d.r. 12/94 - parlimen.gov.my filed.r. 12/94 naskhah sahih—bahasa malaysia rang undang-undang...

23
D.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa. 2. Tafsiran. 3. Kecualian bagi peruntukan-peruntukan dalam undang- undang bertulis lain. BAHAGIAN II PERINTAH PERLINDUNGAN 4. Perintah perlindungan interim. 5. Perintah perlindungan. 6. Perintah-perintah yang boleh dimasukkan dalam perintah perlindungan. 7. Kuasa-kuasa penangkapan. 8. Perlanggaran perintah perlindungan. 9. Membuat atau memperbaharui perintah-perintah apabila perintah perlindungan dilanggar. BAHAGIAN III PAMPASAN DAN KAUNSELINO 10. Pampasan. 11. Kaunseling, dsb.

Upload: others

Post on 16-Sep-2019

26 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

D.R. 12/94

Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia

RANG UNDANG-UNDANG KEGANASANRUMAH TANGGA 1994

SUSUNAN FASAL

BAHAGIAN I

PERMULAAN

Fasal

1. Tajuk ringkas, pemakaian dan mula berkuatkuasa.2. Tafsiran.3. Kecualian bagi peruntukan-peruntukan dalam undang-

undang bertulis lain.

BAHAGIAN II

PERINTAH PERLINDUNGAN

4. Perintah perlindungan interim.5. Perintah perlindungan.6. Perintah-perintah yang boleh dimasukkan dalam perintah

perlindungan.7. Kuasa-kuasa penangkapan.8. Perlanggaran perintah perlindungan.9. Membuat atau memperbaharui perintah-perintah apabila

perintah perlindungan dilanggar.

BAHAGIAN III

PAMPASAN DAN KAUNSELINO

10. Pampasan.11. Kaunseling, dsb.

Page 2: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

asal

12. Bila perintah perlindungan interim boleh diminta.13. Bila perintah perlindungan boleh diminta.14. Memfailkan aduan.15. Aduan bagi pihak kanak-kanak atau orang dewasa tak

berkeupayaan.16. Rekod aduan dan perintah.17. Bukti penyampaian perintah perlindungan.

BAHAGIAN V

PELBAGAI

18. Maklumat mengenai kesalahan yang melibatkan keganasanrumah tangga.

19. Tugas-tugas pegawai penguatkuasa.20. Peraturan-peraturan.

Page 3: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

D.R. 12/94

RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994

Pindaan yang akan dicadangkan dalan Jawatankuasa olehY.B. Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat

1. Rang Undang-Undang adalah dipinda dengan menggantikan fasal 3

dengan yang berikut:

"Akta inihendaklahdibacabersamadenganKanunKeseksaan.NMB Bab 45.

3. Peruntukan-peruntukan Akta ini

h e n d a k l a h d i b a c a b e r s a m a d e n g a n

p e r u n t u k a n - p e r u n t u k a n K a n u n

Keseksaan." .

1. Fasal 13 Rang Undang-Ondang adalah dipinda dengan memotong

perkataan-perkataan "atau mana-mana undang-undang bertulis

lain" selepas perkataan-perkataan "Kanun Keseksaan".

HURAIAN

1. P i n d a a n y a n g d i c a d a n g k a n k e p a d a fasal a d a l a h u n t u k

menjelaskan bahawa peruntukan-peruntukan Rang Undang-Undang

ini perlulah di baca bersama dengan Kanun Keseksaan.

2. Pindaan yang dicadangkan kepada fasal 13 adalah bertujuan

untuk menghadkan permintaan bagi perintah perlindungan kepada

prosiding jenayah di mana tertuduh itu dipertuduh di bawah

Kanun Keseksaan.

Page 4: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …
Page 5: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …
Page 6: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

RANG UNDANG-UNDANG

b e r n a m a

Suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagiperlindungan undang-undang dalam situasi keganasanrumah tangga dan perkara-perkara yang bersampingandengannya.

MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANGoleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agongdengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara danDewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dandengan kuasa daripadanya, seperti berikut:

BAHAGIAN I

PERMULAAN

1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta KeganasanRumah Tangga 1994 dan hendaklah mula berkuatkuasapada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melaluipemberitahuan dalam Warta.

(2) Akta ini hendaklah terpakai bagi semua orangdalam Malaysia.

2. Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnyamenghendaki makna yang lain—

"anggota lain keluarga" ertinya—(a) (i) anak lelaki atau anak perempuan

dewasa; atau(ii) ibu atau bapa,pesalah itu; atau

Page 7: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

RANG UNDANG-UNDANG

(b) (i) abang, kakak atau adik; atau(ii) mana-mana saudara lain,

pesalah itu yang pada pendapat mahkamahpatutlah dalam hal keadaan keluarga itudikira sebagai seorang anggota keluarga itu;

"isteri atau suami" meliputi isteri atau suami de facto,iaitu, seseorang yang telah melalui suatu bentuk istiadatyang diiktiraf sebagai istiadat perkahwinan mengikutagama atau adat pihak-pihak yang berkenaan, walaupunistiadat itu tidak didaftarkan atau tidak dapat didaftarkandi bawah mana-mana undang-undang bertulisberhubungan dengan upacara dan pendaftaranperkahwinan;

"kanak-kanak" ertinya seseorang yang berumur dibawah lapan belas tahun yang tinggal sebagai seoranganggota keluarga pesalah atau keluarga isteri atau suamiatau bekas isteri atau suami pesalah, mengikut mana-mana yang berkenaan;

"kediaman alternatif" ertinya premis atau tempattinggal yang mangsa itu terpaksa atau telah terpaksamencari atau pindah masuk akibat daripada keganasanrumah tangga;

"kediaman bersama" ertinya premis di rnana pihak-pihak itu sedang atau telah tinggal bersama sebagaianggota-anggota rumah tangga yang sama;

"keganasan rumah tangga" ertinya pelakuan mana-mana perbuatan yang berikut:

(a) secara bersengaja atau dengan disedarinya,meletakkan atau cuba meletakkan mangsa itudalam keadaan ketakutan kecederaan fizikal;

(b) menyebabkan kecederaan fizikal kepadamangsa itu dengan sesuatu perbuatan yangdiketahui atau yang sepatutnya diketahui akanmengakibatkan kecederaan fizikal;

Page 8: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

KEGANASAN RUMAH TANGGA 5

(c) memaksa mangsa itu dengan paksaan atauancaman untuk melakukan apa-apa kelakuanatau perbuatan, berbentuk seksual atau punselainnya, yang mangsa itu berhak tidakmelakukan;

(d) mengurung atau menahan mangsa tanpakerelaan mangsa itu; atau

(e) dengan niat untuk menyebabkan, atau dengandisedari b a h a w a ia b e r k e m u n g k i n a nmenyebabkan, kesedihan atau kegusarankepada mangsa itu, melakukan khianat ataukemusnahan atau kerosakan kepada harta,

oleh seseorang terhadap—(i) isteri atau suaminya;

(ii) bekas isteri atau suaminya;(iii) kanak-kanak;(iv) orang dewasa tak berkeupayaan; atau(v) mana-mana anggota lain keluarga;

"mahkamah" ertinya—(a) berkenaan dengan prosiding jenayah yang

melibatkan pengataan keganasan rumahtangga, mahkamah yang kompeten untukmembicarakan kesalahan sebenar yang atasnyatertuduh itu dipertuduh;

(b) berkenaan dengan prosiding sivil bagipampasan di bawah seksyen 10, mahkamahyang kompeten untuk mendengar tuntutan-tuntutan itu secara tort

"mangsa" ertinya seseorang mangsa keganasan rumahtangga;

"Menteri" ertinya Menteri yang dipertanggungkandengan tanggungjawab bagi kebajikan masyarakat;

"orang dewasa tak berkeupayaan" ertinya seseorangyang pada keseluruhannya atau sebahagiannya tak

Page 9: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

6 RANG U N D A N G - U N D A N G

berkeupayaan atau lemah oleh sebab kehilangupayaanfizikal atau mental atau tidak sihat atau usia tua yangtinggal sebagai seorang anggota keluarga pesalah;

"orang dilindungi" ertinya seseorang yang dilindungidi bawah suatu perintah perlindungan;

"pegawai penguatkuasa" ertinya seseorang pegawaipolis atau seseorang pegawai kebajikan daripada JabatanKebajikan Masyarakat;

"perintah perlindungan" ertinya perintah yangdikeluarkan di bawah Bahagian II;

"saudara" er t inya seseorang yang mempunyaihubungan persaudaraan melalui pertalian darah seibusebapa atau pertalian darah seibu atau sebapa, ataumelalui perkahwinan atau pengangkatan, termasukpengangkatan de facto;

"tempat selamat" atau "tempat berlindung" ertinyamana-mana rumah atau institusi yang disenggarakanatau diuruskan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat atauoleh mana-mana agensi atau pertubuhan sukarela lainyang diluluskan oleh Menteri bagi maksud-maksud Aktaini atau mana-mana tempat lain yang sesuai yang manapenghuninya bersedia untuk menerima mangsa itu buatsementara waktu.

3. Peruntukan-peruntukan Akta ini hendaklah sebagaitambahan kepada, dan bukannya mengurangkan, mana-mana peruntukan berhubungan dengan kesalahan-kesalahan terhadap orang atau berkenaan dengan hartayang terkandung dalam Kanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis lain.

B A H A G I A N II

PERINTAH PERLINDUNGAN

4. (1) Mahkamah boleh, sementara menunggupenyiasatan berhubungan dengan pe lakuan suatukesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga,mengeluarkan perintah per l indungan interim yang

Page 10: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

KEGANASAN RUMAH TANGGA 7

menghalang orang yang terhadapnya perintah itu dibuatdaripada menggunakan keganasan rumah tanggaterhadap isteri atau suami atau bekas isteri atausuaminya atau kanak-kanak atau orang dewasa takberkeupayaan atau mana-mana anggota lain keluarga,mengikut mana-mana yang berkenaan, sebagaimanadinyatakan dalam perintah itu.

(2) Sesuatu perintah perlindungan interim hendaklahterhenti berkuatkuasa setelah selesainya penyiasatan itu.

5. (1) Mahkamah boleh, dalam prosiding yangmelibatkan sesuatu aduan keganasan rumah tangga,mengeluarkan mana-mana satu atau lebih perintahperlindungan yang berikut:

(a) perintah perlindungan yang menghalang orangyang terhadapnya perintah itu dibuat daripadamenggunakan keganasan rumah tanggaterhadap pengadu itu;

(b) perintah perlindungan yang menghalang orangyang terhadapnya perintah itu dibuat daripadamenggunakan keganasan rumah tanggaterhadap kanak-kanak itu;

(c) perintah perlindungan yang menghalang orangyang terhadapnya perintah itu dibuat daripadamenggunakan keganasan rumah tanggaterhadap orang dewasa tak berkeupayaan itu.

(2) Mahkamah dalam membuat sesuatu perintahperlindungan di bawah perenggan (l)(a) atau (b) atau(c) boleh memasukkan peruntukan bahawa orang yangterhadapnya perintah itu dibuat tidak boleh menghasutmana-mana orang lain untuk melakukan keganasanterhadap orang atau orang-orang dilindungi itu.

6. (1) Sesuatu perintah perlindungan yang dikeluarkandi bawah seksyen 5 boleh, jika mahkamah berpuas hatiatas imbangan kebarangkalian bahawa adalah perlu bagiperlindungan dan keselamatan diri pengadu atau kanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan itu,

Page 11: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

8 RANG UNDANG-UNDANG

mengikut mana-mana yang berkenaan, mengadakanperuntukan bagi mana-mana satu atau lebih perintahyang berikut:

(a) tertakluk kepada subseksyen (4), pemberianhak penghunian eksklusif kepada mana-manaorang dilindungi itu di kediaman bersama ataubahagian tertentu kediaman bersama itudengan mengeluarkan orang yang terhadapnyaperintah itu dibuat daripada kediaman bersamaatau bahagian tertentu itu, walaupun jikakediaman bersama itu pada keseluruhannyadipunyai atau disewa oleh orang yangterhadapnya perintah itu dibuat atau dipunyaiatau disewa bersesama oleh pihak-pihak itu;

(b) melarang atau menyekat orang yangterhadapnya perintah itu dibuat daripadamemasuki tempat kediaman atau kediamanbersama atau kediaman alternatif, mengikutmana-mana yang berkenaan, mana-mana orangdilindungi itu, atau daripada memasuki tempatkerja atau sekolah atau institusi lain mana-mana orang dilindungi itu atau daripadamembuat hubungan diri dengan mana-manaorang dilindungi itu selain daripada dengankehadiran seseorang pegawai penguatkuasaatau seseorang lain yang dinyatakan ataudiperihalkan dalam perintah itu;

(c) menghendaki orang yang terhadapnya perintahitu dibuat untuk membenarkan mana-manaorang dilindungi itu memasuki kediamanbersama, atau untuk memasuki kediaman orangyang terhadapnya perintah itu dibuat, denganditemani oleh mana-mana pegawaipenguatkuasa bagi maksud mengambil barang-barang kepunyaan orang atau orang-orangdilindungi itu;

(d) menghendaki orang yang terhadapnya perintahitu dibuat untuk mengelakkan daripadamembuat perhubungan bertulis atau telefondengan mana-mana orang dilindungi itu danmenyatakan hal-hal keadaan terhad di manaperhubungan sedemikian dibenarkan;

Page 12: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

KEGANASAN RUMAH TANGGA 9

(e) menghendaki orang yang terhadapnya perintahitu dibuat untuk membenarkan mana-manaorang dilindungi itu untuk terus menggunakansesuatu kenderaan yang sebelum itu biasanyadigunakan oleh orang atau orang-orangdilindungi itu;

(f) pemberian apa-apa arahan sebagaimana yangperlu dan bersarnpingan bagi pelaksanaanwajar mana-mana perintah yang dibuat dibawah mana-mana perenggan yang tersebut diatas,

untuk mempunyai kuatkuasa selama sesuatu tempoh,tidak melebihi dua belas bulan dari tarikh mulaberkuatkuasanya perintah sedemikian, sebagaimanayang dinyatakan dalam perintah perlindungan itu.

(2) Mana-mana satu atau lebih perintah di bawahsubseksyen (1) boleh—

(a) dibuat atau dibuat semula, atas perlanggaranperintah perlindungan, mengikut seksyen 9;atau

(b) diperlanjutkan selama sesuatu tempohselanjutnya, tidak melebihi dua belas bulandari tarikh habis tempoh perintah asalnya, jikamahkamah berpuas hati bahawa, walaupuntiada berlakunya perlanggaran sebenar akanperintah itu, perlanjutan itu perlu bagiperlindungan dan keselamatan diri orang atauorang-orang dilindungi itu:

Dengan syarat bahawa perlanjutan sesuatuperintah di bawah perenggan ini tidak bolehdibuat lebih daripada sekali sahaja.

(3) Kecuali setakat yang penggunaan oleh orang yangterhadapnya perintah itu dibuat akan hak untukmenghuni kediaman bersama, atau untuk memasukikediaman alternatif, adalah digantung atau dihadkan,atau dilarang atau disekat, menurut kuasa suatu perintahdi bawah perenggan (1)(a) atau (b), perintah itu tidak

Page 13: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

10 RANG UNDANG-UNDANG

menyentuh apa-apa hakmilik atau kepentingan yangorang yang terhadapnya perintah itu dibuat atau mana-mana orang lain mungkin mempunyai mengenai premistersebut.

(4) Mahkamah tidak boleh membuat sesuatu perintahmengeluarkan orang yang terhadapnya perintah itudibuat daripada keseluruhan kediaman bersama yangdipunyai atau disewa pada keseluruhannya olehnya, ataubersesama olehnya, melainkan jika mahkamah berpuashati bahawa tidak ada cara lain untuk menjaminkankeselamatan diri mana-mana orang dilindungi itu padamasa itu, dan perintah sedemikian, jika dibuat,hendaklah, dalam hal di mana kediaman bersama itudipunyai atau disewa pada keseluruhannya oleh orangyang terhadapnya perintah itu dibuat, atau bolehlah,dalam hal di mana kediaman bersama itu dipunyai ataudisewa bersesama oleh pihak-pihak itu,—

(a) dibatalkan jika suatu kediaman alternatif yangsesuai didapati bagi orang atau orang-orangdilindungi itu; atau

(b) dibatalkan atau diubahsuaikan apabilamahkamah berpuas hati bahawa ia tidak lagiperlu bagi menjaminkan keselamatan diriorang atau orang-orang dilindungi itu.

(5) Dalam perenggan (4)(b), "diubahsuaikan" ertinyamengubahsuaikan sesuatu perintah mengeluarkan orangyang terhadapnya perintah itu dibuat daripadakeseluruhan kediaman bersama itu kepada suatuperintah yang mengeluarkannya daripada sesuatubahagian kediaman bersama itu sebagaimana yangdinyatakan dalam perintah itu.

7. (1) Jika mahkamah berpuas hati bahawa orang yangterhadapnya perintah perl indungan atau perintahperlindungan interim dibuat berkemungkinan akanmenyebabkan kecederaan fizikal sebenar kepada mana-mana orang dilindungi, mahkamah boleh menyertakansuatu kuasa menangkap kepada perintah perlindunganatau perintah perlindungan interim itu, mengikut mana-mana yang berkenaan.

Page 14: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

KEGANASAN RUMAH TANGGA

(2) Jika suatu kuasa menangkap disertakan menurutkuasa subseksyen (1), maka seseorang pegawai polisboleh menangkap tanpa waran orang yang terhadapnyaperintah itu dibuat apabila dia mempunyai sebabmunasabah untuk mempercayai bahawa orang itumelanggar perintah yang dikeluarkan di bawahsubseksyen 4(1) atau 5(1) atau suatu perintah dalamperintah perlindungan yang termasuk dalam perenggan6 (1) (a) atau (b), oleh sebab orang itu menggunakankeganasan atau, mengikut mana-mana yang berkenaan,memasuki mana-mana tempat yang dilarang di bawahperintah itu.

(3) Jika suatu kuasa menangkap disertakan kepadaperintah perlindungan atau perintah perlindunganinterim dan orang yang terhadapnya perintah itu dibuatditangkap di bawah subseksyen (2)—

(a) dia hendaklah dibawa ke hadapan seoranghakim dalam tempoh dua puluh empat jam darimasa dia ditangkap; dan

(b) dia tidak boleh dibebaskan dalam tempoh itukecuali atas arahan hakim.

tetapi tiada apa-apa jua dalam seksyen ini bolehmembenarkannya terus ditahan di bawah subseksyen iniselepas habis tempoh itu.

(4) Dalam seksyen ini "hakim" termasuklahMajistret.

8. (1) Mana-mana orang yang bersengaja melanggarsuatu perintah perlindungan atau mana-manaperuntukannya adalah melakukan suatu kesalahan dan,apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi duaribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidakmelebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2) Mana-mana orang yang bersengaja melanggarsuatu perintah perlindungan dengan menggunakankeganasan ke atas orang dilindungi boleh, apabiladisabitkan, didenda tidak melebihi empat ribu ringgitatau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satutahun atau kedua-duanya.

Page 15: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

RANG UNDANG-UNDANG

(3) Mana-mana orang yang disabitkan atasperlanggaran kali kedua atau kemudiannya akan sesuatuperintah perlindungan di bawah subseksyen (2)hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempohtidak kurang daripada tujuh puluh dua jam dan tidaklebih daripada dua tahun, dan boleh juga didenda tidakmelebihi lima ribu ringgit.

(4) Bagi maksud-maksud seksyen ini "perintahperlindungan" meliputi perintah perlindungan interim.

9. Jika seseorang yang terhadapnya suatu perintahperlindungan telah dibuat melanggar perintahperlindungan itu, maka mahkamah boleh, sebagaitambahan kepada mana-mana penalti yangdiperuntukkan di bawah seksyen 8, membuat ataumembuat semula, mengikut mana-mana yang berkenaan,mana-mana satu atau lebih perintah di bawahsubseksyen 6 (1), untuk mula berkuatkuasa dari tarikhyang dinyatakan dalam perintah baru itu.

BAHAGIAN III

PAMPASAN DAN KAUNSELING

10. (1) Jika seseorang mangsa keganasan rumah tanggamengalami kecederaan diri atau kerosakan kepada hartaatau kerugian kewangan akibat daripada keganasanrumah tangga itu, mahkamah yang mendengar tuntutanbagi pampasan boleh mengawardkan apa-apa pampasanberkenaan dengan kecederaan atau kerosakan ataukerugian itu sebagaimana yang difikirkannya adil danmunasabah.

(2) Sesuatu tuntutan bagi pampasan boleh dibuatsebagai suatu tindakan sivil yang tersendiri sama adaatau tidak prosiding jenayah telah diambil terhadapdefendan itu.

(3) Mahkamah yang mendengar tuntutan bagipampasan itu boleh mengambil kira tentang—

(a) kesakitan dan penderitaan mangsa itu, danjenis dan takat kecederaan fizikal atau mentalyang dialaminya;

Page 16: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

KEGANASAN RUMAH TANGGA 13

(b) kos rawatan perubatan bagi kecederaan itu;

(c) apa-apa kehilangan pendapatan yangberbangkit daripadanya;

(d) amaun atau nilai harta yang diambil ataudimusnahkan atau dirosakkan;

(e) perbelanjaan perlu dan munasabah yangditanggung oleh atau bagi pihak mangsaapabila mangsa itu terpaksa berpisah ataudipisahkan daripada defendan oleh keranakeganasan rumah tangga itu, seperti—

(i) perbelanjaan penginapan yangdisumbangkan kepada tempat selamatatau tempat berlindung;

(ii) perbelanjaan pengangkutan danpemindahan;

(iii) perbelanjaan yang dikehendaki dalammenubuhkan suatu rumah tanggaberasingan yang, tertakluk kepadasubseksyen (4), boleh meliputi amaun-amaun yang merupakan pembayaranpinjaman perumahan atau bayaran sewaatau sebahagian daripadanya, berkenaandengan kediaman bersama, ataukediaman alternatif, mengikut mana-mana yang berkenaan, bagi tempohsebagaimana yang mahkamah fikirkanadil dan semunasabahnya perlu.

(4) Dalam menimbangkan apa-apa perbelanjaan perludan munasabah yang boleh diambil kira di bawahsubperenggan (3)(e)(iii), mahkamah boleh jugamengambil kira tentang—

(a) kedudukan kewangan mangsa itu serta jugadefendan itu;

(b) perhubungan yang wujud di antara pihak-pihakitu dan kemunasabahannya menghendakidefendan itu membuat atau menyumbangkanpembayaran-pembayaran sedemikian;

Page 17: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

RANG UNDANG-UNDANG

(c) kemungkinan prosiding lain diambil di antarapihak-pihak itu dan sama ada perkara itu lebihsesuai diperlakukan di bawah undang-undangrelevan berhubungan dengan peruntukankewangan bagi isteri atau suami atau bekasisteri atau suami dan orang-orang tanggunganlain.

11. (1) Mahkamah boleh, dalam mana-mana prosidingdi mana perintah perlindungan diminta, sebagai gantiatau sebagai tambahan kepada mengeluarkan perintahperlindungan, membuat satu atau kedua-dua perintahberikut:

(a) bahawa pihak-pihak berkenaan dirujukkankepada badan pendamai;

(b) bahawa satu atau lebih pihak kepada pertikaianitu dirujukkan kepada terapi pemulihan,psikoterapi atau lain-lain kaunsel ingpendamaian yang sesuai.

(2) Mahkamah yang mendengar suatu tuntutan bagipampasan di bawah seksyen 10 boleh juga membuatsatu atau kedua-dua perintah di bawah perenggan (l)(a)atau (b).

(3) Apabila menimbangkan apa-apa persoalanberhubungan dengan pembuatan sesuatu perintah dibawah subseksyen (1), mahkamah boleh, apabilapraktik, mengambil nasihat seseorang pegawaikebajikan masyarakat atau mana-mana orang lain yangterlatih atau berpengalaman.

(4) Dalam seksyen ini "badan pendamai" meliputiperkhidmatan-perkhidmatan kaunseling yang diadakanoleh badan-badan yang ditubuhkan di bawah JabatanKebajikan Masyarakat dan, dalam hal di mana pihak-pihak itu adalah orang Islam, meliputi juga badan-badanyang ditubuhkan di bawah Jabatan Hal Ehwal AgamaIslam berkenaan.

Page 18: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

KEGANASAN RUMAH TANGGA

BAHAGIAN IVPROSEDUR MENGENAI PERINTAH

PERLINDUNGAN

12. Sesuatu perintah perlindungan interim boleh dimintasementara menunggu penyiasatan oleh pihak polisberikutan maklumat berhubungan dengan pelakuan suatukesalahan yang melibatkan keganasan rumah tangga.

13. Sesuatu perintah perlindungan boleh diminta dalammana-mana prosiding jenayah di bawah KanunKeseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis lainapabila tertuduh itu dipertuduh dengan suatu kesalahanyang dilakukan dalam hal keadaan yang termasuk dalamtakrif "keganasan rumah tangga", —

(a) sebagai suatu syarat untuk membebaskantertuduh dengan jaminan atau pada mana-manaperingkat lain prosiding itu; atau

(b) semasa mengkompaunkan kesalahan itu dibawah seksyen 260 Kanun Prosedur Jenayah.

14. Sesuatu aduan menurut Akta ini boleh difailkandalam mana-mana daerah di mana—

(a) pengadu itu tinggal;

(b) pesalah itu tinggal;(c) keganasan yang dikatakan itu berlaku; atau

(d) mangsa itu ditempatkan buat sementara,

dan hendaklah didengar oleh mahkamah dengan seberapasegera yang praktik.

15. Dalam hal seseorang kanak-kanak, atau orangdewasa tak berkeupayaan yang tak berupaya memfailkanaduan, aduan itu boleh difailkan oleh penjaga atausaudara atau orang yang bertanggungjawab bagi menjagakanak-kanak atau orang dewasa tak berkeupayaan itu,mengikut mana-mana yang berkenaan, atau olehseseorang pegawai penguatkuasa.

Page 19: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

16 RANG UNDANG-UNDANG

16. Pejabat pendaftaran mahkamah hendaklahmenyenggarakan suatu rekod mengenai segala aduanyang difailkan menurut Akta ini, dan segala perintahperlindungan dan perintah perlindungan interim yangdikeluarkan oleh mahkamah di bawah Akta ini. Rekoditu hendaklah mengandungi—

(a) nama, jantina dan perhubungan pihak-pihak itu;(b) keganasan rumah tangga yang dikatakan, sama

ada ia melibatkan apa-apa senjata, ataumengakibatkan kecederaan diri dan sama adakecederaan yang dikenakan itu memerlukanrawatan perubatan;

(c) tarikh kuatkuasa dan terma-terma setiapperintah yang dikeluarkan.

17. Dalam tempoh dua puluh empat jam daripadapengeluaran sesuatu perintah perlindungan atau perintahperlindungan interim, mengikut mana-mana yangberkenaan, Pendaftar mahkamah di mana ia dikeluarkanhendaklah mengemukakan satu salinan perintah itukepada pegawai yang bertanggungjawab bagi daerahpolis di mana pesalah itu tinggal. Pegawai polisberkenaan hendaklah memfailkan bukti penyampaiandengan Pendaftar mahkamah itu dalam tempoh tujuh hariselepas penyampaiannya.

BAHAGIAN VPELBAGAI

18. (1) Mana-mana orang yang mempunyai sebabuntuk mempercayai bahawa suatu kesalahan yangmelibatkan keganasan rumah tangga sedang atau telahdilakukan bolehlah memberi maklumat berkenaandengannya kepada seseorang pegawai penguatkuasa.

(2) Tiada seorang pun yang memberi apa-apamaklumat sedemikian dengan suci hati bolehmenanggung apa-apa liabiliti kerana fitnah atauselainnya berkenaan dengan pemberian maklumat itu.

Page 20: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

KEGANASAN RUMAH TANGGA 17

19. (1) Tugas-tugas seseorang pegawai penguatkuasahendaklah termasuk—

(a) membantu seseorang mangsa keganasan rumahtangga untuk memfailkan aduan berkenaandengan keganasan rumah tangga itu;

(b) mengadakan atau mengaturkan pengangkutanbagi mangsa itu ke kediaman alternatif atautempat selamat atau tempat berlindungsekiranya pengangkutan sedemikiandiperlukan;

(c) mengadakan atau mengaturkan pengangkutanbagi mangsa itu ke hospital atau tempatkemudahan perubatan yang terdekat bagirawatan kecederaan sekiranya rawatan itudiperlukan;

(d) menjelaskan kepada mangsa itu hakmendapatkan perlindungan terhadap keganasanrumah tangga;

(e) menemankan mangsa ke kediaman mangsa ituatau kediaman sebelumnya untuk mengambilbarang-barang kepunyaannya.

(2) Seseorang pegawai penguatkuasa yang adalahjuga pegawai polis hendaklah mempunyai tugas-tugastambahan yang berikut:

(a) menjalankan kuasa-kuasa penangkapan dibawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis lain;

(b) mengeluarkan atau mengawasi pengeluaranseseorang yang dikeluarkan daripada kediamanbersama jika mahkamah telah mengeluarkansuatu perintah di bawah perenggan 6(1)(a).

20. (1) Menteri boleh membuat peraturan-peraturanbagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Aktaini.

Page 21: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

18 RANG UNDANG-UNDANG

(2) Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1),peraturan-peraturan itu boleh mengadakan peruntukanbagi—

(a) penyenggaraan suatu daftar atau rekod olehmahkamah mengenai perkara-perkara yangdifailkan menurut Akta ini;

(b) borang-borang ditetapkan bagi apa-apamaklumat, laporan, aduan, perintah ataudokumen lain yang dikehendaki menurut Aktaini;

(c) prosedur berkenaan dengan pemfailan apa-apadokumen yang disebut dalam perenggan (b)

(d) pembuatan pencarian dan pemberian salinan-salinan yang diperakui bagi apa-apa dokumenyang disebut dalam perenggan (b);

(e) penetapan fee yang boleh dikenakan bagimaksud-maksud Akta ini;

(f) apa-apa perkara lain yang di bawah Akta inidikehendaki atau dibenarkan supaya di-tetapkan.

HURAIAN

Rang Undang-Undang ini bertujuan mengadakan perlindungan bagimangsa-mangsa keganasan rumah tangga.

2. Bahagian I mengandungi perkara-perkara permulaan danmenyatakan takrif istilah-istilah tertentu yang digunakan dalamRang Undang-Undang ini, termasuklah istilah "keganasan rumahtangga" (ditakrifkan dalam fasal 2).

Fasal 3 memperuntukkan bahawa peruntukan-peruntukan RangUndang-Undang ini tidak mengurangkan peruntukan-peruntukanKanun Keseksaan atau mana-mana undang-undang bertulis lainberhubungan dengan kesalahan-kesalahan terhadap orang atau harta.

3. Bahagian II mengandungi peruntukan-peruntukan berkenaandengan perintah perlindungan.

Fasal 4 mengadakan peruntukan bagi pengeluaran sesuatuperintah perlindungan interim sementara menunggu penyiasatan.

Page 22: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

KEGANASAN RUMAH TANGGA

Fasal 5 mengadakan peruntukan bagi pengeluaran sesuatu perintahperlindungan dan fasal 6 menyatakan perintah-perintah yang bolehdimasukkan dalam sesuatu perintah perlindungan. Ini termasuklahpemberian hak penghunian eksklusif kepada mana-mana orangdilindungi di kediaman bersama (subfasal 6(1 )(a)) tetapi perintahini hanya boleh dibuat apabila mahkamah berpuas hati bahawa tidakada cara lain untuk menjaminkan keselamatan diri orang dilindungiitu (subfasal 6(4)). Fasal 7 mengadakan peruntukan bagi kuasa-kuasa penangkapan disertakan kepada sesuatu perintah perlindunganapabila mahkamah berpuas hati bahawa orang yang terhadapnyaperintah itu dibuat berkemungkinan akan menyebabkan kecederaanfizikal sebenar kepada orang dilindungi itu. Fasal 8 menyatakanpenalti-penalti kerana melanggar sesuatu perintah perlindungan danfasal 9 mengadakan peruntukan bagi membuat atau memperbaharuimana-mana perintah di bawah subfasal 6(1) apabila sesuatu perintahperlindungan dilanggar.

4. Bahagian III mengandungi peruntukan-peruntukan mengenaipampasan dan kaunseling.

Fasal 10 memperuntukkan bahawa pampasan boleh diawardkanoleh mahkamah apabila seseorang mangsa keganasan rumah tanggamengalami kecederaan diri atau kerosakan kepada harta ataukerugian kewangan akibat daripada keganasan rumah tangga itu.

Fasal 11 memperuntukkan bahawa mahkamah bolehmemerintahkan kaunseling dalam kes-kes yang melibatkankeganasan rumah tangga.

5. Bahagian IV mengandungi peruntukan-peruntukan berhubungandengan prosedur mengenai perintah-perintah perlindungan.

Fasal 12 memperuntukkan bahawa perintah perlindunganinterim boleh diminta sementara menunggu penyiasatan polis danfasal 13 memperuntukkan bahawa perintah perlindungan bolehdiminta pada mana-mana peringkat dalam prosiding jenayah apabilatertuduh dipertuduh dengan suatu kesalahan yang dilakukan dalamhal keadaan yang termasuk dalam takrif "keganasan rumah tangga".Fasal 14 mengadakan peruntukan bagi memfailkan aduan yangdibuat menurut Rang Undang-Undang ini. Fasal 15 mem-peruntukkan bahawa aduan bagi pihak kanak-kanak atau orangdewasa tak berkeupayaan boleh difailkan oleh penjaga atau saudaraatau orang yang bertanggungjawab bagi menjaga kanak-kanak atauorang dewasa tak berkeupayaan itu, atau oleh seseorang pegawaipenguatkuasa. Fasal 16 menghendaki pejabat pendaftaranmahkamah untuk menyenggarakan suatu rekod mengenai aduan-aduan yang difailkan dan perintah-perintah perlindungan yangdikeluarkan menurut Rang Undang-Undang ini dan fasal 17memperuntukkan bahawa pegawai polis yang berkenaan hendaklahmemfailkan bukti penyampaian suatu perintah perlindungan dalamtempoh tujuh hari selepas penyampaiannya.

Page 23: D.R. 12/94 - parlimen.gov.my fileD.R. 12/94 Naskhah Sahih—Bahasa Malaysia RANG UNDANG-UNDANG KEGANASAN RUMAH TANGGA 1994 SUSUNAN FASAL BAHAGIAN I PERMULAAN Fasal 1. …

20 RANG UNDANG-UNDANG

6. Bahagian V mengandungi peruntukan-peruntukan mengenaiperkara-perkara pelbagai.

Fasal 18 memperuntukkan bahawa mana-mana orang yangmempunyai sebab untuk mempercayai bahawa suatu kesalahan yangmelibatkan keganasan rumah tangga sedang dilakukan bolehlahmemberi maklumat berkenaan dengannya kepada seseorang pegawaipenguatkuasa.

Fasal 19 menyatakan tugas-tugas pegawai penguatkuasa untukmembantu mangsa keganasan rumah tangga dan subfasal (2)menyatakan tugas-tugas tambahan seseorang pegawai penguatkuasayang adalah juga pegawai polis.

Fasal 20 memberi kuasa kepada Menteri untuk membuatperaturan-peraturan bagi maksud melaksanakan peruntukan-peruntukan Rang Undang-Undang ini.

IMPLIKASl KEWANGAN

Rang Undang-Undang ini akan melibatkan Kerajaan dalamperbelanjaan wang tambahan yang amaunnya belum dapatditentukan sekarang ini. [PN. (U2) 1717.]