perdagangan ting 4 - latihan a

11
Pilih jawapan yang betul dan isikan di ruangan jawapan yang disediakan. 1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan keperluan? A. Mudah dipenuhi C. Mempunyai batasan B. Hidup lebih selesa D. Sama untuk semua individu 2. Situasi manakah yang berkaitan dengan kehendak manusia? I. Encik Amran membeli rumah bernilai RM 1.5 juta II. Puan Tan membelikan kereta Ferrari untuk anaknya III. Puan Rozana mendapatkan rawatan di hospital kerajaan IV. Encik Samy membeli makanan di pasar malam A. I dan II C. II dan III B. I dan IV D. III dan IV 3. Apakah perbezaan keperluan dengan kehendak? Keperluan Kehendak A . Rumah banglo Pakaian B . Tetap Berubah-ubah C . Pelbagai pilihan Mempunyai batasan D . Perlu untuk selesa Perlu untuk terus hidup 4. Soalan 4 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah. Pili Pernyataa Pernyataa 2

Upload: maiey

Post on 15-Feb-2016

28 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Objektif

TRANSCRIPT

Page 1: Perdagangan Ting 4 - Latihan A

Pilih jawapan yang betul dan isikan di ruangan jawapan yang disediakan.

1. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan keperluan?

A. Mudah dipenuhi C. Mempunyai batasan

B. Hidup lebih selesa D. Sama untuk semua individu

2. Situasi manakah yang berkaitan dengan kehendak manusia?

I. Encik Amran membeli rumah bernilai RM 1.5 juta

II. Puan Tan membelikan kereta Ferrari untuk anaknya

III. Puan Rozana mendapatkan rawatan di hospital kerajaan

IV. Encik Samy membeli makanan di pasar malam

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

3. Apakah perbezaan keperluan dengan kehendak?

Keperluan Kehendak

A. Rumah banglo Pakaian

B. Tetap Berubah-ubah

C. Pelbagai pilihan Mempunyai batasan

D. Perlu untuk selesa Perlu untuk terus hidup

4. Soalan 4 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A. Betul Salah

B. Salah Betul

C. Betul Betul

D. Salah Salah

I. Contoh keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow ialah mendapat perlindungan

daripada pihak polis.

II. Contoh keperluan fisiologi mengikut Abraham Maslow ialah mengasah bakat dalam

bidang muzik.

5. Apakah keperluan langsung?2

Page 2: Perdagangan Ting 4 - Latihan A

A. Pengeluaran yang dijalankan untuk memenuhi keperluan sendiri

B. Pengeluaran dengan bantuan pihak lain

C. Pengeluaran secara besar-besaran

D. Pengeluaran yang melibatkan pengkhususan

6. Pernyataan manakah yang menerangkan pengeluaran tidak langsung?

I. Encik Lee membuat kapal untuk menangkap ikan

II. Puan Suhaili menanam pokok bunga hiasan di halaman rumahnya

III. Encik Wong merupakan pengusaha tanaman durian dan memasarkannya ke seluruh

negara

IV. Encik Ahmad menghasilkan baja organik dengan menggunakan mesin

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

7. Rajah 1 berkaitan dengan cabang pengeluaran.

Rajah 1

Apakah aktiviti pengeluaran yang mewakili X?

A. Pelombong yang melombong bijih timah

B. Doktor yang merawat pesakit

C. Pekerja kilang yang menggunting kain

D. Peniaga yang menjual pau

8. Pekerjaan manakah yang terlibat dalam industri ekstraktif?

A. Pemandu bas

B. Penternak itik

C. Pereka fesyen

D. Tukang gunting rambut

9. Rajah 2 berkaitan dengan cabang perusahaan.3

Pengeluaran

Perdagangan Perusahaan X

Page 3: Perdagangan Ting 4 - Latihan A

Rajah 2

Apakah contoh pekerjaan yang diwakili X?

A. Doktor C. Nelayan

B. Peniaga D. Jurutera

10. Pernyataan manakah yang berkaitan dengan peranan usahawan?

A. Encik Rahman mengupah 150 orang pekerja di kilang baharunya

B. Encik Samad membelanjakan RM150 000 untuk promosi

C. Encik Daud membeli kenderaan untuk kegunaan perniagaan

D. Syarikat Era Berhad mengeluarkan RM10 000 untuk kegunaan peribadi

11. Pernyataan manakah yang mewujudkan pengkhususan?

I. Pengeluaran tak langsung diamalkan

II. Keperluan manusia ringkas

III. Kemahiran pekerja sama

IV. Peningkatan penggunaan teknologi

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

12. Maklumat berikut berkaitan dengan amalan yang dijalankan di kilang sabun Rahmat.

Apakah kelebihan amalan tersebut kepada pekerja?

A. Menambahkan masa pekerja

B. Mengasah daya kreativiti

C. Meningkatkan rasa bangga4

Perusahaan

Perkilangan X Pembinaan

Pekerja diasingkan kepada tiga bahagian iaitu mencampur bahan, membakar, menimbang dan membungkus sabun.

Page 4: Perdagangan Ting 4 - Latihan A

D. Meningkatkan kemahiran

13. Apakah syarat yang membolehkan sistem barter berlaku?

A. Lebihan barang

B. Barang tahan lama

C. Barang mudah dibawa

D. Barang yang mudah dibahagi

14. Antara yang berikut, yang manakah kelemahan sistem barter?

A. Kesukaran untuk dijual

B. Kesukaran untuk mendapat pasaran

C. Kesukaran untuk menentukan kemahuan serentak

D. Kesukaran untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan

15. Encik Kamal mempunyai seekor lembu dan dalam masa yang sama dia memerlukan beberapa

ekor ikan. Apakah masalah Encik Kamal?

A. Masalah kemahuan serentak

B. Masalah untuk membawa lembu yang besar

C. Masalah untuk menentukan nilai pertukaran

D. Masalah membahagikan barang kepada unit yang lebih kecil

16. Pernyataan manakah yang benar tentang perdagangan?

A. Aktiviti menghasilkan barang atau perkhidmatan

B. Aktiviti jual beli yang dijalankan dengan tujuan untuk mendapatkan keuntungan

C. Proses mendapatkan bahan mentah dan menukarkan bahan mentah menjadi barang siap

D. Kegiatan mengagihkan barang dan perkhidmatan daripada pengeluar asal kepada

pengguna

17. Soalan 17 berdasarkan pilihan jawapan dalam jadual di bawah.5

Page 5: Perdagangan Ting 4 - Latihan A

I. Perniagaan merangkumi enam bantuan perniagaan

II. Perdagangan merupakan satu cabang daripada bidang perniagaan

18. Pernyataan manakah yang menerangkan maksud perniagaan?

A. Menghasilkan barang dan perkhidmatan

B. Mencipta nilai faedah tempat dan masa

C. Membeli dan menjual barangan untuk mendapatkan keuntungan

D. Menyelaraskan permintaan dan penawaran barangan

19. Maklumat berikut berkaitan dengan Encik Ramli.

Apakah bentuk perniagaan yang dijalankan oleh Encik Ramli?

I. Import

II. Runcit

III. Borong

IV. Eksport

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

20. Pilih kombinasi jawapan yang betul.6

Encik Ramli membuka sebuah kedai runcit di Taman Mahkota. Dia memperoleh bekalan stok daripada Syarikat Wah Seng. Pelanggan-pelanggannya terdiri daripada penduduk yang tinggal berhampiran dengan Taman Mahkota.

Pilihan Pernyataan I Pernyataan II

A. Betul Salah

B. Salah Betul

C. Betul Betul

D. Salah Salah

Page 6: Perdagangan Ting 4 - Latihan A

Perdagangan Perniagaan

A. Meliputi aktiviti pengeluaran Proses menghasilkan barang dan

perkhidmatan

B. Merupakan sebahagian daripada

kegiatan perniagaan

Bertujuan untuk mendapatkan

pendapatan

C. Meliputi aktviti pengagihan barang

daripada pengeluar kepada pengguna

Melibatkan aktiviti menjual dan membeli

barang dan perkhidmatan

D. Memerlukan bantuan perniagaan dalam

proses pengagihan barang

Melibatkan aktiviti penciptaan nilai

faedah

21. Situasi manakah yang melibatkan bantuan perniagaan?

A. Cik Shasha mengajar di sekolah kerajaan

B. Pak Nik menanam sayur di belakang rumahnya

C. Cik Rozie menggoreng kerepek ubi

D. Cik Maznah menghantar keluarannya ke pasar

22. Pernyataan manakah yang benar tentang bantuan perniagaan?

A. Terdiri daripada perniagaan runcit dan perniagaan borong

B. Meliputi kegiatan import, eksport dan entreport

C. Membantu dan menyokong aktiviti dan operasi perniagaan

D. Digunakan untuk mambantu proses penghasilan barang import

23. Maklumat berikut berkaitan dengan bantuan perniagaan.

Bantuan perniagaan Fungsi

X Pusat pembayaran

Y Melindungi risiko

Apakah X dan Y?

X Y

A. Promosi Komunikasi

B. Promosi Insurans

C. Insurans Perbankan

D. Perbankan Insurans7

Page 7: Perdagangan Ting 4 - Latihan A

24. Mengapakah bantuan insurans penting kepada peniaga?

I. Membolehkan peniaga memberi tumpuan penuh terhadap perniagannya

II. Mengurangkan kerugian yang dialami disebabkan berlakunya suatu risiko

III. Memperoleh keuntungan jika sesuatu risiko yang diinsurankan itu berlaku

IV. Membolehkan peniaga mendapatkan khidmat nasihat berkaitan dengan pengurusan

A. I dan II

B. I dan IV

C. II dan III

D. III dan IV

25. Apakah peranan pergudangan dalam bantuan perniagaan?

I. Memperluas pasaran

II. Meningkatkan imej pengeluar

III. Melakukan kerja memecah pukal

IV. Menyelaraskan permintaan dan penawaran di pasaran

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

26. Maklumat berikut berkaitan dengan fungsi bantuan perniagaan.

Apakah jenis bantuan perniagaan di atas?

A. Promosi

B. Insurans

C. Komunikasi

D. Pengangkutan

27. Bagaimanakah institusi perbankan membantu operasi perniagaan di Malaysia?8

Syarikat Multi Holding menggunakan kapal terbang untuk menghantar barang-barang yang dipesan oleh rakan niaganya di Jepun.

Page 8: Perdagangan Ting 4 - Latihan A

I. Bertindak sebagai pakar rujuk kepada peniaga

II. Memberikan kemudahan penerimaan dan pembayaran

III. Menyediakan kemudahan pengahantaran barang jualan

IV. Menawarkan skim perlindungan kepada para peniaga

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

28. Antara yang berikut, yang manakah merupakan aktiviti promosi?

I. Publisiti III. Jualan kredit

II. Jualan tunai IV. Promosi jualan

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

29. Rajah 3 menunjukkan hubungan antara perdagangan dengan perniagaan.

Rajah 3

Apakah hubungan kedua-keduanya dalam proses pengeluaran?

A. Menyediakan tempat untuk berniaga

B. Mendapatkan keuntungan melalui urus niaga

C. Mencipta nilai faedah kepada kehidupan manusia

D. Mencapai pengeluaran maksimum melalui pengkhususan

30. Maklumat berikut menerangkan aktiviti yang dilakukan oleh seorang usahawan.

Apakah kegiatan yang telah dilakukan?

I. Perbankan III. Perniagaan

II. Pelaburan IV. Pengeluaran

A. I dan II C. II dan III

B. I dan IV D. III dan IV

9

Perdagangan Perniagaan

Syarikat MJ Berhad telah mengeluarkan ubat gigi yang dapat memutihkan gigi. Keluaran syarikat itu telah dipasarkan ke pasar raya dan kedai runcit dengan menggunakan lori. Ubat gigi tersebut turut dijual di farmasi.