kajian hubungan pelbagai situasi dalam peribahasa melayu

25
KAJIAN HUBUNGAN PELBAGAI SITUASI DALAM PERIBAHASA MELAYU 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Orang Melayu eang !er"enal #engan "e$alu%an &u#' #an "ele&u!an &er&a$a%a. Se%ua!u $a(a!) $a%ra! #an *er'n!aan !'#a" #'nya!a"an %e+ara !eru% !erang !e!a*' le&'$ an'% "alau #'ung"a*"an %e+ara &er"'a% #an &er'&ara!. Bu#aya Melayu yang !ela$ #',ar'%' %e(a" -aan &er-aan (ela% ean+ar"an "ele&u!an &a$a%a #an "eluna"an *engu+a*an.Kele&u!an *engu+a*an #an "e$alu%an &er&a$a%a 'n' #'*er!a$an"an genera%' #e' genera%' elalu' a*a yang #'angga* %e&aga' "el * " "a!a a!au aya! yang e*unya' %u%unan #an &en!u" yang !e!a* #an en#u"ung a"%u# yang !er!en!u *ula.Jen'% yang la-' !er*a"a' #' "alangan a%yara"a! 'ala$ *er'&a$a%a) *e*a!a$) &'#alan) *eru*aaan) "'a%an #an %'*ulan. Pa#a $ar' 'n') #ala #un'a !an*a %e*a#an *er'&a$a%a a%'$ eru*a"an %ala$ %a!u "e'%!'e,aan &ang%a Melayu. Ke'%!'e,aan '!u 'ala$ "erana "e"ayaan &a$a%a Melayu yang #'guna"an yang "aya #engan *el&aga' &en!u" *er'&a$a%a #' #alanya. Ben!u"/&en!u" 'n' %anga! a"!' #'guna"an #ala "e$'#u*an %e$ar'/$ar'an. 1. O&(e"!' '2 Da*a! engenal *a%!' a"na *er'&a$a%a ''2 Mengguna"an *er'&a$a%a #ala *el&aga' %'!ua%' 1.3 Kae#a$ Kae#a$ yang #'guna"an un!u" eny'a*"an "er!a% "er(a 'n' 'ala$ %e+ara "a('an *er*u%!a"aan #engan eru(u" "e*a#a &u"u/&u"u 'l'a$ yang &er"a'!an. 1.4 Ba!a%an

Upload: fairos

Post on 06-Oct-2015

94 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kajian Hubungan Pelbagai Situasi Dalam Peribahasa Melayu

TRANSCRIPT

KAJIAN HUBUNGAN PELBAGAI SITUASI DALAM PERIBAHASA MELAYU

1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan Orang Melayu memang terkenal dengan kehalusan budi dan kelembutan berbahasa. Sesuatu hajat, hasrat dan permintaan tidak dinyatakan secara terus terang tetapi lebih manis kalau diungkapkan secara berkias dan beribarat. Budaya Melayu yang telah diwarisi sejak zaman berzaman jelas memancarkan kelembutan bahasa dan kelunakan pengucapan.Kelembutan pengucapan dan kehalusan berbahasa ini dipertahankan generasi demi generasi melalui apa yang dianggap sebagai kelompok kata atau ayat yang mempunyai susunan dan bentuk yang tetap dan mendukung maksud yang tertentu pula.Jenis yang lazim terpakai di kalangan masyarakat ialah peribahasa, pepatah, bidalan, perumpamaan, kiasan dan simpulan.Pada hari ini, dalam dunia tanpa sempadan peribahasa masih merupakan salah satu keistimewaan bangsa Melayu. Keistimewaan itu ialah kerana kekayaan bahasa Melayu yang digunakan yang kaya dengan pelbagai bentuk peribahasa di dalamnya. Bentuk-bentuk ini sangat aktif digunakan dalam kehidupan sehari-harian.

1.2 Objektifi) Dapat mengenal pasti makna peribahasaii) Menggunakan peribahasa dalam pelbagai situasi

1.3 Kaedah Kaedah yang digunakan untuk menyiapkan kertas kerja ini ialah secara kajianperpustakaan dengan merujuk kepada buku-buku ilmiah yang berkaitan.

1.4 Batasan Batasan kajian ini hanya merangkumi definisi peribahasa dan penggunaan peribahasa dalam pelbagai situasi.

1.5 Definisi Konsep 1.5.1 Peribahasa ialah ayat atau kelompok kata yang mempunyai susunan yang tetap dan mengandungi pengertian yang tertentu, sama ada secara tersurat atau tersirat.1.5.2 Simpulan Bahasa ialah ungkapan yang biasanya terdiri daripada dua atau tiga perkataan dan mempunyai makna yang berlainan sama sekali daripada makna asal perkataan-perkataan tersebut.1.5..3 Pepatah ialah ungkapan-ungkapan yang berasal usul daripada pusaka adat resam. Makna ungkapan itu tidak akan berubah-ubah.1.5.4 Bidalan ialah peribahasa yang berfungsi sebagai penasihat yang didalamnya terkandung unsur nasihat.1.5.5 Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas kerana ia didahului oleh perkataan seolah-olah, ibarat, bak, seperti, laksana, macam, bagai dan umpama.

2.0 Jenis-Jenis Peribahasa 2.1 Simpulan BahasaContoh-contoh simpulan bahasa ialah:2.1.1 Hari jadi bermaksud hari ulang tahun atau tarikh lahir2.1.2 Langkah kanan bermaksud nasib baik2.1.3 Buka mulut bermaksud bercakap2.1.4 Lampu hijau bermaksud keizinan melakukan sesuatu

Simpulan bahasa boleh menjadi perumpamaan apabila diberi perkataan-perkataan laksana,bak,umpama,bagai,ibarat dan seperti di hadapannya.

2.2 Pepatah Pepatah mempunyai ciri-ciri puisi tradisional Melayu. Pepatah juga berfungsi sebagai pedoman hidup anggota masyarakat yang mengamalkan sesuatu adat resam.Contoh-contoh pepatah ialah:2.2.1 Patah lidah alamat kalah, patah keris alamat mati bermaksud apabila alat-alat kerja sudah rosak atau hilang, maka kerja-kerja tergendala.2.2.2 Pada sangka pohon beringin,kiranya tersandar dipunggur lapuk bermaksud menyangka dapat berkahwin dengan orang kaya, rupa-rupanya miskin.2.2.3 Nak kaya berdikit-dikit, nak ramai bertabur urai bermaksud jimat cermat ialah tangga kejayaan,murah hati ialah tangga tuah.2.2.4 Zaman beralih, musim bertukar bermaksud segala sesuatu, baik perasaan,peraturan,rekaan atau ilmu pengetahuan akan berubah mengikut perkembangan masa.

2.3 BidalanContoh-contoh bidalan ialah:2.3.1 Jika pandai menggunting, hendaklah pandai menjahitnya bermaksud kerjayang sudah dimulakan hendaklah diselesaikan.2.3.2 Sabar penghilang penat, tekun pembawa dekat bermaksud kunci kejayaan ialah pada sifat sabar dan tekun.2.3.3 Tujuh kali pindah jadi papa bermaksud perbuatansuka berpindah randah dan bertukar-tukar kerja tidak mendatangkan sebarang keuntungan.2.3.4 Ukur baju di badan sendiri bermaksud lakukan sesuatu mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri.

2.4 PerumpamaanIstilah pinjaman bahasa Inggeris bagi perumpamaan ialah simili.Contoh-contoh perumpamaan ialah:2.4.1 Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku bermaksud sesuatu yang tidak mendatang sebarang faedah.2.4.2 Umpama membungkus api bermaksud menyimpan rahsia yang lambat laun akan diketahui orang juga.2.4.3 Laksana perempuan mandul baru beranak bermaksud kegembiraan dan kesyukuran yang amat sangat kerana mendapat sesuatu yang hampir-hampir putus asa.2.4.4 Bak mentimun bengkok bermaksud tidak dianggap penting dan diketepikan orang.

3.0 Hubungan Peribahasa Dalam Pelbagai Situasi Peribahasa lahir daripada pengalaman dan pengamatan alam sekeliling yang diteliti oleh masyarakat Melayu lama. Peribahasa Melayu ini dapat mencerminkan kehidupan masyarakat di kala itu. Sikap dan tingkah laku seseorang sering sahaja diteliti oleh ahli masyarakat Jika seseorang ahli masyarakat itu melakukan perkara-perkara yang kurang menyenangkan maka teguran akan diberikan secara tidak langsung .Kadang-kadang sindiran ditujukan secara maksud tersirat yakni melalui peribahasa. Contohnya gambaran pada sikap negatif seseorang iaitu sikap jahat. Seseorang manusia itu dibandingkan dengan manusia-manusia yang jahat dalam sejarah manusia yang lalu iaitu Abu Dajal , Abu Jahal , Jin Afrit , jahat bagaikan syaitan atau pelesit. Sikap kedekut pula diberikan peribahasa yang berbunyi air digenggam tiada tiris, tangkai jering dan ketam batu. Mengikut kaedah ini sesuatu benda itu dibandingkan dengan benda yang lain yang serupa sifatnya walaupun rupa bentuknya berlainan. Dalam peribahasa ini, sikap kedekut seseorang itu dibandingkan dengan air yang digenggam rapat. Adalah sesuatu yang tidak logik menggenggam air. Kenapa pula tangkai jering digunakan pula untuk menunjukkan sikap kedekut? Buah jering sememangnya sukar untuk dipisahkan dari batangnya. Untuk memisahkannya dari batangnya memerlukan sedikit tenaga kerana ia liat. Keliatannya ini menjadikan orang-orang tua membuat perbandingan dengan sikap manusia. Sikap negatif manusia yang malas pula digambarkan sebagai curi tulang ataupun bagaikan ular sawa kekenyangan. Gambaran ular sawa yang tidak dapat berjalan selepas membaham mangsanya dibandingkan dengan manusia yang malas terutama selepas makan. Di samping itu, sikap malas seseorang itu juga dikaitkan sebagai peluk tubuh, berat tangan, berat hati dan berat tulang. Sikap malas ini banyak dikaitkan dengan berat anggota fizikal seseorang. Sebaliknya sikap suka mencuri pula dikaitkan dengan tangan. Ini kerana tangan manusialah yang mengambil barang-barang. Contoh peribahasa yang digunakan ialah panjang tangan, cepat tangan dan pantas seperti tangan beruk. Seseorang yang panjang tangannya ataupun cepat tangannya akan dapat mengambil barangan orang lain dengan pantas dan cekap. Sikap negatif yang lain pula ialah sikap pentingkan diri sendiri. Sikap ini dikaitkan dengan enau. Tumbuh-tumbuhan enau memang banyak terdapat di negara ini. Enau ini memang cepat tumbuh untuk mencari cahaya matahari. Jadilah peribahasa yang berbunyi seperti enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing. Manusia bagaikan enau ini memang banyak terdapat dalam masyarakat kita .Di bandar-bandar, corak kehidupan masyarakat tidak ubah seperti enau. Masing-masing sibuk mencari rezeki tanpa memperdulikan orang lain. Keduniaan merubah sikap baik manusia. Sebaliknya di kampung-kampung tradisional yang belum banyak diserapi arus pembangunan, sifat bergotong-royong masih diamalkan. Sekiranya kenduri diadakan, semuanya bekerjasama tanpa mengira upah. Peribahasa yang bertepatan dengan sikap ini ialah hati kuman sama dicicah, hati gajah sama dilapah. Segala masalah dikongsi bersama seperti peribahasa yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing. Sikap kerjasama ini akan mewujudkan pemuafakatan sesama sendiri. Ini dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Selain itu, sifat negatif yang lain ialah sikap pembohong. Cakap sedikit akan dipanjangkan menjadi banyak. Contoh peribahasa di sini ialah cakap sejengkal dibawa sehasta. Seseorang yang suka mendedahkan keburukan diri sendiri pula dikaitkan dengan membuka pekung di dada sendiri atau campak baju nampak kurap, atau ludah ke langit, menimpa batang hidung sendiri dan tepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri Peribahasa Melayu memang banyak menyatakan sikap positif seseorang. Seseorang yang inginkan sesuatu mestilah perlu berusaha sendiri untuk mendapatkannya. Sikap ini dikaitkan dengan peribahasa yang berbunyi kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya, dan dimana ada kemahuan di situ ada jalan, siapa gatal dialah yang menggaru dan siapa menjala, sebaliknya yang mengena. Setiap kejayaan yang diharapkan bukan dengan mudah boleh diperolehi. Ini semuanya memerlukan ketekunan dan kesungguhan SERTA kesabaran. Ini bertepatan dengan pepatah yang mengatakan yang pipih tidak akan datang melayang, yang bulat tidak akan datang bergolek. Dalam usaha mengejar kejayaan dan kekayaan seseorang amat mementingkan masa. Masa, sesuatu yang amat berharga sehingga disamakan nilainya dengan emas. Terbitlah peribahasa yang berbunyi masa itu emas, masa itu lebih mahal dari permata. Ajaran Islam juga menuntut kita menghargai masa. Ini sebagaimana yang diperintahkan oleh Allah s.w.t supaya manusia menghargai masa seperti yang terkandung dalam surah al Asr. Hubungan kekeluargaan dalam masyarakat Melayu amatlah dititikberatkan. Hubungan keluarga yang jauh cuba dieratkan. Walaupun hubungan itu bau-bau bacang, ianya cuba dipereratkan melalui ziarah-menziarahi. Hubungan silaturahim sentiasa terjalin walaupun berjauhan.Andainya berlaku pergaduhan atau perkelahian sesama anggota keluarga, ianya pastilah tidak akan berpanjangan kerana air dicincang tidak akan putus SERTA carik-carik bulu ayam, lama-lama akan bertaut kembali. Pergaduhan sesama adik beradik tidak melarat sehingga berpatah arang. Di dalam kamus am, peribahasa disenaraikan di bawah kata masukan. Dalam Kamus Dewan, di bawah kata masukan ibu terdapat peribahasa bahasa ibu, rumah ibu, ibu afrit, ibu angkat, ibu ayam, ibu haruan, ibu pembohong, ibu pertiwi, ibu tangga dan seperti anak ayam kehilangan ibu.Kata anak diungkapkan dalam peribahasa sebagai anak bapa yang bermaksud anak yang disayangi oleh bapanya ataupun anak yang bernai dan sanggup bertanggungjawab. Anak emas memberi erti seseorang yang disayangi oleh keluarganya ataupun oleh ketua dan majikannya. Anak angkat,anak tut dan , anak ambil memberi maksud yang sama iaitu anak orang lain yang diambil dan dipelihara seperti anak sendiri. Selain daripada itu terdapat juga peribahasa lain seperti anak tiri,anak kandung,anak tekak, anak dapat,anak ayam,anak bulan, anak tunggal,anak yatim,anak manja,anak gampang,anak haram,anak sumbang dan anak buah. Kata rumah dalam peribahasa dikaitkan sebagai rumah haram, bermakna rumah yang dibina di atas tanah kerajaan dan tidak mendapat kebenaran daripada pihak pemerintah. Rumah kilat maksudnya rumah haram yang dibuat dalam tempoh satu malam sahaja. Rumah pasung pula bererti balai polis. Rumah ibu menunjukkan bahagian rumah yang menjadi asas pada bangunan rumah itu manakala rumah dapur ialah bahagian dapur sesebuah rumah. Seterusnya rumah sorong dinamakan pada bahagian tambahan sesebuah bangunan ataupun rumah. Untuk membandingkan rupa bentuk seseorang pula, sesuatu yang hendak diceritakan itu dibandingkan dengan benda-benda yang lain yang mempunyai ciri-ciri yang sama. Contohnya seseorang yang tinggi dan kurus, umpamanya seperti tiang telefon. Oleh itu terciptalah peribahasa perempuan itu bagai tiang telefon. Contohnya seseorang tua yang tidak boleh bekerja lagi dibandingkan dengan Quran buruk sedangkan kedua-dua benda ciptaan Allah ini sangat berlainan rupa bentuknya; yang satu manusia dan yang satu lagi kitab suci. Seseorang yang menjadi orang harapan majikan dikatakan sebagai harimau tambatan kerana antara kedua-duanya mempunyai sifat yang serupa. Peribahasa Melayu banyak membandingkan manusia dengan benda-benda lain dalam masyarakat tempatan. Misalnya gambaran kecantikan dan ketampanan pasangan pengantin, seperti cincin dengan permata, bagai pinang dibelah dua dan bagai tanduk bersendi gading. Seseorang yang mendapat keuntungan secara tiba-tiba dikaitkan dengan mendapat durian runtuh, bulan jatuh ke riba, dapat harta karun dan dapat harta timbul. Walaunpun usahanya sedikit namun keuntungan yang diperolehi ialah secara tidak disangka-sangka. Ini bergantung pada nasib seseorang. Seseorang yang bernasib baik atau lucky ia langkah kanan. Peribahasa yang diungkapkan oleh orang-orang tua dahulu amatlah indah dan puitis bahasanya. Ianya sering digunakan dalam perbualan seharian secara tidak langsung. Misalan yang dibuat sebahagian besarnya adalah merujuk kepada alam ciptaan Tuhan seperti tumbuhan dan haiwan. Ayam adalah haiwan ternakan yang dicipta dalam peribahasa, bagai anak ayam kehilangan ibu,ayam tambatan dan ajak-ajak ayam. Perlakuan ayam diperhatikan dan dibandingkan dengan manusia yang berkelakuan hampir sama dengan ayam tersebut. Seperti ayam, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang yang membawa maksud keadaan hidup seseorang yang sangat susah. Bekerja hari ini untuk mendapat makanan hari ini sahaja. Rabun ayam menunjukkan seseorang yang kurang jelas penglihatannya pada waktu senja. Gajah dan harimau adalah binatang liar yang diumpamakan dalam peribahasa seperti gajah mati kerana gadingnya yang bermaksud mendapat kecelakaan kerana kelebihannya. Gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama menunjukkan orang yang baik meninggalkan nama yang baik, sebaliknya orang yang jahat meninggalkan nama yang jahat pula. Gajah terdorong kerana gadingnya dan harimau terlompat kerana belangnya bermakna berbuat sesuatu yang kurang baik kerana kelebihannya. Harimau ialah binatang liar yang amat ditakuti. Untuk memberi perlambangan sifat garang pada seseorang , harimau dikaitkan dalam peribahasa. Contohnya harimau beranak muda yang bermaksud keadaan seseorang yang sangat bengis atau garang. Amat ditakuti dan digeruni oleh orang lain. Harimau menyembunyikan kuku memberi erti seseorang yang bijaksana tetapi menyembunyikan pengetahuan dan kebolehannya seerti juga dengan orang yang berpura-pura bodoh atau pun orang yang berani tetapi berpura-pura takut. Harimau juga lambang kekuasaan dan kekuatan. Peribahasa yang berbunyi harimau takut sebab giginya memberi maksud orang besar ditakuti sebab kekuasaannya. Manusia berani bila memegang tampuk kekuasaan. Manusia juga akan jadi sombong, bongkak,takbur SERTA hilang perikemanusiaan bila memegang kuasa. Pipit merupakan seekor burung yang menjadi contoh dalam peribahasa Melayu. Pipit hendak menjadi enggang diibaratkan kepada seseorang yang ingin melakukan sesuatu yang melebihi kesanggupan diri sendiri. Manakala peribahasa yang berbunyi pipit itu, pipit jugalah lawannya menunjukkan setiap sesuatu itu menurut taraf masing-masing. Pipit pekak makan berhujan bermaksud orang yang sangat rajin. Pipit yang makan padi, merbah terbawa rendung pula memberi makna orang lain yang mendapat kesenangan, orang lain pula yang menanggung akibatnya. Manakala anjing sebagai binatang jinak dikaitkan dalam peribahasa sebagai haiwan yang dilambangkan dengan sifat jahat, seperti anjing makan muntahnya bererti orang yang tamak itu tidak dapat membezakan di antara yang baik dengan yang jahat. Anjing menyalak bukit, bukit tak akan runtuh dan anjing menyalak di ekor gajah membawa maksud walau bagaimanapun celaan dan cemuhan yang dibuat oleh orang yang lemah atau jahat ke atas seseorang yang kuat ataupun baik, celaan dan cemuhan itu tidak akan memberikan apa-apa kesan. Anjing kalau biasa makan tahi, tidak makan pun dihidu ada juga yang ditujukan kepada orang yang biasa melakukan kejahatan itu walau bagaimanapun dia akan teringat juga akan perbuatan jahatnya dan akan membuatnya jika mempunyai kesempatan. Manakala peribahasa yang berbunyi ekor anjing, betapapun dilurut, tiada betul juga memberi maksud seseorang yang jahat itu tidak dapat diajar kerana sekali-sekala dia akan berbuat jahat juga. Binatang lain yang dikaitkan dalam peribahasa ialah itik di air mati kehausan; ayam di kepuk mati kelaparan menunjukkan maksud keadaan kesusahan seseorang meskipun mempunyai wang yang banyak ataupun berpangkat tinggi. Ikan tergantung kucing tunggu bererti mengharapkan sesuatu barang yang sangat diingini. Kucing kurap ditujukan kepada orang yang sangat miskin atau pun hina. Kutu embun pula bermaksud seseorang atau pun orang yang suka berjalan sehingga jauh malam tanpa tujuan tertentu.Kutu adalah sejenis binatang yang hidupnya merayap. Embun pula menunjukkan waktu dinihari. Seperti kerbau dicucuk hidungnya diibaratkan kepada orang yang bodoh dan sentiasa mengikut sahaja kehendak orang lain, samalah seperti pak turut. Peribahasa kumbang putus tali dan belut digetil ekor membawa maksud keadaan orang yang lari dengan pantas apabila terlepas dari tahanan. Peluang yang ditunggu tidak akan dilepaskan. Seperti kucing dengan panggang peribahasa yang menunjukkan sesorang yang berjumpa dengan benda yang sangat dikehendakinya, kalau kurang diawasi tentulah barang berkenaan akan dapat diambilnya (biasanya dikaitkan kepada lelaki dan perempuan yang selalu berdekatan atau pun tidak pernah berenggang). Sesuatu perkara yang mustahil berlaku jangan berangan akan terjadi, umpama mengharapkan benda yang sia-sia seperti mengharapkan kucing bertanduk; puntung berasap; masak buah rumbia; menanti Kuaran bertelur; bakar air ambil abunya. Sesuatu yang pasti tidak akan terjadi, kucing telah dijadikan oleh Allah tidak bertanduk masakan manusia boleh mengubahnya. Begitu juga air sudah pasti anugerah Allah ini tidak akan dapat dibakar sampai bila-bila , jangan diharap untuk mendapatkan abunya.Tumbuhan yang terdapat di persekitaran manusia dijadikan bahan perumpamaan terhadap kelakuan dan sikap manusia dalam kehiduapan seharian. Contohnya daun nipah disangka daun labu yakni menunjukkan seseorang yang segan bertanya tentulah timbul salah faham. Sedangkan daun nipah dan daun labu amat berbeza dari segi rupa bentuknya. Darah setampuk pinang yang bermaksud belum berpengalaman. Seseorang yang cetek pengalamannya digambarkan dengan darah dalam bekas tampuk pinang yang kecil sahaja. Tahu gadung itu mabuk, mengapa diratah-ratah? Ubi gadung sejenis tanaman, jika diratah dengan banyak ia akan memabukkan. Sikap ini sudah tentu akan menimbulkan banyak masalah dan membawa penyesalan. Ini bertepatanlah dengan maksud peribahasa ini iaitu sengaja mencari perselisihan, kemudian menyesali diri sendiri. Selain itu, peribahasa lain yang berkaitan dengan tumbuh-tumbuhan ialah seperti gelagak rambutan jantan, orang berbunga dia berbunga, orang berbuah dia tidak. . Ia membawa maksud orang yang meniru-niru perbuatan orang lain kerana mengharapkan keuntungan tetapi perbuatan itu sia-sia belaka.. Sesuatu perbuatan yang berlebih-lebihan itu, biasanya akan menjadi sia-sia. Ini ada kaitan dengan peribahasa yang berbunyi gulai terlampau serai, maung rasanya. Tumbuh-tumbuhan yang terdapat di sekeliling masyarakat Melayu, mudah sahaja dikaitkan dengan peribahasa. Contohnya tebu dan asam. Bertanam tebu di tepi bibir bermaksud orang manis percakapannya tetapi hati di dalam lain jadinya. Gigi telah gugur, tebu menjadi-jadi juga merupakan peribahasa yang dikaitkan dengan tebu. Ia bermaksud sesuatu keinginan yang datang sesudah tidak ada kesempatan lagi untuk melakukannya. Orang Melayu, sememangnya beragama Islam. Islam percaya rezeki, maut dan jodoh pertemuan di tangan Tuhan. Ini dikaitkan dengan peribahasa yang ada kaitan dengan pokok asam misalnya peribahasa yang berbunyi garam di laut, asam di darat, di dalam periuk bertemu juga. Ia membawa maksud seseorang perempuan atau lelaki itu kalau sudah jodoh, mereka akan bertemu(berkahwin) juga pada akhirnya. Kaduk ialah sejenis tumbuhan liar yang banyak khasiatnya. Seperti kaduk naik ke junjung adalah satu peribahasa yang bermaksud keadaan seseorang yang hina tetapi berkelakuan mengada-ngada apabila dia mendapat sesuatu kesenangan seperti dinaikkan pangkat dan sebagainya. Dalam hubungan kekeluargaan juga , setiap anak buah selalu diingatkan supaya tidak bersikap sombong sebaliknya eloklah bersikap peramah dan baik hati.

3.1 Contoh Peribahasa Dalam Penggunaan

Penggunaan peribahasa dalam penulisan merupakan gaya dan teknik yang menarik dan dapat menarik minat pembaca. Keruntuhan akhlak di kalangan muda-mudi adalah fenomena yang berlarutan sehingga kini. walau pun berbagi cara dilakukan untuk mengatasinya namun gejala ini kian hari kian menular.Pemuda-pemudi yang berakhlak tinggi amat penting dalam proses pembangunan sesebuah negara. Kewujudan pemuda-pemudi yang berkeadaan laksana layang-layang salah teraju dalam masyarakat amat merbahaya terhadap keruntuhan negara. Dari segi adab dan kesopanan, pemuda-pemudi yang rendah akhlaknya ini akan mengancam identiti nilai budaya timur. Masyarakat timur merupakan sebuah masyarakat yang kaya dengan sifat sopan santun dan berlemah lembut. Jika nilai-nilai negetif sudah terpaku di hati dan perasaan mereka, usaha untuk membetulkannya akan menjadi laksana layang-layang melawan angin. Pemikir-pemikir masyarakat yang tidak menyumbangkan ilmu, kepakaran dan pengalaman mereka untuk mengatasi masalah dan konflik nilai ini, hanyalah laksana pohon kayu tiada berbuah. Satu lagi gejala yang tidak sihat ialah keadaan perhubungan di antara pemuda-pemudi yang terlalu bebas. Golongan ini laksana kerbau, di mana rumput hijau di situ menerkam. Mereka haruslah dibimbing ke pangkal jalan dan disedarkan bahawa tindakan tersebut akan membahayakan diri sendiri. Kita sedar, gejala tersebut tidak akan berlaku jika kedua-dua belah pihak tidak melibatkan diri. Keadaan ini berlaku kerana lalat memanglah mencari puru. Kita sering terbaca berita-berita tentang gadis yang menerima nasib seperti ini. Pernah terjadi satu kisah yang menimpa seorang gadis yang berkulit hitam manis dan berlesung pipit, telah ditipu oleh seorang pemuda yang akan berusaha mencarikannya pekerjaan. Pertolongan itu semestinya didahului oleh pengorbanan maruah oleh gadis tersebut. Sebenarnya gadis itu tertipu dengan pemuda yang dianggapnya lurus bagai sumpitan. Kisah begini menggambarkan satu lagi gejala tidak sihat yang mengancam kesejahteraan masyarakat kita. Satu usaha yang positif untuk membenteras gejala-gejala ini mesti lah dibuat. Dalam soal ini biarlah kita lambat laga asalkan menang dalam perjuangan yang dilakukan itu. Contoh peribahasa dalam penggunaan dapat dilihat dalam hasil penulisan yang berjudul Sikap Pasif yang Harus Dikikis. Salah satu daripada punca kelemahan manusia ialah wujudnya sikap merendah diri yang tidak kena pada tempatnya. Ini tidaklah pula bermakna seseorang yang berpangkat itu mesti bersikap sombong, bongkak dan bermegah-megah kerana sikap tersebut juga akan membawa kecelakaan kepada diri sendiri kerana pepatah kita ada menyebut bahawa gajah mati kerana gadingnya. Kita sedar bahawa sikap memandang tinggi terhadap orang lain itu tidaklah mempunyai sebarang akibat yang buruk, terutama sekali jika kita memandang sifat itu dari sudut yang positif dan membawa kepada kesan yang baik.Tetapi apa yang mendukacitakan ialah wujudnya peniruan secara melulu, seperti kata pepatah, gajah berak besar, kancil pun hendak berak besar juga. Sifat ini tidak harus diamalkan. Dalam usaha mencapai kemajuan, kita harus menerima nasihat, tunjuk ajar dan kritik yang membina. Jika seseorang itu menerima nasihat yang diberikan dengan sikap bagai garam jatuh ke air, amatlah berfaedah. Tindakan dan peniruan secara berpura-pura adakalanya dilakukan dengan tujuan-tujuan tertentu seperti untuk menimbulkankepercayaan orang lain kepadanya. Tindakan gaharu dibakar kemenyan berbau itu bukanlah satu sifat yang baik. Ada kalanya mereka terpaksa berlagak dengan tujuan untuk meyakinkan pihak peminjam bahawa mereka boleh membayar hutang-hutang mereka itu. Pada hakikatnya pinjaman itu digunakan untuk membayar hutang kepada pihak lain. Pinjaman itu hanyalah gali lubang tutup lubang sahaja. Perkara yang paling berbahaya lagi ialah jika kemudahan dan kepercayaan itu disalahgunakan pula dengan tindakan-tindakan yang merugikan seperti memboros wang perniagaan. Kalaulah keadaan itu berterusan, usahawan tersebut akan berhadapan dengan masa kejatuhan akibat daripada kesalahannya sendiri. Keadaannya seperti kata pepatah; gajah terdorong kerana gadingnya, harimau terlompat kerana belangnya. Jika sikap negetif itu wujud dalam jiwa seseorang usahawan, kesannya dapat dilihat melalui perkembangan perniagaannya yang merosot. Nama baik dan kemajuan perniagaan mesti dijaga. Kita mesti berpegang kepada falsafah hidup yang diajar oleh orang tua-tua kita bahawa gajah mati meninggalkan tulang, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama. Sekiranya seorang usahawan dicap tidak jujur dan tidak amanah dalam pekerjaan sendiri, orang ramai akan mengatakan gaya saja, rasanya wallah. Amat sukar untuk mencari orang-orang yang garam dikulum tidak hancur, untuk menyimpan rahsia begini. Dalam usaha menghindari gejala-gejala tersebut, sikap ingin berguru kepada yang tahu amatlah penting kerana sepertimana yang kita sedia maklum; gayung tua, gayung memutus.

4.0 Kesimpulan Peribahasa Melayu tercipta daripada pengalaman dan pengamatan ahli-ahli masyarakat Melayu sejak berzaman-berzaman. Pengalaman dan pengamatan ini berhubung erat dengan kehidupan masyarakat sehari-hari dan keadaan alam sekeliling. Peribahasa yang pada mulanya diperturunkan secara lisan dan diperkembangkan secara lisan juga seharusnya diusahakan supaya ianya dapat dikekalkan. Agar keindahan penggunaannya dalam bahasa Melayu tidak hilang ditelan zaman sebaliknya menjadi warisan bangsa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.

PerkembanganPerkembangan Peribahasa

Peribahasa mengalami evolusi dari masa ke semasa. Ciptaan yang memakan masa beratus-ratus tahun, mengalami dugaan masa dan perubahan. Melalui proses evolusi ini, peribahasa akhirnya diterima pakai hingga ke zaman ini kerana keindahan bahasanya yang tepat dan berkesan dari segi pengertiannya. Selain itu, peribahasa mudah diingat, serta menjadi pegangan dan buah pertuturan yang diselitkan sama ada di dalam pertuturan formal mahupun tidak. Melalui proses ini, peribahasa diperturunkan daripada satu generasi ke satu generasi sehingga ke abad ini.

Seperti zaman dahulu, peribahasa masih lagi digunakan dengan tujuan mengajar, mendidik, menyindir serta menegur seseorang ataupun masyarakat. Pada zaman ini pula, terdapat beberapa orang ahli bahasa yang giat mengkaji semula peribahasa-peribahasa lama kerana nilai-nilai tersebut. Justeru, nilai estetika yang amat tinggi menyebabkan penggunaan peribahasa masih dapat dipertahankan hingga ke kini.

Antara sebab-sebab peribahasa dapat bertahan sehingga kini ialah terdapat unsur-unsur kesusasteraan seperti intelek, imaginasi dan emosi yang terkandung di dalam sesebuah peribahasa. Jika ditinjau dengan lebih mendalam, terdapat banyak aspek yang mempamerkan ketinggian pemikiran masyarakat Melayu. Terdapat banyak peribahasa Melayu yang menyentuh aspek ekonomi (seperti konsep rezeki), sosial (seperti nilai budaya, konsep sains dan teknologi)dan juga aspek politik (seperti konsep undang-undang, peraturan dan pentadbiran).

Sebelum masyarakat dahulu mempunyai undang-undang pidata dan pidana seperti sekarang, corak kehidupan mereka diaturkan dengan pelbagai jenis peribahasa. Jikalau dikaji semula pada zaman ini, ada juga peribahasa yang tidak lagi sesuai dengan zaman dan kemajuan ilmu pengetahuan sekarang. Namun demikian, ada peribahasa yang dianggap tidak relevan pada masa kini tetapi mempunyai makna yang amat mendalam. Seperti contoh peribahasa biar mati anak, jangan mati adat. Ada yang berpendapat bahawa peribahasa ini tidak lagi relevan pada masa kini kerana mengapa seorang anak yang merupakan cahaya mata harus dibiarkan mati dan adat harus diteruskan. Jika kita melihat peribahasa ini daripada perspektif yang berbeza, kita boleh dapati bahawaadat di sini digunakan sebagai undang-undang dan sekiranya seseorang anak itu telah melanggar undang-undang, seorang ketua tidak seharusnya membebaskan anak tersebut daripada kesalahan yang telah dilakukannya. Mati pula tidak bermaksud anak itu harus dihukum mati sekiranya ia bersalah tetapi ia membawa maksud menerima padah atau pun akibat atas apa yang telah dilakukannya.

Peribahasa juga memainkan peranan dalam perkembangan budaya masyarakat pada zaman-zaman yang berbeza. Peribahasa hidup dan berkembang daripada satu generasi ke satu generasi dengan bentuknya yang tersendiri iaitu secara lisan yang kemudiannya terjelma pula dalam bentuk tulisan. Dalam proses evolusi dan difusi kebudayaan, tradisi lisan berubah secara perlahan, menghasilkan suatu bentuk perubahan dari bentuknya yang asal dan dalam mengalami proses itu juga peribahasa telah terdedah kepada perubahan tanpa sebarang sekatan dan kawalan. Ini dimungkinkan oleh sikap masyarakat itu sendiri yang sentiasa cenderung untuk melakukan perubahan kepada budaya tradisinya dengan harapan dapat menarik perhatian dan menghiburkan masyarakatnya.

Kesimpulan

Memang tidak dapat disangkal lagi bahawa peribahasa memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat Melayu hingga ke saat ini. Peribahasa merupakan salah satu cabang bahasa terpenting dalam pembelajaran bahasa Melayu. Budaya Melayu yang penuh dengan kesantunan dan kehalusan budi pekerti juga turut terserlah melalui penciptaan peribahasa. Justeru, peribahasa menjadi khazanah budaya dan bahasa Melayu yang mempunyai nilai estetika tinggi. Penggunaannya yang meluas secara tulisan atau pun pertuturan masih kekal relevan dalam konteks masyarakat Melayu hingga kini. Peribahasa mengandungi pelbagai nasihat, ilmu serta unsur-unsur didaktik untuk masyarakat umum. Justeru, setiap individu Melayu harus memainkan peranan aktif untuk memastikan penggunaan serta keaslian peribahasa tetap dipelihara. Segala nilai murni dalam setiap peribahasa yang dicipta itu dapat dihayati dan direnungi demi kesejahteraan kita bersama. Bak kata pepatah, bahasa dijunjung, budaya disanjung. Peribahasa adalah cerminan akal budi dan lambang jati diri orang Melayu.

-Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah-(Aktivis Jurnal Akademik Jilid III 2003)

Sejarah

Sejarah Peribahasa Peribahasa bermula sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca. Peribahasa dikatakan berasal daripada orang Minangkabau. Ada juga yang menyatakan peribahasa ini berasal daripada orang Riau SSumatera. Sebelum orang-orang Melayu pandai menulis dan membaca, mereka telah dididik melalui peribahasa. Peribahasa merupakan gubahan bahasa yang tersusun dengan perkataan-perkataan yang indah serta mengandungi kata-kata nasihat dan petua. Lantas, peribahasa ini disampaikan dengan gaya dan cara yang menarik. Selain berfungsi untuk nasihat, peribahasa juga mencerminkan keseluruhan kehidupan masyarakatMelayu.

Masyarakat dahulu kala tidak berpendidikan formal. Mereka menetap di kawasan pendalaman dan tidak mempunyai tempat tinggal yang tetap. Masyarakat pada ketika itu pula berfahaman animisme, yang mempercayai bahawa segala benda yang wujud mempunyai roh atau semangat. Lantas, untuk mententeramkan roh dan semangat ini, mereka menyembah roh dan semangat tersebut.

Perhubungan rapat dengan keadaan sekeliling menimbulkan ilham dan kaca perbandingan bagi mereka, terutama ahli-ahli fikir waktu itu. Alam semula jadi memberikan mereka ilham untuk dijadikan iktibar di dalam mengharungi kehidupan seharian. Cara sedemikian merupakan jalan mudah bagi mereka untuk memberi nasihat, teguran, anjuran atau sindiran agar mudah didengar dan diteliti pihak yang mempelajari peribahasa tersebut. Isi dan jiwa yang terkandung di dalam peribahasa menyentuh aspek sejarah, sosial dan kehidupan mereka pada zaman lampau.

Menurut Mohd Gani Ahmad, ribuan peribahasa yang terdapat dalam masyarakat kita dicipta oleh ahli fikir, cendekiawan, para pemuka bangsa atau pujangga sesebuah masyarakat. Kemungkinan peribahasa itu dicipta oleh anggota masyarakat biasa amat tipis. Jika ada, ini mungkin secara kebetulan sahaja. Namun demikian, individu yang mencipta peribahasa itu mestilah seorang yang dihormati kerana kedudukannya dalam masyarakat atau kerana usianya. Orang-orang tua zaman dahulu sahaja telah lama merasai asam garam kehidupan, mempunyai banyak pengalaman dan pengetahuan dan seharusnya boleh dipercayai. Kewibawaan mereka dari segi penuturan telah menghasilkan banyak kata-kata mutiara.

Pada mulanya, percakapan hanya pertuturan biasa yang kurang indah dan tepat. Ia kemudiannya diubahsuai, ditokok tambah dan diperbaiki dari masa ke semasa. Akhirnya, tercipta peribahasa yang kita kenali sekarang sebagai yang terbaik, terindah dan berkesan.

Melalui perkembangan sejarah sejak zaman Srivijaya lagi, bahasa Melayu mula berkembang daripada sebuah bahasa yang rendah nilainya kepada bahasa yang dapat memperkatakan soal-soal yang berhubung dengan falsafah. Bahkan, peribahasa merupakan antara salah satu aspek bahasa yang turut berkembang. Walau bagaimanapun, bahasa Minangkabau berbeza daripada bahasa Melayu. Namun demikian, proses evolusi yang memakan beberapa ratus tahun telah sedikit sebanyak menyesuaikan peribahasa Minangkabau dengan bahasa Melayu. Antara contoh yang dipetik daripada 1000 Pepatah-Pepitih, Mamang-Bidal Pantun-Gurindam oleh H. Idrus Hakimy Dt. Rajo Penghulu ialah:

Barakik-rakik ka hulu, baranang-ranang ka tapian, basugi timbakau jaho.Basakik-sakik dahulu, basanang-sanang kamudian, marugi mangko balabo.

Peribahasa dalam bahasa Minangkabau jika kita perhatikan sama dengan peribahasa Melayu iaitu:

Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian,Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Terdapat banyak lagi contoh peribahasa Minangkabau yang hampir serupa dengan peribahasa Melayu, yang berbeza dari segi sebutan serta ejaannya sahaja.

-Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah-(Aktivis Jurnal Akademik Jilid III 2003)

PengenalanPengenalan Peribahasa

Peribahasa merupakan ayat atau sekumpulan kata yang tersusun dan mengandungi makna atau pengertian yang tertentu. Susunan katanya pendek tetapi menepati makna yang ingin disampaikan. Susunan kata yang sedap didengar, bijak serta tepat pengertiannya ini telah menjadi pengucapan orang ramai sejak turun-temurun. Peribahasa terdiri daripada pepatah, bidalan, perbilangan, perumpamaan, dan simpulan bahasa. Kini kata-kata hikmat pujangga dan ilmuan yang telah lama digunakan dalam masyarakat turut dianggap sebagai peribahasa.Mereka yang mahir menggunakan peribahasa dianggap telah menguasai kemahiran berbahasa dan mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam bahasa Melayu. Mereka juga boleh dianggap sebagai pencinta bahasa tersebut. Sebagai satu daripada variasi dalam bahasa, peribahasa telah membantu dalam perkembangan sastera dan bahasa Melayu sehingga boleh dianggap setanding dengan bahasa utama dunia yang lain.Sifat orang Melayu yang lemah lembut dan penuh santun menyebabkan mereka sering meluahkan rasa hati melalui kata-kata simbolik, indah, dan tersusun. Misalnya, untuk menyatakan kekuasaan penguasa yang tidak bertepi terhadap rakyat, tidak dinyatakan terus terang tetapi disebut dengan langit menyungkup kepala atau mendebik mata pedang. Manusia yang buruk tingkahnya dilambang dengan haiwan-haiwan yang seperti beruk atau kera, umpamanya seperti beruk kena belacan; kera menegur tahinya; atau beruk jumpa pisang masak setandan. Oleh sebab Melayu dan Islam merupakan sinonim, pegangan dalam agama Islam turut digambarkan secara meluas dalam peribahasa Melayu. Misalnya anjing dan babi yang haram di sisi Islam itu melambangkan orang tamak, jahat, dan penuh dengan kehinaan. Contohnya melepaskan anjing tersepit, sesudah lepas, ia menggigit atau anjing mengulangi bangkai; bagai babi merasai gulai, dan seumpamanya. Peribahasa terbit daripada pemerhatian dan pengalaman hidup rakyat jelata dan para cendekiawan. Dalam masyarakat petani lahir peribahasa tidak serik dimakan tajak, esok lusa ke bendang jua. Di kalangan nelayan pula ada peribahasa lautan mana yang tidak bergelombang; ikan di laut asam di darat; dan kalau kail panjang sejengkal jangan lautan hendak diduga. Cendekiawan yang terlibat menyebarkan ilmu akan sentiasa memberi tunjuk ajar dan kata-katanya menjadi ikutan, umpamanya jangan ditentang matahari; buat baik berpada-pada buat jahat jangan sekali,dan syak fasik yakin salih, batu jadi juadah. Al-Quran dan hadis turut memberi sumbangan kepada peribahasa Melayu, contohnya ilmu yang tidak diamal ibarat pokok tidak berbuah dan ilmu tanpa agama, buta. Pemerhatian yang amat teliti dapat dilihat pada ketetapan makna peribahasanya, misalnya keluh kesah tidur di kasur; berkeruh di lapik penjemuran; atau batu yang bergolek tidak ditumbuhi lumut; berapa panjang lunjur, begitulah panjang selimut.Kemajuan mendadak yang melanda masyarakat kita hari ini sedikit sebanyak telah mengurangkan minat masyarakat terhadap penggunaan peribahasa. Hanya segelintir di kalangan generasi muda hari ini tahu akan kegunaan sesuatu peribahasa malah ada yang tidak tahu langsung tentang kewujudan peribahasa tersebut. Lebih menyedihkan ada sesetengah pihak cuba mengubah bunyi dan makna peribahasa, kononnya untuk menyesuaikan dengan zaman, misalnya biar lambat asal selamat dijadikan biar cepat asal selamat, hutang budi dibawa mati ditukar kepada hutangn budi tergadai body dan banyak lagi. Sebenarnya pengubahsuaian itu telah merosakkan makna dan matlamat sebenar sesuatu peribahasa dan menghilangkan keindahan serta kebijaksanaan peribahasa tersebut. tidak salah kalau mahu mencipta kata-kata hikmat tetapi biarlah yang betul-betul baru, bukan diubah suai daripada yang sedia ada. -SAPINAH HAJI SAID-Kamus Peribahasa Melayu

FungsiFungsi Peribahasa

Setiap bangsa mempunyai peribahasa yang mencerminkan watak sesuatu bangsa itu. Begitu juga dengan peribahasa Melayu yang merupakan salah satu cabang sastera lama yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas. Peribahasa terbit dengan tujuan didaktik untuk masyarakat pada ketika itu. Peribahasa lebih kerap digunakan ketika itu kerana kekata yang terkandung di dalamnya membawa maksud yang tepat malahan kias ibaratnya agak tajam serta susunan kata yang begitu teratur, ringkas dan padat. Menurut Za ba (1962,165), peribahasa berfungsi untuk perkara berikut:Menghiasi karangan dan percakapan.Menguatkan tujuan karangan atau percakapan.Boleh dijadikan pedoman hidup kerana isinya yang besar dan luas.Peribahasa menggambarkan tasawwur atau world view masyarakat ataupun bangsa yang mendukungnya, sekaligus menyatakan pengalaman hidup yang telah dilalui serta corak kehidupan sesuatu bangsa itu secara keseluruhan. Oleh yang demikian, isi dan tema peribahasa yang dibicarakan disifatkan sebagai cerminan pandangan dunia serta etos iaitu nilai masyarakat Melayu, khususnya dalam konteks pemakaian peribahasanya. Etos ini dapat dijelaskan dengan lebih lanjut lagi apabila makna sesuatu peribahasa itu diaplikasikan dan dipraktikkan ke dalam kehidupan seharian sesuatu masyarakat itu seperti dalam contoh-contoh berikut:

a)Berbudi dan berjasaKehidupan masyarakat Melayu tradisional memang kaya dengan budi bicara dan adat tradisi. Sesuatu budi yang telah diberikan secara jujur seperti melepaskan kesukaran orang lain, bantuan dan kasih sayang dalam hidup berkeluarga dan berjiran akan senantiasa dikenang dari hidup hingga ke akhir hayat. Lantaran, timbul peribahasa:

i. Hancur badan dikandung tanah Budi yang baik dikenang juga.

ii. Hutang emas boleh dibayar Hutang budi dibawa matiiii. Muka berpandangan Budi kedapatanKasih bak lama juga

Budi berkait erat dengan jasa. Budi dan jasa lengkap melengkapi antara satu sama lain. Budi adalah jasa dan jasa adalah budi. Tidak mungkin seseorang dapat dianggap membuat jasa jika dia tidak berbudi. Setiap anggota masyarakat ingin membuat jasa yang termampu olehnya kerana jasa serta namanya akan sentiasa dikenang walaupun setelah dia meninggal dunia.

i. Hidup kayu berubah Hidup manusia biar berjasa.

ii. Kayu mati berpunggur Manusia mati biar bernama.

iii. Harimau mati tinggal belangnya Gajah mati tinggal tulangnya Manusia mati tinggalkan nama.

b)Merendah diriMerendah diri dan bertimbang rasa juga tergolong sebagai budi. Orang yang memiliki ketinggian budi bahasa, maka kata-katanya itu tidak akan meninggi serta tidak mungkir janji.

i. Bawa resmi padi; Makin berisi makin merunduk Jangan bawa resmi lalang Makin berisi makin jegang.

ii. Berfikir sebelum berkata Berunding sebelum dibuat.

c)Menuntut pelajaranMasyarakat Melayu sememangnya menyedari peri pentingnya ilmu pengetahuan. Masyarakat Melayu lama berpendapat bahawa menuntut ilmu atau belajar tidak semestinya secara formal. Perkara ini masih boleh diraih melalui pengalaman, penelitian, sendirian ataupun melalui khabar-khabar yang disebarluaskan. Orang yang berpelajaran akan mendapat kejayaan dan kedudukan yang tinggi dalam hidup sementara mereka yang tidak pula, akan dipandang hina dan dianggap sebagai sampah masyarakat. Ini dapat dilihat melalui beberapa contoh peribahasa yang tercipta.

i. Kurang wang ringgit boleh dicari Kurang akal fikiran habis bicara.

ii. Arang habis besi binasa Tukang bekerja penat sahaja.

iii. Berguru kepalang ajar Bagai bunga kembang tak jadi

d)Bekerja kuat dan berjimat-cermatKepekaan masyarakat terhadap ekonomi, penghasilan dan pendapatan daripada usaha yang bersungguh-sungguh dan berjimat-cermat jelas tergambar dalam pelbagai peribahasa yang menekankan kepentingan berjimat-cermat. Sikap yang baik ini dipuji sementara sikap yang bertentangan dikecam, seperti dalam contoh berikut:

i. Sehari selembar benang Lama-lama menjadi kain.

ii. Ditangkap buaya nampak riaknya Ditangkap malas tak bertanda.

iii. Berhemat sebelum habis Sediakan payung sebelum hujan.

iv. Besar pasak dari tiang Besar sendal dari gelegar.

v. Sekali merengkuh dayung Dua tiga pulau terlangsung Sekali mengorak pura Dua tiga hutang langsai

e)Taat setia dan menghormati undang-undangSikap taat setia dan kasih yang tiada berbelah bahagi kepada negera dan raja yang memerintah jelas terakam dalam banyak peribahasa. Sesebuah kerajaan, perlembagaan, perundangan atau seorang pembesar, menyedari akan kewujudan satu waad dengan yang diperintahnya. Kerajaan harus bersikap adil demi menjalin hubungan baik dengan yang diperintah. Sesebuah kerajaan juga harus mengetepikan kepentingan sendiri demi melaksanakan undang-undang yang dipertanggungjawabkan kepadanya, seperti dalam contoh berikut:

i. Raja adil raja disembah Raja zalim raja disanggah.

ii. Biar mati anak Jangan mati adat.

iii. Hidup dikandung adat Mati dikandung tanah.

iv. Di mana bumi dipijak Di situ langit dijunjung.

v. Bagai pucuk ru: Ke mana angin keras Ke sana ia berpihak.

vi. Hujan emas di negeri orang Hujan keris lembing di negeri sendiri Baik juga di negeri sendiri.

vii. Penohok kawan seiring Penggunting dalam lipatan.

Contoh-contoh dan penerangan di atas jelas menunjukkan sikap dan nilai masyarakat Melayu yang tinggi. Sikap dan nilai masyarakat terhadap sesuatu aspek hidup itu tidak semata-mata sebagai pengucapan tetapi juga dijadikan pegangan serta diamalkan dalam kehidupan sehari-hari, menjadikannya sebagai sesuatu yang sakral. Menurut Pak Haji Tenas Effendy, seorang budayan Riau, peribahasa berfungsi sebagai alat untuk menasihati dan memberi arahan yang bertepatan serta bersesuaian dengan peri hidup setiap lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa. Peribahasa yang kaya dengan segala macam tuntutan dan nasihat merupakan cerminan kepada keaslian budi bicara masyarakat Melayu yang sejak azali lagi sesungguhnya terkenal dengan kekayaan budi pekerti dan nilai-nilai kemanusiaan. Peribahasa ini juga merupakan asas-asas kemelayuan yang menyintai kedamaian sekaligus mengajak semua untuk hidup rukun dan saling hormat-menghormati agar tidak membawa kepada kerosakan kepada diri sendiri mahupun orang lain dan alam sekitarnya.

Peribahasa juga digunakan untuk mengindahkan wacana. Penggunaan peribahasa yang sesuai akan menambahkan lagi keindahan sesebuah wacana dan akan memperlihatkan keberkesanannya terutama di dalam penghasilan genre-genre penulisan. Genre-genre penulisan yang mengandungi peribahasa dapat menjana minda dan pemikiran golongan pembaca agar menjadi lebih kritis dan kreatif. Memang pada umumnya semua peribahasa mengandungi tema didaktik iaitu dengan maksud mengajar dan mengingatkan anggota-anggota masyarakat dalam pelbagai aspek kehidupan. Bagaimanapun terdapat ungkapan-ungkapan tertentu yang khusus merujuk kepada sesuatu bidang tertentu, misalnya, dalam mengingatkan pelbagai kemungkinan yang akan datang, membuat pilihan dan bertindak, berhutang, meminjam dan memberi pinjam dan sebagainya. Contoh berikut menjelaskan:

i. Ingat-ingat yang di atas Kelak di bawah akan menimpa.

ii. Hutang kajang belum langsai Hutang samir sudah tiba pula

iii. Ibarat kain tengah empat Elak ke atas bawah terbuka Elak ke bawah atas terbuka.

Sebahagian besar pengajaran dapat diraih melalui pengalaman hidup. Kehidupan telah mengajar manusia supaya berwaspada dan berfikir sebelum bertindak supaya tidak menyesal pada kemudian hari. Pengajaran in terakam dalam peribahasa seperti di bawah:

i. Sesal dahulu pendapatan Sesal kemudian tiada berguna.

ii. Lepas di tangan jangan diharap Orang pulang jangan dinanti Mulut manis jangan didengar.

Kesimpulannya, peribahasa merupakan cerminan peradaban sekaligus lambang jati diri masyarakat Melayu. Peribahasa dapat dijadikan pegangan atau panduan di dalam kehidupan seseorang kerana banyak peribahasa mengandungi pengajaran yang tidak bercanggah dengan anutan agama, yang sentiasa mengajar manusia untuk mencari dan menganjurkan kebenaran, kemuliaan dan menegakkan yang hak. Peribahasa juga pernah berfungsi sebagai oral constitution atau undang-undang lisan kepada masyarakat Melayu tradisional. Oleh itu, peribahasa juga dapat dimanfaatkan oleh generasi sekarang dan masa depan sebagai pegangan dan panduan hidup.

-Afizah, Fatin, Nisfawati, Khairunnisa, Shahidah, Sopianti, Hazurah-(Aktivis Jurnal Akademik Jilid III 2003)