peribahasa melayu pt3

21
1 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T PERIBAHASA MELAYU PT3 BIL PERIBAHASA MAKNA Gambar 1. Air beriak tanda tak dalam Orang yang banyak bercakap besar atau suka meninggi diri sedangkan ilmu yang dimiliki tidak tinggi. 2. Alang-alang berminyak biar licin Peribahasa sinonim: Alang-alang mandi, biar basah. Membuat sesuatu biarlah bersungguh- sungguh sehingga mencapai tujuan yang dikehendaki. 3. Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu yang jahat, biarlah sampai beroleh manfaatnya. 4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik di air mati kehausan Sangat menderita kesusahan meskipun bergaji besar (beristerikan atau bersuamikan orang kaya) atau hidup miskin di negara yang kaya dan makmur.

Upload: wanabdulmustaqim-wanbuanan

Post on 10-Feb-2016

303 views

Category:

Documents


21 download

DESCRIPTION

peribahasa

TRANSCRIPT

Page 1: PERIBAHASA MELAYU PT3

1 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

PERIBAHASA MELAYU PT3

BIL PERIBAHASA MAKNA Gambar

1. Air beriak tanda tak dalam

Orang yang banyak bercakap besar

atau suka meninggi diri sedangkan

ilmu yang dimiliki tidak tinggi.

2. Alang-alang berminyak biar licin

Peribahasa sinonim:

Alang-alang mandi, biar basah.

Membuat sesuatu biarlah bersungguh-

sungguh sehingga mencapai tujuan

yang dikehendaki.

3. Alang-alang menyeluk pekasam,

biar sampai ke pangkal lengan

Kalau sudah terlanjur berbuat sesuatu

yang jahat, biarlah sampai beroleh

manfaatnya.

4. Ayam di kepuk mati kelaparan, itik

di air mati kehausan

Sangat menderita kesusahan meskipun

bergaji besar (beristerikan atau

bersuamikan orang kaya) atau hidup

miskin di negara yang kaya dan

makmur.

Page 2: PERIBAHASA MELAYU PT3

2 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

5. Bagai air mencari jenisnya Berusaha untuk mencari ilmu dengan

tidak berhenti-henti; usaha dengan

tidak mengenal erti susah payah.

6. Bagai ayam disambar helang Mati tanpa sakit.

7. Bagai cendawan tumbuh selepas

hujan

Terlalu banyak pada sesuatu masa.

8. Bagai cincin dengan permata Pasangan pengantin yang sepadan.

Contoh ayat: Suami isteri itu sama

cantik sama padan seperti cincin

dengan permata.

Page 3: PERIBAHASA MELAYU PT3

3 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

9. Bagai kerakap tumbuh di batu,

hidup segan mati tidak mahu

Hidup dalam kemiskinan/ kesusahan.

Kerakap sebangsa sirih tetapi tidak

dimakan orang.

10. Bagai layang-layang putus tali Tiada berpedoman atau sudah putus

harapan, dan hanya bergantung pada

nasib sahaja.

11. Bagai minyak dengan air Orang baik kalau duduk dengan orang

jahat tidak akan menjadi jahat.

12. Bagai murai dicabut ekor Orang yang suka bercakap.

Perempuan yang suka bercakap

banyak.

Contoh ayat: Suasana di dalam kelas

3P2 riuh oleh suara Nadiah yang

becok bagai murai di-

cabut ekor.

Page 4: PERIBAHASA MELAYU PT3

4 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

13. Bagai pucuk dilancarkan Amat cepat.

14. Bagaimana acuan begitulah

kuihnya

Perangai anak biasanya mengikut

orang yang mengasuhnya.

15. Baik membawa resmi padi daripada

resmi lalang

Tidak sombong; rendah diri.

16. Belayar sambil memapan, merapat

sambil belayar

Sesekali melakukan pekerjaan dua tiga

maksud tercapai. Melakukan sesuatu

pekerjaan pada pertama kalinya

mungkin gagal tetapi setelah dua tiga

kali melakukannya, kita akan berjaya

melakukannya.

Page 5: PERIBAHASA MELAYU PT3

5 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

17. Belum duduk sudah berlunjur Belum memperoleh sesuatu yang

dikehendaki, sudah bergirang hati atau

gembira lebih dulu.

18. Berat mata memandang berat lagi

bahu memikul

Betapa berat kita melihat kesusahan

yang dialami oleh seseorang, berat lagi

penderitaan itu pada orang yang

menanggungnya.

19. Berjagung-jagung dahulu sementara

padi masak

Sementara menunggu benda yang

baik, lakukan juga perkara-perkara

yang berfaedah.

20. Biar jatuh terletak, jangan jatuh

terhempas

Lebih baik menarik diri terlebih

dahulu sebelum diberhentikan dengan

tidak terhormat.

Page 6: PERIBAHASA MELAYU PT3

6 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

21. Biar mati anak jangan mati adat Adat yang tidak boleh dilanggar.

22. Biar putih tulang jangan putih mata Lebih baik mati daripada menanggung

malu.

23. Carik-carik bulu ayam , lama-

kelamaan bercantum juga

Perselisihan faham antara saudara-

mara dan adik-beradik tidak

berpanjangan, akhirnya akan berbaik

semula.

24. Diam-diam ubi berisi; diam-diam

besi berkarat

Orang berilmu yang berdiam diri lebih

baik daripada orang diam tetapi tidak

berilmu.

Page 7: PERIBAHASA MELAYU PT3

7 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

25. Diibaratkan sebagai condong

ditumpil, lemah dianduh

Memberi pertolongan kepada orang-

orang di dalam kesusahan.

26. Dimana ada kemahuan, disitu ada

jalan

Seseorang yang bercita-cita tinggi

akan berusaha untuk mencapainya.

KEMAHUAN

27. Genggam bara api biar sampai jadi

arang

Membuat sesuatu pekerjaan yang

susah, hendaklah sabar sehingga

mencapai kejayaannya.

Page 8: PERIBAHASA MELAYU PT3

8 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

28. Harimau mati meninggalkan

belang; manusia mati

meninggalkan nama

Orang baik meninggalkan nama baik,

orang jahat meninggalkan nama jahat.

Setiap manusia akan dikenang kerana

jasa dan budi yang telah dilakukan

semasa hidupnya.

29. Hendak belajar berenang dapatkan

itik, hendak belajar memanjat

dapatkan tupai

Hendak mengetahui sesuatu perkara

bertanyalah kepada orang yang mahir

tentang sesuatu perkara itu.

30. Hendak seribu daya tak hendak

seribu dalih

Setiap yang berkemahuan, tentu ada

jalan.

31. Ibarat burung, mata terlepas badan

terkurung

Tidak ada kebebasan atau

kemerdekaan.

Contoh ayat: Rakyat di negara jajahan

komunis itu ibarat burung,mata

terlepas badan terkurung.

Page 9: PERIBAHASA MELAYU PT3

9 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

32. Jika ada kemenyan sebesar lutut

pun, jika tidak dibakar tidak akan

berbau

Kepandaian hendaklah diajarkan

kepada orang lain, kerana kalau

disimpan akan hilang begitu sahaja.

33. Kalau tak berada-ada tak akan

tempua bersarang rendah

Tentu ada sebab yang tersembunyi

menyebabkan sesuatu hal terjadi @

Setiap kejadian meninggalkan kesan.

34. Kalau tiada rotan akar pun berguna Sesuatu perkara yang dihajatkan

sekiranya tidak dapat diperolehi

memadai dengan apa yang ada.

35. Kalau tidak dipecahkan ruyung

manakan dapat sagunya

Kita tidak akan mendapat hasil jika

tidak berusaha.

Rendah

Page 10: PERIBAHASA MELAYU PT3

10 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

36. Kalau tidak kerana angin tidak akan

pokok bergoyang

Kalau terjadi sesuatu hal tentu ada

sebab-sebabnya.

37. Sebagai gembala diberi keris Orang yang mendapat sesuatu yang

tidak berguna.

38. Sekali membuka pura, dua tiga

hilang berbayar

Sekali melakukan pekerjaan dua tiga

maksud tercapai.

39. Semacam besar pacak daripada

tiang

Belanja lebih besar daripada

pendapatan.

Kecil Besar

Page 11: PERIBAHASA MELAYU PT3

11 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

40. Seperti air dalam dulang Negeri yang aman sentosa.

41. Seperti api di dalam sekam Kejahatan yang dilakukan secara

diam-diam atau tanpa disedari

42. Seperti aur dengan tebing Dua orang yang berkawan rapat dan

saling membantu

Contoh ayat : Kita tidak boleh hidup

menyendiri sebaliknya hiduplah

seperti aur dengan tebing.

43. Seperti aur ditarik songsang Pekerjaan atau perkara yang sukar

diselesaikan kerana sudah tersalah

jalan.

Air

Aur

Tarik

Page 12: PERIBAHASA MELAYU PT3

12 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

44. Seperti embun dihujung rumput Tidak kekal

45. Seperti harimau menyembunyikan

kukunya

Orang yang menyembunyikan

kelebihannya.

46. Seperti hujan jatuh ke pasir Nasihat yang tidak dihargai atau

sesuatu pekerjaan yang sia-sia.

Contoh ayat: Nasihat kaunselor

kepada pelajar itu tidak ubah seperti

hujan jatuh ke pasir kerana

kedegilannya.

47. Seperti lintah menghisap darah Meletakkan faedah yang tinggi;

menipu dengan cara lemah lembut.

Page 13: PERIBAHASA MELAYU PT3

13 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

48. Seperti lipas kudung Selalu bergerak dengan cepat.

49. Bagai menatang minyak yang

penuh

Memelihara anak dengan penuh kasih

sayang.

50. Ular menyusur akar tidak akan

hilang bisanya

Orang besar yang merendahkan diri

tidak akan jatuh martabatnya.

Contoh ayat : Sekalipun beliau bergaul

dengan orang kebanyakan, namun hal

itu bagai ular menyusur akal takkan

hilang bisanya.

51. Yang dikejar tak dapat yang

dikendong berciciran

Terlalu tamak untuk mencari

keuntungan hingga menyebabkan

kehilangan sesuatu yang sudah

dimiliki.

Page 14: PERIBAHASA MELAYU PT3

14 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

PERIBAHASA TINGKATAN 4 & TINGKATAN 5

Bil Peribahasa Maksud

1. Seperti baung kena tukul Suara yang merungut kerana tidak puas hati.

2. Seperti dihiris dengan sembilu Perasaan yang pedih sekali.

3. Seperti hujan jatuh ke pasir Berbuat baik tidak pada tempatnya/ kebaikan yang

sia-sia.

4. Seperti kacang lupakan kulit Tidak mengenang budi atau jasa.

5. Seperti menepuk air di dulang

terpercik ke muka sendiri

Menceritakan aib sendiri atau aib kaum keluarga.

6. Seperti meniup api dalam air Pekerjaan yang sangat sukar.

7. Umpama bersuluh di tengah hari Merupakan perbuatan yang bodoh apabila

bertanyakan sesuatu yang sudah diketahui/ mensia-

siakan sesuatu.

8. Umpama si buta baru celik Seseorang yang bersikap sombong kerana baru

beroleh kekayaan (kemuliaan).

9. Berjalan pelihara kaki, bercakap

pelihara lidah

Hendaklah selalu beringat-ingat apabila melakukan

sesuatu perkara.

10. Biar mati anak jangan mati adat Jika anak sendiri yang melanggar adat, dia mesti

dihukum.

11. Bukit sama didaki , lurah sama

dituruni

Perhubungan yang sangat akrab, susah senang tetap

bersama.

12. Bulat air kerana pembetung, bulat

kata kerana muafakat

Keputusan sebulat suara / berkerjasama

13. Hati gajah sama dilapah, hati

kuman sama dicecah

Pembahagian yang sama adil

14. Hidup kayu berbuah , hidup

manusia biar berjasa

Semasa hidup hendaklah berbuat baik pada diri

sendiri dan masyarakat.

15. Hidup tidak kerana tuah, mati

tidak kerana sumpah

Berusahalah dengan daya usaha sendiri tanpa

mengharapkan bantuan orang.

16. Hilang bahasa, lenyaplah bangsa Bahasa akan hilang apabila bangsanya tidak

menggunakan bahasanya itu.

Page 15: PERIBAHASA MELAYU PT3

15 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

Bil Peribahasa Maksud

17. Ibarat telur serangkak, pecah

sebiji, pecah semuanya

Orang yang bermuafakat akan setia antara satu

sama lain.

18. Jika tidak dipecahkan ruyung,

manakan dapat sagunya

Cita-cita tidak akan tercapai jika tidak bersusah

payah dahulu.

19. Kalau nak tahu jahat seseorang

tanya seterunya, kalau nak tahu

baik seseorang tanya sahabatnya

Setiap kebaikan atau keburukan seseorang itu dapat

diketahui melalui musuh atau kawannya.

20. Masuk kandang kambing

mengembek, masuk kandang

kerbau menguak

Perlu menyesuaikan diri di mana-mana kita berada.

21. Menyambung biar panjang,

menyebar biar lebar.

Melakukan sesuatu itu biarlah memberi faedah.

22. Sediakan payung sebelum hujan Bersiap sedia sebelum terjadi sesuatu yang kurang

baik.

23. Sedikit-sedikit lama-lama jadi

bukit

Kerja yang dilakukan secara beransur-ansur akan

mencapai kejayaan.

24. Siapa menjala siapa terjun, siapa

berhutang siapa membayar

Siapa yang berkehendak dialah yang berusaha.

25. Yang bulat tidak datang

menggolek, yang pipih tidak

datang melayang

Seseorang tidak akan mendapat keuntungan dengan

mudah.

26. Yang dikejar tidak dapat,, yang

dikendong berciciran

Sesuatu yang diusahakan tidak akan mendapat

hasilnya dan yang ada di tangan

27. Yang kurik itu kendi, yang merah

itu saga, yang baik itu budi yang

indah itu bahasa.

Yang baik dan indah itu ialah budi dan bahasa

bukannya rupa.

28. Besar pasak dari tiang Perbelanjaan yang lebih besar daripada pendapatan.

29. Genggam bara api biar sampai

jadi arang

Mengerjakan sesuatu yang sukar hendaklah

bersabar sehingga mencapai kejayaan.

30. Membuah mahu menuras tidak Membuat sesuatu pekerjaan tetapi malas belajar

untuk menambahkan pengetahuan tentang

pekerjaan itu.

Page 16: PERIBAHASA MELAYU PT3

16 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

Bil Peribahasa Maksud

31. Orang penyegan susah makan Orang yang malas bekerja hidupnya susah.

32. Rajin bekerja mudah belanja Orang yang rajin bekerja hidupnya senang.

33. Setitik dijadikan laut sekepal

dijadikan gunung

Membesar-besarkan perkara yang kecil.

34. Bahasa mencerminkan jiwa Kata-kata yang diujarkan sebenarnya lahir daripada

jiwa.

35. Bertangguh itu pencuri masa Tidak wajar berlengah-lengah apabila melakukan

sesuatu.

36. Berusahalah kamu seolah-olah

kamu akan hidup seribu tahun

Bekerja dan beramal secara seimbang.

37. Cegah sebelum parah Sebelum berlakunya perkara buruk, perlulah

ditegah sesuatu perbuatan yang tidak baik.

38. Jauh berjalan, , luas pengalaman Semakin jauh kita berjalan pengetahuan akan turut

bertambah.

39. Muafakat membawa berkat Bekerjasama pasti mendatangkan kebaikan sampai

bila-bila.

40. Negara bersih, rakyat sihat Negara yang tidak kotor menyebabkan masyarakat

hidup dalam kesejahteraan.

41. Rajin dan usaha tangga kejayaan Usaha yang bersungguh-sungguh akan

mendatangkan kejayaan.

42. Syurga itu di bawah telapak kaki

ibu

Anak tidak boleh menderhaka kepada ibu bapa.

Page 17: PERIBAHASA MELAYU PT3

17 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

PERIBAHASA MELAYU SINONIM

Bil Peribahasa Maksud

1. Carik-carik bulu ayam akhirnya bercantum jua

Air dicencang tak akan putus

(Perbalahan antara adik beradik

tidak kekal lama, lama kelamaan akan

berbaik-baik jua)

2. Belut pulang ke lumpur

Haruan pulang ke lubuk

(Perantau yang pulang semula ke

tempat asal)

3. Api dalam sekam

Gunting dalam lipatan

Musuh dalam selimut

(Musuh yang ada dalam kalangan

sesuatu kumpulan tanpa disedari)

4. Membuka pekung di dada

Menepuk air di dulang terpercik ke muka

sendiri

(Mendedahkan keburukan ahli

keluarga akan mengaibkan diri

sendiri)

5. Seekor kerbau membawa lumpur habis semua

terpalit

Kerana nila setitik, rosak susu sebelanga

(Disebabkan perbuatan seorang,

semua yang lain turut terkena

akibatnya)

6. Sudah dapat gading bertuah, tanduk tidak

berguna lagi

Habis madu, sepah dibuang

(Apabila memperoleh barangan yang

lebih baik, barang yang lama tidak

diperlukan lagi)

7. Lain padang lain belalang

Banyak udang banyak garam, banyak orang

banyak ragam

Lain dulang lain kakinya

Rambut sama hitam, hati lain-lain

(Manusia mempunyai sikap yang

berbeza antara satu sama lain)

8. Bagai isi dengan kuku

Bagai aur dengan tebing

Bagai dakwat dengan kertas

(Persahabatan yang sangat akrab dan

hidup saling tolong-menolong)

Page 18: PERIBAHASA MELAYU PT3

18 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

Bil Peribahasa Maksud

9. Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama

dicecah

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing

Bukit sama di daki, lurah sama dituruni

(Susah senang dihadapi bersama)

10. Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi

Bagaimana acuan, begitulah kuihnya

Bapa borek, anak rintik

(Seseorang yang akan mengikut sifat

dan tingkahlaku bapanya)

11. Masuk telinga kiri keluar telinga kanan

Mencurah air ke daun keladi

Mencurah garam ke laut

(Pesanan atau nasihat tidak

dipedulikan atau tidak memberi kesan

kepada pendengar)

12. Genggam bara api biar sampai jadi arang

Alang-alang mandi biar basah

(Berbuat sesuatu pekerjaan biarlah

bersungguh-sungguh sehingga

mencapai kejayaan)

13. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat

sagunya

Pengayuh sayang dibasahkan, sampan tidak

akan sampai ke seberang

(Usaha diperlukan untuk mendapat

sesuatu yang dihajati)

14. Mendengar guruh di langit, air di tempayan

dicurahkan

Burung terbang dipipiskan lada

Belum duduk sudah berlunjur

(Mengharapkan sesuatu yang belum

tentu, barang yg tersedia dilepaskan)

15. Telur di hujung tanduk

Retak menanti belah

(Keadaan yang sangat genting, hanya

menunggu masa untuk musnah)

16. Embun di hujung rumput

Abu di atas tunggul

(Keadaan yang tidak tetap dan tidak

kekal lama)

17. Menangguk di air keruh

Menahan lukah di pergentingan

(Mengambil kesempatan dalam

suasana gawat atau atas kesusahan

orang lain)

Page 19: PERIBAHASA MELAYU PT3

19 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

Bil Peribahasa Maksud

18. Bagai pinang di belah dua

Bagai cincin dengan permata

Seperti cincin terlekat di jari

Tanduk bersendi gading

(Padanan yang sesuai)

19. Sarang tebuan jangan dijolok

Lembu dogol jangan dibalun

(Orang yang diam jangan dikacau

kelak buruk padahnya)

20. Bagai ayam naik ke surau

Bagai bertandang ke rumah janda

(Bertamu ke rumah yang tidak

memberikan sebarang hidangan

kepada tetamu)

21. Bagai ayam yang kecundang

Mau berani, mati takut

Pelanduk di cerang rimba

Jiwa bergantung id hujung rambut

Bagai kambing dalam biduk

(Berada dalam keadaan ketakutan)

22. Bagai balak terendam

Seperti badak berendam

Seperti sumpit abu ditegakkan

(Orang yang gemuk malas bergerak)

23. Bagai beliung dengan asahan

Seperti belangkas

Bagai dakwat dengan kertas

(Tidak pernah berpisah)

24. Bagai belut digetir

Bagai pucuk dilancarkan

Pantas seperti kilat

(Cepat sekali)

25. Bagai berseru di padang pasir

Seperti memekik di padang luas

(Seruan yang tidak diendahkan

orang)

26. Bagai dihiris dengan sembilu

Seperti pedang bermata dua

Kena parang bermata dua

(Terasa amat perit atau pedih sekali)

27. Bagai gembala diberi keris

Seperti kera diberi bunga

(Pemberian yang tidak mendatangkan

faedah/ tidak dihargai)

28. Api padam puntung berasap

Rumah sudah pahat berbunyi

Berbalik-balik bagai kuda terceret

(Perkara yang sudah diselesaikan,

tetapi ditimbulkan kembali)

Page 20: PERIBAHASA MELAYU PT3

20 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

Bil Peribahasa Maksud

29. Ayam menang kampung tergadai

Untung ada tuah tidak

(Keuntungan yang diperoleh tidak

mendatangkan faedah)

30. Bagai air mencari jenisnya

Biar penat badan asalkan senang hati

(Berusaha untuk mencari ilmu tanpa

mengenal erti penat lelah)

31. Bagai anjing beranak enam

Tinggal jangat pembalut tulang

Tinggal tulang dengan kulit

(Amat kurus)

32. Bagai aur di atas bukit

Secubit tiada menjadi segengam

Beras secupak tak akan menjadi segantang

(Berserah kepada nasib sahaja)

Page 21: PERIBAHASA MELAYU PT3

21 [email protected] BM.Tutor Cikgu Law.T.T

PT3 & SPM

user