fakulti seni gunaan dan kreatif keberkesanan … pengurusan kementerian... · kesenian dan warisan...
TRANSCRIPT
KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN
MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA
KAJIAN KES:
JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK
Lenny Lydiati Lah
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Program Pengurusan Seni)
2006 2006
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
i
KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA
KAJIAN KES:
JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK
LENNY LYDIATI LAH
Projek ini merupakan salah satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian ( Program Pengurusan Seni )
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK
2006
ii
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/ LAPORAN
JUDUL : KEBERKESANAN PENGURUSAN KEMENTERIAN KEBUDAYAAN,
KESENIAN DAN WARISAN MALAYSIA DALAM MEMARTABATKAN KEMPEN BUDI BAHASA DALAM KALANGAN REMAJA KAJIAN KES: JABATAN KEBUDAYAAN, KESENIAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK. SESI PENGAJIAN
: 2003/ 2004
Saya : LENNY LYDIATI LAH Mengaku membenarkan Tesis/ Laporan* ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis/ Laporan adalah hak milik Universiti Malaysia Sarawak 2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja 3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat pengdigitan untuk membangunkan Pangkalan Data kandungan Tempatan 4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan
membuat salinan tesis/ laporan ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi
5. * sila tandakan ( / )
SULIT (mengandungi maklumat yang berdajah keselamatan atau kepentingan termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh organisasi/ badan di mana penyelidikan dijalankan)
TIDAK TERHAD
Disahkan
____________________________ ____________________________ Tandatangan Penulis Tandatangan Penyelia Tarikh: Tarikh: Alamat Tetap: Lot 9556, Desa Indah, Bandar Baru Permaijaya, 98000, Miri.
Catatan: * Tesis/ Laporan dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda. * Jika Tesis/ Laporan ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/ organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/ laporan ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
iii
PENGAKUAN
Projek bertajuk ‘Keberkesanan Pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KeKKWa) Malaysia dalam Memartabatkan Kempen Budi bahasa dalam
Kalangan Remaja’ telah disediakan oleh Lenny Lydiati Lah dan telah diserahkan kepada
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni
Gunaan dengan Kepujian Pengurusan Seni.
Diterima untuk diperiksa oleh:
_______________________________
(Puan Noria Ak Tugang)
Tarikh:
_______________________________
iv
PENGHARGAAN
Terlebih dahulu, syukur saya naikkan kepada Tuhan, kerana kasih dan berkat yang Dia
berikan sepanjang menjalankan penyelidikan ini. Tanpa kasih dan berkat-Nya saya tidak
mungkin dapat melaksanakan penyelidikan ini dengan sempurna. Syukur sekali lagi kepada
Tuhan atas kebaikan-Nya.
Dengan kesempatan ini, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada
kedua-dua ibubapa saya iaitu Encik Lah Ngau dan Puan Changkeh @ Tutur anak Rabong di
atas sokongan yang telah mereka berikan dan doa yang mereka panjatkan kepada Tuhan
sepanjang penyelidikan dan pengajian saya di UNIMAS. Kepada kedua-dua adik-beradik
saya, Ellyvia Embang Lah dan Leonard Lah serta ahli keluarga yang lain, sekalung
penghargaan buat kalian di atas sokongan kalian.
Tidak lupa juga, ribuan terima kasih yang tidak terhingga saya ucapkan kepada
penyelia saya Puan Noria anak Tugang iaitu salah seorang pensyarah Program Pengurus Seni.
Begitu juga kepada pensyarah yang lain Puan Qistina Donna, Cik Karen Audrey Samy, Cik
Ema dan Puan Rahah Hj Hasan setinggi penghargaan saya berikan kepada semua. Segala
tunjuk ajar dan sokongan yang diberikan sangat berharga buat saya dan tidak akan dilupakan
sampai bila-bila.
Seterusnya, setinggi penghargaan juga ingin kalungkan kepada setiap responden yang
telah ditemuramah iaitu kepada Encik Saini bin Lihi (Timbalan Pengarah I, di Jabatan
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak), Cikgu Marvis Janang (Guru
v
Kaunseling di SMK DPHA Gapor, Stampin ), Cikgu Hadiah Bt Amit (PKHEM di SMT
Sejingkat), Cikgu Fazal Bt Hamid (Ketua Panatia Moral di SMT Sejingkat), Cikgu Susan
anak Juhin (Guru Bidang Bahasa di SMK Bau), Cikgu Rimem Noim (Guru Pendidikan Moral
di SMK Bau) dan Cikgu Suzie anak Runis (Guru Kaunseling di SMK Lake, Bau). Tanpa
kerjasama daripada semua saya tidak dapat memperolehi maklumat yang berguna untuk
menyiapkan penyelidikan ini. Terima kasih sekali lagi.
Yang terakhir sekali, saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua
sahabat yang telah membantu baik secara langsung atau tidak langsung sepanjang
menjalankan penyelidikan ini. Kepada Cikgu Jessing dan keluarga, Cikgu Charles dan tunang,
Cikgu Asas, Cikgu Laykim, Rebecca Awa, Suraini Otoh, Enkenis Sidi, Shinlena Babai,
Sandra Lisih, Aizaline Kimjth, Diana Micheal dan sahabat yang lain yang telah membantu
setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan. Dengan bantuan dan dorongan daripada kalian
saya telah menyiapkan penyelidikan ini dengan baik. Terima kasih sekali lagi semoga Tuhan
memberkati kalian.
Sekian, terima kasih.
vi
ISI KANDUNGAN
KANDUNGAN MUKASURAT
HALAMAN TAJUK i
BORANG PENGESAHAN ii
PENGAKUAN iii
PENGHARGAAN iv - v
ISI KANDUNGAN vi - ix
ABSTRAK x
ABSTRACT xi
BAB 1 PENGENALAN
1.0 PENGENALAN 1 - 2
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN
1.1.1 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan
(KeKKWa) Malaysia dan Jabatan Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS) 3 - 4
1.1.2 Kempen Budi Bahasa (“Budi Bahasa, Budaya Kita”) 5 - 6
1.2 DEFINISI ISTILAH
1.2.1 Kempen 6
1.2.2 Budi 7
1.2.3 Bahasa 7 - 8
1.2.4 Budi Bahasa 8 – 9
vii
MUKA SURAT
1.2.5 Budaya Malaysia 9 - 10
1.2.6 Remaja 10 - 12
1.3 OBJEKTIF KAJIAN 12 - 13
1.4 HIPOTESIS KAJIAN 13
1.5 SKOP KAJIAN 13 - 14
1.6 PEMASALAHAN KAJIAN 14 - 15
1.7 KEPENTINGAN KAJIAN 15 - 16
1.8 BATASAN KAJIAN 17
1.9 KESIMPULAN 17
BAB 2 SOROTAN KAJIAN
2.0 PENGENALAN 18
2.1 KANDUNGAN UMUM 18 - 22
2.2 SUMBANGAN KAJIAN 22 - 28
2.3 KESIMPULAN 29
BAB 3 METODOLOGI KAJIAN
3.0 PENGENALAN 30
3.1 LOKASI KAJIAN 30 - 31
3.2 SUMBER DATA 31 - 32
3.3 DATA PRIMER 32 - 33
3.4 DATA SEKUNDER 33 - 34
viii
MUKA SURAT
3.5 POPULASI 34
3.6 PERSAMPELAN 35
3.7 INSTRUMEN KAJIAN 35 - 36
3.8 LIMITASI KAJIAN 36 - 37
3.9 KESIMPULAN 38
BAB 4 ANALISA DAN DAPATAN KAJIAN
4.0 PENGENALAN 39 - 41
4.1 ANALISA TEMURAMAH BERSAMA RESPONDEN 41
BAHAGIAN A
Analisa mengenai pendapat responden terhadap Kempen Budi Bahasa 42 - 46
BAHAGIAN B
Analisa penilaian sambutan remaja terhadap kempen
i) Analisis penglibatan remaja dalam kempen 47 - 51
ii) Analisis penerimaan remaja terhadap kempen 51 - 53
iii) Analisis pemahaman remaja terhadap kempen 54 - 55
BAHAGIAN C
Analisa mengenai perbandingan remaja dahulu dan sekarang 55 - 62
4.2 KEMPEN BUDI BAHASA NILAI MURNI FASA KEDUA 62 - 65
4.3 KESIMPULAN 66 - 67
ix
BAB 5 RUMUSAN DAN KESIMPULAN MUKA SURAT
5.0 PENGENALAN 68 - 69
5.1 RUMUSAN 69 - 76
5.2 CADANGAN DAN SARANAN 76 - 84
5.3 FAKTOR-FAKTOR MASALAH SOSIAL REMAJA 84 - 88
5.4 CADANGAN MENGATASI MASALAH SOSIAL REMAJA 89 - 90
5.5 CADANGAN UNTUK PENYELIDIK MASA HADAPAN 90 - 91
5.6 KESIMPULAN 92 BIBLIOGRAFI 93 - 94
LAMPIRAN 95 - 118
x
ABSTRAK
Penyelidikan ini dijalankan untuk mengkaji sejauh mana peranan Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dalam memartabatkan Kempen Budi Bahasa dalam
kalangan remaja hari ini. Dengan ini, penyelidik menyentuh keberkesanan pengurusan
KeKKWa, yakni pelaksanaan aktiviti dan program, sambutan dan penerimaan generasi muda
khususnya remaja terhadap kempen tersebut.
xi
ABSTRACT
This research is conducted to study the role of Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan (KeKKWa) in the Campaign of Budi Bahasa among the teenagers. In this research,
the researcher pointed out the effectiveness of KeKKWa management from the activities and
programmes that they had held. This also examines the respond and acceptance of new
generation especially teenager toward this campaign.
1
BAB 1
PENGENALAN
1.0 Pengenalan
Negara Malaysia merupakan sebuah negara yang unik dan kompleks dengan pelbagai
bangsa, agama, adat resam dan kebudayaannya. Rakyatnya pula hidup aman dan harmoni
kerana mereka saling menghormati dan saling membantu. Oleh yang demikian, nilai budi
bahasa sangat berharga dalam kehidupan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Nilai ini
diamalkan sejak turun temurun oleh setiap lapisan masyarakat daripada yang tua hingga yang
muda. Namun, hanya disebabkan tuntutan hidup yang dibawa oleh arus kemodenan semakin
tinggi dan mencabar telah mula mengikis amalan dan nilai ini dalam kehidupan generasi kini.
Justeru itu, Kempen Budi Bahasa yang telah dilancarkan oleh Perdana Menteri, Dato’
Seri Abdullah Ahmad Badawi ini merupakan usaha murni Kementerian Kebudayaan,
Kesenian dan Warisan untuk rakyat Malaysia (Buku Panduan “Budi Bahasa Budaya Kita”,
2005). Menurut Datuk Seri Utama Dr. Rais Yatim, kempen ini bertujuan untuk menerapkan
dan mewujudkan semula ciri-ciri dan amalan budi bahasa yang merupakan budaya dalam
rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. Ini jelas menunjukkan bahawa budi bahasa merupakan
satu nilai yang sangat tinggi dan telah menjadi budaya yang disanjungi oleh generasi dahulu.
Sesuai dengan mesej yang disampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri
Abdullah Ahmad Badawi, semasa pelancaran kempen tersebut, “Pengamalan nilai-nilai
murni serta kesantunan budi bahasa adalah penting terutamanya bagi negara yang berbilang
2
kaum seperti Malaysia” beliau berpendapat bahawa budi bahasa yang diamalkan mampu
untuk mewujudkan rasa hormat dalam kalangan rakyat Malaysia agar hidup aman dan
harmoni.
Bagi menghasilkan kajian ini, penyelidik memfokuskan golongan remaja sebagai
sasaran dan melihat keberkesanan pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan
Warisan dalam menjalankan aktiviti dan program. Ini kerana, walaupun kempen ini telah
dilancarkan serta telah disiarkan dan dipromosikan oleh media massa yang terdapat di
Malaysia, namun kesedaran remaja akan kehadiran dan makna sebenar kempen tersebut masih
menjadi tanda tanya. Masih wujud lagikah budaya berbudi bahasa di hati remaja hari ini?
Mengapa masalah sosial, budaya samseng dan buli masih wujud lagi?
Melalui pemerhatian kita, kemerosoton akhlak remaja pada hari ini sangat jelas
menunjukkan bahawa kementerian perlu menjalankan aktiviti dan program yang telah
dirancangkan. Ini memperlihatkan bahawa kementerian ini perlu memainkan peranan mereka
dengan lebih efektif lagi dalam membantu memupuk dan menyemai budi bahasa dan nilai
murni dalam kalangan remaja hari ini (Buku Panduan Kempen Budi Bahasa, 2005). Oleh itu,
aktiviti dan program yang telah dirancangkan untuk membantu usaha memberi kesedaran dan
memartabatkan budi bahasa dalam kalangan remaja hari ini perlu dilaksanakan dengan
bersemangat. Ia bertujuan untuk menyedarkan remaja bahawa betapa tegasnya kerajaan
mengadakan kempen ini dan betapa perlunya nilai dan amalan budi bahasa ini ditanam dalam
diri mereka.
3
1.1 Latarbelakang Kajian
1.1.1 Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa) dan Jabatan
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS)
Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan merupakan sebuah kementerian
yang berfungsi untuk mengekalkan pengembangan seni dan budaya, penggunaan bahasa
Melayu, pengukuhan seni budaya dan juga merupakan sumber untuk seni budaya.
Kementerian ini memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan dan memelihara
budaya murni rakyat Malaysia lebih-lebih lagi budaya berbudi bahasa yang sejak turun
temurun telah diamalkan.
Bagi menjalankan penyelidikan ini, penyelidik mencari maklumat melalui Jabatan
Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri Sarawak (JKKWNS). JKKWNS bertempat di
Tingkat 5, Bangunan Sultan Iskandar, Jalan Simpang Tiga, Kuching. Melalui JKKWNS ini,
penyelidik mendapatkan maklumat mengenai hal-hal yang berkaitan dengan kempen budi
bahasa dari segi aspek pengurusan aktiviti dan program serta cara promosi yang mereka
gunakan. Selain itu, penyelidik juga akan mendapatkan maklumat mengenai sambutan dan
penerimaan masyarakat khususnya remaja peringkat sekolah menengah terhadap kempen ini.
Visi bagi kementerian ini adalah “Ke Arah Bangsa Malaysia yang Berbudaya Luhur”.
Ini menunjukkan bahawa matlamat kementerian ini adalah untuk membantu membentuk
peribadi yang mulia dalam hati rakyat agar lebih berpekerti mulia dan bertamadun dari segi
4
pemikiran dan tingkahlaku. Manakala misi kementerian ini pula adalah untuk
“Menyemarakan dan Merakyatkan Seni dan Budaya, Mengekalkan Warisan Negara”.
Misi ini pula mencerminkan bahawa betapa kementerian ini berusaha untuk
mengekalkan dan memelihara warisan negara Malaysia dengan menganjurkan pelbagai
aktiviti dan program yang berkaitan dengan seni dan budaya. Antaranya adalah Kempen Budi
Bahasa yang telah dilancarkan pada 11 Januari 2005. Ini bertujuan untuk memelihara dan
menyemai kembali budaya berbudi bahasa dalam kalangan rakyat Malaysia sendiri agar tidak
lapuk di telan arus kemodenan.
Objektif bagi kementerian ini pula adalah seperti berikut;
i) Memberi pengetahuan asas dan pendidikan, melahirkan dan meningkatkan
bilangan pengiat seni dan budaya di seluruh negara.
ii) Menjalankan penyelidikan dan pemuliharaan, warisan khazanah bangsa untuk
diterbitkan sebagai bahan bacaan dan sebaran umum.
iii) Memberi khidmat nasihat untuk meningkatkan kesedaran dalam hal-hal
berkaitan dengan budaya dan seni kepada pelanggan.
iv) Memupuk pembentukkan jati diri rakyat ke arah melahirkan sebuah
masyarakat madani.
v) Membantu mengadakan program-program khas ke arah peningkatan industri
pelancongan negara.
5
1.1.2 Latarbelakang Kempen Budi Bahasa (“Budi Bahasa, Budaya Kita”)
Kempen Budi Bahasa ini telah dianjurkan oleh Kementerian Kebudayaan, Kesenian
dan Warisan dan telah dilancarkan pada 11 Januari 2005 yang lalu di Kuala Lumpur oleh
Perdana Menteri kita, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kempen ini sebenarnya telah
diilhamkan oleh Dato’ Seri Utama Dr. Rais Yatim dan diberi mandat oleh Kabinet melalui
Perdana Menteri Malaysia sendiri. Kempen ini dilaksanakan agar amalan penggunaan bahasa
yang santun akan diterapkan ke dalam semua institusi seperti kekeluargaan, kemasyarakatan,
pembelajaran dan perkhidmatan. (Armin Azhari Saleh, Julai 2005).
Matlamat kempen tersebut adalah;
a) Mendedah dan menanam erti pelbagai nilai murni dan nilai budi bahasa
b) Menggalak penghayatan dan amalan nilai-nilai murni dalam kalangan
anggota masyarakat
c) Sebagai intisari jati diri peribadi serta perilaku anggota masyarakat dalam
hidupan harian.
Pelancaran kempen ini sebenarnya bertujuan untuk menangani masalah kemerosotan
akhlak masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi anak-anak muda masa kini. Ini menunjukkan
keperihatinan kerajaan terhadap kepentingan budi bahasa dan nilai murni dalam pembangunan
negara dan dalam menangani perubahan yang dialami oleh masyarakat Malaysia (Abd.
Rahman Abd. Rashid, Julai 2005). Sesuai dengan pendapat seorang penulis iaitu Abd. Rahim
6
Abd. Rashid menyatakan bahawa budi bahasa dan nilai murni dalam kehidupan
melambangkan peradaban dan ketinggian budaya hidup sesuatu masyarakat atau bangsa.
Selain itu, beliau juga menyatakan bahawa apabila budi bahasa diketengahkan sebagai
unsur budaya maka bangsa Malaysia akan menjadi bangsa yang beradap tingggi, dihormati
dan disanjung. Sepanjang tahun ini, pelbagai aktiviti dan program yang dijalankan oleh
kerajaan untuk memyemai kembali nilai budi bahasa dalam kalangan masyarakat hari ini
seperti mengadakan ceramah, penulisan esei dan menyiarkan periklanan yang berbentuk
nasihat dan pengajaran.
1.2 Definisi istilah kempen, budi, bahasa, budi bahasa, budaya Malaysia
1.2.1 Kempen
Menurut Kamus Dwibahasa (2001), kempen bermakna siri aktiviti yang terancang.
Sesebuah kempen pada dasarnya adalah sesuatu program yang dirancang terlebih dahulu,
yakni aktivitinya dilakukan secara berperingkat untuk memastikan objektif program tersebut
berjaya atau tidak. Bagi kempen budi bahasa ini, pelbagai aktiviti dan program yang telah
dirancangkan dan separuh daripadanya telah dilaksanakan yang bertujuan untuk memberi
kesedaran kepada orang ramai bagi memartabatkan budi bahasa.
7
1.2.2 Budi
Menurut penulisan di dalam buku Seminar Kefahaman Budaya (1999), budi
merupakan “sistem nilai tertinggi mereka yang didasari oleh etika dan moraliti serta hubungan
sosial”. Sehubungan dengan itu juga, budi menjadi penggerak kepada pelakuan, tindakan dan
emosi untuk berperanan sebagai anggota agama, masyarakat dan budaya. “Berkait rapat
dengan conscience, kesedaran, kata hati, perasaan, rasa, hati (kalbu), berhati perut dan
merupakan satu keseluruhan sifat, sikap, pemikiran, pengucapan, pelakuan dan akhlak yang
menjelaskan persoalan dalam manusia pancaran nilai utama bagi menetapkan corak akhlak
atau moral dan nilai manusia”. Ini adalah pendapat seterusnya pula menyatakan bahawa budi
merupakan nilai yang tinggi dalam aspek kehidupan manusia.
1.2.3 Bahasa
Menurut Abd. Rahman Abd. Rashid (2005), bahasa adalah satu set simbol yang paling
utama dalam masyarakat kerana melalui bahasa ini masyarakat dapat menghasilkan,
menyatakan, berkongsi idea, nilai, kepercayaan dan pengetahuan sesama sendiri. Beliau juga
berpendapat bahawa bahasa mampu memberi kesan sama ada yang baik mahupun yang buruk
kerana ia umpama sebilah pedang yang tajam apabila tidak digunakan dengan betul akan
membawa padah kepada diri sendiri. Oleh itu, dalam menjayakan kempen ini, bahasa telah
diberi penekanan kerana ia menjadi aset perantaraan yang paling utama. (Rohaidah Mashudi
& J. Sham Wahid, 2005)
8
Peribahasa “kerana santan pulut binasa, kerana mulut badan binasa” menunjukkan
bahawa hanya dengan mengeluarkan beberapa patah perkataan yang negatif akan membawa
padah kepada sesiapa yang mengucapkannya. Selari dengan pendapat Ma’aroff Abdul
Rahman (2005) yang menyatakan bahawa ketegangan dapat dielakkan apabila kita berbicara
mengikut prinsip komunikasi yang betul iaitu kesantunan bahasa. Dengan ini, seseorang akan
dapat menjalinkan hubugan persahabatan dan kemesraan yang lebih erat dengan sahabatnya
kerana kesantunan bahasa yang dia miliki. Akhirnya, terbentuklah sebuah masyarakat yang
bertamadun dan bermaruah kerana wujudnya perpaduan, persefahaman dan keharmonian
dalam negara.
“Bahasa dalam pembinaan tamadun baharu pada abad ini bukanlah setakat
berfungsi sebagai alat komunikasi tetapi berperanan meningkatkan maruah dan
kecermelangan budaya bangsa.”
(Abd. Rahim Abd. Rashid (p.8), 2005)
1.2.4 Budi bahasa
Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2005), budi bahasa bermakna “kehalusan sikap
dan hubungan yang disampaikan melalui bahasa yang tinggi nilainya dengan orang lain”. Juga
melambangkan keperibadian dan kebudayaan bangsa yang meletakkan bangsa itu dengan
menghargai sesuatu yang baik khususnya perkara yang menyentuh soal perkembangan
tingkah laku, perangai, pertuturan, pergaulan dan penghargaan terhadap orang lain. Budi
9
bahasa yang dimiliki oleh masyarakat mewujudkan suasana yang harmoni dan rasa saling
hormat menghormati dalam kehidupan masyarakat majmuk.
Menurut Yahya Othman (2005), budi bahasa bermaksud amalan yang bertujuan
memupuk sifat kesalingan antara individu dengan menggunakan bahasa yang sopan,
menunjukkan rasa hormat, memberikan penghargaan, serta menghormati dan memahami
kedudukan seseorang.
Daripada pelbagai maksud dan pendapat yang disebut di atas, penyelidik merumuskan
pengertian budi bahasa adalah seperti berikut. Budi bahasa adalah sifat kesantunan yang mulia
yang lebih menjurus kepada penggunaan bahasa. Seseorang itu akan disanjung dan dipandang
mulia apabila dia memiliki budi bahasa yang tinggi semasa bergaul dengan orang ramai. Ini
kerana budi bahasa merangkumi makna yang kompleks seperti budi dan pekerti yang baik,
beretika, berketerampilan dan mempunyai jati diri yang kukuh. Seseorang yang tidak berbudi
bahasa akan dianggap sebagai masyarakat yang lemah dari segi akal budi, tingkah laku dan
pertuturan mereka. Justeru itu, kerajaan berusaha untuk memulihkan dan mempertahankan
budi bahasa agar tidak diabaikan oleh masyarakat dengan mengadakan kempen budi bahasa
untuk semua rakyat Malaysia.
1.2.5 Budaya Malaysia
“Budi bahasa Budaya Kita” merujuk kepada sikap berbudi bahasa adalah budaya kita
yang sebenar dan harus di miliki oleh setiap lapisan masyarakat kerana ia merupakan budaya
timur yang mulia. Negara Malaysia mempunyai rakyat yang pelbagai bangsa, agama, adat
10
resam dan budaya. Kepelbagaian ini telah mewujudkan suasana yang harmoni dan bersatu
padu kerana bangsa, agama, adat resam dan budaya juga turut memainkan peranan yang
tersendiri dalam membantu menjayakan kempen budi bahasa ini. Oleh sebab itulah, kempen
ini diadakan khas untuk semua masyarakat dan golongan bagi mengingatkan peranan mereka
sebagai rakyat Malaysia yang sebenar (Rohaidah Mashudi & J. Sham Wahid, 2005).
1.2.6 Remaja
Remaja merupakan golongan yang memerlukan perhatian yang serius kerana mereka
merupakan golongan yang sedang menjalani suatu proses kematangan, kedewasaan dan
kesempurnaan untuk membesar sebagai pewaris bangsa (Robiah K. Hamzah, 2001). Beliau
juga berpendapat bahawa golongan yang dipanggil remaja adalah mereka yang berumur
dalam lingkungan 11 tahun hingga 19 tahun. Golongan ini akan mengalami peringkat
peralihan yang mampu mencabar kehidupan mereka yang berlaku dari segi fizikal atau
psikologi yang dikenali sebagai peringkat akil baligh.
Apabila berada di tahap perkembangan ini, perubahan berlaku dari segi biologi dan
psikologi serta turut mempengaruhi emosi remaja. Ini adalah suatu tahap yang dilanda “ribut
dan tekanan” (G. Stanley Hall, 1846-1924).
“Peringkat remaja adalah suatu tahap yang dilanda “ribut dan tekanan” (“a
time of storm and stress”) akibat berlakunya perubahan biologi dan psikologi
dan didapati bahawa remaja mengalami kekecewaan menunjukkan emosi yang
11
tidak stabil dan tidak dapat melakukan penyesuaian.”
(G. Stanley Hall, 1846-1924)
Robiah K. Hamzah (2001) menyatakan bahawa remaja dianggap sebagai angkatan
(pelapis) baharu yang mencabar masyarakat moden. Ini kerana mereka merupakan generasi
yang akan menguasai dan mempengaruhi keadaan semasa generasi-generasi muda yang akan
datang ini. Namun apa yang berlaku sekarang, telah memperlihatkan bahawa remaja tidak
mengendahkan nilai-nilai murni dan budi bahasa yang harus mereka amalkan. Malah mereka
tanpa segan silu melanggar disiplin bersama-sama rakan dan berpuas hati jika sama-sama
dikenakan tindakan disiplin (Mohd. Amin H.A. Shariff, 1998). Pendek kata remaja
merupakan golongan yang suka mencuba, bebas dan mahu mencari identiti sebenar diri
mereka. Oleh itu, perubahan remaja bukan sahaja dari segi tingkah laku mereka tetapi emosi
dan ragam juga turut berlaku.
Jika dilihat pada dekad ini, situasi remaja masa kini sangat berbeza dengan remaja
pada tahun 1970-an dan 1980-an. Remaja sekarang mulai melalaikan tanggungjawab mereka
sebagai “orang timur” yang harus mengamalkan budaya ketimuran mereka sendiri iaitu budi
bahasa. Mereka sangat mudah terpengaruh melalui persekitaran seperti pergaulan dan didikan
yang diberikan. Pengaruh dari barat yang mereka amalkan dalam kehidupan harian mereka
sedikit demi sedikit melunturkan budaya ketimuran yang mereka miliki selama ini.
Malah, rancangan-rancangan menarik yang disiarkan oleh beberapa stesen penyiaran
telah mampu mempengaruhi minda dan tingkah laku remaja berbanding dengan rancangan
12
dan program yang berbentuk pengajaran. Misalnya, rancangan hiburan dan rancangan realiti
TV yang semakin mendapat liputan yang meluas. Rancangan seperti ini sedikit demi sedikit
telah mendorong remaja untuk terpengaruh dengan cara berpakaian, berfikir dan bertindak.
Seterusnya akan menenggelamkan budaya, asal usul dan acuan masyarakat sendiri yang
dikenali sebagai “orang timur” di mata dunia.
1.3 Objektif Kajian
Setiap kajian yang dijalankan mempunyai objektifnya yang tersendiri. Begitu juga
dengan kajian yang dijalankan ini. Antara objektif untuk kajian ini ialah untuk mengkaji tahap
kesedaran dan kefahaman remaja terhadap makna sebenar kempen yang telah dilancarkan
oleh kerajaan ini. Ini bertujuan untuk mengukur pemahaman mereka terhadap budi bahasa dan
kempen tersebut agar mereka lebih perihatin terhadap usaha kerajaan dan mengamalkan
budaya tersebut dalam kehidupan seharian mereka. Objektif yang seterusnya adalah untuk
mengkaji faktor-faktor kemerosotan akhlak remaja masa kini. Ini bertujuan untuk melihat
pengaruh senario yang berlaku sekarang yang telah menggalakkan berlakunya masalah sosial
dalam kalangan remaja masa kini.
Selain itu, objektif lain untuk kajian ini juga adalah mengkaji keberkesanan
pengurusan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan melalui beberapa aktiviti dan
program yang telah dijalankan untuk memartabatkan kempen budi bahasa ini kepada remaja.
Seterusnya pula adalah untuk mengkaji sambutan masyarakat khususnya remaja terhadap
kempen dan promosinya. Ini bertujuan untuk melihat aspek pengurusan iaitu pelaksanaan dan