sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun epangkat, sila :

39
Sebelum anda menggunakan sistem ePangkat, adalah penting untuk untuk anda memastikan perisian pelayar web di komputer anda dikemaskini ke versi yang terbaru. Sekiranya anda menggunakan pelayar Internet Explorer versi 6 dan ke bawah, anda adalah dinasihatkan memuat turun Internet Explorer versi terbaru yang sesuai untuk komputer anda di http :// windows.microsoft.com/en-MY/internet-explorer/d ownload-ie Selain itu, anda boleh menggunakan pelayar internet moden yang bersesuaian bagi mencapai ePangkat.

Upload: floria

Post on 22-Feb-2016

72 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sebelum anda menggunakan sistem ePangkat, adalah penting untuk untuk anda memastikan perisian pelayar web di komputer anda dikemaskini ke versi yang terbaru . - PowerPoint PPT Presentation

TRANSCRIPT

Page 1: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sebelum anda menggunakan sistem ePangkat, adalah penting untuk untuk anda memastikan perisian pelayar web di komputer anda dikemaskini ke versi yang terbaru.

Sekiranya anda menggunakan pelayar Internet Explorer versi 6 dan ke bawah, anda adalah dinasihatkan memuat turun Internet Explorer versi terbaru yang sesuai untuk komputer anda di http://windows.microsoft.com/en-MY/internet-explorer/download-ie

Selain itu, anda boleh menggunakan pelayar internet moden yang bersesuaian bagi mencapai ePangkat.

Page 2: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sila log masuk ke dalam sistem ePangkat. Anda memerlukan akaun ePangkat bagi tujuan permohonan jawatan PGB.

Page 3: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun ePangkat, sila:1. Rujuk manual berkenaan pendaftaran

akaun baru di ruang Manual Pengguna; dan

2. Daftar diri anda bagi mendapatkan akaun ePangkat.

1

2

Page 4: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Anda akan dibawa ke dalam modul utama ePangkat. Sila perhatikan terdapat beberapa segmen yang penting di dalam modul ePangkat.

Page 5: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Terdapat beberapa bahagian yang penting di modul ePangkat:1. Paparan Utama menunjukkan maklumat-

maklumat berkaitan ePangkat;2. Pautan-pautan bagi membolehkan

urusan berkaitan kenaikan pangkat dijalankan. Sila ambil maklum bahawa capaian kepada pautan bergantung kepada jenis akaun pengguna;

3. Pautan untuk log keluar dan tukar kata laluan; dan

4. Senarai iklan terkini.

1

3

2

4

Page 6: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sila pilih Modul Pengguna

Di modul ini anda akan memeriksa maklumat peribadi anda adalah tepat dan telah dikemaskini.

Adalah menjadi tanggungjawab anda bagi memeriksa maklumat peribadi anda adalah tepat.

Kegagalan anda memastikan maklumat anda telah dikemaskini akan menjejaskan permohonan anda.

Page 7: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih ‘Maklumat Peribadi’.

Page 8: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Anda akan dibawa ke ruangan Semak Maklumat Pemohon.

Sila ambil maklum bahawa kebanyakan maklumat-maklumat ePangkat diselaraskan daripada pangkalan data eOperasi.

Page 9: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sila periksa setiap maklumat peribadi anda di setiap pautan di bawah.

Page 10: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sekiranya terdapat kesilapan di dalam maklumat yang dikemukakan, sila maklumkan kepada Ketua Jabatan anda.

Sila ambil maklum bahawa akaun anda tidak diberikan kebenaran bagi mengubah suai maklumat peribadi anda walaupun anda adalah merupakan seorang Ketua Jabatan.

Sebagai contoh:Guru Besar di sesebuah sekolah boleh meminda / menambah / menghapus maklumat pegawai-pegawai di bawah beliau tetapi dibenarkan membuat perkara yang sama bagi maklumat beliau sendiri. Sebaliknya, Pegawai Pelajaran Daerah selaku Ketua Jabatan kepada Guru Besar berkenaan boleh meminda / menambah / menghapus maklumat Guru Besar berkenaan.

Page 11: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Setelah anda telah memeriksa semua maklumat peribadi anda, pilih pautan ‘Modul MPPS’.

Page 12: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih pautan seterusnya dan anda akan dibawa ke Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS).

Page 13: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Anda akan dibawa kepada muka hadapan Modul Penggantian Pemimpin Sekolah (MPPS). Perhatikan bahawa terdapat 4 segmen iaitu:1. Urusan berkaitan permohonan kenaikan pangkat dan pautan untuk

kembali ke sistem ePangkat;2. Pautan ke halaman utama. Sila ambil maklum bahawa sekiranya

anda memilih pautan ini di mana-mana halaman, anda akan dibawa terus ke muka hadapan MPPS ;

3. Ruangan maklumat; dan4. Pautan untuk Log Keluar dari Modul Penggantian Pemimpin

Sekolah.

12

3

4

Page 14: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Untuk memohon jawatan sebagai PGB, sila pilih butang ‘Mohon Jawatan PGB’. Sila pastikan bahawa sebelum anda membuat permohonan, segala maklumat peribadi dan perkhidmatan anda telah dikemaskini.

Page 15: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Anda akan dibawa ke senarai iklan-iklan bagi jawatan Pengetua dan Guru Besar. Perhatikan:1. Iklan-iklan yang telah dibuka;2. Tarikh tutup bagi anda mengemukakan

permohonan; dan3. Pautan untuk memohon jawatan PGB.

1 2 3

Page 16: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sila pilih mana-mana iklan bagi melihat syarat-syarat berkenaan.

Page 17: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Apabila anda pilih mana-mana iklan, satu ‘pop up’ akan muncul menunjukkan maklumat dan syarat-syarat urusan kenaikan pangkat berkenaan.

Page 18: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih butang ‘X’ bagi menutup ‘pop up’ syarat iklan yang sedang dilihat.

Page 19: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sila pilih pautan bagi jawatan yang ingin anda pohon.

Page 20: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sekiranya anda tidak memenuhi syarat yang telah ditetapkan bagi memohon jawatan PGB, sistem akan memaparkan mesej ralat dan menyatakan syarat yang tidak dipenuhi.

Page 21: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sekiranya anda memenuhi syarat yang telah ditetapkan bagi memohon jawatan PGB, sistem akan memaparkan paparan seperti di sebelah.

Page 22: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Adalah menjadi tanggungjawab anda bagi memastikan Borang Kesihatan anda diisi dan disahkan seorang pengamal perubatan berdaftar.

Page 23: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Borang kesihatanAnda boleh mendapatkan Borang Pemeriksaan Perubatan di muka depan e-Pangkat di bahagian ‘Muat Turun’ atau dapatkan borang yang sama daripada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2013 dari laman sesawang JPA. Setelah borang berkenaan diisi, anda boleh imbas borang berkenaan dan simpan di dalam bentuk ‘pdf’.

Page 24: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih ‘Choose File’ bagi memuat naik borang kesihatan.

Page 25: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih borang kesihatan berkenaan dan pilih ‘Open’.

Page 26: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih ‘Choose File’ bagi memuat naik salinan digital gambar berukuran passport anda.

Page 27: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih ikon fail berkenaan dan pilih ‘Open’.

Page 28: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Seterusnya pilih daerah pertama di mana anda bersedia ditempatkan.

Page 29: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih ‘Tambah’ sekiranya anda ingin menambah daerah seterusnya.

Page 30: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Seterusnya pilih daerah kedua di mana ada bersedia ditempatkan. Pilih ‘Tambah’ sekiranya anda ingin menambah daerah seterusnya.

Page 31: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Seterusnya pilih daerah kedua di mana ada bersedia ditempatkan. Anda hanya boleh memilih maksimum tiga (3) daerah saja.

Page 32: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sekiranya anda bersedia untuk ditempatkan di mana-mana, sila pilih ‘Checkbox’ seperti ditunjukkan.

Sila ambil maklum bahawa sekiranya anda memilih untuk ditempatkan di mana-mana dan kemudiannya menolak penempatan anda, anda boleh dikenakan penalti satu urusan kenaikan pangkat.

Page 33: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Setelah siap, tekan butang ‘Mohon’ bagi membuat permohonan. MPPS akan menghantar permohonan anda kepada Ketua Jabatan anda bagi tindakan seterusnya.

Page 34: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Permohonan anda akan dihantar dan anda akan dibawa ke halaman depan Modul Penggantian Pemimpin Sekolah.

Page 35: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih Pautan ‘Sistem e-Pangkat untuk kembali semula ke e-Pangkat.

Page 36: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Anda akan dibawa semula ke modul utama ePangkat.

Seterusnya, anda akan memeriksa status permohonan anda.

Page 37: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih semula ‘Modul Permohonan’.

Page 38: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Pilih ‘Status Permohonan’.

Page 39: Sekiranya anda tidak memiliki sebarang akaun  ePangkat,  sila :

Sekiranya permohonan dibuat dengan betul, permohonan anda akan dipaparkan seperti di bawah.