permasalahan pengurusan hartanah wakaf di...

Download Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysiarepository.um.edu.my/40411/1/Majid&Said(2014)_ISrJ_Wakaf.pdf · International Surveying Research Journal (ISrJ) VOLUME 4 NUMBER 1,

If you can't read please download the document

Upload: lebao

Post on 05-Feb-2018

233 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • International Surveying Research Journal (ISrJ)VOLUME 4 NUMBER 1, 29-43

    ARTICLE

    Permasalahan Pengurusan HartanahWakaf Di MalaysiaRohayu Abdul Majid1, Rosli Said2

    1 Centre for Real Estate Research (CORE)

    Universiti Teknologi MARA

    [email protected]

    2 Centre for Studies of Urban and Regional Real Estate (SURE)

    University of Malaya

    [email protected]

    ABSTRACT

    Development of Waqf property is capable of generating good development revenue for mutual benefits.

    However, there are many problems hindering the implementation of a good administration and management.

    Thus this paper aims to explore the extent to which these problems exist among the administration and

    management of Waqf properties. The study involves two organisations; MAIS (Selangor Islamic Religious

    Council) and MAIK (Kelantan Islamic Religious Council). These two organisations are part of MAIN

    (Islamic Religious Council of State) organisation operating in every state. Respondents interviewed are

    individuals who often deal with the two organizations; MAIK and MAIS. This research has highlighted 4

    major problems relating to legal, administration, development and physical and social constraints. A total of

    18 variables is expanded and analysed from the major problems to find out the extent of the problem in the

    management and administration of Waqf land. By applying factor analysis, a total of 16 problem criteria was

    observed as the major problem. Research findings show that the problem of management, administration and

    development of Waqf properties is faced by MAIK with 66% of the overall problem. Meanwhile MAIS was

    faced with legal procedures, development and physical barriers affecting 82% of the overall problem.

    However, the shortage of commercial development in Waqf land appears to be a very significant problem

    among MAIN.

    Keywords: Wakaf, Management, Development, Administration

    ISSN 2232-1306 2014 Royal Institution of Surveyors Malaysia

    PENGENALAN

    Pengurusan tanah wakaf menjadi begitu penting dalam pembangunan hartanah di Malaysia.Kejayaan dalam mentadbir urusnya mampu menjana pendapatan yang tinggi kepadapenduduk setempat (Kahf, 2003). Jumlah peruntukan tanah wakaf yang tinggi disebahagian besar kawasan pentadbiran memberikan faedah berganda kepada pentadbiruntuk menyesuaipadankan dengan keperluan dan kepentingan penduduk setempat.Menurut Sadeq (2002) pembangunan hartanah yang berjaya seharusnya dapatmembangunkan ekonomi rakyat sekaligus menyelesaikan masalah kemiskinan. Dengan ertikata lain pembangunan tanah wakaf yang efisyen seharusnya dilaksanakan bagi menjanafaedah bersama umat islam (Hassan & Abdullah, 2008). Ini jelas terbukti dengan prestasikecemerlangan pelaburan ke atas hartanah yang diwakafkan (Hassan & Abdullah, 2008).Contohnya adalah pelaburan terbesar bagi projek pembinaan bangunan 34 tingkat hasilkerjasama antara Tabung Haji dan Bank Islam yang berkos mencecah RM151 juta. Ianyatelah menjanakan pendapatan yang cukup lumayan kepada pentadbir yang akhirnyadisalurkan bagi kepentingan rakyat. Namun setiap kejayaan pengurusan tanah wakaf adalah

  • International Surveying Research Journal (ISrJ)

    30 ROHAYU ABDUL MAJID, ROSLI SAID

    bergantung sepenuhnya kepada pentadbirnya (Chowdhury et al., 2011). Kegagalan dalammentadbir urus dengan baik di kalangan para pentadbir ini boleh menjejaskanpembangunan ummah. Justeru adalah wajar penyelidikan ini dijalankan bagi melihat sejauhmana permasalahan yang wujud di dalam pengurusan dan pembangunan hartanah wakafyang sebenar.

    TANAH WAKAF

    Menurut Ihsan & Mohamed Ibrahim (2011),wakaf diambil dari perkataan Arab. Ianyamembawa maksud hartanah yang dipegang bagi tujuan dan kepentingan tertentu untukfaedah bersama (Kafh, 2003; Chowdhury et al, 2011; Ismail et. al. 2014). Ia juga merujukkepada benda yang dipegang oleh Allah (pencipta alam) yang dibahagikan bagi tujuankebajikan (Hassan, 2004; Chowdhury et al., 2011) serta membasmi kadar kemiskinan(Osman, 2010; Kahf, 2003). Ia juga merupakan harta yang disedekahkan ataudiperuntukkan bagi tujuan tertentu (Yaakob, 2013). Lazimnya wakaf melibatkan duit(Chowdhury et al.,2011) aset hartanah dan juga aset-aset lain (Harun et al., 2012).Manakala Hassan & Shahid (2010) menjelaskan hartanah wakaf boleh diketegorikan dalambeberapa perkara yang melibatkan rumah, makanan, kesihatan, pendidikan dan agama.Sumbangan tanah wakaf sentiasa wujud dari masa ke semasa oleh golongan orang islamseharusnya dimanfaatkan sepenuhnya (Isa et al.,2011) bagi tujuan kebajikan.

    Mengikut Kanun Tanah Negara, tanah wakaf adalah rizab bagi tujuan keagamaan dan tanahwakaf pertanian yang kurang daripada 0.4 hektar tidak dibenarkan pemecahan sempadan.Manakala harta wakaf yang terlibat dalam aktiviti sewaan sebelum 31 Januari 1948 adalahtertakluk kepada Akta Kawalan Sewa 1966. Wakaf juga boleh dikelaskan kepada dua jenisiaitu Wakaf Khas dan Wakaf Am (Rahman, 2009; Abdul Malik, 2012; Harun et al., 2012).Wakaf Khas hanya boleh digunakan berdasarkan niat si pewakaf untuk projekpembangunan, manakala wakaf Am adalah melibatkan kepentingan orang ramai. Sehinggakini lebih 32,000 ekar tanah wakaf yang telah dilabur dan dibangunkan untuk kepentinganorang islam (Hassan & Abdullah, 2008).

    Menurut JAWHAR (2006), aset yang diperuntukan bagi maksud wakaf adalah tertakluk diatas tujuan pembangunan ekonomi. Walaupun pembangunannya terikat dengan hukumsyarak, namun pembangunan yang dijalankan tidaklah terhad kepada agenda keagamaansemata-mata. Sebaliknya pembangunan yang dilaksanakan adalah lebih meluas yang manaberlandaskan kepentingan ummah serta melalui prosedur pengurusan yang sistematik. Initerbukti dengan kewujudan tanah wakaf yang telah banyak diketegorikan sebagai pelaburanhartanah islam sebenar (Mohd Nor & Mohamed, 2011).

    PENGURUSAN HARTANAH WAKAF

    Pengurusan tanah wakaf melibatkan beberapa buah organisasi yang berbeza. Tanah wakafdi Malaysia diuruskan oleh setiap MAIN (Majlis Agama Islam Negeri) di setiap negeri(Ramli & Ayob, 2005). Tujuan perlantikan majlis sebagai pemegang amanah tunggal hartawakaf ini adalah untuk mempastikan harta wakaf diurus dan ditadbir dengan baik danefisyen dalam menjanakan hasil yang lumayan bagi kebajikan rakyat jelata (Mat Rani,2012a; Mat Rani, 2012b). MAIN memainkan peranan yang penting dalam mengurus seliahartanah wakaf. Lazimnya MAIN di negeri yang berbeza ini mempraktikkan amalanpengurusan yang berbeza di kalangan pentadbir negeri (Hoexter, 1998). Hal ini berlakuekoran perbezaan fatwa antara satu negeri dengan negeri yang lain (Abdul Malik, 2012).Ini dapat dilihat menerusi perlaksanaan pelbagai aktiviti di kalangan pentadbir ke atas tanahwakaf yang diperuntukkan (Harun et al., 2012).

  • ISrJ Vol.4 No.1, 2014

    Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia 31

    Antaranya adalah pembukaan pusat rawatan dialisis dan pembangunan beberapa buahmasjid, institusi pengajian tinggi (Abd Latiff et.al., 2006) dan rumah kedai oleh MajlisAgama Islam Selangor (MAIS). Di Kedah, Majlis Agama Islam Kedah telahmenggalakkan projek Wakaf Jemba yang begitu aktif dalam membeli dan menjualhartanah. Selain itu di Perak tanah wakaf juga terlibat dalam projek pembangunan beberapabuah sekolah. Manakala Pulau Pinang pula lebih menumpukan kepada aktiviti penyewaanhartanah komersil kepada orang awam serta perumahan pangsa kos sederhana dan rumahteres. Negeri Johor pula lebih menumpukan kepada pembangunan masjid sertapembangunan lot-lot kedai, kediaman pangsa, dewan orang ramai serta pusat dialisis yangtelah menjanakan pendapatan mencecah 8 juta. Majlis Agama Islam Johor pula tidakketinggalan dalam menguruskan hartanah wakaf dalam kontek pertanian moden.

    Menurut Harun et al. (2012) lagi, pembangunan hartanah wakaf juga sudah dilaksanakandengan begitu luas. Pada masa ini pengurusan tanah wakaf sudahpun menjadi agendanegara-negara Asia. Di Brunei, pembangunan tanah wakaf telah menjanakan faedah yangpelbagai kepada penduduk setempat. Majlis Ugama Islam Brunei (MUIB) telah bertindaklebih bijak dengan memberikan lebih kesedaran di kalangan rakyat Brunei tentangkepentingan pembangunan wakaf yang baik. Di Singapura Majlis Ugama Islam Singapura(MUIS) telah menyerahkan tanggungjawab kepada badan lain iaitu Wakaf Real Estate ofSingapore (WAREES Investment Pte. Ltd) bagi memastikan pembangunan tanah wakafberjalan semaksima yang mungkin. Manakala di Bangladesh, Bank Islamnya bergiat aktifdalam menyediakan perkhidmatan pengurusan wakaf.

    PERANAN MAIN DALAM MENTADBIR DAN MENGURUSKAN HARTA

    TANAH WAKAF

    MAIN memainkan peranan penting dalam mengurus selia hartanah wakaf. Malahorganisasi ini dilihat sebagai tunggak atau nadi yang menggerakkan pembangunan hartawakaf sepertimana yang diamanahkan (Muhammad, 2010) oleh si pewakaf (Mat Rani,2012b). Walau bagaimanapun mereka tidaklah mempunyai kuasa mutlak dalampengurusan, sebaliknya memainkan peranan sebagai koordinator perancangan sertapemantauan (Hassan & Abdullah, 2008). Namun permasalahan yang wujud dalampengurusan dan pentadbiran organisasi ini pasti mengundang kepincangan dalampengurusan hartanah wakaf yang efisyen.

    Penyelidikan ini melibatkan pengurusan MAIN di negeri Kelantan dan Selangor, yangmasing-masing dikenali sebagai MAIK dan MAIS. Di Kelantan harta wakaf diurus danditadbir oleh MAIK bersama Baitul Mal. MAIK memberi kepercayaan kepada BahagianBaitulmal untuk menguruskan ke semua harta wakaf di bawah jagaan MAIK. Ianyatermasuklah aspek pembangunan, sewaan dan pajakan. Manakala di Selangor harta wakafdi tadbir dan diurus oleh Perbadanan Wakaf Selangor yang bernaung di bawah MAIS.Sedikit perubahan dibuat oleh MAIS dengan memindahkan peranan Bahagian Harta (Mal)kepada Wakaf Selangor dalam usaha melancarkan urusan pentadbiran. Setiap bahagian diketuai oleh seorang ketua yang bertanggungjawab mentadbir bahagian bidang masing-masing. Manakala bahagian penyelidikan dan pembangunan mempunyai tiga pecahanpembahagian tugas iaitu bahagian penyelenggaraan, sewaan dan perancangan bandar.Lazimnya setiap bahagian terhad kepada jumlah dua orang kakitangan sahaja.

  • International Surveying Research Journal (ISrJ)

    32 ROHAYU ABDUL MAJID, ROSLI SAID

    MASALAH PENGURUSAN HARTANAH WAKAF

    Kajian ini telah mengenengahkan empat masalah utama dalam pengurusan dan pentadbiranhartanah wakaf. Ianya terdiri daripada Masalah Prosedur & Perundangan, MasalahPengurusan dan Pentadbiran, Masalah Pembangunan Tanah dan Halangan Fizikal danSosial

    Masalah Prosedur & Perundangan

    Masalah prosedur dan perundangan sering kali wujud dalam pengurusan tanah wakaf(Abdul Rahman & Othman, 2006). Perkara ini jelas dilihat ke atas prosedur pendaftarandan pengurusan tanah wakaf yang tidak jelas (Harun et al., 2012). Malah persetujuan untukmemajukan tanah atau menukar syarat tanah dari pemilik-pemilik tanah adalah terlalusukar (Abdul Malik, 2012) ekoran tiadanya peruntukan khusus berkaitan wakaf dalamenakmen negeri. Masalah ini menjadi semakin rumit sekiranya MAIN berhasrat menjualtanah tersebut atau menyewakannya bagi tujuan pembangunan. Sehingga kini, terdapatbanyak kes-kes yang berkaitan dengan wakaf yang masih lagi tertangguh di MahkamahSivil di seluruh Malaysia. Sehingga kini ke semua kes-kes yang berkaitan dengan wakafakan didengar, dibicarakan dan diputuskan di Mahkamah Sivil. Namun tiada sebarangpenulisan laporan undang-undang yang menjelaskan secara terperinci permasalahan ini(Abdul Malik, 2012).

    Selain itu wujud juga masalah perlanggaran perjanjian dalam pengurusan hartanah wakaf(Muhamad & Muktar, 2006). Hal ini terjadi apabila tanah yang telah diwakafkan dituntutsemula oleh keluarga pewakaf, yang mana prosedur wakaf tadi kurang jelas di kalangansaudara terdekat. Ini juga telah mendorong berlakunya kesulitan dalam prosedurpengambilan tanah wakaf tadi oleh pentadbir tanah sendiri (Harun et al., 2012). Masalah inisemakin meruncing apabila wujud konflik di antara mahkamah syariah dan mahkamah sivil(Abdul Malik, 2012)

    Aspek perundangan turut dilihat ke atas syarat penggunaan dan zoning. Menurut AbdulMalik (2012), terdapat tanah wakaf yang sesuai untuk dibangunkan dengan projek berdayamaju tetapi terhalang oleh syarat pembangunan yang ditetapkan oleh Pihak BerkuasaTempatan melalui 'zoning'. Permasalan ini sering kali terjadi ke atas hartanah yang telahdizonkan bagi aktiviti pertanian, sebaliknya berpotensi untuk pembangunan komersil.MAIN di sebahagian negeri juga terikat dengan hukum syarak negeri masing-masing.Sebahagian MAIN dilarang sama sekali menjual aset hasil pembangunan tanah wakaf diatas alasan konsep pajakan yang dipegang oleh MAIN tadi.

    Masalah Pengurusan dan Pentadbiran

    Lazimnya pentadbir memainkan peranan penting dalam pengurusan tanah wakaf (Isa et al.,2011). Namun menurut Ihsan & Mohamed Ibrahim (2011), hartanah wakaf di Malaysiaturut berhadapan dengan masalah pengurusan dan pentadbiran. Ini jelas dilihat apabilasebahagian kakitangan yang ditugaskan dalam badan pengurusan wakaf didapati kurangmahir dalam mengendalikan pelbagai kes yang membabitkan pengurusan hartanah wakaf(Abdul Malik, 2012; Harun et al., 2012).

    Masalah semakin meruncing apabila jumlah peruntukan kakitangan yang ada kurang disetiap MAIN. Ketidakcukupan kakitangan ini mengakibatkan masih terdapat banyak lagikes tanah wakaf yang belum diproses pindah milik kepada Majlis Agama Islam negeri(Abdul Malik, 2012), yang akhirnya menjurus kepada masalah pengisian pangkalan datayang tidak lengkap bagi merekod segala maklumat hartanah wakaf. Selain itu wujud jugaketidakseragaman dalam pengurusan tanah wakaf (Abdul Malik, 2012). Pengabungan duabadan iaitu badan wakaf dan baitulmal di sesetengah negeri kadang kala menjadi satu

  • ISrJ Vol.4 No.1, 2014

    Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia 33

    masalah besar yang membawa kepada ketidakcekapan dalam perlaksanaan kerjapengurusan. Namun tidak kurang yang menganggap penggabungan ini memberikan faedahberganda kepada pengurusan hartanah wakaf.

    Pengurusan wakaf juga terdedah kepada masalah penyimpanan data. Walaupun pengurusantanah wakaf telah mula menggunakan sistem rekod berkod, namun pengaplikasian sistemini tidaklah begitu luas (Harun et al., 2012). Ini terbukti apabila masih terdapat badanpengurusan yang masih tidak mempraktikkan sistem berkod serta sistem rekod yang tidakmenggunakan konsep yang sama. Ekoran itu banyak maklumat berhubung hartanah wakaftidak direkodkan dengan baik dan tersusun yang akhirnya menyebabkan ia terus lenyapdalam senarai peruntukan (Ihsan & Mohamed Ibrahim, 2011). Tambah Mat Rani (2012b),terdapat juga tanah wakaf yang direkodkan oleh pentadbir sebagai wakaf, tetapi namapewakaf masih tercatat pada dokumen hak milik tanah yang telahpun diwakafkan. Malahtidak kurang juga para penyelidik yang mendapati tiadanya maklumat yang lengkapberhubung tanah wakaf (Abdul Rahman et al., 1999; Siti Rokyah, 2005; Hisham, 2006).

    Sistem pungutan sewa ke atas tanah wakaf juga didapati tidak sistematik dan kurangkawalan (Abdul Malik, 2012). Prosedur pungutan sewa yang dilakukan tidak berjalanlancar dan terdapat juga sewa hartanah yang tidak sempat dipungut. Kadar sewaan yangjauh terlalu rendah juga menyebabkan harta wakaf tidak dapat menjana hasil yangsewajarnya, sekaligus membantutkan usaha mengguna pakai hartanah ini semaksimamungkin oleh MAIN.

    Selain itu pengurusan hartanah wakaf juga berhadapan dengan masalah salah faham dikalangan penduduk setempat. Lazimnya wakaf khusus terhad kepada tujuan tertentu ataubagi maksud yang telah diusulkan oleh pewakaf. Berbeza dengan wakaf am yangmembolehkan ia dibangunkan dengan meluas tanpa limitasi tertentu serta membawakebajikan kepada penduduk setempat. Namun majoriti penduduk setempat hanyamemahami akan keperluan tanah wakaf ke atas suatu keperluan sahaja. Ekoran itu banyakhartanah yang diwakafkan secara khusus sekaligus menghalang pihak pengurusanmenjalankan pembangunan lain selain dari hajat pewakaf. Justeru Osman (2010)mensarankan agar pelbagai program perlu dilakukan bagi meningkatkan kesedaran danpengetahuan penduduk berkaitan hartanah wakaf di samping memastikan wujudnyakecekapan dalam pengurusan hartanah wakaf itu sendiri.

    Masalah Pembangunan Tanah

    Seharusnya hartanah wakaf dibangunkan dengan sisitematik dan berkesan bagi memberifaedah kepada para Muslim (Isa et al., 2011). Namun pengurusan tanah wakaf tetapberhadapan dengan usaha pemajuan yang telah dirancang. Lazimnya setiap penggunaandan pembangunan tanah wakaf tertakluk kepada perancangan kerajaan negeri. Setiapprogram atau agenda pemajuan adalah berobjektifkan kesejahteraan rakyat tempatan.Namun peratusan kecemerlangan kejayaan yang dicapai amatlah kurang. Hal demikiankerana hartanah yang telah diwakafkan kurang diterokai bagi tujuan pembangunan (AbdulMalik, 2012; Hassan & Shahid, 2010). Malah majoriti pembangunan yang telahdilaksanakan di atas hartanah ini adalah cenderung kepada pembangunan berkonsepkanislam dan keagamaan semata-mata. Menurut Hassan & Shahid (2010) lagi kebanyakandaerah hanya menumpukan pembangunan hartanah wakaf bagi pembangunan surau, masjiddan tanah perkuburan sahaja. Sedangkan hartanah wakaf ini boleh digunakan bagi semuatujuan asalkan ianya membawa kebajikan kepada keseluruhan penduduk tempatan. Haldemikian kerana wujud pemahaman yang kurang jelas di kalangan penduduk setempatmaupun pentadbir bahawa aset wakaf wajar digunakan atas dasar kebajikan (Harun et al.,2012).Walau bagaimanapun merujuk kepada Ismail et. al. (2014) pembangunan tanah

  • International Surveying Research Journal (ISrJ)

    34 ROHAYU ABDUL MAJID, ROSLI SAID

    wakaf tidaklah diperuntukkan sepenuhnya untuk pembangunan masyarakat Islam sahaja.Selain itu pembangunan tanah wakaf kurang menonjol ekoran kurangnya kesedaran danpenyertaan di kalangan penduduk tempatan (Abdul Malik, 2012). Justeru peruntukkanhartanah wakaf disebahagian kawasan pembangunan semakin berkurang yang akhirnyamembantutkan agenda pembangunan. Menurut Abdul Malik lagi, wujud juga hartanahwakaf yang terbiar dan tidak diusahakan ekoran dari keadaan tanah yang tidak ekonomikserta berada pada lokasi yang kurang strategik.

    Halangan Fizikal & Sosial

    Pengurusan hartanah wakaf juga turut menghadapi masalah dari segi fizikal dan lokasi.Menurut Abdul Malik (2012) keluasan tanah wakaf yang kecil menghalang suatu projekpembangunan. Malah kedudukan tanah yang berselerak menyukarkan pembangunandirancang bagi maksud sesuatu pembangunan.Terdapat juga tanah-tanah wakaf yangterletak di pedalaman yang mana tiadanya kemudahan jalan masuk yang baik. Selain ituwujud juga hartanah wakaf yang tidak ekonomik untuk dimajukan di samping berlaku jugaaktiviti pencerobohan ke atas tanah wakaf. Hal demikian berlaku ekoran tiadanya tindakantata tertib oleh pentadbiran ke atas penceroboh. Malah tanah wakaf turut disewakan kepadapenduduk yang bukan Islam.

    METODOLOGI PENYELIDIKAN

    Kajian ini melibatkan penstrukturan borang soal selidik yang diedarkan kepada respondenterpilih iaitu mereka yang pernah atau sentiasa berurusan dengan kedua-dua organisasiMAIS dan MAIK. Terdapat 18 variabel yang dikaji menerusi empat komponen utamapermasalahan yang wujud dalam pentadbiran dan pengurusan hartanah wakaf.

    Komponen I merupakan masalah perundangan yang mana menggariskan empat kriteriamasalah sampingan iaitu (a) Tiada peruntukan khusus berkaitan wakaf dalam enakmennegeri, (b) Permohonan untuk menyewa tanah wakaf agak menyulitkan, (c) prosedurpengambilan tanah wakaf sangat menyulitkan berbanding tanah biasa dan (d) Wujudkonflik diantara mahkamah syariah dan mahkamah sivil.

    Komponen II menggariskan masalah pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan enamkriteria masalah lain iaitu (a) Adakah wujud gabungan antara unit wakaf dan unit baitulmal,(b) Kekurangan pegawai yang ditugas di bahagian wakaf, (c) Kadar Sewa yang dikenakankeatas harta wakaf adalah terlalu rendah, (d) Kekurangan peruntukan kewangan bagipembangunan tanah wakaf, (e) Wakaf Khas - hanya boleh digunakan berdasarkan niat SiPewakaf untuk projek pembangunan dan (f) Wakaf Am- pembangunan wakaf ammelibatkan kepentingan orang ramai.

    Komponen III mengenengahkan masalah pembangunan yang mana terdapat empat kriteriayang dimajukan. Ianya terdiri daripada (a) Tidak terdapat banyak projek pembangunan diatas tanah wakaf, (b) Tiadanya projek komersial di atas tanah wakaf untuk pembangunanekonomi umat Islam, (c) Tidak ada pembangunan masjid dan surau di atas tanah wakaf dan(d) Kurangnya penyertaan orang awam untuk membiayai atau menyumbang sumber modalbagi pembangunan tanah wakaf.

    Komponen IV mengutarakan masalah halangan fizikal dan sosial yang sering menjejaskanpengurusan hartanah wakaf yang efisyen. Ianya melibatkan empat kriteria masalah yangterdiri daripada (a) Keluasan tanah wakaf yang kecil menghalang projek pembangunan, (b)Kedudukan hartanah wakaf yang berselerak menyukarkan pembangunan, (c) Tanah wakafsering terdedah kepada pencerobohan haram dan (d) Penyewa bukan Islam Malaysia.

  • ISrJ Vol.4 No.1, 2014

    Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia 35

    Data penyelidikan yang diperolehi dari maklumbalas ke atas borang kaji selidik, telahdianalisis menerusi program SPSS versi 16.0. Analisis pertama melibatkan deskriptifcrosstab yang memaparkan profail demografik responden (rujuk Jadual 1).

    Seterusnya data dianalisis dengan mengaplikasikan analisis faktor dalam sub menukomponen matrik. Setiap kriteria masalah memaparkan nilai yang berbeza mengikut gredpemilihan responden. Penilaian 1 membawa maksud responden sangat bersetuju bahawawujudnya masalah yang diajukan. Penilaian 2 membawa maksud bersetuju dan 3bermaksud neutral. Sebaliknya penilaian 4 dan 5 menunjukkan responden tidakbersetuju dan sangatlah tidak bersetuju dengan pernyataan masalah yang diajukan ( rujukJadual 2).

    Semua angka positif dan tertinggi ke atas gred penilaian oleh responden dalam Jadual 2telah diolah bagi membentuk nilai skor dan frekuensi ke atas masalah yang wujud dalampengurusan hartanah wakaf. Olahan data ini boleh dirujuk pada Jadual 3. Gred 3 diletakkanpada penilaian skor keseimbangan iaitu 0. Manakala gred 1 dan 2 dianggap pada nilaianskor positif iaitu pada nilaian 1 dan 2 yang mengesahkan wujudnya masalah yangdiutarakan. Manakala gred 4 dan 5 diletakkan pada penilaian skor negatif yangmenunjukkan tidak wujud masalah yang telah disenaraikan dengan skor -1 dan -2 (rujukJadual 3) .

    Dalam mengenalpasti jenis masalah yang sering berlaku dalam kedua-dua organisasi ini,pemilihan elemen (kriteria masalah) dibuat berdasarkan nilai skor yang positif denganfrekuensi pada nilai 0.5 dan ke atas. Hasil pemilihan telah dapat mengenal pasti masalahutama yang sering berlaku dalam pengurusan hartanah wakaf di kedua-dua organisasipenyelidikan (rujuk Jadual 4).

    HASIL PENYELIDIKAN

    Analisis pertama melibatkan cerapan profail responden menerusi Jadual taburan data.Sebanyak 6 kriteria responden dipaparkan mengikut jalur kekerapan responden berurusandengan pihak pengurusan hartanah wakaf atau sering kali hadir ke kedua-dua organisasiMAIS dan MAIN (rujuk Jadual 1).

    Frekuensi responden berurusan di dua organisasi penyelidikan

    Setiap Hari Sekali minggu Sekali sebulan Sekali setahun

    Profail demografik responden MAIS MAIK MAIS MAIK MAIS MAIK MAIS MAIK

    Bangsa Melayu 15 13 1 1 3 1 11 14Lain 0 1 0 0 0 0 0 0Status perkahwinan

    Bujang 6 8 0 1 2 0 3 7Berkahwin 9 6 1 0 0 1 8 7

    Jantina Lelaki 11 9 0 1 1 1 5 11Perempuan 3 5 1 0 2 0 6 3

    Umur

    20-25 4 6 0 1 2 0 4 826-30 6 1 1 0 1 0 4 131-35 4 3 0 0 0 1 0 2>36 1 4 0 0 0 0 3 3

    Pekerjaan

    Pekerja MAIK/MAIS 13

    14 1 0 0 0 0 1

    Orang Awam 0 0 0 1 2 1 11 11Pelajar 1 0 0 0 1 0 0 2Lain 1 0 0 1 0 1 0 14

    Jadual 1: Taburan Data Responden Penyelidikan

  • International Surveying Research Journal (ISrJ)

    36 ROHAYU ABDUL MAJID, ROSLI SAID

    Jadual 2 memaparkan gred pemilihan responden ke atas masalah yang berlaku di kedua-duaMajlis Agama Islam Negeri Kelantan dan Selangor. Menerusi analisis faktor yangdijalankan, komponen matrik menunjukkan kedua-dua MAIN cenderung berhadapandengan masalah yang berbeza dan pada aras yang berbeza. Angka yang digelapkanmenunjukkan cerapan tetinggi oleh responden pada gred pemilihan yang berbeza. Bagimasalah perundangan, MAIK mencatatkan gred 1, 2 dan 4 bagi kriteria masalah yangdiutarakan. Manakala MAIS mencatatkan gred 2 pada kriteria masalah b, c, d dan d sertagred 3 pada kriteria masalah a. Bagi masalah pengurusan dan pentadbiran, responden diMAIK sangat bersetuju bahawa wujudnya masalah pada kriteria a- e dan gred 3 padakriteria masalah f. Manakala responden di MAIS mencatatkan gred yang tidak sekatamasing-masing pada gred 1, 2, 3 dan 4 ke atas kriteria masalah a hingga f. Masalahpembangunan pula memaparkan pemilihan gred 1 pada semua kriteria masalah di MAIK,dan gred 1 dan 2 oleh MAIS, dengan masing-masing gred 1pada kriteria masalah b dan c,

    Organisasi MAIK MAIS

    Gred pemilihan responden 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5Masalah Perundangan

    (a) Tiada peruntukan khusus berkaitan wakaf dalam enakmen neeri

    .624 -.076 -.560-

    .026 -.324-

    .391 -.050 .597 .374-

    .212

    (b) Permohonan untuk menyewa tanah wakaf agak menyulitkan .644

    -.302 .013

    -.208 .364

    -.574 .446 .263 .320

    -.145

    (c) prosedur pengambilan tanah Wakaf sangat menyulitkan bebanding tanah biasa .257 .441 -.371 .704 .117

    -.277 .673 .356

    -.006 .197

    (d) Wujud konflik diantara mahkamah syriah dan mahkamah sivil .424 .709 -.237

    -.067 -.038

    -.043 .835 .072 .014 .251

    Masalah Pengurusan dan Pentadbiran (a) Adakah wujud gabungan antara unit wakaf dan unit baitulmal .322 .241 -.386

    -.693 .191 .778 -.293 .114 .138 .110

    (b) Pegawai yang ditugas di bahagian wakaf adalah kurang .692

    -.347 .506

    -.222 -.073 .110 .157 .447

    -.317

    -.105

    (c) Kadar Sewa yang dikenakan keatas harta wakaf adalah terlalu rendah .581

    -.586 .270 .073 .370 .398 .247 .641

    -.370

    -.343

    (d) Kekurangan peruntukan kewangan bagi membangun tanah wakaf .787

    -.406 -.166 .350 .112

    -.205 -.234

    -.417 .659 .253

    (e) Wakaf Khas- Hanya boleh digunakan berdasarkan niat Si Pewakaf untuk projek pembangunan

    .748 -.366 -.411 .078 .220-

    .069 .319-

    .525-

    .681 .277

    (f) Wakaf Am- pembangunan wakaf am melibatkan kepentingan orang ramai .282 .500 .788

    -.012 .117 .205 .482

    -.503 .003

    -.498

    Masalah Pembangunan Tanah (a) Tidak terdapat banyak projek pembangunan diatas tanah wakaf .565 .487 -.446

    -.059 .373 .172 .631

    -.252 .072

    -.284

    (b) Tidak ada projek komersial diatas tanah wakaf untuk pembangunan ekonomi umat Islam

    .867 -.046 -.257 .115 -.264 .562 .247 .087 .518 .353

    (c) Tidak ada pembangunan masjid dan surau diatas tanah wakaf .722 .080 .118 .322 -.367 .720 .129 .053 .232

    -.426

    (d) Kurang penyertaan orang awam untuk biayai sumber modal untuk pembangunan tanah wakaf

    .813 -.220 .358-

    .252 -.205 .345 .578-

    .179 .438 .185

    Halangan Fizikal & Sosial(a) Keluasan tanah wakaf yang kecil menghalang projek pembangunan .520 .696 -.099

    -.342 -.071 .558 .146 .038

    -.309 .661

    (b) Kedudukan tanah tanah yang berselerak menyukarkan pembangunan .504 .717 .377

    -.010 -.073 .879 -.025 .169 .144 .116

    (c) Tanah wakaf sering terdedah kepada pencerobohan haram .349 .447 .519 .372 .274 .791 -.159 .342

    -.063 .086

    (d) Penyewa bukan Melayu Malaysia .790-

    .265 .189-

    .050 -.163-

    .718 .036 .485 .048 .433

    Jadual 2: Komponen Matrik permasalahan dalam pentadbiran dan pengurusan hartanah wakaf

  • ISrJ Vol.4 No.1, 2014

    Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia 37

    serta gred 2 pada kriteria masalah a dan d. Seterusnya MAIK dan MAIS mencatatkan gredyang tidak sekata ke atas masalah fizikal dan sosial yang mana pemilihan MAIK tertumpukepada gred 1, 2 dan 3 untuk kriteria masalah a hingga d. Manakala MAIS memaparkangred 1 pada kriteria masalah b dan c serta gred 5 pada kriteria masalah a dan gred 3 padakriteria masalah d.

    Merujuk Jadual 3, 18 kriteria masalah yang diutarakan menunjukkan nilai skor danfrekuensi yang berbeza. Walau bagaimanapun kadar frekuensi bagi setiap permasalahanadalah berbeza di kedua-dua organisasi.

    Bagi masalah prosedur dan perundangan, MAIK lebih berhadapan dengan masalahtiadanya peruntukan khusus berkaitan wakaf dalam enakmen negeri serta kesukaran dalammemohon dan menyewakan hartanah wakaf dengan frekuensi 0.6. Manakala MAINberhadapan dengan masalah prosedur pengambilan tanah wakaf di samping konflik yangberlaku diantara mahkamah syariah dan mahkamah sivil yang masing-masing padafrekuensi 0.7 dan 0.8.

    Jadual 3: Frekuensi Dan Skor Permasalahan Dalam Pengurusan Hartanah Wakaf

    Jenis Masalah yang dihadapiOrganisasi

    MAIK MAIS

    Masalah Prosedur & Perundangan (Elemen)Gred

    pilihan responden

    Skor Frekuensi Gred pilihan

    responden

    Skor Frekuensi

    (a) Tiada peruntukan khusus berkaitan wakaf dalam enakmen negeri

    1 2 0.6 3 0 0.6

    (b) Permohonan untuk menyewa tanah wakaf agak menyulitkan

    1 2 0.6 2 1 0.4

    (c) prosedur pengambilan tanah Wakaf sangat menyulitkan berbanding tanah biasa

    4 -1 0.7 2 1 0.7

    (d) Wujud konflik diantara mahkamah syariah dan mahkamah sivil

    2 -1 0.7 2 1 0.8

    Masalah Pengurusan dan Pentadbiran (a) Wujud hubungan yang baik antara unit wakaf

    dan unit baitulmal1 2 0.3 1 2 0.7

    (b) Jumlah Pegawai yang ditugas di bahagian wakaf adalah kurang

    1 2 0.7 3 0 0.4

    (c) Kadar Sewa yang dikenakan keatas harta wakaf adalah terlalu rendah

    1 2 0.6 3 0 0.6

    (d) Kekurangan peruntukan kewangan bagi membangun tanah wakaf

    1 2 0.8 4 -1 0.7

    (e) Wakaf Khas- Hanya boleh digunakan berdasarkan niat Si Pewakaf untuk projek pembangunan

    1 2 0.7 2 1 0.3

    (f) Wakaf Am- pembangunan wakaf am melibatkan kepentingan orang ramai

    3 0 0.7 2 0 0.5

    Masalah Pembangunan Tanah (a) Tidak terdapat banyak projek pembangunan

    diatas tanah wakaf1 2 0.6 2 1 0.6

    (b) Tidak ada projek komersial diatas tanah wakaf untuk pembangunan ekonomi umat Islam

    1 2 0.9 1 2 0.6

    (c) Tidak ada pembangunan masjid dan surau diatas tanah wakaf

    1 2 0.7 1 2 0.7

    (d) Kurang penyertaan orang awam untuk biayai sumber modal untuk pembangunan tanah wakaf

    1 2 0.8 2 1 0.6

    Halangan Fizikal & Sosial(a) Keluasan tanah wakaf yang kecil menghalang

    projek pembangunan 2 1 0.7 5 -2 0.7

    (b) Kedudukan tanah tanah yang berselerak menyukarkan pembangunan

    2 1 0.7 1 2 0.9

    (c) Tanah wakaf sering terdedah kepada pencerobohan haram

    3 0 0.5 1 2 0.8

    (d) Penyewa bukan Melayu Malaysia 1 0 0.8 3 0 0.5

  • International Surveying Research Journal (ISrJ)

    38 ROHAYU ABDUL MAJID, ROSLI SAID

    Bagi kriteria masalah pengurusan dan pentadbiran, MAIK lebih banyak berhadapan denganmasalah yang diutarakan. Empat kriteria masalah yang terlibat adalah kekurangan pegawaiyang bertugas (0.7), kekurangan peruntukan kewangan pembangunan (0.8), kadar sewayang rendah (0.6) dan pembangunan yang terhad kepada wakaf khas (0.7). SebaliknyaMAIS hanyalah berhadapan dengan dua masalah iaitu pembangunan yang terhad kepadaniat pewakaf (0.7) dan penggabungan unit wakaf dan baitulmal dengan frekuensi yangsama (0.7).

    Dalam masalah pembangunan tanah, kedua-dua organisasi mencatatkan nilai frekuensiyang tinggi untuk ke semua masalah yang diutarakan. Majoriti hartanah wakaf di bawahMAIK dan MAIS berhadapan dengan masalah kesukaran membangunkan hartanah wakafdengan pembangunan komersil serta tiada langsung pembangunan di sebahagian kawasandengan kadar frekuensi 0.9 dan 0.6. Malah kedua-dua organisasi ini turut mengesahkanbahawa tiada juga wujud pembangunan masjid dan surau di atas tanah yang diwakafkaniaitu dengan frekuensi 0.7. Apa yang jelas penyertaan orang awam dalam membiayaaipembangunan hartanah wakaf turut menyerlah dengan masing-masing frekuensi 0.8 olehMAIK dan 0.6 oleh MAIS.

    MAIK dan MAIS juga tidak terlepas dari masalah sosial dan halangan fizikal ke atas tanahwakaf. Walau bagaimanapun kriteria dan tahap frekuensi masalah adalah berbeza. MAIKlebih berhadapan dengan masalah saiz tanah wakaf yang kecil (0.7) serta taburan unitwakaf yang berselerak (0.7) yang akhirnya menimbulkan masalah dalam pentadbiran danpengurusan hartanah wakaf. Kedudukan unit yang berselerak juga turut dihadapi olehMAIS (0.9) serta ditambah dengan dua masalah lain iaitu masalah pencerobohan ke atashartanah wakaf (0.8) dan masalah aktiviti sewaan hartanah yang sering berlaku di kalanganorang bukan melayu (0.5).

    Gambarajah 1 menunjukkan bahawa masalah prosedur dan perundangan banyak dihadapioleh MAIS dengan catatan skor 1 pada masalah b, c dan d. Manakala MAIK mencatatkannilaian yang lebih tinggi iaitu skor 2 pada kriteria masalah a dan b. Walau bagaimanapundua masalah lain didapati tidak berlaku di MAIK.

    (a) Tiada peruntukankhusus berkaitan wakafdalam enakmen negeri

    (b) Permohonan untukmenyewa tanah wakaf

    agak menyulitkan

    (c) Prosedur pengambilantanah wakaf sangat

    menyulitkan berbandingtanah biasa

    (d) Wujud konflik diantaramahkamah syariah dan

    mahkamah sivil

    0

    1 1 1

    2 2

    -1 -1

    MAIK MAIS

    Gambarajah 1: Nilai Skor Masalah Prosedur & Perundangan

  • ISrJ Vol.4 No.1, 2014

    Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia 39

    Bagi masalah Pengurusan dan Pentadbiran dalam Gambarajah 2, masalah yang dikenalpasti lebih banyak berlaku di MAIK dengan catatan skor 2 pada lima kriteria masalah yangdikaji iaitu masalah a, b, c, d dan e. Manakala MAIS hanya menghadapi masalah a dan emasing-masing dengan catatan skor 2 dan skor 1. Masalah d dengan skor -1 sama sekalitidak wujud di MAIS. Ini menunjukkan terdapat peruntukan yang banyak terhadap projekpembangunan tanah wakaf di Selangor.

    Gambarajah 3 menunjukkan carta skor kriteria masalah pembangunan tanah hartanahwakaf. Hasil kajian menunjukkan empat kriteria yang dikenal pasti, sememangnya berlakudi kedua-dua organisasi MAIK dan MAIS. Carta MAIK memaparkan skor 2 untukkesemua masalah. Manakala di MAIS setiap masalah tetap berlaku tetapi pada kadar yanglebih rendah pada catatan skor 1 untuk masalah a dan d. Manakala dua masalah lain iaitumasalah b dan c adalah menyamai skor MAIK.

    Gambarajah 2: Nilai Skor Masalah Pengurusan dan Pentadbiran

    Gambarajah 3: Nilai Skor Masalah Pembangunan Tanah

    (a) Wujudhubungan yangbaik antara unitwakaf dan unit

    baitulmal

    (b) JumlahPegawai yang

    ditugas dibahagian wakafadalah kurang

    (c) Kadar sewayang dikenakan

    ke atas hartawakaf adalahterlalu rendah

    (d) Kekuranganperuntukan

    kewangan bagimembanguntanah wakaf

    (e) Wakaf Khas-Hanya bolehdigunakan

    berdasarkan niatSi Pewakaf untuk

    projekpembangunan

    (f ) Wakaf Am-pembangunan

    wakaf ammelibatkan

    kepentinganorang ramai

    0 0

    1

    1

    2 2 2 2 2

    0

    MAIK MAIS

    (a) Tiada peruntukankhusus berkaitan wakafdalam enakmen negeri

    (b) Permohonan untukmenyewa tanah wakaf

    agak menyulitkan

    (c) Prosedur pengambilantanah wakaf sangat

    menyulitkan berbandingtanah biasa

    (d) Wujud konflik diantaramahkamah syariah dan

    mahkamah sivil

    MAIK MAIS2.5

    2

    1.5

    1

    0

    0.5

  • International Surveying Research Journal (ISrJ)

    40 ROHAYU ABDUL MAJID, ROSLI SAID

    Akhir sekali adalah masalah sosial dan halangan fizikal yang wujud di ke dua-duaorganisasi yang terlibat. Merujuk kepada Gambarajah 4, MAIS mencatatkan nilai skor yangtinggi iaitu skor 2 untuk masalah b dan c. Ini menunjukkan masalah ini sememangnyawujud di MAIS, namun masalah a tidaklah wujud di MAIS pada skor -2 yang manakebanyakan tanah wakaf di selangor adalah pada skala yang besar dan ia sentiasa mendapatperhatian daripada pihak pentadbiran bagi pembangunan yang cemerlang. Manakala MAIKpula hanya berhadapan dengan masalah a dan b dengan catatan skor yang lebih rendah iaituskor 1. Manakala skor 0 dicatatkan MAIS bagi kriteria masalah d dan MAIK bagi kriteriamasalah c.

    (a) Keluasan tanah wakafyang kecil menghalangprojek pembangunan

    (b) Kedudukan tanahtanah yang berselerak

    menyukarkanpembangunan

    (c) Tanah wakaf seringterdedah kepada

    pencerobohan haram

    (d) Penyewa bukanMelayu Malaysia

    MAIK MAIS2.5

    2

    1.5

    1

    -0.5

    -1

    -2

    -2.5

    0

    0.5

    Gambarajah 4: Nilai Skor Masalah Sosial & Halangan Fizikal

    Jadual 4: Penyaringan kriteria masalah dalam pengurusan hartanah wakaf

    Masalah pentabiran dan pengurusan Hartanah Wakaf Peratusan (%) skorMasalah Prosedur & Perundangan MAIK MAIS(a) Tiada peruntukan khusus berkaitan wakaf dalam enakmen negeri (0.6) (0.6)(b) Permohonan untuk menyewa tanah wakaf agak menyulitkan (0.6) -(c) prosedur pengambilan tanah Wakaf sangat menyulitkan berbanding tanah biasa - (0.7)(d) Wujud konflik diantara mahkamah syariah dan mahkamah sivil - (0.8)Masalah Pengurusan dan Pentadbiran(a) Wujud hubungan yang baik antara unit wakaf dan unit baitulmal 0.7(b) Jumlah Pegawai yang ditugas di bahagian wakaf adalah kurang (0.7) -(c) Kadar Sewa yang dikenakan keatas harta wakaf adalah terlalu rendah (0.6) -(d) Kekurangan peruntukan kewangan bagi membangun tanah wakaf (0.8) -(e) Wakaf Khas- Hanya boleh digunakan berdasarkan niat Si Pewakaf untuk projek

    pembangunan(0.7) -

    Masalah Pembangunan Tanah(a) Tidak terdapat banyak projek pembangunan diatas tanah wakaf (0.6) (0.6)(b) Tidak ada projek komersial diatas tanah wakaf untuk pembangunan ekonomi

    umat Islam(0.9) (0.6)

    (c) Tidak ada pembangunan masjid dan surau diatas tanah wakaf (0.7) (0.7)(d) Kurang penyertaan orang awam untuk biayai sumber modal untuk pembangunan

    tanah wakaf(0.8) (0.6)

    Halangan Fizikal & Sosial(a) Keluasan tanah wakaf yang kecil menghalang projek pembangunan (0.7) -(b) Kedudukan tanah tanah yang berselerak menyukarkan pembangunan (0.7) (0.9)(c) Tanah wakaf sering terdedah kepada pencerobohan haram - (0.8)(d) Penyewa bukan Melayu Malaysia - (0.5)

  • ISrJ Vol.4 No.1, 2014

    Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia 41

    Jadual 4 memaparkan kedudukan kriteria masalah yang dikaji berdasarkan nilai frekuensiyang telah dicerap. Nilaian frekuensi 0.5 dan ke atas dianggap sebagai nilai terbaik dandisaring bersama nilai skor yang positif iaitu skor 1 dan skor 2 dari Jadual 3. Saringan yangdibuat menunjukkan bahawa masalah tiadanya peruntukan khusus berkaitan hartanahwakaf dalam enakmen negeri menjadi permasalahan kepada kedua-dua MAIN dengannilain frekuensi 0.6. Manakala bagi masalah pengurusan dan pentadbiran, pelbagai kriteriamasalah yang diutarakan dimonopoli MAIK dengan catatan antara 0.6 hingga 0.8.Manakalah satu permasalahan lain iaitu kriteria a hanya dihadapi di Selangor. Manakalakesemua masalah pembangunan tetap berlaku di kedua-dua MAIN. Sejajar dengan itumasalah halangan fizikal dan sosial turut memaparkan frekuensi yang tinggi terutamanya0.9 dan 0.8 pada kriteria masalah b dan c. Manakala nilaian frekuensi 0.7 masing masingpada kriteria masalah a dan b di bawah pengurusan MAIK.

    KESIMPULAN

    Berdasarkan hasil penyelidikan ini, dapat disimpulkan bahawa daripada 18 masalah yangdiutarakan, 16 daripadanya merupakan masalah yang sering berlaku di MAIK dan MAIS.Walau bagaimanapun kriteria masalah yang berlaku adalah berbeza pada kadar frekuensidan nilai skor. MAIK banyak berhadapan dengan masalah pengurusan, pentadbiran dan

    Gambarajah 5: Pengenalpastian masalah utama yang berlaku dalam Pengurusan Hartanah Wakaf

    (a) T

    idak

    terd

    apat

    ban

    yak

    proj

    ek p

    emba

    ngun

    andi

    ata

    s ta

    nah

    wak

    af

    (b) T

    idak

    ada

    pro

    jek

    kom

    ersi

    l di a

    tas

    tana

    h w

    akaf

    untu

    k pe

    mba

    ngun

    an e

    kono

    mi u

    mat

    Isla

    m

    (c) T

    idak

    ada

    pem

    bang

    unan

    mas

    jid d

    an s

    urau

    di a

    tas

    tana

    h w

    akaf

    (d) K

    uran

    g pe

    nyer

    taan

    ora

    ng a

    wam

    unt

    uk b

    iaya

    isu

    mbe

    r mod

    al u

    ntuk

    pem

    bang

    unan

    tana

    h w

    akaf

    60% 60% 60% 60%

    70% 70%

    80%

    90%

    (a) T

    iada

    per

    untu

    kan

    khus

    us b

    erka

    itan

    wak

    afda

    lam

    ena

    kmen

    tege

    ri

    (b) P

    erm

    ohon

    an u

    ntuk

    men

    yew

    a ta

    nah

    wak

    af a

    gak

    men

    yulit

    kan

    (c) P

    rose

    dur p

    enga

    mbi

    lan

    tana

    h w

    akaf

    san

    gat

    men

    yulit

    kan

    berb

    andi

    ng ta

    nah

    bias

    a

    (d) W

    ujud

    kon

    flik

    dian

    tara

    mah

    kam

    ah s

    yaria

    h da

    nm

    ahka

    mah

    siv

    il

    60% 60% 60%

    70%

    80%

    0% 0% 0%

    (a) W

    ujud

    hub

    unga

    n ya

    ng b

    aik

    anta

    ra u

    nit w

    akaf

    dan

    unit

    baitu

    lmal

    (b) J

    umla

    h Pe

    gaw

    ai y

    ang

    ditu

    gas

    di b

    ahag

    ian

    wak

    af a

    dala

    h ku

    rang

    (c) K

    adar

    sew

    a ya

    ng d

    iken

    akan

    ke

    atas

    har

    ta w

    akaf

    adal

    ah te

    rlalu

    rend

    ah

    (d) K

    ekur

    anga

    n pe

    runt

    ukan

    kew

    anga

    n ba

    gim

    emba

    ngun

    tana

    h w

    akaf

    (e) W

    akaf

    Kha

    s - H

    anya

    bol

    eh d

    igun

    akan

    berd

    asar

    kan

    niat

    Si P

    ewak

    af u

    ntuk

    pro

    jek

    60%

    70% 70% 70%

    80%

    0% 0% 0% 0% 0%(a

    ) Kel

    uasa

    n ta

    nah

    wak

    af y

    ang

    keci

    l men

    ghal

    ang

    proj

    ek p

    emba

    ngun

    an

    (b) K

    edud

    ukan

    tana

    h-ta

    nah

    yang

    ber

    sele

    rak

    men

    yuka

    rkan

    pem

    bang

    unan

    (c) T

    anah

    wak

    af s

    erin

    g te

    rded

    ah k

    epad

    ape

    ncer

    oboh

    an h

    aram

    (d) P

    enye

    wa

    buka

    n M

    elay

    u M

    alay

    sia

    60%

    70% 70%

    80%

    90%

    0% 0% 0%

    MAIK MAIS

    Masalah Prosedur & Perundangan Masalah Pengurusan dan Pentadbiran Masalah Pembangunan Tanah Halangan Fizikal & Sosial

  • International Surveying Research Journal (ISrJ)

    42 ROHAYU ABDUL MAJID, ROSLI SAID

    pembangunan hartanah wakaf, yang mana melibatkan 66% dari keseluruhan masalah yangdihadapi. Manakala MAIS pula lebih tertumpu kepada 3 masalah utama iaitu masalahprosedur perundangan, pembangunan dan halangan fizikal yang melibatkan 90.1%daripada keseluruhan masalah yang dihadapi. Secara keseluruhannya masalah yang seringberlaku adalah masalah pembangunan di mana tiadanya projek komersil yang dibangunkandi atas hartanah wakaf di Kelantan di bawah pengurusan MAIK dan kedudukan hartanahwakaf yang berselerak di Selangor di bawah pengurusan MAIS.

    RUJUKAN

    Abdul Rahman, A. R.; Bakar, M. D., Ismail, Y. (1999) Current Practices andAdministration of Waqf In Malaysia: A Preliminary Study. Unpublished Manuscript. AWaqf Report (27 July 1999). Universiti Teknologi MARA, Malaysia.

    Abdul Malik, A. B, (2012) Comparative Study On Management Of Waqf Land, unpublishedDegree Dissertation, Universiti Teknologi MARA, Malaysia.

    Abdullah, A. (2006) Pembangunan Tanah Wakaf: Prospek Dan Strategi, Pusat Pemikirandan Kefahaman Islam (CITU). Universiti Teknologi MARA, Malaysia,

    Abd Latiff, A. Z., Ramli, A. H., Ismail, Z., Sulaiman, K., Daud, N. M., et. al. (2006)Pengurusan Harta Wakaf Dan Potensinya Ke Arah Kemajuan Pendidikan Umat Islam DiMalaysia. Konvensyen Wakaf Kebangsaan. Dianjurkan oleh Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji,Jabatan Perdana Menteri, The Legend Hotel, Kuala Lumpur. 12-14 September 2006

    Chowdhury, S. R., Ghazali, M. F., Ibrahim, M. F. (2011) Economic of cash WAQFmanagement in Malaysia: A proposed Cash WAQF model for practitioners and futureresearchers. African Journal of Business Management 5(30), 12155-12163.Harun, R., Mohamed Isa, Z., Ali, N. (2012) Preliminary Finding on Waqf ManagementPractices among selected Muslim Countries, Proceedings of 2012 International Conferenceon Economics Marketing and Mangement IPEDR Vol 28. LACSIT Press, Singapore.Hassan, A.; Shahid, M. A. (2010) Management and Development of the Awaqf Assets.Proceeding at The Seventh International Conference - The Tawhidi Epistemology Zakatand Waqf Economy organized by Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi. 6-7 January2010.

    Hassan, Z.; Abdullah, M. N. (2008) The investment of waqf land as instruments ofmuslims economic development in Malaysia, Proceeding at The Dubai InternationalConference on Endowmentss Investment organized by Awaqf and Minor Affair FoundationDubai, United Arab Emirates. 4-6 February 2008.

    Hisham, Y. (2006) Waqf accounting in Malaysian state Islamic religious institutions: thecase of Federal Territory SIRC. Unpublished Master Dissertation. International IslamicUniversity Malaysia, Kuala Lumpur.

    Hoexter, M. (1998) Waqf studies in the twentieth century: the state of the art. Journal of theEconomic and Social History of the Orient. 41(4), 474-495.Ihsan, H.; Mohamed Ibrahim, S. H. (2011) Waqf accounting and management in IndonesianWaqf Institution. Humanaomics. 27(4), 252-269.Isa, Z. M.; Ali N.; Harun, R. (2011) A Comparative Study of waqf management inMalaysia. Proceeding of 2011 International Conference on Sociality and Economic:Development IPEDR Vol 10 . LACSIT Press Singapore.

  • ISrJ Vol.4 No.1, 2014

    Permasalahan Pengurusan Hartanah Wakaf Di Malaysia 43

    Ismail, C. Z., Muda, S., Ahmad Hanafiah, N. J. (2014) Challenges and Prospect of cashWaqf Development in Malaysia. Journal of Basic and Applied Scientific Research. 4(2),340-348.

    JAWHAR (2006) Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji. Alamat web: http://www.jawhar.gov.my.[Dilawati pada 4 Januari 2013]

    Kahf, M. (1998) Financing the development of awaqf property. Proceedings of Seminar onDevelopment of Awaqf organized by IRTI, Kuala Lumpur, Malaysia. 2-4 March 1998.Kahf, M. (2003) The role of waqf in improving the ummah welfare. Proceeding paper inInternational Seminar on Waqf as a Private legal Body organized by the Islamic Universityof North Sumatra, Medan, Indonesia. 6-7 January 2003.

    Mat Rani, M. A. (2012a) Pentadbiran Dan Pengurusan Tanah Wakaf Di Malaysia. Alamat:http://drafendi.blogspot.com/2012/02/pentadbiran-dan-pengurusan-tanah-wakaf.html.Kemas kini: Ahad, 26 Februari 2012. [Dilawati 12 April 2013]

    Mat Rani, M. A. (2012b) Implikasi Perundangan Terhadap Pendaftaran Tanah Wakaf DiMalaysia: Kajian Di Majlis Agama Islam Negeri Di Malaysia. Alamat:http://drafendi.blogspot.com/2012/07/implikasi-perundangan-terhadap.html. Kemaskini:10 Julai 2012. [Dilawati: 12 April 2013]

    Mohd Nor, N.; Mohamed, M. O. (2011) Categorization of Waqf Lands and theirManagement Using Islamic Investment Models: The Case of the State of Selangor,Malaysia. 03 Januari 2011. Alamat: http://waqaf-ismul.blogspot.com/2011/01/categorization-of-waqf-lands-and-their.html. [Dilawati 12April 2013]

    Muhammad, I. N. (2010).\ Scholar, Merchants and civil society- Imperative for waqf-basedparticipatory poverty alleviation initiatives in Kano, Nigeria. Humanomics. 26(2), 139-157Muhammad, N.; Mukhtar, (2006) Pembangunan Tanah Wakaf: Prospek Dan Strategi. PusatPemikiran dan Kefahaman Islam (CITU), Universiti Teknologi MARA, Malaysia.

    Osman, A. Z. (2010) Accountability of waqf management: Insight from praxis ofnongovernmental organization (NGO). Proceeding paper at The Seventh InternationalConference - The Tawhidi Epistemology: Zakat and Waqf Economy. Universiti KebangsaanMalaysia, Bangi. 6-7 January 2010.

    Ramli, A. H.; Ayob, A. C. (2005) Islam Hadhari: Pengukuhan Institusi Baitulmal danWakaf di Malaysi. Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), UiTM Shah Alam.Rahman, R. (2009) Pembangunan Tanah Wakaf: Prospek Dan Strategi, Pusat Pemikirandan Kefahaman Islam (CITU). Universiti Teknologi MARA. Malaysia.

    Sadeq, A. H. M. (2002) Waqf, perpetual charity and poverty alleviation. InternationalJournal of Social Economics. 29 (1), 135-151. Siti Rokyah, M. Z. (2005) Determinants of financial reporting practices on waqf byMalaysian State Islamic Religious Council in Malaysia. unpublished Masters Dissertation.University of Kuala Lumpur, Malaysia.

    Yaakob, H. (2013) Waqf history and legislation in Malaysia: A Contemporary Perspective.Journal of Islamic and Human Advanced Research, 3(6), 387-402.