perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

19
ISI KANDUNGAN 1.0 Penghargaan 2 1.1 Perkara Membatalkan Iman dan Cara Mengatasinya 3 2.0 Pengertian Islam dan Iman 3 2.1 Apa Itu Islam 4 2.2 Apa itu iman 4 3.0 Keperluan Iman Dalam Kehidupan 5 4.0 Perkara Membatalkan Iman 6 4.1 Syirik 6 4.2 Kufur 7 4.3 Murtad (Riddah) 8 4.4 Kurafat 9 4.5 Sihir 10 4.6 Nifaq 10 5.0 Cara Mengatasi Perkara Yang Membatalkan Iman 6.0 Bibliografi 14 1

Upload: kamariah-sahalihudin

Post on 14-Dec-2014

1.012 views

Category:

Education


23 download

DESCRIPTION

perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

TRANSCRIPT

Page 1: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

ISI KANDUNGAN

1.0 Penghargaan 2

1.1 Perkara Membatalkan Iman dan Cara Mengatasinya 3

2.0 Pengertian Islam dan Iman 3

2.1 Apa Itu Islam 4

2.2 Apa itu iman 4

3.0 Keperluan Iman Dalam Kehidupan 5

4.0 Perkara Membatalkan Iman 6

4.1 Syirik 6

4.2 Kufur 7

4.3 Murtad (Riddah) 8

4.4 Kurafat 9

4.5 Sihir 10

4.6 Nifaq 10

5.0 Cara Mengatasi Perkara Yang Membatalkan Iman

6.0 Bibliografi 14

1

Page 2: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya maka

dapatlah saya melaksanakan tugasan kerja kursus Pendidikan Islam PIK2102W

ini. Dalam kesempatan ini, saya ingin meluahkan rasa amat berterima kasih

kepada pensyarah mata pelajaran kami iaitu Dr Zanariah Binti Aiyub kerana dengan

berkat pertolongan yang beliau salurkan,maka boleh sudah kami menyiapkan kerja ini

dalam masa yang diperuntukkan.

Selain mencurah ilmu yang bermanfaat,beliau juga telah menegur tatacara dan

kesalahan-kesalahan yang wujud dalam kerja kursus kami ini.Beliau juga tidak rasa

jemu untuk terus membantu kami.Justeru, memastikan kerja kursus ini siap dalam

keadaan baik dan teratur.

Kami juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat

sekelas mahupun rakan-rakan daripada kelas lain yang banyak membantu

menyelesaikan masalah tatkala kami tidak mengetahuinya.Tidak lupa juga kepada ibu

bapa yang di rumah sentiasa berdoa untuk anaknya agar berjaya dalam pengajian

mereka.Seperti dalam Al-Quran ada menyebutkan dimana jika kamu tidak mengetahui

sesuatu,maka pergi kepada orang yang mengetahuinya daripada kamu.Pepatah

melayu juga mengatakan malu bertanya sesat jalan.Jadi, jasa baik tuan puan tidak

berdayalah kami hendak membalasnya.

Akhir kata,kami ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada yang telah

membantu dan juga kepada yang terlepas pandang.Jutaan kemaafan dipohon agar

tiada rasa sakit hati menular dalam diri kita dan jika ada salah silap kami sepanjang

proses menyiapkan kerja kursus ini, harap diampun.

2

Page 3: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

Sekian,terima kasih.

PERKARA-PERKARA MEMBATALKAN IMAN DAN CARA MENGATASINYA

Pengertian islam dan iman dan asasnya sangat penting bagi semua umat islam dan

juga bagi seorang pendakwah kerana ramai di kalangan orang islam yang islamnya

tidak sempurna dan apabila islamnya tidak sempurna maka begitulah juga imannya

sehingga ramai orang islam yang tidak melaksanakan sembahyang, tidak

melaksanakan amalan puasa,tidak melaksanakan amalan zakat tetapi ia mengatakan

dirinya islam.

Kebanyakkan orang islam mengatakan dirinya islam walhal hakikatnya mereka tidak

tahu hakikat islam yang sebenar. Hal ini seperti yang terkandung di dalam Surah Al-

Baqarah dalam ayat 208

Maksudnya : “Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara

keseluruhannya"

PENGERTIAN ISLAM DAN IMAN

APA ITU ISLAM

“Islam itu ialah kembali atau penyerahan kepada Allah dengan bertauhid dengan

menyelamatkan diri dengan menyerahkan ketaatan kepadaNya, membersihkan diri dari

mensyirikkan, menjauhkan diri dari perkara bidaah”

Semua orang ingin mengembalikan dirinya kepada Allah swt, orang yahudi

menyerahkan dirinya kepada Allah swt tapi mereka tidak mentauhidkan Allah kerana

selain mereka menyerahkan diri kepada Allah swt mereka juga menyerahkan diri

3

Page 4: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

kepada berhala. Begitu juga kaum Nasara, mereka menyerahkan diri kepada Allah

tetapi mereka juga menyerahkan diri kepada Isa dan Maryam. Adapun orang Majusi

selain menyerahkan diri kepada Allah, mereka juga menyerahkan diri kepada patung-

patung yang mereka sembah ataupun apa yang ada di permukaan bumi yang mereka

rasa ada kebesarannya. Perbuatan ini adalah “syirik akbar”.

Jadi bagi orang yang beriman, apabila ia mengatakan islam, bermakna dia serahkan

diri kepada Allah swt dengan tauhid dan tidak menyembah selain dariNya kemudian

menyelamatkan diri dengan menyerahkan ketaatan kepadaNya, yakni melakukan

semua suruhanNya dan memenuhi semua kewajibanNya. Selain itu islam juga

membersihkan diri dari kesyirikan.

APA ITU IMAN

Dalam sahih muslim kitab yang terawal adalah

Iman didefinisikan dari aspek bahasa sebagai percaya, mengakui dan

membenarkan manakala pengertian iman dari aspek istilah menurut ulama’ Ahli

Sunnah wal Jammah (ASWJ) pula adalah mengakui serta beri’tikad di dalam hati

bahawa tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad saw itu

pesuruh Allah, berikrar dengan lidah iaitu bersyahadah dan membuktikan apa yang

ditasdikkan dengan amalan anggota badan dengan melaksanakan semua perintah

Allah dan meninggalkan semua larangannya.

Allah berfirman di dalam Surah Al-Anfal, ayat ke-2 :

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya)

ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati

4

Page 5: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka

bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah.

KEPERLUAN IMAN DALAM KEHIDUPAN

Dalam dunia yang amat mencabar sekarang ini, aqidah umat Islam perlu dijaga

agar tidak terpesong sama ada secara sedar atau tidak. Aqidah tauhid adalah

pegangan umat Islam. Oleh itu, penerimaan amalan manusia di sisi Allah SWT adalah

bergantung kepada keikhlasan mentauhidkan Allah SWT. Sesungguhnya kemurnian

dan ketahanan iman seseorang Muslim bergantung kepada keyakinan dan keikhlasan

mematuhi dan mengamalkan atau melaksanakan ajaran yang terkandung di dalam Al-

Quran dan Sunnah Rasulullah SAW dalam segala aspek kehidupan. Seandainya

seseorang muslim itu mengingkari dari ajaran Al-Quran dan Sunnah, akan

menyebabkan iman rosak dan binasa

Sikap orang mukmin yang sejati itu, apabila Allah Taala mendatangkan hukum

hakam dan peraturan hidup, dia tidak memilih mana yang sesuai mengikut kehendak

nafsunya dan menolak mana yang bertentangan dengan kehendak nafsunya. Orang

mukmin yang sejati tidak menyoal dan mempertikaikan hukum Allah dan bersikap lurus

dalam melaksanakan hukum Allah atau dalam meninggalkan larangan-Nya walau pun

apa yang terjadi. Dia akan terus melaksanakan perintah Allah tanpa ragu oleh kerana

jiwa tauhidnya berakar umbi di dalam hati. Dia patuh dan akan memberikan perhatian

yang sepenuhnya terhadap segala perintah Allah.

5

Page 6: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Sebagaimana pembentukan iman dibentuk melalui hati, lidah dan anggota, maka

begitu juga cara iman boleh terbatal iaitu melalui niat (hati), lafaz (lidah) dan melakukan

perbuatan yang secara terang-terangan bertentangan dengan syariat Islam (anggota).

Enam perkara yang boleh membatalkan iman seseorang adalah Syirik, Kufur,

Murtad (Riddah), Khurafat, Sihir dan Nifaq. Kupasan enam perkara yang membatalkan

iman ini adalah seperti berikut :

1. Syirik

Maksud syirik adalah menyekutukan Allah dengan sesuatu pada zat,sifatnya

dan af’al (perbuatan). Contoh perbuatan syirik adalah seperti menyembah patung,

mempercayai batu boleh mengubah nasib seseorang, memakai tangkal azimat,

menyatakan Nabi Isa itu anak Allah, Allah itu al-Masih/Tiga dan sebagainya

Syirik terbahagi kepada dua kategori iaitu syirik jali (perbuatan syirik secara

terang-terangan) dan syirik khofi (perbuatan syirik yang tersembunyi.

Syirik Jali iaitu syirik yang dapat dilihat secara terang-terangan boleh berlaku

sama ada secara lisan atau perbuatan. Contoh syirik jail melalui perbuatan adalah

menyembah atau sujud kepada berhala, memohon keramat di tanah perkuburan,

memakai tangkal, dan meminta bantuan daripada bomoh yang mengamalkan ilmu

ghaib untuk berubat dengan bantuan jin. Mengaku bahawa Nabi Isa itu anak Allah

pula adalah contoh syirik jail melalui lisan.

6

Page 7: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

Syirik Khafi pula adalah syirik tersembunyi iaitu tidak meletakkan Allah sebagai

yang mutlak dalam niat terutama dalam ibadat. Syirik Khafi berlaku melalui hati dan

tidak dapat ditentukan atau disabitkan kesyirikannya oleh manusia kerana manusia

tidak dapat menyelidiki atau mengetahui niat yang hadir dalam hati seseorang.

Contoh syirik khafi adalah riak(menunjuk-nunjuk bakat atau kehebatan dan

kelebihan diri), ujub (mengagumi diri sendiri) serta takabbur (bangga diri). Melalui

contoh-contoh yang diberikan ini, jelas bahawa hanya Allah, pemilik hati atau diri

individu itu sendiri yang mengetahui sama ada dia telah melakukan syirik secara

sembunyi atau tidak. Justeru, kita sebagai umat islam perlu sentiasa bermuhasabah

dan berdoa agar terhindar daripada segala penyakit hati yang menyebabkan kita

menghapiri perbuatan syirik.

Walau bagaimanapun, syirik khafi tidak membatalkan iman. Hal ini

demikian kerana, pelaku syirik khafi mungkin melakukan perbuatan syirik itu atas

faktor kejahilan diri, lemahnya iman dan dorongan akibat terlalu mengikut hawa

nafsu. Pelaku syirik khafi tidak dengan sengaja melakukan sesuatu perbuatan yang

secara jelas menduakan Allah. Dalam Surah Luqman ayat 13 Allah swt berfirman :

"Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, di waktu ia memberi

pelajaran kepadanya: "Hai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah,

Sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang

besar".

2. Kufur

Maksud kufur adalah tidak percaya kepada Allah swt dan menolak ajaran yang

dibawa oleh Nabi Muhammad saw. Gelaran bagi golongan yang tidak mempercayai

Allah dan ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw adalah kafir/kufur.

Menjadi kafir/kufur secara automatiknya membatalkan iman seseorang. Lawan

kepada kufur adalah syukur.

7

Page 8: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

Dua kategori kufur adalah kufur hakikat dan kufur nikmat. Kufur hakikat

secara istilahnya adalah perbuatan ingkar atau menafikan rukun iman dan

menolak syariat yang dibawa oleh Rasulullah saw. Kufur hakikat adalah perkara

yang boleh membatalkan iman seseorang. Contoh perbutan kufur hakikat melalui

perbuatan dan lisan seperti tidak mengakui balasan di akhirat, menolak hukum

yg terdapat dlm al-Quran, menyatakan solat fardhu merugikan masa,

menyatakan puasa Ramadhan melemahkan ekonomi negara dan syarikat dan

sebagainya.

Kufur nikmat pula adalah perbuatan tidak bersyukur atau menghargai

nikmat yang Allah kurniakan kepadanya iaitu mengingkari Khaliq/Allah sebagai

pemberi nikmat kepada manusia . Contoh perbuatan kufur nikmat adalah

menggunakan nikmat Allah ke jalan maksiat, enggan mengeluarkan

zakat/sedekah, boros membelanjakan harta. Melakukan perbuatan yang

menunjukkan kufur nkmat ini hukumnya berdosa besar.

3. Murtad (Riddah)

Murtad atau istilah bahasa arabnya riddah adalah berpaling atau keluar

dari agama Islam melalui perkataan, niat atau perbuatan. Murtad boleh

membatalkan iman dan berdosa besar. Adalah amat tidak wajar bagi seseorang

yang telah diberi petunjuk atau cahaya di dalam hidupnya iaitu dengan

mengenali Islam untuk berpaling dari Islam

Murtad boleh berlaku melalui niat/iktikad iaitu apabila berniat hendak

meninggalkan agama Islam (secara bersungguh-sungguh atau main-main utk

keluar dari agam Islam). Selain itu, murtad juga boleh berlaku melalui lisan atau

perkataan yang diucapkan seseorang seperti perbuatan mengisytiharkan dirinya

keluar dari agama Islam dengan mengatakan saya bukan beragama Islam

8

Page 9: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

sedangkan dia seorang muslim, mempersendakan agama Islam dan menghina

al-quran

Terjadinya murtad melalui perbuatan adalah apabila seseorang itu

menganut agama selain daripada agama Islam atau keluar dari Islam serta

membesarkan dan berbangga dengan agama lain.

Seharusnya, kita meyakini bahawa Islam adalah agama yang tertinggi

dan tiada agama lain yang lebih tinggi melainkan Islam. Berbanggalah menjadi

seorang muslim yang beragama Islam kerana agama yang diterima di sisi Allah

hanyalah Islam

4. Khurafat

Kepercayan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan

dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep

tauhid dan syariat Islam adalah definisi bagi khurafat. Khurafat juga dikaitkan

dengan perbuatan tahyul iaitu meminta pertolongan atau bantuan dan memohon

hajat kepada sesuatu makhluk dan bukannya pada Allah.

Contoh perbuatan khurafat termasuklah mempercayai azimat yang boleh

menahan sesuatu bahaya kepada seseorang, mempercayai binatang seperti

burung boleh membawa tuah atau sial, membuang ancak bagi menghalau hantu,

Mengunjungi kubur yang dianggap karamah utk meminta sesuatu hajat,

perbuatan memuja pantai demi memohon sesuatu hajat, menepung tawar dan

menabur beras ketika majlis persandingan pengantin agar pasangan pengantin

dikurniakan kebahagiaan sepanjang usia perkahwinan mereka.

Kesemua penerangan dan contoh yang diberikan adalah perbuatan yang

sering berlaku di dalam masyarakat. Lebih memburukkan keadaan apabila

9

Page 10: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

masyarakat lebih mudah teriku-ikut dengan perbuatan atau adat daripada agama

lain berbanding ajaran islam yang sebenar yang secara disedari atau tidak

disedari telah menjerumuskan diri melakukan perbuatan khurafat. Seharusnya

kita sebagai makhluk dan hamba Allah hanya mengharapkan dan memohon

sesuatu hajat atau keperluan kepada Allah semata-mata.

5. Sihir

Sihir merupakan ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui

pertolongan makhluk halus, dengan bantuan syaitan/jin bertujuan memudaratkan

atau mengelirukan manusia. Sihir juga dikenali sebagai ilmu hitam dan dituntut

dalam tempoh yang lama. Umat islam dilarang sama sekali untuk mempelajari

ilmu sihir yang menggunakan perantaraan syaitan.

Contoh perbuatan sihir seperti santau, pukau, menggunakan darah haid wanita

sebagai dakwat untuk menulis ayat al-Quran secara terbalik, menggunakan bayi

sebagai alat perubatan dan lain-lain.

6. Nifaq

Nifaq adalah berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap

kufur kepada Allah swt.

Gelaran bagi mereka yang melakukan perbuatan atau perlakuan nifaq adalah

munafiq. Ciri-ciri atau perbuatan seseorang yang nifaq atau munafiq adalah

seperti berbicara yang delaputi dusta semata, khianat apabila diamanahkan,

memungkiri janji, melampaui batas jika bertengkar, menggalakkan berlakunya

kemungkaran.

10

Page 11: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

CARA MENGATASI PERKARA YANG MEMBATALKAN IMAN

Setelah mengetahui enam perkara utama yang menjurus kepada

terbatalnya iman seseorang, tugas kita menjadi lebih besar dan berat lagi kini

iaitu perlu bersama-sama mengikhtiarkan atau mencari idea bagaimana untuk

mengatasi perkara-perkara yang membatalkan iman tersebut.

Menjadi muslim dan mukmin, kita juga harus menyedari bahawa hanya

dengan menyampaikan dakwah atau seruan islam yang benar, kita dapat

mengajak masyarakat untuk mengamalkan islam sebenar yang disampaikan

oleh rasulullah saw dan para nabi. Dan tanggungjawab yang berat ini tidak

hanya boleh disandarka kepada golongan tertentu seperti para ustaz dan

ustazah sahaja. Sebaliknya, semua umat islam sebagai umat terbaik yang

diciptakan allah perlu berganding bahu menyampaikan risalah islam ini ke

seluruh pelusuk dunia sebagaimana firman allah di dalam surah ali-imran, ayat

110

Secara umumnya, untuk mengatasi perkara-perkara yang membatalkan

iman ini, kita haruslah memulakan dengan pengukuhan institusi pendidikan

(tarbiyah) iaitu dengan memberi pendidikan islam secara meluas kepada

golongan masyarakat tanpa mengira peringkat umur. Pendidikan yang

dimaksudkan perlu berjalan secara formal iaitu melalui kelas-kelas pengajian

atau tidak formal melalui aktiviti atau program yang membincangkan isu dan

permasalahan masyarakat. Peranan mendidik ini perlu dipikul oleh badan-badan

kerajaan, badan bukan kerajaan, institusi pendidikan dan ahli masyarakat yang

berkelayakan dan berkemampuan.

11

Page 12: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

Selain itu, dalam usaha mendidik masyarakat, perlu juga diterapkan unsur

ketegasan yang bersifat denda atau hukuman atas kesalahan yang dilakukan.

Hal ini demikian kerana, manusia sentiasa diulit oleh hawa nafsu yang agak

sukar dikawal dengan pendekatan yang lembut. Justeru, dengan adanya

hukuman tegas seperti penguatkuasaan undang-undang yang melarang

perbuatan syirik, khurafat, murtad dan lain-lain dibentuk, sedikit sebanyak

manusia dapat mendidik hawa nafsu yang sentiasa berusaha merajai hati untuk

menjadi semakin tunduk dengan kepatuhan, ketaatan dan keimanan secara

langsung dan tidak langsung.

Mendekati masyarakat di pelbagai lapisan usia dan latar belakang

semestrinya memerlukan variasi pendekatan yang memerlukan kreativiti para

pendakwah. Bagi menarik minat golongan muda seperti remaja dan belia untuk

mendekati islam, bahan-bahan media seperti iklan, poster dan risalah menarik

lagi kreatif perlu dipelbagaikan. Golongan ini lebih mudah tertarik kepada

maklumat-maklumat yang bersifat santai dan interaktif.

Pihak berkuasa seperti pemerintah wajar berperanan secara menyeluruh

dalam usaha membantu dan mendidik masyarakat meninggalkan perbuatan

yang boleh membatalkan iman. Antara peranan yang boleh dilaksanakan oleh

pihak berkuasa adalah menghapuskan tempat atau lokasi yang dijadikan

kawasan pemujaan, mengawasi sesuatu tempat yang dijadikan loaksi

menjalankan sesuatu upacara atau ritual tertentu.

Pihak berkuasa juga perlu mempergiatkan usaha dakwah dan majlis ilmu.

Bagi mengatasi masalah murtad, perlu diwujudkan suatu badan yang

berperanan melindungi, mendidik dan menjadi tempat rujukan muallaf atau

saudara baru

12

Page 13: perkara membatalkan iman dan cara mengatasinya

Walau bagaimanapun, tidak dinafikan peranan setiap individu dalam

masyarakat untuk mendidik diri sendiri juga adalah penting untuk mengatasi diri

daripada terjebak melakukan perbuatan yang membatalkan iman. Individu

muslim perlu sentiasa berusaha mendekatkan diri dengan allah dengan

meningkatkan amal ibadat, menzahirkan rasa kesyukuran atas setiap nikmat

allah, menghadiri majlis-majlis ilmu sebagai santapan rohani dan

memperbanyakkan berdoa kepada allah agar dikurniakan keteguhan iman dan

dihindarkan daripada fitnah akhir zaman.

Demi menghindari perbuatan sihir, seharusnya individu tidak mudah

memberikan kerjasama dengan sesiapa yang dikenal pasti atau diketahui

melakukan tau mempelajari ilmu sihir. Dengan cara ini, secara tidak langsung,

pengamal ilmu sihir tidak dapat meluaskan kuasa dan pengaruh sihirnya kerana

sekiranya tiada permintaan pasti tidak akan wujud penawaran

13