peraturan dan etika berkonvoi

3

Click here to load reader

Upload: mohamad-harith

Post on 30-Nov-2015

105 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Peraturan Dan Etika Berkonvoi

PERATURAN DAN ETIKA BERKONVOI Konvoi berkereta di bahagikan kepada empat bahagian: * Lead Car * Marshall * Sweeper * Kereta Peserta

Lead Car Lead Car harus lah menentukan had kelajuan sesebuah konvoi, dan harus sentiasa beringat

tentang jarak dan bahawa ada kereta jauh di bahagian belakang sesebuah konvoi. Kerap memerhati melalui cermin sisi memastikan bahawa semasa konvoi kereta tidak jarak

terlalu jauh. Jika menempuh terlalu banyak lampu isyarat, Ia patut berhenti di sesuatu tempat yang selamat

dan tidak menggangu lalu lintas sementara menunggu untuk mengumpulkan konvoi semula. Sentiasa memberikan isyarat jika menukar arah. Memberitahu konvoi di mana akan berlepas dan berhenti atau konvoi disediakan dengan peta.

Sweeper Sentiasa berhubung pandang dengan kereta Lead (Jika Perlu). Jika Kereta Lead memberikan isyarat memotong kepada kereta lain biarkan kereta yg tidak

dalam konvoi untuk memotong dalam keadaan selamat di samping tidak menganggu konvoi. Kereta di belakang ingin bergerak laju dalam sesuatu keadaan kecemasan. Berada di bahagian paling belakang bagi memastikan tidak ada peserta konvoi tertinggal di

belakang.Marshall

Berada di tengah2 semasa konvoi. Akan keluar dari konvoi (atau boleh berada di mana2 untuk memastikan konvoi dalam

satu kumpulan. Membantu konvoi berjalan lancar di suatu persimpangan. Memastikan konvoi tersusun.

Kereta Peserta Tidak di benarkan memotong kecuali jika ada kecemasan. Memerhatikan kereta lead jika ingin memotong (gunakan isyarat) menjarakkan antara kereta di depan dalam keadaan selamat dan selesa Tidak membiarkan kereta di hadapan terkeluar dari susunan. Flash kan lampu jika ada kecemasan.

Perkara Am

Page 2: Peraturan Dan Etika Berkonvoi

Sebelum berkonvoi buat pemeriksaan ke atas kereta anda spt memasti kan semua minyak cukup , tekanan tayar dan lain2 dalam keadaan baik. Datang ke tempat permulaan konvoi dan sentiasa dengar penerangan yang diberikan tentang perjalanan dan destinasi konvoi tersebut. Sentiasa bersedia untuk berlepas dengan minyak yang cukup di dalam tangki kereta anda.Jika anda ingin mengubah haluan ke tempat lain atau ingin mengakhiri konvoi dapat lah sekiranya memberitahu kereta Lead, Marshall atau petugas yang lain. Ini supaya tidak mengelirukan peserta yang

Jangan mengikut kereta di hadapan terlalu dekat dan dengan kelajuan yang maksima. Ini amat lah merbahaya. Sentiasa pastikan anda di jarak yang selesa dan selamat.

Jika hendak membuat perhentian sementara (mengisi minyak, ke tandas atau kecemasan), anda hendaklah memberitahu kepada marshall dahulu. Jangan keluar dari barisan konvoi sesuka hati kerana barisan konvoi lain akan mengikuti anda.

Memotong barisan adalah tidak dibenarkan sama sekali, pastikan anda berada dalam barisan yang sepatutnya dari mula hingga akhir. Sentiasa ingat kenderaan yang berada dihadapan dan dibelakang anda. Sentiasa bersabar. Disiplinkan diri anda semasa berada dalam posisi masing-masing. Anda hanya boleh memintas kenderaan lain untuk memasuki posisi barisan anda selepas Lead car memberikan isyarat dan anda mesti masuk semula di posisi anda.

Jika berlaku masalah atau kecemasan, tiada sesiapa peserta konvoi berhenti melainkan kereta SWEEPER sahaja. Sweeper akan memastikan keadaan terkawal dan konvoi haruslah meneruskan perjalanan sehingga suatu tempat yang dibenarkan berhenti dan selamat. Ini kerana satu susunan konvoi jika berhenti juga untuk memberikan pertolongan ( atas sikap ingin menolong) mudah mengundang kemalangan terutama di jalan yang sibuk.

Memotong adalah dibenarkan pada keadaan yang selamat dan tidak melanggar undang2 jalanraya. Jangan memotong pada garisan berkembar atau tidak pasti keadaan jalan dari arah bertentangan. Dalam sesuatu konvoi jika peserta atau kenderaan bukan peserta ingin memotong, biarkan ia memotong dan anda jangan terlalu rapat dengan kereta hadapan dan menyebabkan kereta yang memotong anda dalam keadaan yang bahaya.

Sentiasa berada dalam limit kelajuan yang dibenarkan. Jikalau trafik perlahan kelajuan kenderaan juga haruslah mengikuti kelajuan trafik. Lead Car haruslah menjadi panduan kepada pemandu yang lain yang mana, setiap pemandu haruslah bertanggunjawab memastikan yang kenderaan dibelakang sentiasa berada dalam barisan konvoi.