permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

12
PERMAINAN TRADISIONAL DAN KEPENTINGANNYA DALAM PNP -- CONGKAK - KONDA KONDI Disediakan Oleh: Rahayu Binti Rasli Wan Farhana Wan Azami Nur Alyaa Afiqah Che Hanafi Siti Mardhiatunnor Zainuddin

Upload: teacherayu

Post on 20-Jun-2015

6.119 views

Category:

Education


0 download

DESCRIPTION

permainan tradisional dan kepentingan

TRANSCRIPT

Page 1: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

PERMAINAN TRADISIONAL DAN KEPENTINGANNYA

DALAM PNP-- CONGKAK

- KONDA – KONDI

Disediakan Oleh:Rahayu Binti Rasli

Wan Farhana Wan AzamiNur Alyaa Afiqah Che Hanafi

Siti Mardhiatunnor Zainuddin

Page 2: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

CONGKAK

• Congkak dipercayai berasal daripada dunia Afrika atau Arab• Di Asia Tenggara, congkak mungkin berkembang dari

Melaka memandangkan negeri ini merupakan pusat perdagangan pada waktu dahulu.[1] Nama "congkak" dipercayai berasal dari perkataan Bahasa Melayu "congak" yang bermaksud pengiraan mental.

• Kanak-kanak di Kepulauan Caribbean juga bermain congkak. Congkak dipercayai sampai ke sana melalui perdagangan hamba. Di sana, congkak dikenali sebagai warri atau awari. Di Indonesia, congkak dikenali dengan nama congklak, di Filipina, sungka.

Page 3: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

ASAS PERMAINAN

• Permainan congkak melibatkan pengiraan. Mereka yang cekap mencongak mempunyai kelebihan mengumpul mata dan seterusnya memenangi permainan.

• Dalam permainan congkak, terdapat dua bahan iaitu papan congkak dan buah congkak. Papan congkak berbentuk sampan dan boleh diperbuat daripada pelbagai jenis kayu dan terdapat lima atau tujuh lubang sebaris yang dikenali sebagai 'kampung' dan di kedua-dua hujungnya terdapat lubang ibu yang dikenali sebagai 'rumah'. Panjang papan congkak tujuh lubang biasanya sekitar 80 cm dan lebanya 18 cm.

• Dua orang pemain diperlukan dan berkedudukan mengadap satu sama lain. Untuk memulakan permainan, biji getah atau guli akan diisikan dalam setiap kampung dengan sama banyak dan rumah dibiarkan kosong.

• Dalam permainan ini, pemain akan memulakannya dengan serentak. Mereka akan mengambil buah congkak dan dimasukkan secara satu persatu buah congkak ke dalam setiap 'kampung' menuju ke rumah masing-masing menurut arah pusingan jam, sehingga salah seorang berhenti di lubang yang kosong dan dianggap mati.

Page 4: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

• 'Rumah' kepunyaan sendiri terletak di lubang hujung sebelah kiri pemain. Pemain yang seorang lagi akan terus berjalan sehingga dia berhenti di lubang yang kosong. Dan selepas itu setiap pemain akan bergilir berjalan sehingga buahnya mati.

• Setiap pemain akan meneruskan permainan sehingga kehabisan buah congkak, dan pemain akan mengisi lubang dengan buah yang terdapat dalam lubang ibu. Pemain yang tidak cukup buah akan ditutup lubangnya, dan pemain yang menang dalam giliran sebelumnya akan memulakan permainan. Ini akan diulang sehingga salah seorang pemain tidak cukup buah bagi mengisi satu lubang sekalipun dan dianggap kalah, atau apabila kedua-dua pemain sudah bosan.

• Sekiranya pemain telah membuat satu pusingan, iaitu melepasi lubang ibu dan kembali ke lubang sebelah pemain, ia boleh mengambil buah di sebelah lubang bertentangan sekiranya ia mati di sebelah sendiri. Ini dikenali sebagai "tembak".

Page 5: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

PERATURAN PERMAINAN• Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan

congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.

• Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut, hanya selepas membuat satu pusingan.

Page 6: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

• Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.

• Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap 'terbakar'. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah.

• Di akhir permainan, buah congkak dikira dari rumah masing-masing. Pemenang adalah yang memiliki buah congkak terbanyak. Sekiranya jumlah buah congkak sama banyak, maka pemain dengan jumlah kampung terbakar terbanyak dikira kalah.

Page 7: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

KONDA – KONDI

Konda-kondi ialah sejenis permainan memukul kayu kecil dengan kayu panjang. Konda-kondi juga dikenali sebagai

Perik Mata memerlukan fikiran yang tajam dan kekuatan pemain, iaitu ketika memikirkan arah yang

selamat untuk menguis kayu dan mengejar kayu yang dikuis untuk mematikan pihak lawan

Page 8: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

• TUJUAN PERMAINAN

Permainan ini menguji kepintaran pemain memukul kayu dan mengelaknya daripada disambut oleh pemain lawan.

KAWASAN PERMAINAN

Kawasan yang terbuka dan lapang.

PERALATAN

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada: Dua batang kayu kecil berukuran 15cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil ‘anak’ dan yang panjang dipanggil ‘ibu’Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang.

Page 9: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

CARA – CARA BERMAIN

Pertama- Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara.-setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang.

Page 10: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

-Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. -Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat.Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi.

Page 11: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya.Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.

Page 12: Permainan tradisional dan kepentingannya dalam pnp

UNDANG-UNDANG PERMAINAN

-- Sepanjang permainan ini, jika kayu pendek itu dapat ditangkap oleh sesiapa dalam kumpulan B, jadi pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’.

-- Jika pemain dalam kumpulan B berjaya menangkap kayu pendek dengan menggunakan satu tangan sahaja, semua pemain dalam kumpulan A dikira ‘mati’ dan kumpulan B akan memulakan permainan pula.

-- Jika kumpulan lawan berjaya mencampakkan kayu pendek ke dalam lubang, pemain yang menguis kayu pendek dikira ‘mati’ dan terpaksa memberhentikan permainan, pemain lain dari kumpulan yang sama, pemain yang seterusnya pula akan meneruskan permainan.