perlembagaan kelab permainan pelajar islam

Upload: christina-rogers

Post on 14-Jan-2016

36 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

CLUB SOCIETY

TRANSCRIPT

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN KELAB

PERLEMBAGAAN DAN PERATURAN-PERATURAN PERSATUANARTIKEL SATU

PERATURAN-PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG (PERLEMBAGAAN) BAGI PERSATUAN PELAJAR ISLAM SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SEKSYEN 8, KD1.1NamaKelab ini dikenali dengan nama Persatuan Pelajar Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8, KD atau ringkasnya Persatuan Pelajar Islam yang selepas ini disebut sebagai persatuan sahaja.

1.2AlamatPersatuan Pelajar Islam Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara , 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

ARTIKEL DUA2.1PendaftarPendaftar kelab ini ialah Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8, Jalan Pekaka 8/1 Kota Damansara , 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan mengikut Peraturan 4 dan 5 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

2.2No. Pendaftaran

21/2011/SMK Seksyen 8, KD.

2.3Dokumen Pendaftaran

Bil. ( 1 ) dlm. SMKS8KD __________ bertarikh 15 Januari 2014.

ARTIKEL TIGA3PenasihatPenasihat atau penasihat-penasihat persatuan ini dilantik oleh Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8, KD mengikut Peraturan 8 dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 21, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL EMPAT4Tujuan

Kelab ini ditubuhkan dengan tujuan untuk:

4.1Mengumpulkan murid-murid yang berminat dengan permainan __________ .4.2Memupuk kemesraan, semangat sepasukan dan bersatu padu dalam kalangan ahli-ahli kelab.

4.3Menyemarakkan kegiatan-kegiatan kependidikan yang berkaitan dengan bidang permainan __________ .

4.4Mewujudkan peluang kepada ahli-ahli kelab mengembangkan bakat dan potensi masing-masing dalam bidang permainan __________ .

4.5Meningkatkan pengetahuan, pengalaman dan kemahiran ahli-ahli dalam permainan ___________ .

ARTIKEL LIMA5Keahlian

5.1Syarat-syarat keahlian5.1.1Keahlian adalah terbuka kepada semua murid Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 8, KD.

5.1.2Permohonan untuk menjadi ahli boleh dibuat dengan menggunakan Borang Pemilihan Aktiviti Kokurikulum (KOKU_3A dan KOKU_4A) dan dikemukakan kepada guru tingkatan masing-masing tidak lewat daripada 15 Januari setiap tahun.

5.1.3Kelulusan permohonan menjadi ahli adalah secara automatik setelah ahli memenuhi syarat 5.1.2. Jawatankuasa akan mempertimbangkan pembatalan keahlian jika ahli terlibat dalam kes-kes tatatertib di dalam atau di luar sekolah.

5.1.4Setiap permohonan untuk menjadi ahli hendaklah atas kerelaan sendiri tanpa dipaksa atau dipengaruhi oleh mana-mana pihak dan mendapat persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga masing-masing.

5.2Hak ahliSeseorang yang telah disahkan keahliannya berhak untuk:

5.2.1Mengundi dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab.

5.2.2Menjadi calon dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa kelab.

5.2.3Menghadiri dan menyertai aktiviti-aktiviti kelab.

5.2.4Menggunakan peralatan, prasarana dan kemudahan-kemudahan kepunyaan kelab.

5.2.5Mengemukakan cadangan, aduan, idea dan pendapat kepada Ahli Jawatankuasa Kelab mengenai isu-isu yang berbangkit.

5.3Kewajipan Ahli

Seseorang murid yang telah disahkan menjadi ahli kelab ini wajib:5.3.1Menghormati, mendukung dan mematuhi Perlembagaan dan Peraturan-Peraturan Kelab ini sepanjang masa dan dalam semua keadaan.

5.3.2Mematuhi, menghormati dan melaksanakan semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelab.

5.3.3Menjaga dan mempertahankan nama baik, maruah dan identiti kelab.

5.3.4Memelihara dan menjaga harta benda kelab.

5.3.5Tidak menyebarkan kepada sesiapa sahaja rahsia-rahsia kelab.5.3.6Tidak mementingkan diri sendiri sebaliknya sentiasa bekerjasama dan bermuafakat dengan ahli-ahli lain.

5.3.7Tidak mengkhianati sebarang usaha atau program-program yang dianjurkan oleh kelab.

5.3.8Menjelaskan derma keahlian sebelum 31 Januari setiap tahun.

5.4Pemberhentian dan Pemecatan Ahli5.4.1Ahli yang hendak berhenti daripada menjadi ahli kelab hendaklah menyerahkan permohonan bertulis sebulan terlebih dahulu kepada setiausaha. Permohonan untuk berhenti daripada menjadi ahli akan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat.

5.4.2Mana-mana ahli yang gagal mematuhi undang-undang dan peraturan-peraturan kelab atau bertindak dengan cara yang akan mencemarkan nama baik kelab boleh dipecat atau digantung keahliannya bagi suatu tempoh sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Jawatankuasa atas nasihat Guru Penasihat. Sebelum Jawatankuasa Kelab memecat atau menggantung keahlian ahli tersebut, ahli tersebut hendaklah diberitahu akan sebab-sebab bagi pemecatan atau penggantungannya secara bertulis. Ahli tersebut juga hendaklah diberi peluang untuk memberi penjelasan dan membela dirinya. Pemecatan atau penggantungan itu hendaklah dilaksanakan melainkan mesyuarat agung menunda atau membatalkan keputusan itu atas rayuan oleh ahli tersebut.

ARTIKEL ENAM6Jawatankuasa Kelab

6.1Ahli Jawatankuasa

Jawatankuasa Kelab akan dianggotai oleh:

6.1.1Seorang Pengerusi.

6.1.2Seorang Naib Pengerusi.

6.1.3Seorang Setiausaha.

6.1.4Seorang Penolong Setiausaha.

6.1.5Seorang Bendahari.

6.1.6Seorang Penolong Bendahari.

6.1.7Lima orang Ahli Jawatankuasa

6.2Pemilihan JawatankuasaPemilihan Jawatankuasa adalah secara demokratik dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab. Senarai Jawatankuasa yang terpilih hendaklah disahkan oleh Guru Penasihat sebelum boleh berfungsi.

6.3Tugas Utama JawatankuasaJawatankuasa Kelab adalah bertanggungjawab sepenuhnya atas semua aspek pengurusan dan pentadbiran kelab, termasuklah yang berikut:

6.3.1Menentu dan menetapkan dasar kelab berlandaskan perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab.

6.3.2Merancang dan menganjurkan kegiatan-kegiatan kelab berdasarkan Senarai aktiviti Utama yang diluluskan oleh Pendaftar.6.3.3Mengurus, merancang dan mengawal perbelanjaan tahunan kelab dengan mengambil kira bimbingan dan nasihat Guru Penasihat kelab.

6.3.4Mengurus pengutipan derma seperti yang diluluskan oleh Pendaftar dan menyimpan atau menggunakannya untuk kegiatan dan kepentingan kelab mengikut prosedur pengurusan kewangan yang berkuatkuasa di institusi kerajaan.

6.3.5Mengambil berat kebajikan ahli-ahli dan mengawal disiplin mereka sebagai ahli kelab.

6.3.6Meneroka dan mewujudkan peluang untuk ahli-ahli mendapat dan mempertingkatkan pengalaman, pengetahuan dan kemahiran masing-masing secara berterusan.

6.3.7Mengawal, menjaga dan menyelenggara harta benda, inventori dan bekalan pejabat kepunyaan kelab.

6.3.8Menjadi penghubung di antara ahli-ahli kelab dengan guru penasihat, pihak pengurusan sekolah, kelab atau persatuan lain di sekolah dan badan gabungan di peringkat daerah, negeri atau kebangsaan.

6.3.9Menganjur, mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat dan melaksanakan sepenuhnya keputusan-keputusan yang dihasilkan daripada mesyuarat-mesyuarat tersebut, khususnya Mesyuarat Agung Tahunan.

6.3.10Menyediakan Laporan Tahunan Kelab.

6.4Tugas dan Kuasa Pengerusi6.4.1Mengetuai usaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam Perkara 6.3 di atas.6.4.2Mengetuai pentadbiran dan pengurusan kelab.

6.4.3Mempengerusikan semua mesyuarat yang dirancang, diurus dan dikelolakan oleh Jawatankuasa kelab.

6.4.4Pengerusi berhak menggunakan undi pemutus dalam setiap mesyuarat yang dipengerusikannya selagi tidak melanggar atau bertentangan dengan tujuan, perlembagaan dan peraturan-peraturan kelab.

6.4.5Pengerusi berkuasa memanggil Mesyuarat Jawatankuasa dan Mesyuarat Jawatankuasa Tergempar apabila difikirkannya perlu.

6.4.6Mengetuai Jawatankuasa Disiplin kelab.

6.4.7Menandatangani semua dokumen kewangan kelab seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama dengan Setiausaha dan Bendahari.

6.4.8Mewakili kelab dalam semua perjumpaan atau mesyuarat dengan kelab atau persatuan lain, dan dengan badan induk gabungan.

6.4.9Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

6.5Tugas dan Kuasa Naib Pengerusi6.5.1Membantu Pengerusi mengetuai uasaha-usaha merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam Perkara 6.3 di atas.

6.5.2Melaksanakan tugas dan kuasa Pengerusi ketika ketiadaan atau ketidakhadiran Pengerusi, ataupun dengan kebenaran bertulis daripada Pengerusi.

6.5.3Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat.

6.6Tugas dan Kuasa Setiausaha6.6.1Membantu merancang, mengurus dan melaksana serta memantau semua Tugas Utama Jawatankuasa seperti disenaraikan dalam Perkara 6.3 di atas.

6.6.2Menyedia, mengurus dan menyelenggara tugas dan fungsi kesetiausahaan kelab, seperti surat menyurat, perekodan dan penyimpanan maklumat, penyimpanan dan pengemaskinian fail kelab, penyebaran maklumat kepada ahli-ahli kelab, dan pendokumentasian aktiviti-aktiviti kelab.

6.6.3Mengurus dan mengelolakan mesyuarat-mesyuarat kelab, seperti mengeluarkan notis dan surat jemputan menghadiri sesuatu mesyuarat kepada ahli-ahli dan semua Ahli Jawatankuasa kelab, menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat, menyediakan tempat mesyuarat, dan mencatat minit mesyuarat.6.6.4Melaksanakan semua keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Kelab dan mendokumenkan semua pelaksanaan.

6.6.5Menyedia, mengedar, mengumpul dan memproses Borang Pemilihan Aktiviti Kokurikulum.

6.6.6Mendaftar ahli-ahli baru dan menyedia serta mengemaskinikan Rekod atau Daftar Keahlian Kelab dan mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat dan Pengetua.6.6.7Menyediakan Buku Rekod Kehadiran Ahli dan menandakan kehadiran ahli dalam setiap aktiviti yang dianjur, diurus dan dikelolakan oleh kelab.

6.6.8Menyediakan laporan bagi setiap aktiviti yang dijalankan.

6.6.9Menyedia dan mengemaskinikan Rekod Pencapaian Ahli serta mendapatkan pengesahan daripada Guru Penasihat.

6.6.10Menyediakan Laporan Tahunan Kelab dan membentangkannya dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.

6.6.11Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Penasihat, Pengerusi ataupun Naib Pengerusi.6.6.12Menerima, mengumpul dan memproses aduan-aduan, cadangan-cadangan, pendapat dan idea-idea yang dikemukakan oleh ahli-ahli kelab.6.6.13Menyediakan Kertas Kerja bagi setiap program, projek dan aktiviti yang dianjur, diurus dan dilaksanakan oleh Jawatankuasa kelab.

6.6.14Menandatangani dokumen-dokumen kewangan kelab seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama Pengerusi dan Bendahari.

6.7Tugas dan Kuasa Penolong Setiausaha6.7.1Membantu Setiausaha melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang disenaraikan dalam Perkara 6.6 di atas.6.7.2Menjalankan tugas dan kuasa Setiausaha semasa ketiadaan atau ketidakhadirannya ataupun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis.6.7.3Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Naib Pengerusi atau Setiausaha.

6.8Tugas dan Kuasa Bendahari

6.8.1Mentadbir dan mengurus kewangan kelab.

6.8.2Menerima, mengutip, menyimpan dan mengakaunkan pendapatan kelab.

6.8.3Membayar bagi pihak kelab segala perbelanjaan atau tuntutan yang dikemukakan oleh pembekal dan mengakaunkan pembayaran dibuat.6.8.4Menandatangani semua dokumen kewangan kelab, seperti resit terimaan, arahan pembelian dan penyata pembayaran bersama-sama dengan Pengerusi dan Setiausaha.

6.8.5Menyimpan wang tunai di tangan tidak lebih daripada RM 50.00.

6.8.6Merancang dan mencadangkan kepada Jawatankuasa Kelab akan aktiviti-aktiviti atau projek-projek untuk menambah kewangan kelab.

6.8.7Menyedia dan memaparkan penyata kewangan bulanan kelab dengan sesalinan diserahkan kepada Guru Penasihat dan sesalinan kepada Pengetua sekolah.

6.8.8Menyediakan penyata kewangan tahunan kelab dan menyerahkannya kepada pemeriksa kira-kira untuk diaudit.

6.8.9Membentangkan penyata kewangan tahunan yang telah diaudit dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.

6.8.10Menyerahkan sesalian Penyata Kewangan Tahunan Kelab yang telah disahkan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab kepada Pengetua sekolah.

6.8.11Melaksanakan keputusan Mesyuarat Agung yang berkaitan dengan hal ehwal kewangan kelab.6.8.12Menyerahkan wang terkumpul kelab kepada Pengetua sekolah selepas 31 Oktober tahun berkenaan.

6.8.13Menunaikan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi dan Setiausaha.

6.9Tugas dan Kuasa Penolong Bendahari6.9.1Membantu Bendahari melaksanakan tugas dan kuasanya seperti yang disenaraikan dalam Perkara 6.8 di atas.

6.9.2Menjalankan tugas dan kuasa Bendahari semasa ketiadaan atau ketidakhadirannya ataupun apabila diarahkan oleh Pengerusi secara bertulis.

6.9.3Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

6.10Tugas dan Kuasa Ahli Jawatankuasa

6.10.1Menghadiri semua mesyuarat Jawatankuasa.

6.10.2Mengemukakan cadangan, ulasan, kritikan dan pendapat berkaitan hal ehwal pengurusan dan pentadbiran kelab.

6.10.3Mengetuai sesuatu Jawatankuasa kerja yang ditubuhkan untuk mengurus dan mengelolakan sesuatu aktiviti atau projek kelab.

6.10.4Membantu melaksanakan keputusan-keputusan yang diluluskan dalam Mesyuarat Agung Kelab.

6.10.5Mengundi untuk meluluskan sesuatu keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Kelab.

6.10.6Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha atau Bendahari.

ARTIKEL TUJUH

7Kewangan

7.1Tahun KewanganTahun Kewangan bagi kelab ini ialah daripada Januari (hari pertama sesi persekolahan bermula) hingga 31 Oktober tahun berkenaan.

7.2Derma KeahlianDerma keahlian adalah sebanyak RM 1.00 sebulan berdasarkan kelulusan yang diberikan oleh Pengetua sekolah berdasarkan Subperaturan 9(3) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Malaysia Jilid 42, No. 11, Tambahan No. 41, Perundangan (A): P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

7.3Tabung Kelab7.3.1Tabung Kewangan Kelab adalah wang terkumpul yang diakaunkan oleh Bendahari kelab dan disimpan oleh Pengetua atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua.7.3.2Sumber Tabung Kewangan Kelab adalah daripada:

7.3.2.1Derma keahlian tahunan daripada setiap ahli yang berdaftar.

7.3.2.2Sumbangan daripada sekolah.

7.3.2.3Sumbangan daripada pihak-pihak yang diluluskan oleh Pengetua sekolah.

7.3.2.4Keuntungan daripada aktiviti atau projek yang dijalankan oleh kelab.

7.3.3Wang daripada Tabung Kewangan Kelab boleh digunakan untuk:

7.3.3.1Membiayai kos pelaksanaan aktiviti atau projek yang dianjurkan oleh kelab.

7.3.3.2Membayar sebarang pembelian barangan, peralatan dan aksesori untuk kegunaan kelab.

7.3.3.3Membayar sebarang perkhidmatan yang diperlukan oleh kelab.

7.3.4Akaun Tabung Kewangan Kelab hendaklah diaudit pada tiap-tiap akhir bulan oleh Pemeriksa Kira-Kira dan pada setiap hujung tahun kewangan kelab.

7.4Pentadbiran Kewangan Kelab7.4.1Wang daripada Tabung Kewangan Kelab hanya boleh digunakan untuk perkara-perkara yang berfaedah sesuai dengan tujuan dan matlamat kelab.

7.4.2Setiap pengeluaran dan penggunaan wang daripada Tabung Kewangan Kelab hendaklah disahkan oleh Pengerusi, Setiausaha dan Bendahari dengan persetujuan daripada Guru Penasihat.

7.4.3Bendahari dibolehkan menyimpan wang tunai tidak lebih daripada RM 20.00 pada sesuatu masa. Wang yang selebih daripada itu hendaklah disimpan oleh Pengetua sekolah atau Guru Penasihat seperti yang diarahkan oleh Pengetua sekolah.7.4.4Penyata wang yang diterima dan yang dibelanjakan serta imbangan kira-kira bagi setahun kewangan hendaklah disediakan oleh Bendahari dan diaudit oleh Pemeriksa Kira-Kira.7.4.5Penyata Kewangan Tahunan Kelab hendaklah dilulusakan dalam Mesyuarat Agung Tahunan Kelab.7.4.6Tabung Kewangan Kelab akan diserahkan kepada Pengetua sekolah pada setiap akhir Tahun Kewangan Kelab.

7.5Pemeriksa Kira-Kira7.5.1Dua orang Pemeriksa Kira-Kira akan dilantik dalam Mesyuarat Agung Kelab.7.5.2Pemeriksa Kira-Kira bertanggungjawab mengaudit dan mengesahkan penyata bulanan Tabung Kewangan Kelab dan Penyata Kewangan Tahunan Kelab.

7.5.3Pemeriksa Kira-Kira berkuasa menyoal dan menasihati Bendahari dan Penolong Bendahari berkaitan apa-apa keraguan dan ketidakseimbangan dalam penyata bulanan Tabung Kewangan Kelab dan Penyata Kewangan Tahunan Kelab.

7.5.4Tempoh perkhidmatan Pemeriksa Kira-Kira adalah bagi setahun kewangan kelab.

ARTIKEL LAPAN8Mesyuarat Agung

8.1Jenis Mesyuarat Agung

8.1.1Mesyuarat Agung Tahunan

8.1.2Mesyuarat Agung Luar Biasa

8.1.3Mesyuarat Agung Tergempar

8.2Mesyuarat Agung Tahunan

8.2.1Tujuan8.2.1.1Membentangkan kepada ahli segala aktiviti dan program yang telah dilaksanakan sepanjang sesuatu tahun kewangan kelab.

8.2.1.2Membentangkan kepada ahli penyata pendapatan dan perbelanjaan kewangan kelab bagi sesuatu tahun kewangan.

8.2.1.3Membentangkan kepada ahli rancangan aktiviti yang akan dilaksanakan pada tahun kewangan akan datang.

8.2.1.4Mendapatkan kelulusan kepada sebarang pindaan perlembagaan atau dasar yang dicadangkan oleh Jawatankuasa Kelab.

8.2.1.5Mendapatkan pandangan, idea dan usul daripada ahli-ahli untukmempertingkatkan kecekapan dan keberkesanan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya.

8.2.2Pengurusan dan Pengelolaan8.2.2.1Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis mesyuarat sekurang-kurangnya dua minggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.8.2.2.2Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis pelawaan kepada ahli-ahli untuk mencadangkan usul atau pindaan-pindaan yang hendak dibincangkan tidak lewat daripada 21 hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan. Notis pelawaan hendaklah diletakkan di tempat-tempat strategik dan boleh dilihat oleh semua ahli.

8.2.2.3Setiausaha hendaklah menyediakan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar yang telah dijalankan sebelumnya (jika ada).8.2.2.4Setiausaha hendaklah menyediakan Laporan Tahunan Kelab, Takwim Aktiviti Tahunan dan Perancangan tahunan bagi tahun berikutnya.

8.2.2.5Bendahari hendaklah menyediakan Penyata Kewangan tahunan Kelab bagi tahun kewangan berkenaan dan Anggaran Pendapatan dan Belanjawan Kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya.

8.2.2.6Setiausaha hendaklah menyampaikan Minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu, Laporan Tahunan, Perancangan Tahunan, Penyata Kewangan bagi tahun kewangan yang lalu, Anggaran Pendapatan dan Belanjawan Kelab untuk tahun kewangan yang berikutnya, dan usul-usul atau cadangan-cadangan yang akan dibincang dan dikhaskan kepada ahli-ahli selewat-lewatnya sebelum 48 jam mesyuarat diadakan.

8.2.3TarikhMesyuarat Agung Tahunan Kelab hendaklah diadakan dengan secepat mungkin setelah berakhirnya tahun kewangan tetapi tidak lewat daripada 31 Oktober pada tarikh, masa dan tempat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab.

8.2.4Kehadiran

8.2.4.1Semua ahli Jawatankuasa Kelab.

8.2.4.2Semua ahli yang berdaftar.

8.2.5Korum8.2.5.1Korum bagi Mesyuarat Agung Tahunan Kelab ialah dua pertiga daripada jumlah ahli yang berdaftar.

8.2.5.2Jika korum tidak cukup selepas setengah jam daripada waktu yang telah ditetapkan untuk bermesyuarat, maka mesyuarat itu hendaklah ditangguhkan kepada satu tarikh (tidak lebih daripada tiga puluh hari) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Kelab dan jika korum masih tidak cukup, selepas setengah jam daripada waktu yang ditetapkan untuk mesyuarat yang ditangguhkan itu maka berkuasalah ahli-ahli yang hadir menjalankan mesyuarat tetapi tidak berkuasa meminda undang-undang dan peraturan-peraturan kelab dan membuat keputusan-keputusan yang melibatkan semua ahli.

8.2.6Agenda8.2.6.1Membentang dan mengesahkan minit Mesyuarat Agung Tahunan yang lalu dan minit-minit Mesyuarat Agung Luar Biasa dan Mesyuarat Agung Tergempar sekiranya telah diadakan sebelumnya.

8.2.6.2Perkara-perkara berbangkit daripada agenda 8.2.6.1 di atas.

8.2.6.3Membentang dan menerima Laporan Tahunan Kelab.

8.2.6.4Membentang dan mengesahkan Penyata Kewangan Tahunan Kelab bagi tahun kewangan yang lalu.

8.2.6.5Membentang dan meluluskan Takwim Tahunan Kelab dan Perancangan Tahunan Kelab (jika ada) untuk tahun kewangan berikutnya.

8.2.6.6Membentang dan meluluskan anggaran pendapatan dan Belanjawan Tahunan bagi tahun kewangan berikutnya.

8.2.6.7Membahaskan usul-usul atau cadangan-cadangan daripada ahli-ahli yang disampaikan melalui Setiausaha kepada Jawatankuasa Kelab sekurang-kurangnya semunggu sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.

8.2.6.8Melantik dua (2) orang pemeriksa kira-kira untuk tahun kewangan yang berikutnya.

8.3Mesyuarat Agung Luar Biasa8.3.1Setiausaha hendaklah mengeluarkan notis panggilan Mesyuarat Agung Luar Biasa sekiranya:

8.3.1.1Diarah dan difikirkan mustahak oleh Jawatankuasa Kelab.

8.3.1.2Setiausaha menerima permohonan bertulis daripada sekurang-kurangnya satu pertiga daripada jumlah ahli dengan menyatakan tujuan yang difikirkan munasabah oleh Setiausaha.

8.3.2Setiausaha hendaklah mengedarkan notis panggilan mesyuarat dan agenda mesyuarat dalam tempoh lima hari sebelum tarikh mesyuarat yang ditetapkan.

8.3.3Pemberitahuan dan agenda Mesyuarat agung Luar Biasa itu hendaklah dipaparkan di papan kenyataan kelab sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat diadakan.

8.3.4Mesyuarat Agung Luar Biasa akan hanya membincangkan satu agenda sahaja, yakni perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil.

8.3.5Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Luar Biasa adalah dua pertiga daripada jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung Luar Biasa dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

8.4Mesyuarat Agung Tergempar

8.4.1Mesyuarat Agung Tergempar boleh diadakan sekiranya:

8.4.1.1Diarahkan oleh Jawatankuasa Kelab.

8.4.1.2Diminta oleh dua pertiga daripada ahli yang berdaftar.

8.4.2Pemberitahuan tentang Mesyuarat Agung Tergempar hendaklah dibuat oleh Setiausaha dengan memaparkan notis pemberitahuan di papan kenyataan kelab selewat-lewatnya 24 jam sebelum mesyuarat itu diadakan.

8.4.3Hanya perkara yang menyebabkan mesyuarat itu dipanggil sahaja yang menjadi agenda untuk dibincangkan.

8.4.4Korum bagi sesuatu Mesyuarat Agung Tergempar adalah dua pertiga daripada jumlah ahli berdaftar. Sekiranya korum tidak mencukupi selepas setengah jam dari waktu yang telah ditetapkan maka mesyuarat tersebut hendaklah dibatalkan dan dalam masa 6 bulan dari tarikh itu, Mesyuarat Agung Tergempar dengan tujuan yang sama tidak boleh diadakan.

ARTIKEL SEMBILAN9Mesyuarat Jawatankuasa

9.1Jawatankuasa Kelab hendaklah bermesyuarat sekali bagi setiap bulan.

9.2Setiausaha hendaklah memberitahu ahli-ahli yang lain sekurang-kurangnya 48 jam sebelum mesyuarat diadakan dan sekiranya sesuatu perkara memerlukan tindakan segera maka pemberitahuan mesyuarat bolehlah dibuat sekurang-kurangnya 24 jam sebelum mesyuarat diadakan.

9.3Jika timbul sesuatu perkara mustahak yangberkehendakkan kelulusan sesebuah jawatankuasa berkenaan dan mesyuarat jawatankuasa tidak dapat diadakan, maka setiausaha bolehlah mendapatkan kelulusan daripada ahli-ahli jawatankuasa dengan cara mengedarkan surat pekeliling. Kaedah ini hendaklah dilaksanakan dengan mematuhi sepenuhnya syarat-syarat berikut:

9.3.1Masalah yang dibangkitkan atau perkara yang memerlukan keputusan segera itu hendaklah dibutirkan dengan terang, tepat, jelas dan terperinci, di samping cadangan tindakan atau keputusan dalam surat pekeliling yang diedarkan kepada tiap-tiap orang ahli jawatankuasa;

9.3.2Sekurang-kurangnya setengah daripada bilangan ahli jawatankuasa mestilah menyatakan persetujuan atau bantahan mereka terhadap tindakan atau keputusan yang dicadangkan itu; dan

9.3.3Keputusan atau tindakan yang dicadangkan dianggap lulus jika keputusan atau tindakan itu menerima undi yang terbanyak.

Sebarang keputusan yang didapati melalui surat pekeliling hendaklah dilaporkan oleh setiausaha kepada mesyuarat jawatankuasa berikutnya untuk disahkan dan dicatatkan dalam peringatan mesyuarat.

ARTIKEL SEPULUH10Undi

10.1Pengerusi mempunyai undi pemutus.10.2Pengundian dalam segala perkara, kecuali bila diputuskan oleh mesyuarat hendaklah dengan mengangkat tangan. Mengundi dengan proksi tidak dibenarkan.ARTIKEL SEBELAS11Penamatan dan Perletakan Jawatan

11.1Mana-mana ahli Jawatankuasa boleh memohon meletak jawatan dengan menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Setiausaha dan Guru Penasihat.

11.2Sebarang perletakan jawatan tidak sah sebelum dipersetujui dan diluluskan oleh Jawatankuasa Kelab atas nasihat Guru Penasihat.

11.3Sekiranya Setiausaha hendak meletakkan jawatan, maka beliau hendaklah menyampaikan surat perletakan jawatannya kepada Pengerusi dan Guru Penasihat.

11.4Ahli Jawatankuasa yang mungkir menghadiri mesyuarat yang diadakan sebanyak tiga kali berturut-turut tanpa alasan yang memuaskan akan disifatkan sebagai telah meletakkan jawatan dalam jawatankuasa yang berkenaan.

ARTIKEL DUA BELAS12Tata tertib

12.1Jawatankuasa Disiplin dan Tata TertibDemi menjaga dan menjamin nama baik dan maruah kelab serta kepentingan ahli-ahli, sebuah Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib ditubuhkan. Jawatankuasa ini berkuasa mengambil tindakan ke atas mana-mana ahli yang disabitkan bersalah melakukan sesuatu perbuatan yang bertentangan dengan undang-undang dan peraturan-peraturan kelab dan mencemarkan nama baik kelab.

12.2Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib akan dianggotai oleh:

12.2.1Guru Penasihat Kelab sebagai penasihat.

12.2.2Pengerusi Jawatankuasa Kelab sebagai pengerusi.

12.2.3Setiausaha Jawatankuasa Kelab sebagai setiausaha.

12.2.4Lima orang yang dilantik oleh Jawatankuasa Kelab daripada kalangan ahli yang berdaftar.

12.3Tugas dan Kuasa Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib12.3.1Menerima aduan dan laporan, menyiasat, mendakwa dan membicarakan ahli yang disyaki melakukan kesalahan.

12.3.2Mencadangkan hukuman ke atas ahli-ahli yang disabitkan bersalah kepada Guru Penasihat dan menjalankan hukuman dengan persetujuan daripada Guru Penasihat.

12.3.3Merujukkan kes-kes yang dianggap berat dan serius kepada Pengetua sekolah.

12.3.4Menyediakan laporan penyiasatan, perbicaraan dan hukuman kepada Guru Penasihat dan Pengetua sekolah.

12.4Jenis-jenis Hukuman

12.4.1Digantung daripada menyertai semua aktiviti kelab.

12.4.2Tidak dibenarkan menggunakan sebarang kemudahan, peralatan, bahan-bahan cetak dan bilik kelab

12.4.3Ahli-ahli yang disabitkan bersalah dihadapkan kepada Pengetua sekolah.

12.5Lembaga Rayuan

12.5.1Sebuah Lembaga Rayuan ditubuhkan untuk:

12.5.1.1Mengkaji dan meneliti dari masa ke semasa segala keputusan perbicaraan dan hukuman yang dibuat oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib.

12.5.1.2Mengkaji atau membicarakan semula sebarang kes yang telah dibicarakan oleh Jawatankuasa Disiplin dan Tata Tertib yang dirujukkan oleh yang terdakwa.

12.5.2Lembaga Rayuan akan dianggotai oleh:

12.5.2.1Guru Penasihat Kelab sebagai pengerusi.

12.5.2.2Tiga orang ahli yang dilantik oleh Guru Penasihat.

12.5.2.3Seorang Setiausaha yang dilantik oleh Guru Penasihat.

ARTIKEL TIGA BELAS13Perwakilan KelabPengerusi dan Setiausaha akan mewakili kelab ke sebarang mesyuarat yang diadakan oleh sekolah atau dengan kelab-kelab atau persatuan-persatuan lain. Sekiranya kedua-duanya tidak dapat hadir, maka Pengerusi hendaklah digantikan oleh Naib Pengerusi dan Setiausaha oleh Penolong Setiausaha. Demikianlah seterusnya mengikut hierarki jawatan dalam Jawatankuasa Kelab. Sekiranya bilangan perwakilan yang dijemput lebih daripada dua orang maka Jawatankuasa Kelab hendaklah menamakan perwakilan tersebut selain daripada Pengerusi dan setiausaha.

ARTIKEL EMPAT BELAS

14Tafsiran Undang-Undang14.1Selepas berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan kelab sehinggalah ke Mesyuarat Agung Tahunan kelab yang berikutnya, Jawatankuasa Kelab boleh memberikan tafsirannya kepada undang-undang dan peraturan-peraturan ini dan Jawatankuasa Kelab, jika mustahak boleh memutuskan perkara-perkara yang tidak terkandung dalam undang-undang dan peraturan-peraturan ini.

14.2Kecuali perkara-perkara yang bertentangan atau tidak selaras dengan dasar yang telah diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tahunan, keputusan Jawatankuasa Kelab ke atas perkara-perkara berbangkit berkaitan pengurusan, pentadbiran dan pengoperasian kelab adalah muktamad jika tidak diubah oleh keputusan Mesyuarat agung Tahunan yang berikutnya.ARTIKEL LIMA BELAS15Pindaan Undang-UndangUndang-undang dan peraturan-peraturan ini tidak boleh diubah atau dipinda kecuali dengan keputusan Mesyuarat agung. Permohonan untuk perubahan atau pindaan kepada undang-undang hendaklah dikemukakan untuk kelulusan kepada Pengetua sekolah dalam masa 14 hari dari tarikh keputusan Mesyuarat Agung yang meluluskan perubahan dan pindaan itu dan hanya boleh dikuatkuasakan mulai daripada tarikh perubahan atau pindaan itu diluluskan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 6 (1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42 No. 11 Tambahan No. 41 Perundangan (A); P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

ARTIKEL ENAM BELAS16PembubaranKelab ini boleh dibubarkan oleh Pengetua sekolah seperti dalam Subperaturan 12 (1) dalam Peraturan-Peraturan Pendidikan (Persatuan Sekolah) 1998, Akta Pendidikan 1996 seperti dalam Warta Kerajaan Jilid 42 No. 11 Tambahan No. 41 Perundangan (A); P.U. (A) 196 bertarikh 21 Mei 1998.

_____________________

_____________________

Tandatangan Pengerusi

Tandatangan Setiausaha

Tarikh: _______________

Tarikh: _______________

________________________

______________________Tandatangan Guru Penasihat

Tandatangan PK KokurikulumTarikh: __________________

Tarikh: ________________________________________

Tandatangan Pengetua

Tarikh: __________________