laporan kajian masa menunggu klinik...

24
1 | Page LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK PAKAR DI HOSPITAL-HOSPITAL NEGERI PERAK TAHUN 2010 UNIT KUALITI JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK

Upload: vokhuong

Post on 11-Mar-2018

316 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

1 | P a g e

LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU

KLINIK PAKAR DI HOSPITAL-HOSPITAL NEGERI PERAK

TAHUN 2010

UNIT KUALITI JABATAN KESIHATAN NEGERI PERAK

Page 2: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

2 | P a g e

Laporan Kajian Masa Menunggu Klinik Pakar di Hospital-Hospital Negeri Perak 2010 Pendahuluan Kajian masa menunggu di Klinik Pakar dijalankan di seluruh hospital Negeri Perak. Setiap bulan data-data diambil di klinik-klinik Pakar di semua hospital di Negeri Perak. Setiap 6 bulan, data ini akan dikumpul dan dianalisa di Unit Kualiti, Jabatan Kesihatan Negeri Perak dan kemudian dihantar ke Cawangan Penjagaan Kualiti Perubatan, Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Kajian Masa menunggu ini dilakukan berpandukan Manual KPI Kementerian Kesihatan Malaysia mengikut disiplin perubatan masing-masing. Terdapat 9 jenis klinik pakar yang termasuk di dalam Kajian Masa Menunggu ini. Klinik-klinik tersebut adalah: Klinik Pakar Perubatan Klinik Pakar Bedah Klinik Pakar Kanak-kanak Klinik Pakar Orthopedik Klinik Pakar Sakit Puan Klinik Pakar ENT Klinik Pakar Mata Klinik Pakar Kulit Klinik Pakar Psikiatri Walau pun begitu, tidak semua perkhidmatan klinik pakar ini disediakan di semua hospital. Kajian ini melibatkan semua pesakit yang hadir ke Klinik Pakar. Walau pun begitu, terdapat kriteria yang perlu di penuhi untuk seseorang pesakit itu diambil kira sebagai data numerator dan denominator kajian ini. Pesakit yang mengikut kriteria T1 sahaja yang diambil kira iaitu pesakit yang telah mendaftar dan menunggu sehingga berjumpa dengan doktor. Berikut adalah kriteria-kriteria pesakit yang ditolak atau tidak termasuk didalam kajian ini (exclusion criteria): i) Pesakit yang mengambil ujian darah selepas mendaftar dan sebelum berjumpa doktor. ii) Pesakit yang menjalani ujian x-ray selepas mendaftar dan sebelum berjumpa doktor. iii) Pesakit yang menjalani lain-lain prosedur perubatan selepas mendaftar dan sebelum berjumpa

dengan doktor.(Kriteria ini tidak terpakai di Klinik Pakar Mata) iv) Pesakit yang datang lebih awal dari masa temujanji untuk system temu janji blok. Masa menunggu yang paling lama adalah di Klinik Pakar Mata di Hospital Seri Manjung iaitu selama 3 jam. Walau pun begitu Klinik Pakar Mata di Hospital Seri Manjung masih mencapai standard yang ditetapkan di dalam KPI Kementerian Kesihatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90minit. Ini adalah kerana semua pesakit di Klinik Pakar Mata perlu menjalani prosedur perubatan ‘eye dilatation’ dan ujian penglihatan sebelum berjumpa doktor. Ini adalah keperluan yang berbeza dengan Klinik Pakar yang lain, dimana hanya sebahagian kecil pesakit sahaja yang perlu menjalani prosedur perubatan sebelum berjumpa dengan doktor dan pesakit-pesakit ini tidak termasuk dalam kajian. Oleh yang demikian, masa yang direkodkan di Klinik Pakar Mata sebenarnya tidak melambangkan masa menunggu yang sebenar.

Page 3: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

3 | P a g e

1) Klinik Pakar Perubatan

Perkhidmatan Klinik Pakar Perubatan disediakan disemua hospital di dalam Negeri Perak kecuali Hospital Bahagia Ulu Kinta. Masa menunggu untuk Klinik Pakar Perubatan secara keseluruhan untuk seluruh Negeri Perak adalah 97.39%. Ini adalah melepasi standard masa menunggu yang ditetapkan untuk Klinik Pakar Perubatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat dari data KPI dari indicator 2 untuk disiplin General Medicine telah dianalisa seperti gambarajah di atas iaitu semua hospital di negeri ini mencapai standard yang ditetapkan iaitu 90% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Sebanyak 7 buah hospital di negeri ini berjaya mencapai standard 100% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Manakala hospital yang paling rendah pencapaiannya adalah Hospital Batu Gajah iaitu 90.9%. Walaupun begitu, hospital ini masih mencapai standard yang ditetapkan. Walaupun mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Masa menunggu yang melebihi 90 minit terjadi di hospital yang tidak mencapai pencapaian 100%. Masa menunggu paling lama di Klinik Pakar Perubatan adalah 2 jam atau 120 minit. Insiden ini berlaku di: a) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, b) Hospital Teluk Intan, c) Hospital Batu Gajah, d) Hospital Parit Buntar, e) Hospital Sungai SIput f) Hospital Selama Manakala di Hospital Kuala Kangsar, masa menunggu paling lama untuk Klinik Pakar Perubatan adalah 1 jam 45 minit atau 105 minit.

Standard 90%

Page 4: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

4 | P a g e

Antara masalah yang dikenal pasti adalah: 1) Jumlah Pesakit yang ramai 2) Doktor mengambil masa yang lama untuk memeriksa pesakit 3) Pesakit datang tanpa temu janji 4) Pesakit datang dengan 2 temujanji dengan klinik yang berlainan 5) Doktor membuat prosedur perubatan semasa sesi klinik menyebabkan sesi bersama pesakit

memakan masa yang lama. 6) Doktor Pakar yang mempunyai masalah berkomunikasi dengan pesakit terutamanya Pakar dari

luar Negara 7) Hanya seorang doktor pakar untuk melihat semua pesakit di klinik tersebut (Hospital Daerah) 8) Pesakit yang mendaftar kemudian keluar (urusan peribadi) kemudian datang semula ke klinik.

2) Klinik Pakar Bedah

Perkhidmatan Klinik Pakar Bedah tidak disediakan disemua hospital di negeri ini. Perkhidmatan klinik pakar ini hanya disediakan di 13 buah hospital. Hospital Kampar dan Hospital bahagia Ulu Kinta adalah hospital yang tidak menyediakan perkhidmatan ini. Masa menunggu untuk Klinik Pakar Bedah secara keseluruhan untuk seluruh Negeri Perak adalah 96.44%. Ini adalah lebih tinggi dari standard masa menunggu yang ditetapkan untuk Klinik Pakar Bedah iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat dari data KPI dari indicator 2 untuk disiplin General Surgeri telah dianalisa seperti gambarajah di atas iaitu 12 dari 13 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan ini mencapai standard iaitu 90% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Sebanyak 5 buah hospital di negeri ini berjaya mencapai standard 100% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Hospital yang paling rendah pencapaiannya adalah Hospital Raja Permaisuri Bainun iaitu 89.32% dan ia berada dibawah standard yang ditetapkan.

NA

Standard 90%

89.32%

Page 5: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

5 | P a g e

Hasil siasatan keatas ketidak patuhan terhadap KPI tersebut dapat diringkaskan seperti berikut.

RINGKASAN KES FAKTOR PENYUMBANG

184/206 pesakit dilihat dalam masa 90 minit, manakala 22 pesakit dilihat dalam tempoh lebih 90 minit.

- Beban kerja tinggi

KELEMAHAN DIKENALPASTI TINDAKAN PENAMBAIKAN/ PENCEGAHAN

- Doktor terpaksa bertugas di OT dan wad

- Kekurangan Doktor Pakar dan Pegawai Perubatan di klinik

- Bilangan pesakit bertambah

- Bilangan Doktor Pakar dan Pegawai Perubatan perlu ditambah

- Pesakit yang telah pulih perlu didiscaj dan dirujuk ke klinik kesihatan untuk menerima rawatan susulan

- Bilik konsultasi perlu ditambah dan diubahsuai - Diwujudkan jadual bagi Doktor yang bertugas

awal di klinik.

Walaupun tidak mencapai standard masa yang ditetapkan, pencapaian masa menunggu di Klinik Pakar Bedah Hospital Raja Permaisuri Bainun sebenarnya telah meningkat lebih tinggi dari pencapaian dalam tahun-tahun sebelumnya. Ini boleh dilihat didalam gambarajah dibawah dimana trend pencapaian yang semakin meningkat dari tahun-tahun sebelumnya.

Pencapaian Klinik Pakar Bedah Hospital Raja Permaisuri Bainun 2009-2010 Walaupun hampir kesemua hospital mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Masa menunggu yang melebihi 90 minit terjadi di hospital yang tidak mencapai pencapaian 100%. Masa menunggu paling lama di Klinik Pakar Bedah adalah 2 ½ jam iaitu di Hospital Taiping. Ini kerana klinik ini melibatkan Pakar-pakar yang dari lain hospital dan ada juga dari luar negeri Perak (Pakar Onkologi dari Pulau Pinang, Pakar Urologi Pediatrik dari Alor Setar dan Pakar Neurologi dari Ipoh). Masa menunggu paling lama adalah di Klinik Pakar Bedah di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Batu Gajah, Hospital Parit Buntar, Hospital Selama dan Hospital Gerik iaitu selama 2 jam. Manakala masa menunggu paling lama Klinik Pakar Bedah di Hospital Teluk Intan dan Hospital Seri Manjung adalah 1 jam dan 45 minit.

63.9%

%%

62%

89.32%

Page 6: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

6 | P a g e

Antara masalah yang dikenal pasti adalah: 1) Jumlah Pesakit yang ramai 2) Doktor mengambil masa yang lama untuk memeriksa pesakit 3) Doktor membuat prosedur perubatan semasa sesi klinik menyebabkan sesi bersama pesakit

memakan masa yang lama. 4) Doktor mengiringi kes ke Hospital rujukan. 5) Doktor membuat rondaan wad dahulu sebelum keklinik 6) Tiada had Jumlah pesakit untuk satu-satu klinik. 7) Kekurangan bilik konsultasi/ rawatan

3) Klinik Pakar Kanak-Kanak

Perkhidmatan Klinik Pakar Kanak-kanak disediakan disemua hospital di dalam Negeri Perak kecuali Hospital bahagia Ulu Kinta. Masa menunggu untuk Klinik Pakar Kanak-kanak secara keseluruhan untuk seluruh Negeri Perak adalah 98%. Ini adalah melepasi standard masa menunggu yang ditetapkan untuk Klinik Pakar Kanak-kanak iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat dari data KPI dari indicator 2 untuk disiplin Pediatrik telah dianalisa seperti gambarajah di atas iaitu semua hospital di negeri ini mencapai standard iaitu 90% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Sebanyak 8 buah hospital di negeri ini berjaya mencapai standard 100% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Manakala hospital yang paling rendah pencapaiannya adalah Hospital Teluk Intan iaitu 91.63%. Walaupun begitu, ia masih mencapai standard yang ditetapkan.

Standard 90%

Page 7: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

7 | P a g e

Walaupun mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Masa menunggu yang melebihi 90 minit terjadi di hospital yang tidak mencapai pencapaian 100%. Masa menunggu paling lama di Klinik Pakar Kanak-kanak adalah 2 jam atau 120 minit. Insiden ini berlaku di : a) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, b) Hospital Taiping c) Hospital Teluk Intan, d) Hospital Batu Gajah, e) Hospital Kuala Kangsar f) Hospital Parit Buntar, Antara masalah yang dikenal pasti adalah: 1) Jumlah Pesakit yang ramai 2) Doktor mengambil masa yang lama untuk memeriksa pesakit 3) Doktor membuat prosedur perubatan semasa sesi klinik menyebabkan sesi bersama pesakit

memakan masa yang lama. 4) Tiada had Jumlah pesakit untuk satu-satu klinik. 5) Pesakit telah memasuki wad berulang kali, oleh yang demikian nota rawatan yang lama perlu

dicari untuk membantu rawatan pesakit.

Page 8: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

8 | P a g e

4) Klinik Pakar Orthopedik

Perkhidmatan Klink Pakar Orthopedik tidak disediakan disemua hospital di negeri Perak. Perkhidmatan klinik pakar ini hanya disediakan di 9 buah hospital. Perkhidmatan ini tiada di Hospital Batu Gajah, Hospital Sungai Siput, Hospital Kampar, Hospital Selama, Hospital Changkat Melintang dan Hospital Bahagia Ulu Kinta. Masa menunggu untuk Klinik Pakar Orthopedik secara keseluruhan di Negeri Perak adalah 98.13%. Ini adalah melepasi standard masa menunggu yang ditetapkan untuk Klinik Pakar Orthopedik iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat dari data KPI dari indicator 2 untuk disiplin Orthopedik telah dianalisa seperti gambarajah di atas iaitu semua hospital yang menyediakan perkhidmatan ini mencapai standard yang ditetapkan iaitu 90% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Sebanyak 6 buah hospital di negeri ini berjaya mencapai standard 100% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Hospital yang paling rendah pencapaiannya adalah Hospital Raja Permaisuri Bainun iaitu 93%, walaupun begitu ia masih mencapai standard yang ditetapkan. Walaupun mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Masa menunggu yang melebihi 90 minit berlaku di hospital yang tidak mencapai pencapaian 100%. Masa menunggu paling lama di Klinik Pakar Orthopedik adalah 2 jam atau 120 minit. Insiden ini berlaku di : a) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, b) Hospital Teluk Intan Manakala masa menuggu paling lama Klinik Pakar Orthopedik adalah 1 jam 45 minit.

NA NA NA NA NA

Standard 90%

Page 9: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

9 | P a g e

Antara masalah yang dikenal pasti adalah: 1) Jumlah Pesakit yang ramai 2) Doktor membuat prosedur perubatan semasa sesi klinik menyebabkan sesi bersama pesakit

memakan masa yang lama. 3) Kekurangan Pegawai Perubatan 4) Kekurangan Jururawat untuk menjadi ‘chaperon’ semasa pemeriksaan doktor. 5) Hanya ada 1 pakar yang bertugas (Hospital Daerah) 6) Pakar / Doktor akan menjalankan rondaan wad sebelum keklinik.

5) Klinik Pakar Sakit Puan

Perkhidmatan Klinik Pakar Sakit Puan disediakan disemua hospital di dalam Negeri Perak kecuali Hospital bahagia Ulu Kinta. Masa menunggu untuk Klinik Pakar Sakit Puan secara keseluruhan di Negeri Perak adalah 96.91%. Ini adalah melepasi standard masa menunggu untuk Klinik Pakar Sakit Puan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat dari data KPI dari indicator 1 untuk disiplin Obstetrik & Ginekologi telah dianalisa seperti gambarajah di atas iaitu semua hospital dinegeri ini mencapai standard yang telah ditetapkan iaitu 90% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Sebanyak 6 buah hospital di negeri ini berjaya mencapai standard 100% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Hospital yang paling rendah pencapaiannya adalah Hospital Parit Buntar iaitu 91.75%. Walaupun begitu, hospital ini masih mencapai standard yang ditetapkan.

Standard 90%

Page 10: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

10 | P a g e

Walaupun mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Masa menunggu yang melebihi 90 minit terjadi di hospital yang tidak mencapai pencapaian 100%. Masa menunggu paling lama di Klinik Pakar Sakit Puan adalah 2 jam atau 120 minit. Insiden ini berlaku di : a) Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh, b) Hospital Taiping c) Hospital Teluk Intan, d) Hospital Seri Manjung e) Hospital Batu Gajah, f) Hospital Parit Buntar g) Hospital Sungai Siput h) Hospital Kampar Antara masalah yang dikenal pasti adalah: 1) Jumlah Pesakit yang ramai 2) Doktor membuat prosedur perubatan semasa sesi klinik menyebabkan sesi bersama pesakit

memakan masa yang lama (ultrasound scan). 3) Terdapat kes dimana, pesakit tidak memberitahu bahawa beliau pernah memasuki wad, tetapi

doktor masih ingat akan pesakit tersebut, oleh yang demikian nota rawatan yang lama perlu dicari untuk membantu rawatan pesakit.

4) Kekurangan pegawai perubatan 5) Doktor membuat rondaan wad sebelum ke klinik. 6) Terdapat kes dimana semasa rondaan wad dilakukan dan terdapat kes kecemasan seterusnya

melakukan pembedahan kecemasan. 7) Doktor mengiringi pesakit ke hospital rujukan

Page 11: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

11 | P a g e

6) Klinik Pakar ENT

Perkhidmatan Klinik Pakar ENT tidak disediakan disemua hospital di negeri Perak. Perkhidmatan klinik pakar ini hanya disediakan di 5 buah hospital iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping, Hospital Teluk Intan, Hospital Parit Buntar dan Hospital Selama. Masa menunggu untuk Klinik Pakar ENT secara keseluruhan untuk seluruh negeri adalah 99%. Ini adalah melepasi standard masa menunggu untuk Klinik Pakar ENT iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat dari data KPI dari indicator 2 untuk disiplin ENT telah dianalisa seperti gambarajah di atas iaitu semua hospital yang menyediakan perkhidmatan ini mencapai standard iaitu 90% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Sebanyak 4 buah hospital di negeri ini berjaya mencapai standard 100% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Hospital yang paling rendah pencapaiannya adalah Hospital Teluk Intan iaitu 96.65%, walaupun begitu ia masih mencapai standard yang ditetapkan. Walaupun mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Masa menunggu yang melebihi 90 minit masih berlaku di hospital yang tidak mencapai pencapaian 100%. Masa menunggu palimg lama berlaku di Hospital Teluk Intan iaitu selama 2 jam. Ia berlaku kerana kekurangan pegawai perubatan, kes kecemasan yang perlu diutamakan dan menjalankan prosedur perubatan semasa sesi di klinik.

NA NA NA NA NA NA NA NA NA

Standard 90%

Page 12: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

12 | P a g e

7) Klinik Pakar Mata

Perkhidmatan Klinik Pakar Mata tidak disediakan di semua hospital di negeri Perak. Perkhidmatan klinik pakar ini hanya disediakan di 6 buah hospital iaitu Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping, Hospital Teluk Intan, Hospital Seri Manjung, Hospital Parit Bunter dan Hospital Selama. Masa menunggu untuk Klinik Pakar Mata secara keseluruhan di Negeri Perak adalah 95.96%. Ini adalah melepasi standard masa menunggu untuk Klinik Pakar Mata iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat dari data KPI dari indicator 1 untuk disiplin Ophtalmologi telah dianalisa seperti gambarajah di atas iaitu semua hospital yang menyediakan perkhidmatan ini mencapai standard iaitu 90% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Sebanyak 2 buah hospital di negeri ini berjaya mencapai standard 100% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Manakala hospital yang paling rendah pencapaiannya adalah Hospital Seri Manjung iaitu 90.6% dan masih mencapai standard yang ditetapkan. Walaupun mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Masa menunggu yang melebihi 90 minit berlaku juga di hospital yang tidak mencapai pencapaian 100%. Masa menunggu paling lama di Klinik Pakar Mata adalah selama 3 jam. Ia berlaku di Hospital Seri Manjung. Manakala masa menunggu yang paling lama di Klinik Pakar Mata Hospital Raja Permaisuri Bainun, Hospital Taiping dan Hospital Teluk Intan adalah 2 jam. Antara masalah yang dikenalpasti adalah :

1) Kekurangan pegawai Perubatan 2) Semua pesakit perlu menjalani prosedur eye dilatation dan beberapa ujian sebelum berjumpa doktor

NA NA NA NA NA NA NA NA

Standard 90%

Page 13: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

13 | P a g e

8) Klinik Pakar Kulit

Perkhidmatan Klinik Pakar Kulit hanya disediakan di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh. Masa menunggu untuk Klinik Pakar Kulit secara keseluruhan untuk seluruh negeri adalah 80.4%. Ini adalah melepasi standard masa menunggu untuk Klinik Pakar Kulit iaitu 80% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat pencapaian tersebut didapati dari data KPI dari indicator 2 untuk disiplin Dermatologi. Masa menunggu paling lama di Klinik Pakar Kulit adalah 2 jam. Ini kerana jumlah pesakit yang ramai dan hanya ada satu pakar dermatologi sahaja di negeri ini.

NA NA NA NA NA NA NA NA NA NA NA NA

Standard 80%

Page 14: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

14 | P a g e

9) Klinik Pakar Psikiatri

Perkhidmatan Klinik Pakar Psikiatri disediakan disemua hospital di dalam Negeri Perak. Masa menunggu untuk Klinik Pakar Psikiatri secara keseluruhan untuk Negeri Perak adalah 98%. Ini adalah jauh lebih tinggi dari standard masa menunggu untuk Klinik Pakar Psikiatri iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Maklumat dari data KPI dari indicator 2 untuk disiplin Psikiatri telah dianalisa seperti gambarajah di atas iaitu 14 dari 15 buah hospital yang menyediakan perkhidmatan ini mencapai standard iaitu 90% pesakit dilihat dibawah 90 minit. Sebanyak 10 buah hospital di negeri ini berjaya mencapai standard 100% pesakit dilihat di bawah 90 minit. Manakala, hospital yang paling rendah pencapaiannya adalah Hospital Teluk Intan iaitu 86.34% dan ia berada dibawah standard yang telah ditetapkan.

Pencapaian masa menunggu di Klinik Pakar Psikiatri Hospital Teluk Intan sebenarnya lebih rendah berbanding pencapaian dalam tempoh yang sama dalam tahun 2009. Ini boleh dilihat didalam gambarajah di atas, dimana trend pencapaian yang menurun dari tahun sebelumnya.

86.34% 84.85%

98.69%

Standard 90%

86.34%

Page 15: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

15 | P a g e

Hasil siasatan terhadap kepatuhan KPI telah diringkaskan seperti berikut:

RINGKASAN KES FAKTOR PENYUMBANG

3642 daripada 4218 pesakit telah dilihat dalam masa kurang dari 90 minit dan 576 pesakit telah dilihat dalam masa melebihi 90 minit.

- Menggunakan system temujanji blok masa.

- Pesakit tidak datang mengikut masa temu janji yang telah ditetapkan.

- Pesakit mendaftar dan kemudian keluar dari klinik ketempat lain untuk urusan peribadi kemudian kembali semula..

KELEMAHAN DIKENALPASTI TINDAKAN PENAMBAHBAIKAN/PENCEGAHAN

- -Strict staggered appointment

Walaupun hampir semua hospital mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit. Masa menunggu yang melebihi 90 minit terjadi juga di hospital yang tidak mencapai pencapaian 100%. Masa menunggu paling lama di Klinik Pakar Psikiatri adalah selama 2 jam. Ia berlaku di: a) Hospital Teluk Intan b) Hospital Kuala Kangsar c) Hospital Parit Buntar d) Hospital Kampar e) Hospital Bahagia Ulu Kinta Antara masalah yang dikenal pasti adalah: 1) Doktor membuat rondaan wad sebelum ke klinik. 2) Terdapat kes dimana semasa rondaan wad dilakukan dan terdapat kes kecemasan. 3) Doktor mengiringi pesakit ke hospital rujukan 4) Pesakit mendaftar dan kemudian keluar dari klinik ketempat lain untuk urusan peribadi

kemudian kembali semula. 5) Sesi kaunseling yang memakan masa yang lama.

Kesimpulan Majoriti klinik pakar di hospital-hospital Negeri Perak mematuhi standard masa menunggu di Klinik Pakar. Sebanyak 89 dari 91 atau 97% Klinik-klinik Pakar di hospital-hospital di Negeri Perak mencapai standard KPI Kementerian Kesihatan iaitu 90% pesakit dilihat dalam masa 90 minit.

Page 16: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

16 | P a g e

Disediakan oleh, Dr. KHAIRUL BAHARIN BIN MOHD BAHARUDDIN Ketua Penolong Pengarah (Kualiti) Jabatan Kesihatan Negeri Perak Disahkan oleh, DATO’ Dr. HJ. AHMAD RAZIN BIN DATO’ HJ. AHMAD MAHIR Pengarah Kesihatan Negeri Perak Darul RIdzuan

Page 17: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

17 | P a g e

Rujukan

1) KPI Disiplin General Medicine

Indicator 2 Waiting time to see the Doctor at Specialist clinic (T1) > 90% patient seen within 90 minutes

Tempoh Name of Hospital Numerator (N) Denominator (D) RATE (N/D) Masa paling lama Ulasan

Januari-Jun 2010

Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 95 100 95.0% 2 jam 2 pesakit tiada kad temujanji,

3 pesakit mempunyai 2 temujanji pada hari yang sama

Taiping 979 979 100%

Teluk Intan 1070 1092 97.99% 2 jam Jumlah pesakit yang ramai

Seri Manjung 1084 1084 100%

Slim River 2159 2159 100%

Batu Gajah 70 77 90.9% 2 jam Jumlah pesakit yang ramai

Ada pesakit yang dilihat oleh doktor agak lama sehingga 30 minit. (mengikut Keperluan kes)

Kuala Kangsar 105 112 94.32% 1½ - 1 jam 45 minit Pesakit daftar kemudian keluar

Parit Buntar 172 190 90.53% 2 jam Pesakit daftar kemudian keluar,

Jumlah pesakit ramai, Ada prosedur perlu dilakukan semasa sesi klinik

Tapah 133 133 100%

Sungai Siput 435 453 96.03%

2 jam Pakar dari Myanmar mengalami masalah komunikasi dengan pesakit dan perlu jurubahasa. Beliau melihat kes lama

Kampar 81 81 100%

Selama 88 91 96.7% 2 jam Pakar 1 orang sahaja dari hospital Taiping dan

doktor melihat kes lama

Gerik 125 125 100%

Changkat Melintang 103 103 100%

Page 18: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

18 | P a g e

2) KPI Disiplin General Surgery

Indicator 2 Waiting time to see the Doctor at Specialist Clinic (T1). ≥ 90% patients waiting 90 minutes or less

Tempoh Name of Hospital Numerator (N) Denominator (D) RATE (N/D) Masa paling lama Ulasan

Jan-Jun 2010

Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 184 206 89.32% 2 jam Ada prosedur perlu dilakukan semasa sesi klinik

seperti FNAC

Taiping 8811 9658 91.2% 2 - 2½ jam Pakar onco dari Penang,

Pakar Urologist Paeds dari Alor Setar, Pakar Neurologist dari Ipoh

Teluk Intan 1467 1619 90.61% 1½ - 1 jam 45 minit Jumlah pesakit ramai

Pegawai Perubatan baru,perlu rujuk kes pada pakar, Pakar melakukan rondaan 'ward dahulu

Seri Manjung 6162 6678 92.3% 1½ - 1 jam 45 minit Bilik utk doktor review kes ada 3 sahaja,

Bilik examination pesakit pula berkongsi dengan unit orthopedic

Slim River 1063 1063 100%

Batu Gajah 352 355 99.2% 2 jam Doktor perlu escort kes rujukan ke HRPB

Kuala Kangsar 79 79 100%

Parit Buntar 241 245 98.4% 2 jam Jumlah pesakit yang ramai ,

Tiada had pesakit bagi 1 sesi klinik

Tapah 197 197 100%

Sungai Siput 197 197 100%

Kampar NA NA NA

Selama 124 133 93.23% 2 jam Jumlsh pesakit yang ramai

Doktor melihat kes lama

Gerik 199 200 99.5% 2 jam Jumlah pesakit yang ramai

ada kes yang lama dilihat oleh doktor

Changkat Melintang 22 22 100% 1jam 45 minit - 2jam Jumlah pesakit yang ramai

Tiada had pesakit bagi 1 sesi klinik

Page 19: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

19 | P a g e

3) KPI Disiplin Pediatrik

Indicator 2 Percentage of patients whose waiting time to see Doctor at the Specialist Clinic (T1) Meets with set standards. ≥ 90% patients seen within 90 minutes

Tempoh Name of Hospital Numerator (N) Denominator (D) RATE (N/D) Masa paling lama Ulasan

Jan – Jun 2010

Raja Permaisuri Bainun, 264 265 99.62% 2 jam Pesakit masuk ke wad berulang kali, perlu trace

old notes

Taiping 3668 3828 95.8% 2 jam kekurangan doktor

doktor melihat kes di wad dahulu

Teluk Intan 2606 2844 91.63% 2 jam Kekurangan Pegawai Perubatan,

Ada prosedur semasa sesi klinik seperti mengambil darah dan scan

Seri Manjung 100 100 100%

Slim River 871 871 100%

Batu Gajah 49 51 96.1% 1½ - 2 jam Doktor melihat pesakit lama - 1 kes 30 minit

Kuala Kangsar 275 296 93.2% 2 jam Doktor melihat pesakit lama

Parit Buntar 350 371 94.34% 2 jam Jumlah pesakit ramai

1 sesi klinik tiada had jumlah pesakit

Tapah 248 248 100%

Sungai Siput 191 191 100%

Kampar 142 142 100%

Selama 69 91 100%

Gerik 578 578 100%

Changkat Melintang 94 94 100%

Page 20: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

20 | P a g e

4) KPI Disiplin Orthopedik

Indicator 2 Average waiting time to see a Doctor at the Specialist Clinic after registration (T1) ≥ 90% of patients seen within ( ≤ )90 minutes after registration

Tempoh Name of Hospital Numerator (N) Denominator (D) RATE (N/D) Masa paling lama Ulasan

Jan-Jun 2010 Raja Permaisuri Bainun, 93 100 93%

2 jam pesakit perlu lakukan prosedur semasa sesi klinik seperti x-ray, dressing

Taiping 9610 9610 100%

Teluk Intan 1317 1386 95.02%

2 jam kekurangan Peg.Perubatan, kurang JT untuk jadi ‘chaperon’ semasa doktor membuat pemeriksaan, pesakit ramai setiap sesi klinik

Seri Manjung 582 600 97%

1½ - 1 jam 45 minit Jumlah pesakit terlalu ramai, setiap sesi klinik lebih kurang 120 pesakit, pakar 1 sahaja Pakar akan membuat rondaan wad dahulu

Slim River 314 314 100%

Batu Gajah NA NA NA 2 jam

Kuala Kangsar 83 83 100%

Parit Buntar 78 78 100%

Tapah 130 130 100%

Sungai Siput NA NA NA 2 jam

Kampar NA NA NA

Selama NA NA NA

Gerik 79 79 100%

Changkat Melintang NA NA NA

Page 21: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

21 | P a g e

5) KPI Disiplin Obstetrik & Ginekologi

Indicator 1 Waiting Time to see the Doctor at Gynaecology Specialist Clinic (T1). ≥ 90% of patients are seen within 90 minutes.

Tempoh Name of Hospital Numerator (N) Denominator (D)

RATE (N/D)

Masa menunggu paling lama

Ulasan

Jan-Jun 2010

Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 306 307 99.7%

2 jam Kes 2006 dirujuk semula tetapi pesakit tidak memberitahu beliau pernah hadir ke klinik O&G. Doktor yang melihatnya masih mengenali pesakit dan mengarahkan 'trace' BHT

Taiping 6788 6948 97.6% 2 jam doktor lakukan 'ward round' dahulu,

doktor melihat kes emergency di wad dan lakukan pembedahan kecemasan

Teluk Intan 3309 3480 95.09% 1½ - 2 jam kekurangan doktor,

Jumlah pesakit yang ramai

Seri Manjung 554 600 92.3% 1½ - 2 jam ada prosedur perlu dilakukan semasa sesi klinik

Slim River 599 599 100%

Batu Gajah 102 110 92.7% 2 jam Ada prosedur perlu dilakukan seperti pap smear,

Ada kes yang perlu dirujuk ke HRPB

Kuala Kangsar 56 56 100%

Parit Buntar 89 97 91.75% 2 jam Jumlah pesakit yang ramai,

Ada prosedur perlu dilakukan semasa sesi klinik seperti scan

Tapah 140 140 100%

Sungai Siput 311 334 93.11% 2 jam ada prosedur perlu dilakukan semasa sesi klinik

seperti scan,blood test

Kampar 120 127 94.49% 2 jam Jumlah pesakit yang ramai

Ada prosedur perlu dilakukan semasa sesi klinik seperti scan

Selama 31 31 100%

Gerik 60 60 100%

Changkat Melintang 56 56 100%

Page 22: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

22 | P a g e

6) KPI Disiplin ENT

Indicator 2 Waiting time to see doctor at the Specialist Clinic (T1). ≥ 90 % patients are seen within 90 minutes.

Tempoh Name of Hospital Numerator(N) Denominator (D) RATE (N/D) Masa paling lama Ulasan

Jan-Jun 2010 Raja Permaisuri Bainun, Ipoh 3000 3000 100%

Taiping 4687 4687 100%

Teluk Intan 1184 1225 96.65%

2 jam Kekurangan Pegawai Perubatan Adakala terdapat kes kecemasan yang perlu diutamakan Terdapat prosedur perlu dilakukan semasa sesi klinik

Seri Manjung NA NA NA

Slim River NA NA NA

Batu Gajah NA NA NA

Kuala Kangsar NA NA NA

Parit Buntar 148 148 100%

Tapah NA NA NA

Sungai Siput NA NA NA

Kampar NA NA NA

Selama 65 65 100%

Gerik NA NA NA

Changkat Melintang NA NA NA

Page 23: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

23 | P a g e

7) KPI Disiplin Ophtalmologi

Indicator 1 Waiting time (T1) to see a doctor at the Specialist Clinic. ≥ 90% of the patients are seen within ( ≤) ninety (90) minutes

Tempoh Name of Hospital Numerator N) Denominator (D) RATE (N/D) Masa paling lama Ulasan

Jan-Jun 2010 Raja Permaisuri Bainun, 657 675 97.3% 2 jam Menunggu prosedur seperti eye dilatation

Taiping 8689 9320 93.2% 2 jam Menunggu prosedur yang perlu dilakukan

seperti eye dilatation,refraction,AVF

Teluk Intan 9683 10227 94.68% 2 jam Kekurangan Pegawai Perubatan

Seri Manjung 4307 4756 90.6% 3 jam Menunggu prosedur seperti eye dilatation,vision

test,dressing

Slim River NA NA NA

Batu Gajah NA NA NA

Kuala Kangsar NA NA NA

Parit Buntar 32 32 100%

Tapah NA NA NA

Sungai Siput NA NA NA

Kampar NA NA NA

Selama NA NA NA

Gerik 161 161 100%

Changkat Melintang NA NA NA

8) KPI Disiplin Dermatologi

Indicator 2 Waiting time to see the doctor at the skin Specialist Clinic. ≥ 80% of patients should be seen within (≤ ) 90 minutes

Tempoh Name of Hospital Numerator(N) Denominator (D) RATE (N/D) Masa paling lama Ulasan

Jan-Jun 2010 Raja Permaisuri Bainun, 458 570 80.4%

1½ - 2 jam Bilangan pesakit bertambah ramai, pakar hanya seorang di negeri ini.

Page 24: LAPORAN KAJIAN MASA MENUNGGU KLINIK …jknperak.moh.gov.my/v4/images/stories/laporan/LaporanKajianMasa...Klinik Pakar Psikiatri ... Ini boleh dilihat did alam gambarajah dibawah dimana

24 | P a g e

9) KPI Disiplin Psikiatri

Indicator 2 Waiting time to see the doctor at Specialist Clinic. ≥ 90% of patients seen within 90 minutes after registration

Tempoh Name of Hospital Numerator(N) Denominator (D) RATE (N/D) Masa paling lama Ulasan

Jan-Jun 2010

Raja Permaisuri Bainun, 150 150 100%

Taiping 4990 4990 100%

Teluk Intan 3642 4218 86.34% 2 jam Pesakit mendaftar kemudian pergi ke tempat lain

Seri Manjung 2245 2245 100%

Slim River 314 314 100%

Batu Gajah 50 50 100%

Kuala Kangsar 113 119 95.42% 2 jam Pesakit mendaftar kemudian keluar

Parit Buntar 93 96 96.88% 2 jam Pesakit daftar kemudian pergi ke tempat lain

Tapah 224 224 100%

Sungai Siput 156 156 100%

Kampar 100 103 97.08% 2 jam sesi kaunseling lama

Selama 57 57 100%

Gerik 124 124 100%

Changkat Melintang 77 77 100%

HBUK 5260 5297 99.3% 1½ - 2 jam Doktor ada kes kecemasan / kes lain di wad