perpaduan asas kesejahteraan

2
Perpaduan Asas Kesejahteraan Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil dan saksama, tuan penjaga masa dan para hadirin yang saya hormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. Pepatah ada mengatakan , “ Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”. Saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk “Perpaduan Asas Kesejahteraan” hari ini. Sebelum meneruskan syarahan ini, izinkan saya mendefinisikan tajuk yang akan saya sampaikan ini. Perpaduan bererti penggabungan atau persesuaian, asas ialah dasar manakala kesejahteraan pula bermaksud keselamatan, kesenangan , dan ketenteraman. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sentosa, persefahaman amatlah penting dan patut diamalkan pada setiap masa. Para hadirin yang hormati, Sebagai sebuah negara yang mempunyai berbagai bangsa, tentulah amat sukar untuk maju sekiranya tidak ada perpaduan di kalangan rakyat. Oleh sebab itulah perpaduan kaum amat diambil berat oleh kerajaan dalam menentukan kesejahteraan negara. Kita haruslah sentiasa menjaga perpaduan yang ada pada kita hari ini. Sudah semestinya kita ingin hidup dalam keadaan uang aman dan makmur. Dengan wujudnya perpaduan ini, kita akan dapat bersama-sama berganding bahu, berusaha untuk menjadikan negara maju dan aman. Untuk mengekalkan perpaduan, kita perlulah membaca untuk mengetahui sejarah negara kita agar kita dapat pengajaran daripadanya. Selain itu, kita haruslah mengikiskan sifat perkauman, kerana sifat perkauman amatlah merbahaya dan akan menghancurkan sesebuah negara. Hadirin yang dihormati,

Upload: mu-yien-lee

Post on 11-Sep-2015

324 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

syarahan

TRANSCRIPT

Perpaduan Asas Kesejahteraan

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, para hakim yang adil dan saksama, tuan penjaga masa dan para hadirin yang saya hormati sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan.

Pepatah ada mengatakan , Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh. Saya akan menyampaikan syarahan yang bertajuk Perpaduan Asas Kesejahteraan hari ini. Sebelum meneruskan syarahan ini, izinkan saya mendefinisikan tajuk yang akan saya sampaikan ini.

Perpaduan bererti penggabungan atau persesuaian, asas ialah dasar manakala kesejahteraan pula bermaksud keselamatan, kesenangan , dan ketenteraman. Untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang aman dan sentosa, persefahaman amatlah penting dan patut diamalkan pada setiap masa.

Para hadirin yang hormati,

Sebagai sebuah negara yang mempunyai berbagai bangsa, tentulah amat sukar untuk maju sekiranya tidak ada perpaduan di kalangan rakyat. Oleh sebab itulah perpaduan kaum amat diambil berat oleh kerajaan dalam menentukan kesejahteraan negara.

Kita haruslah sentiasa menjaga perpaduan yang ada pada kita hari ini. Sudah semestinya kita ingin hidup dalam keadaan uang aman dan makmur. Dengan wujudnya perpaduan ini, kita akan dapat bersama-sama berganding bahu, berusaha untuk menjadikan negara maju dan aman.

Untuk mengekalkan perpaduan, kita perlulah membaca untuk mengetahui sejarah negara kita agar kita dapat pengajaran daripadanya. Selain itu, kita haruslah mengikiskan sifat perkauman, kerana sifat perkauman amatlah merbahaya dan akan menghancurkan sesebuah negara.

Hadirin yang dihormati,

Untuk memantapkan perpaduan di kalangan rakyat, kerajaan telah melaksanakan beberapa langkah. Antaranya adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara. Dengan pengetahuan satu bahasa, rakyat akan dapat berhubung antara satu sama lain dengan lebih berkesan.

Selain itu, kerajaan juga telah berusaha merapatkan jurang perbezaan ekonomi melalui Dasar Ekonomi Baru. Melalui dasar pendidikan pula, kurikulum yang dirancang dan diajar di sekolah memberi peluang kepada penuntut memahami erti perpaduan dan seterusnya melahirkan rakyat yang mementingkan perpaduan.

Hadirin yang dihormati,

Sebagai kesimpulannya, perpaduan sangat penting untuk mencapai kemajuan dan kesejahteraan negara.

Sekian, terima kasih.