perbezaan antara morfem dan kata

4

Click here to load reader

Upload: shizuka-jijie-sbp

Post on 19-Jun-2015

3.733 views

Category:

Documents


11 download

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan antara morfem dan kata

Bentuk kata:

i. ii. iii.bangun gentar anai-anai

tidur pembangunan anak-anakcantik menidurkan paru-paru

i. Bentuk kata yang terdapat dalam golongan tersebut ialah kata tunggal. Bentuk kata ini terdiri daripada perkataan-perkataan yang mudah yang boleh berdiri sendiri tanpa ada sebarang penambahan imbuhan. Bentuk kata ini juga tidak mengalami proses penggandaan atau perangkaian. Contohnya, -bangun -cantik -tidur.

ii. Bentuk kata ini adalah bentuk kata dasar. Kata dasar ini merupakan kata dasar yang telah menerima sekurang-kurangnya satu imbuhan yang akan membentuk kata terbitan. Kata terbitan terhasil daripada penggabungan kata dasar dengan imbuhan awalan, akhiran, sisipan dan apitan. Contohnya, -pem-…+ bangun+ …-an = pembangunan -men-…+ tidur+…-an = menidurkan

iii. Bentuk kata ini adalah terdapat dalam golongan kata pengandaan penuh. Golongan kata ini adalah merupakan kata dasar yang telah mengalami proses pengulangan dan akan menghasilkan bentuk kata ganda. Penghasilan kata ini melibatkan penggandaan sama ada keseluruhan kata dasar atau sebahagian kata dasar.Contohnya, -anai-anai -anak-anak -paru-paru

Sebab kriteria morfologi, semantik dan sintaksis penting dalam membuat penggolongan kata dalam bahasa Melayu.

Kriteria semantik bermaksud penggolongan perkataan dilakukan dengan melihat makna perkataan tersebut. Za’Ba (1965) menggolongkan perkataan kepada nama, perbuatan, sifat, sendi dan seruan. Kriteria ini digunakan untuk memasukkan perkataan ke dalam golongan masing-masing.

i. Perkataan nama ialah segala bentuk perkataan yang menyebut benda atau orang seperti budak, burung, bulan, dan sebagainya.

ii. Perkataan perbuatan ialah segala perkataan yang menyebut perbuatan yang dikerjakan atau keadaan wujud seperti ambil, mahu, dapat dan sebagainya.

iii. Perkataan sifat ialah segala perkataan yang menerangkan sifat sesuatu nama atau perbuatan seperti besar, pandai, selalu dan sebagainya.

Page 2: Perbezaan antara morfem dan kata

iv. Perkataan sendi ialah yang menyambungkan antara perkataan dengan perkataan, antara bahagian-bahagian cakap atau ungkapan seperti dengan, oleh, akan dan sebagainya.

v. Perkataan seruan ialah perktaan yang semata-mata digunakan untuk mengeluarkan perasaan hati seperti wah, aduh, amboi dan sebagainya.

Kriteria sintaksis juga dipanggil ciri formal iaitu yang merujuk kepada fungsi sesuatu bentuk perkataan dalam binaan frasa dan ayat. Perkataan yang mempunyai fungsi sintaksis yang sama dimasukkan ke dalam golongan yang sama. Dengan merujuk kepada maknanya kita dapat menentukan golongan perkataan menurut kedudukannya dalam struktur sintaksis. Penggolongan inilah yang menggunakan ciri-ciri formal. Semua perkataan yang menjadi inti frasa predikat dimasukkan ke dalam golongan perkataan major iaitu kata nama, kata kerja dan kata adjektif. Kriteria sintaksis juga digunakan untuk menentukan beberapa jenis perkataan yang dapat dimasukkan ke dalam golongan minor iaitu kata tugas. Penggolongan ini dapat menunjukkan satu ciri simetris yang menjadi ciri umum sesebuah tatabahasa.

Kriteria morfologi melihat ciri-ciri bentuk perkataan dalam membuat penggolongan kata. Ciri-ciri morfologi dapat membantu memperjelaskan golongan yang dihasilkan melalui kriteria semantik dan sintaksis. Contohnya, semua bentuk perkataan yang menerima awalan me-.. seperti menari, menulis, dan menonton termasuk dalam golongan kata kerja kerana awalan meN-… adalah awalan kata kerja dan membentuk kata kerja.

1. Perbezaan antara morfem dan kata.

MORFEM KATA1. Morfem bermaksud unit bhasa yang

terkecil yang mempunyai makna atau fungsi tatabahasa.

1. Kata bermaksud unit bahasa yang mempunyai makna, bersifat bebas, atau boleh berdiri sendiri.

2. Dapat mengenali unsure bahasa seperti ber-, -nya, -kah, -lah, -pun, -an dan lain-lain.

2. Unsur seperti rumah, pokok, jalan, duduk, lari, tinggi dan laju tidak dapat dijadikan unsur yang lebih kecil.

3. Unsur ini tidak mempunyai makna. 3. Dapat mengetahui makna unsure tersebut.

4. Setiap unsur mempunyai fungsi tatabahasa seperti dalam perkataan bertanya, menafikan atau menekankan.

4. Kata adalah unsur bahasa yang digunakan bagi membentuk perkataan lain.

2. Perbezaan antara morfrm terikat terbahagi dan morfem terikat kompleks.

MORFEM TERIKAT TERBAHAGI MORFEM TERIKAT KOMPLEKS

Page 3: Perbezaan antara morfem dan kata

-Morfem terikat terbahagi ialah morfem terikat yang kedudukannya dipisahkan atau dibahagikan oleh tersisipnya kata dasar diantaranya .-Contoh: ke-…an, per-…an, pe-…an

-Morfem ini ialah gabungan dua morfem terikat atau lebih. -Penggabungan boleh berlaku pada awal perkataan sahaja atau pada awalan dan akhiran.-Contoh: di-…kan (dikahwinkan) memper-…kan (memperkatakan) diper-…kan (diperkatakan)