buku panduan dan peraturan cuti sabatikal

Download Buku Panduan dan Peraturan Cuti Sabatikal

If you can't read please download the document

Upload: lyhanh

Post on 21-Jan-2017

271 views

Category:

Documents


18 download

TRANSCRIPT

10

ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1. PENDAHULUAN 1

2. TAFSIRAN 1

3. BENTUK PROGRAM SABATIKAL 2 - 3

4. KELAYAKAN 3 - 4

5. TEMPOH CUTI SABATIKAL 4 - 5

6. KEMUDAHAN DAN FAEDAH 5 - 6

7. PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL 6

8. LUPUT DAN HILANG KELAYAKAN CUTI SABATIKAL 7

9. IKATAN PERJANJIAN CUTI SABATIKAL 7

10. PROSEDUR MEMOHON 7 - 8

11. LAPORAN CUTI SABATIKAL 8

12. TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM 8 - 9

PEKERJAAN

13. HAK UNIVERSITI 9

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

10

SYARAT SYARAT DAN PERATURAN CUTI SABATIKAL UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PENDAHULUAN

1. Cuti Sabatikal merupakan satu tempoh masa yang diluluskan oleh Universiti

untuk pegawai akademik bagi membolehkan mereka meningkatkan kebolehan dan

kemahiran dalam bidang kepakaran masing-masing. Selari dengan perkembangan ilmu

yang dinamik, Cuti Sabatikal adalah platform yang sesuai untuk pegawai akademik

mengemaskini pengetahuan kemahiran mereka dari masa ke semasa.

TAFSIRAN

2. Istilah yang digunakan dalam Syarat Syarat dan Peraturan Cuti Sabatikal ini

adalah seperti berikut;

a) Cuti Sabatikal ertinya seperti yang diterangkan dalam perenggan 1;

b) Pegawai / Pegawai Akademik ertinya seorang guru yang dilantik

secara tetap oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;

c) Tahun Akademik ertinya dari tempoh permulaan sesi baru pengajian

hingga tamat sesi pengajian;

d) Universiti ertinya Universiti Tun Hussein Onn Malaysia;

e) Luput ertinya tempoh masa tidak boleh diambilkira;

f) Naib Canselor ertinya Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia; dan

g) Perkhidmatan Tiga Tahun ertinya perkhidmatan terus menerus

selama tiga puluh enam bulan, dan perkhidmatan lima tahun ertinya

perkhidmatan terus menerus selama enam puluh bulan, dengan

Universiti, sebagaimana yang terpakai, dan termasuk apa apa tempoh

pinjaman, tetapi tidak termasuk apa apa tempoh;-

1

10

i. Cuti Tanpa Gaji;

ii. Cuti Separuh Gaji;

iii. Cuti Belajar;

iv. cuti bagi menghadiri suatu program di bawah apa apa skim

latihan bagi kakitangan akademik;

v. perkhidmatan yang dikehendaki dikecualikan;

vi. tangguhan Cuti Sabatikal yang diluluskan;

vii. tindakan tahan kerja atau gantung kerja di bawah peraturan

tatatertib Universiti; dan

viii. perintah tahanan di bawah mana-mana peruntukan undang

undang berhubungan dengan keselamatan Malaysia atau mana

mana bahagiannya, pencegahan jenayah atau tahanan

pencegahan.

h) Bench Fees ertinya yuran penyelidikan yang juga dikenali Research

Support Fees yang merangkumi kos sumber / material yang digunakan

semasa dalam pengajian. Ianya merupakan yuran tambahan kepada

yuran pengajian biasa.

BENTUK PROGRAM SABATIKAL

3. Program Cuti Sabatikal boleh dijalankan dalam bentuk :-

i) Pengajian; atau

ii) Penyelidikan; atau

iii) Sangkutan; atau

iv) Penulisan buku

atau kombinasi mana-mana bentuk program tersebut.

2

10

4. Program Sabatikal bagi bentuk pengajian , penyelidikan dan sangkutan :-

a) bertujuan menambah dan meluaskan pengalaman dalam bidang atau

meneroka bidang yang baru;

b) membuat penyelidikan yang memberi nilai tambah kepada universiti tetapi

bukan bertujuan untuk menyelesaikan penyelidikan untuk mendapatkan

PhD;

c) mengadakan program Cuti Sabatikal dengan mana-mana organisasi yang

bertujuan memperolehi kelayakan profesional dalam bidang seperti

undang-undang, perakaunan dan kejuruteraan; dan

d) mengadakan program Cuti Sabatikal yang boleh dibuat dua kombinasi

tempat dan masa dalam dan luar negara.

5. Program Sabatikal bagi penulisan;

a) bertujuan menulis buku ilmiah yang asli dan diterbitkan sebaik sahaja

program Cuti Sabatikal berakhir; dan

b) Kerja - kerja asas seperti mengumpul maklumat atau menyediakan draf

buku ilmiah sebelum memulakan Cuti Sabatikal.

6. Mengajar di Universiti - universiti terkemuka di luar negara;

a) Melibatkan diri dalam pengajaran dan pembelajaran institusi terkemuka di

luar negara

KELAYAKAN

7. Seseorang pegawai boleh dipertimbangkan untuk Cuti Sabatikal sekiranya

memenuhi syarat-syarat berikut;

3

10

a) warganegara Malaysia;

b) telah disahkan dalam perkhidmatan;

c) keutamaan kepada pegawai yang telah memiliki Ijazah Doktor Falsafah;

d) tarikh tamat Cuti Sabatikal ialah sekurang kurangnya 24 bulan sebelum

tarikh persaraan wajib;

e) telah berkhidmat tiga (3) tahun atau lima (5) tahun selepas ditawarkan

jawatan tetap dalam perkhidmatan secara terus menerus selama 36

bulan atau 60 bulan dengan universiti tanpa terputus dengan cuti

tertentu;

f) tidak terlibat dengan prosiding jenayah di mahkamah atau dikenakan

tindakan tahan kerja / gantung kerja; dan

g) telah tamat tempoh hukuman tatatertib ( jika ada ).

TEMPOH CUTI SABATIKAL

8. Tempoh Cuti Sabatikal bagi pegawai yang genap tiga (3) tahun ialah selama lima

(5) bulan kalendar dan bagi pegawai yang genap perkhidmatan lima (5) tahun ialah

sembilan (9) bulan kalendar.

9. Sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga (3)

tahun yang diambilkira, Cuti Sabatikal hendaklah dilaksanakan sepenuhnya di Malaysia.

Sekiranya pegawai masih ingin melaksanakan Cuti Sabatikal di luar Malaysia;

a) pegawai tidak berhak dan tidak boleh dibayar apa-apa perbelanjaan

perjalanan, yuran atau bench fee, rawatan kesihatan dan elaun pakaian

panas; dan

b) pegawai hanya akan dibayar elaun sara hidup mengikut kadar di

Malaysia.

10. Sekiranya Cuti Sabatikal diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima (5)

tahun yang diambilkira Cuti Sabatikal pegawai boleh menjalaninya di dalam atau di luar

negara.

4

10

11. Sekiranya menjalani Cuti Sabatikal di luar negara tempohnya tidak kurang dari

satu (1) bulan kalendar dan Cuti Sabatikal hendaklah dilaksanakan di satu tempat

sahaja. Sekiranya melibatkan dua tempat berbeza, kadar elaun yang layak akan dibayar

mengikut kadar yang terendah.

KEMUDAHAN DAN FAEDAH

12. Pegawai yang menjalani Cuti Sabatikal dalam negara layak dibayar elaun sara

hidup atas kadar tempatan, elaun buku sebanyak RM500 yang boleh dituntut sekali

sahaja, dan bench fees (jika ada)

13. Pegawai yang menjalani Cuti Sabatikal di luar negara kali pertama layak

mendapat faedah seperti berikut:

a) Tambang perjalanan pergi / balik bagi laluan terdekat kelas ekonomi

dengan menggunakan penerbangan yang dibenarkan dengan kos yang

lebih murah;

b) Elaun Sara Hidup kadar luar negara bagi tempoh tidak kurang tiga (3)

bulan mengikut Pekeliling yang berkuatkuasa dari semasa ke semasa;

c) Elaun Pakaian Panas;

d) Insuran kesihatan

e) Elaun Buku sebanyak RM500 sekali sahaja; dan

f) Bayaran bench fees.

14. Cuti Sabatikal kali kedua dan seterusnya, pihak Universiti hanya akan membayar

elaun sara hidup pada kadar tempatan dan pegawai digalakkan untuk mendapatkan

pembiayaan luar universiti. Walau bagaimanapun, pegawai perlu mendapat kebenaran

Universiti sebelum memohon pembiayaian daripada luar.

14. Semua cuti rehat yang belum dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal

hendaklah disifatkan telah luput berkuatkuasa mulai tarikh permulaan Cuti

Sabatikal. Bagi pegawai yang mengambil Cuti Sabatikal selama sembilan bulan

dan mengikuti cuti

5

10

sabatikal di luar negara boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum selama

tujuh (7) hari sebaik sahaja tamat Cuti Sabatikalnya yang dikira daripada cuti

rehat yang tidak dapat dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal.

Kelayakan cuti rehat akan dikira mulai tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas

semula.

16. Pihak Universiti berhak menyelaras apa jua elaun yang akan diterima oleh

pegawai semasa menjalani Cuti Sabatikal.

PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL

17. Pegawai mesti mengambil dan melaksanakan Cuti Sabatikalnya pada tarikh

genap masa beliau boleh diluluskan , walaubagaimanapun Cuti Sabatikal tersebut boleh

ditangguhkan atas sebab:

a) kepentingan perkhidmatan pegawai boleh melalui Dekan dan Ketua

Jabatan memohon penangguhan atas sebab kepentingan tetapi

penangguhan itu tidak boleh melebih daripada 24 bulan selepas tarikh

genap masa Cuti Sabatikal yang diluluskan itu.

b) sebab-sebab peribadi - pegawai boleh melalui Dekan dan Ketua

Jabatan memohon penangguhan atas sebab peribadi tetapi

penangguhan itu tidak boleh melebih daripada 12 bulan selepas tarikh

genap masa Cuti Sabatikal yang diluluskan itu.

c) pegawai juga dikehendaki menangguh Cuti Sabatikalnya untuk

memastikan bahawa beliau boleh mengajar sekurang-kurangnya satu

semester penuh dalam mana-mana tahun akademik.

18. Cara pengiraan dan penangguhan Cuti Sabatikal seperti di Lampiran 1.

6

10

LUPUT DAN HILANG KELAYAKAN CUTI SABATIKAL

19. Kelayakan Cuti Sabatikal pegawai akan luput sekiranya pegawai tidak

mengambil Cuti Sabatikal yang beliau layak pada tarikh genap masa atau pada tarikh

tamat penangguhan cuti sabatikal.

IKATAN PERJANJIAN CUTI SABATIKAL

20. Pegawai yang hendak mengikuti Cuti Sabatikal dikehendaki membuat ikatan

perjanjian dengan Universiti. Perjanjian Cuti Sabatikal seperti dalam Lampiran 2.

21. Pegawai yang diluluskan Cuti Sabatikal mesti menyempurnakan ikatan perjanjian

dengan dua (2) orang penjamin sebelum memulakan Cuti Sabatikal, membuat akujanji

akan berkhidmat dengan Universiti selama tempoh;

a) 12 bulan dari tarikh melapor diri untuk bertugas sekiranya Cuti Sabatikal

diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan tiga (3) tahun; atau

b) 24 bulan dari tarikh melapor diri untuk bertugas sekiranya Cuti Sabatikal

diambil sebaik sahaja genap perkhidmatan lima (5) tahun;

22. Kadar tuntutan ganti rugi akibat daripada perlanggaran mana-mana terma atau

syarat dalam Perjanjian Cuti Sabatikal adalah berdasarkan kepada kos sebenar yang

telah dibelanjakan oleh Universiti.

23. Syarat syarat Penjamin adalah seperti dalam Lampiran 3.

PROSEDUR MEMOHON

24. Pegawai hendaklah menggunakan borang seperti di Lampiran 4 yang

disediakan yang boleh didapati di Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat

Pendaftar.

Borang yang diisi dengan lengkap hendaklah dikemukakan enam (6) bulan sebelum

tarikh Cuti Sabatikal yang dipohon.

7

10

25. Permohonan mestilah dibuat melalui Ketua Jabatan dan Dekan masing-masing

kepada Timbalan Pendaftar, Bahagian Pembangunan Sumber Manusia, Pejabat

Pendaftar dengan menyertakan program terperinci, tempat, nama penyelia dan bantuan

kewangan sekiranya ada.

26. Permohonan Cuti Sabatikal akan dibawa oleh Urusetia untuk kelulusan

Jawatankuasa Eksekutif Universiti.

LAPORAN CUTI SABATIKAL

27. Pegawai yang melapor diri bertugas semula sebaik sahaja Cuti Sabatikalnya

tamat, mesti mengemukakan laporan dalam tempoh 30 hari selepas melapor diri.

28. Pegawai yang gagal menghantar laporan dalam tempoh yang ditetapkan tidak

akan diberi pertimbangan untuk mendapatkan Cuti Sabatikal pada masa hadapan dan

boleh diambil tindakan tatatertib berdasarkan Akta 605.

29. Pegawai juga dikehendaki menerbitkan hasil Cuti Sabatikalnya dalam bentuk

artikel / makalah./jurnal dalam mana-mana penerbitan ilmiah.

30. Pegawai hendaklah memastikan semua hasil penerbitan termasuklah apa-apa

idea, penulisan, laporan, data, ciptaan adalah asli.

TATATERTIB DAN PENGLIBATAN DALAM PEKERJAAN

31. Pegawai dalam tempoh Cuti Sabatikal tertakluk kepada Akta Badan-Badan

Berkanun (Tatatertib dan Surcaj), 2000 (Akta 605) dan peraturan-peraturan yang

berkuat kuasa.

8

10

32. Pegawai yang menjalankan Cuti Sabatikal tidak dibenarkan terlibat dalam apa-

apa jua aktiviti yang tidak berkaitan dengan tujuan Cuti Sabatikal tanpa mendapat

kelulusan daripada universiti terlebih dahulu.

HAK UNIVERSITI

33. Universiti berhak meminda apa-apa peraturan dan peruntukan syarat-syarat di

atas pada bila-bila masa sahaja tanpa sebarang makluman dan pegawai adalah

tertakluk kepada pindaan-pindaan tersebut.

34. Universiti berhak menarik balik kelulusan Cuti Sabatikal atau menamatkan

Perjanjian Cuti Sabatikal pegawai dengan memberi notis bertulis pada bila-bila masa

tanpa memberi sebarang sebab.

9

10

CARA PENGIRAAN DAN PENANGGUHAN CUTI SABATIKAL

Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar

Tarikh Melapor Diri

Tempoh 5 Tahun

Tarikh Layak Cuti Sabatikal

01.06.1999

5

01.06.2004

Penangguhan rasmi yang diluluskan oleh Universiti 1 Tahun

Tarikh Cuti Sabatikal yang baru 01.06.2005

Diluluskan Cuti Sabatikal kali Pertama selama

9 bulan

01.06.2005

hingga

28.02.2006

Lapor diri setelah tamat Cuti Sabatikal 01.03.2006

Tempoh Genap 5 tahun perkhidmatan 5

Tarikh Layak Cuti Sabatikal Kali Kedua 01.03.2011

Tolak 1 tahun Penangguhan 1 Tahun

Tarikh Layak Cuti Sabatikal kali Kedua yang baru 01.03.2010

Lampiran 1

10

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

PERJANJIAN CUTI SABATIKAL

Perjanjian ini adalah diperbuat ....................................................................... haribulan

........................................................... Tahun dua ribu ................................................. (20 ............)

DI ANTARA

...........................................................................................................................................................

No. Kad Pengenalan ............................................................................................yang beralamat di

...........................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

(Kemudian daripada ini disebut sebagai PEGAWAI sebagai pihak pertama;

dengan

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

(Kemudian daripada ini disebut sebagai UNIVERSITI) sebagai pihak kedua;

DAN

...........................................................................................................................................................

(HURUF BESAR)

No. Kad Pengenalan ........................................................................................... yang beralamat di

...........................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

dan

...........................................................................................................................................................

(HURUF BESAR)

No. Kad Pengenalan .......................................................................................... yang beralamat di

...........................................................................................................................................................

...........................................................................................................................................................

(Kemudian daripada ini disebut sebagai PENJAMIN-PENJAMIN) sebagai pihak ketiga.

Lampiran 2

UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)

10

BAHAWASANYA:

(A) PEGAWAI adalah seorang staf UNIVERSITI yang telah diberi Cuti Sabatikal tertakluk

kepada syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal /Syarat-

Syarat dan Peraturan Cuti Sabatikal kepada perjanjian ini;

(B) UNIVERSITI telah bersetuju membiayai perbelanjaan Cuti Sabatikal tersebut dan

membayar kepada PEGAWAI itu dalam tempoh Cuti Sabatikalnya, gaji serta pelbagai

elaun dan yuran tertakluk kepada syarat-syarat dalam perjanjian ini.

(C) PENJAMIN-PENJAMIN bersetuju menjamin dan bertanggungjawab di atas segala

kerugian yang ditanggung oleh UNIVERSITI disebabkan keingkaran PEGAWAI dalam

melaksanakan syarat dan terima di dalam perjanjian ini.

MAKA ADALAH DENGAN INI DIPERSETUJUI SEPERTI BERIKUT:

1. PEGAWAI dengan ini bersetuju:

(a) bahawa ia akan memasuki dan dengan sesungguhnya menjalani Cuti Sabatikal

yang dikehendaki UNIVERSITI dan yang butir-butirnya ada dinyatakan dalam

Surat Kelulusan Cuti Sabatikal dan bahawa ia akan menyempurnakan dan

menamatkan Cuti Sabatikal yang tersebut dalam masa yang ditetapkan seperti

yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal atau dalam masa yang

lebih lama sebagaimana yang diluluskan oleh UNIVERSITI;

(b) bahawa, pada sepanjang tempoh Cuti Sabatikal itu, ia tidak akan mengambil

bahagian dalam apa-apa juga kegiatan sama ada secara langsung atau tidak

langsung yang difikirkan oleh UNIVERSITI tidak berfaedah kepada PEGAWAI

atau UNIVERSITI atau negara;

UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)

10

2. Sebagai balasan bagi perkara-perkara tersebut di atas, UNIVERSITI dengan ini

bersetuju:

(a) menjelaskan perbelanjaan mengenai yuran-yuran dikenakan yang ada kaitannya

dengan Cuti Sabatikal yang tersebut di atas itu dan akan membayar kepada

PEGAWAI atau bagi pihaknya gaji dan elaun yang dinyatakan dalam Surat

Kelulusan Cuti Sabatikal, tertakluk kepada apa-apa perubahan dari semasa ke

semasa sebagaimana ditentukan oleh UNIVERSITI.

(b) Jika PEGAWAI itu mengikuti Cuti Sabatikal atau sebahagian Cuti Sabatikal di

luar Malaysia maka UNIVERSITI akan memberi tambang pergi balik dengan

udara sekali sahaja mengikut jalan yang terdekat dan tambang termurah.

Pembayaran tambang ini adalah tertakluk kepada syarat tempoh minima Cuti

Sabatikal yang dijalani di luar Malaysia sekurang-kurangnya selama satu (1)

bulan.

3. Walau apa pun peruntukan perjanjian ini seperti yang disebutkan di atas, UNIVERSITI

berhak untuk tidak memenuhi tanggungjawab yang disebutkan dalam perenggan 2(a),

2(b) dan 2(c) di atas PEGAWAI yang menerima bantuan dari orang lain. Pegawai

dibenarkan menerima bantuan dari orang atau badan lain dengan syarat mendapat

kelulusan Naib Canselor dan UNIVERSITI boleh menyelaraskan bantuan sekiranya

perlu.

4. UNIVERSITI dengan ini juga memberi pegawai itu Cuti Sabatikal mengikut syarat-syarat

yang terkandung dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal kepada Perjanjian ini dengan

syarat bahawa semua cuti rehat yang terkumpul yang PEGAWAI itu layak menerima

sehingga pegawai itu mengambil Cuti Sabatikal di bawah perjanjian ini dan cuti rehat

yang ia layak menerima semasa dalam Cuti Sabatikal adalah sebagai telah luput. Walau

bagaimanapun, PEGAWAI yang mengambil Cuti Sabatikal selama sembilan bulan dan

mengikuti cuti sabatikal di luar negara boleh dibenarkan mengambil cuti maksimum

selama tujuh hari sebaik sahaja tamat Cuti Sabatikalnya yang dikira daripada cuti rehat

yang tidak dapat dihabiskan sebelum memulakan Cuti Sabatikal. Kelayakan cuti rehat

akan dikira mulai tarikh pegawai melapor diri untuk bertugas semula.

UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)

10

5. Adalah dengan ini dipersetujui dan diisytiharkan bahawa sekiranya pada bila-bila masa

salah seorang dari penjamin-penjamin mati, atau tidak lagi tinggal di Malaysia, atau

tinggal di luar Malaysia selama lebih 12 (dua belas) bulan berturut-turut atau dihukumkan

bankrap atau menerima perintah pentadbiran pemakan gaji, penjamin yang seorang lagi

itu atau PEGAWAI bolehlah mendapatkan penjamin lain yang diterima oleh UNIVERSITI

dan yang sedia bersetuju menggantikan penjamin yang mati atau tidak lagi tinggal di

Malaysia, atau tinggal di luar Malaysia selama lebih 12 (dua belas) bulan berturut-turut

atau dihukumkan bankrap atau menerima perintah pentadbiran pemakan gaji itu.

Sekiranya seorang penjamin yang diterima oleh Universiti didapati enggan

menandatangani perjanjian untuk mematuhi syarat-syarat perjanjian ini maka

UNIVERSITI bolehlah di atas pilihannya bila-bila masa selepas itu menamatkan

perjanjian ini dan PEGAWAI tidak ada lagi apa-apa hak terhadap faedah-faedah di

bawah perjanjian ini kecuali tambang perjanlanan balik yang ditentukan oleh

UNIVERSITI, tertakluk kepada syarat dan peraturan sepertimana yang dinyatakan dalam

Surat Kelulusan Cuti Sabatikal.

6. Adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa jika dalam tempoh Cuti Sabatikal yang

disebutkan dalam surat tawaran Cuti Sabatikal kepada perjanjian ini UNIVERSITI

berpendapat tujuan Cuti Sabatikalnya atau enggan mematuhi arahan-arahan yang

disampaikan kepadanya, Universiti boleh menamatkan perjanjian ini dan dengan itu,

tanpa menyentuh hak-hak UNIVERSITI di bawah ini, PEGAWAI tidak ada apa-apa hak

lagi untuk mendapat apa-apa faedah di bawah perjanjian ini.

7. PENJAMIN-PENJAMIN dan tiap-tiap seorang daripada mereka dengan ini secara

bersama dan perseorangan berjanji dengan UNIVERSITI bahawa tiap-tiap syarat dan

arahan di bawah ini akan semuanya dipenuhi oleh PEGAWAI.

8. Adalah diisytiharkan dan dipersetujui lagi bahawa jika PEGAWAI:

(a) meninggalkan Cuti Sabatikalnya sebelum sempurna dan tamatnya program itu

tanpa persetujuan UNIVERSITI; atau

(b) menyebabkan perjanjian ini ditamatkan mengikut fasal 5 perjanjian ini atau

(c) dibuang dari UNIVERSITI, maktab atau institusi tempat menjalani Cuti

Sabatikalnya; atau

(d) tanpa terlebih dahulu mendapat persetujuan UNIVERSITI berhenti daripada atau

meninggalkan UNIVERSITI atau apa-apa pekerjaan lain yang telah diarahkan

atau dipersetujui oleh UNIVERSITI di bawah perenggan 1(e) fasal 1 perjanjian ini

dalam masa tempoh yang disebutkan dalam perenggan itu; atau

UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)

10

(e) dibuang kerja daripada perkhidmatan UNIVERSITI kerana salahlaku, kecuaian

atau tidak mengendahkan kawajipannya dalam masa tempoh yang dinyatakan

dalam perenggan 1(e) fasal 1 perjanjian ini; atau

(f) enggan kerja daripada perkhidmatan UNIVERSITI kerana salahlaku, kecuaian

atau tidak mengendahkan kewajipannya dalam masa tempoh yang dinyatakan

dalam perenggan 1(e) fasal 1 perjanjian ini; atau

(g) telah melakukan pelanggaran yang menyebabkan perjanjian ini ditamatkan oleh

UNIVERSITI di bawah fasal 6 perjanjian ini.

Maka dalam tiap-tiap hal yang demikian PEGAWAI dan PENJAMIN-PENJAMIN secara

bersama dan perseorangan adalah bertanggungjawab bagi pihak diri mereka, waris-

waris, wasi-wasi penerima-penerima pemberian hak mereka, membayar balik kepada

UNIVERSITI gantirugi sebanyak RM 30,000 atau semua wang yang telah dibayar

kepada PEGAWAI atau bagi pihaknya secara gaji, elaun-elaun atau selainnya dan

semua wang yang telah dibelanjakan atau tanggungannya telah diterima oleh

UNIVERSITI secara yuran, tambang dan lain-lain yang bersangkutan dengan atau

disebabkan oleh perjanjian ini mengikut mana yang lebih banyak.

9. Adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa walaupun apa-apa juga yang terkandung

dalam perjanjian ini UNIVERSITI boleh dengan memberi satu bulan notis bertulis kepada

PEGAWAI membatalkan perjanjian ini dengan tidak perlu memberi apa-apa sebab dan

dengan demikian segala faedah atau tanggungan bagi PEGAWAI dan PENJAMIN-

PENJAMIN di bawah perjanjian ini hendaklah terhenti melainkan jika pada masa itu

PEGAWAI berada di luar Malaysia maka UNIVERSITI akan membayar tambang balik ke

Malaysia dengan udara mengikut kelas dan kadar tambang yang ditentukan oleh

UNIVERSITI seolah-olah PEGAWAI itu telah tamat Cuti Sabatikalnya tertakluk kepada

syarat seperti mana yang dinyatakan dalam Surat Kelulusan Cuti Sabatikal.

10. Adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa perjanjian ini adalah tertakluk kepada

peraturan, Statut dan AKTA UNIVERSITI yang berkuatkuasa.

1. Adalah diisytiharkan dan dipersetujui bahawa Surat Kelulusan Cuti Sabatikal

Rujukan: .................................................................. bertarikh ................................

Hendaklah dibaca bersama dan menjadi sebahagian daripada perjanjian ini.

UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)

10

DITANDATANGANI OLEH )

PEGAWAI yang tersebut )

Di hadapan )

Nama Saksi : ..........................................................................................

No. Kad Pengenalan: ..........................................................................................

Pekerjaan: ..........................................................................................

Alamat: ..........................................................................................

..........................................................................................

..........................................................................................

.....................................................

(Tandatangan Saksi)

DITANDATANGANI OLEH )

Pendaftar bagi pihak )

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA )

Di hadapan )

Nama Saksi : .........................................................................

No. Kad Pengenalan: .........................................................................

Pekerjaan: .........................................................................

Alamat: .........................................................................

.........................................................................

.........................................................................

....................................................

(Tandatangan Saksi)

UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)

10

DITANDATANGANI OLEH )

PENJAMIN pertama )

Di hadapan )

Nama Saksi : ...............................................................................................

No. Kad Pengenalan: ...............................................................................................

Pekerjaan: ...............................................................................................

Alamat: ...............................................................................................

...............................................................................................

...............................................................................................

.....................................................

(Tandatangan Saksi)

DITANDATANGANI OLEH )

PENJAMIN kedua )

Di hadapan )

Nama Saksi : .........................................................................

No. Kad Pengenalan: .........................................................................

Pekerjaan: .........................................................................

Alamat: .........................................................................

.........................................................................

.........................................................................

....................................................

(Tandatangan Saksi)

UTHM.PP/CS-03/2007 (Pnd. 1)

10

SYARAT SYARAT PENJAMIN

Penjamin penjamin dikehendaki mengisi borang kedudukan kewangan

(UTHM.PP/CS-04/2007) mereka dan memenuhi syarat syarat berikut; a) Kedua dua penjamin mestilah Warganegara Malaysia dan tidak

meninggalkan negara ini melebihi daripada 12 bulan.

b) Penjamin pertama boleh terdiri daripada sama ada BAPA atau IBU atau

PENJAGA (guardian) kepada kakitangan / calon tanpa mengira umur

tetapi mempunyai kedudukan kewangan tidak kurang daripada

RM700.00 sebulan.

c) Penjamin Kedua mestilah mempunyai kedudukan kewangan yang kukuh

dengan hitung panjang jumlah pendapatannya mestilah tidak kurang

daripada RM700.00 sebulan dan berumur tidak lebih daripada 45 tahun.

d) Penjamin PERTAMA dan penjamin KEDUA hendaklah dua orang yang

berlainan.

e) Bagi penjamin yang tidak boleh menandatangani di dalam TULISAN RUMI

mereka dibenarkan menurunkan cop jari.

f) Penjamin boleh menjadi penjamin kepada lebih dari seorang kakitangan

sekiranya ada kemampuan dan sanggup menghadapi sebarang

kemungkinan yang akan timbul.

g) Kedua dua penjamin dikehendaki melengkapkan borang kedudukan

kewangan penjamin (UTHM.PP/CS-04/2007) dan dihantar bersama

sama dengan surat perjanjian.

h) Penjamin penjamin diingatkan bahawa mereka adalah bersama

sama bertanggungjawab dengan kakitangan / calon yang dijamin

terhadap apa apa tuntutan yang dibuat oleh Universiti Tun Hussein Onn

Malaysia (UTHM) sekiranya berlaku sebarang perlanggaran syarat.

i) Penjamin penjamin yang telah bersetuju menandatangani perjanjian

tidak boleh menarik diri dari menjadi penjamin kecuali mereka hilang

kelayakan menjadi penjamin.

Lampiran 3

10

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

BORANG PERMOHONAN CUTI SABATIKAL (LAMPIRAN 4)

BAHAGIAN A (Diisi oleh pemohon dengan HURUF BESAR)

BUTIR-BUTIR PERIBADI

1. Nama :

2. No. Kad Pengenalan :

3. Tarikh Lahir : Tempat Lahir :

4. Umur (Pada masa bermula Cuti Sabatikal) : Tahun Bulan

Umur (Pada masa tamat Cuti Sabatikal) : Tahun Bulan

5. Alamat Rumah :

BUTIR-BUTIR JAWATAN SEKARANG

1. Jawatan sekarang : Gaji :

2. Jabatan :

Fakulti/PTJ :

3. Tarikh lantikan jawatan Pensyarah di UTHM atau setaraf :

4. Tarikh disahkan dalam perkhidmatan di UTHM atau setaraf :

5. Namakan taraf perkhidmatan (Tetap/Sementara/Kontrak) :

BUTIR-BUTIR CUTI SABATIKAL DAN CUTI BELAJAR YANG TELAH DILULUSKAN

1. Cuti Sabatikal

a. Tempat :

Tempoh : bulan. Mulai : hingga

b. Tempat :

Tempoh : bulan. Mulai : hingga

Gambar

ukuran

paspot

terbaru

UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)

10

2. Cuti Belajar Gaji Penuh/Separuh (*potong yang tidak berkenaan) dengan/tanpa

Biasiswa

a. Peringkat Kursus :

Tempoh : bulan. Mulai : hingga

b. Peringkat Kursus :

Tempoh : bulan. Mulai : hingga

3. Lain-lain Cuti (Jika ada)

Jenis Cuti :

Tempoh : bulan. Mulai : hingga

BUTIR-BUTIR PERMOHONAN CUTI SABATIKAL

1. Tempat Cuti Sabatikal :

a. Universiti/Pusat Pengajian/Institusi :

b. Negeri : Negara :

c. Tempoh : bulan. Mulai : hingga

d. Nyatakan sebab-sebabnya jika Cuti Sabatikal dijalankan di luar negeri :

2. Tajuk dan tujuan Cuti Sabatikal yang akan diikuti (Nyatakan dalam bentuk karangan

yang mengandungi butiran objektif, tempat, kaedah, jadual perancangan dan

hasil; sila lampirkan) :

UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)

10

3. Faedah Cuti Sabatikal ini kepada Jabatan, Fakulti, Universiti dan Negara :

4. Penerimaan oleh Institusi/Tempat dan Penyelia yang dicadangkan:

Ya (Sertakan bukti pengesahan) Tidak

5. Bantuan luar yang diterima (Jika ada; sila nyatakan nilai dan jenis pembiayaan).

6. Pengakuan Staf

Saya mengaku semua maklumat adalah benar.

Tarikh :

Tandatangan Pemohon

Nota :

Pihak Universiti berhak mengambil tindakan terhadap staf yang memberikan maklumat palsu mengikut Akta 605-

Akta Badan-Badan Berkanun (Tatatertib dan Surcaj) 2000

UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)

10

BAHAGIAN B

(Dipenuhi oleh Ketua Jabatan)

1. Saya menyokong/tidak menyokong* permohonan ini atas sebab-sebab berikut:-

Tandakan () yang mana berkenaan

Ya Tidak

a. Apakah program Cuti Sabatikal yang

dipohon itu sesuai dan mendatangkan

faedah kepada Jabatan, Fakulti dan

Universiti.

b. Apakah pemohon mampu menjalankan

program seperti yang dicadangkan itu.

c. Bolehkah pemohon dilepaskan daripada

tugasnya bagi tempoh itu dengan tidak

menjejaskan kelancaran kuliah Jabatan.

d. Sila terangkan persediaaan yang telah/dan dibuat bagi mengambil alih tugas

pemohon semasa staf berkenaan menjalankan Cuti Sabatikal terssebut :

e. Ulasan samada tempoh yang dipohon itu memadai :

f. Ulasan-ulasan lain bagi menyokong permohonan ini jika ada :

UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)

10

Tarikh :

Tandatangan dan cop rasmi

Ketua Jabatan

(Dipenuhi oleh Dekan/Ketua PTJ)

1. Saya menyokong/tidak menyokong* permohonan ini atas sebab-sebab berikut:-

Tandakan () yang mana berkenaan

Ya Tidak

a. Apakah program Cuti Sabatikal yang

dipohon itu sesuai dan mendatangkan

faedah kepada Jabatan, Fakulti dan

Universiti.

b. Apakah pemohon mampu menjalankan

program seperti yang dicadangkan itu.

c. Bolehkah pemohon dilepaskan daripada

tugasnya bagi tempoh itu dengan tidak

menjejaskan kelancaran kuliah Jabatan.

d. Ulasan samada tempoh yang dipohon itu memadai :

e. Ulasan-ulasan lain bagi menyokong permohonan ini jika ada :

UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)

10

Tandakan () yang mana berkenaan

Ya Tidak

f. Institusi/tempat yang dipilih :

i) adalah yang paling baik untuk

program tersebut dijalankan

ii) bolehkah program dijalankan

di Malaysia atau di Singapura

(bagi permohonan tempat Cuti

Sabatikal di luar Negara atau

selain Singapura)

Tarikh :

Tandatangan dan cop rasmi

Dekan/Ketua PTJ

UNTUK KEGUNAAN PEJABAT ( UNIT PENGEMBANGAN KOMPETENSI, PEJABAT PENDAFTAR)

Mesyuarat Jawatankuasa Cuti Belajar Bil : Tarikh : _____________

Keputusan:

DILULUSKAN

DITOLAK

DITANGGUHKAN

Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar

Tahun 2015

UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)

10

GARIS PANDUAN MENYEDIAKAN KERTAS CADANGAN

CUTI SABATIKAL

1. Menyediakan cadangan penuh maklumat yang perlu disediakan seperti

berikut:

1.1 Keperluan Cuti Sabatikal bagaimana cadangan anda boleh

memenuhi keperluan pembangunan kerja anda. Apakah faedah

kepada pelajar, universiti dan negara.

1.2 Deskripsi keseluruhan cadangan. Anda nyatakan objektif, apakah

yang hendak dicapai dan bagaimana anda mengukur

pencapaian tersebut. Jelaskan aktiviti Cuti Sabatikal dan terangkan

apakah yang akan anda lalui.

1.3 Hasil yang dijangkakan. Terangkan jangkaan anda samaada pada

pembelajaran, pengajaran dan penyelidikan.

1.4 Jelaskan bukti menerangkan hasil yang dijangkakan.

1.5 Relevannya aktiviti Cuti Sabatikal anda dengan keadaan semasa

terutama untuk menambahbaik pengajaran, pembelajaran dan

penyelidikan di universiti.

1.6 Lain-lain faedah sekiranya ada.

1.7 Menyediakan maklumat bagi dua (2) orang rujukan yang boleh

memberi ulasan mengenai cadangan Cuti Sabatikal anda.

Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar

Tahun 2015

UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)

10

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA (UTHM)

BORANG MAKLUMAT DIRI PEGAWAI RUJUKAN (CUTI SABATIKAL)

(Diisi oleh pemohon dengan HURUF BESAR)

1. Saya mengaku menjadi pegawai yang dirujuk kepada pegawai yang bernama berikut :

Nama :

No. Kad Pengenalan :

Jawatan :

2. Berikut ialah butir-butir mengenai diri saya :

3.

i. Nama :

ii. Jawatan :

iii. Institusi :

iv. Alamat :

viii. Telefon : (Rumah)

(H/P)

(Pejabat)

Tarikh :

Tandatangan dan cop rasmi

Dekan/Ketua PTJ

Unit Pengembangan Kompetensi, Pejabat Pendaftar

Tahun 2015

UTHM.PP/CS-01/2007 (Pnd. 1)

10

CARTA ALIR PROSES PELAKSANAAN CUTI SABATIKAL STAF AKADEMIK

Mula

Permohonan

Perakuan / Sokongan Ketua PTj

Lulus

Kebenaran tempat sabatikal

Ya

Tidak

Lulus

Ya

Tidak

Pengesahan maklumat

perkhidmatan oleh Pejabat

Pendaftar

A

Maklumat

Disahkan

Ya

Tidak Maklumkan kepada

pemohon

Tamat

10

A

Keputusan

Jawatankuasa

Eksekutif

Lulus

Keluarkan surat

keputusan

Tidak

Tamat

Tamat

Keluarkan surat tawaran

Pegawai menjalani sabatikal

Menghantar laporan akhir

Perakuan Ketua PTj

Sokong

Ya

Tidak

Kelulusan

Timbalan Naib Canselor

(Akademik & Antarabangsa

Lakukan pembetulan

Tidak

Ya

Perakuan TNC (A & A)

Pendaftar

10

Di sediakan oleh :

Unit Pengembangan Kompetensi Bahagian Pengurusan Organisasi dan Kompetensi

Pejabat Pendaftar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Untuk maklumat lanjut sila hubungi:

07-453 7126/7136 Unit Pengembangan Kompetensi UTHM http://pendaftar.uthm.edu.my

Semua hakcipta terpelihara. Mana-mana bahagian dari e-book ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan dalam system yang boleh diperbaiki, atau disiarkan dalam

mana-mana bentuk atau dengan mana-mana alat, elektronik, mekanikal, fotokopi, perakaman atau sebaliknya, tanpa keizinan dari Unit Pengembangan Kompetensi,

Pejabat Pendaftar, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.