permainan tradisional lompat getah

5
PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH Permainan ini dinamakan 'lompat getah' kerana bahan yang digunakan ialah getah halus berbentuk gelang. Alatan yang digunakan ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung (rajah 1). Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya mereka bermain di dalam rumah. Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang. Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "zero point" oleh masyarakat segelintir tempat.ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia. Rajah 1

Upload: hanis-hasni

Post on 01-Jul-2015

2.385 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH

PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH

Permainan ini dinamakan 'lompat getah' kerana bahan yang digunakan ialah

getah halus berbentuk gelang.

Alatan yang digunakan ialah getah yang disambung panjang dan dimatikan

hujungnya supaya tidak terburai ketika permainan berlangsung (rajah 1).

Ia sesuai dimainkan oleh kanak-kanak lelaki atau perempuan dan biasanya

mereka bermain di dalam rumah.

Tempat bermain adalah di atas simen atau lantai papan yang tidak berlubang.

Permainan lompat getah, juga disebut sebagai "zero point" oleh masyarakat

segelintir tempat.ialah sejenis permainan tradisional di Malaysia.

Rajah 1

Page 2: PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH

PEMAIN

Memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pemain, iaitu seorang yang

memegang hujung kanan getah dan seorang di hujung kiri getah, manakala

seorang lagi sebagai orang yang akan melompat.

Permainan ini juga boleh dimainkan oleh ramain pemain.

Jika ramai pemain, dua pasukan perlu dibentuk dan tiap-tiap pasukan perlulah

dilantik ketua atau "ibu" yang akan memulakan permainan apabila tiba giliran

CARA BERMAIN

Bagi menentukan giliran, kebiasaannya undian akan dilakukan. Kaedah undian

yang dilakukan ialah melalui lai lai li tam plom dan diikuti oleh ow som (jika tiga

pemain sahaja). Jika ramai pemain, "ibu" kedua-dua pasukan perlulah ow som.

"Ibu" pasukan yang menang akan memulakan permainan, diikuti "anak-anak".

Dua orang dari pasukan yang kalah akan memegang getah.

Pada awal permainan, getah dipegang tegang pada paras tapak kaki. Semua

yang melompat ketika ini perlu menyebut "zero point". Pemain tidak boleh

menyentuh tali. Jika tidak, pemain itu dikira mati.

Kemudian, getah dipegang pada aras-aras tertentu dari bawah sehingga ke atas.

Aras-arasnya ialah:

i) paras lutut. Pemain perlu melompat tanpa mengenai getah.

ii) paras paha. Namun, paras ini boleh ditinggalkan dengan persetujuan

kedua-dua pasukan. Lompatan tidak boleh mengenai getah.

paras pinggang. Pemain boleh melompat dengan menyentuh getah.

iii) paras dada.

iv) paras telinga

v) paras kepala.

vi) sejengkal dari atas kepala.

Jika terdapat lebih dari seorang pemain yang melepasi paras terakhir, jadi

pemain-pemain tersebut perlu melompat gelang getah tersebut dengan cara

Page 3: PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH

pemegang getah akan memusing getah tersebut dari atas ke bawah. Pemain

yang dapat membuat lompatan pusingan getah yang terbanyak dikira sebagai

pemenang.

GAMBAR PERMAINAN LOMPAT GETAH

Page 4: PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH

Disediakan oleh:

Hanis Syazni binti Hasni

Nur Izzati binti Mat Razi

Rony Thomas

Shahirah Izzati binti Shaik Osman

Page 5: PERMAINAN TRADISIONAL LOMPAT GETAH