perkembangan pendidikan islam dari abbasiyyah hingga zaman turki
TRANSCRIPT
Perkembangan Pendidikan Islam menuju era kemuncak Khalifah Abbasiyyah sehingga Kejatuhan Zaman Turki Othmaniyyah.
Pengajaran.
PENDAHULUAN
Perbincangan tentang pendidikan Islam sama ada dalam bentuk seminar, ceramah,
taklimat dan sebagainya telah banyak diadakan di negara kita pada masa kini. Oleh sebab itu
persoalan ini bukan lagi menjadi perkara asing bagi kita semua sekalipun mungkin masih
terdapat sesetengah kalangan Muslim itu sendiri masih belum jelas tentang kandungan
pendidikan Islam itu secara terperinci.
Sejarah Pendidikan Islam atau Tarihut Tarbiyyah Islamiyyah sebagai keterangan
mengenai pertumbuhan dan perkembangan pendidikan Islam dari waktu ke waktu yang lain,
sejak zaman lahirnya Islam sampai dengan masa sekarang dan cabang ilmu pengetahuan yang
berhubungan dengan pertumbuhan dan perkembangan pendidikan Islam, baik dari segi idea dan
konsepsi mahupun segi institusi dan operasionalisasi sejak zaman Nabi Muhammad SAW
sampai sekarang.
Di masa Daulat Abbasiyah, pemerintah tidak terlalu banyak melakukan perluasan
wilayah kekuassan Islam, bahkan yang terjadi munculnya kerajaan-kerajaan kecil seperti Bani
Ummayyah II di Andalusia, Bani Saljuk, Bani Fatimiyah, dan lain-lain. Sejarah mencatat zaman
Abbasiyah banyak terjadi kemajuan yang menakjubkan dalam hal ilmu pengetahuan dan
kebudayaan. Baghdad menjadi pusat ilmu pengetahuan dan kebudayaan pada waktu itu,
kemudian menjalar ke Kota Kufah dan Basrah di Mesopotamia, Isfahan dan Nisyafur di Persia,
1
Bukhara dan Samarkand di Transoxiana, Kairo di Mesir, Tunis, Toledo dan Cordova di
Andalusia. Kota-kota tersebut menjadi pusat ilmu pengetahuan dan kebudayaan di dunia pada
saat itu.
Oleh sebab itu periodisasi era perkembangan pendidikan Islam itu bermula selepas
tamatnya kerajaan Umaiyyah. Secara garis besar dapat dibahagi seperti berikut:
1. Zaman Kerajaan Abbasiyyah (750- 1258M).
2. Zaman Kerajaan Fatimiyyah.
3. Zaman Kerajaan Saljuk.
4. Zaman Turki Uthmaniyyah (1517- 1924M) (Kejatuhan Pendidikan Islam)
Sejarah pendidikan Islam pada hakikatnya tidak terlepas dari sejarah Islam. Periode
sejarah peradaban Islam yang paling cemerlang ialah periode kerajaan Abbasiyyah di Baghdad
yang berlangsung selama lima abad. Prof. Manzoor Ahmad Hanafi menjelaskan bahawa zaman
keemasan dan kegemilangan pendidikan Islam dari dulu hingga sekarang ialah pada zaman
pemerintahan kerajaan Abbasiyyah. Beliau juga menjelaskan sistem pendidikan Islam pada
zaman Abbasiyyah bermula pada peringkat rendah hingga ke peringkat menengah dan
seterusnya universiti. Sehiggalah pada suatu masa, Kota Baghdad menjadi pusat ilmu
pengetahuan bagi semua orang yang datang dari Timur dan Barat. Dari itu ketika kerajaan Saljuk
menakluki Baghdad, maka tertubuhnya dua buah institusi dari segi khazanah ilmu dan bilangan
pelajarnya iaitu institusi Nizamiyah (pertengahan abad 5H) dan Mustansariyah (abad 7H).
2
Dengan ini era Abbasiyyah memperlihatkan khazanah ilmu yang mencapai tahap
kematangannya.
Tempat pembelajaran ilmu yang hebat telah mewujudkan satu tamadun Islam yang
agung. Banyak ahli-ahli sains, ahli-ahli falsafah dan sebagainya muncul dari negeri-negeri Islam
terutamanya pada Zaman Keemasan Islam. Kerajaan Abbasiyyah di Baghdad umpama cahaya
yang menyinari ilmu pengetahuan ke pelusok Asia seperti di bawah pemerintahan Kuchu King di
negeri Cina kira-kira abad ke-13.
Kemajuan ilmu dan sistem pendidikan Islam amat terserlah pada zaman Abbasiyyah
(656-1258 Masehi). Khalifah Harun al-Rashid dan Khalifah al-Makmun merupakan antara
barisan khalifah yang cemerlang dalam meningkatkan martabat sistem pendidikan Islam.
Madrasah, masjid, khuttab dan istana telah dijadikan institusi Islam yang utama. Di samping
pusat-pusat pengajian ini telah dilengkapi dengan kemudahan-kemudajan seperti perpustakaan,
asrama, bilik makmal, dewan makan dan landskap. Khalifah ar-Rashid juga telah membina
sebuah perpustakaan yang terbesar di mana kegiatan penterjemah besar-besaran telah diadakan
disitu iaitu Baitul Hikmah.
وإذقالربكللملئكهإنىجاعلفىٱألرضخليفه
“Ingatlah di waktu Tuhan kamu berkata kepada Malaikat: sesungguhnya Aku jadikan khalifah di
bumi”
(surah al-Baqarah 3).
3
Perkembangan pendidikan Islam pada zaman ini lebih pesat dan berkembang luas. Ini
adalah kerana sikap khalifah-khalifah itu sendiri. Mereka secara aktif turut berbincang di dalam
majlis-majlis ilmu yang dihadiri oleh sarjana-sarjana yang berkaliber dan termasyhur sama ada di
dalam kesusasteraan Arab, akidah, falsafah, nahu, matematik, fizik, astrologi, dan sebagainya.
Perkembangan dalam bidang ilmu pengetahuan seperti bidang keagamaan dan falsafah
al-Kindi Ibn Sina dan lain-lain, bidang perundangan al-Shafi’e, Abu Hanifah, Abu Yusuf Malik,
Ahmad ibn Hanbal dan lain-lain. Bidang sejarah dan sosiologi al-Tabari, Mas’udi, Ibn
Maskawih, Sayyid al-Andalusi dan lain-lain lagi.
Kesan-kesan sejarah yang berada di hadapan kita sekarang ini wujud dalam pelbagai
bentuk seperti senibina, ukiran, tulisan dan teori-teori dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
adalah hasil usaha dari pengalaman umat Islam yang tunduk kepada disiplin ilmu Islam ini. Hasil
yang didapati oleh umat Islam dalam bidang ilmu pengetahuan adalah natijah dari kegigihan
mereka berusaha ke arah itu dan dari dorongan yang suci serta hasil usaha yang bersungguh-
sungguh.
Kemajuan yang Dicapai Pada Masa Bani Abbasiyah
Antara kemajuan yang dicapai dalam zaman Bani Abbasiyah ialah dalam bidang kedoktoran
dan perubatan. Dengan demikian, seorang doktor sekaligus merupakan seorang ahli metafisika,
filosofi, dan sufi. Merekalah yang membangun apotek pertama, mendirikan sekolah farmasi
pertama, dan menghasilkan buku daftar ubat-ubatan. Mereka telah menulis beberapa risalah
4
tentang ubat-ubatan, dimulai dengan risalah karya Jabir ibn Hayyan, yang juga dikenali dengan
nama bapak kimia Arab, yang hidup sekitar 776. Pada masa awal pemerintah al-Mamun dan al-
Mutashim, para ahli ubat-ubatan dan para doktor harus menjalani bermacam ujian. Para penulis
utama bidang kedoktoran setelah babak penterjemahan besar itu adalah orang Persia yang
menulis dalam bahsa Arab: Ali al-Thabari, al-Razi, Ali ibn al-Abbas al-Majusi, dan Ibn Sina.
Kemajuan lain yang dicapai juga adalah dalam bidang Matematik atau ilmu hisab.
Muhammad ibn Musa al-Khwarizmi adalah tokoh utama dalam kajian matematik Arab. Beliau
telah memengaruhi pemikiran dalam bidang matematika yang hingga batas tertentu lebih besar
daripada penulis abad pertengahan lainnya. Di samping menyusun table astronomi tertua al-
Khwarizmi juga menulis karya tertua tentang aritmatika, yang hanya diketahui lewat
terjemahannya, dan tentang aljabar. Salah satu karyannya adalah “Hisab al-Jahr wa al-
Muqabalah.”
Salah satu ungkapan mutiara, yang diriwayatkan bahwa Muhammad pernah memuji
“seseorang yang menafkahkan hartanya diam-diam, sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang
dilakukan tangan kanannya.” Selain hadis, tidak ada yang bisa melukiskan dengan lebih baik
daya serap Islam sebagai sebuah sistem terhadap gagasan-gagasan baru.
Kejatuhan pendidikan Islam zaman Turki Othmaniyah
Kemajuan yang dicapai dari kemuncak Khalifah Abbasiyah tidak berpanjangan sehingga
zaman Turki Othmaniyah ianya mengalami kejatuhan. Kejatuhan ini berpunca daripada perasaan
5
cemburu daripada penduduk Tartar melihat peningkatan dan perkembangan ilmu pengetahuan
umat Islam. Mereka sendiri tidak mempunyai agama, pengetahuan, budaya dan juga tamadun.
Akibat perasaan cemburu inilah membuatkan orang-orang Tartar menyerang Kota Baghdad dan
akhirnya mereka berjaya menakluk. Ini adalah disebabkan orang-orang Tartar mempunyai
kekuasaan, kekuatan dan keganasan sehingga negeri Baghdad jatuh ketangan mereka. Orang-
orang Islam meletakkan kepercayaan terhadap orang-orang Turki atas keutamaan Dinasti
Othmaniyah yang memimpin mereka dan menakhluki kawasan serta kekuasaan dalam dunia ini.
Akan tetapi orang-orang Tartar mampu mengalahkan orang-orang Islam ketika itu disebabkan
pendidikan yang merosot dan kekurangan ketaatan orang atasan terhadap bangsa Turki. Seperti
Firman Allah Taala, surah al-Baqarah 120, tafsirnya:
ولنترضىعنكاليهودوالالنصرىحتىتتبعملتهم
“Orang-orang Yahudi dan masihi tidak merelakan kamu selama-lamanya, kecuali kamu
mengikut agama mereka”
Kesimpulan
Zaman pemerintahan Abbasiyyah telah mengangkat martabat sistem pendidikan Islam ke
tahap yang lebih tinggi dan terulung. Ajaran sunnah Rasulullah telah dilaksanakan oleh khalifah-
khalifah yang bijaksana dan berilmu tinggi untuk menyeru umat Islam ke jalan yang diredhai
Allah SWT. Pegangan agama telah tersebar luas ke pelusuk negara sehingga dihapuskan oleh
kekejaman orang Tartar. Namun agama Islam di zaman Abbasiyyah berjaya menyemarakkan
6
ilmu pengetahuan ke pelusuk negeri yang diikuti dengan jutaan umat Islam bagi
memperkembangkan dan meningkatkan ilmu pengetahuan hingga sekarang.
Di Negara Brunei Darussalam juga berjaya menubuhkan beberapa sekolah rendah,
menengah dan maktab-maktab serta institusi-institusi tinggi. Selain sekolah rendah, sekolah
ugama juga ditubuhkan untuk memantapkan pengajaran agama di sekolah berkenaan. Guru
terbahagi kepada tiga kumpulan iaitu, guru, digunakan di sekolah rendah dan menengah,
manakala ustaz dan ustazah bagi guru di maktab-maktab. Institusi-institusi tinggi pula
mengunakan professor dan pensyarah. Ini disebabkan panggilan guru tidak sesuai digunakan
dalam pengajian di peringkat tinggi.
Di negara ini terdapat sebuah universiti yang termasyhur iaitu Universiti Brunei
Darussalam (UBD) yang mana ianya juga adalah universiti pertama di Negara ini. Selain
daripada itu, sekarang juga sudah banyak tertubuh institusi-institisi dan universiti baru seperti
Universiti Sultan Sharif Ali (UNISSA). Universiti ini keseluruhannya adalah pelajaran bahasa
Arab. Memandangkan UNISSA ini belum mempunyai bangunan yang tetap maka ianya terpaksa
mengunakan sebahagian daripada bangunan UBD sebagai bangunan sementara. Oleh kerana
ianya berada dalam kawasan UBD, segala keperluan, kelas dan sebagainya berkongsi dengan
harta benda UBD. Dengan gabungan kedua-dua universiti ini, maka pendidikan pun
berkembang.
Selain daripada bidang perguruan, bidang ilmu perubatan telah dibukakan kepada seluruh
masyarakat di negara ini. Mereka juga diberikan kursus mengenai bidang perubatan dalam dan
7
luar negara. Kebanyakkan jururawat dan doktor tempatan telah mengambil kursus ini
mempunyai kemahiran untuk menceburi bidang berkenaan. Ini menunjukkan bahawa pendidikan
ilmu perubatan telah meningkat dan berkembang luas.
Zaman Othmaniyyah merupakan zaman kejatuhan pendidikan Islam. Oleh yang demikian
dalam zaman ini, orang-orang Turki harus menguatkan keimanan dan menegakkan kebenaran
terhadap orang-orang Tartar ketika itu. Umat Islam juga disarankan supaya tidak meletakkan
kepercayaan terhadap kaum lain. Seharusnya umat Islam berusaha menangani masalah yang
dihadapi demi menegakkan ilmu Islam yang sedang maju dan disebarkan ke seluruh dunia.
8
Bibliografi
Ahmad Mohd. Salleh (1997). Pendidikan Islam, Falsafah, Pedagogi dan Metodologi, Penerbit Fajar Bakti, Selangor.
Dr. Ahmad Amin (1985). Islam Sepanjang Zaman, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Ghazali Darusalam (2001). Pedagogi Pendidikan Islam, Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur.
Khairuddin Haji Muhammad (1979). Sejarah Islam, Jilid II, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Prof. Madya Dr. Abdul Halim El-Muhammady (1991). Pendidikan Islam, Falsafah, Disiplin dan Peranan Pendidik, Dewan Pustaka Iskam, Selangor.
9
Missthree03- march2009
10