isu pemilikan rumah - buletin.hartabumi.com · berita hartanah hb 03 28 sept 2018 berita hartanah...

32
ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 28 SEPT 2018 Edisi : #18 CERITA-NAH! Hartanah 101 Panduan lengkap jual rumah di Malaysia. Isu-isu menarik: Fokus Kawasan Apa yang best sangat di Kepong dan Sepang sehingga banyak pemaju yang membuat keputusan untuk bina rumah di kawasan ini. Dekorasi Hot Serlahkan Unit Studio Anda Dengan Idea Deko Ini. [email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.com Dan Cadangan Polisi Rumah Mampu Milik Di Malaysia ISU PEMILIKAN RUMAH

Upload: phungmien

Post on 17-Mar-2019

249 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

ANALISIS | BERITA | STRATEGI | HARTANAH HOT 28 SEPT 2018Edisi : #18

CERITA-NAH!

Hartanah 101

Panduan lengkap jual rumahdi Malaysia.

Isu-isu menarik:

Fokus KawasanApa yang best sangat di Kepong dan Sepang sehingga banyakpemaju yang membuat keputusan untuk bina rumah di kawasan ini.

Dekorasi HotSerlahkan Unit Studio AndaDengan Idea Deko Ini.

[email protected] | 03-76104766 | www.hartabumi.com @hartabumi.com

Dan Cadangan Polisi Rumah Mampu Milik Di MalaysiaISU

PEMILIKANRUMAH

Page 2: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

28 SEPT 2018HB 01

Ketua EditorRADZI TAJUDDIN

EditorNADZRI SAZALI

PenulisFATIN HARIS

KreatifAMIRUL NIDZAM

HASIENAH ROSLAN

Maklum [email protected]

Maklum balasJika anda ada sebarang komen atau cadangan, sila email kami :

[email protected] sedia mendengar pandangan anda

Penerbit:

REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)26-01, Reflection Residence, Mutiara Damansara, 47820 Petaling Jaya, Selangor, MalaysiaTel : 03 – 76104766

Hak cipta terpelihara. Semua artikel yang diterbitkan tetap menjadi hak milik REKAYASA BUMI SDN BHD (11167537-X)

Buletin hartabumi.com di-terbitkan setiap hujung bulan dan diedarkan secara atas talian di portal:

www.hartabumi.com/buletin Kisah Pelabur5 Dosa besar dalam pelaburan hartanah

4-5

Isu Pemilikan RUmah Di MalaysiaIsu Muka Depan17-20

Dan cadangan polisi rumah mampu milik.

Serlahkan Unit Studio AndaDengan Idea Deko Ini.

Dekorasi Hot27-28

Fokus Kawasan21-25

Apa yang best sangat di Kepong dan Sepang sehingga banyak pemaju yang membuat keputusan untuk bina rumah di kawasan ini.

Hartanah Hot10-16

Berbaloikah membeli rumah Serenia Adiva dan RUMAWAIP Residensi eNESTa ?

Panduan lengkap jual rumah di Malaysia.

Hartanah 1016-8

Kepong dan Sepang

Page 3: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu
Page 4: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

BERITA HARTANAH HB 0328 SEPT 2018

BERITA HARTANAH MINGGU INI

Penduduk Wangsa Maju spesifiknya Wangsa Perdana 3 menentang pembinaan satu lagi pembangunan tinggi berdekatan dengan rumah mereka.

Hal ini kerana, terdapat beberapa projek dengan kepadatan tinggi di kawasan Wangsa 9 yaqni The Hamilton Wangsa Maju dan Wangsa 9 Residency dengan masing – masing mempunyai 565 unit dan 435 unit.

Apa yang lebih membimbangkan ialah, kedua duanya terletak kurang lebih 300m dan 700m dari Desa Putra Condominium yang dijangka akan menyebabkan kesesakan lalu lintas dan lambakan kenderaan yang diparkir di sisi jalanraya.

Sumber: PropertyGuru

Sebelas pusat membeli-belah dijangka siap di Lembah Klang pada separuh kedua tahun ini, dengan keluasan 6.58 juta kaki persegi ruang niaga runcit untuk pasaran sedia ada.

Pusat beli belah terbesar dijangka memasuki pasaran ialah Empire City Damansara Mall, dengan keluasan kira-kira 2.3 juta kaki persegi. Ini diikuti oleh Tropicana Gardens (1 juta kaki persegi) dan Central i-City Shopping Centre (940,000 kaki persegi).

Sumber: PropertyGuru

Rancangan Struktur Pulau Pinang 2030 memberi dua bulan lagi untuk penduduk dan masyarakat Pulau Pinang memberi sebarang maklum balas dan kritikan kepada kerajaan negeri Pulau Pinang.

Draf pertama akan dipamerkan di tingkat tiga Komtar Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) di tanah besar.

Sumber: PropertyGuru

Penduduk Wangsa Maju BosanDengan Lambakan Projek Mewah

Lembah Klang Bakal Terima 11 Pusat Beli BelahBaru Menjelang Hujung 2018.

Pelan Pulau Pinang 2030 Bakal Didedah2 Bulan Lagi.

Page 5: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

Terdapat beberapa projek hartanah yang kadar kenaikan nilai semasa tidak begitu memberangsangkan. Walaupun dari luaran nampak sesuatu hartanah itu cantik dan mempunyai kemudahan yang hebat, tetapi tidak mendapat permintaan yang tinggi.

Perkara penting yang perlu diingatkan dalam pelaburan hartanah, pemilik perlu kekalkan 'nilai intrinsik’.

Bila beli hartanah untuk jangka masa panjang, kita perlu tahu siapa target penyewa campuran di situ. Sekiranya kita sudah tahu bahawa bakal penyewa nanti terlalu bercam-pur antara komuniti bekerja, pelajar, warga Afrika atau pekerja asing, seeloknya abaikan sahaja rumah itu.

Hartanah yang semua golongan mampu sewa, kadar kos untuk milikan pun rendah, kira harga pun akan kekal murah. Pembeli subsale yang boleh nampak komuniti kawasan tu penuh dengan warga Afrika, biasanya takkan beli untuk keluarga mene-tap.

Kalau tu kawasan student, kena ingat yang harga sewa nanti akan kekal untuk student mampu sewa. Contoh unit kondo 3 bilik di Nilai harga dalam RM300,000 dibeli pada tahun 2010. Bayaran bulanan pada bank RM1,300.

Student universiti area ni boleh lagi sewa dengan kadar RM1,800 untuk fully furnished. Tapi kalau 2016 nak jual harga RM450,000 dengan bayaran bulanan bank RM1,900, ramai ke student yang mampu sewa fully furnished RM2,500?

Adalah sangat penting untuk kita mengenali jiran hartanah kita. Pembeli dan pelabur wajib tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu bata, malah turut pada gaya hidup kawasan kejiranan.lokasi ini pula berdasarkan pada beberapa faktor.

Campuran Penyewa yang salah(Wrong Tenant Mix)

Kenal Jiran Anda

Ubahsuai yang berlebihan & tidak praktikal

Lokasi Hartanah Anda

Contoh perkara yang boleh jejaskan nilai hartanah:i. kadar jenayah yang tinggiii. kurang kehijauan, kawasan tanah gersangiii. pencemaran udara dan bunyiiv. kurang fasiliti sekitarv. budaya komuniti minoriti vs majoriti

Segala ubah suai yang dilakukan boleh menambahkan nilai hartanah kita. Namun, jika reka bentuk ubah suai itu terlalu unik sehingga hanya segelintir masyarakat sahaja yang menghargai hartanah itu, nilai hartanah yang ada tadi akan jatuh.

Kebanyakkan pemilik rumah apabila dapat sahaja kunci rumah, akan terus lakukan ubah suai. Contohnya, ubahsuai rumah dapat kunci je, renovate parking ikut size kereta sendiri, sekali dengan cat chequered flag hitam putih. Dinding luar cat lagi warna merah.

Dalam rumah lain bilik lain warna. Dapur extend sampai belakang, bagi luas wet kitchen. Bilik bawah terlalu kecil, dipecah-kan bagi luas dining hall. Bila ada pembeli nanti, mest minta harga murah sebab dia nak renovate balik ikut taste sendiri.

Lokasi untuk memilih hartanah sangat penting. Tidak ada pembeli yang mahu duduk di kawasan persekitaran yang tidak sihat penuh dengan pencemaran. Contohn-ya, cuba bayangkan, ada pemaju bina pembangunan kediaman mewah di kawasan perindustrian di mana betul-betul bersebelahan dengan kilang besi. Sudah pasti persekitarannya nanti tidak aman dengan keadaan treller dan lori keluar masuk serta menghasilkan pencemaran bunyi dan udara.

Sangat jauh bezanya jika dibandingkan dengan kawasan perumahan komersil di mana kediaman kondominium di tingkat atas, dan pusat membeli-belah di tingkat bawah. Nak cari penyewa pun mudah dan yang paling penting, sesuai untuk keluarga menetap kerana mudah untuk mereka membeli barang keperluan seperti barang dapur.

Sementara itu, hartanah yang jauh dari pengangkutan awam dan akses lebuh raya pula, paling sukar untuk mendapat permint-aan yang tinggi. Walaupun rumah yang dibina itu cantik dan mewah dikelilingan alam hijau, namun kemudahan akses tidak begitu baik, sesiapa pun tidak berminat untuk membeli apatah lagi untuk menetap.

Faiz AliEjen HartanahREN 176O3O1O 4O7 O551

"Semua pihak perlu memainkan peranan dalam menguruskan 5 perkara ini. Perlu ingat bahawa tidak semua pelaburan hartanah menjamin keuntungan 1OO%."

5Dalam Pelaburan Hartanah

DOSABESAR

KISAH PELABUR HB 0428 SEPT 2018

Page 6: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

Ada 2 unit yang diubahsuai jadi 7 bilik di Cyberia Townhouse, Cyberjaya. Owner bagi sewa bilik kat student MMU, total sewa dapat RM4000. Kaw-kaw punya renovate sampai dapur pun tak wujud dah. Bila nak jual, jadi masalah sebab bukan semua orang nak rumah 7 bilik buat hostel.

Swimming pool kotor, bekalan air selalu terputus, security hilang entah ke mana, dan urusan geran strata dengan pemaju pun senyap je.

Contoh paling mudah, Perdana View Condo, Damansara Perdana. Pemaju MK Land, siap 2004. Sampai sekarang belum dapat geran strata lagi. Management yang jadi JMB untuk uruskan hartanah MK Land biasanya anak syarikat sendiri. Tu yang jadi masalah.

Kalau Henry Butcher yang jadi JMB, pelabur konfiden yang hartanah tu akan diruskan dengan cemerlang. Yang lain pun ada yang ok tapi diorang ni paling power. Sekiranya ada masalah dengan JMB, boleh refer http://jmbmalaysia.org/.

Tak banyak beza pun dengan individual title, cuma yang berstatus strata ni habis kacau 1 komuniti.

Biasanya hartanah status strata ni ada banyak fasiliti dan common area. Bila management (JMB) tak uruskan betul-betul, jadi teruk.

Poorly Managed StrataProperty

HB 0528 SEPT 2018

Page 7: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

Siapa yang lebih arif mengenai perkara ini kalau bukan peguam. Jadi anda WAJIB upah peguam untuk memudahkan proses jual rumah.

Untuk memudahkan kerja anda yang sememangnya sibuk dengan pelbagai urusan lain, Hartabumi nasihatkan anda upah ejen hartanah untuk memudahkan urusan jual rumah. Ini adalah kerana tanggunjawab ejen hartanah ialah untuk menguruskan proses jual, beli, sewaan mahupun pajakan berkaitan dengan hartanah.

Namun anda tidak wajib untuk anda mengu-pah ejen hartanah, sekiranya mampu silalah. Upah ejen hartanah tidak wajib namun upah peguam wajib ye.

Peguam diperlukan untuk menjual hartanah kerana urusan jual beli hartanah ini bukan setakat surat menyurat semata-mata. Ia melibatkan undang-undang kontrak dan undang-undang tanah.

Selaku portal carian hartanah yang khusus untuk bumiputera, Hartabumi selalu keluarkan artikel mengenai pandu-an beli rumah supaya lebih ramai bumiputera yang celik mengenai proses-proses yang rumit untuk membeli rumah.

Untuk artikel kali ini, jom kita fahami cara untuk jual rumah pula di Malaysia. Yelah tujuan beli rumah berbeza-beza mengikut keperluan individu, ada yang beli rumah untuk tinggal sendiri, ada yang beli rumah untuk pelaburan masa depan dan sebagainya. Sekiranya sudah cukup tempoh untuk dilaburkan, bagaimana caranya untuk jual rumah?

Adakah dengan cara mengiklankannya di mana-mana portal, buat bunting tulis ‘rumah untuk dijual, harga boleh dirund-ing’ atau upah ejen untuk bantu anda? Cara bagaimana yang mudah dan berke-san? Jom Hartabumi kupaskan.

D� M�l�y�i�J u a l R u m a h

Panduan Lengkap

Lantik peguam dan ejen hartanah untuk kendalikan semua urusan.

Serah Dokumen kepada Ejen Hartanah

Salinan geran

Salinan SPA (Sale and Purchase Agreement)

Sijil CF

Resit pembayaran cukai tanah & taksiran terkini

Salinan kad pengenalan

Anda perlu sediakan beberapa dokumen pentingseperti,

HARTANAH 101 HB 0628 SEPT 2018

Page 8: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 0728 SEPT 2018

Ini menunjukkan anda telah selesai proses jual rumah. Tahniah. Apabila pembeli meneri-ma kunci rumah maka sempurnalah proses jual rumah anda.

Untuk pengetahuan semua, proses di atas boleh memakan masa lebih kurang 6 bulan lamanya. Jadi sebab itu amat penting untuk anda faham mengenai proses-proses ini supaya tidak akan berlaku sebarang perkara yang melambatkan urusan anda.

Hartabumi nasihatkan anda menyerah semua dokumen ini seawal mungkin kepada ejen hartanah supaya mereka boleh memer-iksa dan sahkan status hartanah tersebut.

Setelah mengiklankan hartanah anda, ejen pasti akan mendapat beberapa pembeli yang berminat. Pembeli ini kemudiannya perlu membayar booking fee (3%). Booking fee ini perlu dibayar kepada siapa? Pada penjual iaitu anda atau kepada ejen hartan-ah? Booking fee perlu dibayar kepada ejen hartanah kerana mereka yang menguruskan hartanah ini namun wang tersebut tidak akan menjadi milik mereka. Amat penting untuk anda memilih ejen hartanah yang berdaftar agar wang tidak hilang.

Seterusnya pembeli perlu membayar baki 7% dari harga jualan sebagai bayaran deposit rumah dan tandangan S&P. Penjual akan membayar komis-en pada ejen hartanah dan tugasnya selesai disini.

Bayaran Booking Fee oleh Pembeli

Tandatangan S&P

Serah Kunci

Selepas bank menerima bayaran, maka bermulalah proses tukar nama geran kepada pemilik baru. Proses ini diuruskan oleh peguam. Selesai pemindahan nama geran, pembeli perlu menjelaskan baki bayaran hartanah tersebut kepada penjual.

Urusan tukar nama geran

Pembeli diberikan tempoh 3 bulan untuk menjelaskan baki pinjaman bank pihak penjual (seandainya hartanah penjual masih mempunyai baki hutang dengan pihak bank).

Dalam borang booking yang disediakan oleh ejen hartanah telah dinyatakan bahawa sekiranya pembiayaan rumah anda tidak lepas maka, booking fee akan dikembalikan.

Tempoh diberikan kepada pembeli untuk selesaikan bayaran.

Page 9: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 0828 SEPT 2018

Lantik peguam dan ejen hartanahuntuk kendalikan semua urusan.

Pembeli perlu bayar lagi 7% daripadaharga rumah selepas tandatangan Saleand Purchase Agreement (S&P)

Peguam akan uruskan hal pertukarannama geran setelah pihak bankmenerima pembayaran daripembeli.

Penjual perlu serahkan kuncikepada pembeli.

Pembeli diberi 3 bulan untuk langsaikanbaki pinjaman bank pihak penjual(sekiranya penjual belum habis hutangdengan bank)

Penjual bayar komisen ejenhartanah kerana tugas merekatelah selesai.

Pembeli akan membayar bookingfee sebanyak 3% daripada hargarumah (kebiasaannya 3%).

1

3

5

7

2

4

6

8

Pembeli perlu menjelaskan bayaranhartanah kepada penjual setelahpeguam tukar nama di pejabat tanah.

Urutan ProsesJUAL RUMAH

Page 10: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu
Page 11: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 10 HARTANAH HOT28 SEPT 2018

Pemaju gah seperti Thriven memilih Kepong sebagai lokasi projek perumahan mereka kerana lokasi yang strategik. Buat yang masih tidak pasti apa yang menarik di Kepong, teruskan membaca…

Kepong mempunyai akses lebuh raya yang baik melalui beberapa lebuh raya utama termasuk MRR2, LDP, DUKE, Jalan Kuching dan Jalan Kepong. Kawasan Jinjang dan Kepong juga terhubung dengan mudah ke kawasan-kawasan berhampiran seperti Taman Batu, Selayang dan Batu Caves.

Dan apa yang membuatkan hartanah ini lagi menarik, jarak ke KLCC dan Mont Kiara hanya kurang dari 10km! Manakala jarak ke Petaling Jaya pula hanya 17km. Jarak yang sangat dekat dengan tarikan utama ternyata menjadikan Suite eNESTa ini sangat ideal untuk didiami.

MRT 2 yang sedang giat dibangunkan pula menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Pu-trajaya. Patutlah pemaju Thriven bangunkan projek mereka di Kepong, hebat rupanya Kepong ini!

Hartabumi yakin ramai yang bersependapat dengan kami, iaitu beli rumah lebih mengun-tungkan namun apa faktor-faktor yang perlu dititikberatkan sebelum membuat keputusan untuk beli rumah? Lokasi Antara Faktor Terpenting Sebelum Beli Rumah

Antara faktor terpenting dan yang menentu-kan harga sesebuah rumah ialah lokasi rumah tersebut. Kadang-kadang rumah teres biasa sahaja namun harga berjuta-juta kerana terletak di lokasi hotdan begitu juga sebaliknya.

Isu lokasi rumah ini juga subjektif, ramai yang tidak kisah rumah dimana asalkan mempu-nyai kemudahan pengangkutan awam atau lebuh raya sebagai penghubung dengan bandar-bandar berhampiran. Sesetengah pula kalau boleh nak duduk di tengah bandar kerana faktor mudah.

Siapa tak nak beli rumah harga murah betul tak? Tambahan pula dengan situasi ekonomi sekarang yang agak mencabar. Harga rumah yang mahal menyebabkan lambakan rumah tidak terjual serta memberi impak buruk kepada sektor hartanah negara kita.

Ramai yang memilih untuk menyewa sahaja, namun bila kita berbicara perihal sewa beli rumah ni, mestilah membeli rumah lebih menguntungkan. Bayangkan anda menjaga rumah dengan baik, membayar sewa setiap bulan serta membaiki dan mempercantikkan rumah yang akhirnya bukan hak anda.

Baik anda laburkan wang tersebut untuk membeli rumah sendiri. Sekurang-kurang-nya bila perlu anda boleh jual semula atau gunakan rumah tersebut sebagai peluang untuk menjana pendapatan sambilan.

100 Meter Dari MRT 2:Suite eNESTa Kepong Bakal Menguntungkan

Akses lebuh raya

Pengangkutan awam

Beli RumahLebih Menguntungkan

Kepong LokasiStrategik

Page 12: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 1128 SEPT 2018

Itu butiran mengenai apartment, bagaimana pula dengan fasilitinya? Ramai yang memilih untuk tinggal di apartment atau kondo kerana hartanah jenis ini lengkap dengan pelbagai fasiliti seperti gimnasium, dewan serbaguna dan macam-macam lagi. Apa yang Suite eNESTa tawarkan kepada bakal penduduknya?

100 meter dari MRT 2 Stesen Jinjang

Kepadatan Rendah

Apartmen untuk semua

Suite eNESTaKepong

Ya betul! Suite eNESTa Kepong ini hanya terletak 100 meter dari MRT 2 Stesen Jinjang. Kelak, terdapat jambatan yang akan menghubungkan kawasan berdekat-an Suite eNESTa Kepong ini terus ke stesen Jinjang yang ternyata memudahkan penduduk dalam menjalankan aktiviti harian mereka.

Dengan terdapatnya akses pengangkutan yang sangat hampir dengan kondominium, sudah tentu nilaian hartanah di Kepong ini akan semakin meningkat.

Suite eNESTa Kepong merupakan sebuah apartment servis yang berkepadatan rendah yang hanya mempunyai 258 unit sahaja. Cuma 10 unit dalam satu tingkat, dengan kebanyakannya unit penjuru.

Sekiranya sesebuah apartment mempunyai kepadatan tinggi maka penduduknya tidak akan selesa kerana perlu berkongsi kemu-dahan dan fasiliti dengan ramai pihak.

Bakal penduduk Suite eNESTa Kepong pasti dapat menikmati fasiliti serta kemuda-han dengan tenang dan damai. Kualiti fasiliti juga pasti akan terjaga dan terjamin demi keselesaan pemilik apartment ini.

Walaupun Suite eNESTa ini mempunyai 258 unit kesuluruhannya namun hanya tinggal kurang daripada 70 unit sahaja dikhususkan untuk bumiputera, jadi tunggu apa lagi? Jom milikinya sekarang!

Pasti anda tertanya-tanya berapa jumlah bilik serta apa kemudahan serta fasiliti yang disediakan di Suite eNESTa Kepong ini kan?

Ruang Barbeque

Perpustakaan

Surau

Taman Permainan

Sauna

Ruang/ Dewan serbaguna

Kolam Renang

Kolam Renang kanak-kanak

Gimnasium Dinding untuk aktiviti Wall Climbing

Laluan refleksologi

Yang paling menarik mengenai apartment ini adalah di bahagian bawah bangunan ini akan dibina unit kedai untuk tujuan komersil. Ini bermakna akan ada pelbagai jenis kedai untuk kemudahan penduduk sekitar kawasan Suite eNESTa Kepong ini.

Hebat kan kemudahan serta fasiliti yang terdapat disini? Harganya pula bagaimana…?

Harga Padan Dengan Kemudahan Serta Fasiliti

Kalau jumpa rumah 3 bilik yang bawah RM 500,000 memang satu keajaiban lah kan? Namun tahukah anda apartment Suite eNESTa Kepong ini bermula dengan RM 456,000 sahaja. Harga ini telah ditolak siap-siap dengan diskaun bumiputera sebanyak 5%.

Jenis Hartanah: Apartment servis

Keluasan Tanah: 1.3 Ekar

Keluasan Binaan: 953 kps- 1536 kps

Bilik: 3

Tandas: 2

Tempat letak kereta: 1-2

Page 13: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

ISU MUKA DEPAN

HB 1228 SEPT 2018

Kabinet dapur secara percuma

Almari

Penghawa dingin di dalam semua bilik tidur serta ruang tamu

Pemanas air mandi di dalam semua tandas

Lampu juga tersedia

Buat yang berminat anda hanya perlu membayar wang pendahuluan sebanyak RM3,000 sahaja dan bakinya boleh dibayar dalam ansuran selama 6 bulan.

Hartabumi yakin ini adalah apartment terbaik dibawah RM500,000 yang anda boleh miliki sekarang kerana bukan sahaja harganya berbaloi malah ia dilengkapi dengan pelbagai kemudahan serta fasiliti yang hebat.

Tunggu apa lagi, jom dapatkan Suite eNESTa Kepong sekarang!

Bukan setakat harga yang berbaloi, anda juga akan disediakan dengan,

Page 14: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu
Page 15: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

Apa yang menariknya lagi ialah Serenia City yang terletak di Sepang ini boleh dimasuki menerusi Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Raya MEX dan dihubungkan ke Lebuh Raya ELITE menerusi persimpangan keluar masuk Serenia City .

Hartabumi yakin anda tidak akan ada masalah seperti susah nak ke bandar sekitar Serenia City. Apa yang lagi menarik, jarak ERL Salak Tinggi dari Serenia City tak sampai 5km tau!

Perkara pertama yang perlu diambil tahu sebelum membeli sesebuah hartanah ialah lokasinya. Ia juga merupa-kan penentu harga sesebuah hartanah. Sekiranya terletak di kawasan yang strate-gik maka harganya lebih tinggi berbanding yang terletak di kawasan agak jauh terpinggir dari bandar.

Jom baca artikel mengenai cara pilih lokasi hartanah yang betul di sini.

Jadi Serenia City ni bagaimana pula? Strategik kah lokasinya? YA! Sepang merupakan lokasi strategik kerana,

Kenapa Sime Darby Property Pilih SepangUntuk Bangunkan Serenia City?

KLIA dan KLIA2 yang merupakan pintu masuk serta keluar utama Malaysia terletak di Sepang. Jika anda membeli kediaman di Sepang, anda sudah tidak perlu risau akan kelewatan untuk ‘check-in’ flight memandangkan jaraknya tidak jauh, hanya 15km sahaja untuk ke KLIA!

Malah bakal penyewa juga tersenyum ria kerana masih mampu untuk menu-kar baju dan peralatan dalam bagasi saat akhir sebelum ke KLIA. Anda juga boleh memulakan servis seperti ‘bed and breakfast’ serta penginapan mengikut jam bagi mereka yang menunggu penerbangan masing-mas-ing.

Anda bukan kaki travel jadi anda tidak peduli dengan kewujudan lapangan terbang berhampiran dengan rumah anda?

Jangan risau, salah satu sebab anda perlu beli rumah di Serenia City ini ialah kerana Sepang mempunyai jaringan pengangkutan yang hebat. Antara jaringan lebuhraya yang menghubungkan dunia luar ke daerah Sepang adalah seperti berikut:

Lokasi StrategikSerenia City

Serenia City Township yang lengkap

1. ELITE Highway dengan akses ke jalan baru (B29)2. MEX (Maju Expressway) Highway3. North South Highway melalui B324. KLIA Expressway melalui B325. Jalan Kajang Dengkil melalui B48

HB 1428 SEPT 2018

Page 16: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

Buat yang kurang jelas mengenai konsep township, ia adalah sebuah projek pembangunan yang terdiri dari hartanah jenis kediaman, komer-sil, runcit, serta perniagaaan.

Antara contoh projek township yang telah berjaya dimajukan oleh Sime Darby Property ialah Subang Jaya, City of Elmina, Putra Heights dan juga Ara Damansara. Kalau nak sebut semua township oleh Sime Darby Property ni memang tak menang tangan!

Sebagai contoh sekiranya anda membeli rumah Serenia Adiva di township Serenia City ini anda akan mempunyai akses kepada;

Hartabumi yakin township yang dibina oleh pemaju bereputasi serta berpengalaman iaitu, Sime Darby Property pasti akan menarik ramai pembeli. Serenia Adiva merupakan pemban-gunan fasa kedua selepas Serenia Amani yang terjual dalam masa satu jam sahaja pada hari ia dilancarkan.

Serenia Adiva merupakanhartanah FREEHOLD.Kebelakangan ini memang sudah menjadi

trend semasa untuk setiap pemaju memba-ngunkan projek perumahan berkonsepkan township.

Hartabumi amat galakkan anda yang sedang mencari rumah untuk membeli rumah yang berkonsepkan township ini kerana mempunyai pelbagai kelebihan seperti pelbagai kemudahan berdekatan yang dibangunkan oleh pemaju sesebuah projek perumahan.

Bayangkan walaupun anda membeli rumah jauh dari ibu kota, anda masih boleh menik-mati semua kemudahan yang terdapat di ibu kota. Walaupun kemudahan tersebut tidaklah sehebat dengan yang di ibu kota namun ia cukup untuk memenuhi kehendak serta keperluan kita.

Taman di kawasan perumahan untuk penduduk melakukan aktiviti riadah bersama keluarga serta kawan-kawan.

Tasik, kawasan berjoging serta berbasikal bagi menggalakkan penduduk mengamalkan gaya hidup sihat.

Bangunan komersil serta perindustrian akan membuka peluang pekerjaan kepada penduduk Serenia City dan kawasan sekitarnya.

Akses jaringan lebuhraya yang bakal memudahkan anda, rujuk perenggan atas untuk senarai lebuhraya yang menghubu-ngkan Serenia City dengan bandar sekitarnya.

Ya! Macam susah nak percayakan? Pemaju terkenal seperti Sime Darby Property masih menjual hartanah jenis freehold. Buat yang tidak faham apa itu freehold, jom kita ulangkaji sedikit. Freehold atau bahasa melayunya pegangan bebas bermaksud anda mempu-nyai hak ke atas pemilikan hartanah sampai bila-bila. Ini juga bererti anda boleh memindah-kan hartanah kepada anak-anak atau sesiapa sahaja tanpa had tempoh dan waktu. Nak faham lebih lanjut, rujuk artikel ini.

Sekiranya anda membeli Serenia Adiva, pemilikannya adalah hak anda sehingga bila-bila, boleh tukar nama anak atau siapa sahaja pada masa akan datang tanpa bersu-sah payah nak uruskan isu pertukaran hakmilik tanah yang rumit dan memeningkan kepala itu.

HB 1528 SEPT 2018

Page 17: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 1628 SEPT 2018

Apa yang menarik sangat tentang Serenia Adiva ni?

Serenia Adiva merupakan rumah teres 2 tingkat berukuran 20’x75’. Hartabumi yakin ia cukup luas untuk anda sekeluarga, sekarang mari kita lihat butiran penting lain;

Antara kelebihan Serenia Adiva ialah, ia direka khas buat anda yang gemarkan rumah dimasuki pencahayaan semulajadi serta pengudaraan yang baik. Kelebihan seperti ini dapat memudahkan pembeli menjemur pakaian, tiada masalah lembap di dalam rumah serta boleh menjimatkan wang memasang lampu berlebihan di dalam rumah.

Seperti yang Hartabumi nyatakan diatas, kami yakin anda faham bahawa Serenia City merupakan sebuah township yang ideal pada zaman sekarang, lengkap dengan pelbagai kemudahan tanpa penduduknya perlu bersusah payah keluar dari kawasan perumahan tersebut.

Rumah teres 2 tingkat Serenia Adiva ini berharga RM 561,888. Harga ini merupakan harga SEBELUM DISKAUN BUMIPUTERA sebanyak 7%. Namun Hartabumi nasihatkan anda untuk dapat-kan Serenia Adiva segera kerana maklumlah quota unit Bumiputera amat terhad jadi kalau terlepas, kami tak boleh nak tolong dah.

Fasa 1 akan mula dijual bermula 6 Oktober ini manakala untuk fasa 2 pula, tarikh pelancaran masih dalam perancangan. Jadi rebut peluang anda sebelum terlambat!

Pada yang betul-betul berminat atau masih keliru, Hartabumi faham! Yelah, nak beli rumah memang kena fikir masak-masak. Anda boleh ke Serenia Adiva Sneak Peek yang bakal berlangsung pada 29 & 30 Oktober akan datang.

Hartabumi nasihatkan anda ke event ini supaya anda boleh bertanya dan selesaikan kekeliruan yang anda ada contohnya berapa luas unit ni sebenarnya, bagaimana prosedur untuk memohon, berapa kelaya-kan pinjaman rumah dan sebagainya.

Pihak panel bank juga akan turut serta pada 29 & 30 Oktober ini jadi bolehlah anda bertanyakan mengenai urusan pinjaman perumahan pada pihak bank terus supaya lebih jelas.

Bukan senang nak dapat pakej berbaloi dengan rumah yang dijual pada masa kini tambah pula dibangunkan oleh pemaju bereputasi tinggi, anda tidak perlu was-was untuk membuat keputusan.

Serenia Adiva RumahTeres Idaman Ramai

Jom Ke Serenia AdivaSneak Peek Pada29 & 30 Oktober Ini

Harga berbaloi!

Jenis Hartanah: Rumah Teres 2 Tingkat

Keluasan Binaan: 1874-2137kps

Unit: 176 unit (Fasa 1) dan 226 unit (Fasa 2 – masih belum mempunyai tarikh pelancaran)

Bilik: 4

Tandas: 3

Page 18: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

Isu pemilikan rumah sememangnya satu masalah yang besar di Malaysia. Masalah ini begitu kompleks dan tidak boleh dilihat dari satu sudut semata-mata.

Untuk permulaan, kita mempunyai lebih daripada 34,532 unit rumah bernilai RM22.67 bilion yang tidak terjual setakat suku pertama 2018. Angka ini adalah yang tertinggi dalam masa 10 tahun.

Mengapakah perkara ini terjadi? Adakah kerana tidak wujud permintaan? Atau sebenarnya kebanyakan rakyat telah memiliki rumah?

Jawapannya, pastilah tidak.

Simptom membina produk yang salah ini nampaknya telah berjangkit kepada agensi perumahan milik kerajaan. Di Selangor, lebih 100,000 unit rumah kos rendah yang sepatutnya boleh dijual licin serta merta masih tiada pembeli.

PR1MA yang diketahui umum perlu membina sejuta unit rumah mampu milik bagi golongan pertengahan hanya mampu menjual sekitar 20 ribu unit sejak penubu-hannya. Ini bersamaan dengan 14% daripada 140 ribu unit yang sedang dibina.

Antara sebab mengapa keadaan ini berlaku adalah berpunca daripada pembi-naan produk yang salah daripada kehendak pasaran. Jadi, bagaimana perkara ini boleh dibendung dan diatasi?

Ada solusinya.

Solusi pertama adalah dengan melalui pengumpulan dan penggunaan data atau lebih tepat lagi data raya (big data).

Untuk permulaan, langkah Jabatan Penila-ian Perkhidmatan Harta atau NAPIC memperkenalkan sistem ‘Unsold Property Enquiry System Malaysia (UPESM)’ dalam memberikan maklumat berkenaan hartan-ah tidak terjual secara terperinci kepada pemaju adalah tindakan yang tepat.

Jadi di sini kita dapati produk yang ada di pasaran adalah produk yang salah di tempat yang salah dan dijual pada harga yang salah. Noktah.

Kemungkinan besar ramai yang akan terus mentertawakan para pemaju kerana mereka tersalah bina produk. Nanti dahulu.

Situasi ini berlaku kerana rata-rata unit rumah yang tidak terjual itu merupakan produk yang tidak bertepatan dengan kehendak pasaran. Dalam bahasa mudah, tiada siapa yang nak beli rumah tersebut.

Di Malaysia, harga maksimum bagi rumah mampu milik adalah sekitar RM282,000. Ini adalah cadangan Bank Negara Malaysia. Namun begitu, hanya 21% rumah yang dibina pada 2017 adalah rumah berharga RM250,000 ke bawah.

Ini adalah sebab utama mengapa lebih 70% rumah yang tidak terjual (Walaupun sudah siap lebih dari 9 bulan) adalah yang berharga RM300,000 ke atas.

Produk Salah DiPasaran Salah

Unit RumahTidak Terjual

Platform Data Raya(Big Data)

Isu Pemilikan RumahDan Cadangan Polisi Rumah Mampu MilikDi Malaysia

ISU MUKA DEPANHB 1728 SEPT 2018

Page 19: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 1828 SEPT 2018

Dari sini pemaju akan lebih mengetahui maklumat seperti bilangan unit tidak terjual, harga hartanah tersebut dan kawasan yang terlibat. Sekurang-kurangnya pemaju tidak sesuka hati terus membina projek baru tanpa membuat keputusan yang berlandas-kan fakta dan data.

Pada masa yang sama, cara pengumpulan data di antara NAPIC dan KPKT perlu diseragamkan kerana NAPIC mengumpul data daripada maklumat kelulusan meran-cang manakala KPKT mendapat data berdasarkan lesen pengiklanan pemaju.

Jika punca dan definisi data ini tidak diserag-amkan, pasaran akan keliru berkenaan data sebenar berkenaan bagi permintaan, pengeluaran, harga, jenis produk dan demo-grafi di sesuatu lokasi. Sesuatu perlu dilaku-kan dari aspek ini. Namun mempunyai platform dataraya bagi perkara ini masih tidak mencukupi.

Malaysia mempunyai masalah di mana harga rumah yang amat tidak mampu milik. Bagaimana kita mengukur kadar mampu milik? Formulanya adalah dengan melihat pendapatan tahunan. Bank Dunia menetap-kan harga rumah perlu berada sekitar 3 kali ganda dengan pendapatan tahunan tetapi di Malaysia, nisbah gandaanya adalah sehing-ga 5 kali ganda.

Oleh itu, tidak dapat tidak kita perlu memikir-kan solusi bagaimana harga rumah dapat dikurangkan. Atau lebih tepat lagi, kos membina rumah.

Dalam hal ini adalah perkara yang ideal jika kerajaan boleh memberikan tanah secara percuma atau dijual pada harga yang rendah sebagaimana tanah-tanah yang dibeli oleh 1MDB.

Harga Rumah MasihTinggi

Tanah Strategik UntukRumah Rakyat

Dilema Kerajaan NegeriDan Pusat

Lebih ideal juga jika tanah yang diberikan kerajaan itu merupakan tanah yang bersebala-han dengan pengangkutan awam seperti di stesen-stesen MRT kerana ia boleh mengurang-kan kos pengangkutan rakyat serta meningkat-kan kadar mobiliti mereka.

Malangnya, di sebalik kerajaan telah berbelanja RM21 bilion bagi membina jaringan MRT yang moden dari Sungai Buloh ke Kajang, kebanya-kan tanah-tanah strategik berdekatan dengan stesen MRT dimiliki atau telah dibeli (baca: dilobi) oleh pemaju-pemaju swasta.

Sila lihat dari stesen Sungai Buloh hingga ke stesen Damansara Height. Tidak ada satu pun tanah bersebelahan stesen MRT dikhususkan bagi projek PR1MA atau yang sewaktu dengann-ya. Oleh yang demikian, kerajaan (baru) boleh membuat perancangan segera untuk mempe-runtukkan tanah-tanah strategik dengan pengangkutan awam bagi projek rumah mampu milik.

Ia boleh dilakukan kerana sebagai kerajaan, anda adalah pembuat dasar dan andalah yang pertama mengetahui maklumat apa-apa projek infrastruktur seperti kedudukan stesen MRT.

Tanah juga adalah bidang kuasa kerajaan negeri. Malahan, kerajaan negerilah yang mempunyai saiz tanah yang luas. Walaubagaimanapun, tanah juga adalah sumber pendapatan utama bagi setiap negeri.

Kerajaan Selangor mengutip lebih RM 1.73 bilion atau bersamaan 70% daripada bayaran premium tanah dan ‘quit rent’ pada 2016. Negeri Johor sebanyak 51% manakala Pulau Pinang, Pahang dan Kedah adalah sebanyak 48%.

Jika kerajaan pusat bertindak membayar / membeli tanah kerajaan negeri, kos rumah tersebut akan menjadi tinggi yang mana mengakibatkan wang pembayar cukai digunakan bagi mengsubsidi harga rumah tersebut. Mengambil kira situasi ini, kemungkinan kerajaan negeri perlu diberikan pegangan ekuiti bagi projek rumah mampu milik.

Hal ini berikutan terdapat aspek komersil seperti pembinaan rumah kedai, pembi-naan fasiliti awam seperti dewan, pusat sukan dan taman rekreasi yang berupaya menjana pendapatan. Komponen-kompo-nen ini sekiranya diuruskan dengan baik (REIT misalnya) dapat memberikan pulangan.

Kita semua tahu tanah merupakan kos terbesar bagi sesuatu projek hartanah iaitu sekitar 20-30%.

Dalam hal ini, kerajaan negeri mempunyai dilema sekiranya kerajaan pusat mahu membina rumah mampu milik di tanah-tanah kerajaan negeri. Jika mereka memberikan tanah tersebut secara percuma, mereka kehilangan sumber pendapatan.

Page 20: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 1928 SEPT 2018

Kos Bina Rumah MurahPerlu Murah

Teknologi Lama,Kos Tak Lama

Mengapa ini berlaku? Adakah ini berikutan kos tanah yang meningkat?

Ya dan tidak.

Mengambil kira kenaikan-kenaikan ini, tidak hairanlah kos membina rumah telah meningkat sebanyak RM120 per kaki perse-gi. Sebagai kira-kira, jika rumah 900 kaki persegi, kos tambahan adalah sebanyak RM 100,000 seunit.

Oleh yang demikian perkara ini telah menyumbang kepada kenaikan harga rumah dari pemaju. Siapakah yang bakal menanggung kos tersebut? Sudah pastilah kos tersebut dialihkan kepada pembeli rumah. Jadi, langkah ke arah mengurang-kan harga rumah perlu bermula dari kerajaan negeri. Mereka haruslah mengu-rangkan kos-kos ini (terutama projek rumah mampu milik) supaya pemaju dapat membi-na rumah pada kadar yang lebih rendah.

Sudah tiba masanya juga kerajaan negeri menjadi lebih kreatif dalam mencari sumber pendapatan tanpa perlu terlalu bergantung kepada hasil yang berkaitan dengan pembangunan hartanah oleh pemaju. Untuk rekod, lebih 70% sumber pendapatan kerajaan negeri Selangor adalah melalui bayaran premium dan caj-caj berkaitan pembangunan.

Namun, tidak dinafikan bahawa pemaju juga perlu memainkan peranan dalam mengurangkan kos. Mereka boleh berbuat demikian dengan menukar cara mereka membina rumah. Pada masa kini rata-rata pemaju masih terikat dengan cara tradision-al / lama yang berteraskan buruh. Cara ini mengambil masa yang lama untuk menyiapkan rumah yang semestinya kurang produktif.

Akses kepada buruh murah menyebabkan pemaju terlalu ketagih dengan cara ini. Maklumlah, mudah dan senang. Tetapi, apa pula kesannya? Kos membina rumah menjadi mahal. Pemaju perlu menukar kepada teknologi dan cara yang berproduk-tiviti tinggi seperti ‘Industrial Buildings System (IBS). Memang IBS ini teknologi lama. Sebab itu ia masih relevan sampai sekarang dan telah terbukti mengurangkan kos pekerja dalam membina rumah seban-yak 45% di SIngapura dan Hong Kong. (Rujuk 5 Cadangan Polisi Bank Negara dan Laporan KRI Making House Affordable)

Kerajaan Pusat mungkin boleh mewajibkan setiap projek mampu milik mengguna pakai teknologi-teknologi seperti ini dan menyedi-akan insentif seperti jaminan kredit kepada pemaju yang sanggup menukar kaedah lama ini.

Ini sedikit sebanyak menampung ‘kehilangan’ pendapatan kerajaan negeri hasil daripad apemberian tanah mereka bagi projek rumah mampu milik itu tadi.

Selain itu, apakah cara lain untuk menurun-kan kos membina rumah? Adakah dengan teknologi? Kos pematuhan dan ‘contribution cost’ pula bagaimana? Wajarkah kita mempu-nyai satu agensi mega bagi tujuan rumah mampu milik?

Seperti mana yang kita tahu isu pemilikan rumah adalah kompleks dan memerlukan solusi dari pelbagai sudut. Kita kupas pula dua lagi isu penting iaitu kos binaan rumah dan pembiayaan pinjaman pemohon.

Ya kerana kos tanah sememangnya kekal tinggi. Tidak kerana kos membina rumah (selain kos tanah) turut meningkat. Kos yang dimaksudkan bukanlah kos tanah dan kos bahan mentah (yang kita sedia maklum tidak dikenakan cukai SST) semata-mata tetapi ia merangkumi kos pembangunan, pematu-han dan sumbangan (development, compliance and contribution cost).

Untuk sesebuah rumah dibina, pemaju perlu menye-diakan infrastruktur awam seperti jalan, longkang, tempat parking, kemudahan komuniti, elektrik dan lain-lain.

Inilah yang dikatakan sebagai kos pembangunan, pematuhan dan sumbangan termasuk bayaran premium tanah. Kos-kos inilah yang telah meningkat berkali ganda. NAIK 300% SEJAK 10 TAHUN.

Apa yang terjadi bagi kos-kos ini? Di sesetengah negeri, kos-kos tersebut telah meningkat sehing-ga 200%-300% sejak 10 tahun yang lepas. Ini bermaksud peningkatan dua tiga kali ganda. Sebagai contoh di Pulau Pinang. Jika dahulu kos pembentungan setiap ekar adalah RM10,000, sekarang ia telah dinaikkan ke RM50,000.

Kos pembinaan fasiliti komuniti telah naik dari RM25 setiap kaki persegi kepada RM500 kaki persegi.

Ramai yang beranggapan pemaju sewenang-wenangnya meletakkan harga rumah yang tinggi demi mengaut keuntungan yang melampau. Hakikatnya, tidak semua pemaju yang begitu. Malah, margin keuntun-gan pemaju membina projek perumahan semakin berkurangan daripada 20% kepada 10%-15% sejak kebelakangan ini.

Dan ini bukannya projek membina rumah mampu milik. (Jika tidak, pasti margin lebih rendah.) Meskipun terdapat segelintir pemaju yang lantik syarikat kontraktor sendiri yang kenakan caj mahal dan kemudiannya pemaju dakwa margin mereka rendah, secara amnya margin keuntungan pemaju telah menjadi rendah.

Page 21: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 2028 SEPT 2018

Pinjaman Rumah Tak Lepas

Pinjaman Rumah Tak Lepas

PenutupAntara aspek penting yang perlu diatasi adalah pinjaman perumahan. Jika hari ini 100 orang pembeli membuat permohonan pinjaman, kemungkinan besar 50 permohonan itu akan ditolak. Mengapakah ini terjadi? Mudah, ianya disebabkan profil kewangan yang amat lemah terutama di kalangan orang muda.

Langkah bank-bank memperkenalkan skim pinjam-beli (Rent To Own) dan usaha KPKT menggesa mereka menyediakan pakej pinjaman rumah pertama yang lebih fleksibel tidak bermakna jika pemohon sendiri mempunyai profil kewangan yang teruk.

Kalau hutang PTPTN tidak pernah bayar (ini isu sensitif), guna kad kredit sampai habis had, dan dah 'burst' kadar 'debt-service ratio' (DSR) sebab teringin pakai Honda Civic, tidak ada bank yang sanggup berikan pinjaman.

Apakah maksud dan cara kira 'interest' kereta 2.3% anda? Ini perkara asas yang tidak ramai rakyat Malaysia yang faham tentang kadar faedah, pengurusan hutang, kredit dan kewangan. Mereka perlu diajar tentang perkara ini supaya sekalipun pendapatan mereka tidak tinggi, profil kewangan mereka cantik dan memungkinkan mereka mendapat kelulusan pinjaman.

Tidak guna kerajaan menyediakan sejuta rumah mampu milik jika di akhirnya mereka hanya mampu boleh tengok kerana kegagalan mendapatkan pinjaman.

Di akhirnya, inilah antara isu-isu penting yang perlu ditangani secara sekaligus demi memastikan rakyat Malaysia boleh memiliki rumah.

Solusi secara berasingan tidak berupaya membawa kesan yang diharapkan. Malaysia sudah baru, polisi pemilikan rumah juga perlulah baru.

Oleh yang demikian pendidikan kewangan di kalangan pelajar dan generasi muda amatlah penting. Siapa yang tahu berapa jumlah bayaran faedah/bunga bila mereka beli barangan dari Courts Mammoth melalui ansuran mudah?

Ini tidak mengambil kira lagi 75% isi rumah di Malaysia tidak mempunyai simpanan kecemasan walau RM1,000 sekalipun.

Baru-baru ini pun Bank Negara melaporkan 47% belia berumur 20-30 tahun memiliki hutang kad kredit yang amat tinggi.

Page 22: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 2128 SEPT 2018

Kepong sebuah kawasan yang agak lama di ibu negara. Ia terletak berham-piran sempadan Kuala Lumpur dan bandar Petaling Jaya di Selangor.

Dengan jarak hanya kira-kira 12 kilome-ter dari pusat bandar Kuala Lumpur dan 10 kilometer dari Petaling Jaya, sudah tentu Kepong menawarkan banyak hartanah bernilai tinggi untuk anda.

Boleh Tawarkan Kepada Anda?KEPONG

Kedudukan Kepong yang berdekatan dengan Kuala Lumpur khasnya kawasan tumpuan ramai seperti Mont Kiara membuat-kan Kepong kini menjadi tarikan utama pembeli dan pemaju.

Harga kediaman di kawasan Kepong juga dilihat lebih bersesuaian berbanding kawasan-kawasan sekitar termasuk Ampang, Gombak dan Selayang.

1. Akses Pengangkutan Darat

2. Kawasan Tumpuan Pembangunan Kediaman

FOKUS KAWASAN

Kawasan Jinjang dan Kepong juga terhubung dengan mudah ke kawasan-kawasan berham-piran seperti Taman Batu, Selayang dan Batu Caves.

Selain itu, tarikan terkini Kepong ialah pemban-gunan MRT Laluan 2 akan menghubungkan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya.

Berdasarkan kepada situasi semasa, 7 daripa-da 26 stesen MRT2 akan berada di kawasan Kepong dan ia dinamakan sebagai Daman-sara Damai, Sri Damansara (Barat), Sri Damansara (Timur), Kepong Sentral, Metro Prima, Kepong Baru dan Jinjang.

Menjelang tahun 2022, laluan MRT-2 akan dijangka siap dan melengkapkan jaringan pengangkutan awam yang lebih komprehensif yang mana sudah tentu akan meningkatkan daya tarikan Kepong sebagai sebuah kawasan yang berdekatan dengan pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan persekitaran kondusif pada harga rumah mampu milik.

Sejak tiga tahun lalu, Kepong telah melihatkan sekurang-kurangnya lapan pembangunan kediaman strata dan ini membuktikan kawasan ini mempunyai permintaan tinggi dan sentiasa menjadi tumpuan ramai.

Secara umumnya, harga untuk satu kaki persegi hartanah kediaman strata ialah dalam lingkungan RM400 – RM 700. Julat harga yang agak besar ini menawarkan pilihan-pilihan yang bersesuaian kepada pembeli daripada pelbagai golongan pendapatan.

Secara asasnya, Kepong mempunyai akses pengangkutan darat yang baik melalui beberapa lebuh raya utama termasuk MRR2, LDP, DUKE, Jalan Kuching dan Jalan Kepong. Ini membuatkan Kepong menjadi sebuah kawasan terbaik yang mempunyai jaringan hubungan berkualiti.

Anda tidak perlu gusar apabila tinggal di sini, kerana akses jaringan lebuh raya yang pelbagai sentiasa boleh dijadikan pilihan utama.

APA YANG

Page 23: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 2228 SEPT 2018

Pertama, Taman Botani Kepong yang terletak di kawasan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM). Taman dengan keluasan 80 hektar ini menempatkan ratusan jenis tumbuhan yang bernilai tinggi.

Selain itu, Taman Metropolitan Kepong juga menjadi tarikan warga kota yang mahu suasana damai. Kawasan penuh hijau yang dilengkapi tasik ini menjadikan ia kawasan rekreasi popular dalam kalangan mereka yang gemarkan aktiviti larian dan beriadah bersama-sama keluarga.

Kepong turut dilengkapi pasar raya besar utama seperti AEON Metro Prima, AEON BIG, Giant dan TESCO serta Kepong Village Mall yang mempunyai kemudahan seperti panggung wayang.

Di Kepong juga terdapat beberapa sekolah tempatan seperti SK Kepong, SMK Kepong, SMK Kepong Baru, SMK Raja Abdullah dan juga SJKC Kepong.

Selain itu, terdapat beberapa sekolah antara-bangsa yang terletak berhampiran dengan Kepong seperti Hibiscus International School dan Garden International School.

Bagi yang beragama Islam, anda tidak perlu gusar kerana Kepong mempunyai dua masjid utama iaitu Masjid Amaniah dan Masjid Al-Faizin yang terletak di kawasan tumpuan utama.

Serba lengkap kan kawasan Kepong ni? Sesuai sangat untuk beli hartanah!

4. Tarikan Alam Semula Jadi

3. Zon Strategik Dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020

5. Kemudahan Asas Yang Menyenangkan

Kepong telah disenaraikan dalam Zon Strategik Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020 di bawah kawasan Sentul-Manjalara.

Dalam Pelan berkenaan, Kerajaan merancang untuk melaksanakan pembangunan semula di penempatan sekitar Jinjang Utara dan Jinjang Selatan dan ini merangkumi aspek pembangu-nan semula kawasan perindustrian, menaik taraf infrastruktur dan juga menaiktaraf kemuda-han masyarakat di kawasan berkenaan.

Selain itu, kawasan pekan Kepong turut diletak-kan di bawah pelan pembangunan komprehen-sif untuk dibangunkan secara menyeluruh kelak.

Walaupun terletak berhampiran kawasan bandaraya yang sibuk, Kepong mempunyai keunikan tersendiri dengan memiliki dua kawasan alam semula jadi yang mendamaikan.

Page 24: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 2328 SEPT 2018

Daerah Sepang yang dahulunya diumumkan sebagai tempat jin berten-dang lebih lebih lagi dengan reputasi Felda Perang Besar yang menyeliputi sebilangan besar mukim di Sepang kini berubah menjadi sebagai satu daripada potensi pelaburan hartanah terkemuka di Selangor.

Daerah Sepang yang luasnya mencakupi 59,966 hektar pada asalnya dibahagikan kepada tiga mukim iaitu Mukim Dengkil seluas 29,395 hektar, Mukim Labu seluas 29,395 hektar dan Mukim Sepang berkel-uasan 20,441 hektar.

Kerana luasnya Sepang saujana hijau mata memandang, seolah -olah daerah ini tenggelam dek persepsi dan dogma masyarakat setempat. Namun benar kata pujangga bahawa sifat masa itu cemburu, sedar tak sedar masa berlalu dan kini Sepang merupakan antara daerah yang maju di Selangor yang lengkap serba serbi kemudahan dan fasilitinya.

Visi dan misi kerajaan masa lalu dan kerajaan “of the day” akhirnya berjaya merubah wajah Sepang yang kini menja-di nadi penggerak ekonomi negeri Selan-gor, negeri termaju di Malaysia.

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah “Kelasssnya” Sepang ini berbanding daerah-daerah lain di Selan-gor seperti Klang, Shah Alam, Banting dan lain-lain yang hebat dengan fakta dan mitosnya yang tersendiri.

TEMPAT JIN BERTENDANG?SEPANG

Maka jika anda membeli kediaman di Sepang, anda sudah tidak perlu risau akan kelewatan untuk “check-in” flight meman-dangkan jaraknya tidak jauh, sebagai contoh dalam 15 minit perjalanan dari Cyberjaya ke Sepang.

Malah bakal penyewa anda juga tersenyum ria kerana masih mampu untuk menukar baju dan peralatan dalam bagasi saat akhir sebelum ke KLIA. Malah bukan setakat itu, Sepang juga mempunyai kemudahan ERL yang meng-hubungkan Bandar salak Tinggi – Putrajaya – Kuala Lumpur begitu juga dengan kemudahan KLIA Express dan KLIA Transit yang menghubungkan Kuala Lumpur ke KLIA dengan anggaran tempoh masa kurang dari 40 minit perjalanan.

Dari segi jaringan lebuhraya pula, daerah Sepang mempunyai jaringan pintu masuk yang cukup banyak. Antara jaringan lebuhraya yang menghubungkan dunia luar ke daerah Sepang adalah seperti berikut:

1. Jaringan Perhubungan Yang Efisien

ELITE Highway dengan akses ke jalan baru (B29)MEX (Maju Expressway) Highway

North South Highway melalui B32

KLIA Expressway melalui B32

Jalan Kajang Dengkil melalui B48

Mungkin ini antara soalan yang sedang bermain di fikiran anda “Weh apa ada kat Sepang?”, “Berbaloi ke beli rumah di Sepang?”, “Kalau aku beli rumah, ada orang nak sewa ke?” maka sama-sama kita rungkai ke arah perspektif tuntas!!

Tiada siapa mampu menafikan bahawa Sepang merupakan nadi pengangkutan negara, persoalannya pintu masuk utama negara Malaysia ini lokasinya berada di mana?

Di Sepang!! Dengan hamparan landasan KLIA yang luas terbentang kini Sepang boleh berbangga dengan terbinanya dua Lapangan Terbang Antarabangsa berkelas dunia (KLIA & KLIA 2) hasil dari visi Perdana Menteri ke-4 yang juga PM ke-7.

FOKUS KAWASAN

Page 25: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 2428 SEPT 2018

Yang terkini adalah Projek Lebuh Raya Maju (Mex) 2 yang akan menghubungkan Putrajaya dan Lapangan Terbang Antara-bangsa Kuala Lumpur (KLIA) telah siap sebanyak 60 peratus sejak mula dibina awal tahun 2017 dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober atau November 2019.

Projek yang membabitkan jajaran sepan-jang 18 kilometer itu membabitkan pembi-naan laluan tiga lorong sehala bermula dari persimpangan Putrajaya hingga ke Lebuhraya KLIA.

Maka dengan siapnya lebuhraya MEX 2 ini, sudah pastinya ia akan memendekkan jarak masa dari penduduk di sekitar Cyberjaya, Dengkil dan Putrajaya yang ingin bergegas ke KLIA, apatah lagi penduduk dari Kuala Lumpur dan ia akan melimpahkan lagi peluang ekonomi kepada daerah Sepang menerusi industri huluan dan hiliran.

Satu lagi projek hub hiburan & gaya hidup moden masa hadapan yang bakal menjadi tunjang kepada kelestarian ekonomi negeri Selangor adalah Horizon Village Outlets (HVO).

Lokasi HVO yang sangat strategik berham-piran Bandar Serenia Sime Darby Property Sdn Bhd merupakan outletmembeli-belah seakan-akan Mistui Outlet & JPO, dibangun-kan oleh Horizon Group Properties yang merupakan satu daripada pemain industri mall outlet terkemuka di Amerika Syarikat.

HVO bakal menempatkan hampir 150 jenama barangan berkelas dunia dari serata dunia berlantaikan mozek berdinding konkrit hawa dingin seluas 400,000 kaki persegi.

Selain itu, daerah Sepang juga mempunyai lebih dari 50 buah sekolah yang terdiri daripa-da Sekolah Rendah, Menengah, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil & India dan Sekolah Agama di Zon Dengkil, Cyberjaya, Sepang, Sungai Pelek, Jenderam dan Salak.

Rancangan Tempatan Majlis Perbandaran Sepang 2025 menggariskan dasar untuk membawa daerah Sepang ke arah bandar moden dan vibrant berdasarkan hierarki penempatan sekaligus menaikkan imej dan membuka peluang ekonomi yang mampan.

Contohnya bandar Cyberjaya yang mana MPS akan berusaha untuk mewujudkan aktiviti dan program berskala besar dengan konsep berorentasikan IT Hub seperti karnival, persidangan dan mewujudkan Digital Mall IT.

Manakala Bandar Salak Tinggi menerusi konsep Bandar Pentadbiran pula akan menyaksikan pewujudan aktiviti dan kawasan tumpuan baru seperti ‘Mural Art’ di kawasan perniagaan Kosmopleks dan Medan 88 untuk menarik pelancong menetap dan datang ke Sepang.

Yang menariknya, semua kawasan dan mukim di Sepang mendapat perhatian dan manfaat termasuklah Dengkil yang mana MPS akan menaiktaraf imej Pekan Dengkil melalui perabot jalan dan lanskap yang menarik melalui kajian Imej Rekabentuk Pekan Dengkil dengan jolokan Pekan Warisan.

2. Hiburan dan gaya hidup moden

3. Hiburan dan gaya hidup moden

4. Daerah Sepang ke Arah Bandar Moden dan Vibrant

Universiti Infrastruktur Kuala Lumpur (IUKL)Universiti Multimedia (MMU)Universiti Teknologi Kreatif Lim Kok WingUniversiti Sains Komputer dan Kejuruteraan MalaysiaKolej Universiti Sains Perubatan Cyberjaya (CUCMS)Kolej Cyber Putra dan Kolej Antara-bangsa Kirkby.Akademi Penerbangan MalaysiaAkademi Penerbangan AdmalKolej Penerbangan AdmalKolej Teknologi TimurUniversiti Xiamen (kampus Malaysia).UiTM Kampus Dengkil

Tiada apa yang mustahil untuk dilakukan di Daerah Sepang, dengan gaya hidup moden yang boleh dicapai menerusi Mitsui Outlet yang setaraf dengan JPO atau GPO, ditambah pula dengan tegap dan hebatnya senibina IOI City Mall yang lebih hebat dari Mid Valley, disulami pula dengan pasaraya-pasaraya seperti Tesco, Giant, Aeon BIG, Kip Mart yang bertaburan di Sepang, siapa kata penduduk di Sepang tak boleh hidup dan berhibur?

Orang KL pun datang Sepang membeli belah di IOI City Mall.

Sepang mempunyai lebih dari 40 pusat pendidikan tinggi yang terdiri daripada:

Page 26: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 2528 SEPT 2018

Kini MPS sedang dalam rangka kerja untuk membangunkan dan menjenamakan semula tiga bandar utama baharu di Sepang yang mana satu daripadanya adalah Bandar Serenia yang bakal menjadi mercu baharu Sepang selepas Cyberjaya.

Bandar Serenia yang dibangunkan oleh Syarikat Hartanah terkemuka Negara iaitu Sime Darby Property Sdn Bhd merupakan satu lagi grand master plankonglomerat hartanah tersebut ke arah mewujudkan bandar moden.

Lokasi Bandar Serenia ini cukup strategik memandangkan ia dihubungkan oleh Putrajaya – Cyberjaya Expressway, lebuhraya Elite dan stesyen ERL Salak Tinggi. Maka tidak disangsikan lagi bahawa Bandar Serenia ini akan menjadi satu daripada mercu pembangu-nan holistik di daerah Sepang.

Pusat Maklumat Hartanah Negara (NAPIC) menjangkakan pasaran hartanah di Malaysia akan kembali stabil setelah prestasi jualan hartanah agak perlahan pada tahun 2017 yang lalu.

NAPIC melaporkan bahawa Indeks Sewaan Bangunan Pejabat Binaan Khas Khas di Selangor pada suku ke-4 (2017) mencatat peningkatan positif dengan indeks sewaan berjumlah 121.4 dengan purata sewaan (psf) RM44.73, peningkatan 3.7%.

Malah jumlah transaksi jual beli hartanah di Selangor pada tahun 2017 adalah berjumlah RM40.53 bilion melibatkan sejumlah 61,500 transaksi.

Dengan unjuran yang menjangkakan kestabi-lan pasaran hartanah akan mula menjengah pada tahun 2018, maka pilihan untuk melabur di sektor hartanah di Sepang merupakan satu pilihan yang terbaik untuk direalisasikan demi masa depan yang lebih gemilang.

5. Pasaran Hartanah dijangka Pulih pada tahun 2018

6. Jaringan Kemudahan dan Fasiliti Kesihatan

Tiada gunanya sekiranya bandar yang serba moden namun tidak mempunyai fasiliti kesihatan yang serba lengkap untuk kegunaan penduduknya.

Untungnya daerah Sepang ini, Sepang dikelilingi oleh hospital-hospital kerajaan yang canggih dan serba lengkap seperti Hospital Serdang, Hospital Putrajaya, hospital-hospital Swasta dan yang terkini adalah pembangunan Hospital Cyberjaya yang dijangka siap menjelang tahun 2020.

Jadi apa yang kalian termangu-mangu, fakta yang dihamparkan di atas cukup untuk membuktikan bahawa daerah Sepang merupakan daerah pilihan untuk pelabur hartanah dan mempunyai potensi yang cukup baik dari sudut ekonominya.

Jangan silap membuat pilihan, pilihan di tangan anda!

Page 27: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu
Page 28: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 2728 SEPT 2018 DEKORASI HOT

Serlahkan Unit Studio AndaDengan Idea Deko Ini.

1) Buat partition antara living room dan bilik. Anda boleh explore di Pinterest design partition yang menarik untuk studio unit. Untuk Bayberry ini, kami guna kombinasi solid wood dan glass. Mantap kan?

2) Kalau anda tak nak meja makan, boleh besarkan sedikit bar area supaya kawasan ini boleh jadi dual function, breakfast bar dan juga dining table. Pakai kerusi tinggi baru nampak eksklusif.

Ramai yang rungsing bagaimana nak cantikkan unit studio masing-masing. Maklumlah ruangan kecil perlu berhati-hati menghiasnya, silap langkah rumah yang sedia ada kecil akan nampak bertambah kecil. Jom kita belajar dari kajian kes client Deco Guru ini.

Owner nak design yang simple dan tidak terlalu overwhelming, yet a bit industrial. Dengan lokasi Bayberry Tropicana Gardens, Damansara yang betul-betul berhadapan dengan MRT Surian, boleh kira sangat strategik kawasan ini untuk investment lebih-lebih lagi untuk disewa-kan.

Kalau anda ada unit studio atau boleh guna approach ini :

Page 29: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

3) . Studio unit ini boleh dikatakan dalam kelas mewah juga, jadi di kawasan luar bilik air boleh buat walk in wardrobe. Baru rasa macam dalam duduk hotel sikit. haa

4) . Kami nasihatkan anda untuk melabur lebih sikit untuk cari sofa 3 seater yang cantik dan selesa kerana unit anda kecil, jadi sofa boleh jadi 'center piece' untuk unit anda. Banyak scandinavian sofa theme yang sesuai contohnya. Tapi perlu ingat, cantik tak semestinya selesa ya, jadi anda perlu try dulu sebelum beli.

Itu antara beberapa tips ringkas untuk menghias rumah jenis studio anda. Setiap unit berlainan cara menghiasnya namun sekiranya anda melakukan dengan betul pasti akan terserlah keunikan serta cantik mata memandang.

www.decoguru.my

HB 2828 SEPT 2018

Page 30: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 2928 SEPT 2018

96 residencesHarga Asal MYR603,000Diskaun Bumiputera 7&Jenis Kediaman TeresSaiz Binaan 2040 sq ft

SERENEHarga Asal MYR385,410Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman TeresSaiz Binaan 1540 sq ft

EVIRAHarga Asal MYR650,520Diskaun Bumiputera 5%Jenis Kediaman TeresSaiz Binaan 2,121 sq ft - 2,137

ENCLAVE 30Harga Asal MYR759,105Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman Semi DSaiz Binaan 2649 - 3173sq ft

AVISTAHarga Asal MYR678,420Diskaun Bumiputera 7%Jenis Kediaman TeresSaiz Binaan 2,277 sq ft

SENARAI HARTANAHSEPANG

SENARAI HARTANAH

Page 31: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

HB 3028 SEPT 2018 STRATEGI HARTANAH

Ada pelbagai cara untuk memiliki rumah sebenarnya, tak semestinya anda beli rumah yang dah siap, anda juga boleh beli rumah undercon serta subsale. Nak tahu perbezaan, kelebihan serta kekurangan setiap rumah ini, klik sini.

Ha, bagaimana pula sekiranya anda mempunyai sebidang tanah dan ingin mendirikan sebuah rumah di atas tanah tersebut? Apakah syarat serta prosedur untuk membina rumah di atas tanah sendiri?

SYARAT WAJIB UNTUK MEMBINA RUMAH DI ATAS TANAH SENDIRI

Ha… anda tak boleh bina rumah atas tanah orang lain ye melainkan ada bukti hitam putih bahawa tanah itu milik anda. Mungkin semasa arwah nenek anda masih hidup dia ada menyatakan bahawa sekiranya dia meninggal, andalah tuan tanah itu namun sekiranya tiada bukti dokumen, tanah itu bukanlah milik anda dan anda tidak boleh sama sekali membina rumah di atas tanah tersebut.

Ini juga perkara penting, pastikan dahulu status tanah tersebut, sekiranya tanah itu merupakan tanah pertanian atau lain-lain, anda boleh tukar status tanah tersebut terlebih dahulu supaya urusan membina rumah lancar.

Memang perkara ini nampak mudah namun antara syarat wajib untuk bina rumah di atas tanah sendiri ialah pastikan tanah tersebut berkeluasan melebihi 450 mp. Sekiranya kurang daripada keluasan ini, anda tidak boleh membina rumah di atas tanah tersebut.

Sebagai tuan tanah, anda perlu semak tanah anda sekiranya tanah tersebut mempunyai sebarang sekatan seperti sekatan kaveat dan sebagainya. Sekiranya ini terjadi, maka rumah yang dibina tidak sah dibina disisi undang-un-dang.

Semak dengan pihak sepatutnya mengenai sempadan tanah anda. Jangan main bina je rumah di atas tanah tersebut. Pastikan rumah anda berada dalam lot anda sahaja. Sekiranya anda kurang pasti atau masih tidak tahu, anda perlu memanggil jurukur untuk mengukur semula tanah anda.

1

Elakkan membina rumah di tanah yang masih belum dikosongkan kerana ia akan menyebabkan kos pembinaan sedikit mahal kerana tanah tersebut perlu di kosongkan terlebih dahulu.

Sekiranya semua di atas telah lengkap anda kini boleh memohon pinjaman dari pihak bank. Hartabumi ingin ingatkan pada anda setiap bank berlainan.

Sekarang jelas kan apa yang perlu dilakukan untuk membina rumah di atas tanah sendiri. Jom miliki rumah sendiri.

Pastikan GERAN TANAHatas nama anda.

6 TANAH KOSONG2 STATUS TANAH atau syarat tanah perlulah untuk kegunaan jenis kediaman.

3 KELUASAN TANAH yang sesuai.

4 Pastikan tanah tersebut BEBAS SEKATAN.

5 Pastikan tanah tersebut BEBAS SEKATAN.

BAGAIMANA

A t a s T a n a h S e n d i r iNAK BINA RUMAH

Page 32: ISU PEMILIKAN RUMAH - buletin.hartabumi.com · BERITA HARTANAH HB 03 28 SEPT 2018 BERITA HARTANAH MINGGU INI P ... tahu bahawa jual beli hartanah ini bukan sahaja pada fizikal batu

Dapatkan di

www.buletin.hartabumi.com

ANDA SUKA BACACERITA-NAH?

Mahu dapatkan edisi lepas?