juga akan semakin rancak disebabkan peluang-peluang yang menjelma. Hal ini cukup membuktikan bahawa perpaduan kaum mampu meningkatkan ekonomi negara.Perpaduan kaum yang utuh juga memangkin kehidupan yang berkualiti sehingga menjadikan ne-gara kita duduk sama rendah, berdiri sama tinggi dengan negara lain. Imej sebagai sebuah ne-gara berbilang kaum yang sentiasa berpaksikan perpaduan sentiasa menjadi buah mulut negara luar. Banyak negara yang kagum akan dasar-dasar kerajaan yang berjaya mentransformasikan negara ke arah negara maju tanpa meminggirkan nilai-nilai kemanusiaan terutamanya semangat perpaduan antara kaum. Pengiktirafan Malaysia sebagai penanda aras dalam memacu hubungan rakyat yang mesra merupakan satu tanda penghargaan negara luar terhadap keistimewaan acuan kemajuan negara kita sendiri. Jelaslah bahawa perpaduan kaum menjadikan imej negara kita menarik pada pandangan masyarakat dunia.Selain itu, asimilasi pelbagai budaya rakyat Malaysia diterima sebagai satu budaya unik di bawah satu bumbung. Hal ini menjadi satu elemen menarik yang menggamit minat pelancong asing un-tuk datang bertandang dan menyaksikan sendiri kehebatan bangsa 1 Malaysia. Rakyat Malaysia yang sudah terdedah dengan konsep berkompromi selagi tidak mencuit isu sensitif berkaitan agama merupakan rakyat yang ramah dan mesra serta mudah menerima kedatangan rakyat asing ke dalam kelompok peribadi mereka. Jadi, tidak hairanlah jika rakyat Malaysia yang bersatu padu sedia memberikan layanan kelas pertama kepada pelancong yang datang untuk mengalami keu-nikan Malaysia.Kesimpulannya, hidup berlandaskan konsep bagai aur dengan tebing tanpa mengira kaum patut menjadi pegangan setiap warga Malaysia. Usah biarkan sejarah 13 Mei 1969 yang berpunca dari-pada perbalahan kaum melakar dakwatnya untuk kali kedua kerana kesan negatifnya sangat memeritkan. Bersama-samalah kita rakyat Malaysia berjuang demi melahirkan bangsa Malaysia jenama baru yang sentiasa ikhlas bersatu.

Tugasan soalan – Kepentingan mengamalkan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat

Page 2: PerPaduan or United

Idea :

i. Mewujudkan masyarakat harmoniii. Menarik kedatangan pelancongiii. Memajukan ekonomi negaraiv. Meningkatkan imej negara

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik kerana terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Kaum-kaum utama seperti Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan sebagainya dapat hidup dalam keadaan harmoni. Banyak negara di dunia menjadikan Malaysia sebagai negara yang patut dicontohi kerana masyarakat dapat hidup dalam keadaan aman walaupun berbilang bangsa, agama dan budaya. Hal ini demikian kerana kebijaksanaan pemimpin kita yang menjadikan per-paduan kaum sebagai keutamaan bagi membina sebuah negara bangsa yang maju menjelang tahun 2020 nanti. Pada pendapat saya, banyak kepentingan yang dapat diperoleh jika perpaduan kaum dapat dikukuhkan dalam kalangan masyarakat.

Masyarakat yang harmoni dapat dilahirkan jika kaum-kaum di Malaysia dapat menerima antara satu sama lain tanpa wujud prasangka dan pergeseran sehingga boleh menimbulkan konflik an-tara kaum. Pengalaman 13 Mei 1969 suatu ketika dahulu banyak mengajar kita supaya men-jadikan perpaduan kaum sebagai keutamaan. Kini, masyarakat pelbagai kaum di Malaysia sudah hidup bersatu padu dan saling memerlukan antara satu sama lain. Mereka saling bekerjasama, menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain kerana tidak mahu pisang berbuah dua kali. Keterbukaan pemimpin negara dalam bidang pendidikan banyak menyumbang ke arah per-paduan kaum. Sebagai buktinya, di Malaysia wujud Sekolah Kebangsaan, Sekolah Jenis Ke-bangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) yang masing-masing meng-gunakan bahasa ibunda, tetapi pada masa yang sama bahasa lain boleh dipelajari. Hal inilah yang menyebabkan semua kaum di Malaysia dapat hidup dalam keadaan harmoni kerana perasaan prejudis kepada kaum lain tidak wujud. Jelas menunjukkan bahawa masyarakat yang harmoni mampu diwujudkan jika perpaduan antara kaum dapat dikukuhkan.

Selain itu, ramai pelancong luar negara berkunjung ke Malaysia kerana tertarik dengan budaya masyarakat berbilang kaum yang terdapat di Malaysia. Banyak keunikan cara hidup masyarakat pelbagai kaum dapat ditonjolkan seperti kepelbagaian makanan, pakaian, rumah ibadat, kesenian dan sebagainya kepada pelancong asing. Keunikan inilah yang menyebabkan pelancong dari Eropah, Timur Tengah dan Asia Timur datang ke Malaysia untuk melihat dengan lebih dekat kebu-dayaan pelbagai kaum. Sebagai buktinya, pada tahun lalu seramai 25 juta orang pelancong asing datang ke negara kita hasil daripada usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh mempromosikan keunikan yang terdapat di Malaysia khususnya kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di sini. Menteri pelancongan, Datuk Seri Ng Yen Yen menjelaskan bahawa usaha untuk menarik 30 juta pelancong asing ke Malaysia pada tahun 2012 sedang digiatkan dan fokus kementerian adalah menganjurkan festival kebudayaan pelbagai kaum yang terdapat di negara kita. Jadi, perpaduan kaum yang kukuh di negara kita mampu menarik pelancong asing datang ke sini.

Di samping itu, perpaduan kaum juga secara tidak langsung mampu mengukuhkan ekonomi ne-gara. Tidak dapat dinafikan bahawa antara sebab utama pelabur asing berani menanam modal di sesebuah negara adalah kerana kestabilan politik dan perancangan kerajaan yang mesra pelabur. Hal ini kerana mereka tidak mahu modal yang dilaburkan di sesebuah negara akan rugi akibat per-golakan yang berlaku di sesebuah negara. Malaysia bertuah kerana menjadi destinasi pelabur as-ing dari Amerika, Eropah, Jepun, China dan India. Baru-baru ini, pelabur dari China membawa modal sebanyak RM1.5 bilion untuk dilaburkan dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi di Cyberjaya kerana yakin dengan usaha kerajaan yang bersungguh-sungguh untuk memacu ne-gara menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi pada tahun 2020 nanti. Sudah tentu modal yang dilaburkan itu mampu menjana pendapatan kepada negara sekali gus menyediakan peluang pekerjaan kepada penduduk setempat. Pelabur ini berani menanam modal di sini adalah tidak lain dan tidak bukan kerana kestabilan politik negara ekoran daripada masyarakat yang hidup

Page 3: PerPaduan or United

bersatu padu tanpa sebarang perbalahan. Jadi, sudah terang lagi bersuluh bahawa perpaduan kaum mampu mengukuhkan ekonomi negara.

Akhir sekali, perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat Malaysia juga mampu meningkatkan imej negara di mata dunia. Memang tidak dapat dinafikan bahawa negara pada masa kini sudah berada di peta masyarakat antarabangsa ekoran daripada usaha kerajaan yang berterusan mem-bina negara yang disegani di peringkat dunia. Kepimpinan yang ada pada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamed menjadi perintis untuk meletakkan Malaysia sebaris dengan negara-negara maju yang lain. Ketokohan yang ada pada beliau telah menjadikan negara-negara dunia ketiga sebagai model dan orang yang boleh bersuara untuk membela nasib mereka di pen-tas dunia. Selain kepimpinan negara, Malaysia juga dikenali di pentas antarabangsa adalah ker-ana kestabilan masyarakat yang wujud di negara kita. Sebagai buktinya, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah mengiktiraf Malaysia sebagai negara yang ke-9 paling aman di dunia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah badan bebas yang berpengkalan di Amerika Syarikat. Hal ini sangat jelas menunjukkan bahawa pengiktirafan sedemikian adalah kerana masyarakat Malaysia hidup bersatu padu sehingga keadaan menjadi aman dan harmoni.

Kesimpulannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak ternilai harganya. Banyak negara di dunia menghadapi konflik atau perang saudara kerana wujud prejudis antara masyarakat. Kita ser-ing kali melihat atau mendengar melalui media massa sama ada media cetak atau media elek-tronik mengenai pertempuran yang berlaku sehingga mengorbankan banyak nyawa yang tidak berdosa seperti warga tua dan kanak-kanak. Keadaan ini tidak berlaku di Malaysia kerana masyarakat kita saling menghormati antara satu sama lain. Oleh itu, saya menyeru supaya kekalkanlah perpaduan yang telah kita bina ini agar aspirasi kepimpinan negara untuk menjadi negara maju dapat direalisasikan.

'Bagai aur dengan tebing' merupakan peribahasa yang amat sinonim dengan kehidupan masyarakat Malaysia. Walaupun penduduk Malaysia berbilang kaum namun semangat tolong-menolong sesama masyarakat amat penting untuk melaksanakan sesuatu perkara. Bertitik tolak daripada sikap saling menolong ini, akan lahirlah masyarakat yang bersatu padu. Perpaduan merupakan aset terpenting Malaysia kerana tanpa perpaduan, tidak mungkin keharmonian dapat dinikmati ibarat 'bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'.

Kepentingan perpaduan ialah perpaduan dapat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, pelbagai ranjau berduri yang dilalui oleh generasi terdahulu untuk menuntut kemerdekaan. Hasil perpaduan masyarakat Tanah Melayu ketika itu yang berganding bahu menuntut kemerdekaan telah membuka mata pihak Inggeris su-paya memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Implikasinya, masyarakat kini hidup har-moni tanpa gangguan dan kongkongan penjajah. Perpaduan yang telah wujud kini adalah warisan daripada warisan nenek moyang yang harus dikekalkan agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas.

Selain itu, perpaduan kaum juga dapat mengelakkan semangat assabiah iaitu semangat kekitaan yang hanya mementingkan diri sendiri ala 'enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-mas-ing'. Semangat assabiah ini akan menimbulkan permusuhan antara kaum. Hasilnya, Malaysia da-pat menjadi contoh terbaik kepada negara lain seperti negara Amerika Syarikat yang menga-malkan Dasar Aparteid. Dasar Aparteid ialah dasar yang mewujudkan jurang perbezaan antara go-longan berkulit putih dengan golongan berkulit hitam. Akibatnya, wujudlah pelbagai masalah sosial yang melibatkan perkauman berdasarkan warna kulit. Sebagai iktibar, masayarakat Malaysia wajar mengekalkan perpaduan demi mengelakkan semangat assabiah terjadi di atas bumi Malaysia ini.

Di samping itu, kepentingan perpaduan yang lain pula ialah perpaduan dapat membangunkan ekonomi negara. Perpaduan yang ditunjukkan oleh masyarakat Malaysia akan menarik minat pelancong asing untuk mengenali dengan lebih dekat lagi budaya masyarakat Malaysia yang berbeza kaum dan agama tetapi dapat hidup dengan harmoni di bawah satu bumbung. Selaras dengan itu, ekonomi negara akan berkembang dengan kemasukan palancong asing. Masyarakat Malaysia juga dapat berkongsi ilmu antara satu sama lain dalam membangunkan negara. Pelabur

Page 4: PerPaduan or United

dari luar negara juga akan berminat untuk melabur di Malaysia. Rentetan itu, perpaduan kaum yang mampu meningkatkan taraf ekonomi negara akan menjadikan Malaysia berdiri sama tinggi, duduk sama rendah dengan negara lain.

Konklusinya, pihak kerajaan perlulah mengadakan pelbagai program atau aktiviti yang dapat memupuk semangat perpaduan kaum. Masyarakat Malaysia juga perlu memainkan peranan dalam memupuk perpaduan kaum supaya negara kekal dalam kemerdekaan. Semoga 52 tahun kemerdekaan pada tahun ini akan meningkatkan kesepakatan masyarakat untuk menobatkan Malaysia agar gah dan popular di seluruh sarwajagat ini. Laungan 'Malaysia Boleh' perlu diteruskan agar semangat warganegara Malaysia ini digeruni oleh negara luar.

Karangan SPM 2014...Cara-cara pupuk perpaduan di Malaysia?Perpaduan amat diperlukan di negara ini terutama ketika pelbagai cabaran mendatang.Huraikan cara-cara untuk memupuk perpaduan di negara kita.Perpaduan merujuk satu suasana atau ikatan yang mesra antara rakyat sesebuah negara itu. An-tara impak yang timbul akibat ketiadaan perpaduan ialah peperangan, sikap saling bergaduh dan juga ketiadaan pertumbuhan ekonomi yang stabil di sesebuah negara itu. Tulisan mengenai ke-pentingan perpaduan telah banyak kali diketengahkan oleh pihak media massa di negara ini lalu membuktikan betapa seriusnya konsep ini kepada masyarakat kita. Jadi, kaedah-kaedah untuk mencapai perpaduan di negara ini harus diketahui dengan mendalam pula.Tindakan yang paling efektif untuk memupuk perpaduan di negara ini ialah perkahwinan campur diberikan satu lonjakan atau galakan baru. Maknanya perkahwinan campur menjadi satu lumrah dalam masyarakat kita kerana cara ini merupakan kaedah paling mudah tetapi praktikal untuk di-laksanakan oleh masyarakat. Impaknya ialah satu generasi muda yang lebih bertoleransi terhadap perbezaan kebudayaan dapat dihasilkan kerana sudah melihat perbezaan budaya kedua-dua ibu bapa mereka itu. Jadi, perpaduan di negara ini mampu dicapai dengan mudah jika konsep perkah-winan campur itu dilihat sebagai sesuatu yang positif dan murni pula.Pada masa yang sama, konsep rumah terbuka harus diluaskan di negara ini kerana setiap kaum mempunyai perayaan yang tersendiri pula. Rumah terbuka ketika musim perayaan membolehkan sesiapa sahaja melawat rumah jiran mereka lalu mewujudkan satu persefahaman tentang kehidu-pan mereka itu tanpa disedari pula. Lama-kelamaan lawatan sebegini memberikan satu pandan-gan yang positif tentang jiran tetangga yang kemudiannya turut mengukuhkan lagi semangat per-paduan yang wujud dalam jiwa masyarakat mereka itu. Maka, perpaduan masyarakat berbilang kaum boleh dicapai melalui perluasan konsep rumah terbuka di negara ini.Bukan sahaja perkahwinan campur diberi galakan dan konsep rumah terbuka diluaskan tetapi sikap saling menghormati antara satu sama lain harus ditekankan juga. Sikap saling hormat ini menyebabkan setiap lapisan masyarakat tidak akan berani untuk mengeluarkan sebarang ungka-pan atau istilah yang boleh menyinggung perasaan kaum yang lain pula. Ketertinggian pandangan terhadap perasaan individu daripada kaum lain menyebabkan rasa perpaduan itu begitu menebal dalam jiwa setiap insan di negara ini. Justeru, perpaduan akan terus menjadi sesuatu yang dihar-gai di negara ini jika sikap saling menghormati itu wujud dalam jiwa penduduk negara.Malahan, satu program berunsur perpaduan boleh dianjurkan di peringkat sekolah terutama dalam kalangan remaja untuk memastikan generasi muda turut memiliki perasaan perpaduan ini. Pro-gram ini boleh menekankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pembabitan semua pelajar daripada pelbagai kaum untuk mewujudkan satu interaksi pula. Jiwa remaja yang masih mudah sudah pasti akan mudah untuk ditanam dengan unsur perpaduan ini kerana mereka masih belum memiliki se-barang perasaan negatif terhadap kaum yang lain pula. Maka, penganjuran program yang bers-esuaian dalam kalangan remaja menjadi satu mekanisme yang baik untuk memupuk perpaduan ini.Tambahan pula, pihak media massa terutama stesen penyiaran tempatan terutama swasta boleh menyiarkan pelbagai program yang berunsur perpaduan. Rancangan hiburan, drama dan doku-mentari perlulah menekankan unsur perpaduan seperti mengambil semua pelakon tanpa mengira kaum atau menyiarkan sejarah kaum yang wujud di Malaysia. Program melalui media massa ini sudah pasti akan tertanam secara perlahan-lahan dalam jiwa masyarakat terutama jika unsur hibu-ran turut diselitkan dalam setiap program tersebut. Sesungguhnya, perpaduan akan tercapai den-gan lebih mudah melalui penyiaran pelbagai program berunsur perpaduan di media massa kita.

Page 5: PerPaduan or United

Konklusinya, semua kaedah untuk mencapai perpaduan tadi memang mampu untuk dilaksanakan lalu mencapai matlamatnya. Semua pihak perlulah memberikan kerjasama yang baik terutama masyarakat demi perpaduan sejati itu. Ketiadaan kerjasama yang padu boleh membawa kemusna-han kepada negara ini pada masa yang mendatang terutama jika isu-isu sensitif terus digunakan oleh pihak-pihak terbabit pula. Peribahasa “bersatu teguh bercerai roboh” membuktikan perpaduan itu amat penting buat mana-mana negara di dunia ini kerana tanpanya negara itu pasti akan mudah dijajah oleh kuasa-kuasa asing pula.

Contoh Karangan 7/BM SPM - Kepentingan PerpaduanKEPENTINGAN PERPADUAN

Huraikan pendapat anda tentang kepentingan mengamalkan perpaduan kaum di Malaysia.

Pendahuluan:

AT - Perpaduan merupakan aset negara yang amat penting - tulang belakang kepada kemajuan negara - tidak akan dapat dikecapi tanpa usaha dan langkah yang diambil - semua pihak seharus-nya mengorak langkah atau mencari jalan untuk mewujudkan perpaduan

AA - Perpaduan banyak kepentingannya kepada negara.

Isi-isi:

1. Mewujudkan masyarakat harmoni

AI - perpaduan dapat melahirkan keharmonian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat.

AH - terdiri daripada rakyat yang berbilang kaum - kerajaan sentiasa berusaha untuk mewujudkan perpaduan

AC - masyarakat pelbagai kaum di negara kita saling membantu dalam pelbagai perkara ibarat ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni

AKI - perpaduan merupakan satu elemen yang mampu melahirkan masyarakat yang harmoni dan bekerjasama

2. Menarik kedatangan pelancong

AI - kemasukan pelancong asing yang kian bertambah

AH - perpaduan dapat mewujudkan sebuah negara yang aman, sejahtera dan bebas daripada huru – hara

AC - contohnya, pelancong datang ke negara ini kerana mereka tertarik akan keharmonian yang terjalin antara kaum di negara kita, di samping keadaan negara kita yang aman dan tenteram berbanding dengan negara yang sedang bergolak seperti Iraq , Turki, Thailand dan sebagainya.

AKI - Pelancong asing akan berasa lebih selamat makan angin di negara kita

3. Memajukan ekonomi negara

AI - perpaduan turut menyumbang kepada pembangunan dan kemajuan ekonomi negara

AH - negara kita telah berkembang pesat selepas merdeka - kepesatan dalam pembangunan ini disebabkan rakyat negara kita yang berbilang kaum hidup bersatu padu dan tolong-menolong

Page 6: PerPaduan or United

bagai aur dengan tebing - telah meningkatkan ekonomi negara melalui aktiviti perniagaan dan se-bagainya

AC - rakyat negara kita dapat menjalankan aktiviti perniagaan dan ekonomi tanpa sebarang diskriminasi dari segi agama, keturunan atau kaum

AKI - pembangunan sesuatu negara tidak akan dapat dicapai tanpa perpaduan ibarat telur sesangkak, pecah sebiji, pecah semua

PENUTUP:

AK - perpaduan dapat memberikan pelbagai kebaikan atau manfaat kepada negara dan juga masyarakat

ACdgn - pihak kerajaan seharusnya mepertingkatkan pelbagai langkah yang proaktif untuk mengekalkan dan meningkatkan perpaduan di negara kita

AHrpn - semua pihak perlu menyedari kepentingan elemen perpaduan kerana perpaduan meru-pakan tunjang kejayaan dan kemajuan negara

Malaysia bumi nan bertuah. Manakan tidaknya, rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, India, Cina, India, Iban dan kadazan yang membentuk sebuah negara bangsa yang kukuh. Malah kehidupan masyarakat majmuk di negaa ini berlandaskan elemen per-paduan yang disuntuk dalam diri individu sejak dahulu lagi. Tragedi 15 Mei ternya menjadi penanda aras kepada masyarakat sarwajagat di Malaysia untuk terus mengekalkan Integriti Na-sional yang bepaksikan dengan penghayatan sepenuhnya terhadap Rukun Negara. Perdana Menteri Malaysia yang ke-6 turut memandang penting isu ini lalu merencanakan Gagasan ’1 Malaysia’ dengan tema, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan. Melalui pelaksanaan Gagasan 1 Malaysia, rakyat di negara ini digesa untuk terus memelihara serta mengekalkan per-paduan antara kaum. Terdapat beberapa kepentingan perpaduan dalam kehidupan masyarakat majmuk.

Perpaduan merupakan kunci kepada pembangunan negara. Dengan Wawasan 2020 yang menghampiri penghujung sekali gus menjadi misi utama negara yang perlu dikecapi. Perpaduan penting dalam memastikan tanah air kita yang tercinta ini terus maju mengorak langkah ke hada-pan. Masyarakat majmuk tanpa mengira bangsa dan agama masing-masing berusaha dan beker-jasama antara satu sama lain untuk meletakan Malaysia di peta dunia, agar berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negaa maju yang lain. Pelbagai bidang di negara ini mempu meraih kecemerlangan apabila wujud perpaduan dalam kalangan masyarakat. Dalam bidang sukan umpamanya, kita akan mempu menjulang kejayaan sekiranya warga sukan menolak elemen perkauman. Datuk Misbun Sidek, yang merupakan jurulatih kepada Datuk Lee Chong Wee menjadi tertimoni terhadap kepentingan perpaduan apabila Datuk Lee Chong Wee berjaya men-empa nama sebagai Pemain Nombor Satu Dunia. Gandingan mantap kedua-duanya terus-menerus memastikan Malaysia mengungguli gelaran tersebut untuk sekian lamanya. Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata, ternyata dan sudah terbukti betapa elemen perpaduan menjadi asas kepada pembangunan negara.

Perpaduan juga dapat mewujudkan kestabilan politik dan ekonomi. Hal ini dianggap begitu penting apabila suatu masa dahulu Tanah Melayu perlu mewujudkan perpaduan antara kaum dahulu sebelum dijanjikan kemerdekaan oleh pihak British. Kerjasama politik yang ditunjukkan oleh setiap kaum pada ketika itu merupakan tunggak kejayaan Malaysia pada hari ini. Malah Bapa Kemerdekaan Malaysia Tungku Abdul Rahman bersama-sama denganTun Tan Cheng Lock dan Tun Sambanthan berusaha gigih dalam memastikan Tanah Melayu ketika itu, mengecapi ke-merdekaan yang sepenuhnya. Pada hari ini perpaduan masih lagi menjadi teras dalam memas-tikan kestabilan politik apabila UMNO, MCA, dan MIC masih di bawah satu bumbung yang sama,

Page 7: PerPaduan or United

iaitu Barisan Nasional (BN). Sikap toleransi, kerjasama dan tolak ansur yang diamalkan oleh pemimpin masyarakat marcapada ini memastikan Malaysia terus mengekalkan kestabilan dari as-pek politik. Mereka memimpin Malaysia hanya dengan satu matlamat yang sama diiringi perasaan taat dan setia yang tak berbelah bahagi kepada Yang di-Pertuan Agung selaku ketua negara.

Di samping itu perpaduan dalam kalangan masyarakat mewujudkan suasana yang aman dan tenteram. Setiap pihak berusaha mewujudkan suasana yang aman dan harmoni untuk kese-jahteraan semua pihak. Amalan hormat menghormati yang diamalkan oleh masyarakat berbilang bangsa di Malaysia berjaya mengekalkan keharmonian dalam kehidupan. Suasana yang aman dan tenteram tanpa perasaan curiga mencurigai antara satu sama lain dapat melahirkan generasi yang cemerlang dari aspek sahsiah diri, rohani, mentel dan fizikal. Oleh hal yang demikian , hal ini penting untuk terus dikekalkan bagi memastikan perpaduan dalam kalangan masyarakat terjamin.

Kongklusinya, atas apapun alasannya, perpaduan harus diberi penekanan dan keutamaan dalam setiap agenda perdana negara. Semua pihak perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing agar nilai perpaduan terus terpelihara dari masa ke masa. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh. Malah sekiranya masyarakat memandang enteng isu perpaduan ini idak hairanlah sekiranya ne-gara Malaysia bakal menjadi kucar-kacir, bak kata pepatah pecah telur sebiji habis telor sesangkak.