ilyana di tempat baru 6 infolib - bernama

12
2008 SEPTEMBER — DECEMBER THREE X BIODATA ASMAWI ANI (MAWI) ........................... 5 X ILYANA, SEMOGA BERJAYA DI TEMPAT BARU ............ 6 X DOA SELAMAT DAN MERAIKAN PENGGUNA INFOLIB………………….11 TO ENSURE ACCURATE AND EFFICIENT SERVICES ACCORDING TO CUSTOMERS NEEDS. 2008 KE TINGKAT 8 J ika tahun 2007 warga InfoLib telah berusaha bersungguh-sungguh untuk menaiktaraf BLIS versi baru, bermula 20 Jun 2007, tetapi pada 1 Mac 2008 BLIS versi baru telah boleh digunakan sepenuhnya oleh petugas BERNAMA dan pelanggan BLIS. Kalau Portal InfoLib yang telah dimulakan inisiatifnya pada 1 Mac 2007 telah boleh digunakan pada 15 Mac 2008, bagi projek CD ROM berita BERNAMA (1996 hingga 2007) yang telah dimulakan pada 15 Oktober 2006, ia telah menghasilkan 12 keping CD ROM (768,750 artikel berita). Ketiga-tiga produk ini telah dilancarkan pada 22 April 2008 dan merupakan pencapaian tertinggi InfoLib bagi tahun 2008. Tahun 2008 juga membawa perubahan besar kepada lokasi fizikal InfoLib yang semenjak 2 Mei 1984 berada di Tingkat Bawah, telah berhijrah ke Tingkat 8. Perpindahan bermula pada 13 September 2008 dalam bulan puasa yang mulia dan selesai sepenuhnya pada 24 September 2008. Khidmat pinjaman buku bermula semula pada 25 September 2008. Kerja perpindahan telah dijalankan oleh pihak “mover” dan kemudian disambung oleh warga InfoLib secara bergotong- royong bagi memastikan semua bahan disusun mengikut susunan asal. Tugas perpindahan InfoLib agak rumit kerana penyusunan buku ke rak adalah mengikut sistem pengkelasan dan susunan berita BERNAMA yang telah dijilid ke rak pula mengikut tahun (keluaran 1968 hingga 1995). Jika di Tingkat Bawah, InfoLib tersepit di antara dua Bahagian lain, tetapi di Tingkat 8 ia menikmati koridor lebih luas dan selesa. Dengan persekitaran baru di Tingkat 8 pengguna juga menikmati panorama Kuala Lumpur yang indah, berbanding sebelum ini berada dalam ruangan yang tertutup. Bagi petugas pula, dengan persekitaran dan panorama yang baru, semoga dapat meningkatkan lagi prestasi serta minat kerja mereka bagi tahun seterusnya. Kemudahan lebih selesa seperti pantri dan sebuah setor untuk menyimpan barangan turut disediakan. Terima kasih atas bantuan Bahagian Harta semasa urusan perpindahan. Bagi memberkati perpindahan itu, pihak InfoLib telah mengadakan majlis dan doa selamat pada 12 September 2008 yang disusuli majlis sambutan perayaan Raya Puasa serta Deepavali pada 15 Oktober 2008. Maklum balas warga BERNAMA yang menyatakan suasana baru di InfoLib menarik, telah menyuntik semangat baru kepada kami. Sambungan ke m/s 3 InfoLib InfoLib alert Masa silih berganti, dari bulan ke bulan membawa ke tahun baru. Walaupun pelbagai peristiwa yang berlaku, memori 2008 akan tetap diingati . Kalendar 2009 bakal bermula dan kami di InfoLib tetap akan bermula dengan azam baru. Selamat melangkah ke tahun 2009 kepada semua...

Upload: others

Post on 18-Oct-2021

9 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

2008 SEPTEMBER — DECEMBER THREE BIODATA ASMAWI ANI

(MAWI)........................... 5

ILYANA, SEMOGA BERJAYA DI TEMPAT BARU ............ 6

DOA SELAMAT DAN MERAIKAN PENGGUNA INFOLIB………………….11

T O E N S U R E AC C U R AT E AN D E F F I C I E N T S E R V I C E S AC C O R D I N G T O C U S T O M E R S N E E D S .

2008 KE TINGKAT 8 J ika tahun 2007 warga InfoLib telah berusaha

bersungguh-sungguh untuk menaiktaraf BLIS versi baru, bermula 20 Jun 2007, tetapi pada 1 Mac 2008 BLIS versi baru telah boleh digunakan sepenuhnya oleh petugas BERNAMA dan pelanggan BLIS. Kalau Portal InfoLib yang telah dimulakan inisiatifnya pada 1 Mac 2007 telah boleh digunakan pada 15 Mac 2008, bagi projek CD ROM berita BERNAMA (1996 hingga 2007) yang telah dimulakan pada 15 Oktober 2006, ia telah menghasilkan 12 keping CD ROM (768,750 artikel berita). Ketiga-tiga produk ini telah dilancarkan pada 22 April 2008 dan merupakan pencapaian tertinggi InfoLib bagi tahun 2008. Tahun 2008 juga membawa perubahan besar kepada lokasi fizikal InfoLib yang semenjak 2 Mei 1984 berada di Tingkat Bawah, telah berhijrah ke Tingkat 8. Perpindahan bermula pada 13 September 2008 dalam bulan puasa yang mulia dan selesai sepenuhnya pada 24 September 2008. Khidmat pinjaman buku bermula semula pada 25 September 2008. Kerja perpindahan telah dijalankan oleh pihak “mover” dan kemudian disambung oleh warga InfoLib secara bergotong-royong bagi memastikan semua bahan disusun mengikut susunan asal. Tugas perpindahan InfoLib agak rumit kerana penyusunan buku ke rak adalah mengikut sistem pengkelasan dan susunan berita BERNAMA yang telah dijilid ke rak pula mengikut tahun (keluaran 1968 hingga 1995).

Jika di Tingkat Bawah, InfoLib tersepit di antara dua Bahagian lain, tetapi di Tingkat 8 ia menikmati koridor lebih luas dan selesa. Dengan persekitaran baru di Tingkat 8 pengguna juga menikmati panorama Kuala Lumpur yang indah, berbanding sebelum ini berada dalam ruangan yang tertutup. Bagi petugas pula, dengan persekitaran dan panorama yang baru, semoga dapat meningkatkan lagi prestasi serta minat kerja mereka bagi tahun seterusnya. Kemudahan lebih selesa seperti pantri dan sebuah setor untuk menyimpan barangan turut disediakan. Terima kasih atas bantuan Bahagian Harta semasa urusan perpindahan. Bagi memberkati perpindahan itu, pihak InfoLib telah mengadakan majlis dan doa selamat pada 12 September 2008 yang disusuli majlis sambutan perayaan Raya Puasa serta Deepavali pada 15 Oktober 2008. Maklum balas warga BERNAMA yang menyatakan suasana baru di InfoLib menarik, telah menyuntik semangat baru kepada kami.

Sambungan ke m/s 3

InfoLib InfoLib alertMasa silih berganti, dari bulan ke bulan membawa ke tahun baru. Walaupun pelbagai peristiwa yang berlaku, memori 2008 akan tetap diingati . Kalendar 2009 bakal bermula dan kami di InfoLib tetap akan bermula dengan azam baru. Selamat melangkah ke tahun 2009 kepada semua...

Page 2: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama
Page 3: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

Pada masa hadapan Unit ini boleh memainkan peranan sebagai peneraju kepada maklumat biodata tokoh di Malaysia dengan adanya pengesahan maklumat dari tokoh sendiri dan sentiasa berusaha untuk menaiktaraf maklumat biodata tokoh. Ada kalanya dengan hanya merujuk kepada surat khabar harian, maklumat kurang tepat dan bercanggah. Keyakinan tinggi dari pelanggan media yang lain boleh diperoleh dengan hasil kerja keras, perancangan teratur dan bantuan semua pengguna BLIS terutama wartawan BERNAMA yang memperolehi maklumat yang belum diterbitkan dan mendapat maklumat dari sumber utama. Kerja terjemahan data telah bermula pada 1 April 2008 dan maklumat dalam Pangkalan Data Berperkara dan Tokoh akan mempunyai dua bahasa secara berperingkat agar memudahkan rujukan. Tugas mengimbas dan mengindeks artikel arkib terus dijalankan kerana masih banyak lagi khazanah yang terdapat dalam simpanan. Dalam modul “Archival News” terdapat sebanyak 119,789 artikel termasuk koleksi keratan akhbar 1968 – 1995 dan berita dari surat khabar Utusan Malaysia/Berita Harian/New Straits Times ( bentuk teks) serta The Star (bentuk pdf). Bagi tahun 2009, InfoLib akan terus mengemaskini Pangkalan Data petugas BERNAMA yang terdapat dalam Portal InfoLib dan Portal ini akan dikemaskini dan dimuatkan maklumat lebih kerap. Latihan penggunaan Portal InfoLib dan kata laluan Portal ini akan diedarkan kepada petugas BERNAMA secara berperingkat. Latihan BLIS juga akan diberi penumpuan terutama di sudut “InfoLib Corner” di Tingkat satu. Pihak InfoLib akan memastikan semua petugas Jabatan Pengarang diperkenalkan kepada perkhidmatan InfoLib agar penggunaan maklumat meningkat dan membantu mereka menghasilkan berita yang lebih bermaklumat. Pada tahun 2008, Fail Meja bagi setiap petugas telah dikemaskini dan dalam usaha untuk mengemaskini arahan kerja kerana berlaku perubahan kepada sistem kerja dalam BLIS versi baru. Latihan telah dijalankan di 22 lokasi bagi pelanggan BLIS dan petugas biro. Latihan adalah amat penting dijalankan untuk memberi pendedahan kepada BLIS versi baru dan maklum balas yang diterima mengenai keupayaan BLIS versi baru dan sesi latihan yang dijalankan adalah sangat berfaedah serta berkesan. Petugas InfoLib pula telah bekerja bersungguh-sungguh untuk memastikan segala maklumat, berita dan bahan digunakan semaksima mungkin. Semangat waja ini akan diteruskan pada 2009 untuk kepentingan semua warga BERNAMA dan pelanggan BLIS. Untuk sekian kalinya terima kasih daun keladi kepada pengguna InfoLib atas sokongan pada tahun 2008 dan semoga sokongan yang berganda pada tahun 2009. Siapalah kami tanpa pengguna. Penggunaan bahan dan maklumat InfoLib secara lebih maksimum memberi keuntungan dan kebaikan kepada BERNAMA secara keseluruhannya.

Sambungan dari m/s 1 Pasukan InfoLib akan berusaha sedaya - upaya untuk memeriahkan lokasi baru dengan pelbagai aktiviti pada tahun 2009. Sila rujuk kalendar aktiviti dalam Portal InfoLib. Harapan menggunung kami di InfoLib ialah menaiktaraf keadaan fizikal dan kemudahan Infolib agar lebih canggih dan moden jika kewangan mengizinkan. Bagaimanapun harapan dengan perpindahan kali ini InfoLib dapat dijadikan Pusat Maklumat kepada penyelidik serta rakyat Malaysia yang memerlukan berita dan maklumat mengenai Malaysia dalam skala yang lebih besar serta berbayar terpaksa ditangguh sehingga mendapat peruntukan kelak. Semasa 2008, bagi memantapkan lagi semua unit dan kepentingan InfoLib dalam meningkatkan prestasi, terdapat perubahan kecil dalam carta organisasi InfoLib seiring dengan penghijrahan ke Tingkat 8 pada 13 September 2008. Pasukan Rujukan dan Maklumat diketuai oleh Sdri. Masfaliza, memberi nafas baru kepada Unit tersebut dengan seramai 9 orang semuanya berbanding 5 orang sebelumnya. Unit Digital digabungkan kepada unit tersebut. Unit lain ialah Unit Pangkalan Data Berperkara diketuai Sdri Lalitha dengan 5 petugas (termasuk seorang penterjemah) dan Unit Pangkalan Data Tokoh, Sdri. Rozlen dengan 7 petugas (termasuk dua orang penterjemah). Berikutan langkah berjimat-cermat oleh pihak pengurusan BERNAMA, pembelian buku juga terhad kepada 88 buah sahaja sepanjang tahun 2008 berbanding 324 pada tahun 2007. Diharap pembelian buku pada 2009 boleh dibuat bagi koleksi terkini InfoLib. Urusan perpindahan (beku pinjaman selama sebulan) dan langkah penjimatan (kurang aktiviti) telah menyebabkan bahan pinjaman telah menurun kepada 1923 bacaan hingga 31 Disember 2008) berbanding 3,408 pada tahun 2007. Semoga angka pinjaman 2009 akan melebihi pinjaman 2007. Paling tragis apabila aktiviti bulan Julai tidak dapat dijalankan pada tahun 2008 setelah setiap tahun berjaya dijalankan bermula 2001. Diharap 2009, aktiviti ini akan dapat dijalankan agar menjadi satu impak dan iklan kepada penggunaan bahan dan maklumat InfoLib. Sasaran bilangan biodata tokoh sebanyak 5,000 orang dalam BLIS bagi tahun 2008 tercapai iaitu bacaan 5,127 tokoh sehingga Disember 2008. Syabas kepada pasukan Unit Pangkalan Data Tokoh. Tugasan menghantar maklumat biodata tokoh untuk pengesahan telah dihentikan pada Februari 2008 semasa Pilihan Raya kerana terdapat banyak perubahan. Tugasan ini adalah tugas yang paling remeh dan sukar tetapi terbaik untuk mendapatkan maklumat yang sahih dan memantapkan lagi maklumat biodata tokoh. Tugas ini akan diberi tumpuan pada tahun 2009. Bagi tahun 2009 Unit ini akan memasukkan artikel mengenai biodata (added-value) kepada biodata tokoh dan menyertakan foto ke dalam

biodata tokoh serta menukar format teks kepada “html” yang lebih menarik.

Hasnita Ibrahim

Page 4: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama
Page 5: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

Asmawi Ani (Mawi) WHO’S WHO CORNER

CURRENT POST Singer, Managing Director of

Mawi World Sdn Bhd

NAME OF SPOUSE Nora’Asikin binti Rahmat

YEAR OF MARRIAGE

20/12/2008

ADDRESS (HOUSE) Teratak Bonda, No. 9D, Blok D, Kampong Bahagia, Felda Taib

Andak, Kulai, Johor.

OFFICE Mawi World Sdn Bhd,

No. 7 -3, Plaza Danau 2, Jalan 2/109F, Taman Danau Desa, Off Jalan Klang Lama,

Kuala Lumpur TEL : 03-2094 3066 FAX : 03-2094 3669 CAREER

Albums: 1. The best of Mawi World 2. The best of Mawi World MTV Karaoke 3. EVO 05 4. Salam Raya AF3 5. Mawi Yang Tercinta 6. Doa, Berzanji dan Qasidah Berlagu 7. Selingkar Kisah (VCD) 8. MTV Yang Tercinta 9. MTV Karaoke Yang Tercinta 10. Konsert Fantasia 11. Album Raya 12. Satu Dalam Seribu Brand Ambassadors: 1. First made-in-Malaysia mobile phone (M.Mobile) 2. Canon's latest digital camera (MVX 1Si) 3. EON's Proton Savvy 4. MAMEE-DoubleDecker (M) Bhd 5. Silk Cosmetics for Men 6. Felda Herbal Corp's Product 7. Power Root 8. Hotlink 9. Menara Towers

ACHIEVEMENT

Aug 2005 - Champion, Best Vocal and Best Performance, Akademi Fantasia III 17/09/2005 - DiGi choice Artiste Award, Anugerah ERA 2005 21/01/2006 - Most Popular Song (Aduh Saliha), Hit 1, RTM (resuts via SMS) 05/02/2006 - Best Performance Awards, Anugerah Juara Lagu 2005 Feb 2006 1. Popular New Male Artiste Award, Anugerah Bintang Popular - Berita Harian 2005 2. Best Male Singer Award, Anugerah Bintang Popular - Berita Harian 2005 3. Most Popular Artiste Award, Anugerah Bintang Popular - Berita Harian 2005 Mar 2006 - Most Popular Song Award (Aduh Saliha), Anugerah Planet Muzik (APM) 06/05/2006 - Malaysian Choice Artiste Award, MTV Asia Awards (MTVAA) June 2006 - Malaysian Wannabe Award 2006, Nickelodeon Kid's Choice Awards Jul 2006 1. Most Popular Song, Hits 1, RTM (results via SMS) 2. Best Song, Hits 1, RTM (lagu jiwa lagu cinta) 09/09/2006 1. Choice Promising Artiste, Anugerah ERA 2006 2. Choice Male Vocalist, Anugerah ERA 2006 3. Choice Global Song (Aduh Saliha), Anugerah ERA 2006 4. Choice Pop Song (Kian), Anugerah ERA 2006 5. Choice Music Video (Mawi & M.Nasir), Anugerah ERA 2006 6. DiGi Choice Artist Award, Anugerah ERA 2006 7. ERA Charts Award: Aduh Saliha, Anugerah ERA 2006 04/02/2007 Most Popular Artiste, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 Most Popular Male Singer, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 Most Popular Duo/Group, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2006 (collaboration with Jamal Abdillah) 14/04/2007- Current Popular Choice Awards, 11th Music Authors' Copyright Protection (MACP) Awards Nite 2006 Apr 2007 - Most Popular Song (Kian), Hits 1 RTM (via SMS)

Malaysian Singer, Managing Director of Mawi World Sdn Bhd

AWARS/ HONOURS

PLACE OF BIRTH Johor Bahru,

Johor

DOB 25/08/1981

RACE Malay

PRIMARY (1988-1993) -SK Sinar Bahagia, Kulai, Johor SECONDARY (1994-1998) -SMK Tunku Abdul Rahman Putra (STARP),Kulai, Johor

EDUCATION

RELIGION Islam

JUNE 2005 - Joined thousands of participants auditioning for the reality television talent search programmes show, Akademi Fantasia III and was selected among the best 20 participants AUG 2005 - Champion of Astro’s reality talent show, Akademi Fantasia III (AF) AUG 2006 - Ambassadors for the Global Indian Film Awards (GIFA) with Dato’ Siti Nurhaliza SEPT 2006 - Launching Mawi World mineral water, a product under his own company, Mawi World Sdn Bhd

He is popularly known as Raja SMS in Malaysia

GOVERNMENT Junior Religious Teacher, Sekolah Agama Kulai, Johor OTHERS Worked in one of the Hypermarket in Subang Jaya, in Senai for 4 months, Johor Bahru and Kuala Lumpur A part time Deejay in a restaurant, Bongsu Corner PRIVATE Mawi World Sdn Bhd (own company)

MISCELLANEOUS

More about Mawi at blis.bernama.com

Page 6: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

Berpeluang mengenali insan bernama Cik Nur Ilyana Che Mat merupakan satu detik yang manis dan berharga buat warga InfoLib. Berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang (Kelantan), beliau yang mesra dengan panggilan Yana di kalangan rakan sekerja mula menyertai InfoLib pada tahun 2003. Memetik kata-kata beliau, “pengalaman berkhidmat di InfoLib selama 5 tahun amat berharga buat saya”. Beliau turut menceritakan perjalanan kerjaya beliau di InfoLib yang mana sebelum menyertai InfoLib beliau telahpun bekerja sebagai pelukis pelan. Ketika mula berkhidmat di InfoLib, sememangnya tugas dan prospek kerja di InfoLib sesuatu yang baru dan amat berlainan dengan kerjaya beliau sebelum ini. Memulakan tugas di Unit Rujukan memberi pengalaman baru buat beliau bersama rakan setugas di Unit Rujukan pada ketika itu, Sdra Mohamod dan Sdri Rohana. Tambahnya lagi Unit Rujukan tidaklah besar seperti sekarang. Pada bulan keenam berada di InfoLib, hidup beliau telah diuji apabila mengalami kemalangan jalanraya berhampiran bangunan TH Selborn yang menyebabkan tulang kaki beliau retak. Ujian lebih hebat lagi apabila bonda kesayangan beliau pergi buat selamanya sebulan selepas beliau mendapat kemalangan itu. Walaupun diuji dengan 2 ujian hebat dalam satu masa, sokongan dan semangat dari keluarga dan rakan di sekeliling telah membuatkan beliau lebih tabah meneruskan kehidupan. Paling menyentuh hati apabila beliau menceritakan kebaikan seorang kenalan perempuan yang sanggup menjaga beliau dan menghantar beliau ke klinik ketika dalam proses pemulihan kesan dari kemalangan yang beliau alami.

Setelah agak lama berada di Unit Rujukan, beliau ditempatkan pula di Unit Pangkalan Data Tokoh yang mana p a d a ketika itu diketuai oleh Sdri Lee Eng (telah bersara). Pada dasarnya, mengurus dan mengemaskini profil data tokoh adalah tugas yang mencabar bagi beliau. Di Unit ini juga beliau turut berpeluang bekerjasama dengan ketua unit yang mengganti Sdri Lee Eng iaitu Sdri Rozlen. Bebanan tugas tidak menghalang beliau untuk meneruskan minat dan hobi beliau. Sepanjang tempoh berkhidmat di InfoLib, Sdri Yana yang mempunyai minat mendalam dalam dunia penulisan, selalu menyumbang artikel dalam ‘InfoLib Alert’. Beliau juga aktif membantu dalam aktiviti di InfoLib terutama Aktiviti Bulan Membaca. Terbaru, sejak 3 bulan yang lepas beliau telah ditempatkan di Unit Pangkalan Data Berperkara diketuai Sdri Lalitha. Beliau mengakui pada mulanya agak sukar menyesuaikan diri dengan skop tugas baru yang lebih meluas tetapi ternyata beliau tidak patah semangat membuat yang terbaik dalam tugas. Setelah 5 tahun berkhidmat di InfoLib, mulai Januari 2009, beliau bertukar ke Biro BERNAMA Kota Bharu yang pasti akan membuka lembaran baru dalam kerjaya beliau. Kami di InfoLib sentiasa mendoakan kejayaan beliau dan amat berterima kasih di atas segala usaha, sumbangan dan penat lelah beliau ketika menjadi warga InfoLib. Semoga dengan suasana baru, beliau akan menjadi lebih cemerlang dan semoga cita-cita beliau tercapai hendaknya.

Bergambar kenangan bersama

warga InfoLib

Menerima cenderahati dari

pihak InfoLib

Rubaina Ayuni

Page 7: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

LOCATION Batu Gajah, Perak.

BACKGROUND Built by Wiliam Kellie-Smith in 1920, it was never completed after a mysterious illness killed most of the 70 Indian construction workers.

BUILDING MATERIALS

The bricks and marble used to construct the castle were imported from India and construction took about six years.

TRAGEDY STRUCK

Towards the end of the construction period Kellie died of pneumonia soon after leaving for England.

CASTLE OPENED TO PUBLIC

A few years later the Perak State Government opened the castle to the public, as it signifies a part of district's history. Visitors are charged 50 cent to enter the castle.

TOURISTS ATTRACTION In the late 1980s, hundreds of local and foreign tourists flocked to the castle daily.

MYSTERY CASTLE It has hidden rooms and secret tunnel. The road which leads to the castle follows the contours of the land in a dizzying, maze-like fashion, adding to the mystery and romance of the place.

RESTORATION PLAN In 1988, the Perak Tourist Association made public a restoration plan of the castle.

DATABANK CORNER

Source : Databank module in http://blis.bernama.com

Page 8: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

Bil Aktiviti TEMPAT TARIKH 1. Perpindahan Infolib Dari Tingkat Bawah ke Tingkat 8 13 Sept. 2. Audit Lloyd’s BERNAMA 16 Sept.

3. Jamuan Doa Selamat dan Jamuan Hari

Raya dan Deepavali

Infolib 15 Okt.

4. Kursus Bahasa Inggeris Marina Cove Resort

Lumut, Perak

22 – 25 Okt.

5. Mesyuarat Infolib Infolib 4 Nov.(2.30 ptg.)

6. Audit Dalam - ISO Infolib 7 Nov.

7. Pertandingan KMK (Kualiti

Meningkat Mutu Kerja)

KEMPEN 24 Nov.

8. Sambutan Hari Q KEMPEN 25 Nov. 9. Gotong-royong, Ibadah Qurban Wisma BERNAMA 9 Dis.

S ungguh meriah jamuan sempena perayaan di BERNAMA pada tahun 2008. Majlis ini diadakan untuk merapatkan dan meningkatkan lagi komunikasi di kalangan warga BERNAMA serta melahirkan rasa terima kasih atas kerjasama yang terjalin sepanjang tahun. Kebanyakan Jab./Bah./Tingkat juga sangat teruja untuk meraikan teman sepejabat yang lain dan aktiviti ini sangat sihat serta dialu-alukan. Terima kasih tidak terhingga juga kerana sudi menjemput kami warga InfoLib, makanan semuanya sedap-sedap dan pelbagai disamping hiasan yang menarik di Bah. Data & Maklumat Korporat pada 13 Okt.; Ting 12 - Pusat Kecemerlangan, Bah. Komunikasi Korporat & Bah. Harta (16 Okt.); Radio 24 (17 Okt.); Jab. Kewangan & Akaun dan Ting. 14 - Bah. Sumber Manusia & Perjawatan, Bah. Gaji & Kemudahan, Bah. Pentadbiran (20 Okt.); Bah. Foto (22 Okt.); Jab. Pengarang (23 Okt.); Bah. Media, Portal & Perkhidmatan Foto (24 Okt.); dan BERNAMA TV (30 Okt.). Terima kasih juga kerana hadir bagi memeriahkan Doa Selamat + Jamuan Raya + Deepavali anjuran InfoLib pada 15 Okt. 2008. Warga BERNAMA juga memeriahkan jamuan yang dianjurkan oleh pihak KEMENTERIAN pada 22 Okt. 2008. Jamuan perpisahan untuk Datin Siti Zaleha Amin, Pengerusi Benita anjuran Puspanita Kempen telah diadakan pada 24 Okt. 2008. Jamuan perpisahan anjuran Benita untuk Y. Bhg. Datin juga diadakan pada 25 Julai 2008 semasa anjuran “Ladies Nite” di sebuah hotel di ibu kota.

Page 9: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

Tahukah anda, PERKONGSIAN merupakan perkara yang penting dalam kehidupan kita. Pepatah Melayu ada menyatakan “Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Inilah konsep perkongsian dan kerjasama yang amat mudah difahami. Dalam bidang perpustakaan, Perkongsian Sumber (Resource Sharing) membolehkan maklumat dan ilmu dapat diperoleh dengan mudah dan cepat malah tenaga, masa dan kos dapat dikurangkan. Selaras dengan konsep ini, Katalog Induk Kebangsaan (KIK) telah dihasilkan dan telah dilancarkan pada 5 Disember 2008. Usaha murni ini diterajui oleh Perpustakaan Negara Malaysia, dengan dibantu oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan rakan Tekno serta perpustakaan terlibat. Katalog Induk Kebangsaan (KIK) merupakan perkhidmatan perkongsian sumber yang dihos dan diselaraskan oleh Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) untuk perpustakaan, penyelidik dan orang awam. Ia menyediakan akses kepada maklumat komprehensif mengenai bahan perpustakaan di Malaysia. KIK mengandungi deskripsi bibliografi, lokasi dan maklumat pemunya (holdings) serta bahan perpustakaan dalam pelbagai bidang perkara. Ia meliputi deskripsi bahan dalam bentuk bercetak dan tidak bercetak seperti buku, majalah, jurnal, laporan tahunan, surat khabar, peta, kaset, video, filem, sumber elektronik, cakera padat data dalam pelbagai bahasa. Uniknya KIK ini, ianya telah dibangunkan melalui rangkaian kerjasama 101 buah perpustakaan bermula November 2006 dan dapat menggabungkan pelbagai sistem perpustakaan berkomputer yang ada di Malaysia seperti ILMU, Virtua, VTLS dan GEAC. Usaha ini adalah selaras dengan “Knowledge-Based Economy Master Plan“ yang halatujunya ialah membangunkan “Ubiquitous Network Society…(Anytime, Anywhere)”. KIK berfaedah untuk pengguna mengakses maklumat dengan mudah dan mempercepatkan rujukan kepada sumber maklumat perpustakaan dalam negara dan mempercepatkan pinjaman antara perpustakaan. Untuk mendapat maklumat terkini mengenai ketersediaan koleksi perpustakaan dalam negara, pengguna hanya perlu melayari http://kik.pnm.my.

Bagi perpustakaan pula, KIK memudahkan perancangan pembangunan koleksi perpustakaan, proses pinjaman antara perpustakaan (ILL) dan kerja-kerja pengkatalogan.

SELECTIVE ARTICLE CORNER

16 September 1991

Perak bersih daripada jerangkap

samar

Masfaliza Masmuda

Page 10: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

Tahukah anda, ketawa itu boleh berjangkit? Kini,

kajian saintifik membuktikan bahawa mereka yang

terdengar suara gelak tawa boleh memberi tindak

balas kepada bahagian otak yang diaktifkan ketika

kita tersenyum. Ketawa dan kesannya kepada tubuh manusia adalah satu bidang yang hangat diperkatakan iaitu gelotologi. Terapi humor,

terapi badut dan meditasi ketawa telah digunakan oleh golongan professional seperti doktor dan pakar psikiatri.

Sumber: McClatchy-Tribune News Services.

Ketawalah untuk membuatkan organ-organ anda terangsang. Menurut Mayo Clinic, ketawa dapat memperbaiki sistem imunisasi tubuh, melegakan kesakitan, tekanan mahupun sakit perut dan meningkatkan kepuasan diri.

Ketawa mungkin boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit kardiovaskular - Para penyelidik dari Pusat Perubatan Universiti

Maryland, Baltimore mendapati bahawa ketawa boleh mempengaruhi fungsi saluran darah. Ia akan mengembangkan bukaan dalaman bagi meningkatkan pengaliran darah.

1

Ketawa selama 15 minit sahaja sehari boleh membantu mengurangkan berat badan. Golongan saintis di Universiti Vanderbilt, Nashville, Tennesse mendapati, setiap dos ketawa sehari boleh membakar sehingga lima paun lemak dalam tempoh setahun.

2 3

4 5

BIL NAMA JAWATAN TARIKH 1. Sivajothi Ganason *Pembantu Perpustakaan

*Penterjemah (Sambilan)

11 Sept. 2008 hingga 16 Okt. 2008 Bermula 17 Okt. 2008

2. Rubaina Ayuni bt Hamzah

Penolong Pegawai Perpustakaan

17 Nov. 2008

3. Mohd Tadzman b Utuh Tang

Pembantu Tadbir Rendah 17 Nov. 2008

Page 11: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama
Page 12: ILYANA DI TEMPAT BARU 6 InfoLib - Bernama

420 439 432 203 172 167 169 206 171 171 271 168 275 587 185 588 588 379 589 205 565

Pengurus Maklumat Hasnita Hj. Ibrahim Norlizawati Yahya Unit Rujukan dan Maklumat Masfaliza Masmuda Mohamod Nik Rubaina Ayuni Siti Nur Azahani Halim Ariffin Raghavan Krishnan Mohd Fikri Ahmad Mohd Tadzman Unit Pangkalan Data Tokoh Rozlen Mustapa Rohani Bachee Rohana Mohd Noor Mohd Wahid Md. Som Arif Shamsuddin Raudzah Ismail Saiful Adli Unit Pangkalan Data Berperkara N. Lalitha Radzak Ahmad Baharudin Jalil Sivajothi

H U B U N G I

Sidang Pengarang

Penasihat & Editor Hasnita Ibrahim (Infolib) Cik Rashidah Abd Ghani

(Jab. Pengarang)

Penyumbang Artikel Hasnita Ibrahim

Masfaliza Masmuda Rubaina Ayuni Hamzah

Pereka Grafik

Masfaliza Masmuda

Edaran Mohd Fikri Ahmad Norlizawati Yahya

REFERENCE CORNER @ JABATAN

PENGARANG

WAKTU BERTUGAS

ISNIN — KHAMIS 10 PAGI — 12 TGHRI

2.30 PTG — 4 PTG

JUMAAT 10 PAGI — 12 TGHRI

3 PTG — 4 PTG

BUKU-BUKU TERBARU

INFOLIB Tingkat 8,

Wisma BERNAMA 28, Jalan 1/65A,

Off Jalan Tun Razak 50700, Kuala Lumpur

Hotline: 603-26962202

Faks: 603-26944203