peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · peribahasa 600 peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44...

9
1 1. Adat bersendi syarak, sejarak bersendi adat Makna Segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama Ayat Jangan lakukan sesuatu dengan sesuka hati, ingatlah adat bersendi syarak, sejarak bersendi adat. 2. Ada air adalah ikan Makna Barang di mana kita tinggal ada juga rezeki Ayat Rezeki ada di mana-mana kerana ada air adalah ikan. 600 Peribahasa

Upload: others

Post on 08-Aug-2020

20 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

1

1. Adat bersendi syarak, sejarak bersendi adat

Makna Segala perbuatan hendaklah jangan bertentangan dengan adat dan agama

Ayat Jangan lakukan sesuatu dengan sesuka hati, ingatlah adat bersendi syarak, sejarak bersendi adat.

2. Ada air adalah ikan

Makna Barang di mana kita tinggal ada juga rezekiAyat Rezeki ada di mana-mana kerana ada air

adalah ikan.

600Peribahasa

600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM

Page 2: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD

3. Air tenang jangan disangka tiada buaya

Makna Orang pendiam jangan disangka bodoh atau penakut

Ayat Pemuda itu hendaklah didekati juga kerana air tenang jangan disangka tiada buaya.

4. Hidup dikandung adat, mati dikandung tanah

Makna Setiap orang harus mentaati adat selama hidup dan jangan pula melupakan bahawa dia akan mati

Ayat Kita tidak boleh melakukan sesuatu pekerjaan dengan sewenang-wenangnya kerana hidup dikandung adat, mati dikandung tanah.

600 Peribahasa 2016.indd 2 12/8/2015 11:03:44 PM

Page 3: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

40 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD

132. Tak pernah masuk gelanggang bergong

Makna Tercengang-cengang kehairananAyat Biarlah Ah Chong kehairanan kerana dia tak

pernah masuk gelanggang bergong.

133. Bergelanggang di tepi matanya, bergelanggang mata orang banyak

Makna Sudah terang dan nyata sekaliAyat Aku fikir aku tidak perlu beri keterangan

lagi kerana semuanya bergelanggang di tepi matanya, bergelanggang mata orang banyak.

134. Geleng seperti si patung kenyang

Makna Berjalan dengan sombongnyaAyat Baru sahaja naik pangkat sedikit, sudah geleng

seperti si patung kenyang.

600 Peribahasa 2016.indd 40 12/8/2015 11:03:51 PM

Page 4: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

41

600 PERIBAHASA

135. Habis geli oleh geletek, habis bisa oleh biasa

Makna Kalau sudah biasa, sengsara pun akan tidak dirasai lagi

Ayat Razali sudah biasa hidup susah, oleh itu habis geli oleh geletek, habis bisa oleh biasa.

136. Menggeli induk ayam

Makna Memberanikan seseorang penakutAyat Jali Tahu Ah Meng penakut, oleh itu dia

menggeli induk ayam.

137. Geluk tinggal di air (bagai)

Makna Orang yang melarat hanya menunggu bantuan orang

Ayat Keluarga itu sungguh melarat bagai geluk tinggal di air.

138. Tupai bergelut (bagai)

Makna Perihal kehebatan langkah dan lain-lain seorang pendekar

Ayat Kedua-dua orang pendekar itu menunjukkan kehebatan bagai tupai bergelut.

600 Peribahasa 2016.indd 41 12/8/2015 11:03:51 PM

Page 5: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

77

600 PERIBAHASA

257. Biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas

Makna Berhenti kerja dengan kemahuan sendiri adalah lebih baik daripada dipecat

Ayat Jika kamu tidak suka lagi bekerja di sini, biar jatuh terletak, jangan jatuh terhempas.

258. Jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa

Makna Orang yang banyak mengembara dan lama hidup itu tentu sekali banyak pengalamannya dan luas pemandangannya

Ayat Pemuda itu terpilih sebagai pengurus syarikat itu kerana jauh berjalan banyak pemandangan, lama hidup banyak dirasa.

600 Peribahasa 2016.indd 77 12/8/2015 11:03:56 PM

Page 6: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

78 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD

259. Jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor

Makna Orang yang berani bercakap besar di belakang sahaja

Ayat Tindakan anda semua tidak bererti kalau jauh menyalak kuat, dekat mencawat ekor.

260. Jauh panggang dari api

Makna Jawapan atau sindiran yang tidak tepatAyat Bagaimana hendak lulus kerana jawapan

kamu jauh panggang dari api.

261. Menjemur sementara hari panas

Makna Kesempatan yang baik itu janganlah dilepaskan

Ayat Kata orang kesempatan tidak datang selalu, oleh itu menjemur sementara hari panas.

262. Yang sejengkal tiada dapat jadi sehasta

Makna Kalau nasib sudah tidak baik, betapa pun diusahakan tentu tidak akan berjaya

Ayat Semuanya bergantung pada nasib kita kerana yang sejengkal tiada dapat jadi sehasta.

600 Peribahasa 2016.indd 78 12/8/2015 11:03:56 PM

Page 7: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

159

600 PERIBAHASA

523. Sambil menyelam minum air

Makna Sekali melakukan pekerjaan dua tiga maksud tercapai

Ayat Ah Foong pemuda yang rajin, dia sambil menyelam minum air, pendapatannya tentulah berganda.

524. Hendak terbang, tiada bersayap

Makna Hendak berbuat sesuatu tetapi tidak berupayaAyat Sue Lee yang masih muda hendak menjadi

pengurus syarikat ayahnya seumpama hendak terbang, tiada bersayap.

600 Peribahasa 2016.indd 159 12/8/2015 11:04:08 PM

Page 8: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

160 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD

525. Dari semak ke belukar

Makna Meninggalkan sesuatu yang buruk, tetapi mendapat yang buruk juga

Ayat Dia berhenti di syarikat itu dengan harapan mendapat gaji yang tinggi di syarikat baru, rupa-rupanya dari semak ke belukar.

526. Sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira

Makna Orang yang kelihatan soleh tetapi suka mengerjakan perkara yang terlarang

Ayat Semua sahabat handai mengenali Tuan Pang berhati mulia tetapi rupa-rupanya dia sembahyang mencari akal, rukuk mencari kira-kira.

527. Menyembelih ayam dengan pisau, menyembelih orang dengan kapas

Makna Manusia harus diperlakukan dengan lemah lembut

Ayat Kamu harus mengambil hati bapa saudara kamu kerana menyembelih ayam dengan pisau, menyembelih orang dengan kapas.

600 Peribahasa 2016.indd 160 12/8/2015 11:04:08 PM

Page 9: Peribahasa - prestasicemerlang.my€¦ · Peribahasa 600 Peribahasa 2016.indd 1 12/8/2015 11:03:44 PM. 2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD 3. Air tenang jangan disangka tiada

Beli sekarang diwww.lazada.com.my/shop/prestasi/

atau Whatsapp ke 011-6099 0899

ISBN 978-983-166-394-3