perkembangan semasa kelab sukan profesional

17
Perkembangan Semasa Kelab Sukan Profesional

Upload: jessyca-ungat

Post on 17-Jun-2015

323 views

Category:

Sports


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Perkembangan Semasa Kelab

Sukan Profesional

Page 2: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Ahli kumpulan

Jessyca Anak Ungat

Page 3: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Herna Julian

Page 4: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

SUKAN PROFESIONAL

Sukan Profesional ialah sukan yang pesertanya mendapat

bayaran untuk bermain disebabkan prestasinya.

Page 5: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Kelab Sukan Profesional di Malaysia

Nusa mahsuri nusantara klrc

Page 6: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Nusa Mahsuri

Tel 6(03) 41496011

No.2, Jalan 9/23E, Taman Danau Kota, Off Jalan Genting Kelang, 53300

Kuala Lumpur, Malaysia

Fax6(03)

41436101,41439101

[email protected]

Page 7: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Datuk Haji Misbun Dato' Haji Sidek 17 Februari 1960 / Banting, Selangor, Malaysia

Ketua Jurulatih Kelab Badminton Nusa Mahsuri(Mulai 1996 hingga 31 Disember 2002)

*Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri(Mulai 1 Januari hingga sekarang)

Page 8: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Sebuah Kelab badminton yang pertama ditubuhkan di Malaysia pada 10 April 1997

Visi dan objektif penubuhan kelab ini adalah bertujuan untuk menjadi pusat atau akademi badminton profesional dalam melatih pemain-pemain baik dari dalam mahupun luar negara sebagai pemain badminton bertaraf dunia.

kelab ini mempunyai visi sebagai perunding kepada mana-mana kelab, sekolah, universiti atau pertubuhan sukan yang memerlukan khidmat perunding.

Page 9: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

KLRC

KUALA LUMPUR RACKET CLUB

Page 10: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Datuk Seri Andrew Kam Yai Yeow

PT 6302 & 6303 Jalan 2/27A Mukim Off Setapak, Wangsa Maju 53300 Kuala Lumpur Malaysia.

Page 11: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

PERKEMBANGAN SEMASA KLRC Zakry-Fairuzizuan sertai KLRC

KURANG sebulan meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), gandingan Zakry Latif-Fairuzizuan Tazari kini bergelar pemain profesional bersama Kuala Lumpur Racket Club (KLRC).

Pengumuman itu dibuat kedua-dua pemain itu pada majlis rumah terbuka Hari Raya KLRC di Hotel Hilton, Kuala Lumpur, semalam.

“Sebagai pemain bebas, kami perlukan sokongan sebuah organisasi. Selepas BAM kami rasakan KLRC adalah tempat terbaik untuk meneruskan kerjaya,” kata Fairuzizuan.

Katanya, keputusan menyertai KLRC itu bukan bertujuan menyaingi BAM tetapi mereka yakin masih berkemampuan untuk menjadi pasangan yang hebat.

“Kami berasa dengan menyertai KLRC mampu mengembalikan semula prestasi seperti yang pernah dicapai satu ketika dulu,” kata Fairuzizuan yang mendedahkan turut menerima tawaran dari kelab lain tetapi tidak lengkap seperti tawaran KLRC.

Sementara itu, Zakry berkata kontrak bersama KLRC berkuat kuasa serta-merta sekali gus dia dan Fairuzizuan tidak akan menjalani latihan di Bukit Kiara lagi bermula hari ini.

Page 12: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

• KUALA LUMPUR - Pengarah KLRC, Datuk Seri Andrew Kam menegaskan, pengambilan beberapa bekas pemain badminton kebangsaan oleh kelab profesional itu sejak kebelakangan ini, bukan satu tindakan yang dilihat seolah-olah sengaja membelakangi Persatuan Badminton Malaysia (BAM).

Baru-baru ini, ia bagaikan satu trend untuk mereka yang meninggalkan BAM akan menyertai KLRC, dengan pasangan bebas, Mohd. Zakry Latif-Mohd. Fairuzizuan Tazari selaku rekrut terbaru.

Terdahulu, KLRC yang ditubuhkan sejak 2005 turut menjadi destinasi pilihan bekas juara All England, Muhammad Hafiz Hashim dan bekas pemain perseorangan wanita negara, Julia Wong dan beregu Gan Teik Chai-Tan Bin Shen untuk menghidupkan semula karier masing-masing.

Bagaimanapun, Andrew yang juga pengasas KLRC berkata, terpulanglah kepada orang ramai untuk menilainya selagi kelab itu mencapai objektifnya iaitu membangunkan sukan badminton negara ini.

"Selama ini hala tuju KLRC memang jelas iaitu kami hanya bertindak sebagai pembantu badan induk tersebut (BAM) dan terlibat sama dalam pembangunan sukan ini.

"Dan harus saya jelaskan bahawa kebiasaannya, pemain-pemain terbabit sendiri ingin menyertai kami tanpa kami pelawa mereka.

"Justeru, ia menunjukkan kita dapat memberikan mereka alternatif dan peluang melanjutkan karier. Sebagai misalan untuk kes Zakry-Fairuz, saya sendiri merasakan mereka masih ada potensi besar, jadi kenapa tidak peluang kedua diberikan kepada mereka daripada bakat dibazirkan begitu sahaja.

"Kami hanya membantu, tetapi pada akhirnya, segala-galanya adalah terpulang kepada mereka untuk mencapai kejayaan dan menentukan haluan mereka seterusnya," ujarnya.

KLRC kini mempunyai 16 pemain profesional di bawah naungannya, dengan lapan pemain tempatan dan lapan lagi dari Bulgaria, Rusia, Amerika Syarikat, Brazil, Filipina, Belanda dan Mauritius.

Page 13: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Nusantara• Sebelum Kelab Motor Nusantara di daftarkan kelab ini

telah dikenali sebagai Gegar Biker

• Tujuan utama ditubuhkan hanya sebagai sebuah kelab yang berorientasikan diadah semata mata

• Ditubuhkan pada tahun 1996 di mana pada waktu itu kewujudan motosikal yang berkuasa 150cc telah mula diperkenalkan dengan sebegitu meluas.

Page 14: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Matlamat

• Melahirkan generasi muda yang mempunyai daya saing, jati diri dan potensi untuk cemerlang dalam kehidupan baik dunia maupun akhirat.

• Menanam semangat setia kaum tidak kira warna kulit, agama dan bangsa demi perpaduan rakyat malaysia.

 

Page 15: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Objektif

• Memberikan kesedaran kepada ahli betapa pentingnya aspek pemanduan dan keselamatan di jalan raya

• Membantu kerajaan dalam membasmi pelbagai masalah sosial demi kepentingan generasi akan datang

• Menggalakkan interaksi kaum yang baik tanpa mengira status bangsa, agama dan kaum dalam satu masyarakat yang berbilang kaum.

Page 16: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

• Menyedarkan masyarakat sekeliling tentang nilai-nilai murni yang terdapat dalam aktiviti yang melibatkan persatuan bermotosikal.

• Menyediakan pelbagai program kepada generasi muda supaya sedar tentang tangungjawab sosial yang perlu dipikul.

• Membentuk rohani, jasmani dan emosi ahli ke arah yang lebih dinamik dan efektif

Page 17: Perkembangan semasa kelab sukan profesional

Moto Kelab 3P ( Persaudaraan, Persefahaman dan Permuafakatan )

• Persaudaraan : Ikatan yang akrab dalam kelab tanpa mengira Agama, Darjat, Bangsa dan Keturunan.

•  Persefahaman : Menitik beratkan nilai tolak ansur yang tinggi serta saling hormat menghaormati antara ahli dan pemimpin.

 • Permuafakatan: Saling bekerjasama. bantu membantu dan

mengamalkan sikap bermuzakarah sesama ahli dalam mencapai sesuatu keputusan atau matlamat yang dikehendaki.