81878627 perlembagaan pertubuhan bsmm

22
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA WAJ3110 PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN Disediakan oleh: (Chalie) PUNNITHANN SUBRAMANIAM AMRI ZAKARIA FITRI MOHD

Upload: salini-sree-dharan

Post on 27-Dec-2015

215 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

hai

TRANSCRIPT

Page 1: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

BULAN SABIT MERAH MALAYSIAWAJ3110

PERLEMBAGAANPERTUBUHAN

Disediakan oleh: (Chalie)

PUNNITHANN SUBRAMANIAMAMRI ZAKARIAFITRI MOHD

Page 2: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

PRINSIP-PRINSIP ASAS PERTUBUHAN

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

LAMBANG, COGAN KATA, LAGU DAN BENDERA PERTUBUHAN

Page 3: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

7 PRINSIP ASAS PERTUBUHAN

Kemanusiaan (Humanity) Kesaksamaan ( Impartility) Keberkecualian ( Neutrality) Kebebasan( Independence) Khidmat Sukarela ( Voluntary Service) Ketunggalan ( Unity) Kesejagatan (Universality)

Page 4: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

KEMANUSIAAN (HUMANITY)

• Pergerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dilahirkan dengan hasrat untuk memberi pertolongan tanpa diskriminasi kepada mereka yang tercedera di medan pertempuran dan berusaha untuk mencegah dan meringankan kesengsaraan dimana jua ianya wujud.

• Tujuannya adalah melindungi nyawa dan kesihatan serta hormat menghormati sesama manusia.

• mempupuk kesefahaman, persahabatan, kerjasama dan kedamaian yang berkekalan di kalangan manusia.

Page 5: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

KESAKSAMAAN (IMPARTIALITY)

Tidak membezakan bangsa, kaum, agama, darjat atau fahaman politik dalam kegiatannya.

Tujuan asasnya ialah meringankan kesengsaraan individu dan memberi keutamaan kepada kes-kes kecemasan yang paling serius.

Page 6: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

KEBERKECUALIAN (NEUTRALITY)

Untuk terus mendapat kepercayaan orang ramai terhadapnya, Persatuan tidak menyebelahi mana-mana pihak yang bermusuhan.

Tidak menyertai pertikaian yang bercorak plitik, perkauman, agama dan ideologi.

Page 7: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

KEBEBASAN (INDEPENDENCE)

Palang Merah tetap menjaga autonominya supaya ia boleh bertindak mengikut prinsip pergerakan.

- Palang Merah bertindak mengikut prinsip pergerakannya walaupun pertubuhan ini merupakan badan sokongan kepada pihak berkuasa awam.

Page 8: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

KHIDMAT SUKARELA (VOLUNTARY SERVICE)

Ia berupa badan sukarela yang tidak didorong oleh sebarang tujuan mencari untung.

Page 9: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

KETUNGGALAN (UNITY)

Hanya ada satu Persatuan Palang Merah atau Bulan Sabit Merah dalam sesebuah negara.

Pertubuhan ini hendaklah terbuka kepada semua pihak dan aktivitinya meliputi seluruh negara.

Aktivitinya meliputi seluruh negara

Page 10: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

KESEJAGATAN (UNIVERSALITY)

Gerakan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah Antarabangsa meliputi seluruh dunia.

Mempunyai tanggungjawab yang sama.

Saling membantu di antara satu sama lain antara negara

Page 11: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

PERLEMBAGAAN PERTUBUHAN

Page 12: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN• Setiap persatuan yang ditubuhkan harus mempunyai

perlembagaan atau undang–undang.

• Mengikut Akta Pendaftaran Penubuhan, persatuan yang ditubuhkan di luar intitusi pendidikan diwajibkan mendaftar secara rasmi dengan pendaftar penubuhan parti politik dan persatuan belia.

• Hanya beberapa persatuan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen seperti Persekutuan Pengakap Malaysia, Persatuan Pandu Puteri Malaysia, Persatuan Bulan Sabit Merah dan St. John Ambulans.

Page 13: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

Antara fungsi perlembagaan atau undang–undang ialah sebagai panduan menggerakkan persatuan, melicinkan perjalanan persatuan kerana ia menetapkan bidang tugas dan hak jawatankuasa dan ahli serta menjadi rujukan apabila timbul sebarang masalah dalam menjalankan aktiviti persatuan.

Pasukan beruniform telah mempunyai peraturan atau undang – undang tersendiri yang ditetapkan oleh badan induk.

Page 14: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

OBJEKTIF PERLEMBAGAAN BSMM

Dibawah peruntukan Akta Perbadanan, Objektif BSMM

“Dalam masa aman atau peperangan, memberi bantuan sukarela kepada orang sakit dan cedera samada dari angkatan tentera atau pihak yang tidak berperang, kepada orang tawanan perang, dan orang awam yang menderita akibat peperangan, mengikut semangat dan waad-waad Konvensyen Geneva dan menjalankan segala kewajipan ke atas sesuatu Persatuan Kebangsaan oleh tiap-tiap Negara yang telah menjadi suatu pihak kepada Konvensyen Geneva.”

Page 15: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

Subperaturan 5(1) (a) dalam persatuan-persatuan pendidikan (Persatuan sekolah) 1998. Akta pendidikan 1996 seperti dalam warta Kerajaan Malaysia jilid 42, No. 11 Tambahan No. 41, Perundangan (A):P.U.(A) 196 bertarikh 1998 berikut merupakan peraturan-peraturan (perlembagaan) Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia:

Peraturan 1: Nama dan alamat

Peraturan 2: Matlamat

Peraturan 3: Objektif

Peraturan 4: Keahlian

Peraturan 5: Guru Penasihat

Peraturan 6: Ahli jawatankuasa

Peraturan7: Tugas dan tanggungjawab jawatankuasa

PERLEMBAGAAN BSMM

Page 16: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

PERLEMBAGAAN BSMM

Peraturan 8: Kewangan

Peraturan 9: Penyertaan

Peraturan 10: Aktiviti

Peraturan 11: Peraturan-peraturan

Peraturan 12: Pindaan perlembagaan

Peraturan 13: Perbubaran persatuan

Peraturan 14: Tindakan disiplin

Peraturan 15: Hal-hal lain

Perkara – perkara lain yang ditambah kedalam perlembagaan ialah :i) Lencana / logo persatuanii) Cogan kata / motoiii) Tugas persatuan di peringkat intitusi pendidikan,

cawangan, daerah, negeri dan cawanganiv) Pendaftaran persatuan

· v) Jawatankuasa kecil,

Page 17: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

PERLANTIKAN JAWATANKUASA

Terdapat banyak persatuan yang ditubuhkan di Malaysia. Setiap satunya berbeza cara penubuhannya mungkin kerana terikat dengan perlembagaan. Terdapat dua cara perlantikan jawatankuasa bagi sesuatu persatuan iaitu:

i.Mesyuarat Agong.

•Semua ahli berhak membuat pencalonan, memilih dan melantik sesiapa sahaja di kalangan ahli menjadi Jawankuasa.

•Jawatan yang di pertandingkan antaranya ialah Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha, Bendahari dan jawatankuasa kerja.

•Pemilihan dibuat secara mengangkat tangan atau undi rahsia dengan menggunakan kertas.

Page 18: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

ii) Perlantikan oleh penasihat

Perlantikan dibuat melalui perbincangan dengan ahli atau ujian tertentu terutamanya untuk pasukan beruniform.

Ia berbeza kerana perlantikan melalui penasihat mengikut kepada kebolehan seseorang ahli yang tertinggi berbanding dengan ahli yang lain.

Carta organisasi untuk perlantikan oleh penasihat juga berbeza daripada perlantikan ahli jawatankuasa melalui mesyuarat agong.

Ia bergantung kepada keperluan sesuatu pasukan.

Page 19: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

Biasanya, jawatankuasa akan dibentuk mengikut carta organisasi seperti berikut;

PENGERUSI

NAIB PENGERUSI

JAWATANKUASA KETUA PATROL/

BIRO

BENDAHARI

NAIB SETIAUSAHA NAIB BENDAHARI

PENASIHAT

SETIAUSAHA

Page 20: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

BIDANG TUGAS JAWATANKUASA

Penasihat :Memberi panduan, nasihat dan tunjuk ajar serta bimbingan untuk melaksanakan aktiviti dan mentadbir persatuan.

Pengerusi :Mengurus persatuan mengikut perlembagaan atau melaksanakan keputusan Mesyuarat Jawatankusa Kerja atau Mesyuarat Agong.

Mempengerusi Mesyuarat Jawatankuasa Kerja.

Merancang, malaksana dan menyelia aktiviti persatuan

Membuat kertas kerja dan berbincang dengan pentadbir Tentukan langkah-langkah keselamatan pemeriksaan doktor jika perlu

Mencari inisiatif untuk memantapkan lagi persatuan

Page 21: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

Naib Pengerusi : Membantu pengerusi mengurus dan mentadbir persatuan.

Menjadi pengerusi mesyuarat atau menjalankan tugas pengerusi apabila ketiadaan pengerusi.

Menjalakan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan.

Setiausaha : Menyimpan pendaftaran ahli.

Membuat urusan surat–menyurat dengan pihak luar, pentadbir institusi pendidikan atau ahli persatuan.

Menjemput dan mengedar surat panggilan untuk semua jenis mesyuarat.

Berkerjasama dengan pengerusi untuk mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.

Merekod kegiatan gerak kerja ko – kurikulum.

Page 22: 81878627 Perlembagaan Pertubuhan BSMM

Bendahari : Menyimpan rekod dan stok harta persatuan.

Memungut dan menyimpan kenyataan pembayaran yuran ahli.

Mengurus dan mentadbir pembelian dan kewangan persatuan.

Menyimpan dan menyiapkan penyata kira – kira persatuan. Menjalankan tugas mengikut ketetapan dalam perlembagaan

persatuan.

Ketua Patrol atau Ketua Biro : Mengetuai satu kumpulan kecil bagi melaksanakan

sesuatu tugas yang ditetapkan mengikut biro, bahagian atau patrol.

Membantu pengerusi dan setiausaha melaksanakan tugas yang telah ditetapkan mengikut perlembagaan persatuan.