peraturan panduan guru

Upload: bibie-bet

Post on 07-Oct-2015

261 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

untuk kegunaan guru.

TRANSCRIPT

MODUL PROGRAM PEMBANGUNAN GURU BAHARU 2014 SMKL

1.5.2 PERATURAN / PANDUAN GURU TINGKATAN

TUGAS-TUGAS GURU TINGKATAN1. Mengawasi Kesempurnaan bilik darjah dari segi :

a) Kesempurnaan & susunan bangku & kerusi pelajar

b) Kebersihan bilik darjah

c) Papan kenyataan dalam kelas digunakan dengan berfaedah,dilengkapi dengan jadual waktu kelas,jadual giliran bertugas,gambar-gambar penting.

d) Sudut renungan / ruang mata pelajaran diwujudkan

e) Menggalakkan penubuhan perpustakaan kelas2. Pentadbiran

a) Menjelaskan peraturan-peraturan sekolah kepada pelajar dan memastikan pelajar mematuhinya

b) Mengambil tindakan awal terhadap pelajar yang melanggar peraturan-peraturan sekolah

c) Merekodkan & mengemaskinikan semua butir pelajar dan buku kedatangan kelas

d) Menanda dan menyemak kedatangan harian pelajar dalam Jadual kedatangan Murid dan menghantarnya kepada PK HEM selewat-lewatnya masa ketiga setiap hari persekolahan

e) Menghantar surat melalui Pengetua sekolah kepda pelajar yang tidak hadir 3 hari berturut-turut,surat susulan bagi pelajar yang tidak hadir 2 minggu berturut-turut untuk mendapatkan penjelasan dan surat pengesahan berhenti sekolah bagi pelajar yang tidak hadir satu bulan / tidak respon

f) Mengutip Bayaran Tambahan dan menyerahkan wang itu kepada Bendahari sekolah dengan secepat mungkin dan memperolehi resit daripada Bendahari ( En. Harun Ebno) tersebut dan merekodkannya.

g) Menyediakan senarai nama pelajar kelas, merekod keputusan peperiksaan dalam buku rekod mengajar / SISTEM SEKOLAH /buku kemajuan pelajar

h) Bertanggungjawab terhadap Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) kelas,pemberian dan pengembalian buku teks dan direkodI. Bertindak sebagai ketua keluarga dalam bilik darjah :

I. Mengetahui latar belakang setiap murid (dari segi kekeluargaannya,ekonomi dan masalah)

II. Menghubungi guru-guru mata pelajaran tertentu untuk maklumat yang jelas tentang kelemahan dan kemerosotan prestasi murid dalam mata pelajaran tertentu. Cadangkan apa-apa langkah jika dapat menolongnya

III. Mewujudkan semangat kekeluargaan di dalam bilik darjah,perpaduan hormat-menghormati dan penyelewengan oleh seorang akan merosakkan keseluruhan. Diharapkan akhirnya setiap orang merasa mereka tertakhluk kepda ramai tentang sikap tingkahlaku

IV. Menasihat dan membantu pelajar yang bermasalah / lembab

V. Mencadangkan pelajar-pelajar bermasalah untuk berjumpa dengan Kaunselor jika perlu.

GARIS PANDUAN PENGURUSAN KELAS UNTUK GURU TINGKATAN

Aspek-Aspek Utama Yang Perlu Diambil Perhatian

1. Bilik Darjah

a. Dinding dan siling di dalam dan di luar : bersih & tidak berconteng

b. Lantai dan koridor : bersih dan tiada sampah

c. Tingkap dan pintu : cermin tidak berdebu dan pintu berkunci

d. Api,kipas ,dawai ,suis dan speed control : berfungsi

e. Perabot : Dalam keadaan baik,teratur dan bernombor

f. Papan Notis dan White board : sempurna dan bersih setiap masa

2. Sistem Pembersihan Bilik Darjah Dan Kawasan Luar

a. Disediakan dan diletakkan pada papan notis

b. Melibatkan semua pelajar

c. Diketahui oleh semua ahli kelas

d. Diubahsuaikan dengan Jadual Waktu Sekolah dan kegiatan lain

3. Penyusunan Tempat Duduk

a. Ahli kelas yang memerlukan perhatian ditempatkan di depan tengah

b. Ahli yang bertugas menutup api dan kipas di tepi suis dan control

c. Ahli yang menjaga sampah di tepi tong sampah

d. Tempat duduk disusunkan oleh Guru Kelas

e. Ahli kelas dilarang bertukar tempat duduk kecuali dangan kebenaran guru

f. Pelan tempat duduk disediakan dan diletakkan atas meja guru

4. Dokumentari

a. Inventori Bilik Darjah / Kelas dikemaskinikan

b. Buku Kedatangan dikemaskinikan dan segala butir diisi dengan lengkap

5. Kemajuan Akademik

a. Kebolehan dikenalpastikan (ujian diagnotik atau ujian akhir tahun lalu)

b. Sasaran setiap mata pelajaran ditetapkan pada aawal tahun

c. Komen pada anlisis keputusan setiap ujian berdasarkan kebolehan individu

d. Insentif ditawarkan jika boleh

e. Tindakan susulan diambil atau dicadangkan penambahbaikan

6. Disiplin

a. Teguran (pengajaran) dalam bentuk bimbingan dan kaunseling diutamakan

b. Maklum balas daripada guru,kakitangan dan pelajar amat penting

c. Tindakan disiplin akan diambil oleh Guru kelas

d. Perjumpaan dengan ibubapa atau penjaga digalakkan

e. Tindakan PK HEM adalah langkah terakhir

7. Peralatan Untuk Pembersihan

a. Alat-alat asas seperti penyapu,pemadam,marker pen dan kapur

b. Alat-alat akan diagihkan 2 kali setiap tahun ( minta dari Guru kelas yang diambil daripada En. Shahrizan.c. Disimpan dan dijaga dengan baik dengan tujuan menjimatkan kos

d. Sekiranya penggunaan alat melebihi bilangan yang diperuntukkan,kelas berkenaan dikehendaki menggunakan yuran kelas untuk mendapat alat tambahan

8. Kewangan

a. Segala pungutan yuran akan dilakukan oleh Guru Kelas

b. Setiap pungutan mesti dicatatkan dalam senarai nama yang tersedia

c. Sebarang pembelian harus direkodkan

d. Akaun kelas harus dikemaskinikan setiap masa dan dipamerkan di papan notis kelas (jika ada)

PENGURUSAN BILIK DARJAH-SENARAI SEMAK

1. Guru masuk kelas sebaik sahaja loceng dibunyikan.

2. Sebaik sahaja masuk kelas, pastikan semua pelajar berdiri di tempat mereka sendiri, kemudian mengucapkan Assalamualaikum Cikgu / Selamat Petang Cikgu atau Selamat Sejahtera Cikgu.

3. Pastikan semua pelajar duduk dan tidak membuat bising.

4. Semak kehadiran dan turunkan tandatangan.

5. Semak kebersihan kelas ,(lantai,tong sampah,papan hitam,susunan meja dan kerusi,lampu)dan kekemasan pelajar (pakaian,rambut barangan larangan dan ambil tindakan yang sesuai serta merta).

6. Pastikan kesemua pelajar mempunyai barang yang diperlukan (buku teks,buku latihan/kertas lukisan,alat tulis dan lain-lain).

7. Jelaskan apa yang ingin diajar (objektif).

8. pastikan semua pelajar memberi perhatian yang sepenuhnya.

9. pastikan semua pelajar buat kerja kelas seperti yang diarah dengan teratur. Ambil tindakan yang wajar bagi pelajar yang tidak bekerjasama.

10. Guru dijangka berdiri dan menyelia sera aktif semasa mengajar.

11. Serahkan Pas untuk pelajar yang dibenarkan keluar- setiap Pas untuk seorang pelajar sahaja.

12. Sebelum keluar kelas, pastikan ssemua pelajar berdiri dengan teratur dan mengucap Terima Kasih.

13. Bagi waktu terakhir :- Berhenti mengajar 5 minit sebelum waktu itu tamat dan pastikan bilik darjah dibersihkan ( lantai,papan hitam.meja dan kerusi,laci,tong sampah)

SISTEM PEMANTAUAN KETIDAKHADIRAN PELAJAR

1. BUKU KEDATANGAN PELAJAR1.1 Guru mata pelajaran hendaklah menyemak buku kedatangan pelajar setiap kali sebelum sesuatu sesi pembelajaran dimulakan.

a. Memastikan jumlah pelajar yang berada di dalam kelas adalah mencukupi

b. Menurunkan tandatangan dan menggunakan symbol-simbol tersebut , iaitu:Hadir -/

Tidak hadir -O

Lewat -L

Cuti Sakit -S

Tidak hadir Dengan Kebenaran -A

1.2 Guru Tingkatan mesti siap menanda atau merekod buku kehadiran pelajar selepas masa kedua sesi pembelajaran. Kemudian meletakkan Buku Kedatangan di rak PK HEM setiap hari.

1.3 Guru Tingkatan akan menyemak ketidakhadiran pelajar tanpa sebab pada setiap hari Isnin pada minggu yang berikutnya. Seterusnya ,mencatatkan tindakan yang diambil dalam boring ketidakhadiran pelajar yang disediakan dlam Fail ketidakhadiran.

2. FAIL KETIDAKHADIRAN PELAJAR2.2 Setiap orang Guru Tingkatan akan dibekalkan dengan sebuah Fail Ketidakhadiran

pelajar untuk menyimpan :

a. Borang ketdakhadiran pelajar tanpa sebab

b. Sijil-sijil sakit, surat/ dokumen yang berkenaan dengan alasan ketidakhadiran pelajar.

2.3 Guru Tingkatan dikehendaki menyemak ketidakhadiran pelajar pada hari Isnin (masa

pertama) setiap minggu. Seterusnya,mengambil tindakan yang sewajarnya dan

melengkapkan Borang Ketidakhadiran Pelajar tanpa sebab dengan sempurna.

2.4 Guru Tingkatan dikehendaki menghantar Fail ketidakhadiran pelajar kepada guru yang

bertugas pada hari Jumaat setiap minggu. Sila keluarkan surat Amaran sekiranya

pelajar ponteng mengikut Buku Peraturan berkuatkuasa.

2.5 Fail ketidakhadiran Pelajar akan disemak oleh Pengetua / Penolong Kanan HEM pada

akhir bulan.

1.5.3 PERATURAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN (PDP)

DASAR PENGURUSAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

SMK LIBARAN SANDAKAN 20141. Semua guru perlu menyediakan Rancangan Pengajaran Tahunan berdasarkan sukatan

pelajaran dan huraian sukatan pelajaran terkini yang merangkumi sepanjang tahun

persekolahan semasa.

2. Guru perlu menyediakan Rancangan Pelajaran Harian yang mengambil kira tahap

kebolehan dan keupayahaan murid. RPH perlu mangandungi sekurang-kurangnya objektif atau hasil pembelajaran, aktiviti dan penilaian kendiri/refleksi. RPH hendaklah disediakan hari-hari dan dihantar kepada pengetua tiap-tiap hari Jumaat sebelum pulang, kecuali guru pergi berkursus selama seminggu tersebut. Kegagalan menyediakan RPH mengikut Akta Pendidikan Bil. 135(i) 5622 jika disabit kesalahan akan didenda RM500 setiap hari.3. Semua guru akademik mesti cekap mengurus p & p dalam kelas.Masa yang terhad 30

hingga 40 minit bagi satu waktu dan 70- 80 bagi dua waktu perlu digunakan seoptimum

mungkin oleh guru.

4. Untuk aspek menyeluruh apa yang diharap akan dilaksanakan oleh guru akademik ketika mengurus p & p di kelas ialah seperti berikut :

ELEMEN 9 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No AspekAspekNo ItemItem

9.1

Rancangan

Pelajaran

Tahunan

(a)Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan

i

Berdasarkan sukatan pelajarn dan huraian sukatan

pelajaran terkini.

iiMerangkumi sepanjang tahun persekolahan semasa

Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.1

9.2

Rancangan

Pelajaran

Harian

(a)Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Harian dengan :

imengambil kira tahap kebolehan dan keupayaan murid

(b)

Guru menyediakan Rancangan Pelajaran Harian

yang mengandungi sekurang-kurangnya

i

objektif atau hasil pembelajaran (dinyatakan dalam

bentuk perlakuan,boleh diukur serta merangkumi

pengetahuan dan kemahiran yang perlu dikuasai)

ii

aktiviti (cara bagaimana hendak mancapai objektif,

bersesuaian dengan keupayaan murid dan

peruntukan masa)

iii

penilaian kendiri secara bertulis (terhadap

pencapaian objektif pengajaran dan pembelajaran

untuk mengenal pasti kelemahan dan kekuatan murid

serat merancang dan melakukan penambahbaikan.)

Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.1

9.3

Set

Induksi

(a)Guru melaksanakan set induksi yang :

imenarik perhatian dan merangsang minat murid

ii

menjurus ke arah kesediaan minda murid (seperti

dikaitkan dengan pelajaran lepas,isu semasa dan

persekitaran)

ELEMEN 9 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No AspekAspekNo ItemItem

9.4

Penyampaian/

perkembangan

pelajaran

(a)

i

Guru menyampaikan pengajaran dengan :

mengamalkan pendekatan berasaskan prinnsip pengajaran asas (daripada mudah kepada kompleks, daripada konkrit kepada anstrak)

ii

menghubungkan pengajaran dengan kehidupan harian murid

iiimenggunakan bahasa(laras dan istilah)yang tepat

iv

menjalankan aktiviti yang memperlihatkan pemeringkatan

dan perkembangan pengajaran

vmenggunakan masa dengan optimum

vi

menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang releven dan sesuai

vii

menggunakan bahan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

viii

menggunakan pendekatan dan kaedah berpusatkan murid

ix

melaksanakan aktiviti mengikut tahap kebolehan murid

x

melaksanakan aktiviti yang mengambil kira pelbagai kecerdasan (verbal-linguistik,muzik,logik-matematik,

interpesonal, intrapersonal, visual-ruang, kinestetik,

naturalis)

ximelaksanakan aktiviti yang melibatkan pelbagai deria

xii

menggalakkan murid memperoleh pemgetahuan dan

kemahiran secara berdikari tanpa bergantung kepada arahan guru

xiiimenerapkan kemahiran berfikir

xiv

melaksanakan pendekatan integrasi,merentas kurikulum (bahasa alam sekitar,sains dan teknologi, nilai murni, patriotisme, perpaduan, jati diri, kesihatan, kekeluargaan.

xvfleksibel mengikut situasi

xvi

penilaian berterusan dalam pengajaran dan pembelajaran

(lisan,penulisan,pemerhatian) Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.4

9.5

Teknik

Penyoalan Guru

(a)

i

Guru menyoal murid dengan :

mengemukakan soalan mengikut pelbagai aras kognitif (contohnyaberdasarkan Taksonomi Bloom)

iimenyusun aras soalan dari mudah ke sukar

iiimengemukakan soalan bertumpu dan bercapah

iv

mengemukakan soalan yang jelas maksudnya dan boleh difahami

vmenyebarkan soalan keseluruh kelas

vimemberi masa untuk murid berfikir

viimencungkil jawapan daripada murid

viiimengalih arah soalan kepada murid-murid lain

ixmemberi respons yang sesuai terhadap jawapan murid

ELEMEN 9 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No AspekAspekNo ItemItem

9.6

Penglibatan

Murid

(a)

i

Murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan:

membawa peralatan atau bahan yang diperlukan (jika

berkenaan)

iimembuat persediaan awal

iiimembuat catatan awal daripada guru (jika berkenaan)

ivMengemukakan soalan atau pendapat secara spontan

vmembuat rujukan spontan (jika berkenaan)

vimenjalankan aktiviti yang dirancang oleh guru

vii

berinteraksi secara aktif dengan guru,murid lain,dan

bahan

viiimemberi respons yang sesuai terhadap soalan dan latihan

ix

menunjukkan kemahiran melaksanakan gerak kerja

kumpulan (jika berkenaan)

Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.6

9.7

Peneguhan

(a)

Guru memberi peneguhan terhadap pembelajaran murid

dengan:

i

memberi pujian secara lisan atau isyarat bukan lisan

kepada perlakuan yang baik

ii

mempelbagaikan perkataan,ungkapan atau isyarat

peneguhan bersesuaian dengan murid

iii

memberi teguran yang bersesuaian terhadap

perlakuan negatif murid

Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.7

9.8

Latihan Dan

Tugasan

(a)

Guru memberikan latihan atau tugasan (termasuk

projek,kerja rumah)kepada murid dengan:

imengikut keupayaan dan kebolehan murid

iimempelbagaikan jenisnya

iiitugasan berkait dengan tajuk yang dipelajari

ivmenekankan prosedur dan arahan dalam membuat tugasan

Jumlah Frekuensi Dan Purata Aspek 9.8

9.9

Pemeriksaan

Latihan dan

Tugasan Murid

(a)Guru memeriksa latihan dan tugasan dengan :

imenunjukkan kesilapan murid

ii

memeriksa dalam tempoh dan kekerapan yang

munasabah

iiimemberi ulasan yang membina

ivmemberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik

vmemastikan murid membuat pembetulan

9.10

Penutupan

(a)

i

Guru mengakhiri pelajaran dengan :

membuat penutupan kognitif (rumusan dijalankan

sama ada oleh guru/murid atau membuat penilaian

secara lisan/tulisan)

ii

membuat penutupan sosial (kenyataan yang

mententeramkan emosi murid dan persediaan untuk

pelajaran akan datang)

ELEMEN 9 : PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

No AspekAspekNo ItemItem

9.11

Hasil Kerja

Murid

(a)Murid melaksanakan latihan atau tugasan dengan :

iLengkap

iiKemas

iiiMenepati masa

ivMenepati format dan prosedur latihan dan tugasan

vMembuat latihan dengan betul

viMembuat pembetulan bagi latihan yang salah

Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.11

9.12

Pengurusan

Kelas

(a)

i

Guru menguruskan kelas dengan :

memastikan wujud suasana yang konduktif untuk

pengajaran dan pembelajaran (contohnya bilik darjah

selamat,bersih,ceria,kemas dan susunan perabot

sesuai dengan aktiviti)

iimemastikan kehadiran murid untuk belajar

iiimemastiakan kesediaan murid untuk belajar

ivMewujud dan memanfaatkan sudut mata pelajaran

vmemastikan peraturan kelas dipatuhi

Jumlah Frekuensi dan Purata Aspek 9.12

(a)

Guru menyumbang kepada suasana pembelajaran

yang konduktif dengan :

9.13

Perwatakan Guru

i

berpakaian sesuai,kemas dan bersih mematuhi

arahan dan surat pekeliling

iibersifat mesra,mudah didekati dan sedia membantu

iii

mengenal semua murid dan prihatin terhadap keperluan

mereka

ivberinteraksi dengan sopan

vmenggunakan nada suara yang sesuai

vi

mewujudkan suasana riang yang merangsang

pembelajaran

viimenepati masa

TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1. Memastikan tugasan yang diberikan adalah selaras dengan apa yang telah

ditetapkan dalam mesyuarat kurikulum yang pertama.

2. Semak tugasan pelajar dengan teliti mengikut garisan panduan yang diberikan.

3. Guru menyemak buku/tugasan pelajar.

4. Senaskah buku / tugasan pelajar setiap jenis tugasan dipilih untuk dihantar kepada ketua Panitia sebulan.

5. Sila pastikan buku /tugasan yang dihantar setiap kali mestilah dipilih daripada pelajar

yang berlainan.

6. Guru harus menulis butir-butir seperti jenis tugasan,bilangan tugasan,tarikh

menghantar tugasan pelajar untuk disemak oleh Panitia

7. Semua buku / tugasan mesti disemak oleh ibubapa pelajar masing-masing sekali

sebulan dengan menurunkan tandatangan mereka dalam ruangan yang disediakan.

8. Dua halaman depan bulan latihan mesti ditulis seperti di bawah.

BILIsi KandunganRujukanTarikhTandatangan Ibu bapa

1Karangan-Diri Saya-

2

Rumusan

Cth : SPM

B.Melayu

(Delta)

m.s 123

9. Kerjasama daripada semua pihak adalah sangat dihargai.

JADUAL PEMANTAUAN BUKU LATIHAN / NOTA PELAJAR 2013SMK LIBARAN SANDAKAN

BILTARIKH BULANCATATAN

1FEBRUARI

2APRIL

3JUN

4OGOS

5SEPTEMBER

6NOVEMBER

Perhatian,

Pemantauan Buku Latihan / Nota akan dilakukan oleh Ketua Panitia masing- masing. Pemantauan perlu dilakukan pada setiap hujung bulan/minggu keempat pada bulan yang telah ditetapkan.

SMK LIBARAN, SANDAKAN

PENYEMAKAN BUKU LATIHAN /KERJA MURID OLEH PENTADBIR

(Sila isi dalam 2 salinan)

Nama Penyemak:__________________________________ Tarikh: ____________Kelas

: __________________________________

Mata Pelajaran : __________________________________

Nama Guru Mata Pelajaran: ______________________________________________Penyemak memilih 10 buah buku latihan/buku kerja murid secara rawak daripada keseluruhan buku yang dihantar dan memeriksa perkara-perkara brikut.

Bil

Perkara Ya Tidak

1Guru telah memberi latihan /kerja rumah

2Murid teeah menyiapkan latihan/kerja rumah dengan lengkap

3Guru telah memeriksa dan menanda buku latihan murid

Sekiranya guru tidak memeriksa dan menanda buku latihan, nyatakan sebabnya:

Salinan pertama disimpan/ serah pada PK 1 untuk fail

Salinan ke dua diserahkan pada guru mata pelajaran untuk dilekad dalam buku rekod

Di semak oleh

Tanda tangan guru mata pelajaran

____________________

___________________________

( ) ( )

Contoh Rekod Pemantauan I. Boleh diubahsuai mengikut panitia masing-masing.

Rekod Pemantauan Tugasan Pelajar

Bulan:

Nama Guru:

Mata Pelajaran:

Kelas Diajar:

BilNama PelajarBilangan TugasanTarikh HantarKelasJenis Tugasan Dihantar

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

11

12

13

14

15

16

17

18

19

20

Contoh Rekod Pemantauan II. Mengikut Kebolehan / Kecerdasan Pelajar.

Nama PelajarBilangan TugasanTarikh HantarKelas

(Cergas)Jenis Tugasan Yang Dihantar

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

Catatan / Komen

__________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Tandatangan Ketua / Penolong Panitia / Penyelaras :

_______________________________

Nama :

Tandatangan Guru Kanan :______________________

Tarikh :

1.5.4 PERATURAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN

GARIS PANDUAN PENGENDALIAN PEPERIKSAAN SEKOLAH

A. Penyediaan Kertas Soalan Sebelum Peperiksaan

1.0 Guru yang ditugaskan menyediakan kertas soalan perlu menyediakan

Kertas soalan kepada Ketua Panitia untuk disemak dua minggu sebelum

Peperiksaan berkenaan bermula.

2.0 Mutu soalan peperiksaan.

2.1 Soalan-soalan peperiksaan tidak dibenarkan diambil sepenuhnya dari sebuah buku sahaja.

2.2 Soalan-soalan haruslah mempunyai tahap kesukaran yang berbeza.

2.3 Soalan-soalan wijib ditaip,termasuk nombor soalan.

2.4 Kesilapan ejaan atau salah taip harus dielakkan-semakan rapi harus dijalankan oleh guru berkenaan dan Ketua Panitia.

2.5 Soalan-soalan haruslah kemas,tidak terlalu sesak dan senang dibaca walaupun bertujuan menjimatkan kertas.

3.0 Skop sukatan yang di uji (telah disetujui oleh semua guru perlu dimaklumkan kepada pelajar-pelajar sekurang-kurangnya miggu sebelum peperiksaan berkenaan bermula.

4.0 Skema pemarkahan harus disediakan sebelum peperiksaan bermula.

5.0 Guru dan Ketua Panitia yang bertanggungjawab dalam penyediaan kertas soalan harus menurunkan tandatangan masing-masing pada halaman terakhir bahagian bawah sebelah kanan kertas soalan.

6.0 Ketua Panitia perlu memastikan tiada isu sensitif diselitkan dalam soalan ujian/peperiksan.

7.0 Ketua Panitia akan menyerahkan kertas soalan yang ditaip dandisemak kepada Pn. Halimah Mohamed yang ditugaskan untuk dicetak. Sila hantar seminggu sebelum peperiksaan dijadualkan bermula.

8.0 Selepas siap dicetak Pn. Halimah Mohamed akan memaklumkan guru yang menyediakan kertas soalan itu supaya mengambil kertas dari bilik cetakan.

9.0 Guru yang menyediakan kertas soalan perlu memastikan :

9.1 setiap set kertas soalan distapelkan.

9.2 Kertas soalan perlu dibahagikan dan dihitung berdasarkan jumlah pelajar setiap kelas.

10.Keselamatan kertas soalan haruslah dijaga supaya kebocoran tidak berlaku pada

mana-mana peringkat penyediaan.

B.SEMASA PEPERIKSAAN DIJALANKAN

1.0 Semua peraturan di dalam peperiksaan mesti dipatuhi

2.0 Buku-buku , beg dan lain-lain bahan mesti diletakkan di luar kelas melainkan alat tulis dan kertas kosong.

3.0 Guru yang menjalankan peperiksaan pertama perlu memastikan kebersihan dalam dan di luar bilik darjah. Jika kebersihan kurang memuaskan,pelajar-pelajar yang berkenaan mesti membersihkan kelas terlebih dahulu sebelum peperiksaan dimulakan. Sungguhpun kelas berkenaan memulakan peperiksaan dengan lebih lewat,tetapi pelajar-pelajar mesti menamatkan peperiksaan seperti mana yang dijadualkan.

4.0 Guru yang menjaga peperiksaan mesti menjalankan pengawasan yang sepatutnya untuk mengelakkan kes penipuan / peniruan

5.0 Pelajar-pelajar haruslah digalakkan supaya tidak pergi ke tandas semasa peperiksaan dijalankan kecuali kes-kes kecemasan.

6.0 Guru-guru yang mengumpulkan kertas jawapan harus mengira jumlahnya untuk memastikan tidak ada pelajar yang tidak menghantar kertas jawapan atas sebab-sebab tertentu.

C.SELEPAS PEPERIKSAAN

1.0 Guru-guru haruslah menyemak kertas jawapan pelajar mengikut skema permarkahan yang tersedia dengan adil dan rapi.

2.0 Permarkahan tidak dibenarkan dijalankan di dalam kelas. Sekiranya permarkahan belum disiapkan ,guru haruslah meneruskan pengajaran

3.0 Sekiranya terdapat lebih daripada seorang guru yang mengajar kertas yang sama untuk sesuatu tahap tertentu,maka penyelarasan perlu dijalankan untuk memastikan markah-markah yang diberikan adalah tepat.

4.0 Markah-markah pelajar yang sudah disemak perlulah diserahkan kepada guru tingkatan.

5.0 Guru Tingkatan akan membuat kiraaan yang berkenaan untuk menyediakan buku laporan kemajuan pelajar.

6.0 Ketua Panitia haruslah memastikan analisis keputusan dilakukan untuk mata pelajaran masing-masing. Satu salinan analisis haruslah diserahkan kepada Setiausaha Peperiksaan untuk difailkan manakala guru-guru mata pelajaran juga harus diberikan satu salinan supaya tindakan susulan boleh diambil.

7.0 Satu salinan kertas soalan haruslah disimpan oleh Ketua Panitia.

JADUAL GRED PEMARKAHAN 2013SMK LIBARAN

SIJIL PELAJARAN MALAYSIA

SPM

PRESTASIMARKAH

1A81 100

2A71 80

3B66 70

4B61 65

5C56 60

6C51 55

7D46 50

8E40 45

9G0 - 39

PENILAIAN MENENGAH RENDAH

PMR / PT 3PRESTASIMARKAH

A76 100

B66 75

C56 65

D40 55

E0 39

AGENDA UNTUK MESYUARAT PANITIA MATA PELAJARAN

1. Tentukan sasaran pencapaian mata pelajaran setiap tingkatan.Tumpukan sepenuhnya kepada tahun peperiksaan PMR dan SPM.

2. Bincangkan Pelan Tindakan Mata Pelajaran.

3. Sediakan Rancangan Pelajaran Tahun dengan rujukan kepada Pelan Tindakan Panitia.

4. Kekerapan latihan kelas, latihan rumah dan ljenis latihan.

5. Kekerapan ujian.

6. Anggaran perbelanjaan / perbincangan pembelian BBM dan sebagainya /Nota Minta (jika ada peruntukan)

7. Agihkan tugas pentadbiran panitia.

8. Hal-hal lain.

JADUAL PEMANTAUAN FAIL PANITIA

BILBULANPANITIA YANG DIPANTAUCATATAN

1MAC APRIL BM,BI,GEO,PSV

2MAYSEJ,PI,PM,PSK

3JUNEKH.SASTERA,PJPK

4JULAIBM,BI,GEO,PSV

5OGOSSEJ,PI,PM,PSK

6SEPTEMBERKH.SASTERA,PJPK

7OKTOBERBULAN MENGEMASKINI SEMUA FAIL

8NOVEMBERSEMUA PANITIA HANTAR

9DISEMBERPEMERIKSAAN MENYELURUH OLEH PENGETUA/PK1

Pemantauan Fail Panitia dilakukan oleh Pengetua / PK 1 mengikut jadual berikut sebanyak 3 kali setahun. Sila pastikan Ketua Panitia melengkap dan melaksanakan perancangan panitia serta menyediakan laporan selepas aktiviti betjaya dilaksanakan.

KP dikehendaki menghantar fail panitia masing-masing yang lengkap kepada Pengetua / PK 1 untuk disemak.

URUSAN KELAS PADA HARI ISNIN

1. Bersihkan bilik darjah.Sila ambil penyapu dan alat-alat keperluan lain dengan En. Shahrizan.2. Ambil kehadiran mengikut senarai kelas

3. Pemilihan Jawatan kuasa kelas. Sila arahkan menyediakan carta organisasi dan lain-lain berkaitan untuk dilekat di papan kenyataan kelas,selewat-lewatnya minggu kedua sudah siap.

4. Sediakan inventori kelas termasuk catatan keadaannya (meja,kerusi,papan notis,kipas,white board ) dan hantar kepada PK1

5. Terangkan Visi dan Misi sekolah ,peraturan sekolah,maklumat penting bagi pelajar serta pengurusan bilik darjah

6. Terangkan peraturan sekolah.

Penggunaan bilik darjah dan pakaian semasa kegiatan kokurilum. Pakaian pjk seluar panjang berwarna gelap(biru/hitam/kelabu)tudung warna putih dan berkasut putih sahaja dibenarkan.

Peraturan lalulintas di sekolah. Sentiasa jalan di tepi jalan raya denganmengadap kenderaan,buka membelakangi kenderaan

Pergerakan meja dan kerusi hanya boleh di bawa keluar dengan arahan guru

Peraturan dan disiplin mengikut Buku Peraturan yang sedia ada.

7. Slogan Kelas.Sila wujudkan.

8. Urusan Pinjaman Buku Teks En. Salleh Entu

9. Hal-hal lain.

Kelas biasa akan bermula masa ke-3

Pastikan guru menjalankan proses p&p masa tersebut

PAGE