pernyataan professional fasa 1

3
PERNYATAAN PROFESSIONAL Sebelum Praktikum Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini member tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi KPM. Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu hingga semester empat PISMP. PBS merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai hal ini iaitu latihan praktikum. Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPG Kampus sendiri tetapi kami telah berpakat antara ahli-ahli PISMP Semester lima untuk memberi nama sekolah bagi penempatan kami untuk semester ini. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan sekurang-kurangya dua - tiga orang sahaja untuk satu sekolah bagi setiap opsyen. Cadangan nama sekolah telah diberi dan saya telah mendapat cabutan yang menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman. Saya bersama dengan dua orang lagi rakan kelas saya Muhammad Huzair Al Hakim Bin Zaini dan Mohd Ikhwan Bin Mohd Sabies. Tidak lupa juga bersama-sama saya di sekolah yang sama ialah Muadz dan juga Izzat Syahir daripada unit Pendidikan Seni Visual. Kami telah menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, Encik Ikram pada 9 April 2015 di Dewan Al - Khindi jam 2.30 petang. Sehari sebelum ke sekolah untuk melapor diri, saya dan rakan saya pergi ke sekolah dan rumah sewa yang bakal diduduki. Kami juga cuba mengambil catatan masa perjalanan dari rumah sewa kami ke sekolah. Ini bagi memudahkan lagi kami untuk ke skolah menjalani praktikum. Masa perjalan kami hanya mengambil masa lebih kurang 2 minit sahaja, lebih kurang 1 kilometer dari rumah. Selain itu, saya telah membeli buku Rancangan Pengajaran Harian di Unit Praktikum. Harga buku tersebut ialah RM15. Setiap guru pelatih wajib membeli buku Rancangan Pengajaran untuk digunakan sepanjang tempoh masa praktikum.

Upload: muhammad-ariffuddin

Post on 11-Nov-2015

697 views

Category:

Documents


47 download

DESCRIPTION

Pernyataan Professional Praktikum Fasa 1 2015

TRANSCRIPT

PENYATAAN PROFESIONAL

PERNYATAAN PROFESSIONALSebelum Praktikum

Praktikum ialah latihan praktik yang merupakan komponen wajib dalam program pendidikan guru. Praktikum memberi peluang kepada pelajar untuk mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini member tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan pensyarah pembimbing dan guru pembimbing melalui perkongsian pintar dan pemuafakatan antara agensi-agensi KPM.

Sebelum menjalani tempoh latihan praktikum, saya telah mengikuti empat peringkat Pengalaman Berasaskan Sekolah (PBS) semasa semester satu hingga semester empat PISMP. PBS merupakan syarat yang perlu disempurnakan terlebih dahulu sebelum menjalani praktikum. Saya juga telah mendapat taklimat daripada unit praktikum mengenai hal ini iaitu latihan praktikum. Penempatan sekolah telah ditetapkan oleh pihak IPG Kampus sendiri tetapi kami telah berpakat antara ahli-ahli PISMP Semester lima untuk memberi nama sekolah bagi penempatan kami untuk semester ini. Hal ini kerana, setiap sekolah hanya dibenarkan sekurang-kurangya dua - tiga orang sahaja untuk satu sekolah bagi setiap opsyen. Cadangan nama sekolah telah diberi dan saya telah mendapat cabutan yang menempatkan saya di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman. Saya bersama dengan dua orang lagi rakan kelas saya Muhammad Huzair Al Hakim Bin Zaini dan Mohd Ikhwan Bin Mohd Sabies. Tidak lupa juga bersama-sama saya di sekolah yang sama ialah Muadz dan juga Izzat Syahir daripada unit Pendidikan Seni Visual.

Kami telah menerima taklimat daripada Ketua Unit Praktikum, Encik Ikram pada 9 April 2015 di Dewan Al - Khindi jam 2.30 petang. Sehari sebelum ke sekolah untuk melapor diri, saya dan rakan saya pergi ke sekolah dan rumah sewa yang bakal diduduki. Kami juga cuba mengambil catatan masa perjalanan dari rumah sewa kami ke sekolah. Ini bagi memudahkan lagi kami untuk ke skolah menjalani praktikum. Masa perjalan kami hanya mengambil masa lebih kurang 2 minit sahaja, lebih kurang 1 kilometer dari rumah. Selain itu, saya telah membeli buku Rancangan Pengajaran Harian di Unit Praktikum. Harga buku tersebut ialah RM15. Setiap guru pelatih wajib membeli buku Rancangan Pengajaran untuk digunakan sepanjang tempoh masa praktikum.Semasa PraktikumSaya Muhammad Ariffuddin Bin Sukiat telah menjalani latihan praktikum pada semester lima iaitu Praktikum Fasa 1 di Sekolah Kebangsaan Tengkawang, Kuala Berang, Terengganu Darul Iman. Praktikum ini mengambil masa selama sebulan (12 April - 7 Mei 2015) dan saya mesti mengikuti segala aktiviti yang berjalan di sekolah dalam jangka waktu tersebut. Antara tujuan sampingan program praktikum ini adalah untuk membolehkan mahasiswa pelatih guru membiasakan diri di sekolah dan di bilik darjah serta mendapat pendedahan awal pembelajaran murid. Di sekolah juga saya perlu mengajar subjek major saya iaitu Pendidikan Jasmani selama 4 masa dan juga 2 masa bagi subjek minor saya iaitu Pendidikan Kesihatan. Setelah saya meneliti kandungan tugasan, saya mendapati kurikulum dan sukatan pelajaran juga menjadi salah satu item penting dalam senarai semak tugasan. Perkara ini sedikit sebanyak menyumbang kepada pengetahuan baru saya tentang pembelajaran murid-murid. Selain itu, saya juga dapat memahami pengurusan strategi pengajaran dan pembelajaran melalui buku rekod pengajaran. Antara lain, tugasan yang diberikan juga membolehkan saya membina kemahiran berinteraksi dengan murid, guru dan kakitangan sekolah. Kepentingan utama aktiviti ini adalah untuk membina keyakinan diri seseorang guru pelatih selain daripada mempersiapkan mereka sebagai salah seorang komuniti sekolah pada masa akan datang. Di samping itu juga, guru pelatih diharap dapat memahami tingkah laku murid-murid, pengurusan bilik darjah, proses penyepaduan teori dan amalan dalam konteks pengajaran dan pembelajaran (P&P) melalui pemerhatian, interaksi dan refleksi. Oleh yang demikian, pendedahan awal saya di Sekolah Kebangsaan Tengkawang sememangnya memberikan impak yang positif kepada saya dalam membentuk keperibadian, sahsiah dan kualiti sebagai seorang guru di masa akan datang. Semoga guru-guru pelatih gembira dalam menjalankan tugas ini.Antara pengalaman yang tidak dapat saya lupakan semasa menjalani praktikal ini ialah saya dan rakan saya diberi tugas oleh Guru Besar SK Tengkawang iaitu Projek Tunas Hoki Sekolah. Kami menjalankan tugas kami sebaik mungkin sehingga guru pembimbing pasukan hoki sekolah berpuas hati dengan hasil kerja kami. Satu lagi hasil kerja kami ialah, membersihkan stor kelengkapan hoki sekolah. Kami telah membersih dan mengubahsuai susun atur bahagian setor sukan itu. Kami berasa bangga kerana diberi peluang seperti itu. Moga kerja-kerja kami kekal dan ada perubahan dan peningkatan selepas ini.

Selepas PraktikumSatu ilmu baharu yang saya telah perolehi dan lalui serta mengalami pengalaman sendiri ialah membuat rancangan pengajaran harian, mingguan, mengajar dan membina bahan bantu mengajar sendiri. Akhir sekali, data-data dianalisis, dinilai dan dilaporkan melalui refleksi yang dibuat. Satu portfolio yang lengkap mengenai praktikum akan dibuat dan seterusnya di hantar kepada Unit Praktikum untuk tugasan profesional. Portfolio itu mengandungi hasil tugasan praktikum yang telah dilaksanakan. Sesi refleksi dan interaksi bersama pensyarah akan dilakukan untuk membincangkan hasil praktikum ini.