pergerakan kreatif seni dalam pendidikan

Upload: zaazafiera

Post on 14-Apr-2018

1.307 views

Category:

Documents


32 download

TRANSCRIPT

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    1/15

    PERGERAKAN KREATIF

    1.0 PENGENALAN

    Pergerakan adalah sebarang bentuk gerak yang dilakukan oleh seseorang yang akan

    menyebabkan perubahan kedudukan atau kekal di tempat asal. Pergerakan kreatif

    merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan gerakan fizikal anggota badan

    secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif. Kanak-kanak menggunakan

    pergerakan kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah dan melahirkan perasaan

    masing-masing. Pergerakan kreatif adalah salah satu kaedah pembelajaran yang boleh

    membantu meningkatkan perkembangan kanak-kanak. Kanak-kanak mempunyai tindak

    balas terhadap rentak dan irama, pergerakan yang berirama dan kemampuan kreativiti

    yang bersifat semulajadi.

    Menurut teori Emile Jaques Dalcroze (1950), pergerakan adalah asas kepada kreativiti.

    Pergerakan merupakan salah satu cara untuk kanak-kanak mengungkapkan perasaan

    melalui muzik. Kesemua aspek muzik perlu dimulai dengan gerakan tubuh

    badan. Tubuh badan adalah alat paling utama dan merupakan asas keseluruhan

    pergerakan. Kanak-kanak akan mengembangakan daya komunikasi yang

    mengintegrasikan telinga, mata dan tubuh badan sebagai respon fizikal secara

    improvisasi kepada muzik. Walaupun kanak-kanak tidak boleh bertepuk dan

    menyanyi ikut rentak, tetapi meraka boleh berjalan atau berlari mengikut

    rentak. Pergerakan adalah perlakuan atau aksi kanak-kanak yang boleh

    dilakukan secara automatik, spontan dan terancang.

    Dauer dan Prangrazi (1983), menyatakan kanak-kanak mempunyai keinginan-keinginan

    untuk bergerak, berlakon dan sentiasa aktif yang tidak boleh dipuaskan. Contohnya,

    kanak-kanak berlari hanya untuk mendapatkan kepuasan berlari semata-mata. Dauer

    dan Prangrazi telah mengenal pasti sembilan keinginan asas kanak-kanak iaitu :

    i. Keinginan untuk bergerak

    ii. Keinginan untuk berjaya

    iii. Keinginan untuk diterima oleh kelompok sebaya

    iv. Keinginan untuk bersaing

    v. Keinginan untuk memperoleh kecerdasan fizikal

    vi. Keinginan untuk mengembara

    vii. Keinginan untuk memperoleh daya penarik

    viii. Keinginan untuk memperoleh kepuasan kreativiti

    ix. Keinginan untuk mengetahui

    1

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    2/15

    Keinginan-keinginan tersebut ditumpukan kepada pergerakan kreatif yang mempunyai

    fungsi-fungsi tertentu seperti pertumbuhan fisiologi dan motor, perkembangan psikologi

    dan mental serta rohani dan sosial.

    Gladys Andrew Fleming (1976) telah menggunakan istilah Pergerakan Kreatif untuk

    pendidikan geraktari kanak-kanak. Beliau telah mentakrifkan istilah ini sebagai

    penghubung antara fikiran dan perasaan yang diluahkan melalui pergerakan anggota

    badan. Pergerakan kreatif adalah kaedah untuk menyelesaikan tiga komponen iaitu

    ekspresi, komunikasi dan kepuasan peribadi.

    Margaret HDoubler (1925), berpendapat bahawa geraktari kreatif adalah sejenis tarian

    berunsur pendidikan yang membantu dalam proses tumbesaran individu. Proses ini

    membentuk pemikiran mental dan merencana aktiviti yang merangsang daya pemikiran,

    pertumbuhan fizikal dan spiritual. Apa yang dipersembahkan oleh kanak-kanak,

    bukanlah bertujuan untuk menarik perhatian atau mencetuskan sensasi tetapi untuk

    mencurahkan ekspresi emosi kendiri melalui pergerakan.

    2.0 ELEMEN ASAS PERGERAKAN

    Pergerakan kreatif merangkumi empat elemen utama iaitu ruang, masa, tubuh badan,

    dan aliran. Ia melibatkan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor sama ada dengan

    atau tanpa muzik.

    2.1 Ruang

    Ruang adalah kawasan yang digunakan semasa melakukan gerakan. Terbahagi kepada

    dua iaitu ruang diri dan ruang am. Ruang diri ialah ruang setempat yang mengelilingi

    individu yang boleh dicapai oleh bahagian tubuh badan. Manakala ruang am ialah

    kawasan yang digunakan semasa melakukan pergerakan. Kedua-dua ruang ini meliputi

    bahagian kawasan seperti :

    a) aras - tinggi, sederhana dan rendahb) arah - hadapan, belakang, sisi, atas dan bawahc) aliran - awangan, lantai, lurus dan berliku-liku

    d) ekstensi - mengecil dan membesar

    2.2 MasaPergerakan boleh dilakukan dengan pelbagai kelajuan seperti cepat, lambat, kawal-lambat dan serta merta. Kelajuan sesuatu pergerakan ditentukan dengan keadaanruang yang ada seperti ruang diri, ruang am dan ruang yang dilengkapi dengan alat-alat.a) Serta merta - Pergerakan dilakukan dalam masa yang singkat. Pergerakan inicepat, tegas, spontan dan dinamikb) Kawal-lambat - Pergerakan yang perlahan, Mengambil masa dan dapat

    2

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    3/15

    dikawal. Perlakuannya adalah lambat, licin, beralun dan berayun. Ia boleh dirasakansebagai sesuatu yang tidak pertergesa-gesa atau cepat.

    2.3 Tubuh BadanAnggota tubuh badan seperti tangan dan kaki akan menghasilkan kualiti pergerakanseperti kuat, lembut, ringan dan tenang. Kualiti pergerakan dapat dihasilkan dengan

    mengawal kekuatan dan keupayaan otot semasa melakukan pergerakan.a) Halus-ringan -Pergerakan yang lembut, halus dansensitif menggunakan kekuatan otot yang ringan semasa bergerak bebas dansetempat.b) Berat-kuat - Pergerakan yang tegas, kuat bertenaga dan pantas. Memerlukantenaga dan menggunakan otot-otot yang kuat.

    2.4 AliranAspek aliran merupakan beberapa pergerakan dirangkai dengan berturutan, berterusandan licin. Rangkaian pergerakan boleh dilakukan secara aliran bebas dan terikat. Aliranberhubungkait dengan anggota badan dengan orang lain atau alatan. Contohnya,permainan ulat bulu dan penggunaan alatan seperti gelung rotan.

    2.0 JENIS-JENIS PERGERAKAN KREATIFPergerakan kreatif terbahagi kepada tiga iaitu pergerakan lokomotor, pergerakan bukanlokomotor, dan kemahiran manipulatif.

    Pergerakan LokomotorPergerakan lokomotor ialah pergerakan yang bersifat aliran gerakan dari satu tempat ketempat yang lain. Pendidikan pergerakan lokomotor adalah untuk menyokong aktivitipergerakan yang dirancang.i. Konsep pergerakan lokomotorPergerakan lokomotor terbahagi kepada beberapa cara iaitu seperti arah, aliran, haluandan masa.

    ii. ArahArah adalah melibatkan bentuk arah gerakan iaitu ke hadapan atau ke kiri atau ke kanan

    iii. HaluanHaluan ialah pergerkan melibatkan pelbagai bentuk atau corak gerakan. Contohnyaadalah seperti samada boleh dalam bentuk lurus, bengkang bengkok, zig zag dan lain-lain

    iv. MasaMasa adalah masa yang digunakan untuk melengkapkan pergerakan. Masa bolehberadadalam keadaan cepat atau pelahan, secara tiba-tiba atau dalam bentuk terkawal.

    v. Bentuk-bentuk pergerakan lokomotorBentuk-bentuk pergerakan lokomotor adalah seperti berjalan, berlari dan melompat.

    vi. Lokomotor beritma sekata

    Berjalan - pergerakan merentasi ruang dengan memindah-mindahkan berat badandari satu kaki ke kaki yang lain

    Berlari - kaki tidak menahan berat badan kerana kaki dan seluruh anggota terangkat

    3

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    4/15

    daripada mencecah bumi

    Melompat (mendarat dengan dua kaki) - pergerakan yang mengangkat badan keudara daripada tempat berpijak dengan tolakan / lonjakan sebelah atau kedua-dua belahkaki. Hop (melompat dan mendarat dengan sebelah kaki)

    Leap (melompat serta larian memanjang dilakukan berterusan dengan kaki(berselang-seli)

    Meloncat - ketika berlari pergerakan buku lali dan lutut menjadi lebih kerap supayalebih banyak pergerakan meninggi dapat dicapai.

    Melompat Ketingting - Melompat menggunakan sebelah kaki sahaja. Selepas itu, kakiyang sama akan mendarat semula. Lutut kaki yang tidak digunakan hendaklahdibengkokkan supaya kakinya tidak mencecah tanah.

    Kaki didaratkan di atas ibu jari dahulu, kemudian hujung tapak dan tumit di atas tanah.

    Pergerakan bukan lokomotorPergerakan bukan lokomotor adalah kemahiran yang dilakukan tanpa menggerakkandasar sokongan atau tidak melibatkan perubahan penyokong atau titik pusat aktiviti.Pergerakan bukan lokomotor adalah merupakan keupayaan menggerakkan bahagian

    tubuh badan tanpa beralih tempat. Secara kebiasaannya, pergerakan bukan lokomotorini adalah aspek keseimbangan. Dalam pergerakan ini, kanak-kanak bolehmenggunakan pelbagai alatan untuk mempelbagaikan pergerakan.

    i. Konsep pergerakan bukan lokomotorKonsep pergerakan lokomotor adalah merupakan konsep pergerakan dalam keadaanstatik dan memberi penekanan kepada keseimbangan. Pergerakan bukan lokomotor inidapat membantu kita menjaga dan menjadikan bentuk badan yang menarik dan badanseharusnya berada dalam keadaan yang fleksibel dan seimbang. Aktiviti gerakanmestilah dibuat dalam keadaan yang tenang dan kurang tekanan.ii. Bentuk-bentuk pergerakan bukan lokomotor

    a. MembongkokPergerakan ini membawa bahagian-bahagian badan rapat antara satu sama lain.Kapasiti bahagian badan yang boleh bengkok bergantung kepada struktur sendi terlibat.Sendi engsel membenarkan bahagian badan dibongkok ke hadapan dan ke belakangsahaja. Jenis sendi ini terdapat di Jari-jari tangan, Jari-jari kaki, siku dan lutut. Manakalasendi bola dan soket pula membenarkan bahagian badan dibongkokkan ke hadapan, kebelakang, ke kiri, ke kanan dan dalam bulatan. Sendi Jenis ini terdapat di paha, dipinggul dan di sendi yang menghubungkan bahagian lengan atas dan bahu.b. MeregangMeregang ialah ekstensi atau hiperekstensi bahagian-bahagian badan. Ekstensididefinisikan sebagali pengembalian bahagian badan ke kedudukan rentang selepas iadifleksibelkan atau dilipatkan. Hiperekstensi pula ialah rentangan melebihi 180'.

    Aktiviti-aktiviti untuk membongkok dan meregang

    Membongkok dan meregang bahagian-bahagian badan. Bermula dengan bahagiankecil badan seperti jari-jari tangan, jari-jari kaki, tangan dan kaki kepadabahagian besar bahagian badan seperti kaki, lengan, kepala dan belakang.

    Membongkok dan meregang bahagian badan dengan menggunakan bahagian badanyang berlainan untuk dijadikan dasar menyokong.

    c. Mengilas

    4

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    5/15

    Mengilas ialah pusingan badan atau bahagian badan mengeliling paksi panjang tanpamenggerakkan dasar menyokong. Mengilas hanya boleh berlaku dalarn arah bulatansahaja. Struktur sendi menentukan bahagianbadan yang boleh dikilas. Sebagai contoh,badan boleh dikilas pada paksipanjang.d. Memusing

    Memusing ialah pergerakan memusingkan bahagian badan. Apabila seluruh badan

    berpusing, dasar menyokong berubah tempat.

    Aktiviti-aktiviti untuk mengilas dan memusing.

    Mengilas bahagian-bahagian badan yang berlainan seperti kaki, lengan, badan, danleher.

    Membentuk dengan mengilas dan menggunakan bahagian badan berlainan sebagaldasar menyokong.

    e. MenolakMenolak ialah menurunkan kuasa badan ke atas kuasa rintangan. Menolak menjauhkanobjek dari badan atau menjauhkan badan dari objek. Pergerakan ini dilakukan denganmenggunakan tangan dan lengan, tapak dan kaki, bahu, dan pinggul.f. MenarikMenarik adalah untuk menggerakkan atau merapatkan objek kepada badan. Biasanyapergerakan ini dilakukan dengan menggunakan tangan.

    Aktiviti-aktiviti menolak dan menarik

    Menolak dalam ruang dengan menggunakan bahagian badan yang berlainan

    Tolak satu tangan ke atas , ke bawah , ke sisi .

    Menolak objek seperti pundi kacang dan bola . Guna bahagian badan yangberlainan seperti tangan, siku , dan kaki.

    g. HayunHayun ialah satu pergerakan bulat atau separuh bulatan mengelilingi satu titiktengah yang tetap

    h. Berbuai-buaiPergerakan ke kiri dan kanan tubuh badan yang dikawal oleh badan

    Aktiviti-aktiviti untuk hayun dan berbuai-buai

    Hayun tangan ke hadapan , ke belakang , atau menyilang badan di dada

    Hayun kaki ke hadapan , belakang atau ke sisi menyilang kaki lain

    Hayun dengan bergayut pada palang

    Berbuai dengan berdiri tegak dan menggerakkan badan ke sisi , ke kiri dan ke kanan Dua tangan di hadapan , bengkok di siku , berbuai-buai dengan menggerakkan badan

    ke kiri dan ke kanan

    i. RebahBadan atau bahagian badan bergerak dari paras tinggi ke paras sendah .Rebahmungkin merupakan satu pergerakan yang cepat atau perlahan untuk merendahkanbadan . Rebah yag tiba-tiba berlaku jika tenaga menyokong badan dilepaskan dengancepat dan secara keseluruhan. Rebah mungkin berbentuk keseluruhan atau separa

    5

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    6/15

    sahaja. Rebah separa berlaku jika imbangan didapati semula tanpa perubahan dasarmenyokong. Sebaliknya rebah keseluruhan terjadi apabila pergerakan ke bawah berlakusecara berterusan sehingga dasar menyokong baru didapati.

    j. BangunAktiviti bangun, badan seharusnya mempunyal imbangan, mempunyal dasarmenyokong yang stabil dan tenaga otot yang cukup untuk mengatasi tarikan pusat bumi.

    Aktiviti-aktiviti untuk rebah dan bangun Rebah-duduk berlunjur, condongkan badan ke belakang sehingga

    bahagian atas badan tidak seimbang lalu jatuh. Berdiri dan dengan perlahan merebahkan badan di atas tilam . Rebah ke hadapan di atas tilam dan berguling. Rebah dan bangkit berulang-ulang kali.

    Mengikut Burton (1977), kesemua pergerakan merupakan variasi 18 pergerakan asasyang disenaraikan di atas. Sebagai contoh, pergerakan-pergerakan berikut adalahkombinasi pergerakan-pergerakan di atas:

    Merangkak-membongkok + berjalan.

    Membaling-hayunan dengan tangan dibengkokkan + satu atau lebih langkah berjalanatau berlari.

    Mendekam-rebah + membongkok, menolak dan menyokong.

    Menguak-menolak + menarik ke kiri dan ke kanan.

    CIRI-CIRI PERGERAKAN KREATIFAntara ciri-ciri pergerakan kreatif adalah : Penggunaan elemen-elemen pergerakan seperti anggota tubuh, ruang,dan dayausaha, bentuk, masa, tenaga dan hubungan di antara elemen-elemen tersebut sebagaiasas perancangan kandungan kurikulum (Joyce, 1973; Dimondstein, 1983; Stinson1982)

    Tumpuan adalah kepada pergerakan untuk kanak-kanak sebagai aktiviti yang bersifatsemulajadi dan tidak formal, dan pada masa yang sama pengalaman-pengalaman dalam kegiatan pergerakan itu membantu kanak-kanak mengesanpotensi-potensi mereka untuk melahirkan perasaan serta menjadikannyasebagai alat perhubungan (Combest,1975; Dimondstein, 1983).

    Tumpuan kepada pengalaman geraktari sebagai aktiviti yang menyeronokkan, sihatdan mudah dicapai. Ia membantu kanak-kanak menjalin paduan antara mental,fizikal dan persekitaran serta membantu mereka untuk melahirkan segalaperasaan dalaman yang terpendam melalui perantaraan pergerakan. Iamelambangkan aktiviti yang menyentuh jiwa kanak-kanak (Brearly, 1970;Fleming, 1976)

    Tumpuan kepada matlamat yang sama, iaitu perkembangan personaliti kanak-kanaksecara menyeluruh. Terdapat satu aspek penting berhubung dengan faktor ini.Perkembangan personaliti individu memberi kesan terhadap nilai diri yangmerangkumi aspek-aspek fizikal, mental dan rohani. Faktor ini menjadipenggalak kepada pengembangan personaliti dengan meyakinkan ketiga-tigaaspek tersebut untuk memberi berbagai kemungkinan seperti merangsang dayaimaginasi dan mencabar intelek. (HDoubler, 1972; Huskey, 1979; Joyce, 1984;Synder, 1975; Ayob 1986)

    6

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    7/15

    Tumpuan kepada keupayaan individu untuk menyelesaikan sesuatu tugas yang diberimengikut caranya yang tersendiri dan pada masa yang sama, cubamengekalkan hubungan baik dengan kumpulan rakan sebaya (Stinson, 1982;Dimondstein, 1983)

    Tumpuan kepada aktiviti motor yang bersifat halus dan kasar, latihan koordinasi,menghargai masa dan imbangan, pengetahuan tentang bahagian-bahagian

    tubuh, pengetahuan tentang mekanisma pergerakan, kesedaran yang mendalamterhadap hubungan perceptual dan peluang-peluang untuk meningkatkankekuatan fizikal, daya ketahanan serta fleksibiliti (Arrow, 1981; Synder, 1975).

    3.0 KEPENTINGAN PERGERAKAN KREATIFPelopor pendidikan pergerakan kreatif yang banyak memberi sumbangan sertamempengaruhi perkembangan program pendidikan jasmani iaitu Jesse William (1964),sangat memberi pengaruh yang sangat dalam perkembangan pergerakan kreatif.Objektif yang disarankan oleh William pada hakikatnya mencabar para pendidik untukmempertingkatkan kemahiran mereka supaya dapat mendidik dengan lebih berkesanuntuk mencorakkan kehidupan kanak-kanak sejajar dengan matlamat yang disarankan.Nilai-nilai positif yang akan diterima oleh kanak-kanak melalui pergerakan kreatif adalah

    berbeza kerana bergantung dengan penyertaan seseorang kanak-kanak dalam aktivitiini. Melalui pergerakan kreatif murid-murid berkeperluan khas juga akan memperolehibanyak manfaat sekiranya dilaksanakan dengan teratur dan sistematik.

    Meningkatkan kecergasanPergerakan kreatif mampu untuk meningkatkan kecergasan kanak-kanak

    terutamanya kanak-kanak sindrom down. Kanak-kanak sindrom down sering mengalamimasalah otot lemah dan mereka kelihatan tidak bertenaga. Melalui pergerakan kreatifmereka akan rasa lebih gembira untuk bergerak dan bermain dengan secara tidaklangsung mereka dapat membina kecergasan diri. guru perlu peka dengan keadaankanak-kanak ini kerana, dengan aktiviti yang teratur dan senaman yang sistematik sertapemakanan yang seimbang dapat membantu kanak-kanak menjamin kesihatan dan

    tahan lasak. Terdapat empat komponen kecergasan fizikal iaitu kecergasankardivaskular, kecergasan kekuatan dan ketahanan otot, kecergasan kelenturan dankecergasan berat badan.Kecergasan merupakan pergerakan dan tingkah laku yang di tunjukkan oleh seseoranguntuk menunjukkan sejauh mana mampu untuk bergerak. Pergerakan akan memberiimplikasi terhadap seseorang terutama kanak-kanak untuk menjalani kehidupan secaraefektif atau tidak. Keupayaan untuk melakukan pergerakan kreatif bergantung kepadaaspek-aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan spiritual yang akan menjadi komponendalam konsep kecergasan yang merupakan perkara yang berkaitan antara satu samalain. Latihan jasmani yang kerap dilakukan dapat mempertingkatkan kekuatanseseorang dan elemen kekuatan ini merupakan salah satu faktor penting dalammempelajari kemahiran motor. Aktiviti yang aktif dapat membantu kanak-kanak

    mencegah penyakit Osteoporosis atau kekurangan garam galian dalam tubuh yangberpunca daripada sifat yang tidak suka bergerak atau lemban. Hal ini kerana aktivitiyang rancak dapat memberikan bebanan terhadap tulang dan menjadikan tulang besarserta memperbaiki struktur tulang kerana dapat membalikkan proses ini di sampingmembina semula tulang-tulang.

    Alat teraputikPergerakan kreatif sangat berkesan untuk mendidik kanak-kanak bermasalah fizikal danmental. Latihan yang bersesuaian dapat membantu kanak-kanak menjadi cergas dan

    7

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    8/15

    efektif dari segi fizikal. Pergerakan yang berkaitan dengan psikomotor, kognitif, efektifdan estetika merupakan nilai-nilai yang sangat penting untuk kanak-kanak. Pergerakankreatif mempunyai nilai aktiviti yang dapat memberi pengalaman kanak-kanak tersebutuntuk di jadikan pengalaman mereka. Pendidikan pergerakan kreatif dapat memberikanpeluang kepada kanak-kanak untuk merialisasikan potensi mereka dengan imej yanglebih positif dengan melakukan pergerakan yang mereka inginkan melalui perasaan

    dalaman yang mereka miliki untuk melakukan sesuatu pergerakan. Kanak-kanak jugamampu untuk memikirkan pergerakan yang bagaimana mereka ingin lakukan melaluipenyelesaian masalah dengan memupuk interaksi sosial yang positif denganmembekalkan pengalaman yang mampu membantu mereka meneroka danmengembangkan kebolehan fizikal dan kinestatik mereka dengan mempelbagaikanpergerakan melalui pengalaman estetika.Setiap kanak-kanak mempunyai keistimewaan dan bakat yang unik dan tersendiri,mereka juga ingin berkongsi pengalaman dengan rakan sebaya, ingin melalui cabarandan kejayaan, mencipta dan berkongsi pengalaman. Pergerakan kreatif perlumerangkumi kemahiran yang berfungsi termasuk tingkah laku, kawalan kendiri dankebolehan motor, yang seni dan bukan seni, komunikasi bersifat verbal dan non-verbal,keselamatan dan kesihatan, sosial dan rekreasi dan kemahiran-kemahiran akademik

    yang fungsional. Pergerakan kreatif sangat penting untuk memainkan peranan yangberguna dalam pertumbuhan individu melalui interaksi fizikal, mental dan ekspresidengan menyatakan bahawa ekspresi pergerakan mencerminkan unsur dinamik dalampsikik atau batin.Pergerakan kreatif mampu untuk mencapai matlamat psikoteraputik dengan meredakansintom, integrasi emosi dan fizikal, perkembangan peribadi kanak-kanak danmemperkukuhkan pemahaman mereka. Aktiviti jasmani akan memberikan kanak-kanakkesan terhadap tubuh badan mereka, dan pergerakan seperti melompat tali ( skipping ),lompat seperti kuda, meregang dan menggerakkan tangan-tangan adalah di antarasenaman yang sangat menarik terutamanya kepada kanak-kanak yang lemah dayakoordinasinya.

    SosialisasiAktiviti pergerakan merupakan aktiviti yang memerlukan kerjasama, menjalin rassasaling mempercayai dan memikul tanggungjawab menhadapi cabaran-cabaran yang diberikan dan menjadi salah satu seni pergaulan ( socialization ). Aktiviti pergerakankreatif merupakan perlakuan sosial yang bergerak dalam kumpulan atau bersendirian.Kana-kanak sangat sesuai melakukan aktiviti ini kerana dapat membantu mereka untukbergaul dengan orang lain, menerima arahan dan motivasi dalam diri mereka. Pentingbagi setiap kanak-kanak untuk mempelajari cara untuk menjadikan mereka di terima darisegi sosial untuk memudahkan aktiviti mereka. Melakukan aktiviti dalam kumpulan dapatmempertingkatkan tahap sosial kanak-kanak dan menyesuaikan diri mereka untukmeneroka dan memahami konsep memimpin dan mengikut.Fokus konsep sosialisasi dalam program pergerakan kreatif dengan

    menghubungkannya dengan cirri-ciri dan maksud-maksud kerjasama, persaingan,tatatertib, sikap tanggungjawab, saling mempercayai dan menghormati sahabat dankempimpinan yang unggul untuk diri sendiri dan orang lain. Melalui aktiviti ini kanak-kanak dapat melakukan aktiviti dengan rasa gembira dan secara sihat, bersosial,menyemai minat yang positif, meningkatkan keupayaan bergaul dengan orang lain danmembentuk personaliti diri.

    Meredakan ketegangan perasaan dan tekanan jiwaKanak-kanak hiperaktif sering berhadapan dengan masalah untuk mengawal perasaan

    8

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    9/15

    dan ketegangan yang dihadapi oleh mereka. Melalui pergerakan kreatif ketegangan inidapat diredakan disebabkan pergerakan yang dilakukan dapat memberi kesan positifdalam diri mereka. Hal ini kerana pergerakan kreatif mampu mengalihkan hiperaktifkanak-kanak kerana pergerakan kreatif memiliki unsur-unsur dorongan bermain yangsemulajadi.Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran

    yang sesuai dan selamat, dapat membantu mereka untuk menghadapi danmenyelesaikan masalah-masalah mereka dengan cara yang memberikan kegembiraankepada mereka. Kanak-kanak memerlikan perhatian dan kasih saying yang mengcukupiuntuk membina personality mereka, dengan memberikan mereka kebebasan untukmelakukan aktiviti, tekanan yang mereka hadapi akan menjadi lebih senang untuk dikawal.Disiplin seni pergerakan adalah amat membebankan kerana tujuan sebenarnya bukanuntuk melepaskan tekanan semata-mata. Walaupun tekanan perasaan dapat diredakannamun tujuan sebenarnya adalah untuk mengawal perasaan dan emosi untukdisalurkan kepada jenis aktiviti yang bertujuan dan berdisiplin daripada aktiviti yangdilakukan. Melalui pergerakan kreatif kanak-kanak dapat melahirkan perasaan terhadapapa yang menarik perhatian mereka, melahirkan perasaan yang sejajar dengan tahap

    fizikal, psikologi, emosi dan sosial mereka terhadap rakan sebaya. Dengan pergerakankreatif juga kanak-kanak lebih bersedia untuk melahirkan perasaan mereka secara non-verbal berbanding dengan orang dewasa. Aktiviti pergerakan kreatif penting untukmewujudkan persekitaran yang dapat membantu kanak-kanak memahami perasaan danidea-idea dan melahirkannya melalui pergerakan.

    Kemahiran bertuturPergerakan kreatif sering diiringi dengan nyanyian dan permainan alat-alat muzik agarlebih menarik dan menambahkan minat kanak-kanak untuk melakukan pergerakan.Dengan aktiviti menyanyi ini akan dapat membantu kanak-kanak meningkatkankemahiran bertutur dan kemahiran fonologi. Kebanyakan kanak-kanak tidak mampuuntuk menyebut perkataan dengan betul sebaliknya hanya menyebut hujung perkataan

    sebaliknya dengan aktiviti pergerakankreatif yang di sertai dengan nyanyian dapatmembantu memperbaiki pertuturan kanak-kanak tersebut.Menyanyi dan digabungkan dengan berbagai aktiviti akan lebih menarik minat murid danmereka akan lebih berasa seronok dan gembira. Bagi kanak-kanak mereka akanberanggapan menyanyi lebih kepada bermain dan berehat. Melalui nyanyian merekaakan lebih terhibur dan menenagkan fikiran. Untuk mengukuhkan lisan kanak-kanak,aktiviti ini sangat membantu untuk mencapai matlamat untuk memperbaiki sebutankanak-kanak. Hal ini kerana nyanyian memerlukan sebutan yang betul dan jelasmengikut rentak dan irama serta disampaikan tekanan, intonasi dan nada tertentu.Secara tidak langsung aktiviti dapat membantu kanak-kanak memperbaiki pertuturanmereka.

    Meningkat kreativitiKreativiti merupakan eleman yang dinamik yang tersirat di dalam jiwa kanak-kanak.Pergerakan menjadi printis bagi membolehkan kanak-kanak untuk memulakan proseskreativiti mereka dan dalam ruang batas pendidikan tertentu mereka didorong untukmencurahkan tenaga kreatif mereka. Kanak-kanak merupakan individu yang unik dankreatif. Potensi kreativiti mereka berbeza antara satu sama lain dari segi perkembanganfizikal dan kecenderungan terhadap pembelajaran terhadap pembelajaran. Kreativitimerupakan proses yang boleh digunakan untuk menyelessaikan masalah mengikutpendekatan baru yang menggunakan pengetahuan dan pemahaman yang bersifat

    9

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    10/15

    unik dan individualisti, dapat memberi pengalaman yang lebih bermakna kepada kanak-kanak.Kanak-kanak mampu untuk meneroka danmengembangkan daya kreativiti merekamelalui improvisasi. Melalui kaedah ini kanak-kanak akan bertindak dan melakukan ideamereka secara serentak, spontan dan tanpa perancangan awal. Kreativitimelambangkan bakat semulajadi kanak-kanak dan sering tidak dapat dikembangkan di

    bilik darjah yang bersifat mengongkong . menggunakan pendekatan pergerakankreatif merupakan aktiviti semulajadi dan menyeronokkan kanak-kanak untuk di jadikanpengalaman mereka.Tenaga kreatif merupakan elemen yang dinamik dalam setiap diri kanak-kanak,perkembangan persamaan, penemuan dan penerokaan. Kesan daripada pergerakankreatif akan terhasil ekspresi yang kreatif, kanak-kanak yang sering melakukanpergerakan kreatif akan mengalami proses kreativiti ini.kepuasan sepenuhnya dan rasadihormati dalam kalangan mereka. Dalam diri kanak-kanak terdapat kebebsan untukberfikir yang memerlukan saluran untuk meluahkan perasaan mereka berhubungdengan pengalaman-pengalaman seharian yang mereka lalui.

    4.0 CADANGAN AKTIVITI

    TarianDefinisi tarian dan pendapat tokohTarian merupakan gerak tubuh manusia. Melalui gerak tubuh, manusia mampu untukmengungkapkan idea-idea, perasaan dan pengalaman penari kepada orang lain. Tarianmengandungi segala gerakkan tubuh badan yang mempunyai unsur-unsur keindahan.Seni tari ini dapat di lihat pada pergerakkan tangan, kaki, badan, mata dan anggotatubuh badan yang lain.Menurut C.Sachs yang merupakan ahli sejarah tarian dan muzik Jerman, beliaumendefinisikan seni tari sebagai gerakkan berirama. Seni tari merupakan pengucapan

    jiwa manusia melalui gerak-geri berirama yang indah. Terdapat pelbagai jenis tariansama ada tarian asli atau pun tarian yang dipengaruhi oleh unsure-unsur moden. Seni

    tari boleh di kategorikan kepada :a) Tarian-tarian yang bercorak seni tari istana yang di persembahkan pada waktuperkahwinan, pertabalan, istiadat menyembah dan sebagainya, tarian ini termasuklahtarian seperti tarian siti panyung, mak inang, asyik, gamelan dan sebagainya.b) Tarian rakyat seperti dongdang sayang, ronggeng, joget dan sebagainya.c) Tarian yang khusus di tarikan oleh kaum lelaki sahaja seperti tarian kuda kepang,tarian labi-labi, tarian berdayung dan sebagainya.Tarian kanak-kanakKanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan irama, penghargaan nilai terhadappergerakkan berirama dan mempunyai kemampuan kreativiti yang semulajadi. Potensipergerakkan kanak-kanak boleh dirangsang melalui ritma dan pelbagai bentuk tari.Kanak-kanak mempunyai keinginan untuk bergerak dan sentiasa aktif. Salah satu cara

    untuk memuaskan keinginan untuk bergerak ialah menerusi tarian. Kanak-kanak dapatmenikmati kepuasan melalui gerak-geri yang berentak dan berirama dalam tarian.

    Aktiviti tarian sesuai untuk pertumbuhan fizikal dan kreativiti kanak-kanak.

    Kepentingan tarian kepada kanak-kanaki. Aspek kognitifii. Aspek fizikal

    Membantu mengembangkan psikomotor kanak-kanak ke tahap yang maksimun danbaik

    10

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    11/15

    ii i. Aspek sosial dan emosiiv. Aspek psikomotor

    DramaDefinisi dramaDrama ialah melakukan pergerakkan dan melakonkan aksi. Drama mampu membantu

    perkembangan keseluruhan bagi kanak-kanak. Drama juga merupakan aktiviti yangpenting sebagai memberi ruang dan peluang kepada kanak-kanak untuk meluahkanperasaan atau mengekspresi diri mereka.Ekspresi dalam dramaKanak-kanak berkeupayaan untuk membuat pernyataan diri menerusi pelbagai aktiviti.Drama merupakan salah satu bentuk aktiviti yang boleh digunakan oleh kanak-kanakuntuk meluahkan perasaan mereka secara terkawal dan sistematik. Perasaan ialahmelahirkan luahan daripada hati yang merangkumi perasaan sedih, gembira, marah,takut dan benci.Jenis-jenis dramaa) Improvisasi merupakan lakonan secara spontan yang mengisahkan berkaitan kejadian, keadaan

    atau situasi dalam kehidupan harian.pergerakkan yang terlibat termasuklah gerak balas,isyarat tangan, gerakkan badan, mimic muka dan isyarat-isyarat lain.b) Pantomin merupakan lakonan tanpa dialog. Skrip di baca oleh kanak-kanak dan mengiringilakonan tersebut. Pantomin dapat melatih kanak-kanak berlakon dengan yakin tanpamemikirkan masalah untuk menghafal dialog.c) Memos memos merupakan lakonan bisu dan hanya menggunakan pergerakkan badan tanpabahasa atau percakapan. Setiap pelakon menyampaikan mesej melalui mimik muka danpergerakkan badan.d) Main peranan aktiviti main peranan ini merujuk kepada sesuatu situasi atau masalah yang timbul.

    Pemain atau pelakon perlu membayangkan bagaimana situasi tersebut kemudianmelakokannya mengikut situasi tersebut.e) Simulasi melalui simulasi, bakat kanak-kanak dapat di cungkil dan di asuh dengan baik.Kanak-kanak di kehendaki berlakon dengan gaya dan cara yang betul dan berkesan.f) Teater membaca melalui aktiviti ini, skrip yang sesuai perlu disediakan dan mempunyai dialog.Terdapat dua cara untuk menjalankan aktiviti ini iaitu : penceritan berada dalam kelompok cerita :- pembaca membaca skrip sambil berjalan-jalan ke arah tempat pelakon yang wataknyadibaca. Pelakon akan berdiri apabila wataknya dibacakan. pencerita diluar kelompok cerita :

    - pembaca membacakan cerita di suatu tempat lain yang telah di sediakan dan pelakonakan bertindak balas terhadap cerita itu dengan berdiri dan berlakon apabila skripmengenai wataknya dibaca oleh pencerita tersebut.g) Teater boneka Alatan mainan seperti boneka sangat selamat untuk kanak-kanak. Penghasilanboneka begitu serasi dan sesuai terhadap diri kanak-kanak kerana mereka masih lagiberfikiran animism dan sangat suka terhadap boneka. Terater ini juga disesuaikandengan aspek kemahiran bahasa terhadap kanak-kanak. Melalui teater boneka,pelbagai bentuk dan gaya bahasa dapat diperkenalkan kepada kanak-kanak.

    11

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    12/15

    Perlaksanaan teater boneka dapat memberi pengalaman belajar yang sangat seronokkepada diri kanak-kanak.

    Cadangan Aktiviti :

    Tahap

    /Tahun

    Perkembangan

    Psikomotor

    Cadangan aktiviti

    Tarian Drama Muzi

    3 4 Menggerakkan bahudan tangan mengikutirama. Seronok bertepuktangan tetapi denganbimbingan.

    Pergerakan yangmudahCth : rasa sayanghey

    Lakonan yangspontan dansemulajadi yangdilakukan olehkanak-kanaksetelah diminta olehibu bapa.

    Muzik yang hartenang serta pebahasa yang mdalam lirik.Cth : rasa saya

    5 6 Boleh melompat danmenari Melukis gambarmanusia 2 dimensi tetapiberbentuk realistik

    Pergerakan yangbertema.Cth: tariankontemporori,nirmala, balqis.

    Lakonan yangberkaitan denganalam semulajadi.Cth : arnab dankura-kura.

    Muzik yang berNilai murniLirik lagu yangmenggunakan yang mudah.Cth : Tanya sam

    7 8 Boleh menggunakankombinasi tangan dan kaidengan baik dalam

    melakukan pergerakandalam tarian . Mencari teman secaraaktif.

    Pergerakan tarianyang konkrit.Cth : tarian zapin,

    tarian sri inang.

    Lakonan yangkonkrit dan bertemaserta mempunyai

    pengajaran dan nilaiestetika yang tinggi.Cth: Puteri GunungLedang, snowwhite.

    Muzik yang berrancak.Cth : nasyid, tra

    muzik jazz, dll.

    12

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    13/15

    5.0 IMPLIKASI PERGERAKAN KREATIF TERHADAP 4 PERKEMBANGANPergerakan kreatif merupakan satu bentuk aktiviti yang menggabungkan

    gerakan fizikal anggota badan secara menyeluruh dan dilakukan secara kreatif.Pergerakan ini memberi imlikasi terhadap keempat-empat perkembangan iaituperkembangan kognitif, psikomotor, afektif (sosial dan emosi) secara lansung mahupuntidak langsung.

    Perkembangan PsikomotorPerkembangan psikomotor merupakan perkembangan kemahiran dan

    kebolehan otot fizikal. Aspek psikomotor adalah berkaitan dengan pergerakan anggotafizikal. Terdapat tiga komponen utama perkembangan psikomotor yang dikemukan olehTaksonomi Jewett dan diantaranya adalah pergerakan kreatif. Gabungan pergerakanyang dilahirkan melalui perasaan dan idea yang bernas ini dapat di aplikasikan dalampengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah khususnya. Hal ini kerana, jika kitamelihat dari konteks perkembangan psikomotor aktiviti seperti tarian dan drama dapatmembantu pembentukan perkembangan psikomotor secara langsung melalui aktivititersebut. Contohnya seperti tarian zapin yang sesuai bagi peringkat kanak-kanak yangberusia 6 hingga 8 tahun. Tarian ini memerlukan kombinasi tangan serta kaki yang

    cekap agar gerakan tarian kelihatan harmoni, manakala tarian piring pula mampumenjana perkembangan motor halus dari segi genggaman jari kanak-kanak memegangketika sedang menari. Terdapat pelbagai tarian lain yang dapat diaplikasikan oleh guruagar dapat membantu kelancaran perkembangan psikomotor, selain itu, aktiviti sepertiini juga, dapat mewujudkan suasana pembelajran yang menarik kerana lumrah kanak-kanak adalah mereka seronok bermain, menyanyi dan menari.

    Perkembangan Kognitif Perkembangan Kognitif merupakan cara kanak-kanak berfikir danmenyelesaikan masalah. Menurut Jean Piaget, kanak-kanak menunjukkan keupayaanpenggunaan dalam perbualan untuk menunjukkan peningkatan yang pesat dalammemahami persekitaran dan pemikiran sesuatu benda yang berada di sekeliling. Dalm

    konteks perkembangan ini, kita dapat lihat bahawa pergerakan kreatif memberisumbangan dalam perkembangan kognitif ia dapat dilihat dalam persembahan yangmereka tunjukkan samada tarian, drama mahupun muzik. Aktiviti seperti ini memerlukaningatan yang kuat seperti drama, memerlukan kanak-kanak untuk menghafal skripbegitu juga muzik yang memerlukan kanak-kanak memahami serta menghafal lirik lagumanakala tarian pula, memerlukan kanak-kanak mengingati estiap langkah dalam tarianyang diperlajari mahupun yang bakal dipersembahkan. Selain itu, pergerakan kreatif

    juga mencetuskan idea dalam membentuk kebolehan mengkomunikasikan idea-idea dengan menggunakan tubuh sebagai wadah ekspresi. Justeru itu, aktiviti-aktiviti inidapat melahirkan kanak-kanak yang mampu berfikiran kritis serta memberikanpengalaman kepada pelajar bagaimana untuk menyelesaikan masalah serta dapatmenonjolkan bakat kepimpinan kanak-kanak berinteraksi dengan ahli dalam

    kumpulan.

    Perkembangan Afektif ( Sosial dan Emosi ) Lumrah kanak-kanak yang suka akan keseronokan permainan dan bersosialisasibersama rakan. Namun begitu terdapat juga kanak-kanak yang sukar untukberkomunikasi bersama rakan mahupun guru malahan ada sesetangah kanak-kanakyang duduk bersendirian tanpa menghiraukan sesi pembelajaran yang sedang diidkutioleh mereka. Menurut Coplan et al (1994) kanak-kanak kelihatan seolah-olah tidakberinteraksi sosial dan kurang berhubung dengan orang lain, walaupun terdapat orang

    13

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    14/15

    yang bermain berdekatan dengan mereka, manakala Pan (1994) mengatakan bahawa,dengan peningkatan umur mereka akan belajar berkomunikasi dan bekerjasama dalamaktiviti yang berbentuk permainan. Teori-teori tersebut jelas menunjukkan bahawaperkembangan sosial kanak-kanak perlu dibentuk dalam aktiviti yang mampumemberangsangkan mereka untuk bersosialisasi disamping dapat memberikeseimbangan dalam perkembangan emosi kanak-kanak. Jelaslah, pergerakan kreatif

    merupakan suatu pergerakan yang dapat mewujudkan suatu aktiviti-aktiviti yangmenarik seperti tarian, drama dan muzik.Selain itu, jika dilihat dari dalam konteks pembelajaran, ketiga-tiga aktiviti seperti tarian,drama mahupun muzik memerlukan kerjasama dalam kumpulan. Semangat kerjasamadiantara pelajar ini dapat diwujudkan dalam ketiga-tiga pembelajaran aktiviti ini. Ketikaini, guru perlu bijak mengambil kaedah berpusatkan murid dan mengetengahkanpendekatan berkumpulan dalam pengajaran, sebagai contoh tarian inang, yangmemerlukan kerjasama daripada ahli kumpulan agar dapat menghasilkan persembahanyang serentak, sama dan menarik minat penonton. Aspek emosi juga turut menerimaimpaknya, ia dapat dilihat daripada pengamatan dan penghayatan pelajar dalammenjalankan aktiviti tersebut. Tarian, Drama dan Muzik merupakan antara aktiviti yangmenjana kepada perkembangan emosi kanak-kanak, ia dapat ditunjukkan ketika kanak-

    kanak berlakon dalam drama yang memerlukan pengamatan dan penghayatan terhadapwatak yang disampaikan, maka emosi atau perasaan kanak-kanak ini dapatdiekspresikan dalam drama yang dilakonkan melalui watak yang dipegang. Begitu juga,tarian dan muzik, kedua-dua aktiviti ini menyumbang kepada perkembangan emosikanak-kanak.

    6.0 KESIMPULANPergerakan kreatif merupakan kombinasi antara pergerakan anggota badan,

    irama dan daya jreativiti untuk melahirkan insane yang kreatif dan mempunyai dayaekspresi. Pergerakan ini bertujuan untuk meningkatkan potensi sedia ada kanak-kanakberkaitan ritma, kreativiti, kebebasan dan pengucapan. Terdapat banyak nilai-nilai positifyang dapat dipupuk dan diterapkan dariapada aktiviti yang memerlukan pergerakan

    kreatif ini iaitu seperti mepertajamkan imaginasi dan sensitivity, mengurangkanketegangan emosi, membentuk personality dengan sifat jaya diri dan insiatif dan iaboleh diaplikasikan dalam kehidupan seharian.

    Selain itu, penerapan nilai bekerjasama dalam kumpulan dapat memberipengalaman yang menyeronokkan kepada kanak-kanak bersama rakan mereka.Tuntasnya, pergerakan kreatif merupakan suatu elemen penting dalam menjanaperkembangan psikomotor, kognitif dan Afekitif kanak-kanak. Aktiviti-aktiviti yangmelibatkan pergerakan ini perlu diaplikasikan oleh guru dalam pengajaran untukmewujudkan suasana yang lebih efisyen dan berkesan serta dapat menarik minatkanak-kanak untuk mengikuti pembelajaran yang diajar. Oleh itu, pergerakan kreatifyang merupakan tafsiran idea, perasaam atau tanggapan deria yang dilahirkan secarasimbolik mampu membantu perkembangan psikomotor kanak-kanak dalam menjana

    perkembagan kehidupan yang sempurna.

    7.0 Bibliografi

    Bandura, A (1971). Analysis of modeling processes. Psychological Modelling?Chichago.Alsine-Asherton

    Koehler, M & kravets, D. (1977). Social psychology: understanding humaninteractions (Edisi 2). Boston

    14

  • 7/29/2019 Pergerakan Kreatif seni dalam pendidikan

    15/15

    Salmah Ayub. (1992). Pergerakan kreatif dan pendidikan. Kuala Lumpur FloEnterprise.

    Kementerian Pendidikan Malaysia (1998). Sukatan Pelajaran PendidikanJasmani. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

    15