peraturan asrama eltc aku janji penghuni · pdf file8. penghuni tidak dibenarkan menampal...

4
PERATURAN ASRAMA ELTC & AKU JANJI PENGHUNI HAL EHWAL PESERTA ELTC

Upload: trandien

Post on 07-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERATURAN ASRAMA ELTC AKU JANJI PENGHUNI · PDF file8. Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan berbentuk kertas pada dinding serta memaku sebarang

PERATURAN ASRAMA ELTC&

AKU JANJI PENGHUNI

HAL EHWAL PESERTA ELTC

Page 2: PERATURAN ASRAMA ELTC AKU JANJI PENGHUNI · PDF file8. Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan berbentuk kertas pada dinding serta memaku sebarang

• PROSEDUR PENDAFTARAN MASUK DAN KELUAR HOSTEL

1. Setiap penghuni hendaklah mendaftarkan diri dengan pegawai pendaftaran atau pegawai hal ehwal peserta sebelum menghuni hostel.

2. Penetapan bilik untuk setiap penghuni adalah ditentukan oleh pegawai pendaftaran atau pegawai hal ehwal peserta.

3. Penghuni tidak dibenarkan menukar bilik tanpa kebenaran pegawai pendaftaran hostel. Pihak ELTC tidak akan bertanggungjawab dengan apa-apa kejadian yang tidak diingini berhubung dengan pertukaran tanpa kebenaran tersebut.

• PERATURAN HOSTEL

Setiap penghuni hostel bertanggungjawab memastikan segala kelengkapan hostel mencukupi dan sempurna sepanjang kursus yang dihadiri dan sempurna sepanjang masa sehingga masa meninggalkan kediaman peserta. Bayaran denda atau ganti rugi akan dikenakan jika terdapat kerosakan atau kehilangan kelengkapan di dalam hostel tersebut. Tindakan disiplin boleh diambil oleh Pengarah atau Timbalan Pengarah sekiranya gagal mematuhi peraturan hostel yang ditetapkan oleh pihak ELTC.

1. Hanya penghuni berdaftar sahaja dibenarkan tinggal di hostel.

2. Tiada sebarang senjata dibenarkan berada di dalam hostel semasa sepanjang kursus.

3. Hostel dan kawasan bilik rehat wanita adalah kawasan larangan bagi penghuni lelaki.

4. Semua penyambungan elektrik (pendawaian) yang tidak dilakukan oleh pihak ELTC adalah dilarang sama sekali.

5. Barangan elektrik yang tidak didaftar adalah dilarang penggunaannya di hostel.

6. Semua peralatan yang dipinjam dari pihak pengurusan hostel hendaklah dipulangkan dalam keadaan baik.

7. Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bahagian bangunan dan barang ELTC akan dikenakan tindakan dan juga diminta membayar balik kos pembaikan dan penggantian.

HAL EHWAL PESERTA ELTC

Page 3: PERATURAN ASRAMA ELTC AKU JANJI PENGHUNI · PDF file8. Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan berbentuk kertas pada dinding serta memaku sebarang

8. Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan berbentuk kertas pada dinding serta memaku sebarang jenis tampalan yang boleh merosakkan dinding/cermin dengan pin, paku dan gam.

9. Penghuni tidak boleh menghalang atau menahan seseorang Pegawai ELTC atau wakilnya dari membuat pemeriksaan di bilik berkenaan.

10. Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah atau benda yang tidak mudah hancur seperti plastik serta tuala wanita ke dalam tandas atau saluran air atau parit (longkang).

11. Penghuni tidak dibenarkan membuang sampah di merata-rata tempat. Semua sisa-sia makanan hendaklah diletakkan di dalam plastik dan dibuang ke dalam bakul sampah. Penghuni mestilah memasukkan sampah ke dalam tong sampah yang disediakan.

12. Penghuni DILARANG MEROKOK di dalam bilik dan kawasan hostel.

13. Penghuni tidak dibenarkan membawa masuk, memiliki , menggunakan apa-apa bahan lucah, racun dan dadah dan barang-barang yang merbahaya ke dalam hostel.

14. Penghuni tidak dibenarkan berjudi dan minum arak.

15. Penghuni dikehendaki menutup lampu, kipas dan lain-lain suis apabila tidak berada di dalam bilik untuk mengelakkan pembaziran dan kebakaran.

16. Penghuni dilarang sama sekali mengubah kedudukan peralatan/membawa peralatan daripada bilik ke bilik yang lain.

17. Penghuni dilarang membawa keluar peralatan milik hostel ELTC. Penghuni akan bertanggungjawab sepenuhnya di atas kehilangan peralatan ELTC.

18. Semua ruang kemudahan hendaklah digunakan dengan cermat oleh penghuni.

19. Kenderaan hendaklah diletakkan di ruang/petak yang telah dibenarkan.

20. Penghuni dilarang meletakkan kenderaan di mana-mana tempat yang membahayakan atau menghalang orang atau kenderaan lain.

HAL EHWAL PESERTA ELTC

Page 4: PERATURAN ASRAMA ELTC AKU JANJI PENGHUNI · PDF file8. Penghuni tidak dibenarkan menampal semua jenis poster atau sebarang bahan berbentuk kertas pada dinding serta memaku sebarang

21. Sekiranya berlaku kebakaran, penghuni yang pertama sekali melihatnya

hendaklah memberitahu Pegawai yang bertugas atau Pejabat ELTC DENGAN SEGERA.

22. Setiap penghuni hendaklah keluar dari bilik dengan tenang dan berkumpul di hadapan hostel.

AKU JANJI PENGHUNI

Saya, _______________________No.K/P___________________________dengan ini mengesahkan bahawa saya telah membaca dan memahami peraturan hostel seperti yang telah diterangkan oleh pihak pentadbiran hostel. Oleh itu, saya berjanji untuk mematuhi peraturan tersebut demi menjaga ketenteraman dan kebersihan hostel.

Yang benar,

___________________________ ( ) No. K/Pengenalan /Paspot : Tarikh:

Di saksikan oleh,

___________________________( )Pegawai Hal Ehwal Peserta ELTC

No. K/P : Tarikh:

HAL EHWAL PESERTA ELTC