perkhidmatan pengurusan acara dan …mrem.bernama.com/v2/bm/pdf/brosur.pdf · 2 jadual kandungan 1....

10
PERKHIDMATAN PENGURUSAN ACARA DAN PERHUBUNGAN MEDIA (MREM) PERTUBUHAN BERITA NASIONAL MALAYSIA (BERNAMA)

Upload: vungoc

Post on 07-Feb-2018

235 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

PERKHIDMATAN

PENGURUSAN ACARA

DAN PERHUBUNGAN

MEDIA

(MREM)

PERTUBUHAN

BERITA

NASIONAL

MALAYSIA

(BERNAMA)

2

Jadual Kandungan

1. PENGENALAN

1.1 Maklumat mengenai Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA) 3

1.2 Maklumat mengenai Pengurusan Acara dan Perhubungan Media

(MREM) 3

2. CIRI-CIRI PENGURUSAN ACARA DAN PERHUBUNGAN MEDIA (MREM) 4

3. FAEDAH KEPADA PENGGUNA MREM 4

4. PERKHIDMATAN MREM

4.1 Pengedaran Siaran Media untuk Domestik (Malaysia & Singapura) 5

4.2 Perkhidmatan ASIANET 6

4.3 Perkhidmatan Penterjemahan 7

4.4 Perkhidmatan Perhubungan Awam 7

4.5 Pengurusan Acara 8

4.5.1 Publisiti & Promosi 8

4.5.2 Pengurusan Pusat Media 9

3

1.0 Pengenalan

1.1 Maklumat mengenai Pertubuhan Berita Nasional

Malaysia

(BERNAMA)

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA,

sebuah badan berkanun, ditubuhkan oleh satu Akta

Parlimen pada 1967 dan memulakan operasi pada Mei

1968. Peranan BERNAMA sebagai sumber berita yang

terkini dan boleh dipercayai diketahui di kalangan

media tempatan & antarabangsa termasuk agensi-

agensi kerajaan, perbadanan, universiti dan orang

perseorangan di seluruh negara.

Kebanyakan akhbar dan media elektronik Malaysia

dan agensi-agensi berita antarabangsa berlanggan

dengan BERNAMA. BERNAMA beroperasi di dalam

industri maklumat, yang amat berdaya saing tetapi

mempunyai potensi luas untuk berkembang. BERNAMA

secara berterusan menjalankan penyelidikan bagi

mempertingkatkan lagi kualiti produk dan

perkhidmatannya yang termasuk maklumat kewangan

tepat masa, berita tepat masa, sebuah perpustakaan

elektronik, pengedaran siaran media, pengurusan

acara, foto dan liputan video.

1.2 Maklumat mengenai MREM Malaysia-Global

“Hubungan langsung anda dengan

media”

MREM adalah sebuah perkhidmatan pengedaran

siaran media bertaraf profesional oleh Pertubuhan

Berita Nasional Malaysia atau BERNAMA, iaitu

pembekal terkemuka bagi kandungan berita kepada

media tempatan dan antarabangsa. Kini sepanjang

tempoh hampir 25 tahun, sektor perniagaan, kerajaan

dan syarikat multinasional telah bergantung kepada

perkhidmatan perhubungan media MREM untuk

mendapatkan produk dan usaha niaga mereka

dipaparkan di dada akhbar dan disiarkan di radio dan

televisyen. Rekod perkhidmatan yang cemerlang telah

membantu MREM menampilkan diri sebagai sebuah

sumber berita syarikat yang penting dan boleh

4

dipercayai kepada media, dan merancang dalam

menyampaikan nilai kepada pelanggan.

2.0 Ciri-ciri MREM

Serentak Apabila MREM mengedarkan siaran

media anda, semua akhbar utama,

termasuk stesen radio dan televisyen

di seluruh negara, menerima siaran

media itu secara serentak.

Perkhidmatan

wire

Pihak media menerima siaran media

anda, di samping jemputan dan

maklumat latar belakang, pada

rangkaian yang sama ia menerima

laporan berita BERNAMA. Ini memberi

para editor akses secara langsung

kepada pengumuman anda.

Jangkauan MREM boleh menghantar siaran

media anda ke mana-mana destinasi

dalam negeri dan di peringkat global

dan dalam sebarang bahasa.

Akses global Semua siaran media yang dihantar

oleh MREM dipaparkan di laman web

mrem.bernama.com bagi

membolehkan rakan perniagaan,

pelabur, pelanggan dan pekerja

anda mengaksesnya secara mudah.

3.0 Faedah kepada Pengguna MREM

Mudah

Anda hanya perlu menghantar satu salinan siaran media itu

kepada MREM dan kami akan melakukan tindakan

seterusnya: MREM mengedarkan siaran media itu berserta

gambar kepada media, disusuli dengan penghantaran

ulangan (jika perlu) dan memantau liputan media.

5

Menjimatkan kos

MREM mengenakan bayaran langganan bagi

perkhidmatannya, yang kadarnya nominal berbanding

faedah yang anda terima daripada segi liputan media. Satu

siaran media yang diterbit atau disiarkan adalah bersamaan

dengan beribu-ribu ringgit daripada segi nilai ruang iklan.

Berjaya

Perhubungan MREM dengan Pertubuhan Berita Nasional

Malaysia (BERNAMA) membantu siaran media itu dalam

menarik perhatian akhbar dan liputan yang diperlukan oleh

pelanggan.

4.0 Perkhidmatan MREM

4.1 Pengedaran Siaran Media Domestik (Malaysia & Singapura)

Semua siaran media yang didraf oleh pelanggan yang diedarkan kepada media

tempatan termasuk Sabah dan Sarawak. Pakej-pakej yang ditawarkan:

10 Siaran Akhbar

30 Siaran Akhbar

50 Siaran Akhbar

Kadar termasuk:

Penghantaran berulang bagi siaran

media untuk mendapatkan liputan

maksimum

Memantau akhbar tempatan untuk

keratan akhbar

Nota Kepada Editor atau

jemputan akhbar diedarkan

kepada media secara

percuma

6

Pengedaran gambar bersama siaran media yang berkaitan melibatkan kos. Sila

hubungi wakil kami bagi maklumat lanjut berkenaan harga dan pakej-pakej yang

ditawarkan.

Beberapa pelanggan yang melanggan perkhidmatan ini pada masa ini adalah

Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Jabatan Standards Malaysia, AmBank

Group, CIMB Group, PETRONAS, BASF (Malaysia) Sdn Bhd, Shell Malaysia, Universiti

Kebangsaan Malaysia dan sebagainya.

4.2 Perkhidmatan ASIANET

BERNAMA adalah anggota Lembaga bagi sebuah

konsortium yang terdiri daripada agensi-agensi berita

utama di rantau Asia Pasifik. Kami mempunyai perjanjian

kerja dengan anggota gabungan di luar negara untuk

mengedarkan siaran media di Amerika Syarikat, United

Kingdom/Eropah, Timur Tengah, Kanada, Amerika Latin

dan Afrika.

Satu ciri penting dalam perkhidmatan AsiaNet adalah menyediakan kepada

media di seluruh dunia dengan versi terjemahan bagi salinan asal pelanggan

dalam gaya yang diterima pakai untuk penerbitan. Ini dapat mengatasi

halangan budaya dan bahasa dan menjaminkan berita-berita penting

mendapat pertimbangan oleh media.

Secara ringkas, AsiaNet, menerusi rakan

beritanya yang utama, mengatur siaran

media pelanggan untuk diedarkan dalam

bentuk teks lengkap, tidak diedit dan telah

diterjemahkan di mana perlu. Ia dihantar

melalui Platform Operasi Internet AsiaNet ke

lokasi-lokasi dan senarai yang menjangkau

satu gabungan berita am dan media khusus

kepada industri sebagaimana yang

diperlukan oleh pelanggan.

7

Beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan AsiaNet adalah

PETRONAS, East Coast Economic Region Development Council (ECERDC)Kuwait

Finance House, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (untuk

Kraftangan Malaysia), Cyberview Sdn Bhd, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

(UIAM), World Islamic Economic Forum Foundation, Thinkerbox (M) Sdn Bhd,

MINDA, Prority Consultants, INTEC Systems, SEDANIA Travelneeds2u, Grey Two PR

Sdn Bhd, MediaBond Sdn Bhd, dan sebagainya.

(Nota: Kos adalah tertakluk kepada destinasi, sebagai contoh Negara atau

Rantau Tunggal)

4.3 Perkhidmatan Terjemahan

Perkhidmatan terjemahan ditawarkan untuk bahasa Mandarin, Tamil, Bahasa

Malaysia, Arab dan Bahasa Inggeris.

Untuk siaran media dalam Bahasa Mandarin, Tamil dan Arab, kosnya

didasarkan kepada artikel berkenaan dan kadar ditentukan sewajarnya

Untuk artikel yang tidak berbentuk siaran media dalam Bahasa Mandarin,

Bahasa Malaysia, Tamil, Arab dan Inggeris – satu sebutharga akan

dinyatakan tertakluk kepada artikel/dokumen berkenaan

Tempoh masa untuk menterjemahkan siaran media itu – minimum 24 jam/1

hari

Beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan penterjemahan adalah

Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (untuk Kraftangan Malaysia),

Dove Bid (Singapura), Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), ExxonMobil,

SHELL, dan sebagainya.

4.4 Perkhidmatan Perhubungan Media

Berikut adalah beberapa aktiviti yang digariskan untuk pertimbangan anda:

Pengedaran siaran media berteks lengkap kepada semua media

Pengedaran gambar secara dalam talian atau online

Mendraf Makluman Media/Jemputan Akhbar

Pengedaran nota kepada editor/jemputan akhbar kepada semua media

Menyelaraskan kehadiran media bagi persidangan media/pelancaran

Menjalankan temuramah dengan tokoh penting; BERNAMA akan

dimaklumkan

Menyediakan sokongan lengkap daripada Jabatan Pengarang, TV dan Foto

BERNAMA bagi acara-acara berkaitan

8

11th ASEAN Summit 2005 Islamic Development

Bank (IDB)

Mendraf laporan yang menonjolkan acara-acara sampingan

Menyediakan satu ikon pada laman web BERNAMA, hiperlink atau pautan

kepada laman web pelanggan

Petugas MREM akan hadir semasa persidangan media/pelancaran

Memberi nasihat mengenai kandungan kit media

Memantau dan mengumpulkan keratan akhbar daripada akhbar tempatan

(Bahasa Inggeris/Bahasa Malaysia) dan laporan berita dalam talian

Beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Perhubungan Media

adalah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia, Lembaga Minyak Sawit Malaysia

(MPOB), ABC Exhibitions, FELCRA, FAMA, Protemp Exhibition, Perwira Bintang Sdn

Bhd, dan sebagainya.

4.5 Pengurusan Acara

MREM BERNAMA menawarkan dua aspek

penting dalam pengurusan acara:

4.5.1 Publisiti dan promosi

Mengadakan temuramah

eksklusif bagi menyediakan berita-berita positif kepada media

Menyelaraskan publisiti sebelum, semasa dan selepas penganjuran

acara berkenaan.

Perkhidmatan kami akan termasuk perkhidmatan Jabatan

Pengarang/Foto dan liputan TV oleh BERNAMA TV bagi semua acara

yang dianjurkan oleh pelanggan

Menyediakan gambar kepada semua media menerusi kemudahan

sedia ada termasuk perkhidmatan dalam talian

Satu ikon akan diwujudkan di laman web BERNAMA yang akan

memuatkan acara-acara dan berita berkaitan pelanggan

Terdapat juga satu hiperlink atau pautan kepada laman web

pelanggan

(Nota: Temuramah dan laporan media yang disediakan oleh BERNAMA akan disiarkan

oleh ASTRO).

9

39th Asean Ministerial Meeting NAM Ministerial Meeting on The

Advancement of Women

4.5.2 Pengurusan Pusat Media

Kami menawarkan khidmat nasihat kepada pelanggan mengenai

langkah menubuhkan sebuah pusat media

Kami merancang dan menyelaraskan kemudahan dan kemudahan

telekomunikasi termasuk kemudahan dalam talian atau online,

pendaftaran media, pengumuman media dan akreditasi media

Mengedarkan maklumat mengenai acara-acara kepada media

tempatan

Merangka peraturan dan garis panduan berhubung pengeluaran pas

media

Menyelaraskan pengeluaran pas media dan kit media

Menyelaraskan temuramah akhbar sepanjang acara itu

Menyelaraskan pergerakan petugas media semasa acara itu

berlangsung

Memantau dan mengumpulkan laporan BERNAMA dan keratan akhbar

daripada akhbar-akhbar tempatan termasuk Sabah dan Sarawak.

Beberapa acara yang telah kami kendalikan adalah Sidang Kemuncak NAM

2003, Sidang Kemuncak OIC ke-10 2003, Sidang Kemuncak ASEAN ke-11 2005,

Mesyuarat Peringkat Menteri Wanita NAM, Mesyuarat Bank Pembangunan Islam

(IDB) 2005 & 2006, Dialog Antarabangsa Langkawi 2000, 2002 & 2004, Mesyuarat

Peringkat Menteri ASEAN ke-39 2006, Sukan FESPIC KL’06 2006 dan sebagainya.

Beberapa pelanggan yang menggunakan perkhidmatan Pengurusan Acara kami

adalah Jabatan Awqaf, Zakat dan Haji, SKALI Group, Kementerian Belia dan

Sukan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Luar,

Badan Pencegah Rasuah, Bank Negara Malaysia, Kementerian Kewangan,

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Jabatan

Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), dan sebagainya.

10

Pengurusan Acara & Perhubungan Media

(MREM)

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia

(BERNAMA)

Tingkat 5, Wisma Bernama

28, Jalan 1/65A

Off Jalan Tun Razak

50400 Kuala Lumpur

E-mel : [email protected]

Tel : 03-2694 1023/2694 1024/2696 2124

Faks : 03-2694 1021/1022