perbezaan antara kualitatif & kuantitatif

8
Perbandingan pendekatan kuantitatif dan kualitatif Penyelidikan Tindakan I Disediakan Oleh: Saravanan Thangavelu Selvarani Munisamy Moganavalli Tan Keng Yu Mokanapriya Chandran

Upload: sara-vanan

Post on 13-Dec-2014

157 views

Category:

Documents


12 download

DESCRIPTION

B&K

TRANSCRIPT

Page 1: Perbezaan Antara Kualitatif & Kuantitatif

Perbandingan pendekatan kuantitatif dan kualitatif

Penyelidikan Tindakan I

Disediakan Oleh:Saravanan ThangaveluSelvarani MunisamyMoganavalli Tan Keng YuMokanapriya Chandran

Page 2: Perbezaan Antara Kualitatif & Kuantitatif

Kajian Kuantitatif (Kuantiti)• Kajian kuantitatif adalah kajian yang

menggunakan maklumat / data yang bersifat kuantitatif.

• Data kuantitatif boleh diukur, melalui proses pengukuran dan memerlukan alat-alat pengukuran seperti soal selidik dan ujian.

• Saiz sampel bagi kajian ini lebih besar berbanding kajian kualitatif.

Page 3: Perbezaan Antara Kualitatif & Kuantitatif

Jenis-jenis kajian kuantitatif

i) Kajian Deskriptif (Tinjauan)

ii)Kajian Korelasiiii)Kajian Eksperimentaliv)Kajian Kuasi-Eksperimen

Page 4: Perbezaan Antara Kualitatif & Kuantitatif

Kajian Kualitatif (Kualiti)• Kajian kualitatif adalah kajian yang

menggunakan maklumat / data yang bersifat kualitatif.

• Data kualitatif diperoleh dengan cara pemerhatian, temubual,, analisis dokumen atau apa-apa cara untuk mendapatkan data yang lengkap.

• Saiz sampel bagi kajian ini lebih kecil berbanding kajian kualitatif.

Page 5: Perbezaan Antara Kualitatif & Kuantitatif

Jenis-jenis kajian kualitatif

i. Kajian Etnografiii. Kajian Tindakaniii. Kajian Kesiv. Kajian Sejarah

Page 6: Perbezaan Antara Kualitatif & Kuantitatif

Perbezaan di antara kajian kuantitatif dan kajian kualitatif

Kuantitatif Aspek KualitatifAngka yang boleh diukur.

Bentuk Data

Perkataan atau ayat yang dikumpul melalui temubual atau direkod dalam bentuk gambar atau video.

Penyelidik menggunakan soal selidik dan ujian pencapaian.Instrumen berfungsi sebagai alat pengukur dan menjadi alat perantaraan antara penyelidik dan peserta kajian.

Instrumen Kajian

Penyelidik adalah instrumen utama memungut data.Penyelidik perlu berada dalam situasi yang dikaji, mendengar dan memerhati sendiri fenomena yang dikaji.

Page 7: Perbezaan Antara Kualitatif & Kuantitatif

Ditetapkan sebelum data dipungut.

Reka Bentuk Kajian

Bersifat fleksibel, boleh diubahsuai mengikut keadaan dan keperluan situasi

Penyelidik bukan peserta kajian.Peserta kajian adalah sampel yang dipilih dengan menggunakan teknik persampelan tertentu,

Peserta kajian

Penyelidik adalah sebahagian daripada peserta kajian.Maklumat kajian diperoleh secara langsung daripada peserta kajian.

Penyelidik mengkaji populasi atau sampel yang mewakili populasi.Saiz sampel besar dan dipilih berasaskan kebarangkalian.

Metodologi Kajian

Saiz sampel kecil dan dipilih secara bertujuan dan tidak berasaskan kebarangkalian.