perlembagaan malaysia, fasal 11 dan 12

8
5.7 Perkara 11: Kebebasan Beragama (1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal(4),mengembangkannya. (2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri. (3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak:- a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri b) Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama dan akhirat. c) Memperoleh dan mempunyai harta dan memegang atau mentadbirkannya mengikut undang-undang. (4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam. 5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau prinsip moral. Ini memberi pengertian setiap orang berhak memeluk dan mengamalkan agamanya. Kebebasan beragama pula ini tidak bolehmelanggar undang-undang am tentang keamanan, kesihatan atau kebaikan akhlak awam. Di sinilah terletaknya had kebebasan beragama. Sekiranya ada kumpulan yang percaya bahawa agamanya memaksa mereka membunuh orang dan membuat beberapa perbuatan keji, sudah tentu Perlembagaan tidak akan membenarkan agama seperti inidiamalkan kerana ia mengganggu keselamatan awam.

Upload: mohd-razif

Post on 02-Dec-2015

247 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

Kepada Yang Berminat

TRANSCRIPT

Page 1: Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 Dan 12

5.7 Perkara 11: Kebebasan Beragama

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada

Fasal(4),mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan khas

kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak:-

a) Menguruskan hal ehwal agamanya sendiri

b) Menubuhkan dan menyelenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama dan akhirat.

c) Memperoleh dan mempunyai harta dan memegang atau mentadbirkannya mengikut

undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri, dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala

Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau

menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang

yang menganuti agama Islam.

5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-mana

undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau

prinsip moral.

Ini memberi pengertian setiap orang berhak memeluk dan mengamalkan agamanya.

Kebebasan beragama pula ini tidak bolehmelanggar undang-undang am tentang keamanan,

kesihatan atau kebaikan akhlak awam. Di sinilah terletaknya had kebebasan beragama. Sekiranya

ada kumpulan yang percaya bahawa agamanya memaksa mereka membunuh orang dan membuat

beberapa perbuatan keji, sudah tentu Perlembagaan tidak akan membenarkan agama seperti

inidiamalkan kerana ia mengganggu keselamatan awam.

Perkara 11 menyatakan “tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya,”

tetapi perkara ini juga memberi kuasa kepada kerajaan-kerajaan negeri dan persekutuan untuk

“mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama dalam

kalangan orang yang menganuti agama Islam.” Perkara 3 menyatakan “Islam ialah agama bagi

Persekutuan” dan bahawa “Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-

peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam.” Perkara 160 Perlembagaan mentakrifkan

orang Melayu sebagai seseorang yang menganuti agama Islam. Mahkamah sivil umumnya

menyerahkan bidang kuasa kepada mahkamah Syariah dalam kes-kes yang berkaitan dengan

keluar daripada agama Islam, dan mahkamah Syariah pula enggan membenarkan sesiapa keluar

daripada agama Islam.

Page 2: Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 Dan 12

Perlembagaan mengenalpasti raja-raja sebagai “Ketua Agama Islam” di negeri mereka

masing-masingdan Yang Di Pertuan Agong bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai raja.

Pendaftar Pertubuhan, di bawah Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri menentukan sama ada

sesebuah pertubuhan agama itu boleh didaftarkan untuk layak menerima bantuan kewangan dan

faedah-faedah lain daripada kerajaan. Pihak Pendaftar tidak mempunyai dasar yang konsisten

untuk mengenalpasti pelbagai pertubuhan agama ataupun kriteria yang digunakan untuk membuat

penentuan tersebut. Kumpulan-kumpulan tersebut telah mendaftarkan pertubuhan mereka bawah

Akta Syarikat seperti Jehovah’s Witnesses dan Church of Jesus Christ of Latter-day Saints

(Mormon).

Di samping itu, terdapat juga peruntukan dalam Perkara 11 yang menyebut

bahawa seseorang tidak boleh dipaksa untuk membayar cukai sekiranya pendapatan

yang diperolehi daripada cukai tersebut akan digunakan semua atau sebahagian daripadanya untuk

maksud agama yang lain daripada agamanya. Segala hak ini tidak terganggu atau tersekat

walaupun agama Islam adalah agama rasmi, melainkan tentang pengembangan agama kepada

orang-orang Islam sahaja. Di sini badan perundangan bagi setiap negeri di Tanah Melayu berhak

membuat undang-undang untuk menyekat pengembangan agama kepada orang-orang Islam.Bagi

tujuan ini beberapa buah negeri telah meluluskan enakmen-enakmen untuk mengawal dan

menyekat penyebaran agama-agama lain dalam kalangan orang Islam, contohnyanya negeri

Kelantan telah meluluskan enakmen untuk tujuan itu dan berkuatkuasa pada 1 Januari 1987.

Kedah, Melaka dan Selangor juga turut meluluskan undang-undang yang serupa dalam tahun

1988. Undang-undang di negeri Selangor antaranya memperuntukkan bahawa menjadi kesalahan

menggalakkan, mempengaruhi atau membangkitkan perasaan seorang Islam untuk menukar

agama, menyebabkan seorang kanak-kanak Islam dipengaruhi oleh unsur-unsur bukan agama

Islam, mendekati seorang Islam untuk tujuan bersyarah atau menunjukkan beliau apa-apa perkara

tentang agama bukan Islam, menghantar apa-apa juga bahan bertulis tentang agama bukan Islam

kepada seorang Islam dan mengedarkan apa-apa jua bahan bertulis tentang agama bukan Islam

kepada orang Islam di tempat awam.

Kerajaan mengharamkan 56 ajaran yang dianggap sebagai “sesat” di dalam Islam kerana

membahayakan keselamatan negara dan boleh memecahbelahkan masyarakat Islam. Kumpulan

yang diharamkan termasuk Ahmadiyyah, Ismailiah, Syiah, dan Baha’i. Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia membuat garis panduan persekutuan tentang apa yang dikatakan kelakuan atau

kepercayaan yang “sesat.” Pihak berkuasa negeri lazimnya menurut garis panduan ini dalam

memutuskan hal-hal yang berkaitan dengan perkara tersebut. Dengan kebenaran mahkamah

Syariah, kerajaan boleh menangkap dan menahan anggota kumpulan “sesat” bagi “pemulihan” ke

“jalan sebenar Islam.” Kumpulan Qadiani, satu cabang gerakan Ahmadiyah yang sudah bergerak

aktif sejak empat tahun  dan telah isytiharkan sesat kerana mempunyai doktrin Islam yang berbeza

dengan tafsiran rasmi dengan kumpulan tersebut percaya pengikutnya hendaklah mengerjakan Haji

di India. Kerajaan mengharamkan dan merampas bahan-bahan agama yang didapati menyeleweng

atau menghina. Kerajaan turut mengharamkan 57 buah buku bertemakan agama, termasuk Muslim

Page 3: Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 Dan 12

Women and the Challenge of Islamic Extremism (Wanita Islam dan Cabaran Ektremisme Islam)

karya Norani Othman, pengasas bersama Sisters In Islam (SIS) yang merupakan sebuah

pertubuhan bukan kerajaan tempatan yang memperjuangkan hak asasi wanita. Pihak berkuasa

kastam merampas enam judul buku kanak-kanak Kristian yang mengandungi perkataan yang

dianggap eksklusif untuk agama Islam. Penggunaan perkataan “Allah” (Tuhan), “Baitullah” (Rumah

Tuhan), dan “Solat” (sembahyang) dihadkan penggunaannya bagi orang Islam oleh Bahagian

Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran di bawah Kementerian Dalam Negeri yang mendakwa

perkataan-perkataan ini di bawah bidang kuasa masyarakat Islam.

Perkara ini dilihat amat relevan kerana ianya memberi kebebasan kepada masyarakat

terutama masyarakat Malaysia yang berbilang kaum yang terdiri daripada tiga bangsa utama iaitu

Melayu,Cina dan India untuk mengamalkan agama masing-masing.Dengan adanya perundangan

ini,maka setiap individu dapat melaksanakan tuntutan agama masing-masing tanpa halangan dan

ini akan mewujudkan negara yang aman dan harmoni.Perkara ini juga menunjukkan bahawa hak

asasi seseorang itu amat penting dan dititikberatkan dalam Perlembagaan Malaysia.

Contoh Kes Berkaitan Dengan Perkara 11.

Aisyah Bokhari vs Pejabat Agama Johor Bahru

Nor'Aishah berumur 25 tahun dan sejak lulus Diploma In Banking, dari Institut Teknologi

Mara (ITM) dia bekerja di sebuah bank di Jalan Ampang dan tinggal dengan kakaknya di Lembah

Keramat, Kuala Lumpur. Aisyah adalah gadis Melayu biasa yang didedahkan dengan ilmu yang

sepatutnya. Aishah semasa mengisytiharkan diri dia murtad kepada ayah dia Hj Bukhori melalui

telefon pada 19.10.1997 sedang berada disebuah gereja di Panchor Jaya, Rasah, Negeri Sembilan.

Dalam keadaan macam tu, dia takkan murtad. Dihantar ke sekolah agama, dia belajar hingga

tingkatan 6 atas dan boleh melayakkan diri jadi ustazah kalau dia hendak, dan layak melanjutkan ke

peringkat Universiti Al Azhar kalau dia hendak . Dia dibesarkan dalam suasana yang bapanya

imam. Datuknya juga imam yang dah berpuluh tahun imam Haji Tahir. Dia juga hafal surah Yasin.

Dalam erti kata, tahu ayat apa, surah ke berapa yang dibacanya, ayat apa yang jadi azimat, semua

dia tahu. Itu hebatnya Aisyah. Surah Sajadah pun dia hafal . Masuk ITM dia terlibat dalam gerakan

Islam. Dia didedahkan dengan gerakan Islam, dia tahu kelemahan-kelemahan Bible.

Nor'Aishah melalui peguamnya mendakwa telah mengikrarkan satu surat akuan yang

menyatakan bahawa dia ingin meninggalkan agama Islam untuk memeluk agama Katholik dengan

memakai nama Aishah Felicia Bokhari. Bagaimanapun kesahihan dakwaan itu masih tidak jelas

kerana tiada pengakuan dan keterangan secara terbuka daripada Nor'Aishah sendiri mengenai

perkara itu. Pengakuan yang ada hanya menerusi seorang peguam tetapi ia diragui oleh keluarga

Nor'Aishah berdasarkan kenyataan taubat yang dibuat oleh gadis itu di Jabatan Agama Islam

Negeri Johor di Johor Bahru pada 18 Disember 1997. Gadis itu bagaimanapun dilaporkan hilang

pada 30 Disember dan kini dipercayai berada bersama teman lelakinya, Joseph Arnold Lee, 28.

Page 4: Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 Dan 12

Apabila Haji Bukhori dan keluarganya pergi ke gereja tersebut, berlaku pertengkaran kerana

mereka tidak benarkan Aishah diambil oleh keluarganya. Keluarga Aishah terpaksa balik hampa

kerana tidak mampu berbuat apa-apa. 

Pada bulan Ramadan 1997, pada hari pertama umat Islam berpuasa, sedang ayah Nor

Aisyah, Haji Bukhari mengimamkan solat terawih di Masjid Taman Rimba Terjun, sekumpulan

Kristian melancarkan operasi menculik Nor Aisyah dari rumah dia. Mereka berjaya membawa

Aishah lari ke Singapura sehelai sepinggang, menyeberang tanpa passport, kemudiannya terus

terbang ke Australia, sehingga ke hari ini Aishah tetap murtad dan berada di Australia. 

5.8 Perkara 12: Hak–Hak Berkenaan Pelajaran

Hak-hak berkenaan dengan pelajaran adalah Perkara 12 bahagian 2 Perlembagaan

Malaysia.  Terdapat 5 fasal yang termaktub dalam Perkara 12 ini. Fasal (1) ialah dengan tidak

menyentuh keluasan makna Perkara 8, tidaklah boleh ada perbezaan terhadap mana-mana jua

warganegara semata-mata oleh sebab agama, kaum, keturunan atau tempat lahir. Fasal (1) ini juga

terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Fasal 1(a) dan Fasal 1(b).

Fasal 1(a) menerangkan bahawa dalam pentadbiran mana-mana yayasan pelajaran yang

diselenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awam, dan khususnya tentang kemasukkan murid-murid

atau pelajar-pelajar atau tentang bayaran manakala Fasal 1(b) pula menyatakan tentang

peruntukan bantuan kewangan dari wang sesuatu pihak berkuasa awam untuk menanggung 

murid-murid atau untuk pelajaran murid-murid  atau pelajar-pelajar dimana-mana yayasan pelajaran

(samada diselenggara atau tidak diselenggara oleh sesuatu pihak berkuasa awamdan sama ada

dalam atau luar persekutuan).

Perkara 12 (2) pula menyatakan bahawa tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak untuk

menubuhkan dan menyelenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam ugama

kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab ugama dalam

mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-

mana undang-undang itu tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu negeri menubuhkan

atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau mengadakan membantu dalam

mengadakan ajaran dalam ugama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang

perlu bagi maksud itu.

Perkara 12 (3) pula menyatakan bahawa tiada sesiapa pun boleh diwajibkan menerima

ajaran-ajaran mengenai apa-apa ugama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau

sembahyang sesuatu agama yang lain daripada agamanya sendiri. Perkara 12 (4) menyatakan

Page 5: Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 Dan 12

bahawa ugama bagi seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan

oleh ibu bapa atau penjaganya.

Perkara  12 (1) menerangkan bahawa setiap orang mempunyai hak berkenaan pelajaran

tanpa mengira  agama,kaum, keturunan dan tempat lahir. Hal ini menunjukkan bahawa semua

rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mendapatkan pelajaran kerana mereka berhak untuk

mendapatkannya seperti yang telah dinyatakan dalam Perkara 12 (1).  Oleh yang demikian, pihak-

pihak berkuasa awam yang terlibat tidak boleh mempunyai sikap  diskriminasi terhadap mana-mana

warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir terutama sekali apabila

melibatkan kemasukkan pelajar-pelajar ke sekolah atau universiti dan juga diskriminasi terhadap

bayaran dalam menuntut pelajaran bersesuai an dengan fasal 1 (a) dan  tiada diskriminasi terhadap

mana-mana warganegara berdasarkan agama, kaum, keturunan atau tempat lahir apabila

melibatkan peruntukan bantuan kewangan dari pihak berkuasa awam untuk menanggung pelajaran

para pelajar dimana-mana yayasan pelajaran  bersesuaian dengan fasal 1 (b) yang telah termaktub

dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 12 (2) pula menerangkan bahawa tiap-tiap kumpulan agama berhak untuk

menubuhkan dan menyelenggarakan institusi untuk pendidikan kanak-kanak dalam kumpulan itu

sendiri. Hal ini bermaksud, mana-mana agama mempunyai kebebasan dan hak untuk menubuhkan

dan menyelenggara institusi pendidikan untuk kanak-kanak dalam kumpulan itu sendiri. Mereka

boleh menubuhkan seberapa banyak institusi pendidikan yang mereka mampu selagi pekara ini

tidak mengganggu ketenteraman masyarakat dan juga negara.

Perkara 12 (3) pula menyatakan bahawa tiada sesiapa boleh diwajibkan menerima ajaran 

atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara agama selain dari agamanya sendiri. Hal ini

bermaksud tiada sesiapa pun yang boleh dipaksa untuk mengikuti atau menerima ajaran serta

mengambil bahagian dalam mana-mana upacara keagamaan negara lain. Hal ini menunjukkan

bahawa setiap individu mempunyai hak untuk memilih pelajaran yang ingin dipelajarinya dan

sesiapa tidak boleh menentukan pelajaran yang perlu diambil olehnya melainkan dirinya sendiri.

Perkara 12 (4) pula menyatakan bahawa agama bagi seseorang yang berumur kurang

daripada lapan belas tahun adalah ditetapkan oleh ibu bapa atau panjaganya. Hal ini bermaksud

seseorang yang berumur kurang daripada lapan belas tahun haruslah mengikut pelajaran agama

yang telah ditetapkan oleh ibu bapa dan penjaga mereka. Hal ini demikian kerana, agama yang

dianuti mereka adalah bergantung kepada ibu bapa dan penjaga sehinggalah berumur lapan belas

tahun.

Perkara ini menjelaskan bahawa setiap masyarakat terutama kanak-kanak yang berumur

seawal 7 tahun wajib didaftarkan dan perlu menerima pendidikan di sekolah.Perkara ini

menunjukkan peri pentingnya pendidikan kepada sesebuah Negara agar matlamat melahirkan

modal insan yang mampu mendukung cita-cita Negara untuk mencapai Negara maju seiring

dengan wawasan 2020.

Page 6: Perlembagaan Malaysia, Fasal 11 Dan 12