perbezaan budaya kehidupan yang menjadi halangan untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi dalam...

9
8 PERBEZAAN BUDAYA KEHIDUPAN YANG MENJADI HALANGAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KALANGAN ETNIK DI MALAYSIA 4.0 PENDAHULUAN Malaysia merupakan sebuah negara yang amat bertuah kerana didiami oleh pelbagai kaum yag terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai budaya, agama, kepercayaan, kesenian dan adat resam yang unik. Kepelbagaian ini menjadikan Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Malaysia juga merupakan sebuah negara yang sedang mengorak langkah menuju ke arah sebuah negara maju hasil daripada kemerdekaan yang diperolehi. Impian ini mampu dicapai dengan adanya perpaduan yang kukuh dan hubungan yang baik antara semua etnik yang ada. Hubungan antara kaum ini telah terbentuk sejak dahulu lagi di mana kemerdekaan itu sendiri tercapai hasil daripada perpaduan dan tolak ansur antara etnik. Malaysia dilihat dimata dunia sebagai sebuah negara yang harmoni kerana semua bangsa tidak mengira agama, warna kulit, fahaman dan kepercayaan dapat duduk semeja tanpa sebarang rasa terancam. Walau bagaimanapun, masih terdapat keluhan dan pandangan dari sesetengah pihak yang menimbulkan isu tentang hubungan etnik. Perkara ini sekiranya tidak diambil serius dan dipandang berat akan menimbulkan masalah perpaduan seterusnya menggugat keharmonian dan keamanan hubungan etnik di negara kita. Perbezaan budaya kehidupan yang menjadi faktor utama yang menghalang wujudnya perpaduan dan integrasi antara etnik di Malaysia yang mampu menggugat keharmonian hubungan etnik di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga iaitu dari aspek : i. Sosial ii. Ekonomi iii. Politik 4.1 ASPEK SOSIAL HUBUNGAN ETNIK

Upload: astera-mckee

Post on 28-Jul-2015

13.818 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

8

PERBEZAAN BUDAYA KEHIDUPAN YANG MENJADI HALANGAN UNTUK MEWUJUDKAN PERPADUAN DAN INTEGRASI DALAM KALANGAN ETNIK DI

MALAYSIA

4.0 PENDAHULUAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang amat bertuah kerana didiami oleh

pelbagai kaum yag terdiri daripada pelbagai etnik yang mempunyai budaya, agama,

kepercayaan, kesenian dan adat resam yang unik. Kepelbagaian ini menjadikan

Malaysia sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Malaysia juga

merupakan sebuah negara yang sedang mengorak langkah menuju ke arah sebuah

negara maju hasil daripada kemerdekaan yang diperolehi. Impian ini mampu dicapai

dengan adanya perpaduan yang kukuh dan hubungan yang baik antara semua etnik

yang ada. Hubungan antara kaum ini telah terbentuk sejak dahulu lagi di mana

kemerdekaan itu sendiri tercapai hasil daripada perpaduan dan tolak ansur antara

etnik. Malaysia dilihat dimata dunia sebagai sebuah negara yang harmoni kerana

semua bangsa tidak mengira agama, warna kulit, fahaman dan kepercayaan dapat

duduk semeja tanpa sebarang rasa terancam. Walau bagaimanapun, masih terdapat

keluhan dan pandangan dari sesetengah pihak yang menimbulkan isu tentang

hubungan etnik. Perkara ini sekiranya tidak diambil serius dan dipandang berat akan

menimbulkan masalah perpaduan seterusnya menggugat keharmonian dan

keamanan hubungan etnik di negara kita.

Perbezaan budaya kehidupan yang menjadi faktor utama yang menghalang

wujudnya perpaduan dan integrasi antara etnik di Malaysia yang mampu menggugat

keharmonian hubungan etnik di Malaysia dapat dibahagikan kepada tiga iaitu dari

aspek :

i. Sosial

ii. Ekonomi

iii. Politik

4.1 ASPEK SOSIAL

HUBUNGAN ETNIK

9

Disebalik keharmonian yang kita kecapi, masih terdapat sedikit kepincangan dalam

usaha mempertahankan keamanan hubungan antara etnik. Dari segi aspek sosial,

masalah yang sering dihadapi dapat dibahagikan kepada beberapa elemen iaitu :

i. Bahasa

ii. Agama dan Kepercayaan

iii. Penempatan

iv. Pendidikan

v. Adat resam

Kepincangan dalam memelihara hubungan sosial yang baik antara kaum akan

menimbulkan pelbagai isu yang boleh memecahbelahkan perpaduan yang wujud.

4.1.1 Bahasa

Faktor perbezaan bahasa yang wujud dalam kalangan masyarakat di Malaysia boleh

menyebabkan kesukaran berinteraksi seterusnya menyebabkan jarak sosial yang

ketara dalam kalangan masyarakat. Kekangan bahasa dan kesukaran memahami

bahasa lain akan membataskan interaksi bangsa yang berlainan bahasa. Hal ini

bukan sahaja wujud akibat tidak memahami bahasa tetapi juga disebabkan oleh

salah faham yang timbul akibat tidak memahami apa yang diperkatakan. Dengan

memahami bahasa, interaksi sosial antara kaum dapat diperkukuh. Sekiranya setiap

kaum di Malaysia berusaha untuk memahami bahasa kaum yang lain, salah faham

dapat dielakkan. Oleh yang demikian, adalah perlu bagi setiap individu dalam

masyarakat untuk cuba memahami bahasa kaum lain agar tidak berlakunya salah

faham seterusnya dapat membina interaksi yang positif.

Antara strategi yang dilakukan oleh kerajaan dalam usaha mengurangkan

jurang persefahaman dalam aspek bahasa adalah dengan penggunaan satu bahasa

yang yang sama yang mana merupakan alat yang paling berkesan dalam memupuk

perpaduan dalam kalangan etnik yang berbeza dari segi bahasa ibunda ini. Usaha ini

membolehkan semua kaum berkomunikasi antara satu sama lain dengan sempurna

HUBUNGAN ETNIK

10

dan harmoni. Perlembagaan telah memperuntukkan bahawa bahasa kebangsaan

adalah bahasa Melayu dan sesuai digunakan oleh segenap masyarakat di Malaysia.

4.1.2 Agama dan Kepercayaan

Setiap etnik di Malaysia mempunyai agama dan kepercayaan yang berbeza

mengikut etnik masing-masing. Sebagai contoh, etnik Melayu secara amnya

menganuti agama Islam, etnik Cina menganuti agama Buddha, dan etnik India

menganuti agama Hindu. Setiap agama mempunyai kepercayaan dan fahaman yang

tersendiri. Walau bagaimanapun, faktor agama tidak menimbulkan sebarang

permasalahan dalam perpaduan kerana setiap agama tidak menganjurkan

pengikutnya memusuhi agama lain, tetapi masalah yang timbul adalah disebabkan

oleh kejahilan pengikut sesuatu agama itu yang menyebabkan perselisihan dan

salah fahaman etnik lain terhadap agama tersebut. Banyak perkara yang dilakukan

secara tidak sengaja oleh pengikut yang jahil menyebabkan berlakunya salah faham

dan menyinggung perasaan etnik yang lain. Terdapat juga individu dalam sesuatu

etnik yang menganggap bahawa hanya agama mereka yang terbaik hingga

menguatkan buruk sangka yang menghalang pergaulan baik antara kaum yang

pelbagai agama dan kepercayaan.

Sikap saling memahami dan menghormati agama lain adalah perlu agar

keharmonian dan perpaduan dapat dibina dan dipertahankan. Apabila sesuatu kaum

itu tidak memahami agama sesuatu kaum yang lain, kelancaran hidup

bermasyarakat tidak dapart dikekalkan. Sebagai contoh, dalam agama Islam

melarang lelaki dan wanita yang bukan muhrim bersentuhan. Adalah perlu bagi

pengikut agama lain memahami perkara tersebut agar tidak menjadikannya sebagai

isu yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan dan hubungan etnik yang

terjalin. Sikap toleransi dan saling memahami serta menghormati agama dan

kepercayaan agama lain adalah pemangkin yang penting dalam proses

memantapkan perpaduan masyarakat di Malaysia.

4.1.3 Penempatan

HUBUNGAN ETNIK

11

Jika dilihat dari segi sejarah di Malaysia, Dasar Pecah dan Perintah yang

diperkenalkan oleh British sewaktu zaman penjajahan telah menyebabkan

berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Dasar yang telah memisahkan

penempatan setiap penduduk di negara kita mengikut etnik dan sumber ekonominya.

Etnik Melayu ditempatkan di kawasan kampung yang mana penduduknya berkerja

sebagai petani, nelayan dan menjalankan kegiatan secara kecil-kecilan. Etnik Cina

pula ditempatkan dikawasan bandar-bandar. Kebanyakkan daripada mereka berkerja

sebagai pelombong dan juga peniaga yang mempunyai pendapatan yang tinggi.

Etnik India pula ditempatkan di kawasan-kawasan ladang dan estet dan berkerja

sebagai peladang dan penoreh getah. Pemisahan penempatan ini menyebabkan

masyarakat kurang bersosial dan berinteraksi sesama sendiri. Hal ini menyebabkan

mereka hanya berinteraksi dengan komuniti mereka sahaja dan boleh mencetuskan

perasaan buruk sangka atau etnosentrisme terhadap kaum lain dan menganggap

bahawa mereka adalah yang terbaik.

4.1.4 Pendidikan

Sitem pendidikan di negara kita pada era penjajahan adalah bersifat vernakular iaitu

sistem persekolahan yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantar

dan dibahagikan mengikut kaum. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iatu Melayu,

Cina dan Tamil. Setiap sekolah menggunakan bahasa ibunda masing-masing

sebagai bahasa pengantar. Antara ciri-ciri sekolah yang terdapat pada zaman

penjajahan ini ialah mempunyai kurikulum yang berbeza. Sekolah juga didirikan

dikawasan penempatan yang yang terpisah kerana seperti yang telah kita ketahui,

masyarakat Melayu berada di kawasan kampung, masyarakat India di kawasan Estet

dan ladang manakala masyarakat Cina pula berada di kawasan bandar dan kawasan

perlombongan. Pemisahan ini sekaligus menyebabkan tidak berlakunya

pencampuran dan pergaulan serta interaksi kaum sejak dari peringkat persekolahan.

Hal ini adalah kerana pihak penjajah tidak mahu masyarakat Tanah Melayu pada

zaman itu bersatu padu kerana mereka bimbang pengaruh kuasa mereka akan

hilang.

Di samping itu, bahasa pengantar yang berbeza di setiap sekolah

mengakibatkan kesukaran komunikasi antara penduduk yang kurang memahami

HUBUNGAN ETNIK

12

bahasa bangsa lain. Keadaan ini melebarkan lagi jurang pergaulan, menghasilkan

pandangan yang berbeza serta menjejaskan fahaman dan pergaulan antara kaum

dismaping mewujudkan bangsa yang tidak mementingkan identiti satu negara.Pada

tahun 1956, Perdana Menteri pada waktu itu iaitu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak

Hussein menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa

perubahan dalam sistem pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai Penyata Razak

(1956). Antara tujuan utama penyata Razak ini adalah untuk Tujuan Penyata Razak

adalah menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa

perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. Ia juga bertujuan untuk mengeratkan

perpaduan antara kaum Melayu, Cina dan India sebagai satu rumpun bangsa di

Tanah Melayu disamping mengembangkan sistem pendidikan agar jurang

perbezaan antara kaum dapat dikurangkan.

4.1.5 Adat Resam

Adat resam merupakan satu simbolik kepada sesuatu kaum. Setiap kaum di

Malaysia mempunyai adat resam yang tersendiri dan pelbagai. Setiap kaum juga

mempunyai semangat yang menebal dalam mengamalkan adat resam masing-

masing sehinggakan terdapat pepatah Melayu yang mengatakan ‘biar mati anak,

jangan mati adat’. Nilai sesuatu adat resam itu sangat tinggi sehingga sebarang isu

yang timbul akibat dari salah faham pengamalan sesuatu adat itu akan

menyebabkan keharmonian kaum akan tergugat.

Adalah perlu bagi setiap kaum menghormati dan memahami adat resam kaum

lain agar tidak menimbulkan sebarang pertelingkahan kerana adat resam sesuatu

kaum adalah amalan dan kepercayaan yang dipegang oleh kaum tersebut. Adat

resam yang diamalkan memaparkan bagaimana citra sesuatu bangsa dan kaum itu

sendiri. Sekiranya perbezaan adat resam ini dijadikan isu yang lebih besar, ini akan

menyukarkan perpaduan antara kaum. Justeru, adalah penting bagi semua individu

dalam masyarakat untuk bertoleransi dan menghoramti adat resam yang diamalkan

oleh semua etnik di Malaysia.

4.2 ASPEK EKONOMI

HUBUNGAN ETNIK

13

Semasa zaman pemerintahan Inggeris, pihak penjajah telah menjalankan dasar

pecah dan perintah. Dasar pecah dan perintah ini telah mengakibatkan jurang

perbezaan yang besar antara kaum terutamanya dari segi ekonomi dan sosial kaum

di Tanah Melayu pada masa itu. Walaupun masa telah jauh meninggalkan zaman itu,

namun kesannya walau kecil masih terasa sehingga kini.

Dasar ini telah menambahkan jurang antara kaum-kaum. Kaum Melayu

dibiarkan menetap di kampung-kampung dan berkerja sebagai nelayan dan petani,

kaum India pula ditempatkan di estet-estet dan mengerjakan ladang-ladang getah

dan sebagainya manakala kaum Cina pula memonopoli bidang perniagaan di

bandar-bandar. Keadaan ini telah mewujudkan perbezaan pekerjaan antara kaum.

Sekaligus telah menambah jurang hasil pendapatan antara kaum. Kaum Cina

pastinya memperolehi hasil pendapatan yang lebih lumayan berbanding dengan

kaum Melayu dan juga India.

Melalui Dasar Ekonomi Baru yang telah diperkenalkan pada tahun 1971,

kerajaan berhasrat untuk merapatkan jurang ekonomi antara kaum, memberi

peluang perkerjaan kepada rakyat tanpa mengira kaum selain ingin

mempercepatkan penyusunan semula masyarakat Malaysia dan menghapuskan

pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

Dasar ekonomi baru juga ditubuhkan atas alasan untuk membasmi

kemiskinan. Ini kerana didapati bahawa kaum Melayu lebih banyak mengalami

kemiskinan berbanding dengan kaum-kaum yang lain. Selain itu, DEB juga

bermatlamat untuk menyatupadukan kaum di Malaysia.

Kerajaan juga berhasrat untuk membentuk sebuah masyarakat perdagangan

dan perindustrian dalam kalangan orang Melayu dan Bumiputera agar mereka dapat

menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30% daripada semua jenis peringkat

kegiatan ekonomi. Kerajaan juga berharap agar pendapatan rakyat di luar bandar

HUBUNGAN ETNIK

14

dapat ditingkatkan dengan meninggikan daya pengeluaran masyarakat luar bandar

sekaligus dapat meningkatkan tahap kehidupan mereka di sana.

Bagi memastikan Dasar Ekonomi Baru ini tercapai matlamatnya, kerajaan

telah cuba untuk memperbaiki dan menstabilkan keadaan ekonomi sekaligus cuba

menghapuskan pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi. Berasaskan kepada

ketidakseimbangan antara kaum, kerajaan telah merangka beberapa program yang

dijangkakan dapat memperbaiki keadaan ekonomi sekaligus dapat memperbaiki

hubungan antara kaum. Antara program yang dijalankan ialah, perindustrian dan

perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan dan pengangkutan.

Dasar Ekonomi Baru telah memperlihatkan kepada kita satu sisi baru di dalam

ekonomi negara di mana kesemua kegiatan ekonomi pada masa kini tidak hanya

dimonopoli oleh satu kaum sahaja, sebaliknya ia melibatkan pekerja dari semua

kaum.

4.3 POLITIK

Umumnya kebanyakan Negara Sedang Membangun terpaksa menghadapi

isu-isu perkauman yang selalunya mencorakkan pentas politiknya. Malaysia juga

HUBUNGAN ETNIK

15

menghadapi hal yang sama. Oleh itu usaha untuk memelihara kestabilan politik yang

bersandarkan kepada kerjasama antara kaum terus menjadi agenda utama negara.

Dalam konteks politik domestik, demokrasi di negara ini telah berjalan lancar

terutamanya semenjak pilihan raya umum yang pertama tahun 1955, di mana tiga

kumpulan etnik utama, Melayu, Cina dan India telah bersatu untuk mendesak

Inggeris memberikan kemerdekaan, dan seterusnya membentuk satu pakatan parti

iaitu Parti Perikatan.

Namun demikian, cabaran dasar yang dihadapi ialah kewujudan kumpulan

tertentu yang memanipulasi isu tertentu dan mengaitkannya dengan keetnikan atau

konflik perkauman yang sempit demi kepentingan mereka . Perkara ini sering

dilakukan dalam tempoh-tempoh tertentu sperti pilihanraya dan kemasukkan ke

institusi pengajian tinggi. Kumpulan ini masih kabur dengan bentuk identiti bangsa

yang diinginkan dan ia menyukarkan tugas dalam membentuk negara bangsa yang

telah diasaskan binaannya oleh arkitek kemerdekaan yang terdahulu (Mansoor Mohd

Noor, 2005). Antara konflik perkauman yang pernah bergolak di Malaysia ialah Isu

Hindraf dan Peristiwa 16 Mei 1969.

Dengan kedudukan politik secara relatifnya kuat dan stabil, kerajaan telah

beriltizam merancang dan melaksanakan pelan tindakan mengukuhkan perhubungan

antara etnik ke arah mewujudkan perpaduan. kekuasaan politik juga boleh

membawa kepada perancangan untuk memperbetulkan jurang ekonomi antara etnik

ke arah mencapai perpaduan politik.

Salah satu kaedah yang sering dipraktikan dalam spektrum politik ialah

konsensus atau persetujuan di mana pemerintah mendapat kuasanya dengan

persetujuan rakyat melalui pilihan raya bebas. Pemimpin parti yang memerintah

harus mengamalkan semangat perundingan bagi memastikan penyertaan bersama

dalam proses tadbir urus negara. Formula ini diterapkan dalam Barisan Nasional

HUBUNGAN ETNIK

16

yang telah berjaya menyatukan pelbagai kumpulan etnik khususnya kaum Melayu

dan India dengan pelbagai perbezaan dengan semangat musyawarah. Gagasan

Barisan Nasional telah berjaya menyelesaikan masalah-masalah dalam bidang

politik, ekonomi, pendidikan, sosial dan sebagainya. Natijahnya, sebarang

pertelingkahan dapat dibenteras dan kestabilan politik dapat negara dapat

dipertahan sehingga kini.

HUBUNGAN ETNIK