perkembangan inteliktual

33
SEJARAH DUNIA (1500-1955) tema3:KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN TAJUK:PERKEMBANGAN INTELEKTUAL SUBTAJUK:PERKEMBANGAN ILMU DI PERANCIS Tajuk soalan: Idea Dan Sumbangan Kepada Peradaban a)CHARLES LOUIS MONTESQUIEU b)JEAN JACQUES ROUSSEAU DISEDIAKAN OLEH:SALMIAH MOHD

Upload: suziana15

Post on 18-Aug-2015

60 views

Category:

Education


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: perkembangan inteliktual

SEJARAH DUNIA (1500-1955)

tema3:KEMAJUAN DAN PEMBANGUNAN

TAJUK:PERKEMBANGAN INTELEKTUAL

SUBTAJUK:PERKEMBANGAN ILMU DI PERANCIS

Tajuk soalan: Idea Dan Sumbangan Kepada Peradaban

a)CHARLES LOUIS MONTESQUIEU

b)JEAN JACQUES ROUSSEAU

DISEDIAKAN OLEH:SALMIAH MOHD

Page 2: perkembangan inteliktual

PENGENALAN

Zaman Pencerahan (enlinghtenmen)(1650-1800)adalah satu gerakan intelektual yang berlaku di Eropah selepas Renaisans dan Reformasi.

Enlightenment bererti zaman Kesedaran iaitu Semangat kepercayaan dan pegangan manusia adalah kritikal dan berasaskan sebabnya dan kaedah saintifik

Zaman ini mewakili suatu gerakan menuju kepada masyarakat yang lebih terbuka,mengarah untuk kebahgiaan individu,perlembagaan,toleransi,fikiran yang tidak dikongkong oleh masyarakat yang berdasarkan undang-undang

Antara ahli-ahli falsafah yang berpengaruh iaitu CHARLES LOUIS MONTESQUIE(1689-1755) dan JEAN JACQUES ROUSSEAU(1712-1778)

Page 3: perkembangan inteliktual

a)i.Latar belakang CHARLES LOUIS MONTESQUIEU

Charles Louis Montesquieu,dilahirkan di Chateau De La Brede,barat daya Perancis pada 18 JANUARI 1689.

Ayahnya,Jacques De Secondat merupakan seorang tentera.

Ibunya Marie Francoise De Pesnel,seorang warak dan kaya namun meninggal dunia ketika Montesquieu berumur 7 tahun.

Beliau bersekolah di CATHOLIC COLLEGE OF JUILLY,melanjutkan pelajaran di fakulti undang-undang.

Beliau mendapat kelulusan dalam undang-undang dari Universiti Bordeaux dan bejaya menjadi peguam pada (1708).

Page 4: perkembangan inteliktual

Pada tahun 1715,ketika berusia 26 tahun Beliau mengahwini Jeanne De Lartigue yang kaya raya.

Beliau merupakan tokoh pemikir politik Perancis dan banyak memberi sumbangan dan idea semasa Zaman Pencerahan.

Pada tahun 1716,Montesquieu mewarisi kekayaan dan gelaran MONTESQUIEU apabila bapa saudaranya meninggal dunia.

Beliau juga mewarisi jawatan PRESIDENT A’ MORTIER di Parlimen Bordeaux.

Page 5: perkembangan inteliktual

Pada usianya 27 tahun,Montesquieu mempunyai kedudukan yang baik dan menjalankan tanggungjawabnya sebagai Pengamal undang-undang dan mendalami bidang sains seperti geologi,biologi,dan fizik.

Idea beliau melalui buku yang terkenal ialah SPIRIT OF THE LAWS yang di terbitkan pada tahun 1748 telah membawa perubahan yang besar kepada lanskap politik dunia pada abad ke -16.

Karya lain ialah THE CONSIDERATORS ON THE CAUSES OF THE GRANDEUR AND DECADENCE OF THE ROMANS (1734) DAN LETTERS PERSANES(1721)

Page 6: perkembangan inteliktual

CHARLES LOUIS MONSTESQUIEU

Page 7: perkembangan inteliktual

a)ii.Sumbangan Charles Louis

KARYA THE SPIRIT OF LAWS,

• mengetengahkan 2 idea utama iaitu,pertama bentuk kerajaan yang berbeza-beza mengikut iklim dan keadaan.Contohnya,pemerintahan ,mutlak sesuai untuk empayar yang besar,manakal demokrasi hanya berfungsi dalam negara kota kecil.

• Doktrin yang kedua ialah menentang pemerintahan mutlak di Perancis iaitu pembahagian dan imbangan kuasa.Menurut beliau pemerintahan mutlak menyekat kebebasan hak asasi rakyat.

• Doktrin yang terkenal ialah Doktrin Pembahagian Kuasa.Menurut beliau kuasa perlu dibahagikan antara badan –badan perantaraan seperti parlimen,astet-estet provinsi,bangsawan,bandar dan gereja.

• Mengikut Montesquieu,harus ada pemisahan antara pembentuk undang-undang,perundagan,pelaksanankeputusan perwakilan rakyat atau kabinet,dan kehakiman.

• Apabila ketiga-tiga badan ini menjalankan tugas secara berasingan,maka rakyat akan memiliki kebebasan.

• Doktrinnya mempunyai pengaruh dalam penggubalan Perlembagaan Amerika Syarikat pada tahun 1787

Page 8: perkembangan inteliktual

KARYA LETTRES PERSANES(1721)mengisahkan,

Dua orang PERSIA yang bernama USBEK dan RICA yang mengembara ke PERANCIS.

merupakan sejenis satira yang membawa pelbagai tema.

Salah satu tema yang dibawa ialah KEHIDUPAN YANG DILALUI OLEH ISTERI LELAKI YANG BERNAMA USBEK.

Karya ini menceritakan cara wanita dikawal oleh suami mereka semasa ketiadaan mereka.

Sida akan mengawal dan bertanggungjawab terhadap wanita ini sehingga dibenarkan memmbunuh jika perlu.

Dengan kata lain,melalui surat-surat ini,Montesquieu menceritakan tentang Harem,iaitu cara wanita di Persia hidup.

Page 9: perkembangan inteliktual

.

Selain itu,kedua-dua pengembara ini,memerhatikan masyarakat Perancis dan perspektif mereka sebagai orang luar di garap dalam karya ini.

Tema yang dipaparkan ialah Kemerosotan moral di penghujung zaman pemerintahan Raja Louis XIV dan Raja louis XV.

Sebagai contoh,watak Rica menceritakan bahawa Raja Perancis lebih kaya daripada Raja Sepanyol.

Montesquieu menggunakan karya ini,untuk mengkritik masyarakat Perancis.

Montequieu juga memberikan gambaran tentang adat budaya masyarakat Persia dan perbandingan agama.

Page 10: perkembangan inteliktual

Karya The Considerations on the Cause of the Grandeur and Decadence of the Romans (1734) memaparkan:

kebangkitan,kegemilangan,dan kejatuhan kerajaan ROM.

Montesquieu menyelidiki sebab-sebab dan latar belakang serta kehancuran kerajaan ROM.

Montesquieu menyatakan bahawa untuk memahami kegemilangan dan kehancuran sesebuah empayar,seseorang harus memahami masyarakatnya.

Selain itu,kesetiaan tentera kepada pemimpin dan bukan kepada negara.

Penganugerahan kewarganegaraan kepada warga asing yang kurang setia dan tidak cintakan kebebasan kepada negara menjadi faktor kejatuhan

Page 11: perkembangan inteliktual

Kesan perluasan kuasa turut membawa pertambahan kepada harta yang menyumbang kepada keruntuhan moral kerana tamak kepada harta rampasan perang.

Kesannya, perubahan struktur masyarkat dan kemerosotan moral ini telah menyumbang kepada kejatuhan ROM.

Montesquieu telah menunjukkan cara beliau menginterpretasikan sebab-sebab tersirat dari segi sosial dan moral bagi kejatuhan kerajaan ROM.

Beliau digelar sebagai ahli sosiologi yang pertama kerana sumbangannya dalam mengkaji kesan dan akibat sosial dan fenomena persekitaran terhadap tingkah laku manusia.

Page 12: perkembangan inteliktual
Page 13: perkembangan inteliktual
Page 14: perkembangan inteliktual
Page 15: perkembangan inteliktual

b)ii.Latar belakang JEAN-JACQUES ROUSSEAU

JEAN JACQUES di lahirkan di Geneva pada tahun 1712.

Beliau berketurunan Swiss,Prtestan, dari kelas bawahan.

Beliau menjadi penulis ketika berusia 40 tahun.

Rousseau ialah penulis paling berpengaruh pada zaman berkenaan.

Beliau merupakan anak kepada pasangan Isaac Rousseau dan Suzanne Bernard.

Ibunya meningal dunia selepas beberapa hari melahirkannya.

Page 16: perkembangan inteliktual

Beliau dibesarkan oleh ayahnya,seorang tukang jam.

Beliau mempelajari sastera purba Greek dan Rom.

ketika usianya menjangkau sepuluh tahun ayahnya telah diusir dan terpaksa meninggalkan GENEVA.

Maka,hiduplah Rousseau bersama bapa saudara yang menghantarnya belajar di sebuah tempat bernama BOSEY.

Pada tahun 1725,Beliau belajar menjadi seorang pengukir.

Rousseau meningalkan GENEVA pada tahun 1728 ketika umurnya enam belas tahun disebabkan majikannya seorang yang kejam dan ganas.

Page 17: perkembangan inteliktual

Sejak itu Beliau membuat pelbagai pekerjaan seperti menjadi setiausaha, mengajar, dan bekerja dalam bidang muzik mencari rezeki.

1742,Beliau ke PARIS dan menjadi seorang ahli muzik dan komposer.

1745,Beliau kembali ke GENEVA dan berkawan dengan ahli falsafah CONDILLAC dan DIDEROT.

Operanya yang bertajuk LE DEVIN DU VILLAGE telah menjadikan Rousseau sangat terkenal dan menyebabkannya diterima dan dihargai.

Page 18: perkembangan inteliktual

Jean Jacques rousseau

Page 19: perkembangan inteliktual

b) Sumbangan JEAN JACQUES ROUSSEAU

Karya “DISCOURSE ON THE ARTS AND SCIENCES”

• Hasil karya muzik untuk Diderot dan D’Alemberts.

• Diterbitkan pada tahun 1750.

• Merupakan responnya kepada pertandingan esei Akademik Dijon yg menjawab soalan “Adakah sains dan seni memainkan peranan dalam peningkatan moral?”

• Telah memenangi anugerah akademik dan menjadikannya terkenal.

• Hasil kerjanya telah di baca dengan luas dan mencetuskan kontroversi.

Page 20: perkembangan inteliktual

• Rousseau berpendapat bahawa kemajuan dalam seni dan sains tidak menyumbang kepada pemurniaan moral individu,sosial,dan tahap politik.

• Rousseau menunjukkan bagaimana masyarakat yang maju berkembang dari segi seni dan sains mengalami kemerosotan dari segi moral dan nilai-niali murni.

• Beliau juga mendakwa bahawa MESIR PURBA mula runtuh setelah falsafah dan seni berkembang maju.

• Menurut Beliau perkara ini turut berlaku kepada GREEK PURBA yang mengalami nasib yang sama.

• Walaupun asalnya GREEK PURBA sangat mementingkan nilai keberanian tetapi apabila sains dan seni mula berkembang masyarakatnya menjadi masyarakat yang berasaskan kemewahan dan keseronokan.

Page 21: perkembangan inteliktual

• Beliau menyokong SPARTA yang mengetepikan artis dan para saintis.

• Rousseau juga mengiktiraf SOCRATES sebagai seorang yang bijak kerana menyedari kebinasaan yang disebabkan oleh seni dan sains.

• Sebagai contoh,geometri lahir daripada kerakusan, fizik daripada rasa ingin tahu yang sia-sia, dan falsafah moral daripada rasa bangga.

• Rousseau terus menyerang sains dengan mengutarakan bagaimana sains tidak menyumbang kepada nilai moral.

• Menurut Beliau, sains menjadikan hidup lebih mudah dan menyeronokkan tetapi bukan bertambah baik dari segi moral.

Page 22: perkembangan inteliktual

• walau bagaimanapun,Beliau menyokong pemikir yang dianggap bijak seperti BACON, DESCARTES dan NEWTON.

• Beliau juga mahu majoriti rakyat memberi perhatian kepada memperbaiki tingkah laku dan akhlak berbanding memajukan seni dan sains.

Page 23: perkembangan inteliktual

Karya DISCOURSE ON THE ORIGIN OF INEQUALITY

• Didedikasihkan oleh Rousseau kepada REPUBLIK GENEVA.

• Rousseau cuba menjelaskan sifat manusia secara semula jadi tanpa kualiti-kualiti yang telah terbina akibat sosialisasi,iaitu memahami manusia dalam keadaan alam semula jadi tulen.

• Ini adalah bertentangan dengan pendapat pada zaman itu terutama pendapat ARISTOTLE yang menyatakan bahawa keadaan masyarakat sivil itu keadaan semula jadi manusia.

• Gambaran Rousseau tentang manusia dalam keadaan semula jadi adalah berbeza dengan pendapat pada zamannya.

Page 24: perkembangan inteliktual

Karya Discourse on the Origin of Inequality dikatakan salah satu dokumen yang paling REVOLUSIONER pada abad ke 18 di Eropah.

Karya ini menunjukkan bagaimana perkembangan tamadun merosakkan kebahagiaan semula jadi dan kebebasan manusia dengan mencipta ketidaksamaan tiruan dalam kekayaan,kuasa dan keistimewaan sosial.

Bahawa manusia primitif adalah bebas,tetapi apabila masyarakat menjadi lebih moden,ahli-ahli yang kuat dan paling pintar dalam masyarakat memperolehi kelebihan yang tidak semula jadi ke atas saudara-saudara mereka yang lemah.

Perlembagaan yang digubal untuk membetulkan ketidakseimbangan ini melalui keamanan dan keadilan sebenarnya tidak melakukan apa-apa tetapi mengekalkan perkara ini.

Page 25: perkembangan inteliktual

THE SOCIAL CONTRACT (1762) pula merupakan karya ROUSSEAU berkaitan teori politik. Dalam karya ini

beliau menyatakan bahawa,

Walaupun manusia dilahirkan bebas tetapi sentiasa terikat di mana-mana,ini kerana manusia dicemarkan atau dirosakkan oleh masyarakat.

Beliau menekankan bahawa wujudnya satu kehendak bersama yang membawa kepada kebaikan umum yang dikehendaki oleh setiap individu.

Beliau berpendapat bahawa ini adalah sejenis kontrak sosial semula jadi di mana jika kepentingan peribadi bertembung dengan kepentingan umum mesti diutamakan.

Ia adalah satu konsep yang kerap dilihat dalam sejarah pemikiran liberal.

Page 26: perkembangan inteliktual

Beliau menekankan idea ini dari pendapat yang menyatakan bahawa kontrak sosial adalah satu perkara yang semula jadi dan seseorang individu itu lebih mengetahui tentang apa yang terbaik untuk dirinya.

Rousseau juga berpendapat bahawa pendidikan adalah mencukupi untuk membataskan tingkah laku manusia supaya sentiasa berada pada landasan yang betul.

Beliau juga menyatakan bahawa kebebasan untuk menentukan masa depan sendiri adalah kehendak setiap negara.

Nyata sekali,idea Rousseau ini adalah bertentangan dengan sistem politik di PERANCIS pada masa itu.

Page 27: perkembangan inteliktual

Idea-idea Rousseau ini telah menjadi elemen utama di dalam pengisytiharan Perhimpunan Kebangsaan Revolusi Perancis.

Ia juga digunakan oleh pemikir-pemikir Amerika seperti Benjamin Franklin dan Thomas Jefferson dalam karya-karya mereka.

Menurut Rousseau,perpaduan sesebuah negara itu datang dari persetujuan bersama yang dikenali sebagai “Kehendak Kebangsaan”.

Perpaduan ini membolehkan sesebuah negara itu wujud tanpa terikat kepada sistem sosial yang wujud sebelum ini seperti Aristokrasi.

Menurut Rousseau, cara hidup seperti ini boleh menghasilkan kebebasan dan kesamarataan serta mewujudkan persaudaraan.

Ini adalah kerana kewujudan perjanjian secara rela menjadi asas kepada pembinaan kerajaan dan undang-undang yang adil.

Page 28: perkembangan inteliktual

Rousseau menjadi terkenal dalam bidang pendidikan kerana Teori Naturalisme yang diperkenalkannya melalui buku yang bertajuk “EMILE”.

Dalam buku “Emile” yang diterbitkan pada tahun 1762, Rousseau mengusulkan satu jenis pendidikan baharu.

Menurutnya kanak-kanak harus dibiarkan mengikut kecenderungan masing-masing.

Dan tidak boleh dipaksa menghadapi pelajaran yang mereka tidak gemari.

Falsafah Rousseau menekankan empat perkara,iaitu Kebebasan ,Perkembangan, Minat, dan aktiviti.

Page 29: perkembangan inteliktual
Page 30: perkembangan inteliktual
Page 31: perkembangan inteliktual
Page 32: perkembangan inteliktual

KESIMPULAN

• Charles Louis Montesquieu dan Jean Jacques Rousseau telah memberikan banyak sumbangan idea berharga bagi melahirkan masyarakat Eropah yang lebih terbuka dari segi politik,ekonomi,dan sosial dalam peradaban dunia pada hari ini.Mereka juga mengasaskan dan mengembangkan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang yang menjadi asas kepada peningkatan dan pemantapan peradaban manusia.

Page 33: perkembangan inteliktual

SEKIAN TERIMA

KASIH !