perkembangan matematik di malaysia

12
Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011 Pengenalan Matematik merupakan satu bidang ilmu yang dapat melatih minda untuk berfikir secara logik dan bersistem seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu ianya sentiasa berkembang dan diberbaharui bagi mencapai tujuannya dan selaras dengan harapan kerajaan. Seperti yang kita ketahui, sistem pendidikan di Negara kita telah bermula sejak sebelum kedatangan British (1400 – 1786) yang dijalankan secara tidak formal. Matematik diperkenalkan sebagai ‘Ilmu Hisab’. Inilah bermulanya pengenalan pendidikan matematik rendah dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu. Ianya berkembang dan diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut peredaran masa atau zaman supaya menjadi lebih sempurna dan pengajarannya berkesan kepada murid-murid (Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K, 2006, 141). Penyata Razak Sistem pendidikan menjadi lebih baik setelah penubuhan Penyata Razak pada tahun 1956. Terdapat banyak cadangan dalam penyata tersebut dan antaranya ialah secara rasminya kurikulum matematik telah digunakan. Usaha telah dibuat bagi memberi pendidikan kepada semua kaum . Semua cadangan dalam Penyata Razak termaktub dalam Ordinan Pelajaran 1957. Perubahan demi perubahan telah berlaku sehinggalah perlaksanaan Projek Khas pada tahun 1970. Projek Khas 1

Upload: masliza-masri

Post on 10-Aug-2015

1.453 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Matematik di Malaysia

TRANSCRIPT

Page 1: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

Pengenalan

Matematik merupakan satu bidang ilmu yang dapat melatih minda untuk berfikir

secara logik dan bersistem seperti yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan

Kebangsaan. Oleh itu ianya sentiasa berkembang dan diberbaharui bagi mencapai

tujuannya dan selaras dengan harapan kerajaan. Seperti yang kita ketahui, sistem

pendidikan di Negara kita telah bermula sejak sebelum kedatangan British (1400 – 1786)

yang dijalankan secara tidak formal. Matematik diperkenalkan sebagai ‘Ilmu Hisab’. Inilah

bermulanya pengenalan pendidikan matematik rendah dalam sistem pendidikan di Tanah

Melayu. Ianya berkembang dan diperbaharui dari semasa ke semasa mengikut peredaran

masa atau zaman supaya menjadi lebih sempurna dan pengajarannya berkesan kepada

murid-murid (Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K, 2006, 141).

Penyata Razak

Sistem pendidikan menjadi lebih baik setelah penubuhan Penyata Razak pada tahun

1956. Terdapat banyak cadangan dalam penyata tersebut dan antaranya ialah secara

rasminya kurikulum matematik telah digunakan. Usaha telah dibuat bagi memberi

pendidikan kepada semua kaum . Semua cadangan dalam Penyata Razak termaktub dalam

Ordinan Pelajaran 1957. Perubahan demi perubahan telah berlaku sehinggalah

perlaksanaan Projek Khas pada tahun 1970.

Projek Khas

Projek Khas ini bermula sejak 1968, 30 buah sekolah telah dipilih sekitar Kuala

Lumpur sebagai sekolah rintis pada tahun 1970. Objektif projek ini ialah memperbaiki mutu

pendidikan matematik agar selaras dengan perkembangan matematik di negara-negara

maju.

Terdapat perubahan dalam sukatan matematik sekolah rendah dan strategi dalam

pengajaran dipertingkatkan kepada berpusatkan guru. Setelah dibuat kajian rintis, Projek

Khas ini telah diubahsuai supaya lebih mantap dan bersesuaian dan seterusnya

diperkenalkan kepada semua sekolah rendah secara berperingkat.

1

Page 2: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

Pada tahun 1970, Program Matematik Moden telah diperkenalkan di sekolah rendah

sehingga sekolah menengah. Tajuk-tajuk dalam Matematik Moden diperkenalkan seperti

teori set, statistik dan vector yang dipermudahkan. Pada tahun 1972, topik-topik baru

ditambah seperti pemetaan, tranformasi dan lain-lain lagi bagi meningkatkan kualiti dalam

bidang tersebut.

Kerajaan telah menubuhkan satu Jawatankuasa Kabinet bagi mengkaji sistem

pelajaran yang diperkenalkan samada dapat memenuhi matlamat negara pada tahun 1974.

Pada tahun 1979, Laporan Kabinet mendapati banyak kelemahan, seperti dalam mata

pelajaran matematik murid lemah kemahiran asas. Oleh itu sistem pendidikan negara kita

dikemaskinikan lagi.

KBSR

Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan bagi menggantikan

Kurikulum Lama Sekolah Rendah (KLSR) pada tahun 1983. Ini adalah kerana KLSR

didapati kurang memberi tumpuan kepada nilai dan kemahiran bagi membolehkan murid-

murid berkembang secara menyeluruh. KBSR menekankan Kemahiran Asas 3M iaitu

membaca, menulis dan mengira. Dalam kurikulum matematik, KBSR mengembangkan

kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah logik (Nota Ulangkaji dan

Latihan P.T.K, 2006, 204).

Sukatan pelajaran matematik KBSR terbahagi kepada dua tahap iaitu tahap 1

melibatkan penguasaan empat operasi aritmetik yang asas iaitu tambah, tolak, darab dan

bahagi. Tahap 2 pula melibatkan tumpuan kepada pengukuhan kemahiran mengira dan

penggunaan kemahiran tersebut bagi penyelesaian masalah dalam kehidupan harian. Pada

tahun 1984, Amalan Perdagangan diperkenalkan sebagai sebahagian matematik dalam

aktiviti jual beli. Berikut merupakan rajah aktiviti matematik bagi Tahap 1 dan 2

(Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM, 1995. 18).

2

Page 3: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

Aktiviti Matematik bagi Tahap 1 dan Tahap 2 (KBSR)

(Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM, 1995 : 18)

Starategi pengajaran dan pembelajaran membabitkan aktiviti berkumpulan mengikut

tahap kecerdasan atau berbagai kebolehan dan kecenderungan. Strategi ini baik dan murid

boleh berinteraksi dan mencuba sendiri dengan bimbingan guru. Penilaian matematik

dibahagi kepada 3 bahagian iaitu penilaian formatif, penilaian sumatif dan penilaian

kemajuan. Keputusan penilaian ini akan direkodkan dan dapat mengesan tahap pencapaian

murid dengan lebih tepat.

3

TAHAP 2Pengukuhan kemahiran operasi asas dan aplikasikan

Menyelesaikan masalah

Penghampiran Anggaran Sukat Menyukat

Mentafsir Data

Jual Beli

Pelajaran Matematik

Sistem Nombor Perpuluhan

Kemahiran Mengira

Amalan Jual Beli

Pola Nombor

Ciri Nombor

Tambah Tolak Darab Bahagi Nilai Sikap Kemahiran

TAHAP 1

Page 4: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

Pada tahun 1994, sekali lagi kurikulum matematik telah dirombak dan menjadi

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang berhasrat dapat melahirkan insan

yang seimbang serta berkembang secara menyerluruh dan bersepadu daripada segi interk,

rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Membina

kefahaman dan kemahiran asas matematik di kalangan murid merupakan matlamat utama

dalam KBSR. Dalam sukatan pelajaran, semua topik yang dipelajari dikekalkan tetapi

huraian dan perkembangan diubah supaya lebih berkesan dan bersesuaian.

Di peringkat sekolah rendah, penguasaan konsep nombor dan kemahiran asas

mengira diberi tumpuan bagi membantu murid-murid mengendalikan urusan harian dengan

lebih berdisiplin. Sukatan Pelajaran telah dirancang dan disusun merupakan pengetahuan

dan kemahiran asas metematik daripada yang paling asas sehinggalah lebih kompleks serta

sikap dan nilai ditekankan. Antara tajuk-tajuk yang disusun ialah :-

1. Nombor Bulat

2. Pecahan

3. Perpuluhan

4. Wang

5. Ukuran dan Sukatan

6. Ruang

7. Purata

8. Peratus

9. Graf

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, semua guru perlu memastikan hasrat

kerajaan dapat dicapai dengan menggnakan teknik, kaedah, pendekatan yang berkesan

sehingga boleh menarik minat murid. Murid perlu dibimbing membina kefahaman dan diuji

dengan latihan, murid dilatih menggunakan konsep dan kemahiran yang dipelajari sambil

menerapkan nilai-nilai murni.

Pada tahun 1998, sukatan matapelajaran matematik disemak semula bagi

menyelaraskan hasrat kerajaan supaya semua murid celik IT seperti dalam cabaran visi

2020 serta menguasai kemahiran asas matematik dan mengaplikasikannya.

4

Page 5: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

PPSMI

Seterusnya, dibawah KBSR, pendidikan matematik diubah lagi dengan pelaksanaan

Pengajaran dan Pembeljaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada

tahun 2003. Ianya dilaksanakan secara berperingkat bermula dengan Tahun 1 bagi Sekolah

Rendah dan Tingkatan 1 dan 6 bagi Sekolah Menengah. Mata pelajaran matematik diajar

dalam Bahasa Inggeris sepenuhnya.

Objektif atau rasionalnya bahasa pengantar ditukar adalah untuk memantapkan

Bahasa Inggeris. Ini adalah kerana bidang sains dan matematik merupakan perkara penting

dalam kemajuan dan pembangunan seterusnya bersedia untuk bersaing dalam era

globalisasi. Bagi mencapai pengajaran yang lebih berkesan, pihak kerajaan telah

mewajibkan guru-guru yang terlibat menghadiri kursus dan penyediaan bahan pembelajaran

iaitu:-

1. Buku Teks

2. Buku Latihan dan Aktiviti

3. Buku Panduan Guru

4. MyCD

5. CD-ROM Guru

6. Buku Amali

7. Buku Glosari

8. Peralatan ICT seperti LCD, Troli dan Laptop.

Murid sekolah rendah pada tahun 2008 merupakan perintis PPSMI yang menduduki

UPSR. Walaubagaimanapun, PPSMI ini dimansuhkan dan tamat mulai tahun 2012.

5

Page 6: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

KSSR

Setelah pemansuhkan PPSMI diputuskan, sistem pendidikan diubah lagi kepada

Dasar Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) pada tahun 2011. KSSR

dimulakan dengan murid tahun satu 2011, pengajaran dan pembelajaran menggunakan

modul bagi menggantikan buku teks.

Modul pula terbahagi kepada 3 iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul

Asas Elektif. Pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran yang dirancang juga akan

menjadi lebih menarik dan interaktif. Dalam KSSR ini, matematik dan sains kembali diajar

sepenuhnya dengan Bahasa Malaysia.

Seperti sebelum ini, pengajaran terbahagi kepada 2 tahap iaitu Tahap 1 akan

tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul), kemahiran

asas teknologi dan maklumat, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap

dan nilai. Bagi Tahap 2 pula akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi.

Merujuk Draf KSSR yang telah diedarkan di semua sekolah rendah, mata pelajaran

matematik diajar dibahagikan kepada 2 Tahap. Ini jelas diterangkan dalam rajah dibawah

yang dipetik dalam draf tersebut.

(Huraian Sukatan KSSR,2010.11 )

6

Page 7: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

Bagi mata pelajaran Matematik, jumlah waktu yang diajar telah dikurangkan dari 7

waktu kepada 6 waktu seminggu. Matlamat KSSR dalam mata pelajaran matematik adalah

untuk membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam

pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketarampilan mengaplikasikan

pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab dalam

kehidupan seharian (Draf Dasar KSSR Matematik). Topik yang dipelajari iailah :

1. Nombor dan Operasi

2. Sukatan dan Geometri

3. Perkaitan dan Algebra

4. Statistik dan Kebarangkalian

Murid perlu bertindak secara aktif, berinteraksi, menguasai kemahiran belajar melalui

pengalaman sendiri dan dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajari dengan kehidupan

seharian. Dasar KSSR ini baru dimulakan dan hasilkan masih lagi dinantikan. Apa yang kita

harapkan ianya dapat memenuhi hasrat kerajaan dan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan.

KESIMPULAN

Secara keseluruhanya , kita dapat lihat bahawa perkembangan kurikulum pedidikan

matematik di Malaysia sentiasa berubah bertujuan untuk menambahbaikan dan mengatasi

kelemahan kekurangann serta memastikan ianya menjadi yang terbaik dan paling sesuai

untuk murid-murid berdasarkan Falsafah Pendiikan Kebangsaan. Apa yang pasti kerajaan

inginkan murid-murid yang dilahirkan melalui sistem pendidikan di Negara kita ini merupakan

murid yang seimbang.

Secara ringkasnya perkembangan kurikulum matematik boleh dilihat dengan lebih

jelas lagi pada carta aliran di bawah ini.

7

Page 8: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

PERKEMBANGAN KURIKULUM MATEMATIK DI MALAYSIA

8

KURIKULUM MATEMATIK

Matematik diajar secara tidak formal sebagai Ilmu Hisab

KBSR (1983)Matematik diajar mengikut

tahap dan menekankan kemahiran asas serta

aplikasi

KBSR (1993)Menggalakkan murid membina

konsep dan menguasai kemahiran asas mengira serta

mengaplikasikannya

PPSMI (2003)Metematik diajar dalam

Bahasa Inggeris

KSSR (2011)Tahap 1 – membina pengetahuan, kemahiran

asas dan aplikasiTahap 2 – penggunaan lebih kompleks dan

mengaitkan dengan kehidupan seharian

SEMAKAN (1998)Memenuhi keperluan Sekolah Bestari (IT)

Carta aliran perkembangan kurikulum Matematik di Malaysia

Page 9: Perkembangan Matematik Di Malaysia

Kurikulum Matematik (MTE3102)PPG/ 2011

BIBLIOGRAFI

1. Kementerian Pendidikan Malaysia. (1996). Kurikulum Bersepadu Sekolah

Rendah : Huraian Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 6. Kuala Lumpur :

Pusat Perkembangan Kurikulum.

2. Kementerian Pendidikan Malaysia. (2010). Kurikulum Standard Sekolah

Rendah : Huraian sukatan Pelajaran Matematik Tahun 1. Kuala Lumpur : Pusat

Perkembangan Kurikulum.

3. Mok Soon Sang. (1986). Pengajaran dan Pembelajaran Matematik untuk

peringkat sekolah rendah. Kuala Lumpur : Heinemann (Malaysia) Sdn. Bhd.

4. Mok Soon Sang. (1994) Siri Pendidikan Perguruan-Matematik KBSR dan

Starategi Pengajaran. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

5. Mok Soon Sang. (2001). Pengajian Matematik Untuk Diploma Perguruan.

Selangor : Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

6. Mok Soon Sang. (2006). Nota Ulangkaji dan Latihan P.T.K. Ed. ke 5.

Selangor : Multimedia-Es Resources Sdn. Bhd.

7. Nik Azis Nik Pa. (1995). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala

Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

9