peraturan permainan ainun jaafar

4
BI L NAMA PERMAINAN CARA BERMAIN / PERATURAN 1. Tarik Upih Cara Bermain: 1. Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua bahagian. 2. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih. 3. Markah akan diberikan berdasarkan kepantasan kumpulan untuk menamatkan perlumbaan. 4. Kumpulan yang mendapat tempat pertama akan mendapat 10 mata, tempat kedua mendapat 5 mata dan tempat ketiga akan memperoleh 3 mata. Peraturan Permainan: 1. Murid perlu berada dalam pasangan. 2. Seorang pemain duduk di pangkal pelepah pinang, manakala rakan sepasukannya akan menarik pelepah itu sehingga ke garisan penamat yang telah ditetapkan. 3. Sesampai di garisan penamat, kedudukan akan bertukar dan si penarik upih kini mengambil giliran duduk di pangkal pelepah dan ditarik ke garisan mula. 4. Pasukan yang sampai dulu dikira pemenang. Alatan 1. Pelepah pinang 6 unit 2. Skitel 6 unit 2. Sepak Takraw (Timbangan) Cara Bermain: 1. Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil yang mengasingkan lelaki dengan perempuan. 2. Pemain perlu menimbang bola takraw dalam setiap kumpulan mengikut jantina. 3. Markah dibahagikan berdasarkan jumlah

Upload: ainun-jaafar

Post on 09-Jul-2016

52 views

Category:

Documents


9 download

DESCRIPTION

permainan tradisional KAPETRA

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN PERMAINAN AINUN JAAFAR

BIL NAMA PERMAINAN CARA BERMAIN / PERATURAN

1.Tarik Upih

Cara Bermain:

1. Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua bahagian.

2. Seorang mesti menjadi tukang tarik dan seorang lagi duduk dalam upih.

3. Markah akan diberikan berdasarkan kepantasan kumpulan untuk menamatkan perlumbaan.

4. Kumpulan yang mendapat tempat pertama akan mendapat 10 mata, tempat kedua mendapat 5 mata dan tempat ketiga akan memperoleh 3 mata.

Peraturan Permainan:

1. Murid perlu berada dalam pasangan.

2. Seorang pemain duduk di pangkal pelepah pinang, manakala rakan sepasukannya akan menarik pelepah itu sehingga ke garisan penamat yang telah ditetapkan.

3. Sesampai di garisan penamat, kedudukan akan bertukar dan si penarik upih kini mengambil giliran duduk di pangkal pelepah dan ditarik ke garisan mula.

4. Pasukan yang sampai dulu dikira pemenang.

Alatan

1. Pelepah pinang – 6 unit2. Skitel – 6 unit

2. Sepak Takraw(Timbangan) Cara Bermain:

1. Setiap kumpulan dibahagikan kepada dua kumpulan kecil yang mengasingkan lelaki dengan perempuan.

2. Pemain perlu menimbang bola takraw dalam setiap kumpulan mengikut jantina.

3. Markah dibahagikan berdasarkan jumlah timbangan

Page 2: PERATURAN PERMAINAN AINUN JAAFAR

setiap kumpulan.

4. Kumpulan yang mendapat timbangan paling banyak mendapat 10 mata, tempat kedua mendapat 5 mata dan tempat ketiga mendapat 3 mata.

Peraturan permainan

1. Semua anggota badan kecuali tangan atau lengan boleh digunakan semasa pemain menerima atau menghantar bola.

2. Permainan dimulakan dengan lambungan bola tinggi melebihi paras kepala oleh pemain No. 1 kepada pemain No. 3, No. 4 atau No. 5 dengan melalui dan melintasi kawasan bulatan 2m.

3. Pemain yang menerima bola tersebut hendaklah menimbang bola dan diberi ke pemain nombor seterusnya.

4. Pindahan atau hantaran bola daripada seorang pemain kepada pemain yang lain hendaklah melebihi paras kepala dengan melaui dan lelintasi bulatan 2m.

5. Permainan diberhentikan apabila berlaku perkara-perkara batal atau tempoh masa bagi sesuatu pusingan mencukupi timbangan paling banyak akan dikira sebagai pemenang.

Alatan

1. Bola Takraw - 4 biji

3.Tuju Tin Cara Bermain:

1. Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan melontar pundi kacang mengenai susunan tin.

2. Setelah balingan dilakukan, murid perlu berlari dan menyusun semula tin tersebut kepada asal sebelum ahli kumpulan seterusnya membuat balingan.

3. Kumpulan yang dapat menjatuhkan tin paling banyak akan mendapat 10 mata, tempat kedua mendapat 5 mata dan tempat ketiga mendapat 3 mata.

Peraturan permainan

1. Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin

Page 3: PERATURAN PERMAINAN AINUN JAAFAR

kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu.

2. Murid hanya boleh melontar pundi kacang yang disediakan sahaja. Unsur-unsur lain adalah tidak dibenarkan.

3. Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan melontar pundi kacang mengenai susunan tin.

4. Sekiranya tin itu jatuh kesemua akan mendapat 1 mata. Jika hanya 1 tin atau 2 tin jatuh tidak mendapat mata dan perlu menyusun semula tin seperti asal.

5. Sebelum ahli seterusnya membuat balingan, murid perlu menyusun semula tin-tin tersebut dengan susunan empat, tiga, dua dan satu.

Alatan

1. Tin kosong - 10 unit x 3 set = 30 unit2. Pundi kacang - 4 unit3. Skitel - 6 unit

4.Boling kelapa

Cara Bermain:

1. Cara permainan adalah sama seperti bermain bowling 2. Pemain menggolekkan kelapa untuk menjatuhkan

botol mineral yang telah disusun.

3. Kumpulan yang dapat menjatuhkan botol mineral paling banyak akan mendapat 10 mata, tempat kedua mendapat 5 mata dan tempat ketiga mendapat 3 mata.

Peraturan permainan

1. Setiap peserta dikehendaki berbaris mengikut kumpulan.

2. Peserta haruslah berada di belakang garisan dan tidak dibenarkan melebihi garisan tersebut semasa meleretkan buah kelapa.

3. Pada jarak yang telah ditentukan setiap perserta akan diberi 2 kali peluang balingan dengan menggunakan buah kelapa untuk membuat balingan ke arah botol

Page 4: PERATURAN PERMAINAN AINUN JAAFAR

yang telah disusun dihadapan.

4. Apabila wisel ditiup peserta akan membuat balingan dan setiap jatuhan botol akan diambil kira.

5. Kemahiran meleret dan menggolek sahaja dibenarkan. Jika peserta menggunakan kemahiran lain, peserta akan dikira batal dan tidak dikira markah.

Alatan

1. Buah kelapa - 6 biji2. Botol air 500ml - 6 unit x 3 set = 18 unit3. Skitel - 6 unit