perbezaan politik islam dan politik konvensional

11
PERBEZAAN POLITIK ISLAM DAN KONVENSIONAL FATIN FATANAH BINTI ZULKEFLI 13110232 SALIHAH MAISARAH BINTI SALAUDIN 13110271 NOOR SALSABEELA BINTI MAHYUDDIN 13110245 SITI SAFIYAH BINTI ZAINAL RASHID 13110282

Upload: hadihanif

Post on 08-Dec-2015

150 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional dalam Siasah Syar'iyyah.

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

PERBEZAAN POLITIK ISLAM DAN

KONVENSIONAL

FATIN FATANAH BINTI ZULKEFLI 13110232SALIHAH MAISARAH BINTI SALAUDIN 13110271NOOR SALSABEELA BINTI MAHYUDDIN 13110245SITI SAFIYAH BINTI ZAINAL RASHID 13110282

Page 2: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

Konsep Negara Islam Dan Perbezaan Dengan Negara Sekular

Muqaddimah

Negara dan politik adalah sebahagian daripada Islam dan menjadi pegangan dan syariat yang difahami oleh umat Islam. Maka pembentukan negara Islam adalah suatu tuntutan dalam Islam. Ia termasuk dalam perkara fardu Kifayah. Ini kerana ianya berkaitan dengan perlaksanaan Syariah. Perlaksanaan hukum syariah tidak dapat dilaksanakan tanpa adanya negara atau kedaulatan politik.Islam merupakan agama yang meliputi segala dimensi kehidupan manusia. Syariat Islam mempunyai peraturan kehidupan manusia dan membawa keadilan kepada alam sejagat. Pembinaan negara adalah merupakan keperluan masyarakat kerana manusia memerlukan ketua untuk memimpin mereka. Keperluan manusia kepada pemerintahan menyamai keperluan terhadap perkara-perkara asas yang lain seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. firman Allah SWT :

“Wahai orang-orang Yang beriman, Taatlah kamu kepada Allah dan Taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang Yang berkuasa) dari kalangan kamu. kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) Dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian

adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.”

Page 3: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

Manusia memerlukan kepada pemerintahan atau hidup bernegara kerana mereka perlu melaksanakan menyuruh kebaikan dan mencegah kemungkaran, mewujudkan keamanan dan keselamatan. Perkara ini tidak dapat dilaksanakan tanpa ada pemerintahan. Pemerintahan yang paling adil adalah pemerintahan Islam. Firman Allah SWT:

“sesudah itu, Patutkah mereka berkehendak lagi kepada hukum-hukum jahiliyah? padahal - kepada orang-orang Yang penuh keyakinan - tidak

ada sesiapa Yang boleh membuat hukum Yang lebih pada daripada Allah”

Menurut al-Sarkashi, negara Islam (Dar al-Islam) ialah satu tempat yang berada dibawah pemerintahan orang Islam dan tandanya ialah apabila orang Islam aman di dalamnya. Manakala Muhamad Bin Hassan as-Syaibani, seorang ulama terkemuka dari Mahhab Hanafi mentakrifkan Negara Islam sebagai negara yang dikuasai oleh umat Islam, dimana orang-orang Islam beroleh keamanan di dalamnya.

DEFINISI NEGARA ISLAM

Page 4: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

Negara Islam dan Perbezaannya Dengan Negara Sekular

1. Perbezaan Nilai-Nilai Norma

Di dalam sebuah negara sekular, kita dapati tidak ada norma yang tetap yang dapat

dipakai untuk menimbang antara yang baik dan yang buruk, dan antara yang betul

dengan yang salah. Satu-satunya kriteria yang mungkin digunakan ialah

kepentingan bangsa.

Yang paling utama dalam suatu negara sekular ialah golongan rakyat yang berbeza

boleh mempunyai pendapat yang jauh berlainan kerana di situ tidak wujud

timbangan objektif tentang nilai-nilai moral.

 Sebaliknya, dalam suatu negara Islam, nilai-nilai moral ini tidak berubah dari satu

kes ke satu kes yang lain, atau dari satu masa ke masa yang lain, kerana

kesahihannya dapat bertahan untuk semua waktu dan keadaan.

Page 5: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

2. Perbezaan Prinsip Al-Siyadah dan Al-Hakimiah

 Ibn Khaldun (m. 1406 M) berpendapat bahawa negara Islam ialah sebuah negara yang

diperintah dengan berasaskan undang-undang syariah yang diturunkan di dalam al-Quran

dan sunnah Rasulullah SAW. [22] Hanya hukum Allah SWT yang wajib diterima oleh

manusia.

 Adapun negara sekular pula sebuah negara yang diperintah berdasarkan undang-undang

yang dihasilkan oleh akal fikiran manusia yang dangkal dan cetek serta di pengaruhi

hawa nafsu.

Page 6: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

3. Perbezaan Prinsip Al-Adalah

Undang-undang di dalam negara Islam menjamin keadilan kepada semua makhluk

sementara undang-undang di negara sekular menindas sebahagian yang lain. Keadilan yang

dimaksudkan ialah ianya tidak menyeleweng dari dasar-dasar yang telah ditetapkan iaitu

menunaikan hak dan tanggungjawab kepada orang yang berhak menerimanya dan tidak

merampas hak orang lain.

 Contoh jelas yang boleh kita nyatakan di sini ialah perbezaan di zaman Khalifah Turki

Othmaniah dan di zaman pemerintahan diktator Mustafa Kamal al-Tartuk di Turki.

 Di zaman Khalifah Turki Othmaniah, kebebasan berugama telah diberikan kepada semua.

Sementara di zaman Mustafa Kamal, Islam disekat dengan cara yang zalim hasil didikan

sekular yang ingin memadamkan peranan Islam dalam kehidupan seharian.

Page 7: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

4. Perbezaan Prinsip Amanah dan Kuasa

Di dalam negara sekular, jelas kuasa merupakan matlamat yang utama. Matlamat ini

membolehkan golongan sekular ini menggunakan apa sahaja cara untuk memperolehi kuasa.

Menurut Stoner & Wanker (19890, kuasa adalah kebolehan untuk mengenakan pengaruh ke

atas individu lain.

Berbeza dengan Islam, ianya merupakan amanah. Kuasa merupakan wasilah untuk

melaksanakan segala tuntutan Ilahi. Amanah ini akan dipersoalkan di akhirat kelak. Ini

menuntut pemimpin negara Islam berhati-hati dalam mentadbir negara. Tambahan pula di

dalam negara Islam, prinsip ‘syura’ sentiasa di amalkan oleh para pemimpin di dalam

mentadbir negara.

Page 8: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

5. Perbezaan Prinsip Matlamat

 Matlamat terakhir di dalam sebuah negara Islam ialah keredhaan Allah SWT. Ini jelas

daripada apa yang telah ditunjukan oleh Rasulullah SAW. Pembinaan Negara Islam Madinah

ialah demi menjamin keredhaan Allah SWT. Setelah selesai tugas Baginda SAW, maka

Baginda pun wafat.

Sementara matlamat di dalam sebuah negara sekular ialah kepuasan hawa nafsu dan

materialisma. Mereka secara jelas membuat pemisahan antara agama dan pemerintahan

Page 9: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

6. Perbezaan Prinsip Khalifah

Undang-undang Islam merupakan fitrah bagi manusia yang berakal. Garis panduan

yang lengkap berdasarkan al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW adalah yang

terbaik. Islam mengiktiraf manusia sebagai Khalifah. Sebagaimana tugas khalifah

ialah mendirikan agama dan mentadbir dunia dengan ugama.

Di dalam negara sekular, orang yang terlibat dengan politik dianggap hanya

merupakan politikus sahaja. Tiada kaitan dengan Tuhan Rabbul Alamin. Mereka

bebas mengatur dan mentadbir dunia mengikut selera mereka. Mereka menolak

campurtangan ugama dalam pentadbiran. Sebagaimana kata-kata mashur “ Berikan

kaisar hak kaisar dan berikaan Tuhan hak tuhan”. Jelas mereka telah memisahkan

agama dan pemerintahan.

Page 10: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

7. Perbezaan Method Untuk Mencapai Matlamat

Islam telah meletakkan batu asas yang jelas kaedah untuk mencapai kepada matlamat

politik. Untuk mencapai tujuan penubuhan sebuah Daulah Islamiah mestilah

berpandukan kepada Allah dan RasulNya.

Politik dalam negara sekular merujuk kepada morak Machiavellisme, iaitu tujuan

menghalalkan cara. Cara ataupun method ini mungkin jalan yang baik ataupun menurut

jalan yang salah asalkan mereka memperoleh kuasa.

Page 11: Perbezaan Politik Islam dan Politik Konvensional

Kesimpulan

Islam merupakan DIN (cara hidup) yang sempurna yang merangkumi soal politik, sosial,

ekonomi dan semua aspek kehidupan manusia. Kesempurnaan Islam ini juga terhadap soal-soal

politik. Islam tidak menyetujui penyekatan antara agama dan politik. Kesempurnaan Islam telah

menjadikan struktur masyarakat Islam begitu kuat kerana semua aktiviti harian berpandukan

Islam.

Sekular adalah batil dan menyalahi fitrah kemanusiaan. Kebatilan fikrah sekular ini turut

menjalar kepada sistem politik mereka. Dakyah mereka hari ini telah berjaya mewujudkan

kelompok yang begitu taksub kepada pegangan sekular ini. Apa yang lebih menyedihkan fikrah

ini turut menjalar kepada masyarakat umat Islam.

Rasulullah bersabda yang beerti:“Melalui kekuasaan negara, Allah telah mengakhiri apa yang

tidak dibasmi Nya melalui al-Quran.”