085_bahagian b-pengurusan penghuni asrama-federal

29
BAHAGIAN B PENGURUSAN MURID ASRAMA 21

Upload: nordin-yahya

Post on 23-Oct-2015

77 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

BAHAGIAN B

PENGURUSAN MURID ASRAMA

21

Page 2: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

ISI KANDUNGAN

BAHAGIAN B : PENGURUSAN MURID ASRAMA

1. Pengenalan 232. Matlamat 233. Kriteria Pengambilan Murid Ke Asrama 234. Bidang Pengurusan Murid 24

4.1 Pengurusan Akademik24

4.2 Pengurusan Kokurikulum ( Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & 25

Sukan/Permainan )4.3 Pengurusan Sahsiah/Bina Insan

264.4 Pengurusan Kesihatan dan kebersihan

314.5 Keselamatan

314.6 Pengurusan Kebajikan Murid

344.7 Peraturan Dan Disiplin

364.8 Peraturan Asrama

404.9 Peraturan Keluar Masuk

474.10 Peraturan Melawat

474.11 Pemeriksaan Asrama

484.12 Kategori Kesalahan Murid

484.13 Tindakan –Tindakan 50

22

Page 3: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

BAHAGIAN B : PENGURUSAN MURID ASRAMA

1. Pengenalan

Murid di asrama seharusnya lebih cemerlang dalam pelbagai bidang berbanding dengan murid yang mempunyai latar belakang yang sama tetapi tidak tinggal di asrama. Ini disebabkan mereka mendapat pelbagai kemudahan dan peruntukan yang besar. Hal ini boleh dicapai melalui perancangan dan pelaksanaan aktiviti murid yang berkesan.

2. Matlamat

Melahirkan murid yang cemerlang dalam aspek kurikulum dan kokurikulum serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial seperti yang diaspirasikan oleh Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

3. Kriteria Pengambilan Murid Asrama

3.1. Kemudahan asrama adalah satu keistimewaan dan bukan merupakan hak kepada semua murid. Oleh itu, pemilihan murid-murid yang layak masuk ke asrama adalah berdasarkan kriteria berikut :-

3.1.1 Tinggal jauh dari sekolah.

3.1.2 Keluarga yang kurang berada.

3.1.3 Murid Rancangan Khas (Ini melibatkan asrama-asrama tertentu sahaja seperti yang ditetapkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri)

3.1.3.1 Rancangan Khas Akademik3.1.3.2 Rancangan Khas Aliran Agama3.1.3.3 Rancangan Khas Sukan3.1.3.4 Rancangan Khas Integrasi3.1.3.5 Rancangan Model Khas (Rendah/Menengah)

3.2 Tinggal di tempat yang sukar mendapat kemudahan pengangkutan dan mengancam keselamatan murid.

3.3 Ibu bapa/penjaga mereka bertugas di luar negara.

3.4 Murid- murid yang mungkin tercicir jika tidak diberi tempat di asrama.

3.5 Kes Khas (Arahan-arahan khas daripada Kementerian Pelajaran/Pengarah Pelajaran Negeri)

23

Page 4: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4 Bidang Pengurusan Murid

4.1 Pengurusan Akademik

4.1.1 Menubuhkan jawatankuasa.

4.1.2 Kelas Persediaan (Preparatory hour) dijalankan secara berjadual dan bersistem.

4.1.3 Mengadakan bengkel teknik menjawab soalan peperiksaan yang dikelolakan oleh guru yang berpengalaman dan berkemahiran.

4.1.4 Bengkel kemahiran belajar diadakan secara terancang dan berkesan. 4.1.5 Penggunaan perpustakaan asrama/sekolah secara maksimum.

4.1.6 Memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan peningkatan dalam ujian dan peperiksaan.

4.1.7 Warden memaklumkan perkembangan pencapaian akademik murid kepada ibu bapa atau penjaga.

4.1.8 Mengadakan program bercorak akademik seperti hari/minggu/bulan Bahasa Inggeris bagi meningkatkan minat dalam pelajaran dan sebagainya.

4.1.9 Menyediakan bahan-bahan bantu mengajar seperti modul, buku kerja, perisian pembelajaran berkomputer untuk digunakan oleh murid.

4.1.10 Memastikan murid-murid membuat Aku Janji dengan menetapkan sasaran pencapaian akademik secara jelas dan khusus.

Contoh Perancangan Program Peningkatan Akademik

Bil Aktiviti ObjektifKumpulan Sasaran

Pelaksana Utama/

Penyelaras

Tarikh Pelaksanaan

1Kelas persediaan pagi/petang

Menyemak kerja rumah dan membuat persiapan Pelajaran

Semuamurid

- Warden- Pengawas- Ketua kelas

Sepanjang masa

2Kelas persediaan malam

Mengulangkaji Pelajaran

SemuaMurid

- Warden- Pengawas- Ketua Kelas

Sepanjang masa

3Motivasi Akademik Orientasi

Mendedahkan murid baru tentang kaedah belajar dalam konteks kehidupan di asrama

Semua murid baru

- PK 1 /PKHEM- Kaunselor- Warden- Ibu bapa- PIBG

Minggu Pertama mendaftar

4

Kelas Tambahan/Tuisyen(UPSR/PMR/ SPM/ STPM)

Mengulangkaji Pelajaran untuk peperiksaan

Semua murid kelaspeperiksaan

- PK 1-J/Kuasa Akademik/Guru/ Warden/ Ibubapa/ PIBG

MengikutTakwim sekolah

24

Page 5: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

5

Kursus/Ceramah Teknik Kemahiran Belajar

Pendedahan penguasaan teknik pembelajaran yang berkesan

Semua murid

-GPK 1-J/Kuasa Akademik/ Kaunselor

Mengikut TakwimSekolah

6Kursus/teknik menjawab soalan

Mendedahkan teknik menjawab soalan peperiksaan

Semua murid kelaspeperiksaan

-J/Kuasa Akademik/ Kaunselor

Mengikut TakwimSekolah

7

Kajian Pencapaian Akademik danTindakan Susulan

Menganalisis danmenyediakan program susulan/ menyimpan rekod akademik/ mengesan murid lemah

Semua murid-J/Kuasa Akademik

SepanjangMasa/Selepas Ujian/ Peperiksaan

8Anugerah Kecemerlangan Akademik

Merangsang murid ke arah kecemerlangan

Semua murid-J/Kuasa Akademik/ Warden

Pertengahan/Akhir Tahun

9TV Pendidikan(Rakaman)

Pendedahan maklumat mata pelajaran

Semua murid mengikut tingkatan

-J/Kuasa Akademik/ Warden bertugas

Sepanjang masa

4.2 Pengurusan Kokurikulum (Unit Beruniform, Kelab/Persatuan & Sukan/Permainan)

4.2.1 Menubuhkan jawatankuasa.

4.2.2 Memastikan setiap murid mengisi Borang Laporan Kesihatan semasa pendaftaran masuk ke asrama setiap tahun. Ia perlu dirujuk sebelum seseorang murid itu dibenarkan menyertai sebarang program/aktiviti.

4.2.3 Mewajibkan setiap murid menyertai salah satu bidang kokurikulum di peringkat sekolah secara aktif. 4.2.4 Menyediakan jadual aktiviti sepanjang minggu/bulan/tahun.

4.2.5 Merancang program dan aktiviti yang menjurus kepada integrasi nasional.

4.2.6 Menyediakan bilik, kemudahan tempat dan peralatan bagi semua aktiviti kokurikulum.

4.2.7 Mewujudkan/memantapkan pasukan sekolah/asrama dan menyediakan pasukan pelapis bagi setiap program/aktiviti.

4.2.8 Menyertai pelbagai pertandingan di peringkat asrama, zon/daerah, negeri dan kebangsaan.

4.2.9 Merancang dan mendapatkan peruntukan kewangan bagi pembelian peralatan aktiviti kokurikulum.

4.2.10 Memastikan murid hanya menyertai aktiviti luar sekolah yang diluluskan oleh JPN/ Pengetua/Guru Besar sahaja serta mendapat kebenaran bertulis daripada ibu bapa/penjaga.

25

Page 6: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.2.11 Memastikan semua aktiviti berlangsung dalam suasana harmonis.

4.2.12 Memastikan murid - murid mematuhi peraturan keselamatan dan peraturan mengikut ‘Education (School Discipline) Regulations 1959’ di dalam semua aktiviti yang dijalankan.

4.2.13 Menganjurkan kursus kepemimpinan dan latihan kepada semua pemimpin unit secara berkala.

4.2.14 Memastikan setiap murid sentiasa mematuhi peraturan permainan, menjaga nama baik serta imej sekolah dan menunjukkan prestasi cemerlang.

4.2.15 Menyediakan rekod prestasi kokurikulum setiap murid. 4.2.16 Mempelbagaikan jenis permainan dan sukan agar lebih ramai murid

terlibat mengikut minat masing-masing.

4.2.17 Mengadakan program sukan dan permainan tertentu untuk tujuan kecemerlangan dengan bantuan jurulatih yang berpengalaman dan bertauliah daripada persatuan-persatuan sukan tempatan.

4.2.18 Mewujudkan asrama berwatak melalui aktiviti kokurikulum.

4.3 Pengurusan Sahsiah/Bina Insan

4.3.1 Keagamaan/Kerohanian

4.3.1.1 Mewujudkan Jawatankuasa.

4.3.1.2 Memastikan semua murid memiliki pakaian dan kelengkapan yang sempurna, sesuai untuk beribadah dan aktiviti keagamaan.

4.3.1.3 Mewajibkan murid asrama yang beragama Islam mengerjakan solat berjemaah di bilik solat/surau asrama.

4.3.1.4 Mengadakan kelas Al-Quran.

4.3.1.5 Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti kerohanian secara harian/mingguan/bulanan seperti:-

i. Bacaan Yasin dan Tahlil

ii. Kuliah Maghrib / Subuh

iii. Tazkirah selepas Solat Maghrib

iv. Tadarus Al-Quran

v. Usrah murid

vi. Qiamullail

26

Page 7: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

vii. Doa dan Zikir

viii. Marhaban

4.3.1.6 Memupuk nilai-nilai murni seperti berikut :

i. Memberi dan menjawab salam

ii. Ucapan terima kasih

iii. Hormat menghormati

iv. Bersopan santun

4.3.1.7. Merancang dan mengadakan aktiviti-aktiviti Sambutan Hari Kebesaran Islam seperti :

i. Maal Hijrah

ii. Maulidur Rasul

iii. Israk Mikraj

iv. Nisfu Sya’aban

v. Ihya` Ramadhan

vi. Nuzul Al-Quran

vii. Hari Raya Aidilfitri

viii. Hari Raya Aidiladha 4.3.1.8. Merancang dan mengadakan kursus-kursus Fardhu Ain dan Fardu Kifayah berkaitan peningkatan amalan kerohanian di kalangan murid, contoh :

i. Kursus Imam dan Muazzin

ii. Kursus Pengurusan Jenazah.

iii. Kursus mendirikan solat

iv. Kursus Haji

v. Khemah Ibadat

vi. Kursus Perkahwinan

vii. Kursus Penyembelihan

27

Page 8: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.3.1.9. Merancang dan mengadakan pertandingan-pertandingan yang berkaitan dengan keagamaan seperti:

i. Hafazan

ii. Nasyid

iii. Marhaban/Berzanji

iv. Azan

v. Syarahan

vi. Tilawah

vii. Sketsa

4.3.2 Pengurusan Surau/Bilik Solat

a. Menubuhkan jawatankuasa

b. Mengadakan atau menyediakan kemudahan tempat wuduk dan solat yang sesuai dan lengkap

c. Menyediakan jadual bertugas bagi Imam dan Muazzin

d. Memastikan murid solat berjemaah di surau

e. Membuat penyeliaan dan laporan harian

f. Menyediakan kemudahan siaraya

4.3.3 Kelas Membaca Al-Quran

a. Mengenal pasti murid yang tidak dapat membaca al-Quran

dengan betul melalui Kelas Fardhu Ain dan Kokurikulum Pendidikan Islam kepada murid baru.

b. Menyediakan bahan bacaan dan tenaga pengajar.

c. Mengadakan kelas pengajian dan latihan membaca al-Quran.

d. Melatih secara berkelompok / kumpulan.

e. Membuat penilaian/laporan.

f . Membudayakan membaca al-Quran secara istiqomah.

g. Mengadakan kelas bacaan al-Quran,Tajwid dan Tarannum.

28

Page 9: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

29

Page 10: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.3.4 Kepemimpinan

a. Mengadakan kursus kepemimpinan.

b. Memberi peluang dan ruang seluas-luasnya kepada murid untuk menjadi pemimpin dalam pelbagai bidang.

c. Membina kesedaran kendiri melalui latihan dan amalan berpandukan modul tertentu.

d. Memperbanyakkan dokumen penghayatan biodata pemimpin negara dan tokoh-tokoh pejuang yang ditempatkan di perpustakaan asrama dan di papan kenyataan asrama.

4.3.5 Penghayatan Nilai Murni

a. Melahirkan murid yang mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian.

b. Menanamkan nilai kesedaran, keyakinan dan kesyukuran.

c. Membentuk sikap positif dan berguna kepada agama, bangsa dan negara sewaktu menjalankan tugas dan tanggungjawab.

d. Menghapuskan sikap negatif dalam kehidupan.

e. Mengadakan tayangan filem yang berkaitan dengan patriotisme.

f. Menghasilkan buletin/buku skrap aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan.

Contoh Perancangan Program Kepemimpinan

Bil Program Objektif Strategi Tarikh1 Kursus

Kepemimpinan Pengawas Asrama

- Melahirkan pemimpin murid asrama

- Memberi pendedahan kepada murid tentang cara-cara memimpin

- Ceramah- LDK- Lawatan- Forum

Mac

2 Majlis Anugerah Cemerlang

- Melahirkan tokoh pemimpin murid

- Memberi pengiktirafan kepada murid yang telah memberi sumbangan kepada asrama

- Majlis khas- Majlis jamuan

akhir tahun- Hadiah - Sijil

Nov

3 Membentuk Kumpulan/Pasukan

- Melahirkan murid boleh memimpin dan mengurus

- Menubuhkan Jawatankuasa khas seperti

Sepanjang tahun

30

Page 11: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

Tertentu - Memberi tanggungjawab kepada murid untuk memimpin

Pengawas, Dorm,Kumpulan kebudayaan contoh:-

- Nasyid- Kompang- Koir- Marhaban

4 Program Pertukaran Murid Antara Asrama

- Memberi pendedahan kepada murid tentang budaya sesebuah asrama

- Memupuk semangat cintakan asrama.

- Pertukaran murid asrama Tingkatan 2 & 4

Julai

5 Program Motivasi Antara Asrama

- Memberi kesedaran kepada murid tentang kepimpinan

- Membentuk daya kepimpinan.

- Kem Motivasi Mei

4.4 Pengurusan Kesihatan dan Kebersihan

“Kesihatan adalah suatu keadaan yang sempurna daripada segi fizikal,mental, sosial dan bukan hanya ketiadaan penyakit atau cacat cedera .”

(Pertubuhan Kesihatan Sedunia-WHO)

Murid asrama perlu mempunyai kesedaran, sikap dan amalan yang positif terhadap kebersihan kerana kebersihan adalah asas kesihatan. Kesihatan pula penting bagi pembentukan insan yang seimbang. Oleh itu, murid yang tinggal di asrama hendaklah dididik supaya bertanggungjawab menjaga kebersihan diri mereka, tempat tinggal dan persekitaran.

Kebersihan dan keceriaan boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian seperti berikut :-

4.4.1 Kebersihan Dan Kesihatan Diri

a Kebersihan kendiri perlu menjadi amalan yang paling penting bagi setiap murid.

b PPM/Warden perlu menjalankan pemeriksaan kebersihan bilik dan diri murid setiap hari.c Sebarang penyakit atau kemalangan/kecemasan hendaklah dilaporkan dengan segera.

4.4.2 Pakaian

a Murid mestilah sentiasa berpakaian kemas dan bersih.b Pakaian sekolah hendaklah sentiasa dijaga kebersihannya.

4.5 Keselamatan

31

Page 12: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.5.1 Keselamatan murid perlulah diutamakan. Ini bagi mengelakkan sebarang kemalangan berlaku akibat daripada kecuaian dan ketidaksempurnaan keadaan di asrama. Semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan langkah-langkah keselamatan sentiasa diamalkan.

a. Tindakan Apabila Berlaku Kebakaran

i. Apabila berlaku kebakaran, loceng kecemasan hendaklah dibunyikan dan orang pertama menyedarinya mestilah menghubungi bomba dengan segera.

ii. Murid asrama mestilah meninggalkan bangunan asrama dengan serta merta.

iii. Semua suis lampu dan kipas mestilah dimatikan.

iv. Ketua dorm/murid yang terakhir yang berada di dalam dorm hendaklah menutup pintu setelah memastikan semua murid keluar.

v. Murid hendaklah bergerak ke tempat perhimpunan mengikut pelan kecemasan yang telah ditetapkan.

vi. Di tempat perhimpunan, murid hendaklah berbaris mengikut dorm masing-masing dan ketua dorm hendaklah menyemak dan memastikan bilangan muridnya mencukupi. vii. Warden yang bertugas hendaklah melakukan tinjauan di tempat

kebakaran berlaku dan melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar/ Pen. Kanan HEM/Ketua Warden.

viii. Ketua dorm hendaklah melaporkan bilangan murid dalam dormnya kepada warden dan seterusnya melaporkan kepada Pengetua/Guru Besar. ix. Murid hanya dibenarkan bersurai apabila diarahkan.

b. Sistem Amaran Awal Kebakaran

i. Pastikan semua peralatan, suis dan soket dalam keadaan baik serta berfungsi.

ii. Semua kerosakan mestilah dilaporkan kepada penyelia/warden dengan segera.

iii. Pemadam api dan paip bomba mestilah dalam keadaan baik, berfungsi, diletakkan di tempat yang strategik dan diselenggara setahun sekali.

iv. Setiap bilik dan blok mestilah dilengkapi dengan pelan kecemasan yang menunjukkan laluan murid apabila berlaku kecemasan.

v. Laluan kecemasan mestilah bebas daripada sebarang halangan.

32

Page 13: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

vi. Latihan kebakaran mestilah dijalankan pada awal tahun dan sekurang- kurangnya dua kali setahun.

vii. Murid dilarang membuat sambungan elektrik atau menggunakan ubat nyamuk, alatan elektrik, lilin atau pelita.

viii. Sentiasa mengamalkan langkah-langkah keselamatan sewaktu menggunakan peralatan elektrik dan bahan api.

ix. Dorm yang menampung lebih daripada 4 orang mestilah mempunyai dua pintu.

x. Lampu kecemasan berfungsi jika bekalan elektrik terputus.

xi. Setiap dorm mesti mempunyai dua lampu picit yang berfungsi dan diletakkan di tempat yang mudah dicapai.

xii. Dilarang membuat pembakaran terbuka di kawasan asrama.

c. Keracunan

i. Tidak dibenarkan sama sekali membawa makanan yang dibeli dari luar asrama.

ii. Pastikan pekerja dewan makan mendapat suntikan TY2.

iii Murid tidak dibenarkan membawa makanan keluar dari dewan makan.

iv. Murid tidak dibenarkan membawa masuk atau menyimpan sebarang makanan di dalam dorm.

v. Jika berlaku keracunan, segera bawa murid berkenaan ke hospital/klinik terdekat.

vi. Melaporkan kepada Pengetua/GB/PK HEM/JPN/waris.

d. Kemalangan Kecil

i. Pastikan lantai sentiasa bersih dan kering.

ii. Dilarang sama sekali berlari di dalam bilik air, dorm dan koridor.

iii. Tidak dibenarkan duduk di atas tembok koridor.

iv. Poster-poster peringatan perlu ditampal di persekitaran asrama.

v. Dilarang memanjat tangki air atau sebarang tempat tinggi yang berbahaya.

33

Page 14: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

e. Sistem Kawalan Am

i. Pengawal keselamatan mestilah membuat rondaan yang kerap dan membuat laporan kepada Penyelia Asrama sekiranya berlaku kerosakan.

ii. Mengunci dan membuka pagar pada waktu yang ditetapkan.

iii. Kawasan asrama puteri mestilah berpagar di sekeliling dan pintunya sentiasa berkunci pada waktu malam.

iv. Pintu di dalam dorm mestilah dilengkapi dengan penyelak / kunci.

v. Alatan berbahaya seperti pisau/gunting/ skrew driver tidak boleh disimpan di asrama.

vi. Murid mestilah mengetahui peraturan umum keselamatan seperti keselamatan jalan raya dan keselamatan elektrik.

vii. Satu isyarat tertentu (seperti jeritan, bunyi wisel, siren, loceng ) hendaklah dibunyikan jika berlaku kecemasan atau pencerobohan.

4.6 Pengurusan Kebajikan Murid

4.6.1 Pendaftaran Dan Penempatan Murid Asrama

Pengurusan bidang ini adalah bertujuan untuk memastikan setiap murid yang berjaya ditempatkan di asrama mempunyai keperluan asas yang mencukupi dan selesa seperti katil, tilam, bantal, almari dan sebagainya. Mereka perlu diberi panduan untuk menyesuaikan diri dalam suasana baru yang mungkin asing bagi mereka. Perkara-perkara yang perlu diambil tindakan:

i. Panduan Penempatan Murid Asrama

ii. Menerima senarai nama daripada Pengetua/Guru Besar

ii. Mengenal pasti bilik/perabot/alatan.

iv. Membuat agihan mengikut bilik

v. Murid asrama melapor diri

vi. Murid asrama mengisi borang penerimaan alatan

vii. Menyemak dan mengesahkan borang akuan penerimaan

viii. Murid mendapat tempat penginapan

ix. Taklimat kepada waris

34

Page 15: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

x. Program Suai Kenal

4.6.2 Pengurusan Tabung Kebajikan Murid

Ini bertujuan untuk membantu murid asrama dari segi kewangan apabila mereka menghadapi keadaan kecemasan.

Antara sumber dana ialah :

i. Kutipan yuran daripada setiap murid dibuat setelah memohon dan mendapat kelulusan daripada Jabatan Pelajaran Negeri.

ii. Melalui inisiatif Badan Kebajikan Waris Asrama/PIBG

iii. Melalui sumber-sumber lain.

4.6.3 Pengurusan Kesihatan Murid

a. Pengurusan bidang ini bertujuan untuk memberi bantuan segera dan lanjutan kepada murid yang menghadapi masalah kesihatan dan kemalangan ketika berada di asrama. Antara fungsi- fungsinya :

i. Memastikan setiap murid mempunyai rekod kesihatan sejak mula mendaftar.

ii. Memastikan rekod kesihatan murid disimpan dan mudah untuk diperoleh pada masa kecemasan.

iii. Memastikan bilik rawatan lengkap, sesuai dan selesa.

iv. Memastikan bekalan ubat mencukupi dan terkawal.

v. Menguruskan surat kebenaran mendapat rawatan.

vi. Menguruskan penghantaran murid ke hospital/klinik/ rumah apabila sakit.

vii. Menghubungi ibu bapa/penjaga/waris murid yang sakit.

viii. Melaksanakan program kesihatan murid seperti :

a. Ceramah kesihatan

b. Pemeriksaan kesihatan

c. Kempen cara hidup sihat

d. Program kecergasan

e. Program awal remaja

35

Page 16: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

f. Program penjagaan gigi

4.6.4 Pengurusan Pengangkutan

Penyelia Asrama/Warden perlu menguruskan perkhidmatan pengangkutan untuk kemudahan murid seperti ke masjid untuk sembahyang Jumaat, balik kampung, semasa kecemasan dan lawatan sambil belajar.

4.6.5 Pengurusan Disiplin

Pengurusan Disiplin bertujuan untuk memastikan murid asrama mematuhi peraturan dan sentiasa berada dalam keadaan selamat.

1. Menubuhkan Jawatankuasa Disiplin Asrama.

2. Mewujudkan Buku Peraturan Asrama.

3. Merekod kes disiplin di dalam Buku Salahlaku.

4. Melengkapkan data kes salahlaku ke dalam Sistem Maklumat Asrama (SMA).

5. Mewujudkan Lembaga Pengawas Asrama.

6. Memastikan murid mematuhi peraturan dan mengambil tindakan terhadap murid yang melanggar peraturan asrama.

7. Mematuhi prosedur tindakan yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia

8. Melaksanakan program Sistem Amaran Awal (AWAS).

9. Menyediakan borang tertentu yang berkaitan dengan disiplin seperti :

i. Akujanjiii. Surat Pemberitahuaniii Borang Pengakuan dan lain-lain yang berkaitan.

10. Memaklumkan dan memanggil ibu bapa/penjaga murid yang melakukan kesalahan untuk sesi perbincangan.

11. Merujuk kes-kes salahlaku murid kepada Pengetua / Guru Besar untuk diambil tindakan.

12. Menyediakan program pemantapan disiplin. Contohnya:

i. Sesi Kaunseling

ii. Motivasi

iii. Ceramah

36

Page 17: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

iv. Seminar Keibubapaan

4.7 Jadual Harian Murid Asrama

Isnin Hingga Khamis (Mengikut kesesuaian sekolah)

5.30 pagi Siren/loceng murid bangun/persiapan diri.

6.00 pagi Sembahyang Subuh secara berjemaah.

6.40 pagi Sarapan pagi.

7.00 pagi Siren/loceng untuk meninggalkan dewan makan.

7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah.

7.10 pagi Perhimpunan pagi.

7.25 pagi Pelajaran bermula.

12.00 t.hari Makan tengah hari

1.45 petang Sembahyang Zohor secara berjemaah.

2.50 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan .

3.00 petang Kelas persediaan

4.30 petang Minum petang.

4.45 petang Sembahyang Asar secara berjemaah.

5.00 petang Riadah/Urus Diri

6.15 petang Siren/Loceng dibunyikan.

6.30 petang Makan malam.

7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah.

9.00 malam Kelas persediaan malam.

10.30 malam Minum malam.

11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam.

11.05 malam Murid berada di katil masing-masing

37

Page 18: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

Jumaat

5.30 pagi Siren/loceng murid bangun/persiapan diri.

6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah (Sujud Sajadah).

6.40 pagi Sarapan pagi.

7.00 pagi Siren/Loceng untuk meninggalkan dewan makan.

7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah.

7.10 pagi Perhimpunan pagi.

7.25 pagi Pelajaran bermula.

12.00 petang Makan tengahari.

12.45 petang Sembahyang Jumaat (L) /Zohor (P).

2.50 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan .

3.00 petang Kelas persediaan .

4.30 petang Minum petang.

4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah.

5.00 petang Riadah/Urus Diri

6.15 petang Siren/Loceng dibunyikan .

6.30 petang Makan malam.

7.30 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah.

8.00 malam Kelas persediaan malam.

10.30 malam Minum malam.

11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam.

11.05 malam Murid berada di katil masing-masing.

Sabtu

5.30 pagi Siren/loceng murid bangun.

6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah/ kuliah subuh

6.40 pagi Sarapan pagi.

38

Page 19: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

7.00 pagi Siren/loceng untuk meninggalkan dewan makan.

7.05 pagi Murid meninggalkan asrama untuk ke sekolah.

7.10 pagi Perhimpunan pagi.

8.00 pagi Kelas persediaan/aktiviti kokurikulum./Keluar ke bandar.

12.00 tgh. Tamat kelas persediaan/Aktiviti Kokurikulum.

12.30 tgh Makan tengahari.

1.30 petang Sembahyang Zohor berjemaah. 4.30 petang Minum petang.

4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah.

5.00 petang Riadah Petang/Urus Diri

6.15 petang Siren/Loceng peringatan dibunyikan.

6.20 petang Semua mesti berada di asrama

6.30 petang Makan malam.

7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah. Aktiviti berfaedah/kelas persediaan malam.

10.30 malam Minum malam.

11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam.

11.05 malam Murid berada di atas katil masing-masing.

Ahad/ Cuti Umum

5.30 pagi Siren/loceng murid bangun.

6.00 pagi Sembahyang Subuh berjemaah/Kuliah Subuh

6.30 pagi Riadah pagi.

7.30 pagi Sarapan pagi.

9.00 pagi Gotong royong

10.00 pagi Pemeriksaan rasmi asrama. 12.30 tgh Makan tengahari.

39

Page 20: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

1.30 tgh Sembahyang Zohor berjemaah. 4.30 petang Minum petang.

4.45 petang Sembahyang Asar berjemaah.

5.00 petang Riadah petang. 6.15 petang Siren/loceng peringatan dibunyikan .

6.30 petang Makan malam.

7.20 malam Sembahyang Maghrib/Isya’ berjemaah

9.00 malam Kelas persediaan malam.

10.30 malam Minum malam.

11.00 malam Siren/loceng peringatan lampu dipadam.

11.05 malam Murid berada di atas katil masing-masing.

4.8 PERATURAN ASRAMA

4.8.1 Peraturan Kemasukan

a) Penginapan di asrama adalah terhad untuk tempoh setahun sahaja.

b) Murid mestilah memohon semula untuk tahun berikutnya.

4.8.2 Peraturan Berpakaian

a) Setiap murid dikehendaki berpakaian kemas semasa di sekolah, menghadiri kelas persediaan, pemeriksaan dorm dan menghadirisebarang acara rasmi asrama atau sekolah.

b) Setiap murid mesti memakai pakaian rasmi asrama/kemas apabila keluar dari kawasan asrama seperti keluar ke bandar, mengikuti rombongan dan pulang ke rumah.

c) Murid perempuan tidak dibenarkan menyimpan kuku, mewarnakannya dan memakai kosmetik.

4.8.2.1 Pakaian Sekolah Murid Lelaki

a) Baju

i) Warna putih (cotton), lengan pendek , poket satu di kiri dan tidak bertutup.

ii) Butang putih dijahit dengan benang putih.

iii) Baju sentiasa dimasukkan ke dalam.

40

Page 21: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

iv) Baju berlengan panjang dibenarkan dengan syarat dikenakan butang di pergelangan tangan atau dilipat dengan kemas hingga ke paras siku.

41

Page 22: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

b) Seluar

i) Seluar panjang berwarna hijau tua/putih .

ii) Labuh seluar tidak melebihi tumit kasut dan paling singkat menutup buku lali apabila berdiri.

iii) Potongan “bell-bottom”, kaki kecil (slim cut ) dan ketat tidak dibenarkan.

iv) Material dari ‘Jeans’ atau ala ‘Jeans’ tidak dibenarkan.

c) Stokin

i) Semasa berpakaian sekolah mesti memakai stokin berwarna putih.

ii) Stokin yang terlalu pendek tidak dibenarkan.

d) Kasut

i) Kasut kanvas berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, kasut kulit berwarna hitam (bukan kanvas) dipakai untuk acara rasmi.

ii) Kasut tidak bertumit tinggi.

iii) Kasut berbelang-belang, sandal, selipar, kasut sukan tidak dibenarkan dipakai pada waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah.

iv) Kasut tidak boleh diconteng dan mesti sentiasa bersih.

v) Kasut bertali mestilah diikat kemas..

e) Tali Pinggang.

i) Hanya tali pinggang kanvas berwarna hijau atau hitam dibenarkan.

ii) Lebar tali pinggang mestilah tidak melebihi 2 cm.

iii) Kepala tali pinggang yang besar dan berbagai bentuk tidak dibenarkan.

(Rujuk buku panduan disiplin – peraturan pakaian sekolah)

42

Page 23: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.8.2.2 Pakaian Sekolah Murid Perempuan.

i) Baju kurung dan kain atau ‘pinafore’ sekolah (cotton).

ii) Telekung mini berwarna putih.

iii) Stokin berwarna putih dipakai semasa waktu persekolahan, acara rasmi, keluar ke bandar atau mengikuti rombongan sekolah.

(Rujuk buku panduan disiplin – peraturan pakaian sekolah)

4.8.2.3 Pakaian Kebangsaan.

a) Murid Lelaki.

i) Pakaian kebangsaan berwarna putih atau berwarna pilihan asrama, potongan baju berbutang 5 atau 3.

ii) Songkok hitam, berukuran tinggi 10 cm dan bersampin.

b) Murid Perempuan

Pakaian baju kurung berwarna putih atau berwarna pilihan asrama.

4.8.2.4 Pakaian Sukan

i) Seluar panjang permainan (seluar trek) berwarna biru gelap atau hitam.

ii) Hanya baju ‘T’ berkolar, berwarna putih berlengan pendek atau panjang, kosong atau berlambang/tulisan yang berkaitan dengan identiti sekolah sahaja.

4.8.2.5 Pakaian Pengawas

Tertakluk kepada tatacara berpakaian pengawas sekolah.

4.8.2.6 Tanda Nama dan Lencana Sekolah

Hendaklah dipakai bersama pakaian seragam sekolah.

4.8.2.7 Cermin Mata

i) Tidak dibenarkan memakai cermin mata kecuali atas nasihat doktor.

ii) Cermin mata tidak boleh berbingkai besar atau terlalu kecil dan berwarna atau berfesyen.

iii) Cermin mata tidak boleh berwarna kecuali atas nasihat doktor

iv) Tidak dibenarkan memakai cermin mata hitam/ gelap.

43

Page 24: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.8.2.8 Topi/Songkok

i) Dibenarkan memakai topi sekolah ketika menyertai atau menyaksikan acara sukan dan permainan.

ii) Dibenarkan memakai songkok hitam sahaja.

4.8.2.9 Rambut

a) Murid Lelaki

i) Rambut mesti sentiasa pendek dan tidak mencecah kolar baju. Bahagian belakang tidak tebal dan ekor pipit 2 cm sahaja.

ii) Rambut mesti disikat kemas dan bersih.

iii) Membotakkan kepala adalah dilarang.

iv) Rambut yang berfesyen atau berwarna adalah dilarang.

v) Misai,janggut dan jambang tidak dibenarkan.

b) Murid Perempuan

i) Rambut hendaklah pendek. Jika panjang mestilah diikat/ didandan dengan reben hitam/putih/biru.

ii) Rambut tidak boleh menutupi bahagian muka.

iii) Rambut yang berfesyen dan berwarna adalah dilarang.

iv) Rambut mesti kemas dan bersih.

v) Bulu kening tidak boleh dihias, dicukur atau dicabut.

4.8.3 Majalah Dan Penulisan

i) Sebarang kegiatan untuk menerbitkan majalah asrama, makalah, risalah, berita, pengumuman dengan menggunakan surat atau bahan cetak mestilah mendapat kebenaran daripada Pengetua/Guru Besar.

ii) Semua tulisan yang bertujuan untuk dicetak, disebar dan diedar hendaklah melalui semakan dan kebenaran warden.

iii) Murid-murid tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan kepada pihak akhbar atau badan-badan lain tanpa kebenaran Pengetua/Guru Besar.

44

Page 25: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

iv) Segala perkara yang berhubung dengan penerbitan majalah, risalah adalah tertakluk kepada peraturan sekolah (rujuk pekeliling tentang Majalah Sekolah 1958) dan pindaan- pindaannya.

4.8.4 Surat Menyurat

i) Semua surat yang diterima dan dikirim mesti ada nama dan alamat pengirim.

ii) Pihak pentadbiran asrama berhak menapis semua surat jika dirasakan perlu.

iii) Penerima surat berdaftar mesti membawa kad pengenalan dan mengambil surat berdaftar di pejabat selepas waktu sekolah.

4.8.5 Harta Persendirian

i) Menjadi tanggungjawab setiap murid menjaga harta benda milik masing-masing.

ii) Buku-buku persendirian, pakaian atau apa juga barangan hak milik murid hendaklah ditulis nama sendiri dan dijaga dengan bersih, cermat dan sempurna.

iii) Wang dan barang-barang berharga tidak boleh ditinggalkan di dalam kelas, dorm atau tempat-tempat yang terdedah. Murid hanya dibenarkan menyimpan wang tidak melebihi RM10.00 pada setiap masa. Wang selebihnya hendaklah disimpan oleh warden atau di bank.

iv) Sebarang wang atau barang-barang lain yang dijumpai hendaklah diserahkan kepada pengawas, guru disiplin, guru bertugas harian atau warden untuk diumumkan dan dipulangkan kepada pemiliknya.

4.8.6 Barang larangan

i) Radio, telefon bimbit dan alat-alat elektrik/elektronik/muzik tidak dibenarkan dibawa ke asrama.

ii) Rokok, pil khayal, ‘chewing gum’, kuaci, minuman keras, alat solek, barang kemas, pakaian berharga,cermin mata hitam, pakaian menjolok mata, pakaian beraneka fesyen, baju T ala rockers, seluar Jeans, bahan lucah, buku cerita berbentuk hiburan, album bergambar, buku/majalah berunsur negatif, bahan-bahan/permainan berbahaya dan sebarang kenderaan tidak dibenarkan dibawa ke asrama.

iii) Bahan-bahan berbahaya seperti bahan letupan, mercun, peralatan tajam dan peralatan yang mengancam keselamatan tidak dibenarkan dibawa ke asrama.

45

Page 26: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.8.7 Kawasan Larangan

i) Pejabat sekolah dan bilik guru kecuali ada urusan tertentu sahaja.

ii) Bilik Makmal atau Bilik Tayangan, Bilik Kemahiran Hidup, Bilik Lukisan, Gimnasium, Bilik Komputer, Bilik Gerakan, Bilik Tetamu dan Bilik Profesional kecuali pada waktu persekolahan atau menjalani aktiviti persatuan dengan kehadiran guru penasihat persatuan.

iii) Dewan makan kecuali waktu makan/minum atau operasi pembersihan.

iv) Dapur dan tangki air.

v) Kawasan ibu sawat elektrik dan tempat menyimpan kenderaan sekolah.

vi) Kawasan rumah Pengetua/Guru Besar, Penolong Kanan, rumah guru dan rumah pekerja.

vii) Kawasan asrama pada waktu persekolahan rasmi, waktu riadah, solat jemaah, aktiviti petang atau persatuan dan waktu kelas persediaan.

viii) Pada waktu malam yang tiada kelas persediaan, murid-murid mesti berada di kawasan asrama sahaja kecuali dengan kebenaran.

ix) Kawasan asrama puteri menjadi kawasan larangan murid putera dan sebaliknya.

4.8.8 Kelas Persediaan

i) Semua murid diwajibkan menghadiri kelas-kelas persediaan petang dan malam yang telah ditetapkan.

ii) Sebarang pengecualian hendaklah mendapat kebenaran daripada ketua warden atau warden bertugas.

iii) Sewaktu kelas persediaan kegiatan bukan berbentuk akademik tidak dibenarkan.

iv) Murid-murid juga tidak dibenarkan membaca surat khabar, majalah, komik, menulis surat, membuat lukisan, berjalan-jalan atau berbual-bual kosong.

4.8.9 Makanan

i) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan dan minuman keluar dari dewan makan.

ii) Murid-murid tidak dibenarkan membawa makanan basah ke dalam dorm.

iii) Murid yang sakit atau tidak berupaya berjalan, makanan boleh dibawa ke bilik rawatan.

46

Page 27: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.9 Peraturan Keluar Masuk

i) Murid dibenarkan keluar ke bandar mengikut jadual yang ditetapkan oleh pihak asrama.

ii) Setiap murid mestilah menyerahkan kad murid/kad keluar masuk di pondok pengawal/warden sewaktu keluar dan mengambilnya semula semasa memasuki kawasan asrama.

iii) Kebenaran keluar asrama pada waktu yang lain hanya diberikan untuk temujanji rawatan, kecemasan atau sebab-sebab lain yang wajar sahaja.

iv) Murid tidak dibenarkan keluar dari asrama tanpa kebenaran ketua warden atau warden bertugas.

v) Murid yang keluar ke bandar dilarang membawa beg atau bungkusan yang berisi pakaian dan seumpamanya.

4.10 Peraturan Melawat

i) Masa melawat adalah ditetapkan seperti berikut :

Sabtu/ Ahad : 10.00 pagi - 6.00 petang Kelepasan Am : 10.00 pagi - 6.00 petang

ii) Masa kecemasan atau hal-hal lain yang mustahak, ibu bapa/penjaga boleh melawat dengan kebenaran Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan HEM/ warden bertugas.

iii) Semua pelawat hendaklah dilayan di tempat yang disediakan. Pelawat dilarang masuk ke dalam dorm dan kawasan-kawasan larangan yang lain.

iv) Murid perempuan tidak dibenarkan menerima tetamu lelaki kecuali bapa atau adik-beradik lelaki.

v) Semua pelawat mestilah mempunyai kad pelawat dan mematuhi syarat syarat yang tercatat pada kad pelawat tersebut.

vi) Pihak pengawal/warden berhak menahan pelawat-pelawat yang tidak mempunyai kad pelawat atau yang diragukan kesahihannya.

vii) Pelawat/Ibu bapa hanya dibenarkan melawat murid pada waktu lawatan sahaja.

viii) Pada waktu persekolahan, sekiranya ada kecemasan atau hal yang penting, pelawat mestilah terlebih dahulu mendapat kebenaran Pengetua/Guru Besar.

ix) Pelawat tidak dibenarkan pergi ke bilik belajar untuk bertemu dengan murid.

x) Pakaian pelawat mestilah bersopan dan beradab.

47

Page 28: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

4.11 Pemeriksaan Asrama

i) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan dijalankan oleh pengawas sebelum sarapan pagi untuk memastikan tempat tidur murid dalam keadaan kemas dan bersih.

ii) Pemeriksaan pada setiap hari persekolahan hendaklah dijalankan oleh warden bertugas bagi memastikan :

a) Kebersihan dorm murid.

b) Kebersihan asrama.

c) Setiap murid mempunyai peralatan peribadi yang lengkap.

d) Perkara-perkara lain yang diperlukan oleh pihak sekolah.

iii) Pemeriksaan asrama pada hari Ahad, jam 10.00 pagi dijalankan oleh pengawas dan warden.

iv) Pemeriksaan mengejut diadakan pada bila-bila masa oleh Pengetua/Guru Besar/Penolong Kanan HEM/ Warden/Guru Disiplin atau Pengawas.

4.12 Kategori Kesalahan Murid

4.12.1 Kesalahan Berat

a) Menyimpan, membawa, mengambil atau mengedar dadah.

b) Menghisap, menyimpan atau membawa rokok, meminum minuman keras atau berjudi.

c) Mencuri atau merosakkan harta benda sekolah atau asrama, guru-guru, pekerja atau murid-murid lain dengan sengaja.

d) Mencabar atau mengancam serta menggunakan kekerasan terhadap guru-guru, kakitangan atau murid-murid lain.

e) Menjadi ahli dalam pertubuhan haram dan menyimpan senjata berbahaya yang boleh digunakan untuk tujuan jahat.

f) Menceroboh ke asrama puteri bagi putera atau sebaliknya.

48

Page 29: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

g) Pertemuan antara putera dan puteri atau dengan individu lain yang berlainan jantina di tempat-tempat yang tersembunyi, gelap atau yang boleh mendatangkan syak wasangka.

h) Sengaja menimbulkan perkara-perkara yang sensitif dengan tujuan menimbulkan kacau bilau dan pergaduhan.

i) Meninggalkan kawasan sekolah/asrama tanpa kebenaran dengan cara memanjat pagar, menumpang kenderaan dan sebagainya.

j) Ponteng kelas/sekolah, tidak menyiapkan kerja sekolah, menipu dan membantah arahan warden/guru.

k) Membantah keputusan atau arahan pihak pejabat, penyelia asrama, warden, guru disiplin, penolong kanan atau pengetua walaupun telah diberi beberapa kali amaran.

l) Menunjukkan sifat bongkak dan menghina pengawas sekolah/asrama,warden,guru dan kakitangan sekolah/asrama.

4.12.2 Kesalahan Sederhana

a) Menyalahgunakan ilmu seni mempertahankan diriseperti silat, karate atau Tae Kwan Do dan sebagainya.

b) Melakukan kesalahan-kesalahan ringan secara berturut-turutwalaupun telah diberi amaran dan membuat perakuanbertulis.

4.12.3 Kesalahan Ringan

a) Tidak menepati masa yang telah ditetapkan dalam peraturan sekolah/asrama.

b) Tidak mengikuti peraturan berpakaian yang ditetapkan dan tidak berpakaian kemas.

c) Tidak mematuhi arahan-arahan daripada pengawas dan ketuadorm.

d) Berambut panjang, tidak dijaga dengan kemas atau tidak dipotong/disikat secara yang dibenarkan.

e) Tidak menghadiri perjumpaan/aktiviti-aktiviti yang telah ditetapkan.

f) Berkelakuan kurang sopan/membuat bising/menggangguketenteraman umum atau murid lain di asrama/sekolah/padang/gelanggang semasa menonton perlawanan sukan/semasa dalam rombongan dan sebagainya.

49

Page 30: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

g) Menyalahgunakan kemudahan sekolah/asrama seperti menconteng poster yang ditampalkan/papan kenyataan/papan hijau/putih, bilik darjah, bas sekolah, membazirkan tenaga elektrik, air dan lain-lain.

h) Tidak menjaga keselamatan diri/harta benda sekolah/ asrama/ murid- murid lain.

4.13 Tindakan –Tindakan

4.13.1 Kesalahan Berat

a) Dilaporkan kepada Pengetua / Guru Besar / PPD /JPN/Kementeriaan Pelajaran Malaysia (mengikut kesalahan) dan dimaklumkan kepada ibu bapa/penjaga.

b) Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan

terakhir.

c) Menarik balik biasiswa atau kemudahan lain yang telah diberikan.

d) Diberi amaran terakhir, dirotan, digantung atau dibuang asrama.

e) Mengisi borang akujanji.

f) Dihantar ke sesi kaunseling.

4.13.2 Kesalahan Sederhana

a) Kali pertama :

- Dirotan.

- Membuat perakuan bertulis.

- Laporan kepada ibu bapa/penjaga.

- Ditahan keluar ke bandar selama dua kali berturut-turut.

- Dihantar ke sesi kaunseling.

50

Page 31: 085_Bahagian B-Pengurusan Penghuni Asrama-Federal

b) Kali Kedua :

- Dirotan.

- Amaran terakhir.

- Membuat perakuan bertulis.(salinan kepada ibu bapa atau penjaga)

- Menghubungi ibu bapa/penjaga untuk membuat perakuan bertulis di hadapan pengetua.

- Dihantar ke sesi kaunseling.

c) Kali ketiga.

- Dirotan.

- Diumumkan semasa perhimpunan.

- Digantung persekolahan/asrama.

- Direkod sebagai kesalahan berat, jika diulangi akan dibuang sekolah/asrama

- Dihantar ke sesi kaunseling.

4.13.3 Kesalahan Ringan.

a) Kali pertama

- Diberi amaran.

b) Kali kedua.

- Diberi amaran terakhir

- Ditahan keluar ke bandar sekali.

c) Kali ketiga.

- Dirotan

- Ditahan keluar ke bandar tiga kali berturut- turut

- Direkod sebagai kesalahan sederhana. Jika diulangi akan dirotan serta dilaporkan kepada ibu bapa/penjaga.

- Dihantar ke sesi kaunseling.

51