perkembangan sukhothai

5
KEGEMILANGAN Selepas kematian Raja Ban Muang iaitu pada tahun 1279, takhta kerajaan Sukhothai digantikan oleh adiknya iaitu Raja Pho Khun Ramkhamhaeang yang memerintah sehingga 1317. Zaman kegemilangan Sukhothai berlaku di bawah pemerintahan beliau. Raja Pho Khun Ramkhamheang atau digelar Rama the Brave yang dianggap sebagai pemerintah yang paling hebat kerana terkenal dengan aktiviti ketenteraannya untuk perluasan kuasa malah perkembangan budaya dan aspek pembelajaran. 1 Dalam aspek politik, Raja Pho Khun Ramkhamheang telah mengamalkan dasar perluasan kusa dengan meluaskan penguasaannya ke serata tempat tetapi lebih menumpukan di bahagian selatan dan timur Sukhotai. Menurut satu inskripsi 1292, Rama Khamheng telah menerapkan gaya dan prinsip-prinsip pemerintahannya serta menggariskan kaedah berhati-hati tetapi cepat dalam membina sebuah empayar besar. 2 Antara 1283 dan 1287, Raja Pho Khun Ramkhamheang telah menguasai orang-orang Mon di bahagian Lembah Menam. Malahan kerajaan Sukhotai juga telah mengambil alih kawasan pemerintah kerajaan Khemer dan juga termasuk di bahagian hulu Mekong. 3 Dalam satu inskripsi 1292, Rama Khamheng menyifatkan gaya dan prinsip-prinsip pemerintahannya serta menggariskan kaedah berhati-hati tetapi cepat dalam membina sebuah empayar besar. Di bahagian timur kerajaan Sukhotai, beliau telah menguasai kawasan Saraluang (P ichit), Song K we (P isnulok), Lum (Lombak), Bachay, 1 Smith.Ronald Bishop, Siam or The History Of The Thais From Earliest Times To 1569 A.D. Bethesda, Md.:S.N., 1966., Hlmn 33 2 Wyatt, David K. Thailand : A Short History. London: Yale University Press, 1984. hlmn 54 3 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara ,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.,Hlmn 171

Upload: cahayahanan

Post on 20-Dec-2015

74 views

Category:

Documents


7 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Sukhothai

KEGEMILANGAN

Selepas kematian Raja Ban Muang iaitu pada tahun 1279, takhta kerajaan

Sukhothai digantikan oleh adiknya iaitu Raja Pho Khun Ramkhamhaeang yang memerintah

sehingga 1317. Zaman kegemilangan Sukhothai berlaku di bawah pemerintahan beliau. Raja

Pho Khun Ramkhamheang atau digelar Rama the Brave yang dianggap sebagai pemerintah

yang paling hebat kerana terkenal dengan aktiviti ketenteraannya untuk perluasan kuasa

malah perkembangan budaya dan aspek pembelajaran.1

Dalam aspek politik, Raja Pho Khun Ramkhamheang telah mengamalkan

dasar perluasan kusa dengan meluaskan penguasaannya ke serata tempat tetapi lebih

menumpukan di bahagian selatan dan timur Sukhotai. Menurut satu inskripsi 1292, Rama

Khamheng telah menerapkan gaya dan prinsip-prinsip pemerintahannya serta menggariskan

kaedah berhati-hati tetapi cepat dalam membina sebuah empayar besar.2 Antara 1283 dan

1287, Raja Pho Khun Ramkhamheang telah menguasai orang-orang Mon di bahagian

Lembah Menam. Malahan kerajaan Sukhotai juga telah mengambil alih kawasan pemerintah

kerajaan Khemer dan juga termasuk di bahagian hulu Mekong. 3 Dalam satu inskripsi 1292,

Rama Khamheng menyifatkan gaya dan prinsip-prinsip pemerintahannya serta menggariskan

kaedah berhati-hati tetapi cepat dalam membina sebuah empayar besar. Di bahagian timur

kerajaan Sukhotai, beliau telah menguasai kawasan Saraluang (P’ichit), Song K’we

(P’isnulok), Lum (Lombak), Bachay, Sakha, Sungai Mekong, Vieng Chan, dan Vieng Kham

sebagai sempadan. Manakala di bahagian selatan pula, beliau juga telah berjaya

menundukkan sehingga ke Khiont’i (yang diantara Kamp’engp’et dan Nakhon Savan), P’rek

(Paknam P’o), Sup’annaphum, Ratburi, P’echaburi, Si Thammarat (Ligor) dan sehingga laut

sebagai sempadan. Di bahagian barat pula telah berjaya menakluki kerajaan di kawasan

1 Smith.Ronald Bishop, Siam or The History Of The Thais From Earliest Times To 1569 A.D. Bethesda, Md.:S.N., 1966., Hlmn 332 Wyatt, David K. Thailand : A Short History. London: Yale University Press, 1984. hlmn 543 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara ,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.,Hlmn 171

Page 2: Perkembangan Sukhothai

tersebut sehingga Muong Chot (Me So)t, Hangsavati ( Pegu) dan lautan sebagai sempadan.

Beliau juga telah meluaskan kawasan di bahagian utara dengan menundukkan kerajaan di situ

sehingga Muong P’le (P’re), Muang Man, Muong P’lua ( terletak di sungai Nan) dan Muong

Chava ( Luang Prabang) sebagai sempadan kerajaan Sukhotai.4 Daripada kawasan Lembah

Menam, Raja Pho Khun Ramkhamhaeng telah meluaskan lagi penguasaan sekitar

Semenanjung Kra sehingga Tanah Malayu pada tahun 1280-an dan berdasarkan Kod-Kod

Ramkhamheang telah berjaya menguasai Tanah Melayu pada tahun 1294.5 Selain itu, Raja

Pho Khun Ramkhamhaeng juga telah menakluki kawasan yang dipunyai oleh orang Mon.

Malah kerajaan Sukhotai mencapai satu lagi pencapaian yang memberi impak

yang sangat mendalam kepada kemajuan kerajaan Sukhotai dalam pelbagai aspek iaitu

hubungan diplomatik antara kerajaan China iaitu dinasti Yuan. Pada tahun 1287, Mangrai,

Raja Pho Khun Ramkhamheang dan Ngam Muong iaitu merupakan ketua Payao, telah

mengadakan satu rundingan dan menandatangani satu perjanjian persahabatan yang kukuh.6

Raja Pho Khun Ramkhamheang telah menerapkan dasar supaya mengekal hubungan yang

rapat dengan kerajaan China. Hubungan ini memberi banyak manfaat kepada kerajaan

Sukhotai seperti persetujuan sepenuhnya daripada kerajaan China dalam menentang kerajaan

Khemer. Hal ini dapat dibuktikan dari sumber sejarah Yuan, dimana beliau telah menhantar

banyak utusan ke istana Maharaja China. Pada tahun 1285, Kublai Khan telah menhantar Ho

Tzu Chih sebagai utusan China tanda hubungan persahabatan dengan kerajaan Sukhotai.7

Malahan terdapat lagenda-lagenda orang Thai yang menyatakan Raja Pho Khun

Ramkhamheang sendiri telah pergi ke Istana Maharaja China yang mungkin sekali atau

beberapa kali.

4 Ibid., hlmn 1745 Smith.Ronald Bishop, Siam Or The History Of The Thais From Earliest Times To 1569 A.D. Bethesda,

Md.:S.N., 1966.,..Hlmn 356 Ibid. Hlmn 2157 Smith. Ronald Bishop. Siam or The History Of The Thais From Earlist Times To 1569 A.D..Hlmn 36

Page 3: Perkembangan Sukhothai

Pencapaian dalam bidang ekonomi dapat dilihat melalui hubungan diplomatik

yang telah dijalinkan oleh kerajaan Sukhothai dengan kerajaan China. Lawatan demi lawatan

yang dilakukan Raja Pho Khun Ramkhamheang ke Istana Maharaja China itu membawa

manfaat yang besar ke atas keraajaan Sukhothai. Hal ini demikian kerana kepulangan Raja

Ramkhamheang itu membawa bersama-sama tenaga kerja mahir dari China yang mahir

dalam pembuatan tembikar.8 Bandar Sawankhaluk dan bandar Sukhotai merupakan kawasan

pertama perusahaan tembikar ini dilakukan dan berjaya kekal sehingga abad ke-18.9

Tembikar keluaran kerajaan Sukhotai ini telah mendapat permintaan yang tinggi daripada

Pegu, India dan Rantau Asia Tenggara. Tembikar-tembikar tersebut turut dieksport bersama-

sama emas dan beras.

Selain itu, kerajaan pada era kegemilangan ini juga telah mencapai satu

pencapaian yang sangat besar dalam aspek sosialnya. Buat pertama kali dalam sejarah Thai,

sistem tulisan dicipta pertama kalinya dalam tamadun orang Thai pada tahun 1283. Sistem

tulisan yang dicipta oleh beliau ini dinamakan Sukodaya.10 Sistem tulisan yang dicipta ini

terdiri daripada 44 konsonan, 32 vokal dan 5 nada malahan struktur ini masih digunakan

sehingga masa kini. Sistem ini dicipta berdasarkan gabungan sistem tulisan orang Mon dan

Khemer. Kepentingan sistem tulisan yang dicipta pada era kegemilangan ini ialah untuk

merekod atau mencatatkan sejarah-sejarah orang Thai mengenai pencapaian mereka.11

Penemuan menumen tiang batu yang mana mencatatkan tentang kehebatan Raja Pho Khun

Ramkhamheang dan tentang kerajaannya menjadi bukti tujuan penciptaan tulisan tersebut.

Selain matlamat Raja Pho Khun Ramkhamheang mencipta sistem tulisan ini untuk

8 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.,Hlmn 2159 Ibid. Hlmn 21510 D.G.E Hall, Sejarah Asia Tenggara ,Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979. Hlmn 17211 Smith.Ronald Bishop, Siam Or The History Of The Thais From Earliest Times To 1569 A.D. Bethesda,

Md.:S.N, 1966., Hlmn 33

Page 4: Perkembangan Sukhothai

merekodkan peristiwa bersejarah, beliau turut berhasrat agar sistem tulisan ini diamalkan

oleh orang Mon dan Khemer.12

Dalam aspek keagamaan, kerajaan Sukhotai dibawah pemerintahan Raja Pho

Khun Ramkhamheang telah menjalin hubungan dengan Ceylon yang kini dikenali sebagai Sri

Lanka. Hubungan ini dapat dijalankan kerana kerajaan Sukhotai telah menjalin hubungan

dengan Burma Hilir. Melalui Burma Hilir ini kerajaan Sukhotai dapat berhubung dengan

Ceylon yang merupakan pusat agama Buddha pada ketika itu.13 Hasil daripada hubungan

dengan Ceylon ini , kerajaan Sukhotai mendapat manfaat dari segi sosial iaitu perkembangan

agama Buddha kerana sami-sami dari Ceylon dapat membantu dari segi perkembangan

agama itu. Malahan, sami-sami dari Sukhotai juga telah dihantar ke Ceylon untuk mendalami

agama Buddha terutama mazhab Buddha Theravada.

Selepas kematian Raja Pho Khun Ramkhamheang iaitu pada tahun 1317 iaitu

dimana menandakan permulaan kejatuhan kerajaan Sukhotai. Selepasnya, pemerintah-

pemerintah kerajaan Sukhotai merupakan pemimpin yang lemah dan tidak cekap.

12 D.G.E. Hall, Sejarah Asia Tenggara. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979.,Hlmn 17213 Ibid. Hlmn 212