tidur bagaimana yang tidak membatalkan wuduk

7
 TIDUR BAGAIMANA YANG TIDAK MEMBATALKAN WUDHU? (Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)  Wudhu disyari‘atk an untuk mengangkat hadats kecil. Orang yang  berwudhu akan berada di dalam keadaan suci dan seterusnya dapat menunaikan ibadat-ibadat yang hanya sah apabila dia berkeadaan suci daripada hadats seperti sembahyang, thawaf serta memegang mushaf al-Qur’an. Keharusan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut akan terhenti dengan berlakunya perkara-perkara yang boleh membatalkan wudhu dan di antara perkara yang membatalkan wudhu itu ialah tidur. Jumhur ulama mazhab fiqh menyimpulkan, tidur itu boleh membawa kepada ba talnya wudhu. Ini berdasarkan hadits yang diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib  Karramallahu Wajhah  bahawa Rasul ullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda : Maksudnya:   Pengikat (pengawal) dubur (daripada keluar  sesuatu daripadanya) itu ialah dua belah mata (jaga), maka  sesiapa yang tidur, hendak lah dia berwudhu.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Upload: alyasak-berhan

Post on 13-Apr-2018

249 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 1/7

 

TIDUR BAGAIMANA YANG TIDAK

MEMBATALKAN WUDHU?

(Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atasRasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda)  

Wudhu disyari‘atk an untuk mengangkat hadats kecil. Orang yang

 berwudhu akan berada di dalam keadaan suci dan seterusnya dapat

menunaikan ibadat-ibadat yang hanya sah apabila dia berkeadaansuci daripada hadats seperti sembahyang, thawaf serta memegang

mushaf al-Qur’an. 

Keharusan melakukan perbuatan-perbuatan tersebut akan terhenti

dengan berlakunya perkara-perkara yang boleh membatalkan

wudhu dan di antara perkara yang membatalkan wudhu itu ialah

tidur.

Jumhur ulama mazhab fiqh menyimpulkan, tidur itu boleh

membawa kepada batalnya wudhu. Ini berdasarkan hadits yang

diriwayatkan dari ‘Ali bin Abi Thalib  Karramallahu Wajhah

 bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda :

Maksudnya:  “ Pengikat (pengawal) dubur (daripada keluar

 sesuatu daripadanya) itu ialah dua belah mata (jaga), maka

 sesiapa yang tidur, hendaklah dia berwudhu.” (Hadits riwayat Abu Daud)

Page 2: Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 2/7

Hadits tersebut bermaksud bahawa sedar atau jaga (tidak tidur) itu

akan mengawal keluarnya sesuatu  dari dubur, manakala orang

yang tidur kadang-kadang keluar sesuatu daripada duburnya tanpa

disedarinya.

Walau bagaimanapun, adakah semata-mata tidur membatalkan

wudhu? Apakah sukat-sukat tertentu yang menjadi ukuran dalam

 penentuan tidur yang boleh membatalkan wudhu itu?

Untuk menjawab persoalan tersebut, berikut dijelaskan perkara-

 perkara yang berkaitan dengan tidur yang membatalkan wudhu dan

yang tidak membatalkan wudhu mengikut pendapat para ulama

mazhab Syafi‘e. 

Tidur Yang Tidak Membatalkan Wudhu

Para ulama mazhab Syafi‘e menjelaskan dengan terperinci

mengenai tidur yang tidak membatalkan wudhu itu.

Mereka berpendapat bahawa tidur itu bagaimanapun keadaannya

 boleh membatalkan wudhu kecuali tidur di dalam posisi duduk,

sama ada duduk di atas lantai atau tanah seperti duduk di atas tikarsembahyang atau duduk di atas kerusi seperti duduk di dalam kapal

terbang dan termasuklah duduk sambil memeluk lutut. Tidur

dengan cara demikian tidaklah menyebabkan wudhu batal, tetapi

hendaklah memenuhi syarat atau ketetapan berikut:

1)  Hendaklah tetap tempatnya (punggung dan tempat keluar

hadats) di atas tanah, lantai, kerusi, binatang tunggangan atau

selainnya, iaitu dua pipi punggungnya tetap pada tempatnya,tidak berubah dari posisi awal sebelum dia tidur, sekalipun

 jika seseorang itu bersandar atau duduk berpeluk lutut pada

atau di atas sesuatu yang boleh menyebabkan dia jatuh atau

gugur apabila sesuatu itu tiada.

Page 3: Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 3/7

Ini kerana tidur dalam keadaan ini tidak dikhuatiri akan

keluar sesuatu (angin) dari duburnya (kentut). Adapun

kebarangkalian keluarnya sesuatu dari qubul bukanlah

 perkara yang perlu diambil kira kerana ianya jarang berlaku.

 Namun jika diyakini keluar angin daripada qubul sama ada

lelaki atau perempuan, maka wudhu itu tetap batal.

2) Hendaklah tiada ruang di antara punggung dan tempat

tetapnya itu ataupun tidak renggang di antara keduanya.

Wudhu seseorang tidak akan batal jika terdapat ruang yang

ditutup dengan sesuatu seperti kapas. 

Wudhu orang yang tidur dengan posisi sedemikian adalah tidak

 batal. Perkara ini bersandarkan kepada hadits yang diriwayatkan

dari Anas Radhiallahu ‘anhu, beliau berkata:

Maksudnya:  “Para  sahabat Rasulullah Shallallahu ‘alaihi

wasallam pernah tidur kemudian mereka berdiri menunaikan

 sembahyang dengan tidak (lagi) mengambil wudhu.” (Hadits riwayat Muslim)

 

Perbuatan tidur yang dimaksudkan di dalam hadits ini ialah tidur

dalam keadaan duduk yang tetap dan menurut riwayat lain, parasahabat itu tidur dalam keadaan duduk yang tetap sehingga kepala

mereka terangguk-angguk   hampir mencecah lantai. Mereka tidak

lagi mengambil wudhu dan terus menunaikan sembahyang Isya’. 

Page 4: Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 4/7

Wudhu seseorang yang tidur dengan duduk yang tetap juga tidak

 batal jika pipi punggung atau salah satu pipi punggungnya berubah

dari tempat asal atau terangkat selepas atau ketika dia bangun atau

sedar. Ini kerana asal keadaannya yang suci setelah berwudhu. 

Tidur Yang Membatalkan Wudhu

Wudhu seseorang akan batal jika tidurnya itu dalam keadaan yang

tidak memenuhi syarat atau ketetapan di atas, iaitu apabila dia tidur

dengan posisi punggung yang tidak tetap, tidur dengan posisi

 berdiri atau tidur dengan posisi berbaring, menelentang mahupun

 bertiarap walaupun dengan menutup atau menyumbat sesuatu

seperti kapas pada ruang antara punggung dan tempat letak

 punggung tersebut. Tidur dalam keadaan duduk yang tetap juga boleh menyebabkan wudhu batal, jika seseorang mendapati

 punggungnya telah berubah dari tempat asalnya atau terangkat

sebelum dia bangun atau sedar ataupun tempat duduknya

 berlubang-lubang seperti kerusi rotan. Ini kerana telah berlalu

(berlaku) detik dia tidur dengan tidak tetap duduknya. 

Adakah Wudhu Batal Disebabkan Mengantuk?

Wudhu seseorang tidak menjadi batal disebabkan mengantuk.

Sekiranya seseorang menutup mata kerana mengantuk, tetapi

masih dapat mendengarkan percakapan orang di sekeliling, maka

dia masih boleh saja melakukan ibadat tanpa perlu mengambil

wudhu semula kerana dia dikira masih jaga. Antara tanda-tanda

orang yang mengantuk itu ialah, dia masih dapat mendengar

 percakapan orang di sekelilingnya walaupun tidak memahami

 percakapan itu. Adapun jika dia tidak sedar, tidak mendengar lagi percakapan di sekelilingnya dan bermimpi, maka dia telah dikira

tidur.

Page 5: Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 5/7

Adakah Wudhu Batal Disebabkan Rasa Syak Atau Ragu?

Menurut para ulama, wudhu seorang yang tidur dengan posisi

duduk yang tetap tidak batal dalam keadaan seperti berikut:-

1) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada pipi punggungnya

atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal

atau terangkat.

2) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada pipi punggungnya

atau salah satu pipi punggungnya berubah dari tempat asal

atau terangkat sebelum atau sesudah dia bangun atau sedar.

3) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada dia tidur dengan

 posisi duduk yang tetap atau berubah.

4) Jika dia merasa ragu atau syak sama ada dia tidur atau hanya

mengantuk.

Dalam hal lain mengenai perkara syak atau ragu ini juga, ulama

ada menjelaskan bahawa seseorang yang merasa yakin dia masih

dalam keadaan suci atau berwudhu’ apabila dia merasa ragu

adakah wudhu’nya terbatal atau tidak, maka perasaan ragunya itu

tidak menjejaskan wudhu’nya. Oleh itu, dia boleh mendirikan

sembahyang dengan wudhu’nya itu.  Begitu juga sebaliknya, jika

seseorang merasa yakin bahawa wudhunya sudah terbatal

kemudian dia merasa ragu apakah dia masih mempunyai wudhu’,

maka dihukumkan bahawa wudhunya telahpun terbatal.

Sekiranya timbul ragu pada diri seseorang, maka hendaklah

diteruskan dengan apa yang diyakininya. Ini bersesuaian dengan

salah satu qa‘idah f iqhiyyah yang menyebut bahawa: 

Page 6: Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 6/7

 

Ertinya:  “Keyakinan tidak dihilangkan oleh keraguan.”

Ini bermaksud keyakinan adalah satu perkara yang tetap, manakala ragu adalah satu

 perasaan yang mendatang. Oleh itu, sesuatu perkara itu dihukumkan mengikut apa yangtetap (yang diyakini) dan bukan yang diragui.

Sunat Berwudhu Walaupun Tidur Dengan Posisi Yang Tidak

Membawa Kepada Batal Wudhu

Walau bagaimanapun, seorang yang tidur dengan posisi yang tidakmenyebabkan wudhunya batal adalah disunatkan untuk berwudhu

lagi atas alasan berwaspada dari keberangkalian keluarnya hadats

dan mengelak dari khilaf (perselisihan) para ulama.

Dalam pada itu juga, ulama mazhab Syafi‘e telah sepakat

mengatakan bahawa memperbaharui wudhu itu adalah satu amalan

yang dituntut mengikut keadaan tertentu.

Menurut pendapat yang ashah,  memperbaharui wudhu itu

disunatkan hanya apabila dia telah mengerjakan sembahyang

fardhu atau sunat dengan wudhunya yang pertama tadi. Al-Qadhi

Abu ath-Thaiyib di dalam kitabnya Syarh al-Furu‘, al-Baghawi, al-

Mutawalli, ar-Ruyani dan lain-lain ulama mazhab memutuskan

 bahawa jika seseorang itu belum menggunakan wudhunya yang

 pertama dengan melakukan apa jua ibadah, maka hukum

memperbaharui wudhu itu adalah makruh. Ibnu Hajar

 Rahimahullah  pula menegaskan bahawa tuntutan sunat

memperbaharui wudhu itu ialah apabila dia telah mengerjakan apa

 jua sembahyang sekalipun yang hanya satu rakaat. Jika dia tidak

 bersembahyang, walaupun telah melakukan sujud ( sajdah  atau

Page 7: Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

7/26/2019 Tidur Bagaimana Yang Tidak Membatalkan Wuduk

http://slidepdf.com/reader/full/tidur-bagaimana-yang-tidak-membatalkan-wuduk 7/7

syukur) ataupun thawaf tidaklah disunatkan memperbaharui

wudhu, bahkan hukumnya adalah makruh.

Demikianlah dihuraikan beberapa perkara mengenai tidur dalam

keadaan berwudhu. Kesimpulannya, wudhu tidak batal disebabkantidur dalam posisi duduk dengan tempat yang tetap di atas lantai

atau seumpamanya dan wudhu tidak batal jika ia disertai dengan

 perasaan ragu akan berlakunya perkara-perkara yang membawa

kepada batal akibat tidur.