kandungan - ums · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5....

26
PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 1 Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS A. Pengenalan Bahagian Perumahan Pelajar Kolej Kediaman Dasar Penginapan di Asrama/ Kolej Kediaman Falsafah Penginapan Asrama/ Kolej Kediaman B. Punca Kuasa C. Fungsi HEPA D. Proses Pengurusan Penempatan Pelajar di Kolej Kediaman E. Kriteria-kriteria Pemilihan Penempatan Pelajar a) Syarat-Syarat Kelayakan Masuk Kolej Kediaman b) Kelayakan Istimewa c) Jawatankuasa Pemilihan Penempatan Kolej Kediaman F. Peraturan-Peraturan Kolej Kediaman G. Tatatertib Asrama H. Penggunaan Barangan Elektrik I. Peraturan Larangan Memasak J. Waktu Senyap K. Iklan Tampalan L. Tetamu M. Kegiatan Berdua-duaan/berkhalwat dalam Kawasan Kolej Kediaman N. Penggunaan Kasut dan Selipar O. Kecurian dan Laporan Kehilangan P. Peraturan Pusat Kemudahan Kolej Kediaman Q. Kemudahan Televisyen R. Penginapan Semasa Cuti S. Sopan Santun T. Larangan menyimpan Alat-alat Dan Bahan-bahan Yang Berbahaya Di Asrama/Kolej Kediaman U. Peraturan Penggunaan Stor V. Peraturan Pengendalian Surat, Bungkusan,Pos Laju, berdaftar dan Telegram W. Etika Pakaian Pelajar X. Peraturan Mengosongkan Bilik Y. Peraturan Kenderaan Z. Peraturan Kecemasan Pertikaian Perhatian Tindakan Tatatertib Mengikut Akta Universiti Dan Kolej Kediaman Peraturan Kewangan Pembayaran Kelewatan Pembayaran Yuran Penginapan Rayuan Penangguhan Yuran Penginapan Bayaran Balik Yuran Penginapan Peraturan Ganti Rugi Jenis Ganti Rugi Kadar Ganti Rugi Yang Dikenakan Kadar Bayaran Penginapan Luar Kadar Bayaran Denda Yang Dikenakan Kepada Penghuni-penghuni Yang Melanggar Peraturan PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN UNIVERSITI MALAYSIA SABAH KANDUNGAN

Upload: others

Post on 30-Aug-2021

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 1

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

A. Pengenalan

Bahagian Perumahan Pelajar

Kolej Kediaman

Dasar Penginapan di Asrama/ Kolej Kediaman

Falsafah Penginapan

Asrama/ Kolej Kediaman

B. Punca Kuasa

C. Fungsi HEPA

D. Proses Pengurusan Penempatan

Pelajar di Kolej Kediaman

E. Kriteria-kriteria Pemilihan

Penempatan Pelajar

a) Syarat-Syarat Kelayakan Masuk Kolej Kediaman

b) Kelayakan Istimewa c) Jawatankuasa Pemilihan

Penempatan Kolej Kediaman

F. Peraturan-Peraturan Kolej

Kediaman

G. Tatatertib Asrama

H. Penggunaan Barangan Elektrik

I. Peraturan Larangan Memasak

J. Waktu Senyap

K. Iklan Tampalan

L. Tetamu

M. Kegiatan Berdua-duaan/berkhalwat

dalam Kawasan Kolej Kediaman

N. Penggunaan Kasut dan Selipar

O. Kecurian dan Laporan Kehilangan

P. Peraturan Pusat Kemudahan Kolej

Kediaman

Q. Kemudahan Televisyen

R. Penginapan Semasa Cuti

S. Sopan Santun

T. Larangan menyimpan Alat-alat Dan

Bahan-bahan Yang Berbahaya Di

Asrama/Kolej Kediaman

U. Peraturan Penggunaan Stor

V. Peraturan Pengendalian Surat,

Bungkusan,Pos Laju, berdaftar dan

Telegram

W. Etika Pakaian Pelajar

X. Peraturan Mengosongkan Bilik

Y. Peraturan Kenderaan

Z. Peraturan Kecemasan

Pertikaian Perhatian Tindakan Tatatertib Mengikut Akta Universiti Dan Kolej Kediaman Peraturan Kewangan

Pembayaran

Kelewatan Pembayaran Yuran Penginapan

Rayuan Penangguhan Yuran Penginapan

Bayaran Balik Yuran Penginapan

Peraturan Ganti Rugi

Jenis Ganti Rugi

Kadar Ganti Rugi Yang Dikenakan

Kadar Bayaran Penginapan Luar Kadar Bayaran Denda Yang Dikenakan Kepada Penghuni-penghuni Yang Melanggar Peraturan

PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

KANDUNGAN

Page 2: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 2

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

A. PENGENALAN

BAHAGIAN PERUMAHAN PELAJAR

Bahagian Perumahan Pelajar (BPP)

merupakan Pusat Pentadbiran Induk Kolej -

Kolej Kediaman. Bahagian ini

bertanggungjawab menyelaras penempatan

penginapan pelajar, perancangan

pembangunan dan penambahbaikan polisi

dasar penginapan Universiti bagi

menyediakan kemudahan penginapan yang

kondusif kepada pelajar. Selain itu BPP juga

memainkan peranan penting dalam

menyumbang kepada kecemerlangan

pelajar di Kolej Kediaman dengan

menyediakan kelengkapan/kemudahan

prasarana dan sentiasa memastikan

kemudahan berada dalam keadaan yang

sebaik mungkin bagi keselesaan pelajar.

KOLEJ KEDIAMAN

Kolej Kediaman bersifat “kemudahan tetapi

bukan hak” merupakan tempat yang

eksklusif kepada pelajar untuk menjalankan

aktiviti harian. Selain tempat menginap ia

juga merupakan asas terpenting dalam

pembentukan sahsiah, berilmu, berakhlak,

berkemahiran, berdaya saing dan berdaya

tahan melalui proses pengajaran,

pembelajaran dan pembentukan peribadi

bagi meningkatkan budaya ilmu di Universiti.

DASAR PENGINAPAN DI ASRAMA/

KOLEJ KEDIAMAN

Penginapan di asrama/kolej kediaman

merupakan satu KEMUDAHAN untuk

pelajar, tetapi BUKANNYA HAK seseorang

pelajar.

Penempatan seseorang pelajar (tinggal di

asrama/kolej kediaman) ditentukan mengikut

budibacara dan kuasa mutlak Universiti.

Pelajar WAJIB memohon secara atas talian

di Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu

(SMPB) pada tempoh ditetapkan. Dendaan

dikenakan bagi rayuan permohonan

lewat/selepas tarikh ditetapkan.

FALSAFAH PENGINAPAN ASRAMA/

KOLEJ KEDIAMAN

“Asrama/ Kolej Kediaman adalah Pusat

kecemerlangan lanjutan dan pelengkap

kepada sistem pendidikan Universiti dalam

melahirkan graduan yang berakhlak mulia,

berpengetahuan luas, kritis, kreatif, inovatif,

insaf kepada permasalahan sosial serta

memperjuangkan keadilan sejagat dan

solidariti antarabangsa”

B. PUNCA KUASA

1. Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Akta 30) ;

2. Perintah Universiti Malaysia Sabah (Perbadanan) 1994 [P.U.(A) 484/1994]dan Perlembagaan Universiti Malaysia Sabah [P.U. (A) 149/1998] dan

3. Perlembagaan UMS (P.U.(A) 460/2010 Perintah ini bolehlah dinamakan Perintah Universiti dan Kolej Universiti (Pengubahan dan Penambahan kepada, Perlembagaan) (Universiti Malaysia Sabah) 2010 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada 1 Januari 2011.

C. FUNGSI HEPA

Tertakluk kepada Peraturan Universiti

Malaysia Sabah dan Akta Universiti dan

Kolej Universiti, Jabatan HEP

bertanggungjawab dalam aspek-aspek

berikut ;

i. Memantapkan pembinaan sahsiah

pelajar selaras dengan visi dan misi.

Page 3: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 3

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

ii. Memastikan mutu penyampaian

perkhidmatan dan pengendalian

Kebajikan pelajar diurus dengan

cekap dan berkesan;

iii. Memperkasa jaringan alumni dan

hubungan kerjaya

iv. Melakukan apa-apa fungsi lain dan

mengambil apa-apa tindakan

sebagaimana yang diperlukan dalam

menjalankan dengan sewajarnya

tugas-tugas di bawah Perlembagaan,

Statut, Kaedah dan Peraturan.

D. PROSES PENGURUSAN

PENEMPATAN PELAJAR DI KOLEJ

KEDIAMAN

1. Semua pelajar Tahun 1 disediakan

penginapan dan WAJIB tinggal di

kolej kediaman kecuali mendapat

kebenaran secara bertulis daripada

Timbalan Naib Canselor HEPA untuk

tinggal di luar Kolej Kediaman tetapi

yuran asrama tetap dikenakan untuk

semester 1 tahun pertama.

2. Perkara (1) di atas adalah tidak terpakai

untuk pelajar Antarabangsa.

3. Pelajar senior yang memerlukan

penginapan WAJIB memohon Kolej

Kediaman secara atas talian dalam

Sistem Maklumat Pelajar Bersepadu

(SMPB) pada setiap sesi pengajian

pada tarikh dan tempoh yang telah

ditetapkan. Namun tidak menjadi

keutamaan untuk tinggal di Kolej

Kediaman

4. Penempatan pelajar senior di Kolej

Kediaman akan dipilih pada setiap sesi

dan ditetapkan oleh Jawatankuasa

Pemilihan Penempatan Kolej

Kediaman.

5. Penempatan pelajar yang ditawarkan

tempat penginapan pada setiap sesi di

Kolej Kediaman adalah mengikut

ketetapan dan keputusan pihak

Universiti.

6. Universiti berhak menarik balik tawaran

tempat tinggal/ penginapan atas sebab-

sebab kepentingan Universiti

/Disabitkan dengan kesalahan tatatertib

Universiti.

7. Penghuni yang telah ditawarkan

tempat penginapan, TIDAK boleh

bertukar/pindah bilik kecuali mendapat

kebenaran secara bertulis daripada

Pengetua Kolej Kediaman.

8. Pertukaran Kolej Kediaman hanya

dibenarkan pada semester dua setiap

sesi pengajian setelah mendapat

persetujuan Pengetua Kolej Kediaman

asal, Pengetua Kolej dipohon dan

Kelulusan Ketua BPP. Kelulusan

adalah tertakluk kepada kekosongan.

9. Pelajar yang menginap di kolej

kediaman perlu mengemaskini data

maklumat peribadi dalam Sistem

Maklumat Pelajar Bersepadu (SMPB)

setiap semester untuk rekod dan

kebajikan pelajar.

10. Pelajar yang tidak ditawarkan kolej

kediaman UMS secara automatik

dikategorikan status Non Resident

(NR). Namun perlu mengemaskini data

maklumat peribadi dalam SMPB untuk

rekod daftar NR dan pengecualian

yuran asrama.

11. Pelajar yang tidak memohon kolej

kediaman secara automatik menjadi

pelajar Non Resident (NR).

Page 4: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 4

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

E. KRITERIA-KRITERIA ASAS PEMILIHAN PENEMPATAN PELAJAR

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN MASUK

KOLEJ KEDIAMAN

i. WAJIB memohon secara atas talian

(online) dalam Sistem Maklumat

Pelajar pada tempoh ditetapkan.

Dendaan dikenakan bagi rayuan

permohonan lewat/selepas tarikh

ditetapkan

ii. Pelajar yang memohon kolej

kediaman hendaklah pelajar yang

berstatus aktif dalam pengajian

iii. Tidak disabitkan kesalahan tatatertib

iv. Tidak berhutang dengan Pihak

Universiti

v. Aktif menyertai aktiviti

Kemahasiswaan di Kolej Kediaman/

Fakulti/ Universiti.

vi. Tertakluk kepada kekosongan

tempat di Kolej Kediaman.

KELAYAKAN ISTIMEWA

i. Majlis Perwakilan Pelajar (MPP)

ii. Jawatankuasa Kebajikan Mahasiswa

(JAKMAS)

iii. Unit Beruniform

iv. Orang Kurang Upaya (OKU)

v. Orang Asli (Semenanjung)

vi. Atlit UMS

vii. Mewakili UMS di peringkat

Kebangsaan/Antarabangsa.

viii. B40

Namun kelayakan istimewa di atas adalah

tertakluk kepada dasar penginapan semua

pelajar WAJIB membuat permohonan

secara atas talian (online) dalam Sistem

Maklumat Pelajar Bersepadu(SMPB)

JAWATANKUASA PEMILIHAN

i. Jawatankuasa Pemilihan

Penempatan pelajar senior

diperingkat Kolej adalah Pengetua,

Felo, Pentadbiran Kolej dan wakil

Bahagian Perumahan Pelajar.

ii. Keputusan pemilihan oleh

Jawatankuasa Pemilihan Peringkat

kolej akan dibentangkan dan

diluluskan dalam Mesyuarat

Pemilihan Pelajar senior yang

dipengerusikan oleh Timbalan Naib

Canselor, Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni UMS

F. PERATURAN-PERATURAN KHAS

KOLEJ KEDIAMAN

1. Setiap penghuni dikehendaki mengisi

dan menandatangani beberapa borang

maklumat perabot yang ada dalam bilik

untuk mengesahkan samada lengkap

atau tidak semasa ia mula menginap di

bilik berkenaan. Bayaran denda atau

gantirugi akan dikenakan jika berlaku

kerosakan atau kehilangan perabot di

bilik tersebut. Tindakan disiplin akan

diambil oleh Pengetua jika sabit

kesalahan.

2. Hanya penghuni yang berdaftar/sah

sahaja dibenarkan tinggal di Kolej

Kediaman. Pengetua boleh mengarah

keluar penghuni dibawah kuatkuasa

Kaedah tatatertib Kolej Kediaman jika

didapati ada setinggan di biliknya.

Penghuni tersebut boleh dikeluarkan

dengan serta merta dan tidak lagi

dibenarkan tinggal di Kolej Kediaman

pada masa akan datang.

3. Setiap penghuni diwajibkan mendaftar

masuk di Pejabat Pentadbiran Kolej

kediaman pada setiap semester bermula

dan perlu mendaftar keluar semasa cuti

semester dalam tempoh ditetapkan.

Page 5: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 5

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

Dendaan RM20.00 akan dikenakan

kepada pelajar untuk setiap kesalahan

yang tidak mematuhi peraturan ini.**

4. TNC HEPA boleh mengarahkan

penghuni mengosongkan tempat tinggal

yang disediakan di Kolej Kediaman pada

bila-bila masa atas sebab kepentingan

universiti

5. Pengetua boleh dari semasa ke semasa

memberi apa-apa perintah atau arahan

secara bertulis atau lisan yang difikirkan

perlu untuk memelihara ketenteraman

dan tatatertib asrama.

6. Pengurusan dan Pentadbiran Kolej

Kediaman akan membuat

pemeriksaan mengejut di

asrama/kolej kediaman pada bila-bila

masa.

7. Sebarang kerosakan hendaklah

dilaporkan segera kepada pejabat

Pentadbiran Kolej Kediaman. Tindakan

denda/gantirugi kepada penghuni

berkenaan jika kerosakan yang

mendatangkan mudarat tidak dilaporkan

segera.

G. TATATERTIB ASRAMA

1. Penghuni tidak boleh berpindah bilik

tanpa kebenaran secara bertulis

terlebih dahulu daripada Pengetua

Kolej Kediaman.

2. Bilik-bilik hendaklah dibersihkan

sendiri oleh penghuni. Bilik yang

didapati kotor akan dikenakan denda.

(Rujuk dalam Peraturan Kadar

Denda/Gantirugi penghuni yang

melanggar peraturan)

3. Penghuni adalah tidak dibenarkan

memindah /mengubah /mengalih

kedudukan perabot di dalam bilik atau

memasukkan perabot-perabot baru ke

dalam bilik tanpa kebenaran

Pentadbiran Kolej.

4. Penghuni tidak dibenarkan membuat/

melakukan penyambungan

pendawaian elektrik untuk sebarang

kegunaan di dalam bilik.

5. Penghuni tidak dibenarkan

memelihara/ membawa/ memiliki

sebarang jenis haiwan peliharaan di

dalam bilik/ kawasan Kolej Kediaman .

6. Penghuni yang dengan sengaja

merosakkan bahagian bangunan dan

barang universiti (Melakukan

Vandalisme) akan dikenakan denda

dan tindakan tatatertib oleh pihak

Universiti.

7. Penghuni tidak dibenarkan menampal

semua jenis poster atau sebarang

bahan berbentuk kertas pada dinding

bilik/unit/rumah atau memaku

sebarang jenis tampalan yang boleh

merosakkan dinding/cermin dengan

pin, paku, gam dan kertas tampalan.

(sekiranya berlaku poster akan

ditanggalkan)

8. Penghuni tidak boleh menghalang atau

menahan seseorang Pegawai

Pentadbiran Kolej daripada memasuki

dan membuat pemeriksaan di bilik

berkenaan. “seseorang pelajar

menetap tidak boleh melakukan

sesuatu untuk menghalang,

merintang dan menahan seseorang

pegawai/pekerja atau ejen Universiti

daripada memasuki bilik pelajar

menetap itu dan menjalankan

tugas-tugas kewajipan atau

tanggungjawab di dalam bilik itu”

(Petikan Akta Universiti dan Kolej

Kediaman)

Page 6: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 6

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

“ Universiti boleh mengkehendaki

seseorang pelajar menetap

mengosongkan tempat tinggalnya atau

berpindah ke tempat tinggal lain yang

disediakan oleh Universiti pada bila-

bila masa tanpa memberi apa-apa

sebab”(Dipetik daripada Akta

Universiti dan Kolej Kediaman).

Timbalan Naib Canselor HEPA atau

mana-mana orang lain yang diberi

kuasa olehnya boleh dari semasa ke

semasa memberi secara lisan atau

bertulis apa-apa perintah, suruhan atau

arahan yang difikirkan perlu atau

sesuai untuk memelihara

ketenteraman dan tatatertib dalam

asrama dan perintah, suruhan atau

arahan itu boleh pada amnya

mengenai semua pelajar atau sesuatu

golongan atau seseorang pelajar

tertentu dan adalah menjadi kewajipan

tiap-tiap pelajar yang mengenainya

perintah, suruhan atau arahan itu

diberi, mematuhi dan

melaksanakannya.

9. Penghuni tidak boleh berada di luar

Kolej Kediaman selepas jam 11.00

malam kecuali dengan kebenaran

Pengetua atau wakilnya.

10. Pelawat luar tidak dibenarkan berada

dalam premis asrama kecuali dengan

kebenaran yang diberi oleh pengetua

atau wakilnya selepas jam 11.00

malam.

11. Penghuni tidak dibenarkan membuang

sampah atau benda yang tidak mudah

hancur di merata-rata tempat seperti

plastik, tuala wanita, sisa-sisa

makanan dan lain-lain ke dalam tandas

atau saliran parit (longkang).

12. Pelajar DILARANG MEROKOK di

dalam bilik dan kawasan asrama/Kolej

Kediaman

13. Penghuni tidak dibenarkan membawa

masuk, memiliki, mengguna,

menyimpan, mengedar, menjual apa-

apa bahan lucah, racun, dadah, rokok,

minuman keras, alat-alat perjudian dan

makanan/minuman yang haram disisi

agama Islam di asrama/Kolej

Kediaman.

14. Penghuni dikehendaki menutup lampu,

kipas dan lain-lain suis elektrik apabila

tidak berada di dalam Kolej Kediaman

untuk mengelakkan pembaziran dan

kebakaran. Penghuni yang didapati

tidak mematuhi arahan ini akan

dikenakan denda oleh pihak

pentadbiran Kolej Kediaman.

15. Pelajar lelaki tidak dibenarkan

memasuki kawasan yang dikhaskan

untuk pelajar perempuan dan juga

sebaliknya. (kecuali kakitangan

Pentadbiran Kolej yang bertugas).

16. Pelajar lelaki tidak dibenarkan

berambut panjang, berwarna, gaya

melampau dan berekor. Rambut

hendaklah tidak mencecah kolar bahu.

(sila rujuk Peraturan Akta Universiti

dan Kolej Kediaman)

17. Pelajar senior tidak dibenarkan

melakukan penderaan (ragging) ke

atas pelajar baru. Mereka yang

didapati berbuat demikian akan diambil

tindakan tatatertib, termasuk dibuang

daripada Universiti (melanggar Akta

Universiti dan Kolej Kediaman).

18. AUKU – Kebenaran berhimpun

(mengikut pindaan AUKU 2012 )

H. PENGGUNAAN BARANGAN

ELEKTRIK

Page 7: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 7

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

L. TETAMU

M. KEGIATAN BERDUA-DUAAN/

BERKHALWAT DI SEKITAR KOLEJ

1. Setiap pelajar yang menginap di kolej

akan dikenakan caj penggunaan

barangan elektrik sebanyak RM35.00

setiap semester. Iaitu cerek elektrik,

seterika, pengecas telefon bimbit,

pengecas komputer riba dan mesin

pencetak (printer).

2. Barang elektrik selain dari yang

dinyatakan diatas adalah tidak

dibenarkan.

3. Bayaran yang dikenakan akan

dipotong melalui yuran pengajian

pelajar.

I. PERATURAN LARANGAN

MEMASAK

1. Penghuni kolej adalah dilarang

memasak di dalam Kolej Kediaman.

Sebarang peralatan yang digunakan

untuk memasak akan dirampas (tidak

dikembalikan) serta akan dikenakan

denda dan tindakan tatatertib.

J. WAKTU SENYAP

1. Penghuni tidak dibenarkan membuat

bising sehingga mengganggu

ketenteraman penghuni lain pada bila-

bila masa.

2. “Waktu Senyap” bermula jam 6.30

malam sehingga 6.30 pagi

3. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman

akan mengambil tindakan terhadap

mereka yang didapati melanggar

peraturan tersebut.

4. Pelajar juga tidak dibenarkan melepak

di kawasan tertentu tanpa tujuan yang

boleh menjejaskan imej Universiti.

K. IKLAN TAMPALAN

1. Sebarang iklan hanya boleh ditampal di

papan notis yang disediakan sahaja

dengan kebenaran pihak Pentadbiran

Kolej Kediaman.

2. Semua notis yang ditampal hendaklah

diturunkan setelah tamat tempoh notis

tersebut.

3. Penghuni tidak dibenarkan

menconteng/ menampal di dinding

asrama, bilik tidur dan lain-lain bagi

maksud-maksud tertentu.

4. Notis yang ditampal mesti

memaparkan nama pengiklan.

1. Penghuni tidak dibenarkan menerima /

membawa sebarang tetamu atau

keluarga di dalam bilik tidur.

2. Tetamu atau keluarga penghuni tidak

dibenarkan bermalam di bilik pelajar.

1. Penghuni Kolej dilarang berkelakuan

tidak sopan dan menjolok mata seperti

berdua - duaan (berlainan jantina

antara lelaki dan wanita), melakukan

aktiviti berkhalwat (berlainan jantina

atau sesama jantina) dengan

menimbulkan syak serta mencurigakan

di sekitar Kolej Kediaman / Universiti.

(Pelajar akan di rujuk pada

jawatankuasa tatatertib dan digantung

kemudahan penginapan sementara).

2. Aktiviti Lesbian, Gay, Biseksual, dan

Transeksual adalah dilarang

Page 8: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 8

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

diamalkan didalam dan sekitar

kawasan Kolej Kediaman / Unversiti.

(Pelajar akan di rujuk pada

jawatankuasa tatatertib dan digantung

kemudahan penginapan sementara).

N. PENGGUNAAN KASUT DAN

SELIPAR

1. Penghuni dikehendaki meletakkan

kasut dan selipar dengan

teratur/tersusun (dalam bilik atau luar

bilik).

O. KECURIAN DAN LAPORAN

KEHILANGAN

1. Penghuni bertanggungjawab

memastikan biliknya sentiasa dikunci

pada setiap masa.

2. Penghuni hendaklah bertanggungjawab

keatas penyimpanan wang dan

barangan berharga masing-masing.

3. Penghuni yang kecurian hendaklah

melaporkan kes kecurian dengan

segera kepada Pentadbiran Kolej atau

anggota Keselamatan Universiti yang

bertugas.

4. Universiti tidak boleh

dipertanggungjawabkan di atas

kehilangan dan kerosakan harta benda

pelajar

P. PERATURAN PUSAT KEMUDAHAN

KOLEJ KEDIAMAN

1. Semua kemudahan yang disediakan

oleh universiti di asrama hendaklah

digunakan dengan cermat oleh

penghuni.

2. Surau bagi penghuni beragama Islam

adalah dikendalikan oleh Jawatankuasa

Masjid/Surau berkenaan di bawah

pengawasan TNC HEPA.

Q. KEMUDAHAN TELEVISYEN

1. Penghuni hendaklah menggunakan

kemudahan TV jika disediakan di

asrama/Kolej Kediman dengan cermat.

2. Penghuni hendaklah memastikan

sistem suara TV tersebut tidak

mengganggu ketenteraman penghuni

yang lain.

3. Penghuni juga tidak dibenarkan

membuat bising semasa berada di

dalam bilik TV sehingga mengganggu

ketenteraman penghuni yang lain.

4. Penghuni dilarang sama sekali tidur

dibilik TV.

R. PENGINAPAN SEMASA CUTI

SEMESTER

1. Bagi mereka yang menginap di kolej

semasa cuti semester hendaklah

memohon secara bertulis ke Pejabat

Bahagian Perumahan Pelajar (BPP).

Permohonan boleh dibuat bermula pada

tarikh yang ditetapkan oleh Bahagian

Perumahan Pelajar melalui notis yang

dikeluarkan.

2. Tindakan akan diambil terhadap mereka

yang tinggal di tanpa kebenaran.

Bayaran penginapan akan dikenakan

mengikut kadar ditetapkan sepanjang

tempoh tersebut dan perlu dibayar di

Kaunter Bendahari terlebih dahulu.

Page 9: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 9

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

S. SOPAN SANTUN

1. Pelajar diwajibkan menunjukkan sikap

bersopan santun dengan sesiapa

sahaja. Sentiasalah bertegur sapa/

memberi salam/ hormat menghormati /

menunjukkan sikap berkerjasama dan

bantu membantu.

T. MENYIMPAN ALAT- ALAT DAN

BAHAN-BAHAN BERBAHAYA DI

ASRAMA/KOLEJ KEDIAMAN

1. Pelajar tidak dibenarkan menyimpan/

membawa/ memiliki/ menggunakan

bahan-bahan yang mudah terbakar

seperti minyak petrol dan bahan kimia

di dalam bilik.

2. Pelajar larang menyimpan/ membawa/

memiliki/ menggunakan senjata tajam/

merbahaya yang boleh mendatangkan

kecederaan.

3. Mereka yang didapati memiliki/

menyimpan/membawa/menggunakan

alat-alat tersebut akan dikenakan

tindakan tatatertib berdasarkan

peraturan Kolej Kediaman dan

Universiti.

U. PERATURAN PENGGUNAAN

STOR**

1. Semua barang yang hendak

ditinggalkan perlulah disimpan di

dalam stor sepanjang cuti semester

dengan memberikan maklumat butiran

peribadi yang ditetapkan.

2. Stor tersebut akan dibuka semula pada

tarikh pendaftaran akademik tiap-tiap

semester dan akan ditutup semula

sebulan selepas tarikh tersebut.

3. Barangan yang tidak dituntut selepas

tarikh yang ditetapkan akan disita

menjadi hak milik pengurusan kolej.

4. Barang-barang yang tidak disimpan di

dalam stor semasa cuti dianggap tidak

berguna dan akan dirampas/ dibuang.

5. Universiti tidak boleh

dipertanggungjawabkan atas

kehilangan dan kerosakan harta benda

pelajar.

** Pengendalian penggunaan Stor dibuat

oleh JAKMAS Kolej Kediaman masing-

masing.

V. PERATURAN PENGURUSAN

SURAT, BUNGKUSAN, SURAT

BERDAFTAR DAN TELEGRAM

1. Pejabat Kolej Kediaman hanya

bertanggungjawab ke atas surat-surat

yang beralamat lengkap sahaja.

2. Pelajar DIKEHENDAKI menunjukan

kad pelajar/matrik semasa berurusan

menuntut bungkusan, surat berdaftar

dan lain-lain.

3. Pengiriman pos yang dibenarkan

adalah berkaitan dengan pembelajaran

dan keperluan peribadi pelajar sahaja.

Barang-barang berunsurkan

perniagaan tidak dibenarkan.

W. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR

1. Pakaian mestilah KEMAS, BERSIH

dan SESUAI dengan amalan biasa

masyarakat Malaysia.

2. Amalkan PAKAIAN BERSOPAN (baju

kemeja biasa, baju T Berkolar,

berkasut, berseluar panjang dibawah

Page 10: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 10

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

paras lulut) terutamanya dikhalayak

ramai seperti di dewan kuliah,

perpustakaan, pejabat, kafeteria/

kantin.

3. Pemakaian TALI LEHER adalah

DIWAJIBKAN kepada pelajar lelaki

pada setiap hari ISNIN, RABU,

KHAMIS dan juga semasa menghadiri

majlis rasmi. Pelajar wanita

DIKEHENDAKI berbaju kurung atau

pakaian lain yang sopan dengan

berskirt panjang atau seluar panjang

yang longgar. Pada hari tersebut,

pelajar juga dikehendaki

menggunakan Bahasa Inggeris

semasa berkomunikasi secara lisan.

4. Elakkan daripada BERPAKAIAN

TIDAK SOPAN dan yang TERLALU

MENDEDAHKAN TUBUH DAN

MENJOLOK MATA seperti berikut di

khalayak ramai ;

i. Berselipar ii. Berseluar pendek atau berskirt

di atas paras lulut iii. Berbaju T tanpa kolar bagi

pelajar lelaki iv. Berseluar terlampau ketat v. Berbaju ketat dan tanpa lengan

bagi pelajar perempuan

5. Pakaian yang menutup sebahagian

muka (BERPURDAH) juga TIDAK

DIBENARKAN kerana menyukarkan

pihak berkuasa Universiti mengenali

mereka.

6. Untuk aktiviti makmal, sukan dan

kebudayaan, pelajar hendaklah

mematuhi amalan pakaian yang telah

dikuatkuasakan

7. Pelajar lelaki dilarang berambut

panjang dan berekor. Rambut

hendaklah tidak mencecah kolar bahu.

8. Pelajar dilarang sama sekali

mewarnakan rambut kecuali hitam dan

putih.

9. Pelajar DIWAJIBKAN memakai Kad

Pelajar semasa berurusan di Pejabat

HEP/ Kolej.

POTONGAN RAMBUT PELAJAR LELAKI

UMS

X. PERATURAN PENGOSONGAN

BILIK

1. Dalam masa seminggu sebelum bilik

dikosongkan, pihak kolej kediaman

/wakil Bahagian Perumahan Pelajar

akan memeriksa alat perabot dan lain-

lain peralatan dan kerosakan. Jika

bersabit dengan kerosakan dan

kehilangan, penghuni akan dikenakan

denda atau membayar gantirugi.

2. Setiap penghuni hendaklah

memastikan pintu dan tingkap dikunci

sebelum meninggalkan bilik.

3. Kunci hendaklah diserahkan sendiri di

pejabat berkenaan semasa penghuni

membuat pendaftaran keluar pada

waktu pejabat dan menandatangani

buku rekod pendaftaran keluar.

4. Kunci yang hilang akan diganti oleh

pihak asrama dan penghuni akan

dikenakan tindakan denda.

Page 11: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 11

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

5. Penghuni hendaklah memindahkan

barang-barang milik sendiri daripada

bilik/almari ke ruangan stor yang

disediakan.

6. Barang-barang yang tidak disimpan di

dalam stor semasa cuti dianggap tidak

berguna dan akan dibuang.

Y. KENDERAAN

1. Penghuni asrama TIDAK

DIGALAKKAN membawa kenderaan.

Sekiranya penghuni kolej masih

membawa kenderaan, penghuni

tersebut WAJIB mengisi borang

pendaftaran kenderaan di Pejabat

Keselamatan UMS.

2. Kenderaan hendaklah diletakkan

diruang/petak yang dibenarkan sahaja.

3. Pelajar dilarang meletakkan kenderaan

di tempat yang boleh membahayakan,

menghalang atau menyusahkan orang

atau kenderaan lain. Kenderaan yang

tidak diletakkan pada ruang yang

dibenarkan meletak kenderaan akan

dikenakan saman.

4. Pemilik kenderaan tidak dibenarkan

membunyikan kenderaan mereka

sehingga mengganggu ketenteraman

penghuni lain.

5. Pelajar dilarang memandu kereta/

motorsikal di atas koridor,beranda/ kaki

lima, halaman berkepung atau dimana-

mana bahagian daripada mana-mana

bangunan kolej.

6. Pelajar dilarang memandu lebih

daripada had laju yang ditetapkan.

(Pemakaian Ordinan lalulintas Jalan,

1958 dalam Kampus Ordinan P.T.M

49/58)

Sila rujuk Peraturan Lalu lintas di dalam

Kampus Universiti

Z. PERATURAN KECEMASAN

1. Sekiranya berlaku kecemasan

(kebakaran, bencana alam, ancaman

keselamatan) penggera kecemasan

akan dibunyikan.

2. Setiap penghuni hendaklah keluar dari

bilik dengan berhati-hati dan

berkumpul di satu tempat yang

dikhaskan.

3. Jika kebakaran kecil berlaku gunakan

alat pemadam api.

4. Pihak Pengurusan Kolej Kediaman

akan mengadakan kawad keselamatan

dari semasa ke semasa dengan

kerjasama pihak Bomba dan jawatan

kuasa Pengurusan Keselamatan

Universiti.

5. Pelajar yang sengaja membunyikan

alat penggera kebakaran tanpa sebab

munasabah akan dikenakan tindakan

tatatertib.

6. Penghuni hendaklah menghubungi

Felo/Pihak Pentadbiran

Kolej/Pengetua sekiranya berlaku

kecemasan yang memerlukan

rawatan. Sekiranya Felo/ Pihak

Pentadbiran Kolej/Pengetua tidak

dapat dihubungi, pelajar bolehlah

menghubungi mana-mana ahli

JAKMAS atau ketua blok/ paras atau

Pengawal keselamatan yang bertugas.

7. Felo bertanggungjawab menghantar

penghuni yang berkenaan ke hospital/

klinik yang berdekatan sekiranya tiada

perkhidmatan ambulan.

Page 12: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 12

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

PERTIKAIAN

8. Pihak Pentadbiran Kolej akan

mengeluarkan surat pengesahan bagi

urusan kemasukan penghuni ke wad

hospital/ klinik

Jika berlaku sebarang pertikaian berhubung

pemakaian dan penguatkuasaan peraturan -

peraturan atau sub-sub peraturan diatas

maka keputusan pihak berkuasa tatatertib

berikut akan digunapakai sebagai pemutus

tindakan serta keputusan pihak berkuasa

tatatertib ini adalah MUKTAMAD.

1. Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar

(Akademik)

Pengerusi :Timbalan Naib Canselor

(Akademik dan

Antarabangsa)

Kuasa :Mendengar dan menghukum

kesalahan-kesalahan

akademik

Urusetia :Bahagian Perkhidmatan

Akademik

2. Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar

(Sahsiah/Asrama)

Pengerusi : Timbalan Naib Canselor

(Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni)

Kuasa : Mendengar dan

menghukum kesalahan-

kesalahan berhubung kait

Sahsiah pelajar,kesalahan

asrama, kesalahan

lalulintas dan kesalahan-

kesalahan terdapat dalam

AUKU 1971.

Urusetia : Jabatan Hal Ehwal Pelajar

/ Bahagian Perumahan

Pelajar

PERHATIAN

1. Semua penghuni asrama diarah

mematuhi semua peraturan diatas demi

menjaga imej, ketenteraman dan

kebersihan di kolej kediaman.

2. Penghuni yang kerap melakukan

kesalahan akan dikenakan denda

berganda diatas kesalahannya dan tidak

akan dipilih untuk tinggal di kolej

kediaman pada semester berikutnya.

3. Seseorang pelajar yang didapati

bersalah melakukan sesuatu kesalahan

tatatertib boleh dikenakan mana-mana

dua atau lebih hukuman-hukuman yang

sesuai, disatukan sekali, daripada

hukuman-hukuman yang berikut:

i. AMARAN

ii. Denda tidak melebihi

RM200.00

iii. Penggantungan daripada

mana-mana atau kesemua

kemudahan Universiti selama

tempoh yang ditentukan.

iv. Pengecualian daripada

mana-mana bahagian

Universiti selama tempoh

yang ditentukan.

v. Penyingkiran daripada

Universiti.

JENIS KEBAKARAN

JENIS ALAT PEMADAM API

Kebakaran dari bahan kayu dan fabrik

Gunakan alat pemadam Api (Fire Extinguisher

Kebakaran dari cecair yang mudah terbakar

Gunakan alat pemadam api yang mengandungi Foam dan Karbon Dioksida

Kebakaran yang berpunca dari api

Gunakan Alat Pemadam Api yang mengandungi Foam, Karbon Dioksida dan Bahan Kimia

TINDAKAN TATATERTIB MENGIKUT

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ

KEDIAMAN

Page 13: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 13

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

i. PEMBAYARAN

i. Pembayaran hendaklah dibuat di kaunter pejabat bendahari.

ii. Pelajar yang menginap di asrama semasa luar semester hendaklah membuat pembayaran secara berasingan di kaunter pejabat bendahari.

iii. Pembayaran hendaklah dibuat dengan wang tunai/kiriman wang berpalang atas nama bendahari, Universiti Malaysia Sabah.

ii. KELEWATAN PEMBAYARAN YURAN

PENGINAPAN

i. Semua pelajar dikehendaki

menjelaskan bayaran sewa dan lain-lain bayaran yang ditetapkan oleh pihak Universiti.

ii. Pelajar-pelajar yang gagal menjelaskan bayaran yang ditetapkan akan dikenakan denda tambahan RM10.00 setiap minggu yang lewat daripada tarikh yang ditetapkan.

iii. Bagi pelajar yang mendapat pinjaman atau lain-lain bantuan kewangan adalah dikecualikan daripada peraturan diatas dengan syarat mereka dapat menunjukkan surat keterangan daripada pihak

penaja kepada pihak Bendahari.

3. RAYUAN PENANGGUHAN YURAN

PENGINAPAN

i. Pelajar-pelajar yang tidak dapat

menjelaskan sewa mereka

sepenuhnya seperti yang ditetapkan,

boleh merayu menangguhkan

bayaran sewa tersebut secara

bertulis kepada Timbalan Naib

Canselor Hal Ehwal Pelajar dan

Alumni.

ii. Rayuan hendaklah dibuat dalam

masa dua minggu selepas

pendaftaran. Rayuan yang lewat

daripada masa yang ditetapkan

tidak akan dilayan.

4. BAYARAN BALIK PENGINAPAN

i. Semua penghuni hendaklah

membayar yuran penginapan

untuk satu semester. Bagi

penghuni yang meninggalkan kolej

kediaman selepas pendaftaran,

wang mereka (baki wang mereka)

tidak akan dikembalikan kecuali

mendapat perakuan Pihak

Berkuasa Universiti dan caj

bayaran adalah seperti jadual

berikut:

Bil Tempoh

Menginap

Yuran

1. Kurang

daripada

Sebulan

Caj penginapan dikenakan

mengikut hari

3. Lebih

daripada

sebulan

Caj penginapan dikenakan

sepenuhnya

ii. Cagaran kunci bilik/bilik dan lain-

lain cagaran hanya dikembalikan

setelah tamat pengajian kecuali

pelajar menyumbang ke tabung

alumni UMS. Pihak Universiti

berhak memotong wang cagaran

sekiranya pelajar didapati

melanggar peraturan yang telah

ditetapkan oleh universiti.

Yuran Jumlah (RM)

Bayaran penginapan

setiap semester

600.00*

Bayaran Barangan Elektrik

35.00 /semester*

200.00/semester* (Rumah pelajar antarabangsa

yang berhawa dingin)

PERATURAN KEWANGAN

Page 14: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 14

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

KADAR BAYARAN SEMASA CUTI SEMESTER

*Tertakluk pada perubahan dari semasa ke

semasa selaras dengan kelulusan PBPU.

5. PERATURAN GANTI RUGI

i. Penghuni adalah bertanggungjawab

diatas semua peralatan dan

kemudahan yang terdapat di dalam

unit kediaman/bilik tersebut.

ii. Sebarang kerosakan/kehilangan

kemudahan di bilik penginapan

pelajar, denda dan ganti rugi akan

dikenakan kepada penghuni.

iii. Ganti Rugi Individu

- Jika kerosakan akibat kecuaian/ disengajakan oleh penghuni berkenaan. Tindakan tuntutan ganti rugi akan dimajukan oleh pegawai pentadbiran kolej kepada TNC HEPA. Bahagian penilaian Universiti akan membuat penilaian jumlah ganti rugi yang akan dikenakan kepada penghuni berkenaan.

iv. Ganti Rugi Berkumpulan.

- Apabila berlakunya kerosakan di kolej/flat dimana pihak yang bertanggungjawab tidak dapat dikesan. Ganti rugi akan dikenakan ke atas semua penghuni.

6. KADAR GANTI RUGI YANG

DIKENAKAN

Berikut adalah kadar ganti rugi yang dikenakan:

Kadar bayaran tetap yuran penginapan pelajar

semasa luar semester;

Dengan Perintah,

PIHAK BERKUASA TATATERTIB

PELAJAR

TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR DAN ALUMNI) Jabatan Hal Ehwal pelajar Universiti Malaysia Sabah

PERKARA KADAR DENDA

Kerja pembersihan keseluruhan unit/ blok / lantai/ bilik kotor

RM 50.00

Kerosakan: i. Langsir (sehelai) ii. Tilam iii. Katil iv. Almari v. Kerusi vi. Meja vii. Paip shower* viii. Kipas* ix. Lampu* x. Powerpoint*

RM 50.00 RM 250.00 RM 250.00 RM 280.00 RM 150.00 RM 220.00

PELAJAR SEHARI SEORANG

Prasiswazah *RM5.00

Pascasiswazah *RM8.00

Antarabangsa (Prasiswazah/Pascasiswazah)

*RM15.00

*RM20.00 (hanya untuk penginapan pelajar di Kolej Kediaman KingFisher)

* Kadar bayaran tertakluk kepada perubahan dari

semasa ke semasa selaras dengan kelulusan

PBPU.

Page 15: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 15

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

KADAR BAYARAN DENDA YANG DIKENAKAN KEPADA PENGHUNI-PENGHUNI YANG

MELANGGAR PERATURAN

BIL JENIS KESALAHAN KADAR

DENDA(RM) DEMERIT

1 Hilang Kunci 10.00 (Setiap satu)

15

2 Tukar bilik tanpa kebenaran Pengetua Kolej Kediaman 20.00 15

3

Membenarkan setinggan di dalam bilik kolej kediaman

(Setinggan dan penghuni dikenakan denda)

50.00

30

4 Memiliki/menyimpan/mengguna alatan memasak (Dirampas dan

tidak dikembalikan)

30.00

15

5 Mengotorkan bilik/ruang luar/dalam blok kediaman 50.00 30

6 Memiliki/menyimpan/mengguna membuat pendawaian/

sambungan elektrik secara haram

30.00

15

7 Memaku/menampal/memasang poster dipintu/dinding/papan

atau kawasan yang tidak dibenarkan tanpa cop rasmi HEP 10.00 15

8

Lelaki yang didapati berada di ruang kolej kediaman atau dalam

bilik perempuan dan sebaliknya (kecuali kakitangan Pentadbiran

HEP Kolej Kediaman bertugas)

50.00

30

9

Memiliki/menyimpan/mengguna periuk nasi/hotplate/gelung

pemanas (Heater coil) di kolej kediaman (Dirampas dan tidak

dikembalikan)

30.00

15

10 Membiarkan lampu atau kipas terpasang semasa ketiadaan

penghuni di dalam bilik kediaman semasa pemeriksaan

10.00

5

11

Menjemur/menyidai pakaian di tingkap, bilik rehat,balkoni bilik,

bilik air, beranda, laluan ,bukan tempat dikhaskan menyidai

pakaian(setiap helai)

2.00 (Setiap

helai)

2

12 Peminjaman setiap kunci bilik di pejabat Pentadbiran Kolej

Kediaman 2.00 2

13 Membawa/mengalih/mengambil kemudahan perabot lain ke

dalam bilik / kediaman(denda dan kembalikan ke tempat asal)

20.00

15

14 Aktiviti memasak di dalam bilik atau kawasan kolej kediaman

(Alatan dirampas dan tidak dikembalikan) 30.00 15

Page 16: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 16

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

BIL JENIS KESALAHAN KADAR

DENDA(RM) DEMERIT

15 Membawa/menyimpan motosikal/basikal di dalam

bilik/blok/ruang yang tidak dikhaskan

30.00

15

16

Meletak kenderaan di merata tempat/ kawasan larangan/

tempat khas kakitangan kolej kediaman/pengurusan kolej

kediaman

20.00

15

17 Memecah/membuang cermin tingkap/pintu tanpa

dilaporkan(setiap satu)

50.00* 30

18 Membiarkan kasut/selipar/sandal bersepah di luar bilik 10.00

15

19

Membuang sisa makanan diluar pintu bilik atau ke dalam bakul

sampah tanpa dimasukkan ke dalam beg plastik dan dikat

kemas

10.00

15

20 Merosakkan dengan sengaja kemudahan bilik air (keseluruhan

blok/aras)

50.00** 30

21 Bilik tidak dibersihkan, berselerak,di dapati kotor semasa

pemeriksaan

20.00 15

22

Menyimpan/memiliki/membawa/barang-barang makanan dan

minuman tidak dibenarkan/tidak halal di sisi agama islam ke

bilik (Dirujuk Jawatankuasa Tatatertib dan kemudahan

penginapan digantung sementara)

50.00 30

23 Membawa/memiliki/menyimpan/merokok di dalam bilik /ruang

kolej kediaman (Rokok dirampas dan tidak dikembalikan)

50.00 30

24 Membawa/memiliki/menyimpan/memelihara binatang

peliharaan di dalam bilik/ruang atau kawasan kolej kediaman

50.00 30

25

Didapati berdua-duaan/berkhalwat dan mencurigakan dalam

kawasan kolej kediaman/Universiti (Dirujuk kepada

Jawatankuasa Tatatertib dan kemudahan penginapan

digantung sementara)

50.00 30

26. Tukar kolej tanpa kebenaran Bahagian Perumahan Pelajar

(BPP) 50.00 30

Page 17: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 17

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

BIL JENIS KESALAHAN KADAR

DENDA(RM) DEMERIT

27. Permohonan kolej kediaman yang lewat dan tidak memohon

secara atas talian 30.00 15

28. Tidak mendaftar masuk kolej kediaman setiap semester

bermula 20.00 15

29 Tidak mendaftar keluar kolej kediaman semasa cuti semester 20.00 15

30. Tidak melaporkan dengan sengaja kerosakan yang berlaku di

bilik /blok sehingga mendatangkan mudarat 30.00 15

31.

Penghuni yang dengan sengaja merosakkan bahagian

bangunan dan barang universiti (melakukan vandalisme) akan

dikenakan denda dan tindakan tatatertib dan pihak universiti

(Dirujuk kepada Jawatankuasa tatatertib universiti)

Kos gantirugi

/ pembaikan 30.00

32. Berada di luar kolej kediaman selepas jam 12.00 malam tanpa

kebenaran pengetua atau wakilnya 30.00 15

33. Tidak mematuhi etika pemakaian pelajar yang telah ditetapkan

oleh universiti 30.00 15

34.

Membuang sampah atau benda yang tidak mudah hancur di

merata-rata tempat (Plastik/ tuala wanita/sisa makanan dan

lain-lain) ke dalam tandas atau saliran parit

30.00 15

35. Berambut panjang, berwarna, bergaya melampau, dan berekor

bagi pelajar lelaki 30.00 15

* Kad matrik akan dirampas untuk sebarang kesalahan yang dilakukan dan hanya akan

dikembalikan setelah bayaran denda dijelaskan

Page 18: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 18

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

BAHAGIAN III ― Permohonan & Kebenaran

3.1 Kebenaran Bertulis Bagi Penggunaan Kenderaan Motor Di Dalam Kampus

3.1.1 Kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang bercadang hendak menggunakan kenderaan motor di dalam kampus hendaklah, memohon kepada Naib Canselor dan mendapatkan suatu kebenaran bertulis berkenaan dengannya; permohonan dan kebenaran bertulis itu hendaklah dalam borang atau kaedah sebagaimana yang ditetapkan oleh Naib Canselor.

3.1.2 Kakitangan, pelajar dan mana-mana orang yang telah mendapat kebenaran dan mendaftar mengikut peraturan 3.1.1 hendaklah mempamerkan di kenderaan yang telah didaftarkan itu suatu pelekat atau tanda yang ditentukan oleh Naib Canselor.

3.1.3 Kebenaran itu hendaklah diperbaharui pada setiap tahun dan peruntukan subperaturan 3.1.1 dan 3.1.2 hendaklah terpakai mutatis mutandis bagi sesuatu permohonan untuk pembaharuan.

3.1.4 Naib Canselor boleh enggan memberi

kebenaran atau membatalkan apa-apa kebenaran yang diberikan di bawah peraturan ini jika dia berpuas hati bahawa kebenaran atau pembatalan apa-apa kebenaran yang diberikan itu adalah untuk kepentingan universiti.

3.2 Daftar Kenderaan Motor

Naib Canselor hendaklah menyebabkan supaya disenggarakan suatu daftar bagi semua kenderaan motor yang dipunyai oleh kakitangan, pelajar atau mana-mana orang dalam kampus dalam apa-apa bentuk yang difikirkan patut oleh Naib Canselor.

BAHAGIAN IV ― Larangan

4.1 Menggunakan Kenderaan Motor

Tanpa Kebenaran

Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang boleh memandu sesebuah kenderaan motor dalam kampus tanpa kebenaran Naib Canselor seperti dinyatakan pada peraturan 3.1.

4.2 Memandu Melebihi Had Laju

Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang boleh memandu sesebuah kenderaan motor dalam kampus pada kelajuan yang lebih daripada yang ditunjukkan oleh isyarat lalulintas.

4.3 Memandu Kenderaan Motor Tidak di

atas Jalanraya

Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh memandu kenderaan motor di mana-mana tempat kecuali di bahagian jalan yang digunakan sebagai jalan laluan bagi kenderaan motor; khususnya, tiada kenderaan motor boleh dipandu di laluan kecemasan, di atas laluan jalankaki, bahu jalan, atas rumput, koridor, beranda, kaki lima, laman dalam atau dalam mana-mana

Page 19: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 19

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

bahagian mana-mana bangunan atau tempat lain sama ada di sisi jalan laluan atau selainnya, yang biasanya tidak dimaksudkan atau tidak disediakan secara khas untuk laluan kenderaan motor.

4.4 Meletak Kenderaan Secara Menghalang

Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh meletak apa-apa kenderaan di mana-mana tempat atau dalam apa-apa cara yang menyebabkan bahaya halangan atau kesulitan kepada mana-mana orang atau kenderaan motor lain.

4.5 Menggunakan Ruang Letak Kereta Yang

Diuntukkan

Jika suatu ruang letak kereta diuntukkan bagi kenderaan motor tertentu, tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh meletak kenderaan motor lain dalam ruang letak kereta motor itu.

4.6 Meletak kenderaan untuk bermalam tanpa

kebenaran

4.6.1 Mana-mana orang selain daripada kakitangan dan pelajar, tidak boleh meletak kenderaan di mana-mana kawasan kampus secara bermalam tanpa kebenaran daripada Naib Canselor.

4.6.2 Kakitangan atau pelajar yang ingin

meninggalkan kenderaan di dalam kampus melebihi tujuh (7) hari hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Naib Canselor secara bertulis. Naib Canselor boleh memberikan kebenaran mengikut syarat-syarat lain yang ditetapkan.

4.6.3 Universiti berhak untuk memindahkan

atau melupuskan mana-mana

kenderaan motor yang diletakkan di mana-mana kawasan kampus yang menyalahi peraturan ini.

4.7 Meletak kenderaan bukan

dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan

Tiada kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh meletak kenderaan motor di mana-mana tempat kecuali ditempat yang dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan.

4.8 Membonceng/Membawa

Penumpang Melebihi Had

4.8.1 Seseorang kakitangan, pelajar

atau mana-mana orang yang memandu motorsikal beroda dua tidak boleh membawa lebih daripada seorang di atas motorsikal itu.

4.8.2 Tiada seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang boleh membawa seseorang di atas motorsikal beroda dua melainkan jika orang itu duduk menunggang motorsikal itu di belakang pemandu itu di atas tempat duduk yang direka bentuk dengan sempurna yang dipasang dengan kukuh pada motorsikal itu.

4.8.3 Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang tidak boleh membenarkan dirinya dibawa di atas motorsikal beroda dua yang dipandu oleh seseorang, sama ada seorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang berlanggaran dengan subperaturan 4.8.1 dan 4.8.2.

Page 20: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 20

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

4.9 Menghalang Aliran Lalu Lintas

Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang tidak boleh berkelakuan dalam apa-apa cara, atau melakukan apa-apa perbuatan, yang menghalang atau mengganggu perjalanan lalu lintas yang licin dan teratur dalam kampus.

4.10 Memandu/membonceng tanpa memakai

tali pinggang keledar/topi keledar

Mengikut mana yang berkenaan, seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah memandu/membonceng dengan memakai tali pinggang keledar/topi keledar semasa berada dalam kampus.

4.11 Tidak Mematuhi Arahan dan Isyarat Lalu

Lintas

Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah mematuhi semua arahan dan isyarat lalu lintas dalam kampus.

4.12 Gagal Mengemukakan Lesen

Memandu,Kad Pekerja atau Kad Pelajar

4.12.1 Mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang memandu atau yang menjaga atau mengawal sesebuah kenderaan motor hendaklah membawa bersamanya suatu lesen memandu yang sah yang dikeluarkan kepadanya di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).

4.12.2 Mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah membenarkan lesen memandu, kad pekerja atau kad pelajar (jika berkaitan) diperiksa oleh penguatkuasa lalulintas.

4.13 Kenderaan bermotor tanpa Cukai Jalan/Insuran yang sah

Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah memandu/menunggang kenderaan motor yang mempunyai cukai jalan dan insuran yang sah.

4.14 Melanggar Akta Pengangkutan Jalan

1987

Seseorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukkan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) atau mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa dianggap sebagai melakukan kesalahan di bawah peraturan ini.

BAHAGIAN V ― Notis

5.1 Notis Pemberitahuan/ Saman

Kesalahan Lalulintas/ Kenderaan dikunci Roda (Clamp)

Penguatkuasa Lalulintas hendaklah memberikan notis─

(a) seperti pada Jadual 1 kepada

mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang melanggar mana-mana peruntukan pada Peraturan ini

(b) seperti pada Jadual 2 kepada

mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang melakukan kesalahan di bawah peraturan 4.4, 4.5, 4.6, 4.7 dan 4.9.

Page 21: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 21

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

BAHAGIAN VI ― Denda

6.1 Bayaran Denda

6.1.1 Jika penguatkuasa lalu lintas mengenakan hukuman denda ke atas kakitangan, pelajar atau mana-mana orang, pihak penguatkuasa lalu lintas itu hendaklah menyatakan tempoh yang denda hendaklah dibayar dan kakitangan, pelajar atau mana-mana orang hendaklah membayar denda dalam tempoh tersebut kepada Bendahari.

6.1.2 Tempoh yang tersebut dalam subperaturan 6.1.1 hendaklah dalam tempoh empat belas hari dari tarikh hukuman denda dikeluarkan.

6.1.3 Seorang kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang melanggar mana-mana peraturan ini atau mana-mana garis panduan, arahan, petunjuk, sekatan, syarat atau terma yang dikenakan atau diberikan di bawah peraturan-peraturan ini, adalah melakukan sesuatu kesalahan.

6.1.4 Seorang kakitangan, pelajar

atau mana-mana orang yang melakukan kesalahan dibawah peruntukkan bahagian IV boleh dikenakan denda pada kadar tidak lebih dari kadar yang ditentukan mengikut Jadual 3 peraturan ini.

6.2 Tidak Membayar Denda oleh Kakitangan

6.2.1 Jika kakitangan tidak membayar

denda dalam tempoh yang dinyatakan, penguatkuasa lalu lintas hendaklah melaporkannya kepada Pendaftar.

6.2.2 Pendaftar apabila menerima laporan daripada penguatkuasa lalulintas di bawah subperaturan 6.2.1 hendaklah mengeluarkan arahan pemotongan gaji kakitangan berkenaan kepada Bendahari.

6.2.3 Kakitangan yang dendanya

dibayar melalui pemotongan gaji hendaklah direkodkan kesalahannya di dalam buku rekod perkhidmatan kakitangan tersebut.

6.3 Tidak Membayar Denda oleh Pelajar

Tertakluk kepada Kaedah-Kaedah Universiti Malaysia Sabah (Tatatertib pelajar) 1999, kegagalan pelajar

membayar denda akan menyebabkan pelajar tidak dapat mendaftar pada semester berikutnya atau bergraduat sehinggalah hutang berkenaan dibayar.

6.4 Tidak Membayar Denda oleh mana-mana orang selain kakitangan atau pelajar

6.4.1 Jika mana-mana orang selain

kakitangan atau pelajar tidak membayar denda dalam tempoh yang dinyatakan, penguatkuasa lalu lintas hendaklah melaporkannya kepada Naib Canselor.

6.4.2 Naib Canselor apabila menerima laporan daripada penguatkuasa di bawah subperaturan 6.4.1 boleh mengeluarkan arahan untuk penguatkuasa melarang kenderaan atau orang itu daripada memasuki kawasan kampus; larangan ini jika

Page 22: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 22

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

dikeluarkan oleh Naib Canselor hendaklah berterusan sehingga denda dibayar.

6.5 Merosakkan atau memusnahkan harta

benda

Mana-mana kakitangan, pelajar atau mana-mana orang yang menggunakan kenderaan dalam kawasan kampus telah merosakkan atau memusnahkan harta benda Universiti atas sebab kecuaian atau akibat daripada kesalahan lalu lintas yang terkandung dalam peraturan ini dikehendaki membayar balik sejumlah wang mengikut nilai harta benda yang dirosakkan atau dimusnahkan.

6.6 MENGUNCI RODA KENDERAAN

(CLAMPING)

Penguatkuasa lalulintas boleh mengambil tindakan mengunci roda kenderaan motor yang melanggar peraturan 4.4, 4.5, 4.6, 4.7 dan 4.9 dengan cara seperti berikut:

(a) mengunci roda kenderaan berkenaan;

(b) mengeluarkan notis pemberitahuan kesalahan dikunci roda mengikut Jadual 2;

(c) membuka kunci roda kenderaan dalam selepas pembayaran disahkan telah dibuat.

BAHAGIAN VI ― Peruntukkan Am

7.1 Peruntukkan Am

7.1.1 Peraturan ini hanya tertakluk

terhadap semua kesalahan dan perlanggaran lalu lintas di kawasan kampus atau apa-apa kawasan atau bangunan yang dijadikan premis atau bangunan Universiti Malaysia Sabah.

7.1.2 Tiada apa-apa jua dalam

peraturan ini boleh mengurangkan tanggungan mana-mana undang-undang bertulis yang berkuatkuasa.

Dibuat …………………………….

..................................

Lembaga Universiti Malaysia Sabah

Page 23: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 23

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

PERENGGAN 5.1 (a) JADUAL 1

PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2014

Notis Pemberitahuan/Saman Kesalahan Lalu Lintas (Peraturan 5.1(a))

PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

No. Siri ……….

PEMBERITAHUAN/SAMAN KESALAHAN LALULINTAS

TARIKH…………………………………………… NO. KENDERAAN………………….......................................

MASA……………………………............................. JENIS…………………………………………………………

TEMPAT…………………………............................. WARNA………………………………………………………

JENIS KESALAHAN

Menggunakan kenderaan motor tanpa kebenaran ( peraturan 4.1)

Memandu melebihi had laju. (peraturan 4.2)

Memandu kenderaan motot tidak di atas jalanraya. (peraturan 4.3)

Meletak kenderaan secara menghalang. (peraturan 4.4)

Menggunakan ruang letak kenderaan yang diuntukkan. (peraturan 4.5)

Meletak kenderaan untuk bermalam tanpa kebenaran (peraturan 4.6) Meletak kenderaan bukan di tempat yang dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan. (peraturan 4.7)

Membonceng/membawa penumpang melebihi had. (peraturan 4.8)

Menghalang aliran lalulintas. (peraturan 4.9)

Memandu/menunggang tanpa memakai tali pinggang keledar/topi keledar (peraturan 4.10)

Tidak mematuhi arahan dan isyarat lalulintas di dalam kampus. (peraturan 4.11)

Gagal mengemukakan lesen memandu. (peraturan 4.12)

Kenderaan motor tanpa cukai jalan/insuran yang sah (peraturan 4.13)

Melanggar peraturan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (peraturan 4.14)

…………………………………………………………….

NAMA……………………………………………………………………………………………………………………………..

NO. KAD PEKERJA/PELAJAR……………………………………………………………………………………………………

JABATAN/FAKULTI/PUSAT/INSTITUT……………………………………………………………………………………………………

Dengan ini adalah diberitahu bahawa anda telah melakukan kesalahan seperti yang tersebut di atas dibawah Peraturan Lalulintas Dalam

Kampus Universiti Malaysia Sabah 2014. Anda dikehendaki membayar denda sebanyak ………………… sebelum/pada ………………….

kepada Bendahari Universiti Malaysia Sabah. Sila bawa resit pembayaran kepada Unit Trafik sebagai bukti pembayaran.

Sekian, terima kasih.

……………………………….

Tarikh ………………………………….. Pegawai Yang Mengeluarkan

Logo

UMS

Page 24: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 24

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

PERENGGAN 5.1 (b) JADUAL 2

PERATURAN LALULINTAS DALAM KAMPUS

UNIVERSITI MALAYSIA SABAH 2014

KESALAHAN MELETAK KENDERAAN (KENDERAAN DI KUNCI RODA “CLAMP”)

Tarikh :.................................. Masa:.................................

Tempat:...................................................................................................................... .......................

Kenyataan Kesalahan :

BAHAWASANYA kenderaan anda bernombor pendaftaran.............................................................................. Jenis

kenderaan..................................................................................................................................................

telah di ‘Clamp’ pada....................................jam............................kerana didapati telah melakukan kesalahan:

1.

Meletak kenderaan secara menghalang

2.

Meletak kenderaan di ruang meletak kenderaan yang diuntukkan

3.

Meletak kenderaan untuk bermalam tanpa kebenaran

4.

Meletak kenderaan di tempat yang bukan dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan

5.

Menghalang aliran lalulintas

Dengan ini anda dikehendaki membayar denda sebanyak RM _________ (jumlah denda adalah megikut jenis

kesalahan yang dilakukan seperti pada Jadual 3) di Bahagian Keselamatan untuk urusan selanjutnya.

............................................................. Tarikh : ..........................................

Tandatangan Pengawal/Pegawai

Nama : ...................................................................................................................... ............................................

.............................................(Ceraikan Untuk Simpanan Pejabat Keselamatan).................................. .....................

(UNTUK KEGUNAAN PEJABAT BAHAGIAN KESELAMATAN)

NAMA PEMILIK KENDERAAN: ..........................................................................................

NO PEKERJA/KAD MATRIK : ..........................................................................................

NO KAD PENGENALAN : .........................................................................................

NO. RESIT BAYARAN NO SAMAN

NOMBOR

PENDAFTARAN KENDERAAN

Page 25: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 25

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS

Jadual 3, subperaturan 6.1.4 Jadual Penyata Kesalahan dan Denda

JENIS KESALAHAN JUMLAH DENDA

(RM) Menggunakan kenderaan motor tanpa kebenaran ( peraturan 4.1)

20.00

Memandu melebihi had laju. (peraturan 4.2)

30.00

Memandu kenderaan motot tidak di atas jalanraya. (peraturan 4.3)

20.00

Meletak kenderaan secara menghalang. (peraturan 4.4)

20.00

Menggunakan ruang letak kenderaan yang diuntukkan. (peraturan 4.5)

20.00

Meletak kenderaan untuk bermalam tanpa kebenaran (peraturan 4.6)

50.00

Meletak kenderaan bukan di tempat yang dimaksudkan sebagai tempat meletak kenderaan. (peraturan 4.7)

20.00

Membonceng/membawa penumpang melebihi had. (peraturan 4.8)

20.00

Menghalang aliran lalulintas. (peraturan 4.9)

20.00

Memandu/menunggang tanpa memakai tali pinggang keledar/topi keledar(peraturan 4.10)

30.00

Tidak mematuhi arahan dan isyarat lalulintas di dalam kampus. (peraturan 4.11)

20.00

Gagal mengemukakan lesen memandu (peraturan 4.12)

30.00

Kenderaan motor tanpa cukai jalan/insuran yang sah (peraturan 4.13)

20.00

Melanggar peraturan lain di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987. (peraturan 4.14)

20.00

Page 26: KANDUNGAN - UMS · 2020. 12. 15. · pendawaian elektrik untuk sebarang kegunaan di dalam bilik. 5. Penghuni tidak dibenarkan memelihara/ membawa/ memiliki sebarang jenis haiwan peliharaan

PERATURAN KHAS ASRAMA / KOLEJ KEDIAMAN 26

Pihak Berkuasa Tatatertib Pelajar UMS