perkembangan politik di malaysia
TRANSCRIPT
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
1/10
Perkembangan Politik di Malaysia
MALAYAN UNION
Corak pemerintahan berasaskan penguasaan majoriti oleh pihak Inggeris;
rakyat ditadbir sebagai satu bangsa.
CLC
Badan berbilang etnik dengan tujuan untuk mewujudkan kesefahaman
dan kerjasama yang lebih baik di kalangan etnik di Tanah Melayu
RUNDINGAN LONDON
Dari perundingan ini,diputuskan bahawa Persekutuan Tanah Melayu akan
menjadi negara merdeka pada 31 Ogos 1957.
SURUHANJAYA REID
Fokus kepada tuntutan orang Melayu dan bukan Melayu; Memorandum
Pakatan Murni
PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN
Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu 1957 yang dianggap sebagai
kontrak sosial merupakan persetujuan antara etnik Melayu, Cina dan
India
LATAR BELAKANG POLITIK MALAYSIA
Sehingga tahun 2009, jumlah penduduk di Malaysia lebih kurang 28.9 juta
Penduduk Malaysia dapat dikategorikan kepada kelompok etnik yang berbeza-
beza
Melayu lebih kurang 55%
Cina lebih kurang 25%
India lebih kurang 7%
Mereka dapat dibezakan berdasarkan aspek kepercayaan dan agama serta
aspek demografi.
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
2/10
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
3/10
PARTI POLITIK SEMENANJUNG MALAYSIA
UMNO
Malayan Union ditentang hebat orang Melayu di bawah pimpinan Dato
Onn Jaafar
Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO) telah ditubuhkan
pada 11 Mei 1946 akibat penentangan terhadap pelaksanaan Malayan
Union
UMNO adalah gabungan pelbagai persatuan dan pertubuhan Melayu
Tujuannya bagi memelihara kepentingan dan memperkukuhkan kuasa
politik orang Melayu
SEMENANJUNG
MALAYSIA
UMNO
MCA
MIC
PAS
SEMANGAT
46
IMP
SARAWAK
BERJASA
PESAKA
PANAS
SUPP
SNAP
SCA
SABAH
UNKO
USNO
SCA
BERJAYA
PBS
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
4/10
PAS
Ditubuhkan pada 1951.
Tujuan penubuhannya untuk menubuhkan sebuah negara Islam di
Tanah Melayu
Hasrat Dr Burhanuddin al-Helmy sewaktu dilantik memimpin PAS pada
akhir 1956:
Dalam perjuangan kita (PAS) bagi mencapai kemerdekaan, kita telahdan terus-menerus memperjuangkan Melayu itu sebagai kebangsaan
bagi negara Tanah Melayu ini dengan bertapak di atas asas ideologi
Islam yang maha suci
MIC
John Thivy adalah presiden pertama bagi parti ini
MIC ditubuhkan bagi menjaga kepentingan dan kebajikan masyarakat
India di Tanah Melayu
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
5/10
MCA
Tan Cheng Lok adalah presiden pertama
Tujuan penubuhan parti ini adalah:
menjalin dan memelihara kebajikan dan keharmonian etnik
menjaga kepentingan dan kebajikan orang Cina
memajukan dan membantu mengekalkan suasana aman damai
Perikatan
UMNO-MCA-MIC bergabung membentuk Parti Perikatan
Pada pilihan raya Persekutuan 1955, Perikatan menang 51 daripada 52
buah kerusi
Ini merupakan petanda Tanah Melayu bersedia memperoleh
kemerdekaan
Barisan Nasional
Pada 1974, Perikatan ditukar kepada Barisan Nasional bagi
meperkukuhkan kerjasama antara etnik melalui politik supaya setiap
kumpulan etnik dapat pertimbangan sewajarnya dalam politik Malaysia
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
6/10
IMP
Diasaskan oleh Dato Onn Jaafar setelah ahli-ahli UMNO menolak
cadangannya membuka keahlian UMNO kepada semua rakyat Tanah
Melayu
Ia adalah sebuah parti multi-etnik
Mengamalkan dasar bekerjasama dan penyatuan etnik melalui politik
Menemui kegagalan dan diteruskan melalui penubuhan Parti Negara
SEMANGAT 46
Merupakan parti serpihan UMNO yang diketuai oleh Tengku Razaleigh
Hamzah
Tujuan penubuhannya untuk mengembalikan semangat Melayu tahun
1946 yang didakwa telah hilang daripada UMNO di bawah kepimpinan Dr
Mahathir Mohamad Bagaimanapun, parti ini dibubarkan setelah gagal dalam pilihan raya
Parlimen 1994
DAP Parti Tindakan Demokratik (DAP)
Berfungsi sebagai sebuah parti demokratik sosial yang :
berpegang kuat kepada ideologi negara Malaysia yang bebas
demokratik & sosialis
Berpaksi keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang
berasaskan institusi demokrasi berparlimen.
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
7/10
PARTI POLITIK SARAWAK
SNAP
Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP)
Ditubuhkan di kalangan etnik Dayak, dari kawasan Skrang- Saribas
Dipimpin oleh Stephen Kalong Ningkan.
PBDS
Parti Bansa Dayak Sarawak
Ditubuhkan oleh Leo Moggie pada 1983.
Bertekadkad menubuhkan parti politik yang diketuai oleh orang Iban dan
memulihkan penguasaan orang Iban dalam politik dan kerajaan Sarawak
serta pengembalian jawatan Ketua Menteri Sarawak kepada orang Iban
PANAS
Parti Negara Sarawak
Pimpinan Abang Haji Mustapha
Mewakili etnik Melayu dan Melanau
BERJASA
Parti Rakyat Jati Sarawak
Mewakili Melayu dan Melanau dari Lembah Rejang
Beranggapan PANAS tidak mewakili mereka
Dipimpin oleh Tuanku Haji Bujang
Bergabung dengan PANAS membentuk Parti Bumiputera
PESAKA
Parti Pesaka Anak Sarawak Ditubuhkan oleh Temenggung Jugah Mewakili etnik Dayak dari Rejang
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
8/10
SCA
Sarawak Chinese Association (SCA)
Sebuah parti politik yang berpandangan sederhana
Ditubuhkan oleh sekumupulan ahli perniagaan Cina yang kaya.
PBB
Parti Pesaka Bumiputera Bersatu
Hasil dari gabungan Parti Bumiputera dan PESAKA yang membentuk
PBB pada 1973 Mendapat sokongan kaum Bumiputera terutama golongan Melayu-
Melanau, Iban, Bidayuh dan Orang Ulu
Merupakan parti komponen Barisan Nasional
SUPP
Sarawak United Peoples Party(SUPP)
Merupakan sebuah parti multi-etnik dan yang terawal di Sarawak
Bagaimanapun, ia jelas dimonopoli oleh orang Cina
Parti ini mendapat galakan daripada pentadbiran kolonial sebagai langkah
awal untuk pemerintahan sendiri
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
9/10
PARTI POLITIK SABAH
UNKO
United Kadazan National Organization
Diketuai oleh Donald Stephens (kemudian dikenali dengan Tun Fuad
Stephens)
Ditubuhkan untuk menyatupadukan Kadazan Dusun dan Bumiputera
bukan Islam
Pada 1964, 2 kumpulan etnik yang utama iaitu: Kadazan-Dusun danMurut yang diwakili UNKO dan Pasok Momogun bersetuju mempertahan
kepentingan Bumiputera bukan Islam di Sabah dengan membentuk
United Pasok Momogun Kadazan-Dusun Murut Organization(UPKO)
USNO
United Sabah National Organization (USNO)
Ditubuhkan bagi kepentingan etnik Bajau, Suluk dan lain-lain.
Diketuai oleh Tun Dato Mustapha Dato Harun
Menjalinkan kerjasama dengan Sabah Chinese Association (SCA)
-
7/31/2019 Perkembangan Politik Di Malaysia
10/10
PBS
Parti Bersatu Sabah
Ditubuhkan oleh Joseph Pairin Kitingan akibat tentangan terhadap
kepimpinan Harris Salleh dari parti BERJAYA
Sebuah parti multi etnik, walaupun jelas didominasi oleh bumiputera
Bukan Islam
Jatuh pada 17 Mac 1994. Akibat kejatuhannya, proses politik Sabah
mengalami perubahan yang besar dan digantikan UMNO.
UMNO berjanji, sekiranya parti tersebut berjaya merampas pemerintahan
negeri, jawatan Ketua Menteri akan mengikut giliran antara Bumiputera
Islam, Bumiputera Bukan Islam dan Cina selang 2 tahun.
Beberapa parti politik baru tertubuh seperti Parti Bersatu Rakyat Sabah
(PBRS) dan Parti Demokratik Sabah (PDS) dan Parti Progresif Sabah.