adaptas.l peribahasa melay li dalam ka rya arca wam peribahasa melayu dalam karya... · adaptas.l...

24
ADAPTA S.l PERIB AHASA MEL AY lI DAL AM KA RYA AR CA WAM Muhammad Z aidi Bin Yusoff Jjazah Sa rjana Muda Se lli Gunaan dengan Kepu jillll (Seni H alus) 2017

Upload: trinhque

Post on 02-Mar-2019

280 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM

Muhammad Zaidi Bin Yusoff

Jjazah Sarjana Muda Selli Gunaan dengan Kepujillll (Seni H alus)

2017

Page 2: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

ADAPTASI PERJBAHASA MELAYU DALAM KARYA AReA AWAM

Muhammad Zaidi Bin Yusoff

Projek ini mel1lpakan sa lah sa tu keperluan untuk

Ijaza h Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian

(Seni Halus)

Fakuhi Seni Gunaan Dan Kreatif

lJNlVERSITI MALAYSIA SARAW AK

20 17

- - . ., .

Page 3: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK

Grade: ~'---___

Please tick (..J)

Final Year Project Report [[]

I'vlasters D PhD D

DECLARATION OF ORIGINAL WORK

This declaration is made on the ... ?}5 ......day of j)e,(., . .... 2017.

Student's Declaration:

I, MUHAMMAD ZAIDI BIN YUSOFF (47837) FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE

ARTShereby declare that the work entitled ADAPTASI PERIBAHASA MELAYU DALAM KARYA AReA AWAM is my original work. 1 have not copied from an.Y other students' work or from any other

sources except where due reference or acknO\vledgement is made explicitly in the text, nor has any

part been written for me by another person.

Da Le submitted Muhammad Zaidi Bin Yusoff (47837)

Supervisor's Declaration:

I,MISS ANISSA ABDUL AZIZ here by certifies that the work entttled ADAPTASI PERIBAHASA MELAYU DALAM KARYA AReA AWAM was prepared by the above named student, and was

submitted to the "FACULTY OF APPLIED AND CREATIVE ARTS" as a *partiallfull fulfillment for

the conIerment of BACHELOR OF APPLIED ARTS (HONS.) FINE ART and the aforementioned

work, to the best of my knowledge, is the said student"s work.

R.eceived for examination by:

f O(L0 o-~ ,.

_ I2. ' _.L__Miss Anissa Abdul Aziz (Su;1rviSOr) Date:_:Z_8 .__~ !f

Page 4: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

I decla re t ha t Project/Thesis is cla ssified as (please Ilck (~» :

o CONFIDENTIAL (Conta ins conflde n tlallnforma tlOn und er the OffIcial Secre t Act 1972)' ORESTRI CTED (Contai ns restricted mformation a s specifie d by the organi satlOn whe re

resea rch wa s done)* [IJ OPEN ACCESS

Validation of Project/Thesi s

I therefore duly affIrmed with free consent and wIllingness declare that this said Proj ect/Thes Is sh a ll be placed offl cially In the Centre for AcademIc InformatlOl1 Services wIth the ablding interest a nd ri ghts as follows :

• This Project/ThesIs IS the sole legal property of Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

• The Centre for A.ca demic Information Services has the Imvful right to make copi es for th e purpose of academic and research only and not for other purpose .

• Th e Centre for Academic InformatIOn Services has the lawful r igh t t.o digi ta lisc the content for the Local Content Database.

• The Centre for Academic Information Services has the lawful n ghl milke copies of the ProJ ecUTh eslS for academic exchange between HIgher Learning InstItute .

• No dIspute or any claIm shall anse from the student Itself neIthe r thIrd pa rty on thIS

PrOJ ect/Thesis once it becomes the sole property of UNIMAS. • Thi s ProJect/Thesis or any material , data and information related to It sha ll not be

dis tributed, published or disclosed to any party by the student except with UNIMAS

p ermission.

(' ),..;J,. (( !Jh ign ature(-l\J -(}-- -- ~p~JkStude nt S ~--I1-:-:-::-~A :>-A' t)-t-Ij-'IJ- ) ~s.;~~"ViSOr S lgnature(~~ ,<:.---:

C urre n t Address:

47837 , 234C KAMPUNG DALAM RHU, 16200 TUMPAT, KELANTAN

Notes: * If the Projectrrhes is is CONFIDENTIAL or RESTRl CTED, please a ttach toge the r as a nnexure a le tte r from Lb e organization with the pe r iod a nd reasons of confide n tiality a nd restrict ion .

[The ins trum e n t IS duly prepa red by The Ce ntre for Academic Information Services]

ii

"I ... ,

Page 5: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

PENGESAHAN

Projek bertajuk Adaptasi Peribahasa Melayu Dalam Karya Area Awam telah disedi akan oleh

Muhammad Zaidi Bin Yusoff dan lelah d iserahkan kepada Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif

sebagai rnernen uhi sya rat untllk Jjazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepllj ian (Seni

Halus) .

Oi terirn aun tu kd i peri ksaoleh:

Tarikh

iii

Page 6: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

PENGAKUAN

Ad31ah ini dia kui bahawa saya, Muhammad Zaidi Bin Yusoff di sertai penuli san ya ng bert3juk

Adaptasi Peribahasa Melayu Dalam Karya Area Awam sebaga i sebahagian daripada

keperluan untuk lj azah Saljana Muda Seni Gunaan c1engan Kepujian (Seni Halus) .

Saya mengaku bahawa tiada bahagian c1alam penyelidikan ini te lah digunakan sebagai sokongan

untuk sesuatu ijazah atau mana-mana kedudukan, sama ada kepac1a univers iti atau institu si

pengajian tinggi yang lain.

Dised iakan o leh:

Muhammad Zaidi Bin Yusoff (47837)

Tarikh:

iv

Page 7: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

PENGHARGAAN

B ism illah irrah mann; trall;111 ...

Alhamdullilah, bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat

masa,kesihatan yang baik, nyawa dan tenaga yang dianugerahkan kepada saya dalam menyiapkan

tugasan ini dengan jayanya. Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada

ibu bapa dan keluargayang telah mendoakan kesejahteraan, memberi kasih sayang dan sokongan

yang tidak berbelah bahagi. Mereka yang menjadi pembakar semangat untuk saya meneruskan

pengajian dalam memperbaiki diri ke arah lebih baik.Tanpa berkat doa dan sokongan mereka,

saya tidak dapat merasai setiap kejayaan yang terlakar indah pada hari ini.

Sekalung penghargaan kepada semua pensyarah Program Seni Halus yang banyak

membimbing dan membantu dalam proses pengajian bidang seni visual terutamanya kepada

penyelia saya iaitu Cik Anissa Abdul Aziz di atas kesudian beliau menerima saya sebagai pelajar

di bawah seliaannya. Beliau ban yak memberi tunjuk ajar, nasihat, motivasi dan cadangan­

cadangan yang bernas selia menjadi pembimbing dalam semua pennasalahan sepanJang

menyiapkan projek tahun akhir ini. Segala ihnu yang telah dicurallkan akan digunakan sebaik

mungkin untuk menempuhi alam pekerjaan dan kehidupan pad a masa akan datang.

Tidak dilupakan kepada sahabat sepeljuangan yang turut memberi pandangan dan bantuan

sepanjang saya menjalankan kajian penyelidikan ini. Akhir sekali, terima kasih tidak terhingga

kepada semua pihak yang berkongsi ilmu dari pelbagai sudut pandangan yang membuka minda

serta member; inspirasi secara langsung atau tidak langsung dalam peljaianan kajian dan

penghasilan karya tahun akhir ini. Ini menjadi suntikan semangat positif kepada saya untuk terus

berkarya dan menyumbangkan sesuatu kepada seni visual tempatan. In shaa Allah ...

v

. ,-..., (

Page 8: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

-

lSI KANDUNGAN

PERKARA

nORANGPENGESAHANSTATUSLAPORAN

PENGESAHAN DAN TANDATANGAN PENYELIA

PENGAKUAN PELAJAR

PENGHARGAAN

lSI KANDUNGAN

SENARAI FIGURA

ABSTRAK

BAB 1: PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

1.2 Pem yataa n Masalah

1.3 Obj ekti f Kajian

1.4 Persoa lan Ka j ian

1.4.1 Hipotes is

1.5 Kepentingan Ka j ian

l S I Skop Kaj ian

I S.2. Defini si dan Ten1l3

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2. 1 Karya Seni Halus

2 .1.1 Karya Rupa Tiga Dilllensi

2 . 1.2 Karya A rca

2 .1 3 Katego ri Karya A rca

2 .1.4 Peribahasa Melayu

2 .2 Karya Arti s Rujukan

2.2. 1 Arti s Teillpatan: Jami! Zakaria

VI

HA LAMAN

i - ii

jii

iv

v

vi - vii

v iii - ix

x

J - 3

3 - 4

4 - S

S

S - 6

6

6 - 8

8 - 9

10

10

II - 12

12 - 17

18

18

.,~.

Page 9: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

2.2. 1 Artis Luar Negara

I. Richard Stainthorp

II Barbara Licha

Ill. Sung Hoon Kang

IV. .IX. Brown

23 Kesimpu lan

BAB 3: METODOLOGI PENYELIDIKAN

3.1 Data Primer

3. 1.1 Temu bual

3. 1.2 Eksperimentasi

3.2 Data Skunder

3.2. j Rujukan Bahan Beljilid

3.2. j Rujukan Laman Sesawa ng

33 Kesimpulan

BAB 4: DAPATAN KAJIAN

4.1 Pengenalan

4.2 Ana lisa Karya Peribadi

4.3 Konsep Kajian Dalam PenghasiJan Karya

4.4 Makna Tersirat pada Subjek Gajah

4.4 .1 Proses Penghas iJan Karya

4 .4 Karya Akhir

BAB 5: RUMUSAN KAJIA

BIBLIOGRAFI

19

20

20- 2 1

21- 22

22

23

24

24

24

24 - 25

25

26

26 - 27

27 - 28

29

30 -34

34 - 35

36

37 - 38

vii

Page 10: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

__

SENARAI FIGURA

NO. PERKARA

Roda Basikal, 129.5 X 63 .5 X 41 .9 e m, Roda Logam Oiasaskan

Oi Atas Kayu-Kayu Paint, 1913.

2. Headless Chicken, 122cm (t), Keluli dan Wiremesh, 20 14 .

3. Nude Wi re Sculpture, Sa iz Sebenar, Dawa i Besi, 1996.

4 Angle Wire SClLlpture, Saiz Sebenar, Dawai besi, 20 15 .

5. Chaos and Ol-del', 23.6 T x 23.6 L x 23.6 in , Dawai Bes i, 20 IO.

6. Lion ofthe Wind, Tembaga, Ke luli Tahan Ka rat , 230 x 410 x 135 em, 20 14.

7. Graze, Area, Saiz Sebenar, Logalll , 20 1S.

8. Lakaran idea keadaan bad an gajah.

9. Lakara n awal kepa la gajah da n kedudukan belalai.

10. Lakaran ked uduka n dan pemballagian tu buh gajah yang

asa lnya ingin dipasang di luar da n di dalam sesuatu ruang

II Lakaran kedudukan kaki gajah yang agresif.

12. Lakaran akhir ked udukan gajah yang menghadap kib lat

13 Lakaran akhir yang lebih jelas dengan elemen garisan.

14 . Mockup garisan danjalin8J1 pada badan gajah.

15. Mockup pertama yang menggunakan tanah liat seramik.

16. Jenis dawai yang sedikit teba!.

17. Dawai pa li ng hal us yang digunakan sebagai lililan pada dawa i ya ng tebaL

vi ii

HALA MAN

12

18

19

19

20

20

21

30

30

30

31

31

31

31

31

32

32

.,.~ r

Page 11: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

18. Hasil mockup kedua ya ng menggunakan dawai dan bahan besi

jumpaan dalam membentuk belalai gajah. 32

19 Proses membengkokkan rod besi untuk dikimpalkan. 33

20. Proses kimpalanrod besi mengikut bentukan gajah. 33

21 . Pengolahan bahagian badan gajah untukdisesuaikan dengan bahagian kepalanya. 34

22 . Menyiapkan bahagian kepala gajah untuk dicantumkan dengan bahagian

badannya. 34

23 . Pemilihan tempat perlelakkan karya akhir. 35

24. Karya akhir: "Kalau Gajah La lu' , 7 kaki x 6 kaki, Dawai , Rod Besi ,

Pial Besi dan Simen, 2017 35

25. Kedudukan karya area awam di ruang publik Fakulti Seni Gunaan dan

Krealif (fSGK), UNIMAS 35

ix

_ "I ~ f

Page 12: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

ABSTRAK

Kajian ini adalah berkaitan karya area awam yang melibatkan ruang terbuka dengan teknik yang

bersesuaian tennasuklah kimpalan, ketukan dan sebagainya. Medium area tiga dimensi

dipersembahkan pada garisan-garisan besi membentuk rupa gajah yang merupakan adaptasi

PClibahasa Melayu berikut; 'Gajah Masuk Kampung, Kalau Pohon Tak Tumbang, Rumput Layu

Juga' yang bennaksud; individu yang berkuasa mampu berbuat sesuka hatinya terhadap individu

yang lemah dan juga 'Gajah Sama Gajah Beljuang, Pelanduk Mati di Tengah-Tengah' yang

bennaksud; sekiranya orang-orang yang berkuasa bergaduh, orang bawahan yang mendapat

susah. Dapatan kajian terperinei dan perletakkan Peribahasa Melayu adalah representasi kepada

kekuatan jiwa pada maksud yang mendokong pemilihan bahan yang dipi lih. Dawai, rod dan plat

besi yang dikenali umum adalah bahan yang mempunyai pelhagai sifat tennasuk lah keras,

lembut, ada dawai yang sukar dilcntur dan ada juga besi yang mudah dibentuk menggunakan

suhu api yang bersesuaian. Kedua-dua bahan ini mempunyai eiri-eiri fizikal yang istimewa

apabila diolah dan diuji ketahanannya dalam menteljemahkan idea dan konsep karya tiga

dimensi. Selain mendidik dan member pendedahan kepada umum, karya ini menyentuh aspek

kehidupan melalui peribahasa bemnsur rakyat yang member impak kepada bud3ya bangs a dan

ketamadunan sesebuah masyarakat setempat.

Kata Kunci : Peribahasa Melayu, Area Awam, Ruang Publik.

x

., c~ I

Page 13: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

BAB 1 : PENDAHULUAN

1.1 PENGENALAN

Perubahan dalam era alaf baru telah menyaksikan seni bet1ukar ganti dan penggunaan

bahan semakin berkembang maju. Penggunaan bahan konvensional dan yang berasaskan

teknologi da lam penghasilan sesebuah karya seni sememangnya menampakkan etn-em

kematangan dalam perkembangan seni visual kontemporari masa kini di negara kita. Lantas,

kaj ian ini dilakukan untuk mengkaji dan mengetengahkan bahan konvensional clalam elemen

garisan pada penghasilan karya area tiga dimensi. Hal ini juga, merupakan medium pengueapan

dalam menyampaikan kritikan-kritikan sosial melalui karya seni yang diadaptasi daripada

Peribahasa Melayu yang berdasarkan pemabaman pengkarya terbadap isu terbabit.

Seni area ada lab suatu bentuk dan komposi si dalam susunan tupa tiga dimensi.

Pennukaannya dapat dirasai dan dipandang dari pelbagai sudut. Pengertian area berasa l daripada

Bahasa Latin iaitu ' sculpere' bClmakna sa tu proses mengukir, mencungkil dan menguns. Seni

area mula berkembang dalam seni visual di Malaysia sekitar tahun 1960-an , tetapi ianya diangkat

sebagai sem sam pingan kepada seni catan. Namun, setanding dengan kemajuan teknologi

semasa, sent area tidak lagi di anggap sedemikian, malah semakin pesat dengan penerokaan

bahan dan dimensi penciptaan dalam penghasilan sesebuah karya yang bennakna .

Menurul Paul Klee (1930), garisan berterusan adalah seperti mengambil titik pennulaan

untuk terus berjalan. Dengan erti kata lain, titik awal dan akhir garisan bertembung pad a

penghujungnya. Ini bersesuaian dengan kajian pengkarya yang euba menerokai bahan dawai dan

besi dalam penghasilan karya bereirikan elemen ga ri san dua climensi membentuk rupa tiga

Page 14: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

dimensi di ruang publik. Menurut Meilach (200 I) , area kontemporari adalah perubahan baru

dengan konsep dan maksud yang berbeza. Sesuatu objek yang direka dengan menggunakan

dawai adalah prinsip asas dalam pembentukkan karya tiga dimensi dan pengkarya cuba

menggantikan ga risan lukisan di atas kanvas kepada bentuk nya ta ya ng mempunyai isipadu ya ng

boleh disentuh. Pendekatan ini memberi pemahaman dan definisi berbeza kepada arti s ya ng

membuat dan khalayak yang menghayati. Menurut Jamil Zakari a (20 14), telah mengatakan

bahawa lukisa n itu akan dilihat sebagai sebuah area dan area dilihat sebagai sebuah lukisan.

Perbezaan di antara dua genre ini kel ihatan semakin pudar kerana kehadiran elemen garisan ya ng

membentuk lUpa objek seni tersebut.

Pada peringkat awal kajian, pemyataan masalah dikenalpasti dan diikuti dengan objektif,

persoalan dan kepentingan kajian. Pemyataan masalah dalam kajian ini lebih mcmbincangkan

tentang penghasilan karya seni arca itu sendiri, terutamanya dari segi penggunaan garisan dawai

dan besi dalam membentuk objek seni yang sekaligus memberi pemahaman kepada aud ien

tentang subjek yang diolah dari maksud Peribahasa Melayu. Seterusnya objektif, persoalan dan

kepentingan kajian yang menyentuh ten tang proses pembuatan, pengisian dan teknik yang

digunakan untuk menghasilkan karya area awam.

Dalalll kajian ini , karya dari artis telllpatan dan luar negara dijadikan sebagai rujukan

sebelum menghasilkan karya peribadi. Berdasarkan beberapa karya yang telah dihasilkan oleh

mereka , pendekatan dan kaedah pelllbuatan karya tersebut dikaji , dikenal pasti dan dibincangkan

dalam menghasilkan arca awam yang memberi kesan kepada audien. Penyelidikan seeara ringkas

dilakukan terhadap biografi anis rujukan yang dipilih berdasarkan pengolahan idea, konsep dan

gaya persembahan karya tersebut dalam penyampaian mesej yang IIl gln diketengahkan untuk

penghayalan audi en.

2

-, ...., ,

Page 15: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

Kajian ini dilaksanakan dengan memgambil kira skop kajian yang menyentuh ten tang

tekn ik pembualan, penggunaan medium, komposisi , pemilihan subjek, perletakkan karya dan

sebagainya , Maklumat kajian yang dikumpul berkenaan artis, teknik dan kaedah yang berkesan

turut dititikberatkan dengan posisi dan lokasi perletakkan karya akhir di luang yang bersesuaian,

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Kajian ini dilalcukan kerana pengkarya ingin mendalami tentang seni area awam di

Malaysia yang diolah dengan menggunakan elemen gari san dan teknik kimpalan Ini berikutan

ten tang kebenaran area awam yang masih kurang dihasilkan ol eh art is Malaysia dan tidak

banyak pendedahan, pengetahuan dan penerimaan masyarakat setempat dibandingkan di negara­

negara la in , Dapat dilihat kepentingan kajian dan perkcmbangan area awam ini sewajamya

diperkenalkan kepada masyarakat urnum telutamanya di kal angan peJajar dan penghayat seni di

peringkat universiti dan yang lebih tinggi,

Pemyataan salah seorang artis tempatan, Naser Baharuddin ya ng dipetikdari art ikel yang

ditulis o leh Sabri.T (2011), beliau banyak membiearakan ten tang karya-karya a11is Malaysia

ya ng diJihat masih gaga l memberikan makna baru dalam penghasiJ an karya dan pendekatan ya ng

digunakan sam ada dari segi tema atau metodologi, Selain itu , diperkuatkan lagi me la lui

pemyataan Faizal Sidik (201 I) dalam 'Program Siri Dialog Bieara Seni ' , yang menyatakan

bahawa lerdapal beberapa ketidaksediaan arlis muda, yang masih tereari-eari di sebalik makna

karya yang telah dihasilkan dan sepel1inya tidak bersedia untuk dikongsikan kepada masyarakat

umum, Mungkin mereka sendiri tidak mempunyal ilmu dan pengalaman yang mendalam

sehinggakan masih terikut-ikut dengan penghasilan karya terdahulu dari lu ar negara tanpa

memikirkan pengoJahan identiti dan media tersendiri.

3

Page 16: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

Dari sudut pandangan pengkarya, hal ini dapat dilihat bahawa masih terdapat masyarakat

tempatan yang tidak memahami renrang karya area reruramanya area awam. Kebiasaannya

masyarakar hanya dapat memahami keindahan didepan mara rerutamanya lukisan lanskap dan

absrrak yang jelas mempunyai variasi wama yang clapar dikenali berbancling unruk berfikir,

mengambil maklum dan menyenruh karya area. Sesebuah karya area yang melalui kaedah

pengolahan idea serta proses pembuaran danreknikal yang kllU SUS rerbadap subjek kajian

memerlukan pemabaman yang krearif Menurur Naser Baharuddin lagi, gaya pengolahan karya

dua dimensi masih popular dengan iclea lukisan dan eetakan di atas kanvas, eetakan digital di atas

aluminium dan sebagainya. loi dilihat sebagai tidak sibat dalam pembangunan idea yang peka

dan scnsilif beserra pengulangan lema rerdahulu yang membosa nkan seperti yang dihasilkan

oleh kebanyakkan arli s rempalan.

Jelaslah, kepent ingan unruk memahami karya riga dimensi sa llla berarnya dalam

menghayari karya dua cl imensi. Pengkarya yang bersungguh mengkaji , menganalisis serra

bereksperimentasi dengan bahan dan kaedah penghasi lan menghadapi banyak hal yang berkaitan

dalam proses pembangunan idea krealif dan inovatif. Oleh yang demikian, pengkarya mengambil

berar renrang benluk ti zikal, perl erakkan lllakna Peribahasa Melayu yal1g relcvan serta kesesua ian

terhadap isu kririkan sosia l masyarakar umum. [ni memberi penj elasa n yang lebih khusus renrang

subjek pilihan yang menganclungi mesej rertenru.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Terdapar riga (3) objekri f dalam mencapai matlamar kajian ini . Antaran ya

1. Mengenal pasri k.ekuaran dan kelemahan karya area awa m ya ng dihasilkan oleh arris

relllpatan dan Ju ar negara.

4

Page 17: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

Ii. Mengkaj i pelbaga i saiz dan jenis dawai dan bes i padu sebagai medium untuk

menghasilkan elemen garisan dalam karya area ti ga dimensi yang berkesan.

111. Mengaplikasikan maklumat dari hasil dapatan kajian terutamanya maksud Peribahasa

Melayu yang telah dipilih.

1.4 PERSOALAN KAJIAN

Persoalan kaji an ini terh asil berdasarkan pennasalahan yang telah dibineangkan. Antara

persoalan-persoalan yang dikenal pas ti adalah seperti berikut:

I. Apakah pendekatan teknik dan medium yang bersesuaian dalam mempersembahkan

idea area awa m?

11. Apakah dan bagaim ana medium pilihan hendak dibentuk mengikut pemahaman

elemen asas ga ri san untuk mcnghasilkan karya area tiga dimcnsi yang berkesan?

111. Bagaimanakah maklu mat yang telah dikaji dapat diungkap kan ke dalam karya area

awam?

1.4.1 Hipotesis

Oalam penelitian pengkar ya, terdapat kckuatan dan ke lemahan yang tersendiri

pada teknik dan medium ya ng di gunakan al1is rujukan terutaman ya apabila karya

dipamerkan di ru ang publi k yang melibatkan faktor cuaea dan persekitaran. Ada juga arti s

yang menghasilkan area daw ai dan besi tidak menitik bera tkan prinsip halmoni yang

mana perlu menekankan bas il ulangan dan rentak unsur seni ya ng sesuai dan seimbang.

Elemen harmoni wujud dalam penggunaan garisan dan aplikas i warna yang bersesuaian.

Namun ianya lebih kontra dan wujud unsur dinamik untuk m enarik perhatian umum hagi

mengha yati karya tersebut mengikut apres iasi mas ing-masing.

5

Page 18: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

Kejelasan bentuk dan ikatan teknik area dawai juga perlu dititik beratkan agar

area tersebut lebih selari dan dapat berdiri dengan prinsip keseimbangan dari pelbagai

suduL Dengan erti kata lain, prinsip rekaan yang menjawab kepada pennasalahan

bentukan area mestilah meliputi aspek keharmonian, kontra, penegasan, keseimbangan,

irama dan pergerakan, kepelbagaian serta kesatuan agar hasil karya area itu lebih

mengagumkan dan dapat memberi impak ya ng berkesan kepada penghayat seni .

1.5 KEPENTlNGAN KAJIAN

Melalui penyelidikan ini , ianya penting kepada orang awam amnya dan pelajar-peJajar

seni khususnya untuk lebih memahami impak karya seni tampak tiga dimensi dengan jelas dan

mudah. Tanya bukan sahaj a dari aspek bentuk luaran bahkan maksud ya ng tersirat disebalik

konsep karya yang dihasilkan. Biasanya masya rakat han ya dapat melihat sesuatu seni rupa dari

aspek luaran sahaja dengan penyataan yang sangat bersifat kabur dan cetek. Ungkapan ' cantik'

atau 'hebat' sering digunakan untllk memberi respon kepada karya seni rupa yang dianggap baik

tanpa pengetahuan lain mengapa ianya terhasil sedcmikian rupa. Pentingnya kaj ian ini dalam

mendapatkan maklumat berkenaan karya area awam yang menggunakan medium dawai dan hcsi

daripada karya rujukan allis tempatan dan luar negara. SeJain itu , kajian terhadap Peribahasa

Melayu yang dipilih tUlUt difahami dalam menyampaikan mesej tellentu kepada ma sya rakaL

1.5.1 Skop Kajian

Skop kajian adalah memfokuskan penggunaan e1emen garisan dalam unsur seni

yang diolah dalam ben tuk karya area. Garisan ialah salu deretan titik yang bersambung­

sambung dan mempunyai jarak tertentu sebelum ia membentuk dan meneipta rupa, luang

dan pergerakan dalam karya seni. Pendekatan dan kajian terperinei pengkarya dalam

6

Page 19: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

memahami jenis-jenis garisan yang terdapat dalam unsur seni memudahkan proses

pembentukan ga ri san halus, gari san teba l, ga risan beralun , gari san berlin gkar, garl san

serabut dan sebaga in ya . Kepelbagaian eJemen garisan ini dapat dibentuk dengan

krea tifnya melalui teknik cantuman pada jalinan dawai dan kimpalan bes i padu .

Selain itu , pengkarya mengangkat nil ai Peribahasa Melayu untuk mendapatkan

subjek bersesuaian dalam memberikan kritikan sosial terh adap hal yang berl aku dalam

masya rakat masa kini. Peribahasa Melayu yang digunakan berkait an binalang besar yang

m empunyai berkuasa dan perumpamaan paling hampir kepada maksud terseb ut adalah

gajah yang dikenali sebagai raja rimba yang menguasai hutan. Peribahasa 'Gajah Mas uk

Kampung, Kalau Pahon Tak Tumbang, Rumput Layu Juga ' bersesuaian de ngan idea

metafara atau perlambangan kritikan sosial yang bemlaksud indiv idu yang berkuasa dapat

berbuat sesuka hati kepada individu yang lemah. Oi samping itu , peribahasa 'Lembu

Oogol Jangan Diba lun ' turut menjadi rujukan pengkarya yang l11 embawa maksud sesuatu

masyarakat tidak sepatutnya menjadi seperti lel11bu yang di cucuk hidungnya. Lembu ini

boleh dikaitkan dengan keadaan sifat sebenarnya yang tidak boleh diusik sembaranga n

kerana akan bert indakbalas di luar kawalan . Keadaan ini seakan memperlihatkan s ituasi

individu yang berdi am diri dan tidak men yangkal pendapat piha k la in , na mun sekira nya

diusik dengan memperl ekehkan kredibiliti dirin ya, tidak mustahil individu tersebut akan

melawan bersungguh - sungguh.

Dalam kajian ini pengkarya menfokuskan karya area tiga dimensidan diletakkan di

ruang publik . Permukaan dan bentukan karya ini memang sengaja dibuat untuk di sen tuh

tekstumya, dinikmati dari sudut 360 darjah dan audi en dapat berinteraks i dengan

7

- , -., J

Page 20: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

mendekatinya. Pengkarya cuba memberi pendedahan kepada audien tentang area awa m

se lam memupuk mina! untuk menghargai nilai este tika seni di ruang publi k.

1.5.2. Definisi dan Terma

i. Definisi Area

Area ya ng diterjemahkan dar; sC/ilpture, secara ringkas ia ada lah sebuah karya

seni yang berbentuk tiga dimensi atau timbu Jan. Mengikut kajian Gaunt (1966)

dan Oevirk (1994). definisi sculpere membawa maksud mengukir, menebuk,

memotong, memodel menggunakan tanah Iiat atall Iilin untuk membina figura

seeara timbulan atau tiga dimensi di dalam Bahasa Yunani lama. Definisi area

berubah mengikut peredaran zaman, ianya bukall hanya sekadar mengukir dan

memodeJ, di era moden apa jua bentuk yang melibatkan ruang ti ga dimensi

dengan teknik yang peJbagai seperti kimpalan , eantuman, jahitan, ketukan ,

lekatan dan sebagainya.

ii. Area Awam

Area Awa m merupakan sebuall has il seni yang diJetakkan di ru ang publik .

Ja nya merupakan satu bentukan seni ya ng berfungs i dalam dimcns i ru ang 360

da rJ ah yang menyeluruh datl terbuka. Ianya juga berl a tarbelakangka n rll ang

persekitaran dan pemilikan komuniti untuk menghayati dan berint eraksi

dengannya. Robert Atkins (1945). menyatakan .< .. Public Ar' is simple art produce

for and own by community" Manakala, Meel Goding (2000) ada menyatakan

bahawa area awam merupakan sebllah karya untuk ruang umum dan kebiasaaanya

ditaja seeara spesifik serta dipamerkan kepada kJ1aYalaknya yang ramai.

8

Page 21: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

iii. Definisi Garisan

Garisan merupakan elemen asas untuk melukis dan melakar. Garisan juga

merupakan unsur sel1l yang utama. Menurul Paul Klee (1930), menyatakan

bahawa garisan berterusan adalah seperti mengambil titik permulaan untuk terus

berjalan. Unsur-unsur garisan terdapat pada sebarang bentuk lukisan atau lakaran.

Garisan merupakan unsur penting dalam kerja-kerja melukis. Antara ala tan yang

biasa digunakan untuk melukis garisan ialah pensel, pen, arang dan lain-lain.

iv. Definisi Jalinan

Jalinan merupakan sifat permukaan sesuatu objek atau karya seni yang boleh

disentuh atau dirasa oleh paneaindera. lalinan didapati pada objek sumber alam

semulajadi atau objek buatan manusia yang mana terdapat pelbagai sifat pad a

pelmukaannya, Antara sifat tersebut termasuklah lembut, liein, tajam, dan kasar.

v. Peribahasa MeJayu

Mengikut Kal1lus Fajar Malaysia, Peribahasa Melayu ialah patah-patah kata,

rangkai kata atau ayat yang telah sedia tersusun tetap dengan l1laksud tertentu.

Menurut Za'ba (1950), Peribahasa MeJayu ialah susunan kala yang pendek dengan

makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengari, dan indah

perkataannya. Dalam buku beliau yang bertajuk 'Ilmu Mengarang Melayu'

(1950), mentakrifkan bahawa Peribahasa Melayu sebagai susunan kata-kata yang

pendek atau ringkas yang telah mclckat dimulut orang ramai dari zaman dahulu

kerana ianya menarik didengar, penggunaan perkataan yang bijak dan ada yang

mempunyai maksud yang mengkritik seeara langsung atau tidak langsung tetapi

masih berlapik dengan bahasa yang indah dan beradab,

9

Page 22: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

BAB 2: KAJIAN LITERATUR

2.1 KARYA SENI HALUS

Seni lUpa atau seni tampak adalah objek dan visual seni untuk dilihat dan dihayati oleh

penghayat seni serta bebas memberi apresiasi siapa sahaja mengikut kefahaman tersendiri.

Rosalind (1995) ada mengatakan bahawa mempamerkan perasaan dalaman atau menzahirkan

ekspresi diri untuk dikongsikan kepada audien tentang sesuatu idea itu indah dan penuh

bennakna. Namun, idea yang diutarakan oleh pengkarya melalui bahan dan teknik tertenhl

melUpakan satu kegiatan yang halus dari hati yang sukar ditafsirkan oleh khalayak ramai. Seni

lUpa atau seni halus sebagaimana menurut Zakaria Ali (1989), ianya melUpakan penghargaan

atau aspresiasi terhadap objek seni yang terdiri daripada eatan, lukisan, eetakan, area dan medium

teknologi lain yang kian berkembang pesat.

2.1.1 Karya Rupa Tiga Dirnensi

Karya lUpa tiga dimensi merujuk kepada karya-karya seni balus terdahulu yang

mempunyai ketetapan dan penggunan medium yang telah sedia maklum. Karya-karya ini

bersifat tradisional dari segi kaedah dan teknik penghasilan, meterial dan medium yang

dipraktis seeara tradisi. Karya-karya seperti lukisan eatan minyak, eelakan kayu dan area

sesi adalah an tara karya seni yang tergolong dalam penggunaan medium konvensional.

Namun, yang membezakan ia adalah garapan idea, konsep dan mesej penyampaian yang

bersifat kontemporari.

Seni area mempunyai keistimewaan tersendiri berbanding dengan scni visual yang

lain. Penyataan masalah tentang pembuatan karya dalam bentuk tiga dimensi menarik

10

Page 23: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

minat kepada individu yang sukakan cabaran objek berji sim dan mempunyai struktur seni

bina dalam ruang sebenar. Arkitek seni bina bangunan turut mengutarakan konsep karya

tiga dimensi yang berkaitan dengan alam kehidupan sehari an. Ini bagi memperlih atkan

reka bentuk sesuatu bangunan itu yang mempunyai ragam hias dengan elemen dan prin sip

seni yangjelas dalam mengindahkan persekitaran di ruang publik.

Karya area di Malaysia bermula dengan bentukan asas yang berunsurkan aspek

keagamaan. Misalnya patung-patung orang asli iaitu kaum 'Jah Hut ' dan ' Mah Meri'

yang mempunyai eici-eiri pemujaan dan nilai kepereayaan yang tinggi. Begitu juga

dengan keadaanya 'Megalith Pedang' di Pengkalan Kempas, Negeri Sembilan. Namun

begitu , penga rea tempatan yang mendapat pendidikan di luar negara mula membina area

ya ng berbentuk moden dan tersirat makna dan persembahan kar ya yang menarik .

Antaranya ialah kar ya-karya area free-standing yang dihasilkan oleh Anthony La u, Latiif

Mohidin, Syed Ahmad Jama l, Lim Kian Seng dan sebagainya sekitar tahun 1960-an .

Selari dengan kemajuan teknologi semasa, pengarca kini sudah berani berkarya dengan

menggunaka n pelbaga i media dan medium kontemporari tambahan ya ng tidak hanya

dalam konteks tiga dimensi, teta pi d ipersembahkan da lam pemasangan instalasi em pat,

lima a tau mungk in ena m dimensi yang pelbagai. Karya area ini sela lunva d ihasilkan

mengi kut tema atau isu-isu yang tersendiri berdasarkan kehenda k penga rea tcrsebut.

2.1.2 Karya Area

Menurut L. Fiehner (200 I ), lukisan adalah hasil daripada lakaran atau kesa n yang

dihasilkan secara spontan terus ke atas sesuatu permukaan seperti kerta s. Kesan ya ng

dihasilkan lebih berunsurkan pelbagai jenis garisan dan jalinan. Pelmukaan dim ana

lakaran atau kesan dihasilkan tidak semestinya berbentuk dua dimensi sahaja malah ia

11

Page 24: ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM peribahasa Melayu dalam karya... · ADAPTAS.l PERIBAHASA MELAY lI DALAM KA RYA ARCA WAM . Muhammad Zaidi Bin Yusoff . Jjazah Sarjana

juga lerctapat dalam bentuk tiga dimensi seperti yang diinginkan aliis terbabit. Menurut

beliau lagi, luki san adalah asas seni visual di mana ianya turul dijadikan sebagai lakaran

dan idea awal sebelum memulakan proses pembuatan karya arca dengan ruang sebenar.

Mnegikul Sa le Teel, Betti Claudia (2004) dan Wikinson John ( 1998). kebanyakan artis

menjadikan lakaran atau lukisan sebagai medium yang menyalurkan ekspresi seninya

kerana luki san lebih bersifat spontan dan bersa haja serta leb ih jujur.

Namun, bersesuaian dengan minat pen gkarya yang cuba lari sectikil dari aktiviti

lukisan dua dimensi dan lebih cenderung kepada eksperimentasi medium asas tiga

dimensi iaitu dawai dan besi. Olahan idea dan penghasilan kekemasan karya yang lebih

terperin ci aka n diaplikasikan dalam karya area awam tersebut. L. Fichner. (200 I) ada

mengatakan bahawa penciptaan karya seni dari kurun ke abad terkin i berkembang kepada

satu pendekatan yang 'apa saja boleh dibuat' dengan pengolahan bahan dan teknik yang

tiada balasan mengikut kehendak dan naluri aliis yang sensitif pada objek sekeliling.

2.1.3 Kategol'i Kal'ya Area

Arca lnerupakan bentuk citra dalam susunan tiga dimensi untuk dikajidan

dinikm ali nilai es letikanya. Pennukaann ya dapat dirasai serla dipandang dari pelbagai

sudut. Ni lai estetika sebuah arca kadang-kadang kabur dan seakan sealiran dengan seni

bina bangunan, hiasan dalaman serla reka bentuk pentas, nalllun ianya tetap mempunyai

keistimewaan lersendiri. Seeara khususnya, karya tiga dim ensi ada lah sesuatu yang

bersifat konkrit, berisipadu, lllelllpunyai panctangan sisi iaitu kiri, kanan, atas dan bawah.

Proses awal bagi penghasilannya pula adalah berdasarkan lakamn imaginasi atau

menggunakan pengisian komputer yang tertentu seperti Adobe Pholoshop dan Adobe

!/Iustrator dalam merancang bentukan dan rupa sifat yang akan dihasilkan di ruang

12