program promosi infolib bernama

25
PROGRAM PROMOSI DI INFOLIB, BERNAMA HASNITA IBRAHIM Pengurus Maklumat Pusat Maklumat & Perpustakaan (InfoLib), Bernama [email protected] - http://InfoLib.bernama.com - http://blis.bernama.com LATAR BELAKANG InfoLib merupakan sebuah Pusat Maklumat dan Perpustakaan khusus dalam bidang berita yang koleksinya meliputi berita keluaran Bernama, keratan utama akhbar terbitan tempatan dan maklumat umum berkaitan Malaysia, memulakan operasinya sejak April 1968. Objektif utama InfoLib adalah mengumpul, memproses bahan bacaan dan berita serta maklumat agar boleh diakses oleh petugas Bernama dan pelanggan BLIS (Bernama Library & InfoLink Service). Koleksi berita dan maklumat di dalam bentuk digital melebihi empat (4) juta dokumen/artikel yang boleh diakses melalui BLIS meliputi 8,334 biodata tokoh terkenal (modul Who’s Who); 3,971 artikel perkara (modul Databank); 1,389,598 berita Bernama (modul Bernama News) dan 3,074,779 keratan akhbar terbitan tempatan utama (Modul Archival News); dan sebanyak 5,341 buah buku *data sehingga 30 April 2014. Hits penggunaan maklumat digital melalui BLIS adalah sebanyak 405,748 (2012) dan 410,659 (2013). (Rujuk - http://blis.bernama.com) Koleksi CD ROM (9 keping) yang mengandungi artikel berita berkaitan Tun Dr. Mahathir dari tahun 1968 hingga 2004 (122,174 artikel) telah dihasilkan pada September 2004 dan CD ROM Berita Bernama pula merupakan back-up kepada berita Bernama dari tahun 1996 hingga 2007 (768,750 artikel). Koleksi bahan bacaan, pangkalan data, maklumat, pengumuman, promosi perkhidmatan serta aktiviti dan perkembangan InfoLib boleh diakses melalui Portal InfoLib (Rujuk - http://infolib.bernama.com) dan laman sosial seperti FB (Rujuk-http://www.facebook.com/infolib.bernama) dan blog (Rujuk- http://infolibbernama.blogspot.com). Sehingga Mei

Upload: ita-kamis

Post on 15-Jun-2015

725 views

Category:

Education


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Program promosi infolib bernama

PROGRAM PROMOSI DI INFOLIB, BERNAMA

HASNITA IBRAHIM Pengurus Maklumat

Pusat Maklumat & Perpustakaan (InfoLib), [email protected] - http://InfoLib.bernama.com - http://blis.bernama.com

LATAR BELAKANGInfoLib merupakan sebuah Pusat Maklumat dan Perpustakaan khusus dalam bidang berita yang koleksinya meliputi berita keluaran Bernama, keratan utama akhbar terbitan tempatan dan maklumat umum berkaitan Malaysia, memulakan operasinya sejak April 1968. Objektif utama InfoLib adalah mengumpul, memproses bahan bacaan dan berita serta maklumat agar boleh diakses oleh petugas Bernama dan pelanggan BLIS (Bernama Library & InfoLink Service).

Koleksi berita dan maklumat di dalam bentuk digital melebihi empat (4) juta dokumen/artikel yang boleh diakses melalui BLIS meliputi 8,334 biodata tokoh terkenal (modul Who’s Who); 3,971 artikel perkara (modul Databank); 1,389,598 berita Bernama (modul Bernama News) dan 3,074,779 keratan akhbar terbitan tempatan utama (Modul Archival News); dan sebanyak 5,341 buah buku *data sehingga 30 April 2014. Hits penggunaan maklumat digital melalui BLIS adalah sebanyak 405,748 (2012) dan 410,659 (2013). (Rujuk - http://blis.bernama.com)

Koleksi CD ROM (9 keping) yang mengandungi artikel berita berkaitan Tun Dr. Mahathir  dari tahun 1968 hingga 2004 (122,174 artikel) telah dihasilkan pada September 2004 dan CD ROM Berita Bernama pula merupakan back-up kepada berita Bernama dari tahun 1996 hingga 2007 (768,750 artikel).

Koleksi bahan bacaan, pangkalan data, maklumat, pengumuman, promosi perkhidmatan serta aktiviti dan perkembangan InfoLib boleh diakses melalui Portal InfoLib (Rujuk - http://infolib.bernama.com) dan laman sosial seperti FB (Rujuk-http://www.facebook.com/infolib.bernama) dan blog (Rujuk- http://infolibbernama.blogspot.com). Sehingga Mei 2014 sebanyak 6,360 foto telah dimuat turun ke dalam FB InfoLib. Portal InfoLib telah merekod 1,961 hits (2012); 18,640 hits (2013) dan bagi blog InfoLib 25,981 hits (2012) dan 50,152 hits (2013).

PENGENALANProgram promosi adalah bertujuan untuk meningkatkan aktiviti pembacaan serta peminjaman bahan secara fizikal di Tingkat 8 dan meningkatkan penggunaan perkhidmatan atas talian dengan mengakses secara maya melalui Portal InfoLib, BLIS dan laman sosial. Pelbagai aktiviti telah dianjurkan bagi mencapai tujuan tersebut secara berpasukan. *Bermula 2 Jun 2014 InfoLib akan berpindah ke Tingkat 11, Wisma Bernama dan akan digelar/dikenali InfoLibNews (Pusat Maklumat & Perpustakaan Berita).

Sebagai sebuah perpustakaan khusus dimana pengguna utamanya adalah terdiri daripada petugas organisasi sendiri yang sentiasa sibuk dengan tugas harian, maka dari semasa ke semasa perpustakaan perlu memikirkan aktiviti tambahan dan sampingan secara berkala.

Page 2: Program promosi infolib bernama

KPI yang ditetapkan oleh InfoLib adalah minima dua (2) aktiviti utama dan empat (4 ) aktiviti berskala lebih kecil.

Aktiviti yang dianjurkan adalah berkaitan dengan maklumat di InfoLib dan ilmu pengetahuan. Bagi meningkatkan daya tarikan, aktiviti ini ditambah dengan permainan yang sedia ada atau dirujuk kepada buku dan ada juga yang direka khas oleh petugas InfoLib sendiri.

PROGRAM PROMOSI

Kempen Bulan Membaca Sejajar dengan Kempen Bulan Membaca peringkat kebangsaan ketika itu, bulan Julai juga merupakan bulan membaca di peringkat Bernama semenjak tahun 2001. Objektif pelaksanaan aktiviti ini adalah untuk menanam minat membaca di kalangan petugas Bernama, mempromosikan Bernama, menyokong kempen membaca kebangsaan dan mengekalkan hubungan serta kerjasama yang baik di kalangan petugas Bernama dan pelanggan BLIS.

Di antara aktiviti yang pernah berlangsung sepanjang bulan dan secara mingguan biasanya bermula jam 12.00 tengahari hingga 2.00 petang adalah seperti pertandingan menulis rumusan buku; pertandingan mengarang esei (tajuk diberi);  Sahibba; peminjam bertuah mingguan; dart a puzzle (soalan yang menguji minda); q-snake & ladder; acara “baca”, Try your luck, serta lawatan ke Astro, Putrajaya dan Petroleum Resource Centre, PETRONAS; dan pelbagai permainan yang mana jawapan yang betul akan mendapat gift. Aktiviti dijalankan dengan santai dan cuma dengan cara menarik minat pengguna datang ke InfoLib disamping meminjam buku.

Penutup kempen ini diadakan acara penyampaian hadiah dengan menjemput Pengurus Besar, Ketua Jabatan/Bahagian serta penggun. Aktiviti lain yang wajib diadakan adalah jualan buku oleh pembekal terpilih, jualan majalah lama, 100 peminjam pertama mendapat gift, peminjam terbanyak tahunan, kempen keahlian Perpustakaan Negara Malaysia dan aktiviti sampingan seperti pertandingan membaca berita, ice breaker, fun with words, fowl words, sound hunts, Lucky HP, word power, bookhunt (soalan mengenai koleksi buku), PTK (soalan peperiksaan kerajaan), Infohunt (soalan mengenai BLIS), pelbagai kuiz, pertandingan tulisan jawi, ekspresi merdeka dan pelbagai. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2003; Keluaran 2 : 2004; dan Keluaran 2 : 2005)

Aktiviti yang diadakan sepanjang bulan Julai yang menarik pengguna ke InfoLib ialah Teka Jumlah benda yang biasanya berkaitan dengan InfoLib dan maklumat seperti Teka Jumlah buku InfoLib (2002); perkataan dalam kertas A3 (2003); berat buku (2004); perkataan "baca" (2005); mukasurat buku (2006); dan penyedut minuman yang mengandungi perkataan Hari Kemerdekaan (2007).

  Oleh kerana kepercayaan terhadap aktiviti bulan Julai yang saban tahun berjaya diadakan maka InfoLib telah diberi peluang untuk mengadakan majlis penyampaian hadiah bagi 2006 pada skala yang lebih meriah di pekarangan Wisma Bernama yang digelar Bernama Mini Book Fair yang melibatkan tujuh (7) pembekal dan pelbagai permainan dalam enam (6 ) buah khemah. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2006)

2

Page 3: Program promosi infolib bernama

Pada tahun 2007, sambutan kempen membaca bergelar Merdeka Book Fair telah diadakan pada skala yang lebih besar dan meriah yang melibatkan 16 buah khemah. Pameran melibatkan Perpustakaan Negara Malaysia, Arkib Negara, FAMA, Nestle, Mas Cotek (produk herba) dan Bank Rakyat. Kempen ini merupakan anjuran bersama dengan Bahagian Perhubungan Korporat, Bernama sempena 50 tahun Kemerdekaan Malaysia yang dihadiri oleh lebih 500 orang pelawat. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2007)

Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLibBagi 2008, InfoLib sibuk dengan penyediaan dan pelancaran BLIS versi baru, CD ROM Tun Dr Mahathir dan CD ROM berita Bernama serta perpindahan InfoLib dari Tingkat Bawah ke Tingkat 8 yang bermula pada 13 September 2008.

2009Setelah bulan membaca peringkat kebangsaan tidak diraikan lagi maka InfoLib telah menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi matlamat yang sama dengan mengadakan Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLib bermula 2009.

Tempoh masanya lebih pendek berbanding sambutan sebulan sebelum ini. Siri 1 telah diadakan pada 6 Mac 2009. Memperkenalkan kad keahlian InfoLib, kupon diskaun, pembelian majalah lama, speed code petugas InfoLib terpilih agar mudah dihubungi, permainan PopLib, Liga Sahibba dan lain-lain. Sebanyak 157 buah buku telah dipinjam. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 1 : 2009)

Bagi siri 2 telah diadakan pada 26 Mei 2009 melibatkan aktiviti seperti Sahibba, Congkak, PopLib, Golf, Kelas DIY Origami & Deko Gelas dan Search and Found. Sebanyak 135 buah buku telah dipinjam. Siri 3 pula diadakan selama 4 hari pada 27 hingga 30 Julai 2009 dengan tambahan aktiviti seperti jualan buku Koperasi DBP, putar Ilmu, Teka Jumlah Tajuk Buku, Silangkata InfoLib, Movie Extreme, DIY (membuat bunga riben), peminjam buku terbanyak dan permainan uji minda seperti Stick Game dan Challenger. Sebanyak 254 buah buku telah dipinjam. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2009)

2010Pada 29 April, dengan tema dan dekorasi permainan Snakes & Ladders, yang dimainkan di atas plastik sebesar 10 X 10 kaki yang ditempah khas dan sebanyak 10 permainan telah dijalankan. Setiap permaian dihadkan kepada 20 minit atau terpulang kepada pihak penganjur kerana jika tidak dihadkan waktu, permainan akan memakan masa yang lama untuk tamat. Apabila tamat masa, pemenang adalah dirujuk kepada nombor mereka berhenti. Hanya peserta 1 hingga 3 sahaja mendapat hadiah.

Terdapat 2 keping permaianan yang bersaiz 2 X 2 kaki yang dicetak dan direka sendiri agar lebih ramai yang boleh bermain. Elemen kuiz diselitkan berdasarkan perkhidmatan dan bahan yang terdapat di InfoLib apabila peserta perlu naik tangga. Permainan tambahan adalah Fun ball. Sebanyak 253 buah buku telah dipinjam. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 1 : 2010)

3

Page 4: Program promosi infolib bernama

2011Pada 21 April 2011 dengan kerjasama pihak F & N Dairies (M) Sdn Bhd, telah diadakan pertandingan teh tarik dan fun games dengan dekorasi, hadiah dan doorgift yang bertemakan minuman dan produk F & N. Pelancaran Café Corner adalah sebagai nilai tambah kepada keceriaan InfoLib telah dilancarkan. Sebanyak 202 buah buku telah dipinjam. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 1 : 2011)

Bagi siri 2 telah diadakan pada 15 Disember 2011. Buat kali pertama diadakan bersama BK1MC (Bernama Kids’ 1Malaysia Club). Dua tema doorgift iaitu produk vantage dan angry bird. Aktiviti yang diadakan seperti seperti Senaman pagi (Chicken Dance); DIY Laman Kreatif; Pertandingan Laman Kreatif (7 – 10 tahun dan 12 – 17 tahun); Sand Art dan Jigsaw Puzzle (4-6 tahun); Cuba Rasa; Puppet Show dari PPAS; Pertandingan bercerita – (7 – 12 tahun); DIY Cokelat; penyampaian hadiah; pelancaran Blog InfoLib; Jualan buku /majalah / pelbagai; Hari Mesra Pengguna InfoLib (keahlian InfoLib dan menyemak nama/no. samb/jawatan dalam Portal InfoLib); keahlian BK1MC; doorgift untuk 100 peminjam pertama (petugas dan ahli BK1MC); peminjam bertuah; dan 30 gift untuk followers blog InfoLib.

Aktiviti telah dimeriahkan dengan kehadiran penulis novel iaitu Ain Maisarah yang memberi motivasi dan berkongsi pengalaman sebagai penulis muda dan menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya sepenuh masa serta berjaya memperolehi pendapatan yang tinggi. Sebanyak 362 yang mana 193 (petugas) 169 (BK1MC) buah buku telah dipinjam. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 3 : 2011)

2012Siri 1 telah diadakan pada 27 Mac 2012, bagi menjayakan kempen bahasa kebangsaan dan nilai-nilai murni. Aktiviti yang dijalankan seperti Pertandingan Ulasan Buku; Jualan buku PTS Publication Sdn Bhd; Kempen U-Pustaka oleh Perpustakaan Negara Malaysia; sesi bersama penulis iaitu Tuan Zamri Mohamad dan Tuan Shamsuddin Kadir dari PTS; Sesi bersama PNM – U-Pustaka oleh Cik Nafisah Ahmad; Nyanyian artis Sony Music dan Penyampaian hadiah Ulasan buku/Peminjam Bertuah. Sebanyak 343 buah buku telah dipinjam. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 1 : 2012)

Bagi Siri 2, lebih difokuskan kepada BK1MC, aktiviti sempena cuti sekolah BK1MC pada 7 Jun. Aktiviti bertemakan Happy Birthday Bernama ke 44 tahun. Pelbagai aktiviti seperti mewarna, membuat kad hari jadi, belajar membuat kotak hadiah di PNM, Kids Explorace, Bantal/kotak beracun, DIY hiasan hari jadi, senaman dan penyampaian hadiah semasa penutup. Pada hari tersebut juga diadakan Bengkel Power Point bagi ahli BK1MC yang berumur 12 hingga 17 tahun yang dihadiri seramai 21 orang. Sebanyak 120 buah buku telah dipinjam. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2012)

Bagi Siri 3 pula diadakan pada 4 Disember 2012 yang bertemakan Kenali Setem. Pelbagai aktiviti berasaskan setem telah diadakan seperti Pameran/ Jejak/Jualan Setem, Stamp Puzzle, Mewarna Setem, Teka Jumlah Setem serta Pertandingan Koleksi Setem Terbanyak. Pertunjukan yoyo, peminjam buku/friends FB bertuah, peminjam buku terbanyak petugas/BK1MC bagi 2012, foto Instant Booth, aktiviti Café Corner dan permainan Hungry Mouth turut diadakan. Y.Bhg. Dato’ Panglima Anuar Basha, Presiden Filateli Malaysia berkongsi mengenai belajar sejarah melalui setem serta En.

4

Page 5: Program promosi infolib bernama

Ahmad Zukiman Mohamed Zain berkongsi koleksi sampul surat setem hari pertama. Pelancaran FB InfoLib dan BK1MC oleh Ketua Pengarang. Sebanyak 4,476 foto dari 123 album koleksi InfoLib semenjak 2001 telah dimuatkan ke dalam FB InfoLib dan sebanyak 361 foto dari 13 album bagi FB BK1MC. Telah menerima 102 friends untuk InfoLib Dan 45 friends untuk BK1MC. Sebanyak 436 pinjaman buku  iaitu 256  (petugas) dan 180 (BK1MC). (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 3 : 2012)

2013Siri 1 diadakan pada skala lebih sederhana pada 27 Mac selama setengah hari. Dengan permainan Snakes and Ladders yang melibatkan kuiz mengenai InfoLib dan sebanyak 51 pinjaman buku. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 1 : 2013)

Bagi Siri 2, aktiviti yang diadakan pada 23 Mei ialah Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLib & Promosi Sumber Elektronik PNM. Diadakan sempena Hari Buku Sedunia dan ulang tahun Bernama ke 45. Seramai 100 orang telah mendaftar Portal Sumber Elektronik tersebut (11 pangkalan data) dan taklimat mengenai Portal oleh pihak PNM. Pelbagai aktiviti seperti Hunt@Sumber Elektronik dan Bernama Words Search Game serta menjemput kartunis (Geng Lukih) untuk melukis wajah warga Bernama. Pelancaran Freiendly InfoLib Card turut diadakan. Sebanyak 436 pinjaman buku  iaitu 325 (petugas) dan 180 (BK1MC). (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2013) Bagi Siri 3, aktiviti yang diadakan pada 4 Disember yang bertemakan magik bermula dengan Sesi Perkongsian Menimba Ilmu di New York bersama penulis Sdra. Iwan Ghazali; pertunjukan silap mata bersama Mr Jaja; pertandingan menguji minda – Sahibba; meningkat kemahiran seni Hiasan Felt oleh Sdri Faridah Al Akmal; pertandingan Puzzle bagi ahli yang berumur 6 tahun ke bawah; kehadiran Anak Yatim Pertubuhan Anak Yatim Darul Aminan, Seremban yang menunjukkan kebolehan mereka melalui program Fuzi Magic Student Development; dan peminjam/pengunjung bertuah. Sebanyak 132 pinjaman buku  iaitu 80 (petugas) dan 52 (BK1MC). (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 3 : 2013)

2014Aktiviti diadakan pada 30 April sebagai mengucapkan selamat tinggal Tingkat 8. (Farewell @ Levelt 8). Aktiviti yang diadakan adalah mendaftar keahlian pinjaman buku menggunakan mykad melalui mesin self check yang telah dibeli; jualan majalah lama dan jualan Café’ Corner. Seramai 80 telah mendaftar dan sebanyak 112 buah buku telah dipinjam.

Walaupun sibuk dengan urusan menaik taraf InfoLib yang melibatkan lima (5) komponen iaitu penambahbaikan fizikal yang berpindah ke Tingkat 11; kelengkapan ICT; projek Digital; menaiktaraf Sistem Perpustakaan; dan membina koleksi penyelidikan berkaitan Malaysia, aktiviti berskala kecil tanpa memohon sebarang peruntukan telah berjaya dijalankan.

Tips penganjuran program promosiBagi aktiviti yang dijalankan, perancangan awal dilakukan dengan mengadakan perbincangan dengan petugas Unit Rujukan. Di peringkat awal diadakan sesi percambahan idea. Kepelbagaian jenis aktiviti dirancang dan perlu terus mencuba,

5

Page 6: Program promosi infolib bernama

digugurkan mana yang tidak sesuai, diulangi aktiviti yang sesuai serta mendapat sambutan, ditambah kelainan pada setiap aktiviti agar pengguna akan teruja untuk melihat kelainan dalam setiap aktiviti yang dianjurkan.

Senarai semak perlu diwujudkan yang meliputi promosi, jemputan, jamuan, hadiah, doorgift, penyediaan memo kelulusan aktiviti serta perbelanjaan, permohonan keperluan AV/pelbagai, surat jemputan kepada pihak luar jika berkaitan, memo mohon liputan media, pembahagian tugasan seperti penyambut tetamu, pengendali majlis, pengendali aktiviti peminjaman buku dan lain-lain pada hari aktiviti tersebut.

Setelah tindakan sewajarnya dijalankan dan mendapat maklum balas terhadap perancangan, satu lagi perbincangan akan diadakan dan kali ini juga melibatkan petugas dari unit lain. Ini akan mewujudkan semangat kerjasama di kalangan petugas dan mereka juga berpeluang menjadi sebahagian daripada menjayakan aktiviti InfoLib. Sehari sebelum aktiviti gotong royong untuk menyiapkan tempat akan dijalankan dan persiapan terakhir dilakukan seperti menyediakan hiasan, borang, hadiah yang dilabel, doorgift dan seumpamanya.

Tema diwujudkan agar aktiviti yang dianjurkan adalah lebih menarik, fokus dan terancang. Aktiviti dijalankan bercorak santai dan cuma dengan cara menarik minat pengguna datang ke InfoLib di samping meminjam buku. InfoLib cuba bekerjasama dengan mana-mana pihak dalam satu-satu aktiviti utama yang dianjurkan seperti penulis/pembekal buku, PNM, Pos Malaysia, produk Nestle, Fuzi magic dan lain-lain.

Semasa setiap aktiviti seorang petugas InfoLib ditugaskan hanya fokus mengambil foto untuk aktiviti tersebut. Semasa aktiviti berlangsung, sebanyak tiga hingga lima keping foto akan dimasukkan ke dalam FB dan dalam tempoh dua hari perlu dimasukkan ke dalam Portal/blog dan FB InfoLib.

Acara kemuncak, biasanya pada sebelah petang diadakan aktiviti penyampaian hadiah yang menjemput Pengurus Besar, pegawai kanan dan para petugas Bernama. Pengurus Besar dan Pengurus Maklumat telah menyampaikan ucapan. Ini juga perlu untuk memberi keyakinan terhadap pihak pengurusan tentang kejayaan dan perkembangan InfoLib dan semasa majlis ini biasanya akan dilancarkan satu produk atau perkhidmatan baru.

Setelah semuanya selesai, pada keesokan harinya InfoLibteam akan minum pagi bersama-sama sambil mendengar maklum balas aktiviti dan mengenalpasti perkara yang boleh diperbaiki.

Nama acara dan permainan perlu kreatif dan catchy agar dapat memberi tarikan dan digalakkan berasaskan dengan perpustakaan sendiri. Target diberikan untuk dicapai. Bagi aktiviti satu hari, minima pinjaman adalah 150 buah buku, yang mana minima 3 buah buku akan dipinjam oleh pengunjung (berubah mengikut tempoh aktiviti). Semenjak 2009, doorgift hanya akan diberikan kepada mereka yang meminjam buku sahaja. Walaupun mula-mula seperti terpaksa meminjam minima tiga buah buku bila hadir aktiviti tetapi akhirnya menjadi satu kebiasaan yang mana peranan pengacara majlis

6

Page 7: Program promosi infolib bernama

untuk mempromosi pinjaman. Kesempatan mereka ke perpustakaan tidak boleh dipersia-siakan.

Hadiah pinjaman bertuah ataupun hadiah bagi kuiz peminjam bertuah juga boleh diadakan untuk memeriahkan suasana. Kuiz yang diadakan untuk peminjam biasanya diadakan jika diadakan aktiviti berskala kecil dan perbelanjaan yang kecil dimana tiada doorgift disediakan. Soalan boleh diwujudkan mengikut tema pada hari tersebut ataupun berkaitan InfoLib.

Jika kekurangan perbelanjaan ataupun untuk mengurangkan perbelanjaan, doofgift pula boleh diadakan dengan memohon sumbangan dari Perpustakaan Negara Malaysia, Karangkraf, pembekal buku dan dengan pihak yang mana kita bekerjasama malah boleh memohon kepada organisasi kita sendiri.

Setiap hadiah dan doorgift mempunyai label alamat laman web perpustakaan yang dicetak supaya boleh dijadikan rujukan oleh pengguna untuk mengakses perkhidmatan dalam talian.

Program yang diadakan selain dari memperkenalkan produk perpustakaan sendiri juga boleh menyelitkan promosi kepada produk yang boleh digunakan oleh umum secara percuma yang boleh memberi manfaat kepada petugas di organisasi kita. InfoLib pernah mempromosi keahlian Perpustakaan Negara Malaysia, U-Pustaka Sumber Elektronik PNM dan pelbagai.

Dengan pelbagai aktiviti maka impak yang paling dirasakan ialah jumlah pinjaman buku meningkat, 339 (2001), 1,396 (2002), 540 (2003), 819 (2004), 1,460 (2005), 2,402 (2006), 3,408 (2007), 1,864 (2008), 2,635 (2009), 2,582 (2010), 2,993 (2011), 3,405 (2012) dan 4,076 (2013).

Perkhidmatan Troli Bergerak Perkhidmatan troli bergerak dengan buku terpilih dan terkini dibawa  ke Jabatan Pengarang dan tingkat terpilih di Bernama, pada setiap Khamis bermula 3.00 petang yang dikenali sebagai Le Tour de InfoLib. Perkhidmatan ini dilancarkan pada 2 Mac 2006 bagi membantu petugas Bernama terutama petugas Jabatan Pengarang untuk membuat pinjaman bahan dan menyediakan kotak book-drop bagi memulangkan bahan.

Aktiviti sebegini berjaya membantu peningkatan statistik pinjaman dimana 38 kali, 847 pinjaman (2006), 39 kali, 956 pinjaman (2007), 35 kali, 721 pinjaman (2008), 38 kali, 753 pinjaman (2009), 21 kali, 477 pinjaman (2010), 31 kali, 931 pinjaman (2011), 31 kali, 700 pinjaman (2012) dan 29 kali, 830 pinjaman (2013). Setiap kali menolak troli, minima 25 buah buku perlu di pinjam. Sekali-sekala acara memilih peminjam bertuah diadakan di kalangan peminjam petang tersebut sebagai motivasi untuk membuat pinjaman dan ini terbukti berkesan. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 1 : 2006)

Koleksi Bacaan RinganInfoLib membuat pinjaman 300 bahan bacaan ringan dari Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk tempoh 4 bulan semenjak tahun 2001. Pada 2009, PNM telah memberi

7

Page 8: Program promosi infolib bernama

tambahan sebanyak 600 bahan bacaan ringan. Ini adalah bertujuan menambahkan kepelbagaian koleksi bahan bacaan di InfoLib.

Pinjaman bahan bacaan ringan dan santai seperti novel, cerpen, buku mengenai hobi, sukan, masakan dan lain-lain bertujuan menambahkan kepelbagaian koleksi bahan bacaan di InfoLib dan mengurangkan tekanan di kalangan petugas dalam tugasan mereka serta untuk memenuhi keperluan petugas  selain dari Jabatan Pengarang. Selain itu ruangan fizikal di InfoLib yang terhad dan tertumpu kepada pembelian buku yang melibatkan bidang kewartawanan dan media massa. Statistik pinjaman semakin meningkat dengan adanya perkhidmatan ini daripada hanya 339 pinjaman pada tahun 2001 sehingga mencecah 4,066 pinjaman pada tahun 2013.

Literasi MaklumatInfoLib menjalankan latihan BLIS dan Portal InfoLib kepada petugas baru Bernama dan latihan berterusan kepada pengguna InfoLib bermula 19 Februari 2009. Latihan bertempat di Tingkat 12, Pusat Kecemerlangan setiap hari Khamis, dua kali sebulan yang mana kami telah memilih peserta bagi memastikan semua petugas Bernama akan menghadiri latihan ini untuk kegunaan kerja dan meningkatkan ilmu pengetahuan umum dan perkhidmatan InfoLib. Bagi 2009 terdapat 16 siri/147 peserta; 2010 terdapat 14 siri/112 peserta; 2011 terdapat 15 siri/122 peserta; 2012 terdapat 15 siri/169 peserta; dan 2013 terdapat 11 siri/120 peserta.

Modul latihan disediakan dan kuiz selingan serta kuiz di akhir latihan bagi memastikan peserta faham apa yang dipelajari dan hadiah turut disediakan. Latihan di adakan dalam keadaan ceria dengan bantuan tiga hingga lima orang pembantu pengajar bagi memastikan latihan berjalan lancar dan mencapai matlamat. Semua petugas InfoLib terlibat dan dimestikan membantu menjalankan latihan minima 9 kali setahun bagi petugas Unit Rujukan dan minima 4 kali bagi petugas dari unit lain. Ini perlu dilakukan agar petugas InfoLib juga sentiasa mahir dalam penggunaan perkhidmatn atas talian InfoLib dan membina kerjasama dengan pengguna InfoLib.

InfoLib juga terlibat dengan latihan BLIS bagi pelanggan BLIS yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia, perpustakaan khusus, perpustakaan akademik dan perpustakaan awam di setiap negeri di Malaysia bagi meningkatkan penggunaan serta kemahiran pelanggan BLIS agar pihak perpustakaan juga boleh memberi latihan kepada pengguna masing-masing. Ini juga penting untuk mengekalkan langganan BLIS. Maklum balas juga dapat membantu pasukan BLIS memperbaiki BLIS. Konsep pustakawan bertemu dengan pustakawan memberi impak yang lebih kepada sesi latihan tersebut bagi pelanggan baru.

Hotline 202Nombor 202 adalah nombor sambungan bagi kiosk rujukan di InfoLib. Hotline 202 bertujuan membantu para petugas terutamanya dari Jabatan Pengarang untuk mendapatkan maklumat dengan kadar segera dari  jam 8.30 pagi hingga 6.00 petang pada hari bekerja (Isnin - Jumaat). Semasa pelancarannya pada 28 Februari 2007, nombor Hotline tersebut ditampal di setiap terminal di Jabatan Pengarang. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 1 : 2007)

8

Page 9: Program promosi infolib bernama

Kemudahan Sirkulasi E-MelUntuk mempromosi aktiviti, perkhidmatan/maklumat terkini dan sebarang pengumuman adalah lebih berkesan dan cepat, InfoLib mendapat sendiri kemudahan untuk e-mel kepada semua petugas Bernama secara berkumpulan – [email protected]. Kemudahan ini telah mendapat kelulusan Pengurus Besar pada Mac 2011. InfoLib juga melalui kumpulan infolibteam@bernama untuk berkomunikasi melalui e-mel di kalangan petugas sendiri untuk sebarang pengumuman dan pemberitahuan.

Lawatan ke Pesta BukuSejak 2005, InfoLib telah menganjurkan sebanyak 10 kali kali lawatan ke Pesta Buku Antarabangsa KL di PWTC. Lawatan ini bertujuan menggalakkan tabiat membaca di kalangan petugas Bernama. Di samping itu juga, aktiviti ini membolehkan petugas Unit Rujukan membuat pemilihan bahan bacaan bagi menambah koleksi InfoLib. Semenjak tahun 2012, lawatan juga dianjurkan ke Pesta Buku Big Bad Wolf di The Mines.

Kelab Kanak-KanakBK1MC (Bernama Kids’ 1Malaysia Club) yang dilancarkan pada 31 Julai 2010 merupakan salah satu tanggungjawab sosial Bernama yang ahlinya terdiri daripada anak petugas Bernama berumur 4 hingga 17 tahun. Jawatankuasa induk terdiri dari pegawai kanan Bernama serta wakil kelab serta Puspanita di Bernama dan InfoLib sebagai Penyelaras 1.

Pelbagai aktiviti telah dianjurkan seperti Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLib, lawatan, bengkel, berbuka puasa kraftangan dan lain-lain.. Aktiviti pinjaman Buku Kanak-kanak sebanyak 225 buah (2010), 392 buah (2011) 463 buah (2012) dan 271 buah (2013).

2011Lawatan ke Kuala Gandah Elephant Sanctuary - 9 April; Program Anak Cemerlang - 7 Jun; Bengkel Asas Fotografi - 23 Julai; Lawatan ke Beryl’s Chocolate Wonderland - 8 Disember; Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLib & BK1MC serta pelancaran blog BK1MC - 15 Disember; dan Lawatan ke Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor - 28 Disember.

2012Mewarna Mickey Mouse - Mei; Aktiviti Sempena Cuti Sekolah bertemakan Selamat Hari Jadi Bernama ke 44 - 7 Jun; Laman Kreatif bersama PNM - 7 Jun; Bengkel Power Points pada - 7 Jun; Majlis Berbuka Puasa BK1MC bersama penghuni Rumah Anak Yatim Baitul Ummah, Taman Setapak Indah - 28 Julai; Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLib & BK1MC serta pelancaran FB BK1MC - 4 Disember; dan Pesta Buku Big Bad Wolf - 19 Disember.

2013 dan 2014Lawatan ke Muzium Coklat di Kota Damansara - 27 Mac; Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLib bagi BK1MC - 27 Mac; Majlis Berbuka Puasa BK1MC 2013 bersama penghuni Anak Yatim, Darul Mahbah, Taman Putra Permai, Seri Kembangan, Puchong - 27 Julai; Aktiviti Galakan Penggunaan InfoLib & BK1MC - 4 Disember; dan Bengkel Penyediaan Folio menggunakan Power Points pada 26 Mac 2014.

9

Page 10: Program promosi infolib bernama

Sudut KafetariaCafe Corner telah dilancarkan di InfoLib pada 21 April 2011 yang merupakan sudut minuman dan makanan  ringan yang direka bentuk sendiri oleh petugas InfoLib bagi menarik pengguna membaca sambil bersantai.

Minima 3 aktiviti dijalankan setiap tahun selama separuh hari yang mana minima 100 buku telah dipinjam serta aktiviti sampingan seperti demonstrasi masakan sihat, pertandingan seperti watermelon wars dan sandwich wars. Aktiviti peminjaman buku adalah agenda utama.

Pendekatan untuk menjual pelbagai makanan berjaya menarik minat pengunjung. Target minima hasil jualan ditetapkan yang mana dimasukkan ke dalam tabung InfoLib dan kemudian juga digunakan semula untuk aktiviti InfoLib yang lain. Bagi barangan jualan, samada pihak kami membeli dari pihak lain seperti kueh, nasi lemak, kek, kerepek ataupun menyediakannya sendiri secara bergotong royong seperti nasi lemak, pelbagai gulai, nasi ayam, nasi beriani, ais blended, rojak, kek dan pelbagai.

Di antara aktiviti yang telah berjaya dijalankan ialah Special for Today pada 11 Julai 2011; Special for Ramadan pada 5 – 19 Ogos 2011; Special for February pada 24 Februari 2012; Special for April pada 26 April 2012; Special for Mei pada 24 Mei 2012; Special for Ogos pada 28 – 30 Ogos 2012; Special for January pada 6 Januari 2013; Special for Mac pada 28 Mac 2013; Special for April pada 25 April 2013; dan membuka gerai jualan di setiap Aktiviti galakan Penggunaan InfoLib pada 27 Mac 2012, 7 Jun 2012, 4 Disember 2012, 23 Mei 2013, 4 Disember 2013, 30 April 2014 dan semasa mesyuarat Agung Benita (Puspanita) pada tahun 2013 dan 2014.

Terbitan DalamanBuletin InfoLib iaitu InfoLib Alert mula diterbitkan untuk keluaran pertama pada April 2003 dan sehingga Disember 2013 sebanyak 33 keluaran telah dihasilkan. Setiap tahun, tiga keluaran diterbitkan bertujuan melaporkan aktiviti InfoLib, mempromosikan aktiviti yang bakal dilaksanakan, mempromosi serta memaklumkan pembaca mengenai koleksi/perkhidmatan terbaru InfoLib, memaparkan maklumat terkini yang terkandung di dalam modul BLIS dan maklumat dan ilmu pengetahuan umum. Semua yang dikongsi dalam artikel telah dilaporkan dan boleh diakses melalui http://infolib.bernama.com - INFOLIB ALERT.

Risalah mengenai InfoLib juga diterbitkan untuk mempromosi penggunaan InfoLib, BLIS dan Portal InfoLib serta perkhidmatan yang lain untuk diedarkan kepada pengguna InfoLib dan pengunjung. Bagi sebarang pengumuman/hebahan/promosi, poster yang menarik dan informatif perlu diedarkan melalui e-mel dan ditampal di setiap tingkat untuk mempromosi aktiviti dan sebarang pengumuman. Ini merupakan satu iklan yang berkesan untuk hebahan.

Cenderamata dan penanda buku disediakan dengan kreativiti sendiri telah berjaya menarik pengguna untuk menyertai sebarang aktiviti anjuran InfoLib dan untuk mempromosi aktiviti InfoLib.

10

Page 11: Program promosi infolib bernama

Friendly InfoLib Aktiviti ini  telah dilancarkan pada 26 April 2006 bertujuan menggalakkan warga Bernama berkunjung  dan meminjam bahan bacaan di InfoLib. Dengan bertemakan “Happy Reading” InfoLib dihias dengan smiley faces, menjemput tetamu jemputan dari Universiti Malaya dengan tajuk ceramah Keperluan Ceria/Gembira di Tempat Kerja yang mana tajuknya santai tetapi kita perlu sentiasa diingatkan keperluan ceria ditempat kerja agar dapat menghasilkan kejayaan dalam kerjaya kita sekaligus kehidupan.

The World Book Encyclopedia telah dipamerkan sebagai pembelian terkini; Jigsaw Puzzle yang akan diletakkan di InfoLib sehingga siap untuk menggurangkan tekanan kerja serta menggalak ke InfoLib semasa waktu rehat; doorgift bagi 111 peminjam pertama; dan Friendly InfoLib Card.

Friendly InfoLib Card bertujuan menggalakkan warga Bernama berkunjung  dan meminjam bahan bacaan di InfoLib. Friendly InfoLib Card ini mempunyai 12 kolum untuk di cop smiley faces bagi pinjaman 12 buku dan tempoh jarak pinjaman adalah minima seminggu. Setelah tamat mereka boleh menuntut hadiah. Pengguna yang pertama menuntut hadiah adalah pada 19 Julai 2006. Tempoh April 2006 hingga Jun 2007, sebanyak 67 hadiah telah dituntut bererti 804 buah buku telah dipinjam melalui aktiviti galakan ini. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 1 : 2006)

Pelancaran Friendly InfoLib Card oleh Datuk Pengurus Besar telah diadakan buat kali kedua pada 23 Mei 2014. Polisi yang digunakan adalah sama dan 100 orang yang pertama akan mendapat gift. Penerimaan hadiah pertama pada 15 Ogos 2013 dan sehingga 30 Mei 2014 sebanyak 68 buah hadiah telah dituntut. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2013)

Pameran dan HiasanPameran telah diadakan di InfoLib bermula dengan sambutan Hari Kemerdekaan pada Ogos 2002. Pada tahun 2010, aktiviti yang digelar Semarak Merdeka telah diadakan yang melibatkan hiasan merdeka, kuiz merdeka, peminjam buku bertuah, pameran buku berkaitan kemerdekaan serta mengadakan laman web khas kemerdekaan. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2010)

Tiga buah panel telah dikhaskan untuk aktiviti pameran berkenaan pelbagai topik seperti sambutan perayaan, peristiwa penting, dan aktiviti/peristiwa utama yang berlaku di Bernama atau di Malaysia. Aktiviti ini merupakan tambah nilai kepada perkhidmatan InfoLib yang mana lebih informatif dan topik ini akan ditukar dari masa ke semasa oleh petugas yang telah dirancang semenjak awal tahun.

InfoLib membantu pasukan BLIS semasa pameran produk anjuran pelanggan BLIS dan pameran semasa persidangan untuk menarik pelanggan baru serta pameran yang dianjurkan oleh Bernama; semasa sambutan hari Kualiti, minggu ICT, Tahun Melawat Malaysia; dan semasa aktiviti anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia.

Book Summary RacePertandingan ini telah diadakan pada Mac hingga Julai 2006. Peminjam membuat ringkasan buku sebanyak 150 patah perkataan dan pemenang bulanan diumumkan dan

11

Page 12: Program promosi infolib bernama

terbahagi kepada 2 kategori iaitu Petugas Jabatan Pengarang dan Jabatan selain dari Jabatan Pengarang. Pemenang diumumkan di setiap hujung bulan. (Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2006).

Minggu BLIS Minggu BLIS diadakan untuk memberi pendedahan kepada pengguna BLIS, meningkatkan kemahiran penggunaan BLIS dan mendapatkan maklum balas dari pengguna BLIS. Minggu BLIS pernah diadakan pada 22 – 26 September 2003. Di antara aktiviti yang dijalankan ialah latihan BLIS dan Kuiz BLIS. Dua sesi latihan telah diadakan dengan mendapatkan nama sebelum sesi latihan. Seramai 68 peserta telah terlibat dengan latihan ini dan berkesan untuk memperkenalkan BLIS kepada pengguna. ( Rujuk InfoLib Alert Keluaran 3 : 2003)

Sembang Who’s WhoMerupakan perbincangan tidak formal di antara Unit Pangkalan Data Tokoh dengan petugas Jabatan Pengarang. Perbincangan bagi meningkatkan kerjasama kerja, bertujuan memperbaiki dan mengemaskini serta mendapatkan/memberi maklumbalas dan cadangan mengenai profil tokoh yang dibangunkan Unit Pangkalan Data Tokoh dan disediakan senarai semak serta gift. ( Rujuk InfoLib Alert Keluaran 2 : 2007)

Penghasilan Penulisan/Pembentangan Kertas KerjaPenulisan mengenai InfoLib, BLIS, tugas pendigitalan berita dan maklumat, pemasaran produk serta promosi aktiviti galakan telah dihasilkan agar dapat dijadikan bahan rujukan serta panduan kepada petugas InfoLib dan mereka yang memerlukan serta kaedah mempromosi BLIS serta berkongsi pengalaman dalam bidang kepustakawanan di luar InfoLib.

TARIKH TAJUK ACARA BAHAN/ LOKASI

2005 Berita BERNAMA memelihara Khazanah Negara.

- Jurnal PPM

5 Julai 2006

Pendigitan Koleksi Berita di Pusat Maklumat & Perpustakaan, BERNAMA.

Seminar Pendigitan Koleksi Perpustakaan. Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia.

1 November 2007

Using technologies to manage news & information efficiently at the Library & Information Cetre.

ICOL 2007 (International Conference on Libraries). Anjuran Universiti Sains Malaysia dengan kerjasama Persatuan Pustakawan Malaysia.

Hotel Gurney, Pulau Pinang.

6 Disember 2007

Commercializing BERNAMA’s online digital resources of news & information : challenges and future plan.

Seminar Antarabangsa : Strategi Melestarikan Sumber dan Perkhidmatan Institusi Penyelidikan. Anjuran Institut Alam & Tamadun Melayu (ATMA)

Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

12

Page 13: Program promosi infolib bernama

dengan kerjasama Yayasan Kepimpinan Perdana (PLF).

10 Jun 2008

Encouraging users at BERNAMA Library & Information Centre via organized activities semasa

Conference on Customer-focused culture 2008”. Anjuran Universiti Teknologi Malaysia.

The Zon Regency Hotel, Johor Bahru, Johor.

21 – 23 Julai 2009

Preserving digital news collection : overview at Bernama and Utusan Melayu which have benefited the nation

Persidangan Perpustakaan Digital Ke – 5.Anjuran National Library of Malaysia and Librarians Association of Malaysia supported by Ministry of Information Communication & Culture, Malaysia & IFLA Newspaper Section.

Best Western Premier Seri Pasific Hotel,Kuala Lumpur.

20 – 21 Disember2010

Sustaining and maintaining of news and information by digitalization on “Malaysiana” collections

Sminar Kebangsaan Sumber Elektronik di Malaysia.Anjuran UniMap Library, Malaysian Online E-Resources and Librarians Association of Malayisa (North).

Bayview Beach Resort, Pulau Pinang.

28 September 2011

Aktiviti Galakan Membaca Dan Penggunaan Perpustakaan di Pusat Maklumat & Perpustakaan (Infolib) Bernama

Bengkel Program Galakan Membaca. Anjuran Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus, Persatuan Pustakawan Malaysia dan Perpustakaan IDFR (Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri).

IDFR, Wisma Putra.

29 April 2013

Amalan TerbaikDi Pusat Maklumat & Perpustakaan (InfoLib) Bernama

Sesi Perkongsian Maklumat sempena Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Pustakawan Malaysia.

Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

25-27 Ogos 2013

Amalan TerbaikDi Pusat Maklumat & Perpustakaan (InfoLib) Bernama(Pembentangan Poster dan kertas kerja)

Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia (SKPM) 2013 anjuran Jawatankuasa Tetap Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia.

Mahkota Hotel, Melaka.

2014 Exploring Digital Initiatives of the Main News Libraries in Malaysia : A Review by SLC

Cabaran Pembangunan Perpustakaan : Esei-esei Memperingati Shahar Banun Jaafar dan Shahaneem Hanoum Dadameah.

Buku

2014 Amalan TerbaikDi Pusat Maklumat &

- Jurnal PPM

13

Page 14: Program promosi infolib bernama

Perpustakaan (InfoLib) Bernama

Penglibatan Dengan Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM)Bagi membina kerjasama dengan perpustakaan lain di Malaysia, menambah pengetahuan, pendedahan dan peluang mengikuti aktiviti dalam bidang kepustakawanan maka petugas InfoLib terlibat dengan PPM dan memainkan peranan dalam Jawatankuasa Tetap Perpustakaan Khusus dan Ahli Majlis PPM (2005).

Terlibat aktif dengan penganjuran persidangan, seminar, bengkel, lawatan dan pelbagai aktiviti yang melibatkan bidang kepustakawanan. InfoLib juga pernah memenangi Anugerah Perpustakaan Cemerlang PPM 2009 bagi Kategori Perpustakaan Kecil dan Pustakawan Harapan.

Penglibatan dengan Majlis/Acara Bernama dan lain-lainPetugas InfoLib menyertai dan meyumbang aktif kepada pelbagai aktiviti dan diberi kepercayaan menyelenggarakan aktiviti anjuran Bernama, Kementerian dan pihak luar. Ini merupakan satu pendedahan, meningkatan keyakinan diri serta pengetahuan petugas InfoLib dengan itu mereka dapat memberi perkhidmatan yang lebih baik.

Penyertaan ini juga dapat membina kerjasama dengan petugas Bernama yang lain agar mereka lebih memahami peranan InfoLib dan mudah jika memerlukan bantuan di antara satu sama lain.

Jamuan Hujung Tahun/Ucapan PerayaanJamuan hujung tahun biasanya diadakan sempena sambutan Hari Raya dan merupakan jamuan untuk pengguna InfoLib sebagai tanda terima kasih atas sokongan yang diberikan dan sebagai promosi kepada InfoLib. Semasa perayaan pula InfoLib akan menghantar poster ucapan kepada pengguna InfoLib.

Pengekalan KualitiKalendar tahunan disediakan pada setiap hujung tahun agar perancangan awal boleh dilakukan dan petugas InfoLib. Terdapat 2 dokumen Pengurusan Kualiti berserta Arahan Kerja. Setiap petugas mempunyai Fail Meja (FM) sebagai panduan tugas harian dan tugasan yang  lebih sistematik dan mudah jika berlaku pertukaran petugas. Setiap tugasan telah diwujudkan Arahan Kerja secara terperinci. Merupakan salah seorang penyelaras FM di peringkat Bernama dan Kementerian. Menghasilkan garispanduan yang berkaitan dengan tugasan agar kualiti produk dipelihara dan maklumat/data yang direkod adalah seragam.

Bagi mendapat pengiktirafan terhadap produk Bernama, kejayaan bermakna Kumpulan KIK (Kumpulan Inovatif & Kreatif) Bernama (melibatkan tujuh petugas InfoLib) iaitu Whopedia yang mempersembahkan produk BLIS telah mendapat johan dalam Konvensyen ICC Perpustakaan SeMalaysia 2011 di Langkawi; mendapat Anugerah Emas semasa Konvensyen ICC dan QE, Wilayah Tengah; dan mendapat tiga bintang dan Anugerah Sepuluh Kumpulan Terbaik daripada 36 kumpulan bagi Kategori Sektor Awam semasa Konvensyen ICC Kebangsaan 2011 anjuran MPC.

14

Page 15: Program promosi infolib bernama

InfoLib terlibat dengan pameran sempena Hari Q (Kualiti)/Hari Inovasi anjuran Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK). InfoLib telah memenangi Anugerah "Penggunaan ICT" (2006), "Bahagian Terbaik" (2007), “Petugas Cemerlang Kumpulan (II)  - Halim Ariffin” (2008) dan “Keceriaan Pejabat - naib juara”(2012 dan 2013).

Penghasilan statistik pencapaian perkhidmatan dan koleksi secara bulanan sebagai kayu pengukur kepada perkhidmatan serta langkah penambahbaikan perkhidmatan InfoLib, penyediaan laporan, justifikasi kepada permohonan peruntukan bahan/aktiviti dan ditampal di perpustakaan sebagai testimoni kepada pengguna.

Untuk penghasilan pelbagai aktiviti dan dapat bekerja dalam satu pasukan, pembahagian tugas telah ditetapkan pada setiap hujung tahun. Mengadakan jamuan jika terdapat berita gembira untuk dikongsi dan mengamalkan minum pagi bersama-sama secara bulanan, jamuan sebelum berpuasa dan menganjurkan aktiviti bersama agar dapat mengeratkan kerjasama di antara satu sama lain. Gotong royong mengemas ruang kerja diadakan dari semasa ke semasa agar memastikan suasana kerja selesa dan tidak berserabut. Setiap bulan laporan ringkas mengenai aktiviti mengenai InfoLib akan disediakan untuk dilaporkan semasa mesyuarat pengurusan Bernama dan laporan tahunan.

Petugas InfoLib digalakkan untuk menghadiri latihan dan pendedahan mengenai tugasan, bidang kepustakawanan, pentadbiran dan kemahiran ICT. Secara minima, seorang petugas perlu menghadiri tujuh hari latihan sepanjang tahun. Menerima lawatan dari organisasi kerajaan dan swasta dari semasa ke semasa juga merupakan aktiviti penting di sini. Kesempatan ini diambil untuk memperkenalkan InfoLib dan mempromosi BLIS serta bertukar pendapat, berkongsi pengalaman serta melihat kejayaan perpustakaan lain.

Lawatan bagi petugas InfoLib juga perlu agar dapat memberi pendedahan tentang persekitaran kerja dan  amalan yang baik perpustakaan lain di Malaysia dan mengadaptasi amalan terbaik perpustakaan lain yang bersesuaian dengan perpustakaan sendiri bagi mencapai kecemerlangan.

Aktiviti petugas dan kekemasan pentadbiran adalah penting yang mana secara tidak langsung mempromosi InfoLib di dalam dan di luar Bernama disamping menambah keyakinan pengguna untuk terus berkunjung ke InfoLib serta meningkatkan keyakinan piak pengurusan untuk memberikan peruntukan.

PENUTUP

Semua yang dilakukan secara langsung dan tidak langsung yang mana melibatkan pengguna dan petugas adalah sebagai promosi kepada sesebuah perpustakaan. Ada yang hasilnya jangka pendek dan ada yang memerlukan jangka masa panjang untuk melihat kejayaan program promosi tersebut.

Perpustakaan perlu aktif dan proaktif dengan penganjuran program promosi agar perpustakaan terus relevan dan dikunjungi samada secara fizikal ataupun maya.Walaupun tidak mempunyai peruntukan yang besar, sesuatu aktiviti itu tetap boleh diadakan dengan

15

Page 16: Program promosi infolib bernama

berfikiran kreatif dan mengunakan sumber serta kemudahan yang sedia ada. Bekerjasama dengan pelbagai pihak akan menambahnilai, memberi impak dan menghasilkan lebih kejayaan kepada penganjuran sebarang program.

Thinking outside the box menganjurkan aktiviti adalah perlu bukan hanya terhad kepada tugasan asas sahaja di perpustakaan. Untuk cemerlang dari semasa ke semasa ada sahaja yang perlu difikirkan serta dilaksanakan dari aktiviti sekecil-kecil yang tidak memerlukan perancangan yang lama kepada aktiviti yang berskala lebih besar. Jangan biarkan sehingga petugas di organisasi atau pengguna perpustakaan terlupa yang mereka mempunyai perpustakaan.

Kejayaan program promosi sangat bergantung rapat kepada semangat kerjasama yang tinggi di kalangan petugas serta perancangan yang teliti agar dapat mencapai objektifnya, sekaligus perkhidmatan perpustakaan dapat dipertingkatkan secara keseluruhan dan mengalakkan lagi budaya membaca di kalangan pengguna perpustakaan samada pelajar ataupun petugas di organisasi tersebut.

*Penghargaan kepada INFOLIBTEAM kerana telah menyumbang kepada kejayaan program promosi di InfoLib.

RUJUKAN

Hasnita Ibrahim. 2008. Encouraging Users at Bernama Library & Information Centre via Organized Activities. Conference on Customer-Focused Culture. Anjuran Universiti Teknologi Malaysia, 9 – 11 June 2008, Hotel The Zon Regency, Johor Bahru, Johor.

Hasnita Ibrahim. 2011. Aktiviti Galakan Membaca dan Penggunaan Perpustakaan di Pusat Maklumat & Perpustakaan (InfoLib) Bernama. Bengkel Program Galakan Membaca. Anjuran Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM) dan Perpustakaan Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri (IDFR), 28 September 2011, Mini Teater, IDFR, Kuala Lumpur.

Hasnita Ibrahim. 2013. Amalan Terbaik Di Pusat Maklumat Dan Perpustakaan (InfoLib) Bernama. Sesi Perkongsian Maklumat, Mesyuarat Agung Tahunan, Persatuan Pustakawan Malaysia, 29 April 2013, Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Hasnita Ibrahim. 2013. Amalan Terbaik Di Pusat Maklumat Dan Perpustakaan (InfoLib) Bernama. Seminar Kebangsaan Pustakawan Malaysia (SKPM) 2013. Anjuran Jawatankuasa Tetap Akademik, Persatuan Pustakawan Malaysia, 25-27 Ogos 2013, Mahkota Hotel, Melaka.

Portal Pusat Maklumat & Perpustakaan (InfoLib). 2014. Retrieved from: http://infolib.bernama.com.

Pusat Maklumat dan Perpustakaan (InfoLib). 2009. Laporan Anugerah Perpustakaan Cemerlang, Persatuan Pustakawan Malaysia (PPM). Kuala Lumpur : InfoLib, Bernama.

16