perkaitan dgn rph new

3
PERKAITAN AKTIVITI YANG DIRANCANG DI DALAM RPH DENGAN FPK 1. Set Induksi Aktiviti: Nyanyian Lagu Jalur Gemilang dan sesi soal jawab. Perkaitan: Nyanyian lagu patriotik dapat memperkembangkan potensi diri dari segi bakat nyanyian. Ini adalah selaras dengan dengan hasrat yang ada di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan.elain itu, ia turut menerapkan nilai-nilai murni dan semangat patriotik bagi menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka terhadap negara. Semangat patriotism yang diterapkan akan menjadi satu usaha bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Seterusnya, memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Sesi soal jawab yang di jalankan juga akan memperkembangkan tahap intelek di kalangan murid.Ini bertujuan melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif 2. Langkah 1 Aktiviti: Membaca teks cerita “ Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia “ Perkaitan: Pembacaan teks cerita secara individu mahupun berkumpulan akan dapat meningkatkan tahap keyakinan diri.FPK juga menerapkan unsur sosial yang mengkehendaki murid berkomunikasi dengan baik. Justeru, apabila murid mempunyai keyakinan yang tinggi maka tahap social murid juga akan bertambah. 3. Langkah 2: Aktiviti: Mencari dan membentangkan makna perkataan secara berkumpulan.

Upload: noor-asmida-noordin

Post on 25-Dec-2015

16 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

perkaitan aktiviti yang dirancang dalam rac. pengajaran harian dengan falsafah pendidikan negara terutama untuk pengajaran bahasa melayu.

TRANSCRIPT

Page 1: Perkaitan Dgn Rph New

PERKAITAN AKTIVITI YANG DIRANCANG DI DALAM RPH DENGAN FPK

1. Set Induksi

Aktiviti: Nyanyian Lagu Jalur Gemilang dan sesi soal jawab.

Perkaitan: Nyanyian lagu patriotik dapat memperkembangkan potensi diri dari

segi bakat nyanyian. Ini adalah selaras dengan dengan hasrat yang ada di dalam

Falsafah Pendidikan Kebangsaan.elain itu, ia turut menerapkan nilai-nilai murni dan

semangat patriotik bagi menyedarkan murid tentang tanggungjawab mereka

terhadap negara. Semangat patriotism yang diterapkan akan menjadi satu usaha

bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Seterusnya, memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara. Sesi

soal jawab yang di jalankan juga akan memperkembangkan tahap intelek di

kalangan murid.Ini bertujuan melahirkan insan atau pelajar yang mempunyai intelek

yang tinggi dan mampu berfikir secara kritis dan kreatif

2. Langkah 1

Aktiviti: Membaca teks cerita “ Lahirku Bertuah di Bumi Malaysia “

Perkaitan: Pembacaan teks cerita secara individu mahupun berkumpulan akan

dapat meningkatkan tahap keyakinan diri.FPK juga menerapkan unsur sosial yang

mengkehendaki murid berkomunikasi dengan baik. Justeru, apabila murid

mempunyai keyakinan yang tinggi maka tahap social murid juga akan bertambah.

3. Langkah 2:

Aktiviti: Mencari dan membentangkan makna perkataan secara berkumpulan.

Perkaitan: Aktiviti ini akan meningkatkan semangat kerjasama di kalangan

murid.Murid-murid akan merasa lebih selesa jika bekerja di dalam kumpulan

berbanding jika bekerja secara berseorangan. Ini juga akan meningkatkan akhlah

mereka ketika bergaul dengan rakan-rakan. Cara bercakap dan bergaul akan

mencerminkan akhlak seseorang individu. Ini adalah selari dengan unsur akhlak

yang terdapat di dalam FPK dimana semua agama mementingkan akhlak yang baik.

Page 2: Perkaitan Dgn Rph New

4. Langkah 3

Aktiviti:Menjawab soalan pemahaman.

Perkaitan: Aktiviti menjawab soalan pemahaman memerlukan murid memahami,

merumus dan menghubungkait isi pelajaran dengan kehendak soalan. Oleh itu,

keupayaan intelek diperlukan bagi mencapai hasrat ini. Maka, ia boleh melahirkan

insan atau pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi dan mampu berfikir secara

kritis dan kreatif. Mampu menjadi seorang insan yang berdaya fikir yang tinggi dan

mampu bersaing di antara satu sama lain bagi mencapai cita – cita dan Dasar

Pendidikan negara kita. Seterusnya dapat melahirkan insan yang berinovatif tinggi

5. Langkah 4

Aktiviti:Menyenaraikan nilai murni dan pengajaran yang terdapat di dalam teks cerita.

Perkaitan: Nilai murni merupakan aspek yang dititikberatkan di dalam FPK.

Aspek nilai–nilai murni berkait rapat dengan rohani ini. Di dalam aktiviti ini murid

akan mengenalpasti nilai-nilai murni dengan lebih jelas.Nilai–nilai seperti kasih

sayang, bekerjasama, disiplin, tolenransi, bertolak ansur, kesyukuran, dan pelbagai

lagi akan dapat diterapkan. Jika nilai–nilai ini dapat disemat ke dalam diri murid–

murid, murid–murid akan bersikap lebih keronahian dari segi tingkah laku dan akhlak

mereka. Mereka bersikap lebih baik, menunjukkan kesopanan dan tidak melakukan

perkara–perkara negatif.

6. Penutup

Aktiviti: Penerapan nilai murni dan ucapan penghargaan

Perkaitan: Aktiviti penutup ini dilaksanakan dengan menerapkan nilai murni

seperti keberanian, kasih –sayang dan kerjasama kepada murid. Ini adalah selari

dengan kehendak FPK yang mahukan murid yang yang baik budi pekerti akhlaknya.